Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
factors affect conflict
solutions
...1 more
The Spratly Islands disputes: An analysis
With the end of the Cold War there is little doubt that China is the most important state in the East & Southeast Asia. This have somewhat altered the balance of power in the South China Sea. The withdrawal of the United States from Subic bay in the Philippines and the former Soviet Union from Cam Ranh bay in Vietnam base made the People Republic of China in the best position to take advantage of the power vacuum. It claims most of the area and argues that approximately 860,000 square kilometres of its territory has been encroached upon by other regional powers.
As China begun to encroach further toward the ASEAN states the Spratly islands disputes became a regional conflict between China and her southern neighbours. The Spratly's are prized for their strategic location and the belief that they lie over one of largest oil fields in the world. All the disputants states are engaged in an attempt to control of as much of the archipelago as possible.
Presently there remains many territorial conflict. In some aspect the Spratly Islands disputes are an extension of other territorial disputes between the claimant states and perpetuities of unfriendliness and distrust. The disputes over the Spratly's are in reality a competition for resources primarily rather than the islands itself. It is pressumed that there is abundant existence of potential resources, the strategic location of the islands relative to shipping and air transit that links the Indian ocean and the Pacific ocean give added advantage to the country who is in control of the islands. Hence, the disputes revolve around closely related issues such as sovereignty over the islands the maritime rights and the inherent interest over the sea around them. The conflict over economic resources and military development among the claimant countries. Indeed the South China sea is regarded as a flashpoint. The unsettled problem remains a major concern, the Spratly islands group in the north China sea has been identified as one of the potential flashpoint. This is due to the overlapping claims of China, Vietnam, Taiwan, Philippines, Malaysia and Brunei. Any attempt to further occupy any of the unoccupied islands and any attempt to eject or boot out the occupants of an island within the disputed area and accident or misinterpretations due to deployment by the claimants of military forces in the area may spark an armed confrontation.
Text
China's New Aspiration
foreign policy
...2 more
China South Asia relations : A strategic out look
Since time immemorial, there have been many factors that significantly influenced the people's Republic of China in establishing her dyadic links with the countries of South Asia. This paper attempts to discover and analyze some of the key variables that over the period of current century have been contributing China in framing her strategic tenets towards this part of the world. From the same analysis, the paper has also endeavored to track the changing trend of Beijing's strategic posture, especially about the pattern of its modern day's policy attitudes. Lastly, by accounting all the deliberations the paper has attempted to draw an outlook regarding the likely nature of China's future code of strategy towards the South Asian countries.
Text
bidayuh
perubatan tradisional
...1 more
Kepercayaan dan Perubatan Tradisional di Kalangan Masyarakat Bidayuh di Kampung Mujat dan Kampung Mongkos, Sarawak
Pada pandangan pengkaji, orang-orang Bidayuh mempunyai konsep yang luas terhadap penyakit. Ini tidak bermakna mereka juga tidak percaya pada perubatan moden sebab ada di antara mereka yang pernah ke Hospital Daerah Serian atau mendapat rawatan dari paderi-paderi Kristian di situ. Adalah tidak mustahil mereka tidak terperanjat jika dikatakan sesuatu penyakit adalah akibat dari kuman atau virus; sebab pada teorinya mereka beranggapan kuasa ghaib itu boleh berubah-ubah bentuk. Ubat kadang kala dianggap sebagai bahan yang boleh menghalau iblis dari badan atau menyembuhkan luka dalaman pada masa-masa tertentu. Namun dalam konteks ini, kedua-duanya adalah perlu dalam menyembuhkan penyakit.
Sesuatu yang paling penting tentang konsep ini ialah penyakit yang menyerang manusia bukan hanya dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi juga melibatkan unsur-unsur budaya dan perlakuan sosial.
Text
bidayuh
perubatan tradisional
...1 more
Kepercayaan dan Perubatan Tradisional di Kalangan Masyarakat Bidayuh di Kampung Mujat dan Kampung Mongkos, Sarawak
Kertas kajian ini bertujuan memberikan gambaran secara deskriptif dan menganalisa dengan lebih dekat tentang perubatan di kalangan masyarakat Bidayuh yang merangkumi aspek-aspek seperti kepercayaan terhadap kuasa luar biasa, jenis-jenis penyakit dan cara rawatan serta ritual dalam pertanian.
Dalam membicarakannya, pengkaji banyak memperincikan kajian terhadap amalan ritual dalam merawat penyakit dan kegiatan pertanian. Amalan ritual dalam bidang pertanian dianggap penting memandangkan kegiatan ini berhubung rapat dengan cara hidup harian mereka.
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional (Canggong Negeri Perlis)
Dalam bahasa Thai beerti tarian. Asalnya ialah dari Perlis. Selalunya dipersembahkan selepas musim menuai padi. Petani-petani akan berkumpul beramai-ramai untuk bertemasya dan bersuka ria. Teruna dan dara akan menarikan tarian ini dan dalam masa menari itu banyak berlaku usikkan dan cumbuan sesama mereka.
Text
congkak
Permainan Tradisi Melayu
...1 more
Fungsi Permainan Congkak dalam Masyarakat Melayu
Congkak dimainkan terutamanya oleh kaum wanita dan sangat jarang dimainkan oleh kaum lelaki. Permainan ini memerlukan dua orang pemain untuk mengendalikannyadan memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan pemain-pemainnya. Papan congkak biasanya berbentuk seperti perahu yang mempunyai tujuh lubang sebelah menyebelah yang dikatakan "kampung" dan satu lubang yang lebih besar di hujung kiri dan kanan bergelar "rumah". Lubang congkak ini boleh dibuat di atas tanah di bawah-bawah rumah dan menggunakan kayu-kayu yang dikorek menjadi lubang-lubang.
Text
faktor kemiskinan
kadar kemiskinan
...5 more
Masalah dan kecenderungan ekonomi Melayu : Satu kajian terhadap 161 orang pelajar Universiti Malaya
Kemiskinan masyarakat Melayu telah lama dibincangkan walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 43 tahun. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, banyak dasar pembangunan dilaksanakan tetapi kedudukan ekonomi masyarakat masih rendah jika dibandingkan dengan etnik yang lain. Kajian ini mengenai masalah ekonomi dan kecenderungan ekonomi Melayu dengan berdasarkan kepada 161 orang pelajar di Universiti Malaya. Kajian ini penting kerana para pelajar di universiti ini akan menentukan masa depan negara dan juga kedudukan ekonomi orang Melayu.
Konsep kemiskinan akan diterangkan dalam kajian ini di samping kemiskinan yang wujud di Malaysia. Faktor kemiskinan turut dibincangkan dengan teliti dalam bab kelima. Faktor kemiskian amat penting kerana dapat menyedarkan para pembaca kajian ini terhadap punca masalah kemiskinan.
Kecenderungan para pelajar di Universiti Malaya didapati mempunyai tanda-tanda positif dalam memperbaiki kemiskinan orang Melayu. Keinginan dan keyakinan mereka kelihatan meningkat demi mencapai kedudukan ekonomi yang lebih tinggi. Fenomena ini mungkin disebabkan pendidikan tinggi mereka di Universiti Malaya. Perkara ini adalah membanggakan kerana keseimbangan masyarakat Malaysia mempunyai harapan untuk dicapai dengan kecenderungan para pelajar di samping toleransi yang ikhlas daripada rakyat bukan Melayu, usaha yang gigih daripada kerajaan juga penentu kestabilan sosial Malaysia.
Text
institusi tamu
sabah
...1 more
Institusi Tamu di Daerah Sipitang, Pantai Barat Sabah: Satu Kajian Sosio-Ekonomi
Penulisan ini ialah mengenai salah satu institusi penting dalam masyarakat tempatan di negeri Sabah iaitu institusi Tamu. Untuk itu satu kajian dijalankan di daerah Sipitang iaitu bahagian Pantai Barat, Sabah.
Dari segi undang-undang definisi Tamu diberikan sebagai: ....."tamu" means open air market established and declared by the Council to be tamu by notice on the Notice Board of the Council and at the tamu ground". Definisi yang diberikan ini mempunyai persamaan dari kacamata penduduk tempatan.
Penyelidikan yang dijalankan bertujuan memperkenalkan institusi tamu di negeri Sabah kepada masyarakat luar khasnya Semenanjung Malaysia. Dari kacamata luar, tamu dianggap sama sahaja dengan pekan sehari yang ada di Semenanjung Malaysia. Pada hakikatnya tidaklah begitu, apabila kita melihat secara terperinci dari segi fungsi dan kepentingan tamu kepada penduduk tempatan Sabah ia jelas berbeza dengan pekan sehari.
Text
anyaman
brunei
...3 more
Anyaman Tekiding dari Segi Pendekatan Teori Semiotik
Sebenarnya menganyam tekiding merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat kampung terutama masyarakat Kedayan. Ia merupakan seni warisan yang dimiliki daripada nenek moyang. Oleh kerana tekiding merupakan hasil kraftangan yang tertua pada hari ini ia masih dapat bertahan. Malah telah bertukar corak mengikut peredaran masa dan zaman. Untuk mempertahankan kebudayaan Brunei khususnya dalam seni kraftangan pihak-pihak tertentu telah mengambil alih tugas penting dalam memperkenalkan identiti kebruneian ke merata dunia. Dengan itu kerajaan telah membina sebuah bangunan yang dikenali sebagai pusat kesenian dan pertukangan tangan yang terletak di pinggir sungai Brunei.
Text
brunei
naindong
...2 more
Persembahan Naindong di Brunei
Dapat dikatakan bahawa naindong itu adalah merupakan satu bentuk lagu-lagu asli Brunei yang masih sampai sekarang dikenali ramai. Hingga kini naindong yang dulunya adalah merupakan lagu-lagu, sekarang apabila telah mengalami perubahan bertukar menjadi tarian. Tujuannya supaya naindong dapat dikekalkan dan menjadi ristaan generasi akan datang.
Text
adat istiadat
cara didikan anak
...3 more
Perkahwinan campur dalam masyarakat Melayu
Bab pertama ialah pendahuluan yang bertujuan untuk memberikan satu gambaran yang menyeluruh tentang objektif kertas projek ini serta latar belakang perkahwinan campur masyarakat Melayu di Malaysia. Seterusnya bab ini akan memberikan definisi konsep perkahwinan dan konsep perkahwinan campur serta klasifikasinya.
Bab kedua menjelaskan faktor-faktor yang mendorong serta menjayakan perkahwinan campur masyarakat Melayu. Antaranya ialah cinta, jodoh, matlamat yang sama, peka terhadap keperluan pasanganm tertarik dengan kebudayaan bangsa lain, semangat mengembara, keislaman pasangan, fikiran yang terbuka, persekitaran dan pergaulan, rupa paras dan fleksibiliti.
Bab ketiga pula membincangkan masalah-masalah uang dihadapi dalam perkahwinan campur masyarakat Melayu. Masalah-masalah yang dibincangkan meliputi pelbagai perspektif. Antaranya ialah agama, penentangan ibu bapa, cara didikan anak, hubungan dengan keluarga asas, syak wasangka masyarakat, perasaan etnosentrik, pemakanan, pakaian dan adat istiadat.
Bab keempat mengemukakan kesan-kesan yang timbul akibat daripada perkahwinanan campur dalam masyarakat Melayu. Kesan-kesan ini boleh ditinjau dari segi perubahan budaya dan perubahan sosial secara umumnya. Selain itu, ia juga dapat dilihat secara khusus dan terperinci dari segi kesan baik dan kesan buruknya.
Akhir sekali ialah bahagian kesimpulan yang akan menyimpulkan segala konsep dan idea utama mengenai keempat-empat bab yang tersebut di atas tadi.
Text
amalan
berderau
...2 more
Amalan Berderau dalam Masyarakat Melayu Kedah
Berderau dapat didefinisikan sebagai bergotong-royong, bertolong bantu dan bekerjasama. Di negeri Kedah berderau dijalankan dalam kegiatan menanam padi, kenduri perkahwinan, memugar hutan pada masa dahulu dan sebagainya.
Orang Melayu, terutama dalam masyarakat zaman tradisi ketika pengaruh-pengaruh dari Barat belum meluas, mempunyai kerja secara bergotong-royong. Sikap ini jelas kelihatan dalam pekerjaan mereka yang ada hubungannya dengan orang ramai. Di Kedah perkataan bergotong-royong itu terkenal dengan kata 'berderau'. Dalam kerja persawahan, kerja-kerja yang berat seperti menenggala, menanam dan mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan secara berderau, tetapi oleh kerana masyarakat kita juga merupakan masyarakat yang bergerak maju, kebudayaan kita juga bersifat dinamis yang menempuh perubahan-perubahan yang tidak dapat dielakkan.
Text
Konsep Taman Melayu Berdasarkan Reka Bentuk Rumah Melayu Tradisional
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah 'Konsep Taman Melayu'. Kajian mengenai konsep ini dipilih untuk menentukan konsep pembentukan ruang luaran bagi rumah tradisional Melayu. Konsep bermakasud satu idea utama yang menggambarkan idea kesuluruhan dalam sesuatu penghasilan. Justeru kajian yang melibatkan konsep Taman Melayu seharusnya mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan masyarakat melayu. Secara amnya, Taman Melayu merupakan satu konsep taman yang unik dan terkenal dengan kebun dapur yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman herba.
Text
ensembel
kedah
...2 more
Ensembel Mek Mulong Sri Kedah
Mek Mulong merupakan satu bentuk drama-tari tradisional yang terdapat di Kedah Utara, yang wujud dalam bentuk tradisi teater rakyat ("folk theater"). Mek Mulong merupakan satu adunan kesenian yang telah digabung dan digubah dalam satu bentuk persembahan. Teater Mek Mulong menjalin cerita melalui dialog, nyanyian, tarian dan muzik instrumental. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya yang tidak terdapat di dalam teater moden hari ini. Lebih-lebih lagi keunikan dari aspek spiritualnya, Aspek spiritual atau mempercayai dengan begitu yakin kepada kuasa ghaib di dalam persembahan Mek Mulong inilah satu-satunya unsur yang sukar bagi semua orang untuk membuat dan mengadakan persembahan Mek Mulong.
Text
dondang sayang
Melayu
...2 more
Dondang Sayang
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Persembahan Dondang Sayang diiringi oleh satu kumpulan muzik yang khas. Satu perkara yang menarik dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang ialah nyanyian-nyanyian yang terdapat di dalamnya merupakan pentun-pantun empat kerat. Pantun adalah penting dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang. Kekuatan berpantun dan bakat menyanyi Dondang Sayang merupakan faktor yang menjadikan Dondang Sayang itu satu persembahan yang menarik.
Text
dialek
fonologi
...2 more
Beberapa ciri menarik dialek Baling dari segi fonologi dan leksikal
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat analistik, yakni kajian yang membuat analisis tentang dialek Patani-Baling dari aspek fonologi dan leksikalnya. Kajian ini meliputi aspek-aspek sistem vokal, sistem konsonan dan aspek kosa kata.
Dalam Bab 1 dibincangkan tentang latar belakang dialek di Kedah termasuk dialek Patani-Baling sebagai sub-dialek kepada dialek Kedah. Bab ini juga memuatkan tentang tujuan kajian dibuat, penyataan masalah, batasan kajian, metodologi kajian dan beberapa definisi dialek yang diberikan oleh para sarjana tempatan mahupun sarjana barat.
Bab 2 pula mengupas tentang beberapa maklumat asas daerah Baling termasuk dari segi sejarah, penduduk, aspek pendidikan dan aspek ekonomi. Bab ini dapat memperjelaskan latar belakang daerah Baling kepada umum secara sepintas lalu.
Analisis dalam Bab 3 merupakan intipati kepada kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan aspek fonologi, merangkumi sistem vokal dan konsonan yang terdapat dalam dialek Baling. Distribusi konsonan meliputi distribusi konsonan plosif, nasal dan frikatif juga dibincangkan dalam bab ini.
Bab 4 pula membincangkan aspek leksikal dan kosa kata. Aspek ini merangkumi aspek pembinaan kata satu sukukata dan pembinaan kata dua sukukata dan lebih, kata monosilabik dan apek kosa kata. Dalam aspek kosa kata, kajian ini membincangkan kata dari segi Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Bab 5 merupakan bab penutup. Dalam bab ini pengkaji cuba merangkumkan perbincangan dalam bab-bab awal dalam satu kesimpulan dan saranan yang dikumpulkan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Text
pencegahan
penderaan isteri
...3 more
Keganasan rumah tangga : Suatu tinjauan terhadap keluarga Melayu di Malaysia
Keluarga sebagai satu unit sosial yang funsional adalah sebuah keluarga yang mampu menjalankan sebahagian besar fungsi-fungsi yang dijangkakan. Fungsi-fungsi yang tersebut sebenarnya adalah berasakan satu sistem jangkaan yang mengatur perlakuan serta perhubungan sesama anggota keluarga. Setiap anggota keluarga adalah dijangka mematuhi sistem jangkaan ini dengan memainkan peranan seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, dalam zaman yang berubah, tidak semua fungsi yang dinyatakan tadi dapat dijalankan terutamanya apabila anggota-anggota keluarga tidak memainkan peranan yang sepatutya atau yang dijangkakan dari mereka. Keganasan rumah tangga merupakan contoh utama perlakuan yang menyimpang dari fungsi-fungsi yang sepatutnya dimainkan oleh anggota keluarga. Masalah ini telah menjadi faktor penting kelemahan institusi keluarga pada hari ini.
Keluarga Melayu di Malaysia juga tidak terkecuali daripada dibelenggu masalah tersebut malahan jumlah kes yang dilaporkan yang membabitkan masyarakat Melayu kian meningkat dari tahun demi tahun. Justeru itu langkah pertama yang harus dilakukan adalah meneliti dan memahami secara mendalam mengenai latar belakang masalah, khususnya persoalan punca dan kesan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dapat dirumuskan. Tindakan susulan yang diambil pula harus mengambil kira konteks sosiobudaya masyarakat Melayu agar dapat menjamin keberkesannya.
Text
ghazal
muzik tradisional
...2 more
Profail Penyanyi Lagu2 Asli dan Lagu2 Ghazal Rosiah binti Abdullah (Rosiah Chik)
Di sini penulis kemukakan seorang penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan lagu-lagu Ghazal yang dikenali sejak tahun 1935 sehingga hari ini Puan Rosiah binti Abdullah atau yang lebih dikenali sebagai Rosiah Chik. Kajian ini meliputi kegiatan beliau sejak kemunculan beliau sehingga hari ini yang penulis rasakan amat bermakna sekali sumbangan beliau di dalam khazanah seni tanahair.
Di dalam suasana kekacauan budaya kita yang diresapi oleh berbagai anasir dari luar Rosiah Chik terus gigih menyanyi untuk meneruskan warisan lagu-lagu Asli dan Ghazal agar tidak terus lenyap tanpa kuburan. Harapan beliau sungguh tinggi iaitu untuk mengembalikan kegemilangan lagu-lagu Melayu Asli dan Ghazal yang tenggelam di dalam budaya pop dan lain-lain lagi.
Text
Profail S.M. Salim
Lagu-lagu asli Melayu adalah tergolong ke dalam muzik Melayu tradisional. Oleh itu, seseorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu adalah dianggap sebagai seorang pemuzik Melayu tradisional juga. S.M. Salim, seorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu yang terkenal pada tahun lima puluhan dan enam puluhan memang tidak terasing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Pengalaman beliau sebagai seorang seniman sangat luas. Nama beliau bukan sahaja terharum di tanahair kita ini bahkan di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Penyanyi-penyanyi lagu-lagu asli Melayu di Malaysia semakin berkurangan. Memandangkan keadaan demikian, beliau ingin terus menyanyi selagi kemampuannya walaupun zaman kecemerlangan beliau telah berlalu. Ini adalah juga sebagai suatu galakan kepada para artis muda untuk cuba mengekalkan serta memperkembangkan seni muzik tradisional ini. Sumbangan beliau terhadap seni muzik Melayu tradisional memang tidak ternilai lagi.
Text
CERPEN
kota
Imej Kota dalam Cerpen-cerpen Tahun-tahun 60an
Dalam kajian ini, penulis cuba meneliti cerpen-cerpen tahun 60-an ini dari sudut pandangan penulis-penulis terhadap kota. Dengan erti-kata lain, bagaimana cerpen-cerpen menggambarkan imej kota dan persoalan-persoalan yang wujud dalam menggambarkan imej kota tersebut. Juga diteliti bagaimana sikap penulis-penulis cerpen kota dan gejala-gejala yang wujud di kota dalam jangkamasa 1960-1969.
Text
Felda
kedah
...1 more
Rancangan Felda Batu Lapan Kedah: Satu Analisis Sejarah Pembangunan
Ini adalah satu kajian analisis sejarah pembangunan di rancangan Felda Batu Lapan di Negeri Kedah. Tumpuan kajian ialah ke atas setakat mana pembangunan dicapai dan masalah yang dihadapi oleh pihak Felda dalam usaha-usaha untuk mengwujudkan satu golongan petani moden yang dapat menghadapi perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran moden serta berdikari. Oleh kerana kajian ini ialah satu analisis sejarah maka perbincangan diadakan mengikut tahap-tahap iaitu tahap permulaan pembukaan rancangan dan penanaman, peringkat penghasilan dan kini peringkat penanaman semula getah.
Text
Persembahan Dondang Sayang
Esei ini membincangkan topik mengenai Dondang Sayang yang begitu popular di negeri Melaka. Tinjauan yang dibuat adalah berbagai aspek mengenai persembahan Dondang Sayang.
Text
binaan
jenis rumah
...1 more
Rumah Melayu di daerah Jempul, Bahau : Dengan penumpuan khusus ke atas rumah tradisional Melayu
Daerah Jempul diwujudkan pada 1 Januari 1980 melalui warta kerajaan Negeri Sembilan nombor 523 bertarikh 29 November 1979. Ia merupakan daerah terbaru di Negeri Sembilan. Sebelum wujudnya daerah ini Jempul dikenali sebagai Bahau.
Rumah adalah satu keperluan dalam hidup manusia. Rumah jika ditinjau dari sudut fizikal merupakan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas sebagai pengakaln tempat bertolak, berlabuh dan pulang dan juga tempat aktiviti-aktiviti dan kemasyarakatan dijalankan.
Rumah juga adalah satu peralatan budaya yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan rumah Melayu adalah salah satu artifak budaya yang begitu unik dan ideal sifatnya. Dengan yang demikian bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu yang dibina sebegitu rupa bukan setakat memenuhi nilai guna masyarakat Melayu Ia merupakan satu perlambamgan yang dapat memberikan suatu gambaran tentang sikap, nilai-nilai pemikiran serta corak kehidupan masyarakat dan budaya Melayu.
Text
Melayu
rumah
...1 more
Rumah Melayu di Daerah Jempul, Bahau dengan Penumpuan Khusus ke atas Rumah Tradisional Melayu
Masyarakat Melayu menganggap rumah sebagai sebidang tempat yang jadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuninya, jadi kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga tiada berbuah, tanpa memberi apa-apa sumbangan.
Rumah juga adalah satu peralatan budaya yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan rumah Melayu adalah salah satu artifak budaya yang begitu unik dan ideal sifatnya. Dengan yang demikian bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu yang dibina sebegitu rupa bukan setakat memenuhi nilai guna masyarakat Melayu. Ia merupakan satu perlambangan yang dapat memberikan suatu gambaran tentang sikap, nilai-nilai pemikiran serta corak kehidupan masyarakat dan budaya Melayu.
Text
bahan lagu
guru
...1 more
Penguasaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) membawa perubahan yang besar terhadap corak pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, peranan guru bahasa dalam bilik darjah turut berubah daripada penyampaian pengetahuan seperti yang biasa diamalkan dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) menjadi perancang, pembimbing dan pemudah cara. Dalam hal demikian, pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih berfokus atau berpusat kepada pelajar-pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa yang lebih berpusat kepada pelajar adalah corak pengajaran bahasa yang memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan bahasa seluas-luasnya. Di sini, jelas bahawa peranan guru amatlah penting untuk merancang bagi mewujudkan suasana pembelajaran yabg dikehendaki dan berkesan. Kaedah ini menjadikan pelajar-pelajar lebih aktif melalui aktiviti yang dirancang sesuai dengan tujuan, minat, bakat, kebolehan dan latar belakang mereka.
Kebijaksanaan guru merancang pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika bersesuaian dengan penggunaan alat atau bahan bantu mengajar. Bahanlah yang menggerakkan pembelajaran, menimbul rangsangan dan keinginan belajar untuk mengetahui sesuatu. Penggunaan bahan jugan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Text
sastera Melayu
Penyimpangan Tuhfat-Al-Nafiz dari Historiografi Umum Melayu
Latehan ilmiah pendek ini tidak sekali2 merupakan satu theses. Sunggoh pun dasar kajian-nya hampir serupa dengan kajian theses itu, latehan ini hanya merupakan satu kajian yang singkat terhadap satu bidang yang maha luas lagi mendalam. Penulis memang sedar betapa luas-nya bidang sastera Melayu dan dalam latehan pendek ini penulis akan memberi beberapa pandangan yang dapat munkin, walau pun pendapat2 atau pun pandangan-nya agak kontroversial dan ada kala agak tipis. Ini penulis sedia mengaku kerana pada hemat penulis ini-lah kali pertama-nya satu latehan ilmiah di-selenggarakan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu terhadap Tuhfat-al-Nafiz. Jadi sudah samesti-nya-lah penulis telah menemui beberapa kesukaran walau pun latehan ini bukan latehan yang panjang.
Text
jenis-jenis tulisan jawi
tulisan jawi
...1 more
Kajian penguasaan jawi pelajar tingatan dua Sekolah Seri Balik Pulau, Pulau Pinang
Tulisan jawi merupakan salah satu unsur budaya Melayu yang sangat penting sebelum kedatangan tulisan rumi. Tulisan jawi adalah media utama dalam penulisan ilmu pengetahuan tentang agama, bahasa, kebudayaan, pendukunan, perdagangan dan sebagainya. Tulisan ini juga merupakan tulisan rasmi dalam semua urusan pentadbiran kerajaan dan swasta. Penggunaan tulisan ini tidak terbatas kepada orang Melayu sahaja tetapi juga turut digunakan oleh pelbagai bangsa termasuklah orang Cina, India, Inggeris dan lain-lain. Misalnya surat-surat Raffles kepada pembesar-pembesar Jawa pada tahun 1811 dan surat-surat Sultan Iskandar Muda Mahkota kepada King James 1, semuanya ditulis dalam tulisan Jawi. Sehingga kini sejumlah lebih kurang 5,000 manuskrip Melayu lama tertulis dalam tulisan Jawi yang masih terpendam dalam tulisan jawi di beberapa perpustakaan, muzium dan arkib di seluruh dunia. Sekiranya tulisan jawi luput daripada pengetahuan orang-orang Melayu bermakna manuskrip-manuskrip tersebut akan hanya menjadi bahan tontonan semata-mata.
Menyedari hakikat ini, kajian ini difokuskan kepada penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar tingkatan dua kerana pengkaji yakin bahawa salah satu punca kelemahan dan penguasaan jawi di kalangan masyarakat berpunca daripada kelemahan dalam sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita. Melalui kajian ini akan dapt dilihat kelemahan-kelemahan, cadangan-cadangan dan pandangan-pandagan daripada murid dan guru demi memperbaik kualiti penghayatan tulisan jawi supaya unsur budaya Melayu yang unik itu berdaya mengekalkan kewujudannya dan kembali memainkan peranan penting dalam masyrakat Melayu moden pada masa kini dan masa akan datang.
Text
Orang-orang asing, yang bukan orang Barat, di-pandang dari segi Kacha Mata Penulisan Sejarah Melayu
Sejarah Melayu ada-lah satu hasil chiptaan yang terpenting, bukan sahaja dari segi kesusasteraan Melayu kelasik, bahkan juga dari segi kebudayaan Melayu lama. Buku itu menggambarkan dengan jelas-nya zaman kegemilangan Melaka, kebesaran, kemuliaan, dan kegagahan Raja2 Melaka, orang2 besar Melaka, dan umum-nya raayat dan Kota Melaka.
Text
dabus
tarian
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dabus
Kajian ini telah diklasifikasikan kepada beberapa topik tertentu untuk memudahkan kita melihat secara lebih jelas lagi:
Bahagian satu menyentuh tentang sejarah asal-usul Dabus di mana permainan ini mula diperkenalkan oleh ahlul-bait atas tujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh.
Bahagian kedua menceritakan tentang upacara ritual iaitu upacara buka gelanggang pada setiap persembahan.
Bahagian ketiga huraian tentang alat-alat muzik dalam permainan Dabus iaitu Gendang, Gong dan Anak Dabus.
Bahagian keempat. Di sini diterangkan bagaimana Dabus dipersembahkan.
Bahagian kelima. Sedikit tinjauan mengenai pertalian Dabus dengan masyarakat.
Bahagian keenam pencungkilan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam kesenian Dabus.
Bahagian ketujuh komen penulis terhadap unsur-unsur negatif dalam Dabus.
Bahagian kelapan. Di sini disentuh pula suasana di mana Dabus kini berada, ancaman-ancaman yang dihadapi oleh Dabus serta beberapa cadangan supaya Dabus dapat dikekalkan untuk beberapa generasi akan datang.
Text
Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra
Maksud kajian pendek ini ai-lah menilaikan Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra. Hikayat ini ada mempunyai beberapa edisi. Edisi yang di-guna sa-bagai bahan kajian ini ia-lah keluaran Balai Pustaka, Djakarta, 1956.
Text
dikir barat
pemuzik
...2 more
Profail Seorang Tokoh Dikir Barat. Daud Bukit Abal
Salah seorang tokoh yang turut melibatkan diri dalam persembahan Dikir Barat sejak hampir 20 tahun yang lalu ialah En. Daud dan beliau bertindak sebagai Juara Dikir Barat dan namanya sebaris dengan tokoh-tokoh Dikir Barat yang lain seperti Seman Wau Bulan, Yusof Kelong, Arifin Ana dan seterusnya. Disini penulis akan menonjolkan ketokohan Daud sebagai seorang Juara Dikir Barat yang terkenal.
Text
pemodenan
rungus
Pemodenan dalam Masyarakat Rungus: Satu Tinjauan Khusus di Kampung Pantai, Pitas
Kertas projek ini meneliti proses pemodenan yang berlaku dalam masyarakat Rungus dari segi sosioekonomi sejak dahulu hingga sekarang. Atas sebab-sebab tertentu, penulis hanya menumpukan kajiannya di sebuah perkampungan orang Rungus iaitu Kampung Pantai yang terletak dalam Daerah Pitas. Di samping itu kajian ini juga menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang sosiobudaya masyarakat Rungus tradisional.
Text
eksploitasi
kilang
...2 more
Eksploitasi: Bagaimana Undang-undang dan Kesatuan Sekerja dapat Melindungi Pekerja-pekerja Wanita Melayu di Kilang
Kertas projek ini akan membuat suatu kajian sepintas lalu terhadap fungsi Undang-undang dan Kesatuan Sekerja serta kegagalannya dalam menjamin dan melindungi hak-hak wanita yang bekerja sehingga menyebabkan wujudnya eksploitasi. Tumpuan khas diberikan kepada wanita-wanita Melayu yang bekerja di kilang-kilang.
Text
alat muzik
dabus
...2 more
Dabus
Permainan Dabus adalah salah satu daripada kesenian rakyat yang tidak kurang terkenalnya di Malaysia khasnya dia Perak, Selangor dan Melaka. Dabus boleh digolongkan kepada jenis muzik untuk upacara khas dan ritual seperti mana juga dengan zikir, Rodat dan Hadrah. Ia dikatakan demikian kerana mempunyai suatu bentuk puji-pujian kepada nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabatnya yang diiringi dengan tarian dan alat-alat muzik tertentu. Perkataan Dabus diberikan kepada perkataan ini adalah berdasarkan kepada alat yang digunakan di dalam persembahan tersebut.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional: Tumpuan Kepada Persembahan Muzik Mojumbak di kalangan Masyarakat Dusun di Mukim Tenghilan (Sabah)
Mukim Tenghilan terletak dalam daerah Tamparuli, Sabah. Terdapat banyak alat-alat muzik yang terdapat di Mukim Tenghilan. Di antaranya ialah alat-alat muzik yang terdapat dalam ensembel persembahan muzik Mojumbak iaitu kulintangan, tetawak (taog) yang besar dan yang kecil, canang (janang) dan gendang. Alat-alat muzik yang lain ialah Sundatang, suling, pumpuak, tohori, turiding dan biula.
Kedatangan muzik popular dari barat beransur-ansur menggantikan tempat muzik tradisional. Walaupun begitu buat masa ini persembahan muzik tradisional masih terus hidup meskipun ia hanya diamalkan atau dipersembahkan pada hari-hari yang tertentu saja seperti Hari Pesta Menuai, perkahwinan dan apabila ada rombongan dari masyarakat luar datang ke Mukim Tenghilan khususnya di kampung-kampung.
Text
Gulintangan Sebagai Satu Permainan Muzik Tradisional
Tujuan penulis membuat kajian ini adalah untuk memperlihatkan lagi secara lebih mendalam tentang salah satu bentuk persembahan muzik tradisional Negara Brunei Darussalam, iaitu Gulintangan. Yang mana Gulintangan adalah satu bentuk ensembal alat-alat muzik tradisional yang begitu terkenal dan selalu digunakan dalam mengiringi beberapa persembahan di Negara Brunei Darussalam misalnya, Permainan Bersilat dan Anding.
Tujuan penulis membuat kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan Gulintangan dan permainannya di antara beberapa puak di Negara Brunei Darussalam. Dan secara sambil lalu penulis ingin lihat dari mana asal usul Ensembal Gulintangan ini sebenarnya.
Text
Johor
makanan
Perusahaan Makanan di Air Hitam, Johor
Dengan menjalankan kajian ke atas perniagaan orang-orang Melayu secara kecil-kecilan,pengkaji dapat melihat beberapa faktor yang menjadi penentu bentuk dan jenis perniagaan yang diusahakan itu. Sungguhpun begitu, dalam ruang yang terhad ini adlah mustahil bagi pengkaji untuk melihat semua kes kecuali beberapa kes sampel kecil secara rawak. Meskipun begitu, pengkaji telah berusaha untuk mencapai beberapa fokas perbincangan yang utama khasnya dari segi pengaruh teknologi ke atas perusahaan kecik orang-orang Melayu. Satu sampel telah dibuat untuk melihat penggunaan peralatan secara tradisional dalam perusahaan membuat dodol di pekan Air Hitam.
Text
Shamsuddin Salleh idea dan konsep kesusastraan dalam novelnya
Shamsuddin Salleh dilahirkan pada 31 Ogos 1906 di Pekan Baru yang ketika itu termasuk dalam wilayah Sumatera Timur tetapi sekarang menjadi ibukota wilayah Riau.
Text
demografi
kemudahan sosial
...3 more
Pendidikan di Kampung Syed, Pulau Pinang
Dwasa ini pertumbuhan sekolah-sekolah, kolej-kolej swasta dan universiti bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, pada abad ke-21 ini, pendidikan menjadi salah satu faktor penting untuk menjamin kehidupan seseorang. Dengan demikian, ini pendidikan menjadi satu keperluan asas manusia dan bukan hanya setakat keperluan sampingan.
Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan manusia berusaha untuk mendapatkan pendidikan setinggi mana yang mereka mampu. Oleh itu, tidak hairanlah manusia sanggup bertungkus-lumus bekerja kuat untuk mendapatkan wang semata-mata untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan yang baik dan berkualiti. Persaingan yang kuat berlaku dalam masyarakat yang moden ini.
Di samping itu, pendidikan dapat menjamin mobiliti sosial berlaku. Ini bermakna seseorang yang berasal dari keluarga yang miskin boleh mengubah nasibnya sekiranya dia mendapat pendidikan yang tinggi. Misalnya, anak orang yang kerjanya membaiki basikal boleh mengubah kedudukannya menjadi seorang peguam atau doktor sekiranya beliau memperoleh pendidikan yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan bahawa pendidikan sebagai salah satu angka ubah yang boleh mengubah kedudukan sosial seseorang.
Text
dukun
ilmu perbomohan
...3 more
Sistem perubatan tradisional Melayu : Satu kajian di Kuala Lumpur
Menurut sejarah, setiap bangsa memang mengamalkan ilmu perbomohan dalam kehidupan seharian mereka. Gejala perbomohan ini dikatakan telah bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu. Di rantau Asia Tenggara dan Alam Melayu, kegiatan perbomohan merupakan satu perkara lumrah dalam kehidupan sebahagian penduduk.
Bomoh yang merupakan individu terpenting dalam institusi perbomohan ini agak popular di kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi kerana merekalah yang telah memberi sumbangan kepada masyarkat sebelum perubatan moden diperkenalkan. Peranan bomoh amat diperlukan dalam kehidupan manusia, khususnya bagi masyarakat tradisi yang masih begitu menebal kepercayaanya terhadap perawatan secara tradisional. Sistem perubatan tradisional ini masih diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu meskipun pengaruh perubatan moden hari ini telah meresap bukan sahaja ke kawasan-kawasan bandar, malah juga ke kampung-kampung.
Text
Ekonomi
kesenian
...2 more
Tongkungan alat muzik suku kaum Dusun di negeri Sabah : Satu tinjauan
Kertas projek yang telah dihasilkan ini telah menambahkan pengetahuannya tentang alamt muzik tradisional khususnya Tongkungon, alat muzik kaum Dusun negeri Sabah. Saya memilih tajuk ini kerana sangat sesuai sekali diketengahkan pada generasi ini supaya yang membaca hasil penulisan ini dan faham kepentingannya akan terus memandang tinggi hasil kerja tangan nenek moyang serta diharapkan dapat meneruskan ke generasi seterusnya dengan kaedah pemodenan tanpa mengubah dan menghilangkan nilai dan etika budayanya.
Dengan kertas projek ini diharapkan dapat menyumbang ilmu kepada pembaca bahkan menjadi sumber rujukan kepada para pengkaji alat muzik tradisional kaum Dusun di negeri Sabah.
Text
Profail Seorang Pemuzik Melayu Tradisional Hamzah Dolmat
Kajian kertas kerja ini adalah mengenai profail seorang tokoh pemuzik Melayu tradisional iaitu Hamzah Dolmat. Beliau adalah seorang ahli muzik yang mahir dan pakar bermain biola tanpa melihat note muzik. Malah Hamzah telah menumpukan karier hidupnya kepada dunia seni muzik sejak dari kecil hingga masa kini.
Text
labu
perak
...2 more
Perusahaan Tembikar Labu di Sayong, Perak
Penulis membuat kajian ini kerana ingin memberi sedikit gambaran mengenai pertukangan tembikar di negeri Perak. Selain daripada itu, penulis mendapati pertukangan tembikar merupakan salah satu pertukangan yang penting di negara ini. Kampung Kepala Bendang dijadikan tumpuan kajian penulis kerana ia merupakan kawasan perusahaan tembikar yang paling terkenal di Malaysia. Penulis berharap kajian ini akan menjadi panduan kepada kajian-kajian yang akan datang.
Text
faktor sosialisasi
institusi keluarga
...3 more
Proses sosialisasi dalam masyarakat Melayu
Kertas projek ini dibahagikan kepada empat bab. Dalam bab pertama, saya terus membincangkan dan menghuraikan apa yang disebutkan sebagai proses sosialisasi atau konsep bagi proses ini dan bagaimana ia dijalankan. Ia juga tidak ketinggalan menerangkan matlamat proses ini dan apa peranan yang dimainkan oleh agen-agen sosialisasi dalam proses ini dari segi faedah dan faktornya.
Bab kedua adalah bab mengenai peringkat-peringkat kitaran hidup yang ditumpukan dalam proses sosialisasi. Saya telah membahagikan peringkat-peringkat tersebut kepada empat tahap iaitu dari tahap bayi, tahap kanak-kanak, tahap remaja sampai ke tahap dewasa. Pembahagian ini membolehkan kami melihat proses sosialisasi yang dialami secara terperinci.
Manakala dalam bab ketiga pula saya cuba meneliti sejauh manakah faktor agama iaitu Islam telah mempengaruhi proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Manakala bab keempat merupakan kesimpulan yang saya buat mengenai proses sosialisaso yang dijalankan dalam masyarakat Melayu.
Text
ASEAN
China's moves
...1 more
The Spratley dispute : Application of international law
Presently, there are six countries, which are laying claim on the archipelago in the South China Sea. The Spratleys area is an important route for sea lines of communication and is believed to be rich in oil and other mineral deposits.
The Philippines, which claims 53 islands and occupies eight of them, bases its claim on the theory of discovery, proximity and occupancy. China on the other hand claims the entire China Sea and calls it the "China Lake" on historical grounds and on the principles of discovery and occupation. Like China, Taiwan also claims the whole of China Sea on the same historical grounds and principle of occupancy. Vietnam, which supports its claims on the principle of accession or inheritance from France also, stands on the effective occupation and effective continuity of peaceful exercise of state authority entitled to sovereignty in the 21 islands they occupy. Malaysia and Brunei on the provision of the UNCLOS on the principle of proximity to the continental shelf.
Despite the occasional saber rattling from China, all the claimant countries have expressed their desire to settle the Spratleys dispute in a peaceful manner. They employed both First Track (official) and Second Track (unofficial) processes to avert breaking into armed confrontations. Included in the Declaration on the South First Track process are the signing of the 1992 ASEAN China Sea Dispute otherwise known as the 1992 Manila Declaration; the Philippine-China Code of Conduct on the South China Sea; and the Bilateral Agreement between the Philippines and Vietnam. In the Second Track Process, the efforts include Indonesia's annual seminar workshops on "Managing Potential Conflicts in the South China Sea"; transparency in the arms build and armed forces intentions of the claimant countries; exchange of military students and personnel visits; and other innovative confidence building measures like a soccer match in the Spratleys which is being proposed by the Philippines.
Text
conflict
Desert Shield
...2 more
Iraq-Kuwait War of 1990 : An experience
The 1990-1991 Gulf War saw an international coalition of 26 states led by United States against an aggressor state, Iraq. This paper examines the circumstances leading to the war, the conduct of war and derive lessons from it. The lessons learnt are categorised under political, economic, social and military/operational dimensions. The 1990-1991 Gulf War demonstrated that aggression against a weak neighbour like Kuwait does not pay and there is the willingness of the international community to collectively use force to evict and punish the aggressor state. The Gulf War also demonstrated a typical textbook conventional warfare enhanced with technological superiority, high quality training and logistic support which provided success and victory to the coalition forces.
Text
ASEAN
regional security
ASEAN : External security concerns in a post cold war era
From its modest beginnings in 1967, ASEAN has come to be regarded as one of the most successful experiments in regionalism in the developing world.
ASEAN region is generally rich in natural resources which includes petroleum and agriculture products as well as other important raw materials. It is also a diverse and vitally important region in the world. Geographically, it sits astride the world's major eastwest trade routes which connect the Pacific and the Indian Oceans. Regional stability and freedom of passage through the area is therefore critical to international trade.
ASEAN regional security is determined by both the external and internal threats as well as the interconnections between them. The realm of security in ASEAN involves a wide spectrum of affairs: geo=strategic; political; economic; social; cultural and ideological. It is not solely a military matter as it usually perceived in the conventional sense.
Text
North Korea Unification Policy
Origin of the division
...1 more
The Korean Peninsula : Prospects for unification
For nearly five decades Korean people in both halves of the country have been living under two diametrically different political and economic systems with little or no mutual contacts and communications. The Korean division is real and its reunification, ideal.
Unification in the Korean Peninsula hinges on multitude of factors both internal and external. Internally, there is the different socio-economic and political systems, the different ideologies, the political elite's and many more. Externally. there is the traditional interest of the American, the Japanese, the Chinese and the Russian and all the peace-loving individuals, regional and global organisations.
This study focus on the North and South Korea unification initiatives, policies and formulas offered since 1972. This research paper analyses various initiatives undertaken, policies and formulas offered by both the North and the South Korean towards peaceful reunification.
Both the Korean has adopted various friendly policies and offered several formulas towards a peaceful reunification in the peninsula. There s no way of fathoming the real intentions of both policies, especially the north as the actions were in contradiction to the advocated policies. However, it is believed to be a good sign as consent for a dialogue, unthinkable during the early period of the division is a prospect towards an eventual peaceful unification.
Text
Gerakan menentang komunis
Parti Komunis Malaya
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaya yang kedua: Analisa
Harapan rakyat dan pemimpin negara untuk mengecapi keamana yang berkekalan selepas zaman Darurat Pertama meleset apabila sekali lagi pemimpin dan kerajaan terutamany pasukan keselamatan terpaksa bekerja keras bagi menghadapi Zaman Darurat Kedua Malaysia. Niat dan tujuan pengganas komunis yang ingin mengambilalih tampuk utama pemerintahan negara sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat. Menyedari akan perkara ini maka pelbagai usaha dan aktiviti telah disusun atur dengan begitu rapi oleh kerajaan bagi menyelamatkan negara dari ancaman dan serangan pengganas komunis. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera, Pasukan Polis, Pasukan Sukarela serta pasukan dan kesatuan gabungan lain-lain telah bekerjasama dan berganding bahu untuk menentang keganasan yang telah dianjurkan oleh pengganas komunis dalam tempoh tersebut.
Pelbagai operasi dan gerakan ke atas seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan oleh pasukan tentera dan polis dalam menentukan semua keerluan, kemudahan dan kekuatan pengganas komunis dapat dimusnah dan dihapuskan. Sebagai agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan negara, bangsa dan agama serta diiringi dengan rasa tanggungjawab, maka pasukan keselamatan yang telah diamanahkan, mengambil berbagai-bagai langkah untuk menjaga dan mengekalkan keamanaan negara yang tercinta ini. Dengan semangat perjuangan yang amat tinggi serta rasa ingin melihat negara sendiri dalam keadaan aman, maka keamanan negara telah dapat dicapai apabila negara diisytiharkan bebas dari ancaman pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah merupakan usaha oleh pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya ianya adalah merupakan usaha bersama oleh beberapa agensi kerajaan.
Text
ASEAN
Kerjasama politik
ASEAN : Kerjasama politik ke arah abad ke-21
Showing 51 to 100 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->