Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kesenian islam
Malaysia
...1 more
Selain masjid, bangunan awam turut sama...
"Selain masjid, bangunan awam turut sama dipengaruhi oleh seni bina Islam. Antaranya Bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur, Ibu Pejabat KTM. Bangunan-bangunan ini telah dibina di antara tahun 1894-1897 oleh pereka bentuknya A.C Norman."
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
Selain mata wang, terdapat sebuah topi...
"Selain mata wang, terdapat sebuah topi yang ditemui di Muzium Kunsthisterischen, Vienna yang memperlihatkan pengaruh ketara kesenian Islam. Akan tetapi topi ini ditenun dengan tulisan kufi dan dihias dengan reka bentuk Islam. Topi ini digunakan untuk majlis pertabalan King Roger 11, Sicily pada 525 H. atau 1130 M. setelah 40 tahun berakhirnya 200 tahun pemerintahan Islam di pulau itu."
Text
brunei
keris
...1 more
Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan...
"Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan seorang sultan dan bakal pengganti sultan, keris juga digunakan untuk mentauliahkan perlantikan seseorang pembesar di Brunei. Contohnya, dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan (1582-1598), perlantikan 'Raja Duta', 'Penyurat' dan 'Penduta' diiktiraf dengan pengurniaan sebilah keris 'berpendok' dan berhulu emas."
Text
brunei
keris
...1 more
Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan...
"Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja, keris juga dijadikan sebahagian daripada pakaian dan perhiasan pembesar-pembesar negara yang menghadiri sesuatu majlis beristiadat, seperti Istiadat Berkhatan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Menggelar, Istiadat Perpuspaan dan Istiadat Mengadap sempena Hari Keputeraan Sultan."
Text
Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga...
"Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga dapat menggambarkan identiti negara di kalangan negara-negara Alam Melayu (termasuk Brunei) sendiri (Mingguan Malaysia, 24 Februari 1985), kerana setiap negara di rantau berkenaan mempunyai bentuk, jenis dan keunikan kerisnya yang berbeza dan tersendiri."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Selain motif kaligrafi, arabes juga...
"Selain motif kaligrafi, arabes juga sangat menarik minat dan mempersonakan seniman-seniman Barat. Ciri-cirinya yang halus, unik dan bertindan-tindih serta boleh digunakan dalam berbagai bahan dan bentuk menjadikannya seni hias yang tiada tolok bandingnya."
Text
kesenian islam
Logam
...1 more
Selain pengaruh Rom, seni pertukangan...
"Selain pengaruh Rom, seni pertukangan logam juga telah dipengaruhi oleh Sasan. Motif-motif yang sering digunakan dalam pertukangan perak di Parsi ialah pemandangan perburuan, bentuk tumbuh-tumbuhan dan binatang yang ganjil."
Text
bandar
ibu kota
...3 more
Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan...
"Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan, pelabuhan serta ibu kota negeri-negeri Melayu itu bertambah besar dan menarik lebih ramai lagi penduduk. Berkat meningkatnya cara-cara hidup bandar yang diperkenalkan oleh saudagar-saudagar asing, tempat-tempat tumpuan penduduk itu beransur-ansur memperolehi sifat-sifat kebandaran. Maka, pada pertengahan abad kesembilan belas kedudukan Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Lama, Bandar Maharani, Klang, Kuala Selangor dan Kota Setar sebagai bandar sudah menjadi kukuh (Hamzah Sendut, 1962).
Text
Selama ini pemilihan teks untuk...
"Selama ini pemilihan teks untuk pelajar di sekolah dibuat tanpa ketelitian dan kesedaran intelektual. Sebagi contoh, penggunaan teks sastera Inggeris di sekolah menengah masih lagi terikat dengan legasi kolonial."
Text
Selamat hari jadi
"Bait-bait dalam sajak-sajak Masuri terasa melompat-lompat, tidak saling berhubungan, sebagai terlihat pada sajak 'Padakah Kita'. Masuri menggunakan imej yang melompat-lompat."
Text
Selaras dengan persepsi kerohanian yang...
"Selaras dengan persepsi kerohanian yang dihuraikan , Tagore menyebut tentang keyakinan beliau bahawa pengalaman mistik pasti akan berlaku dalam jiwanya dan lokasi berlakunya ialah di hutan kudus."
Text
Selepas kejatuhan Tarumanagara...
Selepas kejatuhan Tarumanagara,sejarah Jawa Barat agak kabur hinggalah munculnya kerajaan Sunda pada abad ke-8 M. Pusat kerajaan Sunda sentiasa berpindah-pindah;bermula dari Galuh,lalu di Pakwan Pajajaran dan kemudiannya di Kawali. Daripada sumber-sumber sastera, Pajajaran disebut sebahagian sebuah kerajaan, tetapi daripada sumber prasasti Pajajaran padahakikatnya adalah nama pusat kerajaan.
Text
Melayu
merendah diri
Selepas mencapai kemerdekaan, orang Melayu...
"Selepas mencapai kemerdekaan, orang Melayu masih lagi terbawa-bawa dengan rendah dirinya, tidak berani menonjolkan dirinya walaupun kebolehannya ada."
Text
Seloka sesungguhnya digunakan untuk ...
"Seloka sesungguhnya digunakan untuk menggambarkan citra kelucuan atau perwatakan atau situasi peristiwa. Bagi tujuan untuk mengindahkan, seloka juga dapat memberi kesan kesenorokan bacaan, justeru makna yang telus dan lurus tetapi berisi jenaka."
Text
kerajaan Melayu Islam
Melaka
...2 more
Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang...
"Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang Portugis, ditambah pula dengan dasar perdagangan mereka yang bersifat monopoli telah menimbulkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk berhubungan dengan mereka. Tidaklah menghairankan jika saudagar-saudagar Melayu selalu berusaha untuk menghindarkan penggunaan Melaka sebagai pelabuhan perantaraan."
Text
perlis
Semasa perang berkecamuk inilah, Syed Hussin...
"Semasa berkecamuk inilah, Syed Hussin telah dilantik menjadi penghulu mukim Arau yang kedua (1825-1843) sebagai warisan daripada ayahandanya, Syed Harun. "
Text
perlis
Semasa Perang Kedah-Siam, penghulu Arau yang...
"Semasa Perang Kedah-Siam, penghulu Arau yang kedua, iaitu Syed Hussin Jamalullai turut terlibat dalam memperjuangkan kebebasan Perlis dan Kedah daripada cengkaman Siam dalam peperangan ini. "
Text
arca
seni ukir Melayu
Semenanjung Malaysia dengan kayu-kayannya...
"Semenanjung Malaysia dengan kayu-kayannya terkaya dengan bahan dan punca pernyataan tampak. Bentuk-bentuk tumbuhan, sulur, daun dan bunga menjadi bahan tampak yang utama bagi seni ukir Melayu. Bentuk tubuh manusia, haiwan seperti kijang, burung, ular dan haiwan rekaan seperti naga terdapat juga pada seni ukir kayu Melayu."
Text
Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat...
"Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah menjadi wira kita semua. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah teks sastera yang tinggi mutunya dan sebuah teks kanonikal."
Text
Semua karya zaman Islam itu...
"Semua karya zaman Islam itu dapat dikatakan sebagai hasil 'Kesusasteraan Islam'. Dan ia dibahagikan kepada dua iaitu Sastera Kreatif dan Sastera Bukan Kreatif. Sastera Kreatif dibahagikan kepada dua pola iaitu prosa dan puisinya."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam gaya Uthmaniyah...
"Seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini mengandungi unsur-unsur gaya Saljuk dan unsur-unsur pengaruh dari seni Byzantine. Dalam seni bina masjid pada umumnya terdapat tiga gaya yang dikemukakan, iaitu masjid lapangan, masjid madrasah dan masjid kubah."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam mengalami dua tempoh...
"Seni bina Islam mengalami dua tempoh perkembangan oleh bangsa Arab dan perkembangannya oleh bangsa Turki. Perkembangannya oleh bangsa Arab ialah melalui khalifah-khalifah Islam yang memerintah. Di sini objek penting dan utama ialah banguanan-bangunan masjid. Di Turki perkembangan seni bina Islam diambil peranannya oleh kaum Saljuk, empayar yang menubuhkan seni bina Islam dengan bentuk dan gaya kaum Saljuk."
Text
budaya
cara hidup
...1 more
Seni bina juga mencerminkan ungkapan cara hidup...
"Seni bina juga mencerminkan ungkapan cara hidup manusia yang merangkumi nilai-nilai rohani, jasmani, emosi, cita rasa, falsafah dan agamanya dan merupakan komponen yang paling ketara daripada keunikan suatu budaya."
Text
kesenian islam
kristian
...1 more
Seni bina Kristian juga dikatakan...
"Seni bina Kristian juga dikatakan meminjam gaya lengkungan lancip dari seni bina Arab-Islam. Corak yang diubah secara meluas sehingga merupakan ciri khas pada seni bina Gothic. Corak yang berasal dari Iraq ini dapat disaksikan contohnya yang tertua di Qasr Ukhaidir, yang dibangunkan sekitar 778 M."
Text
bangunan
seni bina Melayu
...1 more
Seni bina rakyat adalah sebahagian...
"Seni bina rakyat adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat yang kesannya sangat besar terhadap alam bina di serata dunia, manakala bangunan-bangunan dalam tradisi reka bentuk megah mencerminkan kebudayaan minoriti yang elit."
Text
Kebudayaan
seni bina
...1 more
Seni bina tradisional merupakan pewujudan...
"Seni bina tradisional merupakan pewujudan kebudayaan dalam bentuk fizikal dan mencerminkan keperluan, cita-cita, nilai-nilai serta keghairahan masyarakat yang mendukung kebudayaan itu."
Text
Performing arts
Theter
Seni persembahan merupakan pengerjaan
silat
Seni silat ini dinamakan Seni Silat Jatuh...
"Seni silat ini dinamakan Seni Silat Jatuh adalah kerana tujuan utama dalam pertarungannya ialah untuk menjatuhkan lawan.
silat
Seni silat merupakan salah satu seni pertahankan diri
"Seni silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri bangsa Melayu sejak berkurun yang lampau "
silat
Seni Silat Tari ialah sejenis seni silat...
"Seni Silat Tari ialah sejenis seni silat Melayu berfungsi sebagai hiburan semata-mata"
Text
kesenian islam
permaidani
Seniman-seniman Islam telah lama menghasilkan...
"Seniman-seniman Islam telah lama menghasilkan permaidani yang unik dan berkualiti tinggi sehingga terkenal di seluruh dunia. Ia bukan sahaja mencerminkan kehalusan yang luar biasa, malahan ketekunan yang berlipat ganda."
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
...1 more
Seniman-seniman Islam telah terkehadapan dalam...
"Seniman-seniman Islam telah terkehadapan dalam mencipta dan mereka bentuk gelas, tembikar, logam dan tekstil. Gelas-gelas buatan seniman Islam banyak ditemui di Sweden, Rusia Selatan dan negara China."
kesenian islam
pertukangan
...1 more
Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera...
"Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam sama ada di Parsi, India dan di negara Islam yang lain mempunyai jenis dan nama yang tertentu misalnya pedang, jambia, lembing, tombak, kapak dan keris. Selain kualiti ketahanannya yang diakui, ia juga telah dihias dengan motif kaligrafi, tumbuh-tumbuhan dan arabes dengan begitu halus dan unik."
Seorang pembaca bukan Melayu.
Text
Seorang sufi ialah yang meyakini ...
"Seorang sufi ialah yang meyakini hakikat kesaksiannya bahawa segala sesuatu dalam alam fenomena atau kejadian itu tidak kekal dan tetap berubah, dunia ini merupakan persinggahan sementara."
Text
bentuk tradisional
Filipina
...2 more
Seorang tokoh seni bina vernakular di Filipina, F.B. Manosa...
"Seorang tokoh seni bina vernakular di Filipina, F.B. Manosa yang sangat dikagumi kerana kejayaannya menggunakan bahan-bahan tempatan seperti batu, kayu, bambu, rotan dan nipah serta memberi nafas baru kepada bentuk-bentuk tradisional, berazam membantu proses pembentukan identiti kebangsaan dalam seni bina Filipina."
Text
Seorang wira Islam bukan sahaja ...
"Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada mereka yang memerlukan. Wira-wira dalam hikayat berunsur Islam terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkemuka seperti panglima perang dan raja-raja Islam."
silat
Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu...
"Sepanjang pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu, silat terus dipinggirkan dan tidak termasuk dalam pendidikan di sekolah Melay"
Text
Sepanjang zaman kesultanan Sulu...
Sepanjang zaman kesultanan Sulu ini, wilayah kekuasaannya dikatakan meliputi seluruh Kepulauan Sulu,selatan Zamboanga,Palawa dan Sabah. Bagaimanapun kedatangan Sepanyol di Filipina pada tahun 1566 merupakan satu ancaman besar terhadap kestabilannya.
Text
orang Nias
rumah
...1 more
Seperkara yang menarik ialah persamaan...
"Seperkara yang menarik ialah persamaan konsep antara rumah Nias dan rumah panjang Sarawak. Ruang di depan rumah di bawah unjuran bumbung boleh dianggap sama fungsinya dengan ruang awam pada beranda rumah panjang."
Text
Melaka
rumah
Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu...
"Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu yang lain, tiang-tiang rumah serambi Melaka dikenali dengan beberapa nama iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang pendek dan tiang tambah. "
Text
Asia Tenggara
rumah melayu
...1 more
Seperti juga rumah-rumah tradisi di...
"Seperti juga rumah-rumah tradisi di seluruh Asia Tenggara, rumah Melayu mempunyai tiga bahagian, iaitu kolong atau bawah rumah, badan rumah dan bumbung."
Text
perlis
Seperti mana pengarang menjaga hati Sultan...
"Seperti mana pengarang menjaga hati Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dan zuriat baginda, manuskrip ini juga berusaha untuk menjaga "air muka" wangsa Chakri di Bangkok. "
Text
Sepertimana yang jelas, Tajus-Salatin ...
"Sepertimana yang jelas, Tajus-Salatin dihasilkan berlandaskan corak kepimpinan Islam. Pengarang buku ini ialah Bukhari al-Jauhari. Ia memperlihatkan gaya penulisan yang berunsur Islam. Di dalam buku ini, Bukhari banyak merujuk surah dalam al-Quran dan hadith-hadith bagi mengukuhkan lagi kekuatan dan kewibawaan dan interpretasi fasal-fasal tertentu."
Text
Sesebuah karya sastera kaya dengan ...
"Sesebuah karya sastera kaya dengan segala macam citra dan nilai kemasyarakatan. Pendekatan ini meneliti persoalan, gambaran, konflik dan unsure sosiologisme yang terakam dalam sesebuah teks itu. Tidak syak lagi sesebuah karya klasik akan menggambarkan wajah manusia dan budaya zaman silam. Kita akan mengetahui feudalisme dan bagaimana konsep raja dan kerajaan dengan menggunakan pendekatan ini."
Text
adat perpatih
Melayu
Setelah beberapa bulan, empat perut yang diketuai oleh Datuk Maharaja Setia Bakti itu mengamalkan Adat Lingkungan...
"Setelah beberapa bulan, empat perut yang diketuai oleh Datuk Maharaja Setia Bakti itu mengamalkan Adat Lingkungan namun surat daripada pihak kerajaan Negeri Sembilan belum juga lagi diterima mengenai menggezetkan empat perut itu. "
silat
Setelah bertapaknya agama Islam di...
"Setelahh bertapaknya agama Islam di kepulauan Melayu dalam abad kelima belas seni silat bukan sahaja mengutamakan pencapaian kesempurnaan jasmani malah kesempurnaan rohani"
Text
bahan komoditi
Ekonomi
...2 more
Setelah Jepun kalah dan pemerintahan Kolonial British...
"Setelah Jepun kalah dan pemerintahan Kolonial Briitish berkuasa semula, ekonomi Malaya yang porak peranda akibat perang dapat dipulihkan dengan cepat berkat permintaan yang tinggi ke atas bahan-bahan komoditi seperti getah dan timah."
Text
Setelah kerajaan airlangga terbahagi dua
"Setelah kerajaan Airlangga terbahagi dua,cuma kerajaan Kediri di barat sahaja yang menampakkan tanda-tanda kehidupan. Zaman Kediri menonjolkan nama raja Jayabhaya,seorang raja yang dikaitkan dengan ramalan-ramalan tentang penyelamat atau Ratu Adil"
Text
Setelah kerajaan Airlangga...
Setelah kerajaan Airlangga terbahagi dua, cuma kerajaan Kediri di barat sahaja yang menampakkan tanda-tanda kehidupan. Zaman Kediri menonjolkan nama raja Jayabhaya (1135-1157 M),seorang raja yang dikaitkan dengan ramalan-ramalan tentang penyelamat atau Ratu Adil.
Showing 1151 to 1200 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->