Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pensejarahan Melayu Lama
Tujuan pengajian ini ialah untuk mengawasi sifat2 umum dan membuat komentar mengenai penulisan sejarah Melayu lama, dalam bidang sastera Melayu lama, dengan berdasarkan naskhah2 Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
(Ghazal Parti di Utara Perak)
Di antara beberapa seni muzik yang dianggap berbentuk tradisional di kalangan orang-orang Melayu, Ghazal merupakan satu bentuk yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan tersendiri. Ia adalah satu ensembel muzik yang dimainkan dengan alat-alat secara kumpulan.
Ghazal telah berkembang secara sendiri dengan unsur tokok tambah untuk mengimprovisasikannya agar sesuai dengan masyarakat dan keadaan. Kemungkinan Ghazal Kedah lebih menerima perubahan kerana ianya dijadikan sebagai permainan rakyat sedangkan ghazal Johor dinaungi oleh Raja-raja Melayu Tradisional ia mesti dijaga dan tidak boleh diubah-ubah bentuknya. Ini menyebabkan kumpulan-kumpulan Ghazal Parti sentiasa tidak sama dari segi peralatannya.
Text
Muzik
Fungsi Muzik dalam Masyarakat
Muzik merupakan satu kegiatan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai hiburan, psikologi, ritual, sikap, perbuatan, fungsi bercerita, memberi semangat dan sebagainya.
Text
Pak Suratman bin Mosnadi: Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu di Daerah Pontian
Di zaman moden ini, manusia sering mencari identiti yang tersendiri untuk mereka membedakan di antara satu dengan yang lain. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menggali nilai-nilai lama warisan nenek moyang mereka untuk dinikmati, dicintai dan dihidupkan kembali. Sementara golongan kedua pula, mereka mengambil unsur-unsur terbaru yang dirasakan 'sesuai' dan maju untuk diamalkan dan dibanggakan.
Oleh itu, di celah-celah keriuhan muda-mudi menggemari dan memilih lagu-lagu dan muzik pop, masih ada segelintir manusia yang tetap merindui irama murni tinggalan nenek moyang mereka. Mereka inilah yang masih boleh diharap untuk terus memelihara, mengekal dan menggembangkan warisan budaya asli bangsanya.
Text
Struktur dan Fungsi Peralatan Songket di Terengganu
Perusahaan songket merupakan salah satu daripada
beberapa jenis perusahaan kecil yang terdapat di Negeri Terengganu seperti perusahaan batik, perusahaan alat-alat
tembaga, perusahaan anyaman mengkuang, pandan, buluh dan perusahaan membuat perahu. Rata-rata perusahaan ini diusahakan oleh masyarakat Melayu yang menjadi penduduk majoriti Negeri Terengganu.
Songket merupakan satu jenis kraftangan yang mesti melalui beberapa proses tertentu dan mengalami satu jangka masa tertentu. Songket diperbuat daripada benang kapas yang telah dicelupkan kepada warna-warna tertentu mengikut selera pelanggannya. Diantara benang kapas itu terdapat pula benang emas atau benang perak atau keđua-duanya sekali yang digunakan untuk membentuk corak atau bunganya.
0leh kerana perusahaan ini sangat rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi maka orang yang betul-betul mahir dan berminat sahaja yang dapat mengusahakannya bagi menghasilkan songket yang benar-benar bermutu dan bernilai.
Text
Persembahan Dikir Laba Kelantan
Dalam esei ini penulis akan menerangkan definisi dikir laba, asal usul dikir laba, cara persembahan dan aspek-aspek lain yang terdapat dlam persembahan dikir laba seperti lakunan dan nyanyian. Dalam menentukan asal usul dan definisi dikir laba penulis telah mendasarkan kepada pandangan-pandangan orang tertentu, yang ditemuinya. Berhubung dengan aspek lain yang terdapat di dalam persembahan dikir laba penulis telah menghurai satu persatu secara terperinci. Misalnya dalam nyanyiannya selain dari menghurai, penulis juga telah menyertakan beberapa buah lagu sebagai panduan.
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dikir Pahang
Dengan pengkajian ini, dapatlah diketahui tentang khazanah tradisional orang Melayu dan ianya amat penting diketahui oleh setiap orang. Ini kerana hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga mempunyai seni muzik yang ada identiti sendiri. Ramai pula orang barat yang menunjukkan sikap 'ethnocentric' terhadap seni muzik di luar peradaban barat tidak bermutu dan tidak mempunyai nilai-nilai ekstetik. Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya kajian ini dapat membuktikan yang seni muzik Melayu juga mempunyai nilai-nilai estetika dan bermutu tinggi. Selain dari itu, kajian ini juga dapat menghidupkan kembali seni muzik tradisional supaya ianya tidak luput ditelan dek zaman.
Text
alat muzik
ensembel
...2 more
Fungsi Nobat Di Raja Kelantan
(Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Perkataan Nobat atau Naubat merujuk kepada gendang besar (kettle drum) yang dipalu oleh golongan yang tertentu disatu masa yang tertentu sahaja dan dimainkan di hadapan raja atau kerabat diraja. Ensembel muzik nobat ini dipunyai oleh golongan istana yang diwarisinya sejak zaman dahulu lagi. Nobat ini dimainkan dalam upacara dan adat istiadat yang melibatkan golongan diraja sahaja seperti di dalam upacara pertabalan sultan, upacara perkahwinan, upacara menyambut kelahiran putera atau puteri, ketika menerima surat dari kerajaan lain, di hari keputeraan sultan, untuk hiburan, istiadat berkhatan diraja dan di hari kemangkatan seorang sultan.
Di samping adat istiadat diraja, nobat juga dimainkan untuk menandakan waktu sembahyang dan mengumunkan Hari Raya sama ada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Walau bagaimanapun fungsi nobat ini tidak semuanya sama di tiap-tiap buah negeri, misalnya bagi negeri Kelantan nobat tidak dimainkan untuk menandakan masuknya waktu sembahyang dan mengumumkan Hari Raya. Ini kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam, tetapi bagi negeri-negeri lain khususnya Kedah masalah ini tidak timbul dan oleh sebab itulah nobat tetap dimainkan untuk tujuan tersebut.
Text
Unsor2 Hikayat Raja2 Pasai yang terdapat dalam Sejarah Melayu
Pendita2 atau pengarang2 Melayu dahulu telah berjaya pada masa-nya menghasilkan beberapa chorak sastera yang ber-lainan dan berbagai ragam. Di-antara lain, mereka telah menghasilkan sastera yang berchorak sejarah. Perkataan 'sejarah' pada mereka atau pada faham mereka tentu sahaja berlainan dari paham sejarah sekarang. Perkara ini akan di-jelaskan lagi apabila penulis menyentoh teks2 yang akan di-kaji, ia-itu Hikayat Raja2 pasai dan Sejarah Melayu.
Text
implikasi sistem sapaan
sistem kekeluargaan
Sistem sapaan masyarakat Rungus di daerah Kudat Sabah
Sistem sapaan adalah satu bentuk sistem untuk menyapa sesama manusia berdasarkan kedudukan status mereka. Sistem sapaan ini akan merujuk apakah sapaan kepada seorang ayah kepada ayahnadanya iaitu samalah ertiniya seorang anak misalnya anak lelaki menyapa bapanya. Begitu juga dengan seprang lelaki menyapa ibunya. Sapaan ini juga merujuk sapaan-sapaan yang akan dibina sesama saudara kandung misalnya seorang adik akan menyapa seorang abangnya ataupun kakaknya dan begitu juga sebaliknya. Inilah yang dimaksudkan dengan sapaa di dalam sesuatu keluarga itu.
Sistem sapaan ini bukan sahaja terdapat di dalam sesebuah keluarga tetapi juga terdapat di dalam kekeluargaan tidak kira kelarga luas dua generasi atau tiga generas. Ini termasuklah sapaan terhadap seseorang lelaki atau perempuan yang menyapa terhadap seorang pak cik atau mak ciknya. Ataupun sapaa terhadap sesama saudara sepupu sekali dua kali ataupun banyak kali.
Oleh yang demikian, hasil daripada kajian yang akan dibuat maka kita dapat melihat betapa pelbagainya istilah-istilah dalam sapaan kaum berkenaan. Oleh itu, sapaan-sapaan ini jga terus dihunakan oleh golongan-golongan tua dan berumur. Tetapi bagi generasi muda, ada di antara mereka langsung tidak memahami serta tidak dapat menulurkan istilah sapaan itu. Kajian sebeginiliah yang boleh sedikitnya sebanyak membantu pemeliharaan sistem sapaan berkenaan.
Text
sayong
tembikar
Tembikar Tradisi Melayu: Dengan Rujukan Khas kepada Tembikar Sayung
Kertas projek ini adalah membicarakan tentang Tembikar Tradisional Melayu, sejak dari ia digunakan pada zaman permulaan tamaddun manusia sehingga sekarang. Ia dilihat daripada beberapa aspek iaitu aspek sejarah tembikar, aspek teknologikal, sosiologikal dan juga cabaran yang akan ditempuhi oleh tembikar pada masa akan datang.
Text
seni
Seni dan Kebudayaan
...2 more
"Satu Huraian Seni Tenunan Songket di Beserah, Kuantan, Pahang."
Di dalam kajian ini, pengarang cuba membuat huraian mengenai seni tenunan songket. Masalah atau aspek utama yang dihuraikan adalah berkaitan dengan 'perubahan' serta 'fungsi'. Kedua-dua aspek ini cuba dilihat dalam proses pembuatan, teknologi, pasaran dan lain-lain yang melibatkan seni tenunan songket.
Text
Perbandingan antara Penulis Wanita dan Lelaki dalam Novel Sehelai Daun yang Gugur dan Ranjau Sepanjang Jalan
Penulisan ini bertitik tolak dari penulisan karya sastera oleh kaum lelaki mengenai kelemahan dan kegagalan wanita dalam mencari kehidupan. Gambaran wanita stereotaip selalu sekali terdapat dalam karya kaum lelaki. Hak-hak wanita seperti hak bersuara, bebas bergaul dan bersosial ditidakkan oleh kaum lelaki. Hal ini sememangnya terbukti melalui karya-karya yang ditulis oleh penulis lelaki. Perwatakan wanita yang lemah dan bergantung pada lelaki digambarkan dalam karya mereka. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk memberi nafas atau mencungkil hak-hak wanita dalam penulisan karya. Suara-suara dan hak-hak wanita harus diangkat dengan mengkaji novel yang pengarang wanita tulis. Penulisan ini akan menggunakan prinsip Cheri Register dalam menganalisis kedua-dua novel yang dihasilkan oleh kedua-dua pengarang ini.
Text
Muzik Tradisional di Negeri Sembilan
Tumbuk Kalang
Tumbuk Kalang adalah satu alat yang berbentuk lesung yang boleh mengeluarkan bunyi dan lagu apabila diketuk dan ia merupakan satu bentuk muzik tradisional di Negeri Sembilan. Permainan ini biasanya diadakan pada temasya mengemping padi di musim menuai iaitu padi muda yang direndang dan ditumbuk di dalam lesung.
Text
Melayu
Perubatan
...1 more
Kaedah Penyelidikan Budaya Melayu:
Kajian Perubatan Tradisional dalam Masyarakat Melayu Luar Bandar Hari Ini dan Cabaran-cabarannya
Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, perubatan tradisional mendapat tempat utama dalam amalan ahli-ahlinya. Malah generasi-generasi yang terkemudian yang mewarisinya sehingga kini masih kuat mempertahankan nilai-nilai dan kaedah-kaedah perubatan tersebut.
Perubatan tradisional memang tidak dapat dinafikan begitu 'unik' sekali cara-cara pengubatan dan pengamalannya. Kaedah-kaedah yang digunakan walaupun tidak 'sophisticated' tetapi begitu 'menakjubkan' penggunanya. Ini kerana ia lebih berkaitan dengan soal-soal orang Melayu dan budayanya. Mereka begitu kuat fahaman dan kepercayaan terhadap bomoh dan ilmunya. Terdapat beberapa jenis penyakit yang sememangnya tidak dapat diubati oleh kaedah perubatan moden, tetapi bomoh melalui perubatan tradisional ini sedikit sebanyak telah berjaya memulihkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh seseorang pesakit itu. Inilah yang dikatakan 'menakjubkan'. Misalnya penyakit buatan orang, gila dan terkena pelesit.
Text
Konsep dan idea kesusasteraan
Pembicaraan tentang konsep dan idea kesusasteraan beliau ini adalah ditinjau dari bahan-bahan karyanya yang saya temui iaitu 6 buah novel, 3 buah cerpen dan 10 buah puisi.
Text
Konsep dan idea Ishak Haji Muhammad terhadap kesusateraan dan kesusasteraan zamannya
Arena perjuangan mereka ini banyak disalurkan melalui tulisan samada dalam bentuk makallah, novel dan cerpen.
Text
kelantan
peralatan
...1 more
Peralatan Menangkap Ikan Tradisional di Kelantan
Tumpuan Khas pada Serkap, Bubu, Temilar dan Pancing
Tumpuan kajian dilakukan ke atas hasil-hasil seni yang dicipta di dalam penangkapan ikan. Antara yang mendapat perhatian ialah:
Untuk mengetahui nama dan jenis alat-alat tradisional di dalam penangkapan ikan air tawar.
Mengkaji bagaimana dan mengapa, satu-satu alat penangkapan ikan itu muncul serta kepentingannya sehingga ia masih kekal sampai kini.
Untuk menilai kehalusan seni dan keunikan cara pembuatannya yang bersesuaian dengan cara penggunaannya.
Untuk mengetahui tentang kekayaan petua dan pantang larang yang terdapat dalam masyarakat Melayu khususnya dalam penggunaan alat-alat ini.
Text
Implikasi
Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam : Implikasinya terhadap dunia Barat
Kebangkitan islam adalah merupakan satu fenomena yang sentiasa dipandang serong oleh pihak Barat. Sikap prejudis Barat terhadap Islam semakin hari semakin ketara. Sejak kejatuhan rejim komunism Soviet dan tamatnya perang dingin di antara kuasa-kuasa besar pihak Barat telah memandang kebangkitan Islam sebagai satu ancaman baru kepada mereka. Umat Islam dikatakan Fundamentalis. Islam sering dikaitkan dengan keganasan, kekejaman, perpecahan, peperangan dan sebagainya lagi yang bersifat negatif.
Kesalahfahaman mereka terhadap Islam membuatkan mereka menuduh Islam adalah punca keganasan. Fundamentalis sebenarnya adalah berasal daripada nukilan Barat sendiri. Ada yang berpendapat kebangkitan Islam merupakan satu agenda baru di dalam sejarah umat Islam setelah bebas daripada penjajah. Ada yang juga pendapat yang mengaitkan kebangkitan Islam untuk kepentingan golongan tertentu supaya umat Islam tidak lebioh jauh mendalami dan menghayati agama mereka iaitu sekadar mengamalkan Islam dalam aspek sosial dan kebudayaan sahaja. Walau apa pun pendapat, kebangkitan Islam bukanlah suatu fenomena baru yang timbul secara mendadak.
Adalah kurang tepat jika dikatakan yang kebangkitan ini muncul pada abad kedua puluhan sahaja. Fundamentyalis nukilan barat sebenarnya diasaskan kepada perjuangan golongan protesan untuk mengembalikan agama mereka supaya bertindak mengikut fahaman yang lama dan menyucikan kembali agama mereka. Dari situlah ia diperkembangkan kepada agama-agama lain khasnya agama Islam.
Text
animisme
pahang
Animisme di Kalangan Masyarakat Petani Padi Melayu dengan Tumpuan Khusus kepada Aktiviti Penanaman Padi di Pahang Tua
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh manakah fenomena alam atau animisme mempengaruhi orang-orang Melayu khususnya petani-petani padi dalam aktiviti ekonomi mereka. Rujukan telah dibuat secara khusus kepada kawasan pertanian padi di Pahang Tua. Dalam proses menghasilkan padi ciri-ciri animisme ditemui dalam aktiviti penerokaan tanah, waktu turun ke sawah, menurun benih padi, merabun, menuai serta kepercayaan yang berkaitan dengan semangat padi.
Text
Perhubongan negeri Melaka dengan orang-orang asing
Dalam karangan ini penulis akan mengkaji perhubongan masha-rakat Melaka dengan orang2 asing yang bukan orang Eropah. Kajian ini berdasarkan atas buku Sejarah Melayu sebagai sumber yang utama. Di-samping itu akan di-guna juga bahan2 dari sejarah tertulis untok perbandingan. Tujuan kajian ini untok melihat peranan orang asing dan pengaroh mereka dalam masharakat Melayu dari Sejarah Melayu dan dari sejarah sejati.
Text
dadah
Wanita
Masalah Penagihan Dadah di Kalangan Wanita
Satu Tinjauan
Masalah penyalahgunaan dadah kini merupakan gejala sosial sejagat yang sering melanda generasi muda di hari ini. Masalah dadah di Malaysia sekarang ini telah menjadi satu masalah serius di mana terdapat 141,613 orang penagih dadah yang telah dikesan sejak tahun 1970 sehingga bulan Jun, 1989. Masalah ini tetap serius walaupun pelbagai usaha pencegahan dijalankan oleh kerajaan atau badan sukarela.
Di bawah program perkhidmatan institusi, ianya menyediakan kemudahan untuk memulihkan penagih-penagih dalam 'setting' terkawal berasaskan sistem institusi terbuka. Pusat serenti merupakan satu bentuk program perkhidmatan institusi yang mana ianya ialah pusat pemulihan dadah di mana semua disiplin pemulihan penagih dadah terdapat di bawah satu bumbung. Setakat ini termasuk 17 Pusat Serenti di seluruh negara tidak termasuk dua buah Pusat Pemulihan Dadah Penjara. Pusat Serenti Kemumin merupakan satu-satunya pusat pemulihan dadah di negara ini dan juga di Asia Tenggara yang memberikan pemulihan khususnya untuk kaum wanita sahaja. Terdapat seramai 118 orang pelatih wanita di pusat ini dan hanya 33 orang daripadanya sahaja yang telah disoal selidik bagi tujuan kajian ini.
Text
anyaman
kelantan
Perusahaan Anyaman Buluh di Kampung Jal Kechil, Tumpat, Kelantan
Perkataan anyaman tidak asing di kalangan orang Melayu. Walaupun begitu tidak ramai yang mengetahui pengertiannya yang sebenar. Anyaman bermaksud satu proses menyaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan-bahan dari jenis tumbuh-tumbuhan (bahan asas) ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan.
Di kalangan orang Melayu perusahaan anyaman merupakan salah satu aktiviti kerjatangan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi. Dari zaman berzaman sampailah ke hari ini, perusahaan anyaman ini telah mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan terbesar ialah dari segi teknik pembuatan.
Text
Kesultanan Melayu dari segi pensejarahan-nya
Latehan Ilmiah Pendek ini adalah di-susun dengan berdasarkan tiga buah buku sejarah Melayu, ia-itu:
1- "Sediarah Melayu" terbitan Djambatan ( 1958 ).
2- "Misa Melayu" edisi R.O Winstedt ( salinan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1962).
3- "Hikayat Merong Mahawangan" edisi R.J. Wilkinson Malaya, Kuala Lumpur 1962).
Sebab pun pengajian ini di-dasarkan kepada tiga buah teks sahaja ia-lah kerana kesuntokan ruangan yang telah di-tetapkan, pada hal espek2 yang hendak di-kaji itu ada-lah tersangat luas. Namun begitu penyusun akan menchoba juga menimbulkan beberapa hal mengenai tajok kajian ini dengan berdasarkan bukti2 yang terdapat dari ke-tiga2 buah teks tersebut.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang imam dalam sebuah komuniti melayu
Tema Kajian ini ialah untuk mengetahui setakat mana peranan sesaorang imam pada idealnya dipraktikkan secara realiti. Ia juga bertujuan mengetahui setakat mana imam sesebuah kampong itu memenuhi jangkaan-jangkaan peranan maamum-maamumnya dalam sebuah masyarakat yang sedang berada diperingkat transistional, antara traditional dengan moden.
Text
Islam
non-muslims
...1 more
The Resurgence of Islamic fundamentalism : Its implications to the Western world
Islam has been perceived by many Western nations and non-Muslims around the world as a religion that promote terrorism and conflict. The various factors need to be highlighted which resulted to the resurgence of Islamic fundamentalism. The exposure to Islamic practice or way of life are being introduced globally hoping to have a better understanding of the Islamic religion amongst the westerners and non-muslims.
The phenomena of Islamic resurgence occur throughout the world in this century are much discussed. The efforts has been taken to expose the Islamic religion, its perception on Islam widely known by the mass media. The effect of colonialism has also given a false perception by non-muslims. Although in the west much of this perception of Islam has been the product of historic misconceptions and disinformation dating back to the 11th century Crusade, the anti-west and Khomeyni-led Iranian Revolution of 1979.
Throughout the eighties, neither the public nor the media in the west had the time or perhaps the willingness to learn more about Islam. Islam then was given extremely bad coverage which associated it with terrorist activities undertaken by isolated groups or individuals.
Text
Persembahan
tarian
...1 more
Persembahan Alai Mambang di Brunei Darussalam
Tarian Alai Mambang adalah merupakan sejenis tarian tradisional bagi masyarakat Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam, di samping itu ianya (Alai Mambang) juga merupakan sebuah persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ianya (Alai Mambang) merupakan bentuk upacara atau ritual oleh kerana corak persembahannya meliputi unsur-unsur keghaiban dan tentang kewujudannya juga merupakan daya usaha yang luar biasa atau dikatakan tentang orang halus. Unsur-unsur luar biasa atau orang halus ini dipercayai datangnya daripada suatu alam yang tertutup yang menjelma ketika upacara atau ritual tarian Alai Mambang dipermainkan.
Text
brunei
pertukangan
...1 more
Pertukangan Tembaga di Negara Brunei Darussalam
Menurut informan bagi kajian ini (Haji Ibrahim bin Tahir, seorang guru pertukangan tembaga di Bangunan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei), pertukangan tembaga dalam tahun-tahun 1930an dan tahun-tahun sebelumnya hanyalah merupakan sebagai aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa lapang yang senggang bagi anggota-anggota tertentu masyarakat Brunei dan bukanlah bertujuan untuk komersial. Tetapi apabila masyarakat Melayu Brunei khasnya masyarakat di tempat kajian iaitu masyarakat Melayu Kampung Ujong Bukit yang telah terdedah kepada unsur-unsur kebendaan dan dunia luar serta mereka telah menjadi masyarakat yang terbuka dengan menerima unsur-unsur modenisasi, maka pertukangan tembaga ini semakin menjadi popular dan telah dijalankan secara penuh masa. Dengan kata lain ianya telah dijadikan sebagai mata pencarian oleh sebilangan anggota-anggota masyarakat di tempat kajian.
Text
novel
pembandingan
Pembandingan Penggunaan Ayat Majmuk oleh Arena Wati dalam Novel-novel Beliau Tahun 60an dan Tahun 80an
Dalam mengkaji perkembangan bahasa Melayu, kita tidak dapat lari daripada membuat kajian dan tinjauan terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu kerana hasil-hasil sastera ialah manifestasi daripada penggunaan bahasa secara kreatif dan daripadanya juga dapat dilihat perubahan dan perkembangan yang dihadapi oleh bahasa Melayu (Raminah Hj. Sabran, 1985:20). Dari hasil kesusasteraan Melayu tercermin beberapa perubahan dari segi gaya dan pendekatan penyampaian fikiran dan pengalaman penulisnya. Perubahan juga berlaku dari segi struktur ayat, perbendaharaan kata dan tatabahasa serta fonologi. Secara terperinci perubahan itu dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
(i) Perbendaharaan kata
(ii) Sintaksis dan morfologi
(iii) Fonologi
Dalam kertas projek ini kajian yang dibuat ialah kajian dalam bidang sintaksis. khususnya yang berkaitan dengan ayat majmuk. Kajian ini juga mengambil novel sebagai bahan kajian, kerana apa yang dikaji berkaitan dengan perkembangan dan perubahan bahasa, iaitu yang berkenaan dengan struktur ayat majmuk.
Text
budaya
ekologi
...1 more
Ekologi Budaya di Kalangan Orang Semai: Satu Kajian di Pos Dipang
Kajian ini merupakan kajian kes yang dibuat mengenai komuniti orang Semai yang terdapat di Pos Dipang, Perak. Kajian ini cuba memperlihatkan hubungan ekologi dengan sumber ekonomi orang Semai di Pos Dipang. Di samping itu, juga diselitkan mengenai sosio-budaya orang Semai, Pos Dipang.
Text
Perwatakan di dalam Ombak Bukan Biru
Cerita yang dapat berjalan dengan licin ialah gabungan baik watak-wataknya. Kehadiran watak yang tidak berfungsi hanya mengganggu plot dan penceritaan. Dalam hal ini, Fatimah Busus telah berjaya menggabungkan para pelakunnya membina sebuah cerita yang menarik walaupun tema yang dipilih agak ringan. Gambaran watak utamanya iaitu Imrah sangat jelas dan tersusun. Perkembangan watak Imrah berlangsung dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya.
Watak Imrah telah membangun membawakan persoalan dan memberikan jawaban dan juga meninggalkan persoalan. Persoalan Imrah adalah persoalan kebanyakan anak muda hari iniyang menghadapi masalah jurang jenarasi. Masalah nilai dan tersepitnya antara dua golongan lama dan baru. Imrah telah cuba membawakan masalah tersebut dan mencuba untuk menyelesaikan masalahnya. Imrah telah cuba berdikari dan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan logiknya.
Text
alat muzik
nobat
...1 more
Etnomuzikologi Melayu:
Alat-alat Muzik (Nobat Di Raja Kelantan)
Nobat tergolong dalam ensembel muzik tradisional dan merupakan salah satu alat kebesaran keluarga diraja. Ia tidak diwarisi oleh rakyat jelata. Muzik nobat juga tidak boleh dimainkan tanpa keizinan daripada sultan terlebih dahulu. Oleh itu ia hanya dimainkan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Asal usul nobat di negeri Kelantan sukar ditentukan dari segi sejarah, kewujudan dan tarikhnya tetapi dapat dikatakan bahawa wujudnya nobat adalah bersama tertubuhnya Kerajaan Kelantan. Nobat diraja Kelantan ini pada asalnya bukan dipanggil nobat tapi ianya dikenali dengan nama Gendang Besar.
Text
kemiskinan
Masalah Kemiskinan di Kampung Jelai
Di Malaysia kemiskinan merupakan isu yang telah lama diperkatakan dari para pemimpin negara hinggalah ke peringkat pelajar. Kadar kemiskinan berterusan meningkat di luar bandar kerana saiz dan hak milik tanah yang kecil serta tidak ekonomik. Di samping itu, kenaikan harga bahan-bahan pertanian yang tidak memenuhi di pasaran dunia juga mempengaruhi pendapatan golongan petani negara kita. Kos hidup semakin tinggi atau meningkat dan guna tenaga tidak penuh dalam sektor pertanian. Ini berpunca dari kejadian perpindahan penduduk desa ke bandar-bandar yang berleluasa sekarang. Akibatnya, terdapat kekurangan buruh di beberapa sektor pertanian.
Text
Orang Barat dalam pandangan hasil-hasil penulisan Sejarah Melayu bandingkan dengan chorak perhubungan antara Ahli-Ahli Dagangan Barat dengan pelabohan-pelabohan Melayu saperti yang terdapat pada undang-undang pelabohan Kedah dan Acheh
Pengkajian ini mengenai sejarah pada satu bahagian dan sastera pada bahagian yang lain. Sebab-nya pun mengenai sejarah ia-lah pembahagian mana dalam perhubongan di-antara orang Melayu dengan orang Barat itu. Pada mula-nya, di-beri maksud yang mendorong orang Barat datang ke-Alam ini. Sesusah itu di-beri penerangan tentang perhubongan di-antara dua kaum itu dan akibat-nya perhubongan ini "REACTION". Satelah ramai-lah orang Barat itu di-sini terdapat 'hukum'2 yang di-chipta oleh beberapa kerajaan Melayu yang mengandongi tata-tertib yang harus di-turuti di-pelabohan2 Melayu.
Text
Melaka
Melayu
...3 more
Perhiasan dan Pakaian Pengantin Melayu Melaka
Sebagai sebuah negeri yang tertua di Malaysia, Melaka mempunyai identiti budaya yang tersendiri yang dapat dilihat dan diteliti dari banyak aspek, antaranya ialah dari pakaiannya. Sejarah perkembangan pakaian pengantin masyarakat Melayu Melaka menunjukkan bahawa pengantin Melayu Melaka tidak mempunyai identiti pakaian dan perhiasan yang tepat. Ia bercampurbaur dengan pengaruh budaya luar yang satu masa dahulu datang ke Melaka untuk motif perdagangan dan agama. Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam perkembangan pakaian ini ialah ia senantiasa diubahsuaikan mengikut tampuk pemerintahan, agama dan budaya yang datang bertandang ke Melaka.
Text
Kajian Mengenai Simbiotik Gong dalam Masyarakat Murut dan Dusun di Sabah
Text
pahang
rotan
Perusahaan Rotan di Kalangan Orang Melayu: Tinjauan Khusus SPPIK Rattan Kg. Relong Sdn. Bhd. Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung (SPPIK) Rattan Sdn Bhd merupakan salah satu kilang pembuatan perabut dan kraftangan daripada rotan yang diusahakan oleh orang Melayu. Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung ini telah ditubuhkan pada peringkat awal di bawah arahan Kementerian Luar Bandar atas arahan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba pada tahun 1987, iaitu sebagai satu usaha untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada orang Melayu menceburi bidang pembuatan. SPPIK telah mengambil langkah menubuhkan anak syarikatnya iaitu SPPIK Rattan Sdn Bhd Kampung Relong untuk beroperasi sebagai syarikat pembuatan perabut dan kraftangan rotan. Daerah Kuala Lipis dipilih kerana, kawasan ini mempunyai bekalan rotan yang mencukupi kerana di sini masih banyak kawasan hutan yang mampu memberkalkan rotan-rotan yang diperlukan.
Setahun selepas beroperasi kilang ini telah diletakkan di bawah pengawasan MARA. Pihak MARA telah mengeluarkan bantuan kewangan kepada kilang ini. Menurut responden iaitu pengurus kilang tersebut, Encik Kassim bin Mahmud, pihak MARA telah memberi bantuan modal sebanyak $65 ribu ringgit untuk menjayakan kilang tersebut.
Text
Hikayat Hang Tuah sebagai hasil sastera Melayu
Selama ini beberapa sasterawan yang terkenal telah sadikit sebanyak memperkatakan H.H.Tuah. Sasterawan2 ini dapat kita bahagikan kedalam dua bahagian.
1. Sasterawan2 Barat.
2.Sasterawan2 Tempatan.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
seni
tradisional
...2 more
Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Mengenai tajuk ini, penulis akan menghuraikan beberapa aspek ukiran kayu mengikut pendekatan "Strukturalisme" yang telah dikembangkan oleh Claude Levi Strauss pada kurun-kurun ke-19 yang menekankan kepada teori "simbolisme". Mengikut beliau, budaya itu adalah sesuatu yang bersifat simbol atau lambang. Jadi ianya bertepatan dengan seni ukiran tradisional Melayu yang merupakan simbol budaya Melayu.
Mengikut Pak Wan (seorang pengukir kayu negeri Terengganu), setiap corak yang terukir pada kayu itu samada pada set perabot, pintu, tiang, tingkap, dinding dan lain-lain adalah mengandungi maksud yang tersendiri berdasarkan kepada corak "bunga" ukirannya. Bgi beliau corak ukiran Melayu dan Cina adalah jauh berbeza. Ukiran tradisional Melayu biasanya bertemakan kehidupan semulajadi alam sekitar seperti daun, bunga, pokok, binatang, alunan ombak, awan dan sebagainya. Corak ukiran cina adalah lebih kepada bentuk naga atau "Tok Kong", yang juga melambangkan kehidupan mereka sendiri. Namun ukiran yang berbentuk demikian adalah dilarang dalam agama Islam. Jadi corak ukiran Melayu hendaklah lebih bersifat keseluruhan, isitu yang bersifat lahiriah dan batiniah. Corak ukiran yang lembut dan halus dari bentuk bunga itu adalah melambangkan budi bahasa orang Melayu yang lembut dan tunduk pada perintah Tuhannya.
Text
batik
kelantan
Batik Kelantan: Perusahaan dan Corak
Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan atau mengetengahkan salah satu kawasan perusahaan batik yang utama di Kelantan iaitu Kampung Penambang. Boleh dikatakan sebilangan besar penduduk di kampung ini melibatkan diri dalam perusahaan ini. Dikatakan demikian adalah kerana Kampung Penambanglah merupakan kampung terawal ataupun perintis industri batik yang pertama di Kelantan.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberi penjelasan setiap langkah dan cara yang dibuat untuk menghasilkan batik itu. Misalnya cara untuk menghasilkan batik (cop) tidak sama dengan cara untuk menghasilkan batik conteng (lukis). Begitu juga dengan alat-alat yang digunakan, juga ada perbezaannya walaupun ada sesetengahnya menggunakan alat atau bahan yang sama.
Text
dusun
kadazan
...2 more
Perubatan Tradisional Orang-orang Kadazan/Dusun
Masyarakat Kadazan atau Dusun memang kaya dengan pengetahuan perubatan tradisional. Pengetahuan tentang dunia supernatural dengan kuasa-kuasa semangat dan ghaib yang begitu luas dalam keakraban dengan alam semulajadi fizikal telah menyebabkan mereka begitu 'ahli' dalam pengendalian cara perubatan yang begitu sistematik.
Text
anyaman
seni
...2 more
Perusahaan Anyaman Mengkuang di Kampong Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Penulis mengkaji tentang 'Perusahaan anyaman mengkuang di kalangan masyarakat Melayu di Kampong Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Anyaman merupakan satu seni perusahaan hasil tangan hasil warisan orang Melayu yang popular di dalam kalangan kaum wanita terutamanya di Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Keaslian serta ketinggian mutu kehalusan seni anyaman memerlukan kemahiran yang unik.
Text
brunei
perak
...3 more
Seni Pertukangan Perak di Brunei Darussalam
Antara semua pertukangan tempatan yang terdapat di Brunei Darussalam, Pertukangan Perak Brunei adalah merupakan satu pertukangan yang termasyhur sekali di peringkat antarabangsa, dan juga salah satu daripada pertukangan yang tertua sekali.
Pertukangan seni perak adalah merupakan satu pertukangan yang terkenal dengan kemahiran dan kecekapan tradisi untuk beberapa abad yang lampau. Walaupun tidak terdapat lombong perak di Brunei, ini tidak bermakna bahawa kerja-kerja pertukangan Perak Brunei tidak dapat dijalankan dan tidak menghasilkan mutu serta kemahiran yang tinggi.
Text
Petua
Petua
Masyarakat Melayu tradisi dikatakan kaya dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan yang tidak ternilainya. Salah satunya warisan keilmuan yang bernilai dalam masyarakat Melayu terjelma dalam bentuk naskhah-naskhah manuskrip. Petua yang merupakan sebahagian dari khazanah serta warisan keilmuan yang bernilai daripada masyarakat Melayu boleh dikesan melalui naskhah-naskhah manuskrip Melayu yang dikatakan suatu bentuk warisan keilmuan tersebut.
Petua dengan lain perkataan adalah pantang larang atau tegahan bila sesuatu pekerjaan itu hendak dilakukan oleh seseorang dengan memberikan kesan baik serta buruknya. Pantang larang atau tegahan ini tertakluk kepada beberapa kriteria yang menjadi suatu ukuran kepada baik buruknya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan melihat kepada hari, bulan, waktu, keadaan-keadaan tertentu dan sebagainya lagi.
Text
dikir barat
Main Puteri
...4 more
Fungsi Muzik Tradisional Khususnya Main Puteri, Dikir Barat dan Mak Yong Dalam Masyarakat Luar Bandar
Main Puteri merupakan satu daripada permainan tradisi Melayu yang menitikberatkan aspek perbomohan atau perdukunan melalui jampi mantera dan menurun (trance) yang ditujukan kepada kuasa luar biasa seperti jin,hantu dan sebagainya. Main Puteri juga adalah untuk mengetahui penyakit yang dideritai oleh pesakit seterusnya mengubat penyakit tersebutyang mana sering dikaitkan dengan kuasa luar biasa yang amat dipercayai oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. Penyakit yang biasa diubati secara Main Puteri ialah penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor moden seperti gila, terkena buatan orang dan penyakit-penyakit angin.
Dikir Barat muncul di kalangan masyarakat yang tinggal di desa-desa dan tidak pernah dimainkan di peringkat istana seperti permainan Mak Yong dan Menora. Dikir Barat adalah tergolong dalam muzik rakyat. Persembahan Dikir Barat dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek muzik dan lagu yang dinyanyikan. Dalam aspek lagu, Juara dan Tukang Karut memainkan peranan yang penting.
Mak Yong kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan kebudayaan dan juga untuk pertunjukan antarabangsa. Ini berlainan dengan zaman dahulu di mana Mak Yong dipersembahkan untuk satu-satu tujuan ritual tertentu dan sebagai hiburan bagi orang-orang kampung setelah selesai menuai padi. Mak Yong didefinisikan sebagai suatu bentuk dramatari Melayu yang mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang distailais, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks percakapan yang formal serta bersahaja. Dramatari ini kebanyakannya dipertontonkan di Kelantan dan Patani di Selatan Thai.
Text
budaya
Melayu
...2 more
Tekat Emas di Perak
Fungsi dan Masa Depannya dalam Budaya Melayu
Seni tekat emas merupakan 'suji timbul' iaitu sulaman timbul atau 'tekat bersuji', tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera (Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur, DBP 1970). Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragamhiasnya sama dibentuk iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.
Text
Konsep dan Idea Kesusastraan
Kajian mengenai konsep dan idea kesusatraan salah seorang penyajak di negeri Terengganu belum ladi dibuat hingga sekarang terutama terhadap penyaiar yang sudah terkenal dalam penulisan tersebut.
Text
keris
Melayu
...1 more
Sejarah, Perkembangan dan Peranan Keris di dalam Budaya Melayu
Keris merupakan senjata kebangsaan Malaysia dan dunia Melayu secara amnya. Ia merupakan suatu alatan budaya yang menjadi kebanggaan serta simbol budaya bangsa Melayu. Keris merupakan senjata warisan yang amat tinggi nilainya dan peranannya dalam masyarakat Melayu adalah penting dalam kehidupan zaman tradisional. Dalam zaman tersebut, keris berfungsi sebagai senjata utilitarian yang digunakan untuk mempertahankan diri. Ia menjadi senjata khas untuk meragut nyawa musuh.
Walaupun kini sifat utilitarian keris sudah tiada, tetapi ia masih berfungsi dari segi simbolis dan dekoratif. Keris tidak dapat dilupakan oleh dunia Melayu, memandangkan tidak lama dahulu ia merupakan suatu "social symptom" yang universal di Kepulauan Melayu. Mungkin ia telah ditanggalkan daripada tali pinggang orang Melayu, tetapi tidak dari hati mereka. Ia tetap akan disanjung dan menjadi khazanah budaya Melayu.
Text
asimilasi
budaya
...2 more
Asimilasi Masyarakat Pakistan dengan Budaya Melayu
Kajian Kes: Wilayah Persekutuan dan Selangor
Tujuan penulisan ini ialah untuk menerangkan corak kebudayaan komuniti Pakistan di Wilayah Persekutuan dan Selangor dan mengukur sejauhmanakah mereka sebagai kelompok minoriti telah mengalami asimilasi dengan kelompok dominan iaitu masyarakat Melayu dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka dapat menerima unsur-unsur kebudayaan Melayu dalam corak hidup mereka.
Showing 1 to 50 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->