Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (250 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Petikan tentang Orang Asli
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ilmu
orang asli
Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan...
"Orang Asli ialah komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Kehebatan komuniti tersebut ternyata berpunca daripada generasi terdahulu. Keserasian cara hidup yang begitu harmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengenal pasti tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat, dan pemuliharaan yang berkesan demi menghormati sumbangan alam terhadap kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002)."
Text
falsafah
orang asli
...1 more
Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada...
"Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada masa kini digubal selaras dengan falsafah pembangunan luar bandar yang mementingkan peningkatan kualiti hidup penduduk dan membasmi kemiskinan menerusi program dan usaha ke arah mencapai matlamat menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik, dan menguntungkan (Sunaidin, 1997)."
Text
ilmu
orang asli
Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan daripada...
"Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan daripada alam semula jadi. Hubungan erat yang terjalin sejak beratus tahun lalu membolehkan Orang Asli terus hidup dalam keadaan yang harmoni dan menghormati alam sekitar. Cara hidup yang dibentuk menerusi interaksi ini dikenali sebagai sistem ilmu pengetahuan peribumi (Pulido dan Bocco, 2003). Menurut Ylhaisi (2003), sistem ilmu pengetahuan peribumi ialah proses pembelajaran yang panjang, yang mengalami proses cuba dan jaya serta menerusi penyampaian lisan secara berhati-hati dari satu generasi ke generasi seterusnya. Himpunan ilmu mencakupi hampir keseluruhan sistem hidup komuniti, dan hasilnya ialah sebarang tindakan hanya akan dibuat setelah mengambil kira stok sistem semula jadi dan kemampuan penghasilan semula oleh alam. Ilmu yang terkandung dalam sistem ini berbentuk holistik, yang merangkumi ilmu saintifik iklim, hidrologi, tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan (Pulido dan Bocco, 2003; Loomis, 2000)."
Text
orang asli
Senoi
Orang Senoi ialah kumpulan Orang Asli yang...
"Orang Senoi ialah kumpulan Orang Asli yang terbesar, yang merangkumi 54 peratus jumlah penduduk Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000). Mereka dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol, yang berasal dari utara dan berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu sekitar tahun 2000 Sebelum Masihi (Nicholas, 2000). Secara fizikal, orang Senoi mempunyai sedikit perbezaan berbanding orang Negrito, iaitu berbadan tinggi, berkulit lebih cerah dengan rambut beralun dan tidak keriting."
Text
orang asli
sejarah
Sejarah Orang Asli di Perak boleh dijelaskan berdasarkan...
"Sejarah Orang Asli di Perak boleh dijelaskan berdasarkan beberapa tempoh masa tertentu, yang meliputi zaman awal atau prasejarah, zaman kerajaan awal (protosejarah) dan Kesultanan Melayu Perak, penjajahan British dan Jepun, era pergerakan komunis, dan era kemerdekaan negara. Kajian literatur yang dilakukan terhadap pelbagai sumber dan rekod sejarah menunjukkan bahawa sejarah dan latar belakang masyarakat Orang Asli di Perak gagal memperoleh perhatian yang sewajarnya (JHEOA Kuala Kangsar, 2005)."
Text
Isu
orang asli
...1 more
Berdasarkan temu bual dengan...
"Berdasarkan temu bual dengan Guru Besar Sekolah Kebagsaan Pos Kuala Mu, Hj. Ahmad bin Mohd. Saad (51 tahun) yang bertugas lebih 10 tahun di situ, sesungguhnya minat belajar di kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, walaupun menunjukkan sedikit peningkatan berbanding ketika beliau mula bertugas di sekolah tersebut pada tahun 1991. Kepincangan ini turut didorong oleh faktor persekitaran, misalnya ibu bapa yang tidak begitu mengambil berat tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran serta tiada tekanan atau desakan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan untuk menampung keperluan hidup mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka pergi ke hutan bagi mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit."
Text
kepercayaan
orang asli
Dari segi budaya hidup, komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih...
"Dari segi budaya hidup, komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih mepertahankan kepercayaan terhadap semangat yang berkaitan rapat dengan unsur alam semula jadi dan kuasa ghaib. Kepercayaan ini ialah warisan yang diterima dan diamalkan secara turun-temurun. Persoalan sekarang, bagaimanakah aspek sosiobudaya dan kepercayaan dalam komuniti wujud dan berkembang? Menurut Penghulu Karim bin Busu, kehidupan nenek moyang sebagai pengembara di hutan banyak mengajar mereka tentatng erti keperitan hidup dalam mencari rezeki yang hanya bergantung kepada sumber hutan dan tanah untuk bercucuk tanam. Mereka percaya bahawa setiap benda yang wujud bersama-sama mereka mempunyai semangat atau roh, dan mereka perlu menghormati unsur tebabit demi membentuk kehidupan yang harmoni."
Text
moden
orang asli
...2 more
Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk...
"Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk tempatan, penulis mencadangkan satu bentuk kerangka strategi pembangunan yang menitikberatkan penerapan unsur serta amalan semasa yang mapan terhadapt cadangan strategi pembangunan, sebagaimana terkandung dalam agenda utama pembangunan masyarakat Peribumi dan Orang Asli pada peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pengamalan ilum pengetahuan tradisional sahaja adalah tidak cukup dalam memastikan sesebuat komuniti itu kekal mapan. Dengan itu, amalan kemapanan daripada ilmu pengetahuan tradisional dan pendekatan moden terutama dalam bidang sosioekonomi perlu disepadukan demi mewujudkan sebuah komuniti Orang Asli yang mapan."
Text
Ekonomi
kemiskinan
...2 more
Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di...
"Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di kawasan kajian sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, terdapat amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan, tetapi yang pastinya ialah komuniti Orang Asli tidak mahu terus hidup dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan. Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor tenaga buruh yang menawarkan upah yang rendah sehinggakan tidak mampu menarik mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan dan kemelaratan hidup."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Dari segi sejarah, pendidikan formal melalui...
"Dari segi sejarah, pendidikan formal melalui sistem persekolahan bukanlah satu fenomena yang baru kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Mereka telah diperkenalkan kepada sistem persekolahan ini sejak zaman penjajahan British lagi (Hassan Mat Nor, 1997). Misalnya pada tahun 1930-an, terdapat usaha mubaligh Kristian di Negeri Perak dan Pahang, membangunkan sekolah di perkampungan Orang Asli untuk mengajar penduduk di kampung tersebut membaca dan menulis. Sekolah yang dibangunkan ini kebanyakannya terletak dalam kawasan Pos Keselamatan di kawasan pedalaman. Guru yang mengajar adalah terdiri daripada kakitangan anggota keselamatan dan pegawai luar Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Tujuan pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan Orang Asli membaca dan mengira, di samping memenangi hati mereka supaya tidak terpengaruh kepada propaganda komunis yang sedang berjuang menentang kerajaan kolonial pada masa itu."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Masih terlalu banyak pengalaman silam yang...
"Masih terlalu banyak pengalaman silam yang belum diteroka khususnya daripada khazanah lama masyarakat Orang Asli ini. Sesuai dengan falsafah tamadun dan peradaban, keterampila berbahasa harus dilihat sebagai anak kunci ke ambang pembangunan kemanusiaan yang lebih baik. Justeru, kemahiran keterampilan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembangunan kemanusiaan dan kemajuan fizikal."
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
Jurang keselesaan turut jelas ketara...
"Jurang keselesaan turut jelas ketara jika pertembungan kedua-dua kelompok berlaku di zon yang bersifat neutral. Di satu pihak, masyarakat Asli sudah semakin banyak didedahkan dengan dunia di luar rizab atau petempatan tradisional mereka. Majlis penyampaian sijil KEDAP misalnya sering dibuat di Kuala Lumpur. Graduan dibawa keluar dari kampung mereka secara rombongan. Segala-galanya disediakan oleh penganjur dan mereka hanya perlu membawa diri sahaja. Apabila berada di dewan konvokesyen, situasi duduk dalam kelompok atau pergerakan ke sana-sini sesama suku kaum memang jelas ketara, walaupun majoriti yang hadir adalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli seluruh negara yang turut diundang untuk majlis itu. Hanya para petugas dan kakitangan JAKOA yang mengurus mereka sahaj yang diterima apabila mereka mendekati. Wajah asing yang lain akan dijauhi kecuali jika terpaksa bertanyakan sesuatu. Kesimpulannya, dalam situasi yang bersifat keperluan juga, merapatkan jurang persefahaman. Pada masa depan, sukar ditentukan sama ada keadaan akan menjadi lebih baik atau sebaliknya."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Masalah penguasaan dan kefahaman bahasa...
"Masalah penguasaan dan kefahaman bahasa ini tidak boleh dilihat pada sebelah pihak sahaja. Pada sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an setiap kakitangan JHEOA diwajibkan mempelajari bahasa Orang Asli khususnya bahasa Semai yang menjadi lingua franca bagi memudahkan mereka diterima apabila berkunjung ke perkampungan Orang Asli. Mereka mempunyai pilihan untuk berkomunikasi; sebagai sapaan mesra, mereka boleh menggunakan beberapa patah kata sapaan yang dapat menarik perhatian masyarakat kampung."
Text
orang asli
pembangunan
Dengan usaha komprehensif yang dilaksanakan oleh...
"Dengan usaha komprehensif yang dilaksanakan oleh JAKOA dan Kementerian Pelajaran ini, adalah dijangkakan aspek tadbir urus masyarakat Orang Asli akan menjadi lebih telus, difahami dan lancar mencapai matlamatnya. Melalui penguasaan ilmu dan bahasa, pentadbir akan lebih memahami masyarakat yang ditadbir, dan sebaliknya masyarakat sasar akan lebih besifat terbuka dan mengalu-alukan pelbagai rancangan yang diaturkan untuk membangunkan mereka. Ketirisan akan dapat dielakkan dan masyarakat Orang Asli akan memperoleh manfaat sebenar segala dasar pembangunan yang telah dirancang untuk mereka."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Segala usaha untuk menyusun dan mengkategorikan masyarakat Orang Asli...
"Segala usaha untuk menyusun dan mengkategorikan masyarakat Orang Asli mengikut kelompok yang sesuai berdasarkan ciri-ciri etnolinguistik telah mencapai matlamatnya. Usaha ini penting kerana masyarakat ini dapat dikenali, difahami, dan dengan itu dapat dibangunkan dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan strategi yang sesuai dengan keterampilan dan nilai sosiobudaya mereka. Justeru mereka tinggal di latar petempatan yang berbeza-beza, pelbagai angkubah perlu diambil kira sebelum perancangan pembangunan dimulakan."
Text
jati diri
orang asli
Usaha menyeimbangkan keberadaan pelbagai kaum...
"Usaha menyeimbangkan keberadaan pelbagai kaum serta merapatkan jurang perbezaan menjadikan kehadiran masyarakat minoriti Orang Asli dalam arus perdana pembangunan negara tidak boleh dinafikan. Justeru, usaha mengekal dan melestari ciri jati diri masyarakat ini khususnya bahasa mereka perlu diberi perhatian sewajarnya."
Text
gaya hidup
orang asli
Suku bangsa Negrito yang...
"Suku bangsa Negrito yang secara tradisinya mendiami kawasan hutan tebal tetap memilih kawasan geografi yang sama untuk meneruskan kegiatan memburu, bercucuk tanam secara nomad dan memungut hasil hutan (Jimin, 1972). Lantaran itu bilangan mereka tertumpu di hutan bahagian selatan Kedah, utara Perak dan utara Pahang. Petempatan mereka juga boleh ditemui di selatan Thai dan barat laut Terengganu dan terdapat sebilangan kecil yang masih gemar berpindah-randah."
Text
orang asli
Sekolah
Kejadian yang menggemparkan ini menimbulkan pelbagai...
"Kejadian yang menggemparkan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan keresahan dalam masyarakat khusunya tentang prosedur kejadian itu ditangani. Tidak kurang yang mengambil kesempatan menyalahkan pihak sekolah dan JAKOA sendiri. Dalam pada itu muncul pula beberapa pihak yang selama ini sering mengkritik pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada masyarakat Orang Asli dan mereka berusaha menampilkan watak sebagi pembela masyarakat ini. Mereka menuduh pihak sekolah dan asrama menganiaya murid dengan memaksa mereka tidur di atas lantai dan memakai pakaian sekolah yang kotor."
Text
bantuan
orang asli
Dalam hal ini, pihak yang prihatin dengan nasib dan masa depan...
"Dalam hal ini, pihak yang prihatin dengan nasib dan masa depan masyarakat Orang Asli hendaklah jujur dan ikhlas dalam memberikan sokongan, bantuan atau nasihat. Segala peraturan dan dasar pembangunan hendaklah dirasionalisasikan teerlebih dahulu sebelum cuba mencari jalan penyelesaian jika sekiranya tetap tidak diterima oleh masyarakat itu."
Text
bahasa
Bahasa Melayu
...2 more
Mata pelajaran Bahasa Semai telah mula diajarkan...
"Mata pelajaran Bahasa Semai telah mula diajarkan sebagai bahasa elektif dalam kurikulum sekolah sejak 2014 dan terbuka kepada mana-mana keturunan anak Orang Asli. Walau bagaimanapun buat masa kini, hanya murid suku Semai di Pahang dan Perak sahaja yang mempelajarinya. Jika Bahasa Semai diajarkan di sekolah, dijangkakan pada masa hadapan lebih ramai lagi anak Orang Asli akan berusaha menguasai bahasa ibunda dan bahasa lain terutamanya bahasa Melayu secara formal dengan menggunakan kaedah terkini termasuk menggunakan peranti telekomunikasi."
Text
orang asli
Pendidikan
Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti...
"Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti yang kukuh untuk merangsang tujuan atau tindakan. Sebagai contoh, jika pihak sekolah menyatakan pendidikan adalah penting dan baik untuk masa depan anak-anak Orang Asli, maka kepentingan dan kebaikan bersekolah itu hendaklha diperjelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Sebaliknya, jika hendak menyatakan bahawa ponteng sekolah itu tidak baik, maka perlulah dibuktikan ketidakbaikannya."
Text
orang asli
Pendidikan
...1 more
Pembangunan modal insan guru melalui...
"Pembangunan modal insan guru melalui latihan, bengkel dan kursus yang dijalankan oleh pihak JAKOA, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan pelbagai pihak lain juga sangat penting sebagai insentif dan usaha untuk memujuk guru supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna di sekolah. Pihak sekolah sering menghantar guru untuk mengikuti kursus seperti kursus komputer, teknik pengajaran yang berkesan dan tidak ketinggalan juga kursus motivasi sebagai meningkatkan prestasi dan komitmen guru."
Text
bumiputera
hormat
...1 more
Dasar hormat-menghormati perlu...
"Dasar hormat-menghormati perlu wujud dalam sebarang perancangan dan tindakan pembangunan yang hendak dibawa kepada Orang Asli. Walaupun sebilangan besar masih berada di bawah aras kemiskinan, tidak berpelajaran, dan tidak ramai bilangannya, mereka tetap manusia biasa yang berhak dilayan dengan penuh peri kemanusiaan. Mereka juga layak dihormati bukan sahaja atas fakta antropologi bahawa mereka adalah penghuni asal di negara ini, malah mereka tidak pernah menimbulkan masalah kepada sebarang 'pencerobohan' yang ebrlaku terhadap status quo mereka selama ini."
Text
bahasa
orang asli
Kajian terawal tentang Orang Asli tertumpu...
"Kajian terawal tentang Orang Asli tertumpu kepada aspek bahasa mereka. Nik Safiah Karim (1968) pernah menyenaraikan tulisan terawal tentang Orang Asli khususnya dari aspek kajian bahasa. Lima tulisan terawal berkisar tentang Bahasa Semang di Kedah. Tulisan-tulisan dihasilkan oleh Crawfurd (1820 dan 1825), Anderson (1824), Roberts (1832) dan Marsden (1834). Walau bagaimanapun, tulisan terawal tersebut hanyalah berupa usaha mengumpul dan menyenarai kosa kata dalam bahasa itu di beberapa tempat seperti Kedah dan Ulu Selama."
Text
orang asli
population
Dari segi pertumbuhan penduduk, dengan...
"Dari segi pertumbuhan penduduk, dengan membandingkan data bancian yang direkodkan mulai 1947 hingga 2003, ternyata bilangan orang Asli secara keseluruhannya semakin bertambah dan menunjukkan pertumbuhan yang baik. Kesemua suku kaum mengalami pertambahan dari segi bilangan, malah banyak yang melebihi dua kali ganda. Hanya Kintaq, Mendriq dan Lanoh sahaja yang terkecuali, tetapi bilangan mereka tetap bertambah."
Text
orang asli
petempatan
KKB Pontian adalah petempatan asal orang...
"KKB Pontian adalah petempatan asal orang Duano sewaktu nenek moyang mereka bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu. Kampung ini terletak di tebing sebelah kiri muara Sungai Benut menghala ke laut dalam mukim Sungai Pinggan. Pada awalnya orang Duano berkampung di tapak yang lebih hampir dengan laut, iaitu Kampung Lama. Kampung itu dikelilingi paya bakau dan rumah-rumah dibina di atas tiang-tiang tinggi."
Text
bahasa
orang asli
Para informan menyatakan ada banyak lagi...
"Para informan menyatakan ada banyak lagi perkataan lain tetapi tidak lagi diingati apatah lagi digunakan. Hal ini dapat dipastikan ketika mereka berkesempatan bertemu dengan saudara-mara dan kenalan keturunan Duano di Indonesia yang datang ke kampung mereka ataupun jika sebaliknya mereka berkunjung ke Indonesia. Dalam kesempatan sebegitu, mereka akan dapat mendengar perkataan-perkataan DD yang tidak lagi digunakan di KKB. Namun demikian, proses menguasai semula DD tidak berlaku kerana pertemuan-pertemua itu tidak bertujuan menyalurkan kembali ciri budaya nenek moyang mereka."
Text
bahasa
jati diri
...1 more
Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan...
"Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan ke atas mereka seperti Orang Kuala, orang Laut mahupun Orang Asli, ternyata masih wujud dan terlindung dalam lingkungan geopolitik mereka yang tersendiri. Namun begitu, ciri-ciri jati diri mereka semakin hari semakin luntur kerana berhadapan denga perubahan dari pelbagai sudut. Sama ada mereka sendiri secara sukarela berubah, ataupun perubahan dipaksakan ke atas mereka, ancaman terhadap ciri-ciri tersebut tidak dapat dihindari."
Text
orang asli
petempatan
...1 more
Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan...
"Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan tempat pendaratan pertama Suku Kanaq ialah di Sungai Papan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Sungai Sedili dan masih di dalam daerah Kota Tinggi. Di sana mereka bekerja di ladang-ladang cengkih dan lada hitam milik pengusaha-pengusaha Cina. Setelah ladang-ladang itu ditutup, Sultan Johor mengarahkan mereka berpindah ke Lebak Mincin di kaki Gunung Panti dan diminta mengusahakan tanah di situ serta dilarang berpindah-randah lagi."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Sistem panggilan dalam DK amat...
"Sistem panggilan dalam DK amat terhad kepada beberapa perkataan yang telah disebut itu sahaja. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, masyarakat ini tidak banyak menggunakan panggilan-panggilan tertentu sesama mereka. Misalnya tiada gelaran seperti, along, angah, usu dan sebagainya dalam lingkungan keluarga, walaupun terdapat beberapa orang anak dalam keluarga tersebut."
Text
bahasa
jati diri
...2 more
Dengan hakikat bahawa di petempatan inilah...
"Dengan hakikat bahawa di petempatan inilah sahaja terdapatnya orang Kanaq, dan dengan jumlah seramai 83 orang itu sahaja yang masih tinggal, masa hadapan suku kaum ini amat meragukan. Jika tidak pupus keseluruhannya pun, sekurang-kurangnya bilangan sebanyak itu tidak akan mampu bertahan lama lagi dengan ciri-ciri jati diri mereka tidak akan mampu bertahan lama lagi dengan ciri-ciri jati diri mereka khususnya dialek ibunda mereka. Buat masa kini golongan tua ynag masih hidup dapat melestarikannya, tetapi generasi pewaris mereka tidak dapat menjamin DK akan berkembang lagi."
Text
bahasa
orang asli
Sebagai kesimpulannya, dalam kedua-dua...
"Sebagai kesimpulannya, dalam kedua-dua kes kajian didapati bahawa kaum wanita lebih berpotensi untuk melestarikan dialek masing-masing. Namun demikian, justeru mereka tidak bebas bergerak, dan sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di petempatan masing-masing, kedua-dua dialek tidak dapat berkembang dalam arus modenisasi sebagaimana bahasa-bahasa lain. Penutur wanita di kedua-dua kawasan kajian tidak mampu berhadapan dengan gelombang dwibahasa yang dibawa balik oleh kaum lelaki dari luar petempatan."
Text
bahasa
orang asli
...2 more
Perkahwinan keturunan Duano dengan...
"Perkahwinan keturunan Duano dengan bukan Duano sudah diterima sebagai biasa sahaja di KKB dan juga di petempatan-petempatan Duano yang lain. Tanpa mengira sama ada pemuda atau pemudi mereka yang mendapat jodoh orang bukan Duano, masing-masing secara rela melepaskan bahasa ibunda mereka dan menguasai bahasa baharu iaitu BM. Ini berlaku dengan mudah kerana kebanyakan generasi muda sudah pun didedahkan kepada bahasa itu apabila melalui sistem pendidikan kebangsaan."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Perkahwinan berlainan kaum boleh...
"Perkahwinan berlainan kaum boleh menjejaskan proses pewarisan bahasa kepada generasi baharu. Tingkah laku bahasa kedua-dua ibu dan bapa akan mempengaruhi anak-anak. Mougen dan Beniak (Dorian 1989), dalam kajian mereka tentang bahasa French Welland di Kanadda, mendapati perkahwinan antara kaum mendatangkan kesan negatif kepada kedua-dua bahasa yang dibawa oleh ibu dan bapa mereka. Bahasa-bahasa hanya terhad kepada penggunaan dalam mandala tertentu sahaja yang diwujudkan oleh perkahwinan sedemikian."
Text
bahasa
masalah komunikasi
...1 more
Beliau membangkitkan persoalan...
"Beliau membangkitkan persoalan menuntut hak milik tanah dusun di Lebak Mincin sebagai pentunjuk betapa komunikasi yang jelas dengan pihak-pihak berkenaan seperti JHEOA, Pejabat Tanah dan Pejabat Perhutanan boleh membanu mempercepatkan proses tersebut. Pegawai-pegawai terdahulu katanya tidak memahami dengan sebenar-benarnya kehendak masyarakatnya yang disuarakan melalui tok-tok batin terdahulu kerana mereka tidak fasih berunding dalam BM. Buktinya soal tuntutan iu sudah berlarutan lebih 40 tahun dan hanya baru pada bulan April 2005 yang lalu mereka mendapat surat daripada pihak berkenaan yang menyatakan masalah mereka difahami dan sedang diperhalusi oleh pihak-pihak berkenaan."
Text
bahasa
orang asli
Bagi golongan 40 tahun ke...
"Bagi golongan 40 tahun ke atas pula, 8.3% esponden menyatakan bahawa DD digunakan sepenuhnya untuk berbual dengan rakan sebaya mereka. Mereka khususnya terdiri daripada yang berusia 50 tahun ke atas dan terdiri daripada kalangan rakan yang rapat sahaja seperti yang telah ditunjukkan dalam bahagian sebelum ini. Walaupun contoh yang diberikan itu menunjukkan adanya alih kod, namun dalam pemerhatian penulis apabila mereka mula menyingkap nostalgia kehidupan mereka semasa muda, DD mulai digunakan sepenuhnya dengan penggunaan kosa kata yang sukar didengari dengan jelas bunyinya dan terpaksa meminta mereka untuk mengulanginya."
Text
bahasa
Bahasa Melayu
...1 more
Golongan tua ini telah mempunyai...
"Golongan tua ini telah mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam penguasaan BM kerana mereka telah berpeluang menggunakannya dalam banyak kesempatan di luar kampung dalam pelbagai situasi. Mereka menggunakannya tatkala bersemuka dengan pegawai JHEOA khususnya dalam banyak hal berkaitan urusan kehidupan mereka. Secara tidak formal pula mereka menggunakannya tatkala bertandang ke kedai kopi di kampung bersebelahan dan juga ketika berurusan dengan pihak FELCRA tentang kerja mereka di ladang kelapa sawit."
Text
gaya hidup
orang asli
Bagi kalangan responden perempuan...
"Bagi kalangan responden perempuan, tiada juga permainan khusus yang dimainkan. Pada pemerhatian penulis, yang sering mereka lakukan ialah merayau-rayau sekeliling kampung dan di kebun-kebun sekitar kampung khususnya yang diusahakan oleh keluarga mereka. Kebetulan ketika kajian ini dilakukan buah tampoi sudah matang."
Text
orang asli
sosial
Secara amnya, roman orang Kanaq...
"Secara amnya, roman orang Kanaq tanpa mengira usia kelihatan garang dan sukar untuk senyum. Tambahan pula bila ada orang asing berhampiran mereka. Dengan nada suara yang keras mereka memang sukar didekati jika belum mesra atau biasa kelihatan di kampung mereka. Namun demikian, setelah hubungan dengan orang asing seperti penulis semakin dirasakan selamat dan tidak menyusahkan, barulah mereka mahu ketawa atau sekurang-kurangnya tersenyum."
Text
bahasa
gaya hidup
...2 more
Statistik yang dibentangkan memperlihatkan...
"Statistik yang dibentangkan memperlihatkan peningkatan penggunaan bahasa secara peralihan kod antara DK dan BM ketika para responden berbincang. Penulis melihat kecenderungan ini sebagai hasil hasrat dan wawasan Tok Batin untuk memastikan anak buahnya menguasai DK dan BM secara berkesan dan mampu menggunakannya dalam perbincangan yang membabitkan isu-isu berkaitan masa depan mereka dan kampung mereka. Seperti yang telah disentuh di atas, nasib masyarakat ini banyak bergantung kepada sejauh mana mereka boleh menunjukkan kepada masyarakat luar tentang kekerdilan mereka dari segala segi terutama bilangan dan juga pelestarian budaya dan harta benda."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Dalam jangka masa panjang, item ini...
"Dalam jangka masa panjang, item ini boleh digunakan sebagai kontrak untuk memastikan DD dan DK dapat dikembangkan kepada generasi muda khusunya kanak-kanak. Pengakuan reponden menunjukkan harapan mereka, sama ada optimis atau pesimis. Kedua-dua sikap ini amat mempengaruhi masa depan dialek-dialek itu kerana mana-mana satupun sikap yang diambil, implikasinya ialah terhadap dialek mereka. Jika optimis, dialek itu akan dapat diselamatkan, dan jika sebaliknya, dialek itu hanya menanti masa untuk berkubur ditelan zaman."
Text
bahasa
Isu
...1 more
Sebahagian besar responden kedua-dua...
"Sebahagian besar responden kedua-dua titik kajian menunjukkan sikap pesimistik dalam membicarakan masa depan dialek mereka. Lebih buruk lagi, mereka seolah-olah pasrah dengan apa yang telah berlaku dan bersedia menghadapi apa sahaja konsekuensi daripada keadaan yang sedang dialami. Mereka tidak terangsang untuk menyuarakan pandangan, apatah lagi untuk memberikan idea-idea untuk membaiki keadaan."
Text
bahasa
Isu
...1 more
Kedua-dua suku kaum ini tidak menunjukkan sikap yang...
"Kedua-dua suku kaum ini tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap dialek mereka, tidak berusaha untuk mengembangkannya dan tidak memperdulikan masa depan dialek-dialek itu. Walaupun dari segi petempatan dan bilangan keturunan DD lebih berpotensi untuk berkembang, namun lantaran sikap tidak mengendahkan DD menyebabkan potensi itu terbiar begitu sahaja, malahan sekumpulan suku Duano yang berpindah ke rizab baru di Sungai Layau, Kota Tinggi itu menampakkan sikap menguurkan dialek asal keturunan mereka."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian...
"Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian telah diberikan untuk memajukan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pada peringkat awal, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang sekarang dikenali sebagai JAKOA telah diberi tanggungjawab menguruskan pendidikan kepada masyarakat Orang Asli. Justeru, sekolah-sekolah dibina di Pos Keselamatan di pedalaman hutan yang menjadi kawasan kediaman Orang Asli dengan tujuan supaya membolehkan Orang Asli membaac dan mengira serta memenangi hati mereka agar tidak terpengaruh dengan gerakan komunis yang menentang Kerajaan Kolonial."
Perkara utama yang menjadi...
"Perkara utama yang menjadi kekurangan dalam kalangan masyarakat Orang Asli hari ini adalah kemahiran keibubapaan. Mereka masih lagi mengamalkan kemahiran keibubapaan tradisi bersesuaian dengan anak-anak yang tidak terdedah kepada pemodenan. Tetapi situasi hari ini berbeza dengan anak-anak Orang Asli turut terdedah kepada pemodenan dan perkembangan pelbagai media seperti internet dan astro. Senario ini memerlukan kemahiran keibubapaan yang baru, dan hal ini masih tidak wujud dalam kalangan masyarakat Orang Asli."
Text
orang asli
Pendidikan
Sekolah-sekolah telah dibina di kawasan-kawasan...
"Sekolah-sekolah telah dibina di kawasan-kawasan Pos Keselamatan dan guru-guru yang mengajar adalah terdiri daripada kakitangan JHEOA. Pada tahun 1953, sekolah pertama bagi anak-anak Orang Asli telah didirikan di Batu 3, Jalan Cameron Highland yang dikenali sebagai The William Hunt Aboriginal Memorial School. Tujuan utama penubuhan sekolah ini adalah untuk membolehkan anak-anak Orang Asli membaca dan mengira di samping memenangi hati mereka daripada dipengaruhi oleh gerakan komunis yang menentang kerajaan."
Text
orang asli
Pendidikan
Masyarakat Orang Asli merupakan...
"Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti peribumi kecil di Malaysia. Mereka telah hidup dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan termasuk pendidikan suatu masa dahulu. Sebelum 1996, JHEOA telah mengelolakn sebanyak 45 buah sekolah rendah dan 47 buah asrama. Pada 19 Januari 1996, pihak JHEOA telah menyerahkan semua sekolah yang dikelolakannya kepada KPM dan pengambilalihan ini menjadikan sebanyak 93 buah Sekolah Rendah Orang Asli diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan KPM dengan harapan pelajar Orang Asli sama-sama dapat menikmati peluang pendidikan dari segi aksesibiliti, ekuiti dan kualiti seperti pelajar lain."
Text
cemerlang
orang asli
...1 more
Terdapat tujuh orang guru cemerlang...
"Terdapat tujuh orang guru cemerlang yang berkhidmat di SK (A) pelajar Orang Asli. Setakat ini empat orang guru cemerlang Bahasa Inggeris, dua orang guru cemerlang Bahasa Melayu dan seorang guru cemerlang Pendidikan Islam. Taburan guru cemerlang ini ialah tiga orang guru di Kelantan dan masing-masing seorang guru di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak."
Text
orang asli
Pendidikan
Satu kajian telah dibuat...
"Satu kajian telah dibuat untuk melihat potensi pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Kelantan setelah pelbagai usaha dilakukan dalam memajukan pendidikan mereka, terutama pada tiga tahun kebelakangan ini. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen telah digunakan untuk mengumpul data kajian."
Text
orang asli
Pendidikan
Sungguhpun pencapaian pelajaran dalam...
"Sungguhpun pencapaian pelajaran dalam kalangan pelajar Orang Asli di negeri Kelantan pada umumnya masih lagi ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan pelajar daripada etnik lain, namun dengan usaha yang telah dibuat oleh JAKOA, Jabatan Pelajaran Daerah dan pelbagai pihak lain, ianya telah menunjukkan satu potensi yang memberansangkan. Berasaskan petunjuk dari aspek pertambahan bilangan pelajar ke sekolah terutama ke sekolah menengah, pencapaian dalam peperiksaan dan bilangan pelajar yang ebrjaya ke IPT, perkembangan yang berlaku boleh dianggap cukup positif."
Showing 151 to 200 of 250 results
Page
of 5
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->