Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kata kerja ganda
kata kerja majmuk
...1 more
Penggunaan kata kerja dalam novel
Kertas projek yang dihasilkan ini adalah berkisar tentang aspek kata kerja. Penelitian tentang kata kerja dilakukan dengan terperinci bagi mencapai tujuan sebenar pengkajian ini. Penulisan dan penyusunan kertas projek ini sepenuhnya berdasarkan kepada Bahasa Melayu yang secara tidak langsung dapat memantapkan lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Di samping itu, ia juga dapat memberi penjelasan dan pemahaman yang lebih mendalam serta peranan sebenar kata kerja yang terangkum dalam setiap ayat di dalam novel tersebut.
Selain mengenal pasti kewujudan kata kerja dan fungsinya dalam ayat, secara tidak langsung setiap bentuk kata kerja itu mampu diaplikasikan oleh pnulis atau penutur bagi menghasilkan binaan atau konstruksi ayat yang gramatis. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kata kerja merupajan perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Kata yang dikenali sebagai kata kerja ini akan membentuk frasa kerja yang boleh terdiri dan disertai dengan beberapa unsur lain seperti objek, kata bantu, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu, kebanyakan frasa kerja atau kata kerja diletakkan di bahagian predikat bukannya diangkat sebagai subjek.
Text
guru
kemahiran bahasa
...1 more
Penggunaan Pusat Sumber dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Matlamat Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai hasrat ini, KBSR dan KBSM berperanan untuk mengembang dan memajukan sistem pendidikan di negara ini. Perubahan-perubahan perlu dilakukan dari segi isi pelajaran, matlamat, konsep dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Perubahan-perubahan ini tidak sahaja dibebankan di bahu guru sekolah, malahan semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ini tercapai. Kaedah pengajaran terkini memerlukan pelajaran menggunakan pelbagai sumber. Menurut klasifikasi sumber oleh G.O Chan (1980:1-114), guru hanya merupakan salah satu daripada sumber-sumber media.
Pendapat ini menjelaskan bahawa sikap terlalu bergantung kepada guru bukanlah satu langkah yang baik kerana guru bukan merupakan sumber tunggal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengenal pasti dan menilai semula peranan dan perkhidmatan professional Pusat Sumber Sekolah dalam konteks KBSR dan KBSM.
Text
Ancaman keselamatan
HANRUH
...2 more
Pengintegrasian sumber negara ke arah pertahanan Malaysia dalam konteks HANRUH
Kerajaan telah memutuskan bahawa Malaysia tidak akan mengadakan satu pasukan tentera yang besar untuk menjaga keselamatan dan pertahanannya. Keputusan ini dibuat berdasarkan kos penyelenggaraan yang tinggi serta ancaman kepada keselamatan negara sendiri jika mempunyai kuasa tentera yang besar. Kerajaan lebih selesa jika dasar pertahannya adalah seiringan dengan dasar dan perhubungan luar negara. Oleh yang demikian, struktur pertahanan negara adalah terdiri daripada satu pasukan tetap yang sederhana kekuatannya dan penambahan sumber manusia didatangkan dari komponen awam dan pasukan bantuan yang lain.
Untuk membolehkan dasar ini berjalan dengan sempurna, Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) telah dimasukkan sebagai salah satu daripada elemen Dasar Pertahanan Negara (DPN). Antara komponen HANRUH adalah 'Bantuan Nasional termasuk pengemblingan sumber negara untuk pertahanan negara seperti sumber material, perkhidmatan pengangkutan dan orientasi pengangkutan awam.'
Sesungguhnya HANRUH telah diperkenalkan sejak 1989 lagi, namun sehingga sekarang perjalanannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Ini disebabkan oleh tiadanya satu badan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya yang mengkoordinasi dan melaksankan dasar yang dipersetujui. Setakat ini hanya KEMENTAH sahaja yang mengambil berat tentang peranannya sedangkan jabatab-jabatan lain belum lagi memainkan peranan masing-masing.
Memandangkan perkara ini telah begitu lama terbiar adalah dicadangkan satu Jawatankuasa khusus ditubuhkan bagi mengkoordinasikan segala keperluan untuk keselamatan dan pertahanan negara. Banyak sumber-sumber negara yang boleh diintegrasikan demi mempertahankan kepentingan negara.
Text
kelantan
Melayu
...3 more
Penglibatan Wanita Melayu dalam Perniagaan Kecil-kecilan: Kajian Kes di Pasar Kubang Kerian
Kajian ini dibuat untuk melihat kegiatan wanita Melayu dan bidang perniagaan kecil-kecilan, mengkaji sejauhmanakah penglibatan mereka ini telah memberi kesan dalam mencorak keadaan ekonomi dan sosial dalam keluarga mereka khasnya.
Kajian ini akan menyentuh beberapa aspek iaitu faktor-faktor yang mendorong penglibatan kaun wanita dalam perniagaan,untuk melihat masalah-masalah dan kesan yang dialami secara langsung dan tidak langsung di sebalik penglibatan kaum wanita di dalam bidang tersebut, serta pandangan dan perhatian masyarakat terhadap golongan wanita yang terlibat.
Text
bahan lagu
guru
...1 more
Penguasaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) membawa perubahan yang besar terhadap corak pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, peranan guru bahasa dalam bilik darjah turut berubah daripada penyampaian pengetahuan seperti yang biasa diamalkan dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) menjadi perancang, pembimbing dan pemudah cara. Dalam hal demikian, pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih berfokus atau berpusat kepada pelajar-pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa yang lebih berpusat kepada pelajar adalah corak pengajaran bahasa yang memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan bahasa seluas-luasnya. Di sini, jelas bahawa peranan guru amatlah penting untuk merancang bagi mewujudkan suasana pembelajaran yabg dikehendaki dan berkesan. Kaedah ini menjadikan pelajar-pelajar lebih aktif melalui aktiviti yang dirancang sesuai dengan tujuan, minat, bakat, kebolehan dan latar belakang mereka.
Kebijaksanaan guru merancang pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika bersesuaian dengan penggunaan alat atau bahan bantu mengajar. Bahanlah yang menggerakkan pembelajaran, menimbul rangsangan dan keinginan belajar untuk mengetahui sesuatu. Penggunaan bahan jugan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Text
Pengurusan dan Persembahan: Kajian Kes Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan
Kajin ini adalah kajian berkenaan pengurusan dan persembahan sebuah kuda kepang iaitu Kumpulan Kepang Sinar Warisan. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat berkenaan pengurusan persembahan kumpulan ini. Pengurusan merupakan salah satu daripada aspek penting di dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Oleh sebab itu pengkaji akan menyelidik pengurusan seni untuk mengenalpasti corak pentadbiran, kewangan dan carta organisasi. Kajian ini juga akan menumpukan kepada persembahan yang dijalankan oleh kumpulan ini selain daripada kejayaan kumpulan ini memartabatkan seni persembahan kuda kepang sehingga ke peringkat kebangsaan. Daripada kajian ini, pengkaji akan lebih memahami corak pengurusan dan persembahan kumpulan ini dan seterusnya membantu memartabatkan seni persembahan kuda kepang untuk tatapan generasi masa kini.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan saorang Bomoh Melayu dalam komuniti kecil di Maras
Menganalisa Kedudukan Bomoh dalam masyarakat, peranannya, jangkaan peranannya, kedudukan Bomohship akan datang akibat scientific dan teknological change, kedudukan ekonominya, serta sikap anggota komuniti terhadap peranan yang dimainkan oleh Bomoh.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang imam dalam sebuah komuniti melayu
Tema Kajian ini ialah untuk mengetahui setakat mana peranan sesaorang imam pada idealnya dipraktikkan secara realiti. Ia juga bertujuan mengetahui setakat mana imam sesebuah kampong itu memenuhi jangkaan-jangkaan peranan maamum-maamumnya dalam sebuah masyarakat yang sedang berada diperingkat transistional, antara traditional dengan moden.
Text
Pensejarahan Melayu Lama
Tujuan pengajian ini ialah untuk mengawasi sifat2 umum dan membuat komentar mengenai penulisan sejarah Melayu lama, dalam bidang sastera Melayu lama, dengan berdasarkan naskhah2 Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
Pentadbiran pejabat ugama (Mahkamah Syariah) Rembau dan hubungan nya dengai Balai Adat
Menurut Tuan Hj. Abbas bin Hj. Zakaria, bekas kadi Daerah Rembau (1915 - 1953) sebelum ianya dilantik menjadi kadi Daerah Rembau dalam tahun 1915, telah ada terdapat beberapa orang kadi yang mn=entadbirkan hal-hal ugama Islam di rembau. Menurutnya kadi-kadi yang awal itu adalah dilantik oleh Datuk Undang dengan persetujuan Datuk-Datuk Lembaga.
Text
sastera Melayu
Penyimpangan Tuhfat-Al-Nafiz dari Historiografi Umum Melayu
Latehan ilmiah pendek ini tidak sekali2 merupakan satu theses. Sunggoh pun dasar kajian-nya hampir serupa dengan kajian theses itu, latehan ini hanya merupakan satu kajian yang singkat terhadap satu bidang yang maha luas lagi mendalam. Penulis memang sedar betapa luas-nya bidang sastera Melayu dan dalam latehan pendek ini penulis akan memberi beberapa pandangan yang dapat munkin, walau pun pendapat2 atau pun pandangan-nya agak kontroversial dan ada kala agak tipis. Ini penulis sedia mengaku kerana pada hemat penulis ini-lah kali pertama-nya satu latehan ilmiah di-selenggarakan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu terhadap Tuhfat-al-Nafiz. Jadi sudah samesti-nya-lah penulis telah menemui beberapa kesukaran walau pun latehan ini bukan latehan yang panjang.
Text
Perdamaian
Perjanjian
...2 more
Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. : Satu analisa
Kebanyakan Angkatan Tentera di dunia masa ini menggunapakaikan strategi, teknik dan taktik yang dikaji dalam peperangan dunia pertama dan kedua serta di masa perang dingin. Tidak banyak yang dipelajari mengenai peperangan-peperangan yang diterajui oleh Panglima-panglima Perang Islam khususnya Rasulullah S.A.W. sendiri, sedangkan kegemilangan serta keagungannya amat terserlah sehinggakan empayar Islam telah berkembang dan menakluk hampir 2/3 dari muka bumi ini. Namun demikian tanpa disedari strategi, teknik dan taktik peperangan Islam telah dikaji oleh kebanyakan strategist-strategist Barat dan diubah-suaikan untuk dijadikan prinsip peperangan moden masa kini.
Apabila Allah S.W.T. telah membenarkan peperangan, pelbagai prinsip dan strategi telah ditunjukkan kepada Baginda Muhammad S.A.W. Justeru itu, peperagan Baginda merupakan satu konsep peperangan yang harus diikuti oleh tentera Islam untuk mengelakkan manusia daripada kehancuran dan kemusnahan. Ini adalah kerana peperangan di zaman Rasulullah S.A.W. mengikut lunas-lunas perundangan, peri kemanusian dan bukannya bersifatkan hasad dengki, balas dendam, angkuh dan sombong dengan kemampuan serta kebolehan yang dimilikinya.
Oleh itu adalah amat penting kajian yang teliti lagi mendalam perlu dilaksanakan khususnya Angkatan Tentera negara-negara Islam agar kita sentiasa mematuhi unsur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam melalui pertempuran-pertempuran oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Dari itu, kajian ini dibuat adalah untuk menganalisa secara am apakah strategi, teknik, taktik dan lain-lain faktor telah digunapakaikan sehingga membawa kejayaan begitu cemerlang hingga menjadi ikutan oleh kebanyakan pemimpin tentera masa kini. Kegimilangan zaman kebangkitan Islam akan kembali menyinar sekiranya umat Islam sama-sama mengembleng fikiran dan tenaga menganalisa zaman perjuangan khususnya peperangan Rasulullah S.A.W. untuk digunapakai bagi negara Islam.
Text
Perang Badar
Perang Bani al-Nadhir
...4 more
Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. Satu analisa
Sebagai panglima perang Nabi Muhammad S.A.W. telah menghadapi ancaman dari musuh-musuh Islam mahupun dari luar atau dalam negeri. Bagi menghadapi ancaman keganasan dan pencerobohan Rasulullah telah menyusun strategi peperangan yang mantap. Selain itu, Rasulullah melatih orang-orang Islam dalam kemahiran menggunakan senjata dan taktik peperangan. Selain berlatih berperang baginda telah membentuk tenteranya di dalam pembersihan jiwa dengan bertaqwa dan beriman kepada Allah. Dengan keimanan ini tenteranya mempunyai disiplin yang tinggi serta daya ketahanan mental dan fizikal yang sukar diperolehi oleh tentera musuh. Semasa memimpin tenteranya di medan perang Rasulullah S.A.W. menghadapi kesukaran tetapi dengan kebijaksanaan, ketaqwaan, kesabaran dan kecekapan maka malapetaka dapat dielakkan dan disebaliknya kemenangan dicapai.
Oleh itu, amatlah penting bagi kita mempelajari dan memahami salasilah Rasulullah sebagai seorang manusia yang berdiri berhadapan kemungkaran dan kezaliman pada masa yang sama menyampaikan Risalah Allah. Beliau menghadapi segala tentangan, kesusahan, penyeksaan dan cercaan oleh bangsanya sendiri di Mekah tetapi Baginda menanggung semua itu dengan tabah dan sabar serta melayan musuh baginda dengan murah hati dan kasih sayang.
Text
perahu
terengganu
Perahu Tradisi Terengganu
Menurut catatan sejarah, perahu amat penting di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Perahu merupakan alat perhubungan dan pengangkutan yang utama menghubungkan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Selain daripada itu, perahu juga digunakan sebagai alat pengangkutan barang-barang dagangan untuk diperniagakan. Manakala bagi golongan raja perahu digunakan sebagai kenderaan diraja untuk bertemasya dan berkahwin.
Sejarah pemikiran manusia bertambah maju, bentuk pengangkutan air turut berubah. Batang kayu sebatang tidak lagi digunakan tetapi buluh-buluh atau batang-batang kayu diikat di antara satu sama lain untuk dijadikan rakit, dengan menggunakan rotan atau akar-akar kayu yang kuat supaya dapat dinaiki dan di muatkan dengan barang-barang di atasnya. Dengan menggunakan kayu kecil atau buluh sebagai galah untuk menolak atau menongkat rakit supaya bergerak dengan lebih laju mengikut arah yang dikehendaki. Penggunaannya lebih selamat dan dpat membawa lebih banyak barang-barang.
Text
perahu
pertukangan
...1 more
Perahu: Seni Pertukangan Tangan Masyarakat Melayu Tradisional
Semenanjung Malaysia adalah sebuah negara yang di kelilingi oleh laut dengan cabang-cabang sungai yang banyak. Sejak zaman berzaman, orang Melayu telah dikenali sebagai pelaut yang mahir.
Perahu yang juga dikenali sebagai sampan adalah alat perhubungan dan pengangkutan yang terpenting dizaman dahulu. Perahu adalah "small open vessel for travelling in on water especially the kind moved with oars". Perahu bergerak di permukaan air dengan cara didayung dengan sejenis alat yang dinamakan pengayuh yang dibuat daripada kayu dan diberi ulu supaya mudah dipegaang ketika berkayuh. Oleh kerana perahu menggunakan tenaga manusia untuk mengayuh maka penggunaannya adalah terhad di kawasan persisi pantai, sungai dan tasik.
Text
kelantan
peralatan
...1 more
Peralatan Menangkap Ikan Tradisional di Kelantan
Tumpuan Khas pada Serkap, Bubu, Temilar dan Pancing
Tumpuan kajian dilakukan ke atas hasil-hasil seni yang dicipta di dalam penangkapan ikan. Antara yang mendapat perhatian ialah:
Untuk mengetahui nama dan jenis alat-alat tradisional di dalam penangkapan ikan air tawar.
Mengkaji bagaimana dan mengapa, satu-satu alat penangkapan ikan itu muncul serta kepentingannya sehingga ia masih kekal sampai kini.
Untuk menilai kehalusan seni dan keunikan cara pembuatannya yang bersesuaian dengan cara penggunaannya.
Untuk mengetahui tentang kekayaan petua dan pantang larang yang terdapat dalam masyarakat Melayu khususnya dalam penggunaan alat-alat ini.
Text
Barongan
jawa
...1 more
Peralatan muzik Barongan
Lazimnya kumpulan Barongan wujud beriringan dengan kumpulan-kumpulan Kuda Kepang. Ini disebabkan persembahan Kuda Kepang adalah sebahagian daripada persembahan Barongan itu sendiri. Setakat kajian ini dijalankan, penulis dimaklumkan bahawa kumpulan-kumpulan Barongan boleh didapati di beberapa buah kampung terutamanya di sekitar daerah-daerah Batu Pahat, Pontian dan Muar di negeri Johor. Kumpulan-kumpulan Barongan ini lazimnya terdapat di kampung-kampung yang sebilangannya besar penduduknya adalah keturunan masyarakat Jawa. Setakat kajian ini dilakukan, belum ada lagi dijumpai npersembahan Barongan oleh orang-orang bukan dari keturunan Jawa seperti Melayu, Banjar, Bugis dan sebagainya.
Text
imam
Selangor
Peranan dan Status Imam dalam Masyarakat Melayu di Mukim Kerling, Selangor
Imam seperti orang kebanyakan memahaminya ialah ketua atau pemimpin dalam bidang agama bagi sesuatu kampung, mukim atau kawasan-kawasan yang lebih besar dan ianya hanya tertumpu di masjid sahaja. Ia dikenali kerana mengetuai upacara agama seperti sembahyang jemaah, kenduri tahlil ataupun menguruskan jenazah. Di kalangan orang Melayu yang beragama Islam imam merupakan satu institusi yang penting kerana segala aktiviti agama biasanya diketuai oleh imam.
Fenomena ini berbeza di kalangan masyarakat yang tidak kuat berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Contohnya masyarakat kota yang kebanyakannya menjalani kehidupan mengikut budaya kota. Sebahagian besar dari mereka tidak terlalu bergantung kepada imam dalam urusan agama mereka. Perbezaan cara hidup masyarakat kampung dan bandar sebenarnya melahirkan situasi yang berbeza dalam menanggapi peranan dan kedudukan imam. Bagaimanapun dalam kajian ini, penulis lebih tertumpu kepada masyarakat desa yang mana Mukim Kerling menjadi tempat kajian.
Text
Ekonomi
keluarga
...1 more
Peranan dan Sumbangan Wanita dalam Ekonomi Keluarga
Kajian ini mengemukakan persoalan tentang kam wanita. Aspek yang akan ditekankan ialah berkaitan dengan penglibatan kaum wanita dalam bidang ekonomi. Kajian ini juga turut melihat soal pembahagian tugas antara tugas rumahtangga dan tugas dakam sektor ekonomi. Kajian ini tertumpu kepada penduduk di kampung Pulau Belongan Bachok Kelantan.
Text
Gerakan menentang komunis
Parti Komunis Malaya
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaya yang kedua: Analisa
Harapan rakyat dan pemimpin negara untuk mengecapi keamana yang berkekalan selepas zaman Darurat Pertama meleset apabila sekali lagi pemimpin dan kerajaan terutamany pasukan keselamatan terpaksa bekerja keras bagi menghadapi Zaman Darurat Kedua Malaysia. Niat dan tujuan pengganas komunis yang ingin mengambilalih tampuk utama pemerintahan negara sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat. Menyedari akan perkara ini maka pelbagai usaha dan aktiviti telah disusun atur dengan begitu rapi oleh kerajaan bagi menyelamatkan negara dari ancaman dan serangan pengganas komunis. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera, Pasukan Polis, Pasukan Sukarela serta pasukan dan kesatuan gabungan lain-lain telah bekerjasama dan berganding bahu untuk menentang keganasan yang telah dianjurkan oleh pengganas komunis dalam tempoh tersebut.
Pelbagai operasi dan gerakan ke atas seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan oleh pasukan tentera dan polis dalam menentukan semua keerluan, kemudahan dan kekuatan pengganas komunis dapat dimusnah dan dihapuskan. Sebagai agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan negara, bangsa dan agama serta diiringi dengan rasa tanggungjawab, maka pasukan keselamatan yang telah diamanahkan, mengambil berbagai-bagai langkah untuk menjaga dan mengekalkan keamanaan negara yang tercinta ini. Dengan semangat perjuangan yang amat tinggi serta rasa ingin melihat negara sendiri dalam keadaan aman, maka keamanan negara telah dapat dicapai apabila negara diisytiharkan bebas dari ancaman pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah merupakan usaha oleh pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya ianya adalah merupakan usaha bersama oleh beberapa agensi kerajaan.
Text
bantuan pengangkutan udara
Operasi Udara
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaysia pertama : Satu analisis
Kajian ini bertujuan melihat peranan pasukan keselamatan yang terdiri daripada anak-anak Watan Melayu, di dalam pasukan polis dan tentera, Home Guard dan pasukan tentera Komanwel semasa menangani PKM semasa Darurat Pertama 1948 hingga 1960. Darurat yang melanda Tanah Melayu adalah disebabkan oleh PKM yang diketahui oleh Chin Peng. PKM ditubuhkan di Singapura pada tahun 1928 dengan nama Parti Komunis Nanyang tetapi ditukar kepada Parti Komunis Malaya pada tahun 1929. Semasa Perang Dunia Kedua PKM menubuhkan MPAJA yang menentng Jepun. Mereka telah mendapat bantuan British melalui Force 36 yang dibentuk untuk menjalankan gerakan Bawah Tanah demi membebaskan Tanah Melayu dari pemerintahan Jepun. Di samping itu juga PKM/MPAJA mempunyai motif lain iaitu ingin mendapatkan pengiktirafan daripada British untuk menubuhkan kerajaan komunis Malaya. Selepas tamat perang niat dan rancangan mereka tidak direstui oleh British dan mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu. Akhirnya PKM diharamkan pada Jun 1948 apabila Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gen, Pesuruhjaya Tinggi British.
Mulai 16 Jun 1948, peranan pasukan keselamatan membantu kerajaan amat berharga sehingga 30 Jul 1960 apabila Tunku Abdul Rahman mengistiharkan tamatnya Darurat. Tugas utama pasukan keselamatan adalah untuk melancarkan operasi menghapuskan gerila-gerila dan membantu Pihak Berkuasa Awam. Pasukan Keselamatann dalam kajian ini adalah terdiri daripada tentera, polis dan Pengawal Kampung (Home Guard). Di antara peranan-peranan Pasukan Keselamatan ialah membantu menguatkuasakan Rancangan Briggs, Sistem pendaftaran dan penggunaan kad pengenalan dan membantu melaksanakan projek pembangunan dan ekonomi rakyat.
Text
ancaman komunis
darurat
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaysia pertama: Satu analisa
PKM di bawah kepimpinan Chin Peng telah memulakan pemberontakan bersenjata pada 17 Mac 1948 dengan melancarkan serangan gerila ke atas ladang-ladang getah dan kawasan pedalaman. Peristiwa pembunuhan 3 orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948 telah membawa perubahan kepada peranan Pasukan Keselamatan di dalam menghapuskan pemberontakan PKM. Darurat diisytiharkan pada 17 Jun 1948 di negeri Perak dan diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu.
Strategi dan perancangan yang dilaksankan oleh kerajaan telah membolehkan Pasukan Keselamatan bertindak dengan lebih berkesan. Rancangan Briggs yang mempunyai serampang dua mata ternyata nerkesan membendung pergerakan dan pengaruh komunis malah memberi ruang yang lebih luas kepada Pasukan Keselamatan menggunakan strategi dan taktik ketenteraan di dalam operasi-operasi bagi menghapuskan gerila PKM. Struktur organisasi kerajaan melalui penubuhan Majlis Perang Persekutuan yang mengkoordinasikan semua tindakan yang diambil oleh Tentera, Polis dan Pihak Berkuasa Awam telah membolehkan Pasukan Keselamatan merangka rancangan gerakan secara bersepadu.
Pasukan Keselamatan akhirnya berjaya mematahkan pemberontakan PKM, malah telah memberi pukulan teruk sehingga memaksa saki baki gerila PKM melarikan diri jauh ke dalam hitan dan ke sempadan Thailand. Setelah membut perimbangan ke atas keupayaan PKM, akhirnya Darurat telah diisytiharkan tamat oleh kerajaan pada 17 Julai 1960. Dengan berakhirnya Darurat, operasi Pasukan Keselamatan diteruskan oleh pasukan Polis dan Tentera Persekutuan Tanah Melayu tanpa bantuan daripada Tentera British dan Negara-negara Komanwel. Pasukan Polis Khas dan "Home Guard" turut dibubarkan.
Text
Perbadanan Melayu dalam masyarakat Melayu Kontemporari
Perbidanan Melayu merupakan sebuah institusi yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri di dalam masyarakat Melayu. Institusi perbidanan Melayu pada amnya diterajui oleh wanita yang digelar bidan kampung. Bidan kampung merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan golongan wanita terutamanya mengenai aspek kehamilan, kelahiran dan juga selepas kelahiran. Peranan bidang kampung penting di dalam masyarakat Melayu dahulu.
Text
Perbandingan antara Penulis Wanita dan Lelaki dalam Novel Sehelai Daun yang Gugur dan Ranjau Sepanjang Jalan
Penulisan ini bertitik tolak dari penulisan karya sastera oleh kaum lelaki mengenai kelemahan dan kegagalan wanita dalam mencari kehidupan. Gambaran wanita stereotaip selalu sekali terdapat dalam karya kaum lelaki. Hak-hak wanita seperti hak bersuara, bebas bergaul dan bersosial ditidakkan oleh kaum lelaki. Hal ini sememangnya terbukti melalui karya-karya yang ditulis oleh penulis lelaki. Perwatakan wanita yang lemah dan bergantung pada lelaki digambarkan dalam karya mereka. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk memberi nafas atau mencungkil hak-hak wanita dalam penulisan karya. Suara-suara dan hak-hak wanita harus diangkat dengan mengkaji novel yang pengarang wanita tulis. Penulisan ini akan menggunakan prinsip Cheri Register dalam menganalisis kedua-dua novel yang dihasilkan oleh kedua-dua pengarang ini.
Text
Perbandingan Sajak Bahasa Melayu "Rumah Baru" dengan Sajak Tamil "Puthu Kulangum Suthentira Naadu" atau Mekarnya Negara Merdeka: Satu Analisis Kepengarangan & Gaya Bahasa
Satu usaha penyelidikan tentang perbandingan sajak Bahasa Melayu dengan sajak Bahasa Tamil "Pootu Kulungam Nam Suthentira Naadu" karya M. Tamilanban yang telah diterbitkan dalam buku "Marabu Kavithaigal"cetakan Yayasan Sakthi pada tahun 2013. Selepas ia diterjemahkan nama baru sajak tersebut adalah "Mekarnya Negara Merdeka Saya". Selepas itu, ia dibandingkan dengan sajak Melayu 'Rumah Baru' oleh Haron A.H. Ia telah diterbitkan dalam buku yang bertajuk "Anak Bumi Tercinta' sebuah buku antologi komponen sastera dalam bahasa Melayu pada tahun 2001.Analisi kajian ini telah menjerumus kepada perspektif pengarang dan gaya bahasa yang telah dimasukkan ke dalam sajak-sajak yang terpilih ini.
Text
Melaka
Melayu
...3 more
Perhiasan dan Pakaian Pengantin Melayu Melaka
Sebagai sebuah negeri yang tertua di Malaysia, Melaka mempunyai identiti budaya yang tersendiri yang dapat dilihat dan diteliti dari banyak aspek, antaranya ialah dari pakaiannya. Sejarah perkembangan pakaian pengantin masyarakat Melayu Melaka menunjukkan bahawa pengantin Melayu Melaka tidak mempunyai identiti pakaian dan perhiasan yang tepat. Ia bercampurbaur dengan pengaruh budaya luar yang satu masa dahulu datang ke Melaka untuk motif perdagangan dan agama. Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam perkembangan pakaian ini ialah ia senantiasa diubahsuaikan mengikut tampuk pemerintahan, agama dan budaya yang datang bertandang ke Melaka.
Text
Perhubongan negeri Melaka dengan orang-orang asing
Dalam karangan ini penulis akan mengkaji perhubongan masha-rakat Melaka dengan orang2 asing yang bukan orang Eropah. Kajian ini berdasarkan atas buku Sejarah Melayu sebagai sumber yang utama. Di-samping itu akan di-guna juga bahan2 dari sejarah tertulis untok perbandingan. Tujuan kajian ini untok melihat peranan orang asing dan pengaroh mereka dalam masharakat Melayu dari Sejarah Melayu dan dari sejarah sejati.
Text
Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.
Penglibatan dalam peperangan
...3 more
Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Satu analisa
Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. terserlah sejak di Kota Mekah iaitu semasa pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. Baginda juga telah mengenalkan sistem syara iaitu musyawarah dalam semua bidang terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Sbeagai perancang ekonomi Baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah iaitu menggalakkan umat Islam bekerja keras, bergiat dalam pertanian dan perniagaan. Sebagai pemimpin, tentera baginda telah menunjukkan kepimpinan yang tinggi dan contoh yang baik di kalangan umat Islam pada ketika itu.
Baginda menjadi pemimpin bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Baginda sering mengamalkan sifat amanah dalam tugasnya sesuai dengan gelaran yang diterimanya iaitu "al-Siddiq, al-Amin".
Text
adat istiadat
cara didikan anak
...3 more
Perkahwinan campur dalam masyarakat Melayu
Bab pertama ialah pendahuluan yang bertujuan untuk memberikan satu gambaran yang menyeluruh tentang objektif kertas projek ini serta latar belakang perkahwinan campur masyarakat Melayu di Malaysia. Seterusnya bab ini akan memberikan definisi konsep perkahwinan dan konsep perkahwinan campur serta klasifikasinya.
Bab kedua menjelaskan faktor-faktor yang mendorong serta menjayakan perkahwinan campur masyarakat Melayu. Antaranya ialah cinta, jodoh, matlamat yang sama, peka terhadap keperluan pasanganm tertarik dengan kebudayaan bangsa lain, semangat mengembara, keislaman pasangan, fikiran yang terbuka, persekitaran dan pergaulan, rupa paras dan fleksibiliti.
Bab ketiga pula membincangkan masalah-masalah uang dihadapi dalam perkahwinan campur masyarakat Melayu. Masalah-masalah yang dibincangkan meliputi pelbagai perspektif. Antaranya ialah agama, penentangan ibu bapa, cara didikan anak, hubungan dengan keluarga asas, syak wasangka masyarakat, perasaan etnosentrik, pemakanan, pakaian dan adat istiadat.
Bab keempat mengemukakan kesan-kesan yang timbul akibat daripada perkahwinanan campur dalam masyarakat Melayu. Kesan-kesan ini boleh ditinjau dari segi perubahan budaya dan perubahan sosial secara umumnya. Selain itu, ia juga dapat dilihat secara khusus dan terperinci dari segi kesan baik dan kesan buruknya.
Akhir sekali ialah bahagian kesimpulan yang akan menyimpulkan segala konsep dan idea utama mengenai keempat-empat bab yang tersebut di atas tadi.
Text
Orang Iban
perkahwinan
...1 more
Perkahwinan Iban : Satu penelitian etnografi di kawasan Sungai Paku, Spaoh, Sarawak
Negeri Sarawak kaya dengan penduduk pelbagai kaum, antaranya Iban, Melayu, Cina dan Melanau. Pada tahun 1990, jumlah penduduk di Sarawak adalah kira-kira 1,670,000 orang. Daripada jumlah ini, orang Iban merupakan golongan bumiputera terbesar dengan jumlah 493,000 orang (29.5%), diikuti oleh orang Melayu seramai 348,000 orang (20.8%), Bidayuh seramai 140,000 orang (8.4%) dan kaum-kaum bumiputera lain seramai kira-kira 91,000 orang (5.5%). Sementara itu, kaum Cina adalah golongan bukan bumiputera yang terbesar jumlahnya iaitu kira-kira 483,000 orang (28.9%). Selebihnya iaitu kira-kira 19,000 orang (1.1%) adalah kaum-kaum bukan bumiputera lain, termasuk India dan Eropah.
Pada masa dahulu orang Iban terkenal dengan sikap suka mengembara dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Oleh itu, tempat asal orang Iban sukar ditentukan. Namun, dipercayai orang Iban berasal dari satu tempat di Kalimantan Barat, Indonesia yang dikenali sebagai Sungai Kapuas. Orang Iban ini telah berhijrah ke Sarawak melalui Sunagi Kumpang dan menetap di Batang Ai, Lubok Antu. Oleh kerana sikap suka mengembara serta keperluan untuk mencari kawasan hutan baru untuk menjalankan pertanian pindah, orang Iban akhirnya telah berpecah dan berpindah ke kawasan lain di seluruh Sarawak. Oleh itu, pada masa sekarang orang Iban terdapat di kesemua bahagian di Sarawak. Tetapi majoritinya terdapat di Bahagian Kedua dan Ketiga.
Text
Kumpulan KRU
Muzik Rap
Perkembangan muzik Rap di Malaysia : Kajian kes kumpulan kru
Muzik tanah air kita terdiri daripada berbagai rentak dan irama iaitu dari muzik tradisional ke muzik moden. Muzik tradisional terdiri daripada Wayang Kulit, Main Puteri, Ulik Mayang dan Mak Yong yang digunakan bagi tujuan perubatan. Selepas itu lahir pula muzik-muzik tradisional seperti Ghazal, Dondang Sayang, Gamelan dan Gambus. Dari sini bermula muzik popular mengikut era Agogo, Twis, Keroncong dan sebagainya. Manakala muzik moden pula ialah muzik yang dibawa dari Barat iaitu Rock, Jazz, Rhythm dan Blues dan yang terbaru ialah muzik Rap. Muzik moden ini diiringi peralatan-peralatan seperti piano, organ, drum, keyboard dan lain-lain.
Muzik Rap merupakan satu rentak baru yang cuba ditampilkan oleh beberapa buah kumpulan Rap yang wujud di negara kita. Sebagai satu permulaan sememangnya sering menjadi bahan penilaian sama ada sesuai atau tidak rentak Rap dibawakan di negara ini. Namun selagi ia dinamakan muzik ia tidak mengira siapa yang mendengar. Yang penting setiap yang mendengar dapat mengahayati rentak Rap itu. Sememangnya muzik Rap adalah sesuai untuk golongan remaja. Jadi kemunculan kumpulan Rap di negara kita seperti 4U2C, KRU, Feminin, M'steen, Res 2, Nico dan beberapa kumpulan lagi yang sedang dalam proses rakaman sedikit sebanyak memberi kejutan kepada para peminat muzik tanah air. Apa yang pasti dengan munculnya muzik Rap telah mempelbagaikan lagi rentak muzik di tanah air.
Text
Markas Pemerintahan Pertahanan Udara
Sejarah Penubuhan TUDM
...1 more
Perkembangan Tentera Udara Diraja Malaysia dalam era pembangunan negara
Malaysia sentiasa mengamalkan dasar luar yang positif terutama dalam mengelakkan sebarang pergeseran politik dengan mana-mana negara jiran yang boleh mencetuskan penggunaan kuasa ketenteraan. Bagaimanapun, sejauh manakah keadaan perhubungan harmoni antara negara serantau ini dapat dikekalkan. Negara jiran berkemungkinan besar akan mengambil kesempatan untuk menguji sistem keselamatan negara ini jika kita tidak bersiap sedia dan waspada dengan negara jiran. Perang Teluk telah membuktikan bagaimana Kuwait telah ditawan Iraq dengan begitu mudah dan dalam masa yang singkat, bukan sahaja disebabkan kekuatan tenteranya yang memang kecil tetapi disebabkan sistem keselamatannya yang tidak waspada.
Satu organisasi tentera yang mantap ialah yang mempunyai jumlah kekuatan anggota yang mencukupi dan mempunyai kelengkapan ketenteraan terkini yang diperlukan untuk melaksanakan suatu tugas operasi peperangan dengan berkesan. Anggota tentera yang diperlukan dalam suatu organisasi tentera mestilah seorang yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya disamping boleh menggunakan segala aset kelengkapan ketenteraan dengan baik dan berkesan. Justeru itu, TUDM telah mengambilkira pelbagai faktor utama di dalam permodenan dan penyusunan semula organisasinya sesuai dengan pembangunan negara masa kini.
Text
dabus
muzik tradisional
...1 more
Permainan Dabus (Tarian Dabus)
Permainan Dabus adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negeri Perak. Permainan ini adalah menggabungkan antara seni tari, nyanyian dan muzik. Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Alat-alat muzik yang terdapat di dalam permainan ini adalah terdiri daripada satu alat idiofon iaitu gong dan beberapa biji gendang iaitu kumpulan alat membranofon. Nyanyian pula adalah memuji-muji Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.
Permainan Dabus ini adalah permainan berperang dan ia adalah bab hikmah iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa dahulu tarian ini ditarikan oleh seorang penari pada suatu masa. Kini ia boleh ditarikan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan dan juga oleh penonton-penonton.
Text
alat muzik
bongai
...3 more
Permainan Muzik Tradisional Bongai,
Negeri Sembilan
Bongai merupakan satu bentuk permainan yang merangkumi kedua-dua bidang senisuara dan senimuzik. Ini kerana terdapatnya nyanyian berpantun dengan diiringi oleh alatan muzik seperti Bangsi, Biola, Gong, Rebana dan Salung. Manakala lagu-lagu yang dinyanyikan pula biasanya merupakan pantun-pantun yang menggunakan bahasa Melayu serta bahasa daerah loghat Negeri Sembilan. Biasanya nyanyian pantun Bongai tadi akan diadakan secara berlawanan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang akan diiringi alat-alat muzik tadi.
Text
alat muzik
kelantan
...2 more
Permainan Rebana Ubi di Kelantan
Rebana Ubi ialah sejenis alat bunyian tradisional yang sangat terkenal di negeri Kelantan. Rebana Ubi Kelantan adalah satu-satunya alat muzik tradisional Melayu yang terbesar jika dibandingkan dengan alat muzik paluan lain seperti gedombak, geduk, kompang, marwas dan lain-lain yang dimainkan ni negeri-negeri lain.
Ia merupakan sejenis gendang besar dipernuat daripada kayu Merbau yang dibentuk kepada kayu bulat yang dinamakan temalang. Kayu bulat ini dilekatkan dengan kulit kerbau balau yang telah dikeringkan pada satu permukaaannya. Di sekeliling gendang tersebut terdapat pula kayu-kayu yang digunakan untuk mengubah bunyi rebana itu apabila dipalu. Kayu-kayu ini dipanggil baji. Permukaan yang satu lagi dibiarkan kosong tapi kadang-kadang ditutup dengan kepingan kulit yang disorok masuk ke dalam badan rebana ubi dan dikenali sebagai pemekok rebana. Ia dipukul dengan menggunakan alat pemukul atau dipukul dengan tangan sahaja.
Text
jenis perniagaan
pendapatan
...3 more
Perniagaan pasar malam : Satu perbandingan antara perniagaan Melayu dan Cina
Kajian ini dijalankan di sebuah pasar malam di negeri Selangor, iaitu pasar malam Taman Medan Pejasa Bt. 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tumpuan kajian meliputi aspek-aspek seperti jenis barangan yang dijual, jumlah modal yang dillaburkan, sumber modal, jumlah pendapatan dan juga maklumat tentang sumber bekalan. Pengkaji juga telah mengkaji cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga Melayu dan Cina untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.
Text
Persembahan
tarian
...1 more
Persembahan Alai Mambang di Brunei Darussalam
Tarian Alai Mambang adalah merupakan sejenis tarian tradisional bagi masyarakat Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam, di samping itu ianya (Alai Mambang) juga merupakan sebuah persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ianya (Alai Mambang) merupakan bentuk upacara atau ritual oleh kerana corak persembahannya meliputi unsur-unsur keghaiban dan tentang kewujudannya juga merupakan daya usaha yang luar biasa atau dikatakan tentang orang halus. Unsur-unsur luar biasa atau orang halus ini dipercayai datangnya daripada suatu alam yang tertutup yang menjelma ketika upacara atau ritual tarian Alai Mambang dipermainkan.
Text
dikir barat
kelantan
Persembahan Dikir Barat di Kelantan
Dikir Barat merupakan satu persembahan yang menjadi sumber hiburan yang popular di Pantai Timur khasnya negeri Kelantan. Dalam persembahan Dikir Barat perlawanan mulut antara dua kumpulan yang masing-masing berusaha menjatuhkan kumpulan lawan dan menonjolkan kumpulan sendiri.
Dalam usaha menyiapkan kertas kerja ini, penulis telah menemui Ketua Kumpulan Dikir Barat Daud Bukit Abal iaitu Encik Mat Dud bin Che Mat. Beliau merupakan salah seorang juara yang terkenal di Kelantan. Selain dari itu penulis juga telah menemui beberapa orang peminat Dikir Barat untuk menanyakan bagaimanakah persembahan dikir barat dibuat.
Text
Persembahan Dikir Laba Kelantan
Dalam esei ini penulis akan menerangkan definisi dikir laba, asal usul dikir laba, cara persembahan dan aspek-aspek lain yang terdapat dlam persembahan dikir laba seperti lakunan dan nyanyian. Dalam menentukan asal usul dan definisi dikir laba penulis telah mendasarkan kepada pandangan-pandangan orang tertentu, yang ditemuinya. Berhubung dengan aspek lain yang terdapat di dalam persembahan dikir laba penulis telah menghurai satu persatu secara terperinci. Misalnya dalam nyanyiannya selain dari menghurai, penulis juga telah menyertakan beberapa buah lagu sebagai panduan.
Text
Persembahan Dondang Sayang
Esei ini membincangkan topik mengenai Dondang Sayang yang begitu popular di negeri Melaka. Tinjauan yang dibuat adalah berbagai aspek mengenai persembahan Dondang Sayang.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Persembahan Ghazal Party
Bila disebut persembahan Ghazal, orang ramai lebih maklum bahawa ianya adalah persembahan muzik tradisi yang popular di selatan Malaysia. Dan memang tanggapan itu tidak meleset sama sekali. Tetapi apabila kita menyebut Ghazal Party, ramai yang keliru dan ada juga yang masih menganggap ianya adalah juga sebuah persembahan nyanyian rakyat di selatan Malaysia. Disebabkan faktor-faktor tertentu, kebanyakan rakyat Malaysia dari berbagai lapisan umur dan juga berbagai lapisan keturunan tidak begitu mengetahuinya. Ghazal Party adalah kesenian rakyat di Utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Kesenian ini tidak lekang di dalam sanubari masyarakat di Pulau Pinang. Namun begitu Ghazal Party bukanlah persembahan muzik tradisional Melayu. Ia merupakan muzik transisi.
Text
ensembel
gamelan
...3 more
Persembahan Joget Gamelan dalam Ensembel Muzik Gamelan Melayu
Istilah 'Gamelan' berasal dari perkataan 'Gamel' yang membawa erti sejenis pemukul yang menyerupai tukul, dan 'Gamelan' beerti satu cara pukulan yang berdasarkan kepada kaedah pukulan yang tertentu di dalam memainkan alat-alat gamelan tadi. Di semenanjung Tanah Melayu, tarian dan muzik gamelan mula-mula muncul di istana Pekan, Pahang dan kemudiannya ia telah diperkembangkan ke Istana Trengganu. Kedua-dua kesenian ini iaitu muzik dan tarian tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai pertalian yang amat erat dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia merupakan satu bentuk tarian istana yang mempunyai sifat-sifat tertentu dan dengan sifat-sifat ini ia digelar sebagai Tarian Klasik. Meskipun Gamelan berasal sangat hampir dengan Jawa tetapi kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan benar-benar berlainan, menyebabkan ia layak digelar Gamelan Melayu.
Text
brunei
muzik tradisional
...1 more
Persembahan Muzik Tradisional Mukun di Brunei
"Bermukun" ini merupakan satu cabang seni dalam bangsa masyarakat Melayu dimana terdapat unsur-unsur berbalas pantun dan mengandungi tarian daripada penonton lelaki yang berminat mengambil bahagian. Jadinya "Bermukun" ini mempunyai dua unsur penting dalam persembahan iaitu berpantun disertakan dengan pukulan tambur atau dumbak dan tarian. Ia juga dikenali sebagai "Bergendang" kerana alat muziknya terdiri dari alat yang digendang, terutama bagi penduduk kampung air.
Bermukun ini dapat disifatkan sebagai persembahan terbuka kerana setiap anggota masyarakat sama ada masyarakat setempat atau masyarakat luar diberi kesempatan menghadiri majlis bermukun ini. Ini termasuklah golongan tua, muda, kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang hadir hanya semata-mata untuk bersuka-suka, menghibur hati dan mengisi masa lapang serta memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan.
Text
brunei
naindong
...2 more
Persembahan Naindong di Brunei
Dapat dikatakan bahawa naindong itu adalah merupakan satu bentuk lagu-lagu asli Brunei yang masih sampai sekarang dikenali ramai. Hingga kini naindong yang dulunya adalah merupakan lagu-lagu, sekarang apabila telah mengalami perubahan bertukar menjadi tarian. Tujuannya supaya naindong dapat dikekalkan dan menjadi ristaan generasi akan datang.
Text
tarian
Persembahan Tak Bamban
Tarian Tak Bamban ialah sejenis tarian tradisional di negara Brunei Darussalam. Tak Bamban merupakan sebuat persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ia merupakan ritual kerana memandangkan corak persembahannya yang meliputi unsur keghaiban dan tentang kwujudannya juga benar-benar diluar garis ilmiah dan merupakan daya usaha kuasa 'orang halus'. Sekitar gerak-laku Tak Bamban ini sungguh diluar kemestian untuk ditinjau lebih jauh kerana setiap orang halus membangsat kepada alam yang sukar dilalui iaitu suatu alam yang tertutup atau ghaib.
Text
brunei
Persembahan
...1 more
Persembahan Tarian Anding di Brunei Darussalam
Tarian Anding yang ada di Brunei sekarang adalah diwarisi dari suku Kedayan di Brunei iaitu salah satu dari suku asli Brunei. Dipercayai datang dari negeri jiran seperti Sipitang (Sabah), Lawas, Awat-Awat (Sarawak), amnya dari Malaysia Timur. Tarian ini amat mementingkan gerak tari pada badan, bahu, tangan dan kaki.
Tarian Anding menghubungkan tubuh badan manusia dengan kuasa ghaib dalam bentuk pemujaan kuasa yang menjelma ke dalam tubuh Ahli Anding atau Pak Bomoh. Hubungan antara manusia dan kuasa ghaib ini menyebabkan terjadinya keadaan tidak sedarkan diri pada Ahli Anding. Tarian Anding ini juga diiringi dengan lagu-lagu tertentu dan sesuai untuk memanggil gimbaran atau semangat.
Text
Pertembongan orang2 asing (yang bukan orang Barat) dengan masharakat Melayu Melaka saperti yang di-gambarkan oleh 'Sejarah Melayu'
Istilah 'orang asing' sa-bagaimana yang di-tentukan oleh tajok ada-lah membawa erti orang2 yang bukan berdarah melayu, yang pernah mengadakan pertembongan sa-chara langsong atau tidak dengan negeri Melaka. Tegas-nya orang2 yang di-luar pemerentahan kerajaan2 Melayu saperti yang terdapat di-Tanah Melayu, di-Sumatra serta di-kepulau2an sa-belah timor-nya, dan di-negeri Brunai. Dalam pada itu penulis menganggap kerajaan Majapahit (Jawa) dan ra'ayat2-nya sa-bagai orang2 asing.
Text
brunei
pertukangan
...1 more
Pertukangan Tembaga di Negara Brunei Darussalam
Menurut informan bagi kajian ini (Haji Ibrahim bin Tahir, seorang guru pertukangan tembaga di Bangunan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei), pertukangan tembaga dalam tahun-tahun 1930an dan tahun-tahun sebelumnya hanyalah merupakan sebagai aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa lapang yang senggang bagi anggota-anggota tertentu masyarakat Brunei dan bukanlah bertujuan untuk komersial. Tetapi apabila masyarakat Melayu Brunei khasnya masyarakat di tempat kajian iaitu masyarakat Melayu Kampung Ujong Bukit yang telah terdedah kepada unsur-unsur kebendaan dan dunia luar serta mereka telah menjadi masyarakat yang terbuka dengan menerima unsur-unsur modenisasi, maka pertukangan tembaga ini semakin menjadi popular dan telah dijalankan secara penuh masa. Dengan kata lain ianya telah dijadikan sebagai mata pencarian oleh sebilangan anggota-anggota masyarakat di tempat kajian.
Text
ASEAN
Pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara ASEAN
ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan hanya dianggotai oleh 5 buah negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Singapore, Indonesia dan Filipina. Pada tahun 1984, Brunei telah menyertai ASEAN dan diikuti pla oleh Vietnam pada awal tahun 1996. Kemboja dan Laos akan menyertai ASEAN pada tahun 1997. Dengan tambahan ini, jumlah negara yang mengganggiotai ASEAN akan menjadi sebanyak 10 buah pada tahun 1997. Penambahan ini jelas menunjukkan bahawa negara-negara di Asia Tenggara telah mula sedar kebaikan menjadi ahli ASEAN terutamanya di dalam segi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi adalah mustahak bagi meningkatkan Kuasa Nasional sesebuah negaa di peringkat antarabangsa.
Sejak zaman penjajahan oleh negara British (Malaysia dan Singapura), Belanda (Indonesia), Amerika Syarikat (Filipina) dan Perancis (IndoChina) ke atas negara-negara ASEAN, sumber ekonomi negara-negara ASEAN tertumpu kepada pertanian dan perlombingan (1960-1970) sahaja. Tetapi dengan peningkatan teknologi pada awal tahun 1980-an, pertumbuhan ekonomi ASEAN telah mula menumpukan perhatian kepada Industri pembuatan, kenderaan dan alat elektrik. Walaupun pada peringkat awalnya peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke atas Industri tersebut tidak memberangsangkan tetapi telah mula meningkat pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an.
Showing 151 to 200 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->