Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Keris Raman dalam masyarakat Melayu : kajian kes di Belukar Luas, Raman, Yala, Selatan Thailand
Abstrak
Ini adalah kajian mengenai peranan keris Raman dalam masyarakat Melayu: kajian kes di Belukar Luas, Raman, Yala, Selatan Thailand. Tujuan kajian ini untuk memperkukuhkan seni keris Raman sebagai seni yang dimiliki oleh orang Melayu di Raman atau meliputi orang Melayu di selatan Thailand dan juga merupakan pusaka seni sejak kerajaan Patani dahulu. Pada kajian ini juga untuk melestarikan seni keris Raman agar peranan yang masih tersirat dapat diketahui dan dijaga bersama oleh generasi akan datang, Pada tahap ini keris Raman telah membuktikan pelestariannya melalui beberapa peranan keris Raman yang ketara dan peranan yang tidak ketara, manakala peranan yang ketara adalah peranan yang diawasi oleh Kementerian-kementerian iaitu Kementerian Kebudayaan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan. Peranan seperti ini juga meliputi peranan keris Raman sebagai produk ekonomi, sebagai subjek pilihan dan sebagai warisan kebudayaan negara. Peranan yang tidak ketara pula adalah peranan yang tidak diawasi oleh Kementerian-kementerian mana pun dan meliputi peranan sebagai alat dalam adat istiadat, perhiasan dalam perkahwinan, alat dalam tarian silat dan pemberian dan pusaka.
Text
Masjid Wilayah Persekutuan : a study of interior design
Abstrak
Ever since the rise of Islam in Malaysia many mosques of various architectural forms, and styles from vernacular to colonial, traditional Middle Eastern and modern with varieties of interior designs from austere and plain to highly decorated and eclectic rectangle and square spaces rooted in many cultural and ethnic groups, have been erected to serve the Muslim community and to create an Islamic architecture identity. Heavy rainfall and high rate of humidity; varying ethnic groups; and the migration of different nations including Indians, Middle Eastern, Arabs, and the Westerns to the region have left their inevitable marks on the architecture and the interior design of mosques in Malaysia throughout her history. The aim of this research is to establish an understanding of mosque interior design evolution process from the earliest stage of its appearance in the form of vernacular mosque to the present status as the in Masjid Wilayah Persekutuan which is a true eclectic example of the latest Islamic architectural marvel in Malaysia. In order for us to get a glimpse of this process a background and the effect of local pre-Islamic designs, the history of Islam in the region, geographical, socio-cultural, and even the political factors that have influenced the scope of the usage of the Islamic art and architectonic elements to accomplish the interior designs of the mosques in Malaysia will be reviewed. In the end the interior design of the Masjid Wilayah Persckutuan will be examined and analyzed for its relationship with the Islamic art and architectonic concepts of vermacular mosques and other genres as well as its adaptability with the cultural and the climatic condition of the region.
Text
Peranan Majlis Agama Islam Wilayah Yala dalam pendidikan sosial di Selatan Thailand
Abstrak
Tumpuan kajian ini membincangkan peranan Majlis Agama Islam wilayah Yala dalam menjalankan pendidikan sosial di selatan Thailand. Kajian ini memfokuskan kajian terhadap aktiviti atau program yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam wilayah Yala dalam membuat analisis dan mengumpulkan data sejak talhun 2001-2005. Dalam kajian ini penulis menggunakan tiga metode utama, iaitu metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode penulisan dan analisis data. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui peranan Majlis Agama Islam dalam menjalankan pendidikan sosial di Yala, selatan Thailand. Sumbangan yang iberikan dalam pembangunan masyarakat Melayu di Yala dan menganalisis pelaksanaan kerja yang dijalankan dalam pembangunan masyarakat Melayu di Yala khususnya terhadap pendidikan sosial. Dari hasil kajian ini didapati bahawa peranan Majlis Agama Islam Wilayah Yala, selatan Thailand telah banyak memberi sumbangan terhadap masyarakat Melayu di sini. Majlis Agama Islam adalah institusi yang penting dalam membangunkan masyarakat Melayu di selatan Thailand, tetapi sekarang Majlis Agama lslam di Thailand yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan demi kepentingan politik dan mempunyai berbagai-bagai tujuan. Dengan demikian, dasar dan tujuan Majlis Agama Islam tidak dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang iharapkan terthadap penduduk-penduduk Melayu beragama Islam di selatan Thailand. Penduduk-penduduk Melayu beragama Islam di selatan Thailand tidak merasa lega walaupun MAI adalah institusi agama Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan tetapi tujuan yang sebenarnya hanya untuk memanfaatkan kepentingannya.
Text
Nyanyian Melayu asli : kajian seni kata pantun dan teknik nyanyian
Abstrak
Nyanyian Melayu asli merupakan khazanah warisan bangsa tidak ternilai harganya. Nyanyian Melayu asli menjadi kebanggaan sejak turun temurun serta menjadi identiti masyarakat Melayu. Irama dan rentak lagunya yang bercirikan lemah lembut, beralun serta melankolik mempunyai kaitan langsung dengan manifestasi atau ekspresi jiwa pendukungnya. Kajian ini memfokuskan kepada enam nyanyian Melayu asli, iaitu nyanyian Seri Banang", nyanyian Damak", nyanyian "Gunung Panti", nyanyian "Pancaran Senja", nyanyian "Seri Serawak" dan nyanyian "Seri Kedah". Perbincangan kajian ini meliputi bentuk bentuk nyanyian repetisi, iaitu nyanyian repetisi baris dan nyanyian repetisi frasa. Selain itu, penggunaan partikel lah' dan 'nya', penambahan perkataan dan', 'yang dan di' serta pemakai an kata sahutan turut dibincangkan. Kajian ini juga memperjelas berkaitan fungsi struktur larinks dan korda vokal sebagai struktur terpenting dalam penghasilan suara nyanyian Melayu asli. Tidak terkecuali kajian ini juga menyentuh berkaitan aplikasi teknik-teknik dalam nyanyian Melayu asli. Aplikasi teknik nyanyian Melayu asli melibatkan pemahaman seni kata pantun, artikulasi, vokal [a], [Y], [i], [o] dan [u] serta aplikasi modifikasi dan improvisasi dalam nyanyian.
Text
Analisis pragmatik dalam iklan cetak
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu analisis pragmatik bagi iklan cetak dalarm akhbar berbahasa Melayu. Disertasi ini menganalisis iklan cetak berdasarkan Prinsip Kerjasama Grice (1967), dan Teori Relevan oleh Sperber dan Wilson (1981). Prinsip-prinsip yang disebut dalam teori akan diikuti dengan penerapan kerangka teori yang terdapat dalam Bab 2. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti implikatur yang terdapat dalam iklan cetak yang lazimnya dianggap sebagai membosankan. Turut menjadi tumpuan kajian ialah aspek kesopanan yang dimanfaatkan oleh pengiklan untuk menyampaikan isi kandungan iklan dengan berkesan. Daripada analisis terhadap bahasa serta rangsangan-rangsangan dalam iklan cetak menurut Prinsip Kerjasama Grice, didapati bahawa kebanyakan iklan cetak mengandungi maksim hubungan dikuti dengan maksim kuantiti. Selain itu, daripada dapatan kajian menurut teori relevan Sperber dan Wilson, menunjukkan bahawa kerangka teori relevan sememangnya mampu menganalisis dan menjelaskan wacana iklan. Penggunaan rangsangan bahasa seperti permainan kata yang merangkumi pan, rima, aliterasi, pengulangan, dan metafora juga merupakan daya penarik agar pembaca mendapati kerelevanan untuk terus membaca iklan tersebut. Matlamatnya adalah untuk menarik perhatian pembaca atau pembeli yang berpotensi dan mengekalkan jenama atau jenis barangan ataupun perkhidmatan dalam ingatan pengguna. Dengan demikian, mereka dapat menghubungkaitkan produk dengan kebaikan produk, serta menghasilkan kesan konteks tambahan. Di samping itu, analisis ini juga menunjukkan bahawa kesopanan adalah satu ciri yang penting dalam iklan memandangkan kesopanan digunakan sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian pembaca supaya membaca iklan tersebut. Pada keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menyumbang kepada bidang periklanan dan pengkaji bahasa serta memanfaatkan bidang-bidang lain yang berkaitan supaya mempunyai pemahaman terhadap bidang pragmatik, di samping memberi pengertian makna dalam konteks sesuatu peristiwa bahasa. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi.
Text
Reka bentuk piuter di Malaysia : kajian kes Royal Selangor
Abstrak
Negara Malaysia mempunyai pelbagai industri reka bentuk yang segar berkembang tanpa memandang remeh atau cuba mengetepikan konteks penciptaan. Justeru itu, fenomena reka bentuk ini telah mengantarakan industri dari produk piuter sebagai suatu yang menyumbang kepada keseimbangan budaya ciptanya. Penyelidikan tentang Reka Bentuk Piuter di Malaysia: Kajian Kes Royal Selangor ini dijalankan bagi melihat kepekaan kita terhadap produk piuter yang telah mempunyai pengaruhnya tersendiri haruslah disedari dan amat penting untuk diterapkan dalam pelbagai aspek seperti strategi pasaran, pengalaman malah imej reka bentuknya juga. Kajian ini melihat persoalan yang timbul mengenai sejauhmanakah wujudnya rujukan terhadap falsafah seni dan pemikiran berasaskan konsep seni Islam dan estetika Melayu dalam motif hiasan seni logam piuter di Malaysia. Selain itu, penyelidikan ini bagi mencari jawapan tentang faktor-faktor penentu dalaman dan luaran yang mempengaruhi konsep reka bentuk Royal Selangor. Rangka teoritis yang digunakan pula adalah dari Fungsi Ornamentasi oleh Al-Farugi dan Prinsip Estetika Melayu oleh Zakaria Ali. Oleh yang demikian, penyelidikan adalah perlu bagi menyingkap dan mendokumentasi dari aspek reka bentuknya dengan lebih berilmiah sebagai panduan akan datang. Penyelidikan ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temubual. Hasil dapatan dari pendekatan analitikalnya mencernakan secara grafikal dan 'open up view' bagi mendalami teknik perekaan dan ciri-ciri estetikanya dan menghasilkan 5 jenis Generalisasi Analisis Estetik. Manakala, dapatan dan analisis pemikiran pula telah memperolehi faktor penentu dalaman dan luaran pada suatu proses reka bentuk untuk dijadikan sebagai langkah pembaikan dalam proses rekaan. Di akhir penyelidikan, cadangan dijana untuk memperbaiki dan memberi idea bagi menghadapi keseluruhan isu dalam reka bentuk piuter ini.
Text
Warkah-warkah Sultan Pontianak : analisis genre
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis warkah-warkah Sultan Pontianak dari abad ke-18-abad ke-19 sebagai analisis genre. Kajian ini memaparkan teori genre sebagai teks, genre sebagai proses, dan genre sebagai peristivwa komunikatif. Ketiga-tiga pendekatan ini digunakan kerana sesepucuk warkah memerikan perbezaan secara signifikan apabila dikaji secara menyeluruh. Kajian ini menganalisis 13 pucuk warkah Sultan Pontianak. Binaan warkah dibahagikan kepada binaan warkah sosial dan binaan warkah perjanjian. Binaan warkah sosial memaparkan seperti kepala surat, cap, kata-kata pujian, kandungan warkah, prapenutup, dan penutup. Binaan warkah perjanjian memaparkan kepala surat, kandungan warkah, penutup, cap, dan tandatangan, dan juga variasi daripada binaan warkah secara umum. Analisis binaan dan variasi warkah Sultan Pontianak sebagai suatu proses dalam kajian ini. Strategi komunikasi berdasarkan kaedah langsung dan kaedah tidak langsung akan dibincangkan. Selain itu, faktor-faktor yang menentukan strategi komunikasi dan kesopanan sebagai salah satu aspek bahasa yang digunakan oleh Sultan Pontianak dan merupakan amalan masyarakat zaman itu. Warkah Sultan Pontianak sebagai sebuah genre tersendiri berdasarkan bentuk, teknik, dan juga kandungannya. Dari segi bentuk, susunan komponen komponen warkah menstrukturkan warkah sosial dan warkah perjanjian sebagai suatu jaringan yang utuh dalam binaan warkah Sultan Pontianak. Teknik genre yang digunakan berkaitan dengan strategi komunikasi dan kesopanan yang ditetapkan oleh budaya masyarakat Melayu pada waktu itu. Dari segi kandungan, kesatuan padu antara ayat yang terdapat dalam warkah berkaitan dengan perkara-perkara yang terdapat dalam kandungan warkah itu sendiri.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan dalam terminologi Melayu : kajian kes seni pertukangan lepa di Semporna, Saba
Abstrak
Kaiian ini meneliti tatacara pembentukan istilah yang dapat membantu pembentukan istilah budaya dan seterusnya menghasilkan satu tatanama berkenaan seni pertukangan lepa. Fokus kajian ini ialah proses pembentukan istilah budaya berdasarkan sistem pemetaan konsep dan pentakrifan bagi mengumpulkan istilah-istilah dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Pengkaji menerapkan Teori Umum Termino logi (TUT) yang diperkenalkan oleh Wuster (1931) sebagai asas bagi model teori kajian ini. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, pengkaji berjaya mengumpulkan 21 0 istilah yang merangkumi kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Analisis pemetaan konsep bagi istilah-istilah seni pertukangan lepa tersebut dibahagikan kepada lima bahagian utama, iaitu alat, bahan, proses, teknik, dan hasil. Seterusnya, pengkaji menghuraikan hubungan antara konsep-konsep tersebut yang melibatkan hubungan logik, ontologi, dan asosiatif. Berdasarkan analisis hubungan istilah - konsep pula, didapati bentuk istilah yang mewakili konsep-konsep berkenaan terdiri daripada hubungan keunivokalan, kesinoniman, dan jargon. Analisis pentakrifan istilah merangkumi pembinaan dan pengklasifikasian takrif. Takrif bagi setiap konsep dibina berdasarkan prinsip pentakrifan yang dicadangkan dalam Panduan Penyusunan Kamus Istilah (1992) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Huraian takrif tersebut kemudiannya dapat diklasifikasikan kepada lapan jenis, sama ada takrif analisis, sinonim, parafrasa, sintesis, implikasi, denotasi, demonstrasi, atau bercampur. Kebanyakan takrif bagi konsep seni pertukangan lepa terdiri daripada campuran takrif. Pengklasifikasian takrif ini adalah menurut panduan yang dicadangkan oleh Sager (1995). Hasil penelitian pengkaji, kaedah pembentukan istilah berdasarkan pemetaan konsep dan pentakrifan seperti yang dicadangkan dalam Teori Umum Termino logi (TUT) sesuai diterapkan dalam proses pembentukan istilah di negara ini, khususnya dalam bidang seni dan budaya Melayu. Secara tidak langsung, kajian ini diharapkan dapat membantu pemahaman umum berkenaan bidang termino logi itu sendiri.
Text
Kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita : analisis semantik leksikal
Abstrak
Kajian semantik leksikal ini menganalisis kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita di dalam Majalah Mingguan Wanita 2006". Bab satu membincangkan tentang bahasa, semantik leksikal, sorotan kajian, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian dan tatacara kajian, kepentingan kajian, konsep-konsep yang akan digunakan dalam kajian ini dan akhir sekali adalah unjuran bab. Bab dua pula, merupakan kerangka teoritis yang membincangkan tentang model analisis komponen makna yang diperkenalkan oleh penulis A. Nida di dalam bukunya Componential Analysis of Meaning (1975). Analisis komponen makna ini akan memperlihatkan fitur-fitur semantik yang membentuk komponen-komponen makna kata kerja yang dianalisis dalam konteksnya. Analisis komponen ini adalah proses pemberian fitur makna dengan menggunakan lambang binari (+) dan (-), iaitu masing masingnya merujuk pada memiliki dan tidak memiliki ciri makna yang dirujuk. Bab ini juga memaparkan prosedur analisis yang dilakukan. Bab tiga merupakan bab analisis yang menghuraikan kata kerja kecantikan muka (KKM) dengan menggunakan analisis komponen makna. Dapatan analisis memperlihatkan pemilihan penggunaan kata kerja yang dilabelkan sebagai Kata Kerja Bersifat Spesifik (KKBS) dan Kata Kerja Bersifat Umum (KKBU) yang digunakan di dalam slogan ini. Analisis kajian mendapati terdapat 44 produk kecantikan muka yang dianalisis dan terdapat 45 slogan yang digunakan dengan 66 kata kerja di dalannya Seterusnya terdapat 6 KKBS yang mewakili (9.09%) manakala terdapat 60 KKBU yang mewakili (90.9%). Bab empat juga merupakan bab analisis bagi kata kerja pelangsingan badan (KKPB). Dapatan analisis menunjukkan terdapat 27 produk pelangsingan badan yang menggunakan 27 slogan dan mengandungi 43 kata kerja yang digunakan. Seterusnya, terdapat 1 KKBS yang mewakili (2.32%) manakala terdapat 43 KKBU yang mewakili (97.6%). Seterusnya bab lima, merupakan bab perbandingan, iaitu penggunaan kata kerja dalam slogan KKM dan KKPB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan penggunaan kata kerja bagi kedua-duanya. Didapati KKBU lebih dominan digunakan berbanding KKBS. Di dalam bab ini juga, dipaparkan kata kerja sama yang digunakan di dalam kedua-dua slogan bagi produk kecantikan wanita Bab enam merupakan bab penutup di dalam kajian ini. Bab ini menyimpulkan dan memperlihatkan bahawa KKBU lebih dominan digunakan berbanding dengan KKBS di dalam kedua-dua slogan produk kecantikan wanita.
Text
Sumbangan Nik Safiah Karim dalam linguistik Melayu : aspek sebutan baku dan tatabahasa pegangan
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan tentang tokoh bahasa, iaitu sumbangan Nik Safiah Karim dalam linguistik Melayu yang memfokuskan aspek sebutan baku dan tatabahasa pegangan. Objektif kajian ini, adalah untuk meneliti latar belakang keluarga dan pendidikan Nik Safiah Karim, meneliti sumbangan beliau dalam konteks perkembangan bahasa Melayu dan meneliti pemikiran atau falsafah bahasa beliau. Dalam kajian ini satu penemuan baharu ditemui oleh pengkaji. Pengkaji mendapati bahawa pendekatan penulisan biografi merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengkaji tokoh bahasa. Analisis ini meninjau perjuangan Nik Safiah Karim dalam aspek sebutan baku. Usaha beliau dalam menyeragamkan sebutan baku agar bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan ilmu tinggi yang digunakan di sekolah, universiti, parlimen, seminar, berceramah, menyampaikan berita, mesyuarat dan sebagainya. Dalam aspek tatabahasa pula dapat dilihat pandangan beliau tentang tatabahasa pegangan yang merujuk kepada Tatabahasa Dewan. Di samping itu juga dibincangkan usaha-usaha beliau ke arah menyeragamkan penggunaan tatabahasa dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam memartabatkan tatabahasa pegangan. Di dalam disertasi ini juga dibincangkan perbandingan antara Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Za'ba dan Tatabahasa Asraf. Hasil kajian ini mendapati bahawa Nik Safiah Karim merupakan tokoh bahasa yang banyak berjasa terhadap perkembangan bahasa Melayu sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Sumbangan beliau dalam ilmu linguistik telah menambah khazanah ilmu pengetahuan Melayu.
Text
Analisis retorik risalah pilihan raya : kajian kes di Kelantan
Abstrak
Penyelidikan ini membincangkan mengenai kajian retorik dengan menumpukan pada aspek teknik-teknik retorik yang ada dimanfaatkan dalanm risalah pilihan raya umum ke-12 (PRU12). Teknik retorik dalam kajian ini merujuk kepada teknik ataupun kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi pengundi supaya memberikan sokongan hanya kepada satu pihak. Risalah yang dipilih untuk kajian ini pula hanya tertumpu di negeri Kelantan dan dikutip semasa tempoh berkempen iaitu antara 24 Fcbruari 2008 hingga 8 Mac 2008. Berdasarkan gabungan dan serapan tiga model kajian retorik sedia ada, iaitu model Corbett (1971), model Asmah (1984) dan model Lee (200l), penyelidikan ini mengemukakan 13 teknik retorik berserta 39 subgolongan mewakili keseluruhan teknik retorik yang ada dimanfaatkan dalam risalah PRU12. Daripada 13 teknik retorik tersebut, didapati lapan daripadanya berperanan sebagai teknik retorik yang positif, manakala selebihnya pula merupakan teknik retorik yang negatif. Teknik retorik positif dalam penyelidikan ini bermaksud, teknik-teknik retonk yang secara umumnya digunakan bagi mengumpan sokongan pengundi tanpa memburukkan, merendahkan atau meremehkan pihak lawan. Manakala, teknik retorik negatif pula bermaksud, teknik-teknik retorik yang digunakan bagi mengumpan sokongan pengundi dengan cara menakut-nakutkan, memburukkan, merendahkan, atau meremnehkan pihak lawan. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan didapati bahawa di bawah kelompok teknik retorik positif, teknik pernyataan maklumat merupakan teknik retorik yang paling kerap dimanfaatkan, iaitu sebanyak 384 kali, manakala pada kelompok teknik pernyataan negatif pula, teknik kejian atau provokasi mendominasi dengan pemanfaatan sebanyak 320 kali daripada l1934 ayat. Selain daripada 13 teknik retorik tersebut dan kekerapan penggunaannya, penyelidikan ini juga memperoleh beberapa dapatan menarik, antaranya terdapat risalah pilihan raya yang lebih cenderung menampakkan kelemahan pihak lawan berbanding menonjolkan kelebihan yang dimiliki pihak sendiri.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK). Ini dapat membantu murid yang lemah dalam aspek bacaan bahasa Melayu. Penyelidik memberi tumpuan kepada aspek bacaan sahaja kerana aspek bacaan merupakan aspek yang pling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah kaedah Gabung Bunyi Kata ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran membaca bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang muridnya terdiri daripada pelajar berbangsa India dan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi mereka. Selain daripada itu kajian ini dilakukan bagi menganalisis perkembangan dan prestasi murid setelah mengikuti Kaedah Gabung Bunyi Kata ini dan ternyata amat sesuai untuk meningkatkan prestasi murid. Kajian ini dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar di Klang Selangor. Sampel terdiri daripada 40 orang murid tahap 1 yang dipilih mengikut tahap kecerdasan. Dapatan kajian diperoleh melalui rekod perkembangan murid yang telah dilakukan selama 6 bulan iaitu dari bulan Mei hingga Oktober. Maklumat atau data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 15.0.
Text
Permasalahan industri kecil dan sederhana : kajian kes industri batik di Mukim Chendering, Terengganu
Abstrak
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah memberi impak yang besar kepada aktiviti ekonomi orang Melayu, kerana melalui dasar ini orang Melayu telah digalakkan untuk menceburkan diri dalam bËdang perindustrian dan perdagangan. Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan memberi perhatian kepada pembabitan usahawan Bumiputera dalam kegiatan Industri kecil dan sederhana (IKS). batik. Antara penglibatan orang Melayu dalam kegiatan IKS adalah dalam industri Industri batik di Malaysia merupakan industri yang dimonopoli oleh orang Melayu. Lantaran itu, pencapaian industri batik secara tidak langsung dapat menggambarkan pencapaian ekonomi orang Melayu. Walau bagaimanapun industri batik di Malaysia majoritinya masih bersaiz kecil dan sederhana walaupun ianya telah lama diusahakan. Oleh itu, terdapat pelbagai pandangan yang mengaitkan keadaan ini dengan nilai dan sikap orang Melayu yang dikatakan antara punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustri: Walau bagaimanapun, hasil kajian ini telah mendapati bahawa nilai dan sikap orang Melayu bukanlah faktor utamanya yang mempengaruhi pencapaian sesebuah perusahaan batik, tetapi gabungan daripada masalah ekonomi seperti masalah modal, sumber tenaga mahir, perkembangan teknologi, pemasaran dan pengurusan serta beberapa sikap tipikal orang Melayu seperti kurang berusaha, kurang berdikari dan bersikap tidak apa serta cepat berpuas hati menjadi faktor utama kegagalan mereka dalam membangunkan dan memperkembangkan industri batik. Justeru pandangan yang menyatakan nilai ekonomi yang terdapat dalam kalangan orang Melayu seperti nilai nasib dan rezeki, nilai kekayaan, nilai berkat dan nilai kolektif sebagai faktor utama kegagalan mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka adalah tidak benar. Malahan, nilai-nilai ini telah ditafsirkan oleh para pengusaha merngikut ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya. Selain itu, beberapa sikap orang Melayu yang dikaitkan sebagai punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan juga perindustrian juga turut mengalami perubahan ke arah yang lebih positif. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa penglibatan orang Melayu dalam Islam. ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustrian telah menunjukkan anjakan paradigma yang lebih positif dari segi perubahan beberapa sikap tipikal mereka dan juga pegangan nilai ekonomi mereka yang benar-benar mengikut tatsiran ajaran agama
Text
Hikayat Emak Telur Tebakung : kajian perbandingan
Abstrak
Kaiian ini dibuat berdasarkan naskhah HETT iaitu sebuah manuskrip yang telah ditransliterasi oleh pengkaji. Hasil dapatan transliterasi dijadikan asas dalam kajian ini. Dapatan transliterasi tersebut akan dimasukkan sebagai lampiran. Bertitik tolak daripada penelitian terhadap beberapa aspek seperti tema, plot, watak perwatakan, gaya bahasa dan latar, dikemukakan struktur yang membina kesatuan hikayat. Hasil penemuan dan analisis struktur tersebut akan dihubungkan pula dengan cerita BBBB, MK dan ST dalam melihat kesinambungan dari beberapa aspek pilihan. Disertasi ini dibahagikan kepada lima bab dan disusun mengikut urutan yang memperlihatkan kesinambungan antara setiap bab. Bab 1 memaparkan tentang pengenalan kepada kajian yang dijalankan. Antaranya menjelaskan tentang objektif, permasalahan kepentingan kajian dan lain-lain. Bab 2 pula memgemukakan kerangka teori yang digunakan dalam kajian dan juga menghuraikan sifat-sifat dalaman dan luaran manuskrip HETT. Menerusi bab 3 pula, dinyatakan hasil analisis struktur dalaman HETT yang merangkumi tema, plot, watak perwatakan, gaya bahasa dan latar. Bab 4 mnerupakan hasil perbandingan antara bahan utama kajian dengan bahan-bahan bandingan terpilih. Bab 5 adalah bab terakhir dalam penulisan ini yang memaparkan kesimpulan secara keseluruhan hasil kajian yang diperolehi. Dilampirkan juga beberapa lampiran berkaitan dengan bidang kajian yang dilakukan.
Text
Penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu di dalam kalangan murid Tahun Satu di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, Narathiwat : kajian kes
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu khususnya asas bacaan dalam kalangan murid Tahun I di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, daerah Sri Sakorn, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Antara objektif kajian ialah untuk menganalisis kosa kata asas bahasa Melayu murid Tahun 1 mengetahui level kemahiran membaca murid-murid Tahun 1, memahami ana vang dibaca oleh murid-murid tahun 1 dan mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah penguasaan kosa kata asas murid-murid pada peringkat Tahun 1. Kajian ini merupakan kajian awal di Sekolah Siam khususnya murid-murid Tahun 1 untuk melihat kebolehan dan tahap penguasaan bacaan asas bahasa Melayu dengan menggunakan Modl Asas Membaca Tahun I (Edisi l) sebagai pengukur. Subjek kajian sebanyak 30 orang murid Tahun l berumur dalam lingkungan 7 tahun, mereka berketurunan Melayu dan bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu dialek Pattani, namun mereka kurang berkomunikasi dalam bahasa Melayu mereka selalu berkomunikasi dalam bahasa Thai dalam kehidupan seharian mereka. Subjek kajian tidak pernah belajar bahasa Melayu sebelum ini yakni mereka tidak ada asas bahasa Melayu langsung. Kajian dijalankan secara berlatih tubi bacaan dengan secara individu, berkumpulan, dan beramai-ramai. Kajian ini diuji sebanyak dua kalai iaitu ujian pra dan ujian pasca. Sebelum diuji untuk kali yang kedua (uji semula atau ujian pasca selepas proses P&P) subjek kajian diajar sebanyak dua kali bagi setiap kemahiran, barulah subjek kajian diuji. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian terkawal, tinjauan, dan kaedah temubual subjek kajian, guru bahasa Melayu dan juga ibu bapa subjek kajian. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar subjek kajian dapat menguasai kosa kata asas bahasa Melayu dengan amat baik dan memuaskan pada peringkat huruf dengan memuaskan, tetapi apabila sampai ke tahap bahagian suku kata, bahagian kosa kata, bahagian frasa dan seterusnya ayat mudah didapati sebahagian besar subjek kajian yang masih tidak dapat menguasai dengan baik. Namun demikian kajian ini membuktikan bahawa kajian ini berjaya kerana didapati 3 orang (bersamaan 10 peratus) subjek kajian yang boleh menguasai Modul Asas Membaca Tahun 1 Edisi 1) dengan baik dan memuaskan mereka mendapat markah penuh iaitu 100 peratus pada peringkat ujian selepas proses P&P, yakni mereka dapat membaca dengan lancar dan dapat memahami apa yang dibaca dengan balk. Faktor-faktor yang menghalang penguasaan subjek kajian antaranya masa yang singkat, tahap persekitaran yang kurang menarik untuk mempelajari bahasa, pengaruh bahasa Thai dan bahasa ibunda. dan sikap motivasi yang rendah terhadap banasa melayu. Hal ini demikian merupakan masalah vang besar dan masalah ini Perid aitangan1 oleh semua pihak yang ada kaitan dengan subjek kajian. Diharapkan semua Pinak yang terlibat dalam permasalahan ini memainkan peranan bagi menyelesaIkan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan murid.
Text
Pengekalan tulisan jawi di kalangan masyarakat Melayu Pattani
Abstrak
Kaiian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat gejala pengekalan terhadap tulisan Jawi yang berlaku di dalam komuniti Melayu Pattani. Tujuan utama kajian adalah menilai tahap penggunaan tulisan Jawi serta mengenal pasti persepsi masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi. Di samping itu, kajian ini turut menyentuh faktor-faktor pengekalan tulisan Jawi oleh masyarakat Melayu Pattani. Data untuk kajian ini dikumpulkan Melalui dua kaedah, iaitu soal selidik dan pemerhatian ikut serta. Pengkaji sendiri telah tinggal di kawasan penempatan komuniti ini dan melakukan soal selidik ke atas responden yang telah dipilih di samping melakukan pemerhatian. Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan teori motivasi instrumental. Hasil kajjan menunjukkan bahawa bahagian besar anggota masyarakat bersikap positif terhadap tulisan Jawi dan masih mengguna tulisan Jawi terutama dalam domain agama. Malah daripada kesan penyisihan terhadap tulisan tersebut berpunca daripada pengaruh bahasa yang lebih dominan, faktor ekonomi, ugama dan sebagainya.
Text
Implikatur dalam filem Puteri Gunung Ledang : analisis bentuk dan fungsi
Abstrak
Tesis ini mengkaji penggunaan implikatur atau mesej tersirat dalam dialog filem Puteri Gunung Ledang (PGL). Sesuatu mesej dalam perbualan akan lancar apabila prinsip-prinsip perbualan dipatuhi seperti yang dicadangkan oleh Paul Grice dalam Prinsip Kerjasama Grice (PKG) pada tahun 1957. Sungguhpun demikian, data kajian berupa dialog filem PGL telah menemukan pengkaji dengan banyak perbualan yang tidak mengikuti PKG. Walaupun banyak perbualan yang tidak mengikuti PKG, namun mesej perbualan bukan sahaja berjaya disampaikan malah dapat disampaikan dengan berkesan. Penelitian kajian lebih tertumpu kepada bentuk atau kaedah, binaan dan fungsi implikatur yang digunakan dalam dialog filem PGL. Hasil kajian menunjukkan pelbagai bentuk penggunaan implikatur dalam dialog pelbagai watak dalam filem PGL, seperti simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, metafora, hiperbola, pantun, beating about the bush (buat cerita lain) dan surrogate (penggantiperantara). Kajian juga menemukan pelbagai fungsi penggunaan implikatur dalam dialog filem PGL. Antaranya, untuk penyataan perasaan dan penyataan tindakan. Hal ini kerana selain berfungsi sebagai satu kemahiran berbahasa orang Melayu, implikatur JUga mampu bertindak sebagai strategi yang halus dalam perbualan. Maka penggunaan implikatur dalam perbualan dianggap lebibh sopan dan juga lebih berkesan dalam menyampaikan mesej selain dapat menghindari pertelingkahan. Selain itu, kajian ini menunjukkan wujudnya perkaitan rapat antara masyarakat Melayu dengan alam persekitaran kehidupan mereka sebagaimana tergambar dalam bahasa (implikatur). Perkaitan rapat ini dapat dilihat dengan penggunaan unsur-unsur seperti flora dan fauna, anatomi, alam sekitar semula jadi, perilaku, perhiasan dan makanan dalam implikatur. Berikutan lingkaran kehidupan masyarakat Melayu yang sangat dekat dengan alam persekitaran menyebabkan mereka menginterpretasikan unsur-unsur ini dalam penggunaan bahasa seharian mereka.
Text
Penguasaan perkataan berimbuhan meN- dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' Ibrahim Yaacob
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian bagi melihat tahap penguasaan (penulisan) perkataan berimbuhan meN-, dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' lbrahim Yaacob, Kuala Lumpur. Seramai lima puluh empat (54) orang pelajar peralihan telah dijadikan sampel kajian. Mereka semuanya berbangsa Cina dan India. Kebanyakan mereka menghadapi masalah dalam menguasai bahasa Melayu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan perkataan berimbuhan meN, menganalisis kefahaman sampel kajian terhadap rumus penulisan perkataan berimbuhan meN- dan menganalisis hubungan faktor-faktor ekstralinguistik dengan penguasaan perkataan berimbuhan meN-. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen bagi mencapai objektif kajian. Antara instrumen yang digunakan ialah soalan berbentuk objektif (aneka pilihan) dan soalan pembinaan ayat menggunakan perkataan berawalan meN-. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan pengkaji menggunakan kaedah analisis data melalui program SPSS. Kajian ini mengaplikasikan Teori Monitor yang berkait rapat dengan kajian bahasa kedua. Teori Monitor menyatakan bahawa individu yang ingin mempelajari atau menguasai bahasa, perlu terlebih dahulu memahami hukum atau rumus bahasa tersebut. Dapatan kajian ini menepati pernyataan dalam Teori Monitor. Kajian penguasaan imbuhan meN- ini meliputi variasi me-, mem-, men-, meng- dan menge-. Dapatan kajian mendapati sampel kajian menghadapi masalah dalam menguasai imbuhan me- dan menge-. Ini kerana kebanyakan sampel kajian tidak memahami dan tidak mengetahui rumus penulisan imbuhan meN-. Selain itu, kajian ini juga melihat peningkatan kefahaman sampel kajian terhadap penguasaan imbuhan meN- setelah proses input' dijalankan. Perkara ini dibuktikan melalui ujian korelasi (Pekali Pearson Product Moment) yang menunjukkan nilai korelasi yang sederhana dan signifikan. Huraian lanjut tentang perkara ini terdapat di dalam bab 4. Pengkaji juga menganalisis faktor-faktor ekstralinguistik, hubungannya dengan peningkatan penguasaan imbuhan meN-. bagi melihat Pengkaji menjelaskan analisis terhadap 10 faktor ekstralinguistik di dalam bab 5. Hasil ujian Anova Satu Hala (One-way Anova) menunjukkan 1 daripada 10 faktor tersebut mempengaruhi markah ujian penguasaan imbuhan meN-. Faktor tersebut ialah faktor jantina. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor jantina mempengaruhi tinggi atau rendah markah ujian penguasaan imbuhan meN-, Dalam bab 6, pengkaji membuat kesimpulan keseluruhan terhadap kajian ini, disamping menyatakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu bagi menambah baik tahap penguasaan proses pengimbuhan khasnya dan tahap penguasaan bahasa Melayu amnya, dalam kalangan pelajar peralihan.
Text
Permainan boneka di dalam pembelajaran kanak-kanak : satu kajian kognitif di Tabika KEMAS
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan yang dËjalankan ke atas teater boneka dalam menunjukkan perkembangan kognitif kanak-kanak di prasekolah khususnva Tabi KEMAS iaitu melalui tahap peningkatan dan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti boneka seperti bercerita, awal sains, pengelasan, seriasi dan konsep nombor. Aktiviti-aktiviti ini merupakan komponen kognitif yang di ambil di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual cikgu, kanak-kanak dan hasil lembaran kerja/portfolio kanak-kanak yang digunakan untuk mendapatkan data analisis. Responden kajian terdiri daripada seorang cikgu tabika dan dua belas orang kanak kanak prasekolah khususnya di Tabika KEMAS, Ampat Tin, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ialah bukan eksperimental. Data analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). la menggabungkan data kualitatif dan kuantitatif. Dalam penentuan kaji selidik terhadap kemahiran berfikir secara sistematik, hasil lembaran kerja kanak-kanak, interaksi antara kanak-kanak dan cikgu telah dilibatkan dalam permainan boneka menerusi kaedah penceritaan dan ujikaji sains. Pengukuran terhadap tahap kognitif kanak-kanak dibina melalui daya ingatan (memory recall) dalam teknik penceritaan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan subjek matematik dan sains.
Text
Pengalihan dan pengekalan Bahasa Melayu kreol Baba Melaka
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat fenomena pengalihan dan pengekalan bahasa Melayu kreol Baba. Bahasa Melayu kreol Baba merupakan bahasa ibunda bagi komuniti minoriti Peranakan Baba Melaka. Asal keturunan Peranakan Baba Melaka adalah hasil daripada perkahwinan antara pedagang Cina dengan orang tempatan. Perkahwinan campur yang berlaku telah melahirkan satu bahasa yang terbentuk dengan percampuran dua bahasa, iaitu bahasa Melayu (superstratum) dan bahasa Cina (substratum). Kajian terhadap penguasaan bahasa komuniti dilakukan untuk melihat sama ada bahasa yang dikuasai digunakan sepenuhnya atau tidak. Penggunaan bahasa komuniti Peranakan Baba pula dikaji berdasarkan corak pemilihan bahasa yang dibuat berdasarkan domain. Sebanyak lapan domain digunakan dan domain tersebut telah dibahagikan kepada domain rendah dan domain tinggi. Penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam domain yang dikaji menunjukkan bahawa responden K3 adalah lapisan kumpulan yang paling rendah menggunakannya. Lapisan K2 masih cuba untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam kebanyakan domain, manakala K1 kekal menggunakan bahasa Melayu kreol Baba dalam kebanyakan domain. Motivasi responden terhadap bahasa Melayu kreol Baba pula dianalisis bagi mengkaji sama ada motivasi dapat mempengaruhi usaha pengekalan BMKB. Kajian menunjukkan bahawa pengalihan bahasa yang berlaku dapat dipelihara kerana motivasi komuniti Peranakan Baba adalah positif. Namun begitu, jika tidak ada usaha pengekalan bahasa yang dilakukan. Bahasa Melayu Kreol Baba kemungkinan akan mengalami kepupusan bahasa pada suatu masa nanti.
Text
Pengetahuan dan teknologi Melayu berhubung penggunaan senjata api : analisis naskhah ilmu bedil
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan pemerhatian penting ke atas sekelompok naskhah yang merupakan korpus pengetahuan-teknologi orang Melayu berhubung teknik mengguna kan senapang istinggar dan terakul; di mana kedua-dua teknologi senjata api itu telah dikenali sejak kurun ke-16 atau ke-17. Kelompok naskhah yang dinamakan sebagai Kumpulan Naskhah Ilmu Bedil (KNIB) ini bukan sahaja tidak permah didalami sehing ga sekarang, malah sebahagian besar daripada isinya masih belum didedahkan kepada khalayak umum. Signifikan terbesar yang dibawa oleh KNIB ialah tentang kompleksiti teknologi orang Melayu yang mengetengahkan kecekapan pengendalian peralatan berdasarkan peramatan dan penilaian mengikut jangkaan kebudayaan mereka, di mana teknik pengendaliannya didapati wujud secara berintegrasi dengan komponen unsur bukan fizikal. Justeru, huraian mengenai bagaimana mereka menggunakan "perisian" berteraskan pengetahuan budaya untuk bertindak balas terhadap stimuli teknologi sen jata api yang asing menjadi poin penting dalam melihat pengoperasian teknikal yang difahami dengan cara tertentu sebagai pernyataan nilai khusus oleh mereka sebagai pengguna teknologi. Kekhususan tersebut memperlihatkan percanggahan nilai terhadap teknologi tidak sebagaimana yang lazim diterima. Teknologi senjata api digunakan me ngikut konteks kebudayaan dan KNIB menterjemahkannya berdasarkan makna keber kesanan aplikasi dalam mod teknik yang spesifik. Dengan demikian, disertasi ini mem berikan penegasan bahawa teknologi perlu difahami daripada konstruksi peramatan dan penilaian pihak yang mengadaptasi selaku penerima-pengguna teknologi itu sendiri.
Text
Interaksi sosial antara kumpulan etnik : kajian kes restoran mamak di Kota Damansara
Abstrak
Hubungan etnik merupakan satu aspek penting dalam kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Interaksi sosial antara kumpulan etnik pernah berlaku dengan begitu eratnya di kedai kopi di kawasan kampung dan pekan di seluruh Malaysia pada suatu masa yang lalu. Malangnya, proses pembandaran telah mengubah keadaan ini di mana interaksi sosial antara kumpulan etnik telah merosot pada hari ini terutamanya di kawasan bandar. Interaksi sosial antara kumpulan etnik yang begitu terhad di bandar itu didapati biasanya akan berlaku di restoran-restoran mamak. Restoran mamak telah menjadi salah satu tempat interaksi sosial yang terpenting antara kumpulan etnik di Malaysia pada hari ini, terutamanya di kawasan bandar. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap interaksi sosial di antara kumpulan etnik di kawasan bandar, khususnya yang berlaku di restoran mamak. Objektif utama kajian ini ialah meninjau tahap interaksi sosial antara kumpulan etnik di Kota Damansara, dengan membuat satu perbandingan mengikut kumpulan etnik dan golongan umur. Analisis dan perbincangan dalam kajian ini akan menumpukan perhatian kepada etnik Melayu dengan etnik Cina, daripada perspektif kebudayaan, berdasarkan pendekatan antropologi kebudayaan dengan sedikit sebanyak bantuan teori sosiologi yang bersesuaian. Dapatan kajian mencadangkan tahap interaksi sosial di antara etnik Melayu dengan etnik Cina di restoran mamak Kota Damansara adalah dalam keadaan sederhana sahaja. Beberapa nilai kebudayaan Melayu dan Cina dan perubahannya dalam hubungan etnik juga dikenal pasti. Satu model hubungan etnik daripada perspektif kebudayaan yang berdasarkan kepada konsep kohesi kebudayaan juga telah dicadangkan.
Text
Peminjaman kata bahasa Melayu dalam bahasa Bonggi : kajian kes
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan kajian berkenaan pertembungan bahasa di Pulau Banggi antara Bahasa Bonggi (BB) dengan Bahasa Melayu (BM). Pertembungan bahasa yang berlaku sejak sekian lama antara kedua-dua bahasa tersebut telah membawa kepada berlakunya peminjaman kata dalam BB. Kemahiran masyarakat Bonggi berkomunikasi dalam BM mewujudkan persoalan tentang bagaimana mereka (masyarakat Bonggi) mampu menggunakan bahasa tersebut dengan baik. Pergaulan antara masyarakat Bonggi dengan etnik lain di pulau tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi kemahiran berbahasa masyarakat Bonggi yang akhirnya menjadikan mereka sebagai golongan bilingual. Kesan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan bahasa dan peminjaman kata dalam BB. Persoalan mengenai daya tahan kata pinjaman dalam BB juga turut menjadi aspek kajian untuk mengetahui sejauh mana kata-kata daripada BM masih kekal bentuk dan makna. Justeru, analisis kata-kata dalam BB dibuat bagi mengenal pasti kata pinjaman yang telah meresap masuk sama ada dalam bidang pertanian mahupun dalam bidang-bidang lain. Kata pinjaman tersebut akhirnya dianalisis untuk mnengesan perubahan yang telah berlaku. Disertasi ini menjelaskan secara keseluruhan bahawa telah berlaku pertembungan bahasa antara BB dan BM yang akhirnya membawa kepada peminjaman bahasa dan kata-kata tersebut ada yang masih kekal dalam bentuk asal dan ada yang telah berubah sama ada dari segi bentuk mahupun makna.
Text
Laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial : analisis perbandingan
Abstrak
Laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial ialah dua laras yang mengungkapkan ilmu pengetahuan di samping buah fikiran dan perasaan. Kedua-dua laras ini digunakan dengan banyaknya dalam majalah, buku-buku dan dalam situasi pengajaran di sekolah dan di institusi-institusi pengajian yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial dalam teks yang dipilih. Seterusnya, kajian ini juga melihat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Sorotan kajian memperlihatkan banyak kajian tentang laras bahasa Melayu telah dilakukan. Namun, kajian yang dihasilkan tidak bersifat bandingan. Tambahan pula, sorotan kajian menunjukkan bahawa masih kurang pengkaji menggunakan majalah yang bersifat ilmiah seperti Dewan Budaya dan Dewan Kosmik sebagai bahan kajian untuk mengkaji laras apatah lagi laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Olelh itu, kajian ini diharap dapat memenuhi kekosongan ini. Kajian ini dilakukan untuk memahami konteks laras bahasa dengan lebih terperinci dan akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas tentang perbezaan yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian analisis teks dengan mengaplikasikan dan mengadaptasi pendekatan Leech dan Short (1981). Namun oleh sebab Leech dan Short menggunakan pendekatan ini untuk mengkaj1 teks sastera dalam bahasa Inggeris, beberapa penyesuaian telah dibuat agar lebih relevan dengan teks yang dikaji. Data korpus yang digunakan ialah rencana untuk bacaan umum dalam makalah Dewan Kosmik dan Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2011. Analisis ini telah meneliti empat aspek kajian, iaitu leksikal, tatabahasa, keindaharn bahasa, dan kohesi dan koheren. Aspek leksikal meneliti bentuk kata, aspek keformalan dan penggunaan kata khusus. Bahagian tatabahasa pula memberi tumpuan kepada morfologi dan sintaksis. Aspek keindahan bahasa berfokus kepada peraturan tatabahasa, peraturan fonologi dan kiasan manakala kohesi menganalisis aspek penggunaan lima penanda wacana dan aspek koheren meliputi lapan hubungan wacana dari aspek semantik. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua laras mempunyai ciri keempat empat aspek yang dikaji, iaitu aspek leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa dan kohesi serta koheren. Laras bahasa sains didominasi oleh kata tunggal khusus yang kompleks, kata majmuk istilah khusus dan kata kerja terbitan, manakala laras sains sosial didominasi oleh kata tunggal umum yang kompleks dan kata kerja terbitan. Namun dari segi penggunaan kata majmuk, laras bahasa sains sosial menguasai ketiga-tiga jenis kata majmuk dan kata kerja terbitan. Dari segi kefomalan, laras bahasa sains bersifat lebih formal berbanding dengan laras bahasa sains sosial. Penggunaan kata khusus juga amat jelas dalam laras sains. Aspek tatabahasa menunjukkan kedua-dua laras banyak menggunakan kata nama berbanding dengan jenis kata yang lain. Dari aspek keindahan bahasa, laras bahasa sains sosial kaya dengan pelbagai jenis keindahan bahasa berbanding dengan laras bahasa sains yang bersifat lebih formal. Aspek kohesi dan koheren jelas membuktikan kedua-dua laras mempunyai unsur wacana yang mantap serta kesinambungan yang berkesan dalam memberi pemahaman kepada pembaca.
Text
Warisan masyarakat Iban dari perspektif pameran : kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak
Abstrak
Kaiian ini adalah sebuah kajian berkenaan warisan masyarakat Iban dari perspektif nameran: kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak. Secara khususnya kajian dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap maklumat yang disampaikan dan diperolehi ketika lawatan mereka ke bahagian pameran di bahagian koleksi pameran warisan budaya masyarakat Iban di Muzium Etnologi Sarawak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap gaya pameran dan mencari tafsiran atau diskripsi mengenai objek pameran warisan budaya masyarakat Iban yang belum mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi objek warisan budaya tersebut dipamerkan di Muzium Etnologi Sarawak. Manakala secara umumnya, adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan dan sekaligus mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pengunjung bagi meningkatkan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat, memperbaiki gaya pameran yang diamalkan sekarang dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung. Ini dapat diterjemahkan melalui survei yang dilakukan terhadap pengunjung yang datang berkunjung ke muzium tersebut dan disokong dengan fakta-fakta yang diperolehi hasil daripada temubual bersama pegawai Muzium Etnologi Sarawak dan informan yang pakar mengenai warisan budaya masyarakat Iban. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengunjung kurang berpuas hati terhadap keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek warisan budaya masyarakat Iban yang dipamerkan di Muzium tersebut. Ini berdasarkan kepuasan tertinggi yang diberikan oleh responden adalah SEDERHANA iaitu sebanyak 59.7% bersamaan dengan 163 orang responden. Berbanding dengan jangkaan, menunjukkan kebanyakkan pengunjung menjangkakan keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek yang dipamerkan adalah BAIK iaitu sebanyak 53.5% yang mewakili sebanyak 146 orang responden. Keputusan kajian juga menunjukkan kepuasan keseluruhan dengan pengalaman kunjung di bahagian pameran warisan budaya masyarakat Iban adalah kurang memuaskan berdasarkan peratusan kepuasan yang tertinggi yang diberikan adalah SEDERHANA iaitu sebanyak 93.8% yang mewakili seramai 256 orang responden. Berbanding dengan jangkaan pengunjung, menunjukkan peratusan tertinggi jangkaan adalah BAIK iaitu sebanyak 39.2% yang mewakili seramai 107 orang responden. Di samping itu, pengunjung juga kurang berpuashati terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan di muzium tersebut terutamanya dari aspek mengambil kira keperluan pelawat, sambutan dan keramahan. Rata-rata pengunjung lebih cenderung kepada jangkaan prestasi BAIK berbanding kepuasan yang lebih cenderung kepada prestasi SEDERHANA. Selain itu, keterangan bagi setiap objek warisan budaya masyarakat Iban yang tidak mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi dipamerkan di muzium tersebut juga telah diperolehi. Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa pihak muzium perlu memperbaiki kelemahan terutama pada bahagian teknikal yang dihadapi pada masa sekarang dan harus memastikan perlu adanya keterangan atau detail bagi setiap objek warisan budaya yang dipamerkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat kepada pengunjung. Selain itu, perubahan pada susun atur dan gaya pameran perlu dilakukan secara berkala dengan mempertingkatkan penggunaan teknologi terkini bagi menarik dan mengelakkan rasa bosan para pengunjung. Pengunjung mengharapkan agar teknik pameran secara hand-on diaplikasikan di dalam muzium tersebut untuk memberikan pengalaman yang konkrit kepada pengunjung setiap kali kunjungan dilakukan.
Text
Kepercayaan dan amalan tradisi yang terangkum dalam aktiviti perikanan nelayan Bajau di Daerah Kota Marudu, Sabah
Abstrak
Kajian secara etnografi yang berpandukan kepada pendekatan dalam bidang antropologi kebudayaan ini memberi tumpuan kepada kepercayaan dan amalan tradisi/warisan yang terangkum dalam aktiviti perikanan nelayan Bajau di daerah Kota Marudu, Sabah. Nelayan Bajau di daerah tersebut bergiat dalam aktiviti perikanan semenjak lama dahulu. Aktiviti perikanan yang mereka jalankan itu amat dipengaruhi kepercayaan tradisi/warisan mereka yang divwarisi secara turun temurun semenjak zaman nenek moyang mereka. Sehingga kini, kepercayaan tersebut masih kuat diamalkan oleh sekelompok nelayan Bajau di daerah Kota Marudu. Menurut kepercayaan tradisi/warisan nelayan Bajau, pelbagai kuasa luar biasa (urang alus) wujud di alam ghaib dan mereka tinggal di pelbagai tempat, sama ada di langit mahupun di bumi (kawasan darat dan laut). Nelayan Bajau turut mempercayai bahawa pelbagai jenis urang alus tersebut dapat mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan manusia. Pengaruh itu, sama ada baik atau buruk, bergantung kepada peribadi urang alus itu. Urang alus yang berperibadi baik mendatangkan pengaruh yang baik manakala urang alus yang berperibadi jahat mendatangkan pengaruh yang buruk terhadap pelbagai aspek kehidupan manusia. Lantaran terdapatnya kepercayaan berkenaan pengaruh baik dan buruk daripada pelbagai jenis urang alus tersebut, maka nelayan Bajau melaksanakan amalan-amalan tradisi/warisan yang tertentu dalam pelbagai aspek hidup atau aktiviti harian mereka, termasuklah aktiviti perikanan. Amalan-amalan tradisi/warisan tersebut meliputi ritual ritual, pantang larang, dan juga petua-petua. Mereka percaya bahawa dengan mematuhi dan menjalankan amalan tradisi/warisan tersebut, keseimbangan dan keharmonian antara alam nyata (dunia manusia) dan alam ghaib (dunia urang alus) dapat dicapai, dan ini seterusnya dapat mengelakkan pengaruh buruk urang alus terhadap manusia.
Text
Mantera dalam perubatan dan perbomohan Melayu Kerinci : analisis fungsi
Abstrak
Kajian ini adalah dalam bidang sosiologi sastera yang membicarakan fungsi "Mantera dalam Perubatan dan Perbomohan Melayu Kerinci", dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Kajian ini menggunakan teori fungsional yang diterapkan ke atas puisi Melayu tradisional, iaitu mantera yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Kerinci Jambi di Sumatera, Indonesia. Kajian ini berfokus pada mantera perubatan dan perbomohan yang berkait erat dengan sistem kepercayaan yang berasal daripada kepercayaan primitif, Hindu, Buddha, dan Islam yang berfungsi sebagai naratif. lirik, dan ritual magis. Mantera-mantera ini berbagai-bagai bentuknya, seperti pantun, syair, gurindam, seloka, tambo, talibun, prosa, teka-teki, bapenno, dan wafak. Keseluruhan bentuk puisi mantera tersebut dipenuhi unsur-unsur puitika atau estetika yang berfungsi sebagai alat komunikasi. Dalam hal ini, bomoh ialah orang yang memiliki peranan taraf dengan tokoh alim ulama dan tokoh adat-istiadat yang ikut terlibat langsung dalam penggunaan mantera perubatan dan perbomohan. Mantera sebagai karya sastera lisan dimanfaatkan oleh para bomoh bagi keperluan ritual magis dalam kehidupan bermasyarakat, di mana ia jadi turut berperanan sebagai alat perpaduan. Mantera juga didapati telah memiliki fungsinya melebihi keperluan perubatan dan perbomohan itu sendiri sebagai pembentuk kehidupan ritual masyarakat. Dalam konteks ini, ia dapat dijadikan sebagai dokumen sosio-budaya milik orang Melayu Kerinci khususnya dan bangsa Melayu di Asia Tenggara pada umumnya.
Text
Bungkau rimba hujan tropika karya Marzuki Ali : refleksi pengalaman alam sekitar
Abstrak
Kajian ini meneliti unsur alam sekitar yang terdapat dalam kumpulan Puisi Bungkau Rimba Hyjan Tropika (BRHT) karya Marzuki Ali. Kajian dilakukan terhadap puisi-puisi dalam BRHIT dan penyairnya iaitu Marzuki Ali dengan mengaplikasi teori dialogisme yang dipelopori oleh Bakhtin. Mikhail Mikhailovich Kajian terhadap kepenyairan Marzuki Ali turut dilakukan. Dapatan kajian yang diperoleh sama ada melalui temubual mahupun rujukan daripada pelbagai bahan bacaan akan dapat membantu untuk memperlihatkan wujudnya timbal balik antara latar belakang dengan puisi yang dihasilkan. Penelitian yang dilakukan juga membuktikan realiti pengalaman alam sekitar Marzuki Ali yang dapat dikesan dalam BRHT. Kajian ini juga berusaha membuktikan bahawa alam sekitar dan pengalaman yang merupakan unsur luaran berdasarkan teori dialogisme telah nemainkan peranan penting dalam penghasilan kumpulan puisi BRHT ole Marzuki Ali. Dengan berlandaskan konsep teori dialogisme iaitu dalam setiap karya berlakunya dialog antara unsur luaran dan unsur dalaman, kajian dilakukan dengan meneliti unsur luaran iaitu alam sekitar dan pengalaman alam sekitar Marzuki Ali serta unsur dalaman iaitu judul, diksi dan persoalan yang terdapat dalam BRHT. Judul, diksi dan persoalan yang menonjolkan aspek alam sekitar dikaji bagi memperlihatkan kecenderungan Marzuki Ali dalam mengolah puisinya. Penelitian turut dilakukan dengan membuat interpretasi terhadap asosiasi alam sekitar dengan imej Marzuki Ali yang tersembunyi di sebalik puisi-puisi yang terdapat dalam BRHT. Dalam menghuraikan aspek ini, kajian dilakukan bagi menjelaskan bagaimana unsur alam sekitar yang dijelmakan oleh Marzuki Ali dalam karyanya BRHT telah memberikan suatu gambaran imej terhadap dirinya. Kajian yang dilakukan juga meliputi proses dialogika Marzuki Ali dalam menghasilkan puisi-puisi ciptaannya. Hal ini secara tidak langsung dapat menjelaskan kesesuaian teori ini digunakan bagi mengkaji puisi dan pengalaman alam sekitar Marzuki Ali.
Text
Sosialisasi individu dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Tadika Vista Murni, Kerinchi, Kuala Lumpur
Abstrak
Setiap individu yang hidup bermasyarakat tidak akan terlepas daripada tuntutan norma dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat tersebut. Pendidikan merupakan suatu proses budaya agar matlamat sosial masyarakat dapat dipenuhi. Pendidikan prasckolah merupakan peringkat pendidikan formal yang paling awal bagi kanak-kanak selepas pendidikan yang diperoleh melalui keluarga. Ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika atas dua alasan utama iaitu untuk mempelajari asas kemahiran 3M dan sebagai tempat penjagaan anak-anak. Namun, ramai dalam kalangan ibu bapa tidak menyedari bahawa peranan tadika bukan hanya setakat itu sahaja, malah ia juga menjadi tempat kanak-kanak mendapatkan pengalaman sosial. Kajian ini merupakan analisis sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Fokus kajian ialah mengkaji bentuk-bentuk latihan yang diterima oleh kanak-kanak di tadika berdasarkan kepada aktiviti yang telah dijalankan dan peranan yang dimainkan oleh guru dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan guru dan pengasas tadika serta pemerhatian ke atas kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan dalanm setiap alktiviti yang dilaksanakan di tadika, kanak-kanak membentuk tingkah laku berdasarkan kepada jangkaan masyarakat lingkungan sosialnya. Guru memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam memberikan pengasuhan kepada anak-anak mampu mempengaruhi dan membentuk tingkah laku anak-anak.
Text
Penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua di SK Tanah Merah 1
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan kata tugas murid murid tahap dua di SK Tanah Merah 1. Subjek kajian adalah seramai 100 orang murid yang berusia sebelas tahun. Kesemua subjek kajian merupakan kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang yang sama iaitu dibesarkan di Kelantan. Penguasaan kata tugas yang dikaji berdasarkan penggunaan kata tugas dalam kelompok kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata pascakata. Subjek kajian mestilah menjawab 50 soalan objektif berkenaan kata tugas dan menulis sebuah karangan bertajuk 'Hari Sukan di Sekolah Saya'. Hasil dapatan pada bahagian soalan objektif menunjukkan kesemua subjek kajian tidak dapat menjawab 50 soalan yang dikemukan dengan betul. Kekerapan paling tinggi diperoleh subjek kajian pada bahagian kata penyambung ayat ialah 81.25 peratus dan 68.75 peratus yang diwakili oleh 22 orang. Seramai 51 orang subjek kajian berjaya menjawab semua soalan pada kelompok kata praklausa dengan betul manakala pada kelompok kata prafrasa dan pascafirasa pula seramai 22 orang memperoleh markah 77.7 peratus yang merupakan kekerapan markah paling tinggi. Pada bahagian karangan pula sebanyak 954 ayat telah dihasilkan oleh subjek kajian menggunakan kata tugas. Walau bagaimanapun 246 ayat merupakan ayat yang mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata tugas iaitu 87 ayat mengandung1 kesalahan pada kata penyambung ayat, 11 ayat mengandungi kesalahan pada kata praklausa dan 148 ayat mengandungi kesalahan pada kata prafrasa dan pascafrasa. Secara keseluruhannya pengkaji rumuskan bahawa tahap penguasaan kata tugas subjek kajian berada pada tahap yang sederhana. Subjek kajian didapati berupaya menghasilkan pelbagai jenis ayat menggunakan kata tugas. Namun begitu faktor seperti keliru dengan penggunaan kata tugas, terikut dengan penggunaan bahasa basahan, tidak tahu menggunakan kata tugas pada tempatnya, kesalahan membina ayat majmuk dan minat merupakan agen yang mempengaruhi penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua.
Text
Pemilihan pasangan dalam perkahwinan masyarakat Melayu luar bandar : kajian kes di Wang Kelian, Perlis
Abstrak
Pada umumnya, terdapat dua cara pemilihan pasangan dalam perkahwinan Melayu. Pertama, berasaskan kepada pilihan keluarga (arranged marriage) yang mengutamakan hubungan kekeluargaan, tempat kediaman, kedudukan sosio-ekonomi dan keturunan. Manakala cara kedua pula ialah berasaskan pilihan sendiri (love marriage) yang lebih memberi keutamaan terhadap persamaan minat, tahap pendidikan dan kesesuaian peribadi. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis faktor utama dalam pemilihan pasangan dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar, dan juga pengaruh serta peranan ibu bapa dalam perkahwinan anak-anak mereka. Kawasan ajian ialah Kampung Wang Kelian, Perlis. Seramai 40 pasangan yang berkahwin telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden merangkumi umur, umur ketika berkahwin, bilangan anak, pekerjaan, dan pendidikan. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa responden utama bagi mengetahui tentang cara dan pengalaman mereka dalam pemilihan pasangan dan juga tentang peranan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor domiman dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Namun demikian, faktor utama lain seperti taraf pendidikan, latar belakang keluarga, kediaman, agama, kaum, umur, rupa paras, kasih sayang, kesesuaian peribadi, sifat hormat menghormati dan bertanggungjawab turut mempengaruhi dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Berkenaan dengan peranan keluarga, keseluruhan responden menyatakan mereka akur dan menerima keputusan, nasihat, tindakan, dan urusan hal perkahwinan daripada ibu bapa mereka.
Text
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid disleksia : kajian kes di sebuah pusat disleksia
Abstrak
Murid-murid disleksia merupakan individu yang mengalami kesukaran dalam penguasaan membaca dan menulis. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid disleksia mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik di sekolah. Kajian kes ini bertujuan untuk membuat pengenalpastian jenis-jenis disleksia, menganalisis tahap penguasaan 2M murid-murid disleksia, dan menghuraikan strategi pengajaran kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang efektif yang digunakan oleh guru. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah memilih tiga orang subjek kajian yang berumur 10 dan 11 tahun untuk menjawab persoalan kajian. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data. Borang portfolio digunakan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang keluarga, aspek tingkah laku, dan ciri-ciri fizikal. Borang soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pembelajaran murid-murid disleksia ketika di dalam kelas. Teori Pembelajaran Instruksi Gagne (1985) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil ketiga-tiga ujian diagnostik mendapati bahawa M1 dan M2 tidak dapat menguasai ujian yang diberikan seperti tidak dapat membuat perbezaan huruf yang dilihat, tidak dapat membatangkan suku kata, tidak dapat menulis perkataan yang disebut, dan sebagainya, manakala M3 dapat menguasai kemahiran 2M hasil daripada strategi pengajaran yang efektif di pusat berkenaan. Secara am, murid-murid disleksia yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia memerlukan strategi pengajaran kemahiran membaca dan menulis yang efektif supaya dapat mengatasi masalah dalam aspek pembelajaran.
Text
Kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak austisme
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. Seramai lapan orang subjek kajian, iaitu lima orang lelaki dan tiga orang perempuan yang bersekolah di daerah Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Subjek-subjek kajian tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (7 hingga 12 tahun) dan Kategori B (13 hingga 17 tahun). Pengkaji membuat kajian tentang kecelaruan bahasa ini dari aspek bahasa ekspresif dan bahasa reseptif. Bahasa ckspresif adalah output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan atau khendak. Bahasa reseptif pula adalah input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Dalam kajian tentang bahasa ekspresif, pengkaji telah menghuraikan bahasa ekspresif kanak-kanak autisme dari aspek pembentukan dan penggolongan kata dan pembinaan ayat. Dalam analisis tentang bahasa reseptif pula, pengkaji telah menganalisis bahasa reseptif kanak-kanak autisme daripada aspek mendengar, kefahaman, dan tulisan. Kemudian, pengkaji juga telah menggunakan teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) sebagai teori utama dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme bermasalah dalam bahasa ckspresif dan reseptif. Dapatan kajian tentang bahasa ekspresif menunjukkan kanak kanak autisme bermasalah dalam membentuk perkataan, tidak menguasai tatabahasa, kurang kosa kata, dan lemah membina ayat. Dapatan kajian tentang bahasa reseptif pula. subjek kajian didapati sukar memahami arahan secara langsung, kurang fokus kepada perkara yang didengari, gagal mempamerkan bahasa bukan verbal yang betul, dan bermasalah dalam menulis huruf. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak autisme. Semua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan sokongan kepada kanak-kanak autisme agar mereka mendapat tempat dalam masyarakat.
Text
Analisis komponen makna kata-kata dan ungkapan penilaian juri dalam rancangan realiti televisyen (RRT)
Abstrak
Kajian ini menghuraikan penggunaan perkataan dan ungkapan penilaian yang digunakan oleh juri dalam beberapa rancangan realiti televisyen dengan pendekatan pragmalinguistik. Pragmalinguistik ialah cabang pragmatik yang mengkaji aspek leksikal dan nahu bahasa untuk melihat keberkesanan penggunaannya dalam pelbagai konteks. Kajian ini memanfaatkan pendekatan Teori Medan Makna (TMM) dan Analisis Komponen Makna (AKM). Berdasarkan pendekatan TMM, penilaian juri dilihat dai aspek kata-kata dan ungkapan untuk persembahan yang memuaskan, kata-kata dan ungkapan untuk persembahan yang lemah dan kata-kata dan ungkapan saranan. AKM pula diterapkan untuk mengenal pasti ciri-ciri bagi kata-kata dan ungkapan yang termasuk dalam domain penilaian yang sama. Secara umum, perkataan dan ungkapan penilaian banyak menggunakan kata sifat, diikuti kata kerja dan kata nama. Kajian juga mengenal pasti pelbagai kata-kata dan ungkapan telah digunakan oleh para juri mengikut konteks untuk menyatakan mesej penilaian yang efisien. Hasil kajian turut membuktikan kemampuan dan kedinamikan bahasa Melayu khususnya sebagai bahasa penilaian juri dalam program RRT.
Text
Novel urih pesisir : kajian pascakolonial
Abstrak
Seiring dengan perkembangannya, teori pascakolonial mempunyai ruang lingkup yang luas dan banyak diaplikasikan ke dalam pelbagai bentuk genre termasuk teks kesusasteraan. Dalam konteks ini, aplikasi konsep pascakolonial bukan sahaja berpusat pada isu kuasa dan kekuasaan tetapi juga dilihat secara holistik menerusi perspektif sejarah dan pemikiran penulis. Dengan meneliti beberapa konsep utama seperti wacana kolonial, hegemoni, eurosentrik, ambivalens, mimikri, mockery dan lainnya. Kajian ini meneliti aplikasi teori pascakolonial dalam novel terkemuka di Asia Tenggara iaitu novel Urih Pesisir (1999) karya Muslim Burmat dan bagaimana ia memanifestasikan pergolakan serta kelangsungan hidup berbangsa dalam pertembungan kuasa pusat (Barat) dan kuasa pusat peribumi (Timur). Antara dapatan penting kajian ini ia berupaya melihat sifat, ideologi dan agenda kolonial terhadap masyarakat peribumi. Kajian ini juga turut memperlihatkan kesan daripada proses hegemoni, ambivalens, mimikri dan mockery di antara dua kuasa yang terlibat.
Text
Pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia : kajian kes pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini adalah untuk mengkaji pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia dalam kalangan pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan ldris. Perisian kursus imbuhan bahasa Melayu yang direka bentuk menggunakan Teori Pembelajaran Gagne. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen, iaitu kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan bahan multimedia manakala kumpulan kawalan menggunakan bahan manual dalam sesi pembelajaran. Seramai 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir. Dapatan kajian daripada perbezaan skor min ujian awal dan ujian akhir dalam kumpulan eksperimen ialah 22.33 peratus lebih tinggi daripada kumpulan kawalan ialah 22.10 peratus sahaja. Implikasi kajian menunjukkan pembelajaran berbantukan perisian kursus multimedia membantu meningkatkan pemahaman imbuhan bahasa Melayu dalam kalangan subjek kajian.
Text
Analisis campur kod dalam program radio di Singapura
Abstrak
Sosiolinguistik merujuk kepada kajian terhadap bahasa, atau variasi-variasi bahasa dalam hubungan dengan masyarakat. Individu-individu yang hidup dalam masyarakat dwibahasa lazimnya fasih menggunakan lebih daripada satu bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Kajian yang bersifat sosiolinguistik ini berkaitan dengan penggunaan campur kod bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam program radio Singapura. Pengkaji menggunakan teori Interactional Sociolinguistics, atau Sosiolinguistik Interaksional yang dipelopori Gumperz (1982). Kajian ini dijalankan ke atas dua orang pengacara radio. Korpus kajian merupakan transkrip perbualan para pengacara radio dalam rancangan masing-m¡sing. Dalam kajian ini, pengkaji mengenal pasti bentuk bentuk campur kod yang wujud dalam data kajian. Selain itu, pengkaji juga menganalisis fungsi-fungsi campur kod yang wujud serta faktor-faktor yang menyebabkan campur kod tersebut wujud dalam transkrip pertuturan.
Text
Perbandingan komposisi motif antara songket Terengganu dengan tenunan Pithambaram di Kanchipuram
Abstrak
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai industri kraftangan, antaranya jalah industri tenunan. Walau pun terdapat pelbagai tenunan, industri kain songket dianggap istimewa kerana penggunaan kain songket sebagai persalinan diraja sejak turun-temurun dan busana rasmi untuk majlis-majlis berprestij tinggi oleh masyarakat Melayu. Kain songket keluaran negeri Terengganu amat diminati ramai kerana kehalusan seni tenunannya. Masyarakat India Selatan juga mempunyai tradisi pemakaian kain tenunan yang menyerupai kain songket Terengganu yang dikenali sebagai pithambaram, yang membawa maksud kain emas' , kerana kain tenunan ini mengunakan benang emas asli untuk menyungkit motif tenunannya. Kanchipuram merupakan sebuah bandar tenunan yang sangat mahsyur di India Selatan yang menghasilkan kain pithambaram berupa sari dan kain ela yang digunakan sebagai busana tradisional India Selatan. Motif merupakan asas kepada tenunan yang menggunakan benang emas seperti tenunan kain songket dan pithambaram. Motif-motif di kedua-dua lokasi kajian didokumentasikan agar pembaca dapat melihat persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua motif tenunan. Penyelidik mengkaji persamaan yang terdapat dalam kedua-dua motif tenunan dan penggunaan motif dalam reka letak pada struktur kain tenunan. Kerangka teoritis yang digunakan ialah teori "Rupa dan Jiwa" yang dikemukakan oleh Syed Ahmad Jamal. Dapatan kajian dianalisis untuk menunjukkan perbandingan antara tenunan Terengganu dan Kanchipuram. Hasil kajian ini dipercayai dapat membantu penkaji seni tenunan Melayu dan India untuk meluaskan pengetahuan mengenai motif dan penggunaannya dalam penghasilan tenunan songket dan pithambaram.
Text
Dunia berjodoh dalam pantun Peranakan Baba Melaka
Abstrak
Dunia Berjodoh dikaji dalam pantun Peranakan Baba Melaka dalam aspek dalaman dan luaran dengan memperlihatkan aspek estetika dan nilai keindahan dalam pantunnya.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre pantun sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana tempatan iaitu Profesor Muhammad Haji Salleh.Pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetika dan nilai keindahan melalui prinsip yang dikemukakan iaitu Dunia Berjodoh dalam Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dalam pantun Peranakan Baba Melaka.Kajian perpustakaan meneliti maklumat berbentuk tulisan ilmiah kajian, majalah, jurnal dan buku buku rujukan cuba dilakukan dengan berkunjung ke Perpustakaan Negara, Perpustakaan Utama Universiti Malaya,Perpustakaan Peingatan Za'ba Universiti Malaya, Sanggar Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, di Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang di Universiti Kebangasaan Malaysia, Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negeri daerah Gombak untuk mendapatkan sumber-sumber maklumat majalah dan akhbar yang memuatkan bahan tulisan dan pantun-pantun Peranakan Baba Melaka dan juga tentang latar belakang masyarakat Peranakan Baba Melaka. Kajian berkaitan nilai, pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Peranakan Baba Melaka menjadi perhatian pengkaji juga.Gaya hidup harian yang diamalkan oleh masyarakat Peranakan Baba Melaka dalam kehidupan seharian, dalam berhibur, majlis perkahwinan dan dalam pemikiran mereka yang dicatat melalui kepengarangan pantun-pantun mereka yang seakan sama dengan pantun masyarakat Melayu dalam mendodoi anak sewaktu hendak tidur, berbalas pantun semasa majlis perkahwinan, pesta, majlis hari jadi dan majlis perpisahan. Dalam pantun-pantun yang disampaikan mengganmbarkan mereka menerapkan nilai budaya masyarkat Melayu.Masyarakat Melayu pada zaman tersebut yang belum beragama Islam.Agama dan kepercayaan orang Melayu dijadikan panduan kepada mereka walaupun pada hakikat sebenarnya mereka tidak mengamalkan dan menganut agama tersebut.Pengkaji mendapati bahawa Dunia Berjodoh bersesuaian kias ibarat hidup dunia alam dan dunia manusia silang rujukan di antaranya. Permikiran masyarakat Peranakan Baba Melaka amat sesuai berhubung dengan pemikiran masyarakat Melayu yang mereka saling berhubungan.
Text
Analisis wacana ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda negara
Abstrak
Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks capan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada khalayak. Berdasarkan unsur struktur teks, pewacana lebih tertumpu pada struktur generik makluman dan tindakan. Penekanan pada struktur generik ini, khususnya struktur generik tindakan, menunjukkan bahawa tertanam ideologi kepimpinan partisipasi dalam pentadbiran yang diterajuinya. Hal ini secara tidak langsung menjadi medium 'promosi diri' pewacana. Bagi aspek tautan pula, pewacana lebih banyak memanfaatkan tautan penghubung tambahan kerana pewacana yang masih baharu memegang jawata Perdana Menteri Malaysia Keenam. Oleh itu beliau perlu memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Penggunaan tautan rujukan saya atau kita dalam ucapan pula menunjukkan bahawa pewacana mahu mempamerkan keakrabannya dengan khalayak. Malahan, kata ganti saya dan kita juga digunakan secara berulang bagi menonjolkan diri pewacana. Promosi diri' juga dapat dilihat daripada unsur nahu, iaitu melalui transitiviti, rema dan modaliti. Frasa nama saya, kerajaan atau pihak kerajaan, dan kita yang kerap digunakan sebagai subjek dilihat menonjolkan diri pewacana. Corak kepimpinan yang ingin dibawa oleh pewacana kemudiannya dizahirkan pada struktur rema, yakni bagi menyampaikan maklumat baharu. Selain itu, dominasi modaliti aspek dalam ucapan dilihat mempunyai hubung kait dengan komitmen pewacana. Aspek leksikalisasi pula dilihat daripada unsur kata alternatif dan metafora. Kata alternatif telalh dimanfaatkan bagi mempamerkan ciri-ciri pemimpin yang bertanggungjawab, berjiwa rakyat, dan adil, manakala leksikal alternatif berkaitan 'usang' dan 'baik pulih memperhebatkan lagi 'promosi diri' terhadap permulaan pentadbirannya. Metafora perbuatan dan metafora air yang ditemui juga menyerlahkan lagi keprihatinan pewacana. Kombinasi daripada unsur struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi membuktikan bahawa pewacana mahu mempamerkan dirinya sebagai 'pemimpin berjiwa rakyat' dengan mengamalkan kepimpinan partisipasi.
Text
Semiosis tanpa had : analisis flora dalam pantun
Abstrak
Penggunaan ikon flora merupakan perkara yang lumrah dalam pembentukan pantun. Masyarkat melayu tradisional memang hidup dalam keadaan harmonis dengan alam, hingga mereka mengganggap alam sebagai "guru' dalam mengharungi kehidupan seharian. Walaupun sudah banyak kajian yang menyentuh tentang bentuk dan fungsi pantun, fungsi penggunaan ikon dalamn pantun sebagai pencetus interpretasi-interpretasi yang khusus dalam minda khalayak atau pendengar pantun masih belum diterokai. Hal ini mungkin berlaku kerana para sarjana tidak memahami sepenuhnya fungsi setiap ikon yang digunakan bagi mewujudkan makna khusus dalam sescbuah pantun. Oleh itu, pencinta pantun zaman ini terlalu mementingkan rima dan ritma dalam pembentukan pantun dan bukan pemilihan ikon; walhal interpretasi-interpretasi daripada ikon-ikon tersebutlah yang memberi maksud sebenar pantun bagi setiap penutur dan pendengarnya. Disertasi ini merupakan usaha untuk mengenal pasti ikon-ikon flora yang digunakan dalam pantun serta fungsinya melalui analisis data primer dan sekunder. Setiap ikon yang digunakan dalam pantun merupakan representamen bagi sesuatu makna yang dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat, sesuai dengan pemahaman kosmologi mereka. Proses mencerakin makna dalam pantun dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan Semiosis Tanpa Had (STH), yang merupakan lanjutan teori semiotik aliran C.S.Peirce (1839-1914) berdasarkan Model Triadik Tanda (MTT). Dalam kajian ini, didapati ikon flora memainkan peranan yang amat dinamis dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ciri dinamis ini membolehkan pemantun menghasilkan ungkapan-ungkapan yang dapat diinterpretasi sepenuhnya berdasarkan pengalaman peribadi khalayak; walaupun pantun itu sebenarnya bersifat umum. Rentetan proses interpretasi yang berlaku dalam sfera kognitif khalayak dapat dirungkai dan sekaligus memberi persepsi yang baharu dan jelas tentang intelck dalam kesempurnaan mereka berbahasa.
Text
Peralihan ekonomi sara diri ke ekonomi pasaran dalam masyarakat Bonggi, Sabah
Abstrak
Disertasi ini memfokus kepada orang Bonggi di Pulau Banggi, Sabah dan membincangkan peralihan dari ekonomi sara diri kepada ekonomi pasaran dalam kalangan mereka. Perkara yang dibincangkan dalam disertasi ini meliputi aspek kegiatan ekonomi tradisional orang Bonggi yang bersifat sara diri dan bagaimana peralihan kepada ekonomi pasaran berlaku. Antara aspek utama yang dibincangkan ialah jenis-jenis kegiatan ekonomi tradisional dan ciri-ciri ekonomi sara diri mereka, kegiatan-kegiatan ekonomi baharu yang berorientasikan pendapatan berbentuk wang dalam kalangan mereka, hasil pengeluaran mereka, teknologi dan kaedah yang digunakan, sumber tenaga kerja, dan aspek penyebaran hasil pengeluaran mereka. Turut dibincangkan dalam disertasi ini ialah kesan pembangunan sosioekonomi di Pulau Banggi terhadap kegiatan ekonomi orang Bonggi, penyesuaian yang berlaku dalam kegiatan ekonomi tradisional mereka, dan keadaan peralihan dari ekonomi sara diri kepada ekonomi pasaran dalam kalangan mereka.
Text
Biografi Rosnani Jamil sebagai karyawan filem sepanjang dalam industri perfileman Malaysia
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan tentang karyawan filem iaitu, Rosnani Jamil dalam bidang perfileman Malaysia. Objektif kajian ini tertumpu pada latar belakang awal penglibatan seni Rosnani dalam Industri Perfileman Melayu, pengkaji juga turut meneliti sumbangan beliau sebagai anak seni yang serba boleh dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air. Hasil dari penelitian turut dianalisis sebagai proses pendokumentasian mengenai penglibatan Rosnani sebagai Karyawan Filem Sepanjang Zaman. Kaedah kajian yang dilakukan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah lapangan melalui sesi temuramah tokoh yang dikaji. Pengkaji juga turut melakukan pengukuhan kaedah kepustakaan bagi membantu mengukuhkan sumber sumber maklumat hasil dari temuramah., Hasil dari kajian yang telah dilakukan, pengkaji berpendapat, kesungguhan dan ketekunan beliau dalam menimba ilmu sebagai anak seni menjadikan beliau sebagai anak seni yang serba boleh. Bermula sebagai seorang pelakon filem, beliau mula mengorak langkah sebagai artis pengalih suara bagi filem-filem luar negara, berlakon dalam drama radio dan juga televisyen. Beliau seterusnya mengukuhkan kerjaya beliau sebagai penulis skrip di samping berpeluang menjadi seorang pengarah dan juga penerbit dalam Industri Perfileman Malaysia. Cabaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh Rosnani sebagai anak seni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan suasana yang berlaku dalam industri perfileman dari era Studio Jalan Ampas sehingga kini kepada generasi akan datang. Sumbangan beliau sebagai Karyawan Filem Malaysia Sepanjang Zaman dalam kajian ini mampu didokumentasikan sebagai satu lagi karya beliau yang mampu memberi manfaat kepada pembaca di samping menjadi karya warisan bangsa yang sangat tinggi nilainya untuk Industri Perfileman Malaysia.
Text
Novel panggil aku Melaju : analisis psikologi watak dan pengarang
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian psikologi yang menggunakan novel Panggil Aku Melaju (PAM) Oleh Rahmat Haroun Hashim (2008) sebagai teks utama. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih novel ini untuk menganalisis mengenai kejiwaan watak-watak dan psikologi pengarang dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. Novel ini memperlihatkan elemen-elemen psikologi di dalamnya dan menjadikan novel ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian. Masalah kejiwaan ini dilihat menerusi tindakan atau aksi watak, punca yang menyebabkan kejiwaan kepada watak dan penyelesaiannya. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti psikologi pengarang menerusi dialog oleh watak-watak, tindakan watak-watak dan deskripsinya (mekanisme helah bela diri). Novel ini merupakan novel psikologi kerana berkisarkan mengenai pesakit-pesakit jiwa di Institut Mental Negara (IMN) dan ketidakpuasan hati pengarang terhadap tindakan kerajaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Novel ini merupakan sebuah novel hasil ciptaan kreatif yang penuh dengan keintelektualan pengarang. Pengarang berjaya mengetengahkan pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai konflik kejiwaan menerusi watak-wataknya sehingga menghasilkan sebuah novel yang cukup menarik untuk dikaji. Kajian kepustakaan, wawancara dan sumber internet menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat penting yang berkaitan. Kajian ini sangat penting sebagai rujukan mengenai teori psikoanalisis dan merupakan tambahan idea-idea baru yang ingin disampaikan.
Text
Kajian formalistik, tema dan estetika arca kaca Raja Azhar Idris
Abstrak
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap arca kaca yang dihasilkan oleh Raja Azhar ldris. Beberapa arca yang telah dipilih akan dianalisis dari segi formalistik menggunakan pendekatan ikonografi seperti yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky. Pendekatan ini mempunyai tiga tahap makna; walau bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan pendekatan pada tahap pertama (analisis pra-ikonografi) dan kedua (analisis ikonografi) sahaja, tidak termasuk pada tahap ketiga (interpretasi ikonografi). Sebagai tambahan, arca-arca ini juga akan dilihat dan dianalisis dari aspek ciri-ciri estetikanya mengikut konsep seni Melayu seperti yang digariskan oleh Zakaria Ali (1989). Raja Azhar Idris dan hasil karya seni beliau telah dipilih sebagai korpus kajian kerana melihat penggunaan kaca merupakan antara bahan yang unik dalam seni pembuatan arca. Raja Azhar ldris juga merupakan antara seniman yang memartabatkan identiti seni batik sebagai warisan kebudayaan Malaysia melalui penggabungan seni kontemporari dengan seni Melayu. Hasil kajian ini tertumpu kepada beberapa aspek luaran karya seperti elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni bagi kelima-lima sampel analisis. Bahan dokumentasi dalam bentuk buku bertajuk "Fragility..Versatility" (2006) juga telah dianalisis secara keseluruhan kandungan dan digunakan sebagai rujukan dalam proses analisis formalistik. Melalui dekorasi sampel, pengkaji telah mengenal pasti beberapa jenis tema yang diterapkan dalam sampel-sampel tersebut, iaitu batik dan kosmologi. Uniknya, corak batik ini mampu diadaptasikan ke atas media lain seperti kaca. Pengkaji meletakkan motif abstrak di bavwah tema kosmologi kerana menganggap corak atau motif abstrak itu berkait dengan alam semula jadi dan lebih mementingkan aspek simbol, bentuk dan warna. Selain itu, beberapa sampel karya seni Raja Azhar Idris juga dikenal pasti menepati sebahagian besar daripada nilai-nilai estetika (keindahan) yang telah disenaraikan. Secara keseluruhannya, kajian ini saling berkait antara nilai-nilai keindahan dan budaya dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu.
Text
Pantun Melayu : analisis ayat majmuk bahasa Melayu
Abstrak
Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Pantun dicipta bertujuan untuk membicarakan budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan, dan sebagainya. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun dikatakan kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Perbincangan ini hanya menumpukan perhatian kepada aspek ayat majmuk bahasa Melayu yang terdapat dalam pantun. Proses-proses transformasi yang terlibat seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula dalam menerbitkan ayat majmuk bahasa Melayu. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Text
Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah
Abtrak
Disertasi ini merupakan kajian yang meninjau Subdialek Baling yang dituturkan di Daerah Baling, Kedah, Malaysia. Subdialek Baling merupakan salah satu subdialek atau pecahan dari Dialek Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti fonem vang hadir dalam Subdialek Baling dan penyebarannya. Berdasarkan metodologi kajian, kajian ke atas Subdialek Baling menggunakan kaedah penyelidikan lapangan dengan pendekatan huluan. Data kajian Subdialek Baling diperoleh melalui bahan lisan di kampung-kampung yang terpilih. Pemerhatian terhadap aspek fonologi dalam Subdialek Baling melibatkan kajian secara deskriptif, dilakukan terhadap sistem vokal dan sistem konsonan. Kajian juga turut memberi perhatian terhadap rangkap konsonan yang hadir dalam Subdialek Baling. Setiap fonem vokal dan konsonan akan ditentukan berdasarkan penyebaran dan kelainan yang hadir dalam subdialek ini. Kajian ini menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Kenneth Lee Pike dan antara prosedur yang dikemukakan adalah berdasarkan daerah sebutan, cara sebutan dan kelainan atau variasi. Seterusnya secara tidak langsung kajian ini memperlihatkan adanya pengaruh dari dialek Patani dan dialek Perak yang bersempadanan dengan daerah Baling. Keadaan ini juga turut memberikan kepelbagaian dan ciri-ciri fonologi Subdialek Baling. Walau bagaimanapun, hasil dapatan daripada kajian fonologi ini menunjukkan bahav Subdialek Baling masih mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran dengan dialek Kedah, termasuklah dialek-dialek utara yang lain.
Text
Struktur frasa bahasa orang asli Duano
Abstrak
Kaijan ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan pendekatan struktural. Frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Orang Asli Duano adalah Frasa Namaan, Kerja, Adjektif dan Adverba. Frasa didefinisikan sebagai satu struktur yang terdiri sekurang-kurangnya dua kata. Seterusnya, tiap-tiap golongan yang telah dikenal pasti itu dianalisis berdasarkan penjenisan kepada frasa selapis dan kompleks. Berdasarkan distribusi dalam frasa, maka frasa selapis dibahagikan kepada frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa kompleks pula dibahagikan kepada frasa kompleks setara dan frasa kompleks tak setara. Sama seperti frasa selapis, penggolongan bagi frasa kompleks setara dan tak setara ini bergantung kepada pengisiannya. Frasa komnpleks setara juga dibentuk dengan menggunakan kaedah parataksis tanpa kata hubung atau dengan kata hubung setara. Seterusnya, frasa kompleks tak setara pula terdiri daripada dua atau lebih frasa yang dilapiskan dan salah satu frasa akan berfungsi dalam frasa yang lebih besar darinya. Pada amnya, susunan unsur adalah Inti + Keterangan, tetapi bagi Frasa Adjektif, terdapat juga Keterangan t Inti. Selain itu, jumlah frasa eksosentrik jauh lebih kecil daripada frasa endosentrik. Namun, bagi Frasa Adverba didapati sebahagian besar binaannya adalah frasa eksosentrik yang terdiri daripada Preposisi + Kata Penuh (dalam hal ini, Kata Penuh merupakan Kata Namaan).
Text
Gaya dan tema dalam dua komik Malaysia
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya dan tema dalam komik kategori novel grafik, iaitu Mat Som (1989) karya Dato' Lat dan Misi 8A (2010) oleh Afiq dan Nazry, di samping mengkaji faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi pembentukannya. Komik Mat Som mewakili novel grafik Melayu di Malaysia yang muncul pada era 1980-an, sementara novel grafik bagi era 2000 diwakili oleh komik Misi 84. Kedua-dua judul komik tersebut dikaji menggunakan metodologi kualitatif dan merupakan kajian perbandingan. Analisis dilakukan menggunakan pendekatan ikonografi yang diperkenalkan oleh Erwin Pano fsky bagi meneliti dan menilai bentuk dan makna dalam karya komik terpilih. Walau bagaimanapun, pendekatan Pano fsky yang digunakan dalam analisis hanya terhad kepada elemen-elemen seni, bahan, teknik dan tema. Bagi menganalisis bentuk dan makna dalam seni bersekuen seperti panel, belon dialog, onomatopia, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan simbol, pendekatan memahami tatabahasa visual komik yang dikemukakan oleh Scott McCloud dan Will Eisner turut digunakan. Sebagai pelukis komik yang prolifik, Lat menjelmakan nilai nilai kemelayuan dalam komik Mat Som bukan sahaja dari aspek pemaparan visual, tetapi juga penyampaian tema isu kemasyarakatan yang secara sindiran halus dan berlapis, namun bermakna. Sinergi gaya iaitu penggabungan gaya komik Jepun (manga) bagi pengolahan komposisi dengan subjek tempatan dilakukan oleh pelukis komik Misi 8A. Secara tidak langsung ia memperlihatkan gaya pluralisme dalam komik Melayu di Malaysia pada era 2000. Pengalaman peribadi merupakan faktor utama yang mempengaruhi permbentukan gaya dan tema dalam komik Mat Som dan Misi 84. Pengalaman pengkarya dirakam dalam plot penceritaan, pengolahan watak dan perwatakan serta latar tempat dan masa, sekaligus mencerminkan identiti dan era pelukis kedua-dua komik tersebut bertapak. Dasar penerbitan, pegangan agama 1siam dan budaya Melayu turut menjadi panduan bagi Lat serta Afiq dan Nazry dalam berkarya.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan peristilahan makanan dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di Selangor
Abstrak
Kajian ini meneliti bidang peristilahan dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Bahan kajian ialah istilah bahasa Melayu dan istilah bahasa Jawa dalam PKS. Masyarakat yang menetap di sekitar kampung Bukit Bangkong ini terdiri daripada mereka yang berketurunan Jawa dan bertutur dalam bahasa Jawa. Kajian ini juga akan meneliti hubungan sistem konsep dan hubungan istilah-konsep. Kedua-dua kajian konsep ini telah diperkenalkan oleh Wuster pada tahun 1931, berdasarkan Teori Umum Peristilahan (TUP). Pengkaji turut melakukan analisis pentakrifan berasaskan model kajian yang diperkenalkan oleh Juan C. Sager (1995). Pendekatan ini mentakrif istilah melalui pelbagai kaedah antaranya, seperti takrif analisis, takrif sinonim, takrif parafrasa, takrif sintesis, takrif implikasi, takrif denotasi, dan takrif demonstrasi. Dapatan daripada analisis takrifan ini menunjukkan hubungan sistem konsep yang dominan, iaitu konsep alat, manakala penelitian istilah-konsep tertinggi, iaitu keunivokalan. Bagi klasifikasi pentakrifan, dapatan tertinggi yang diperolehi ialah takrif analisis, parafrasa dan campuran. Kajian ini telah dapat mengetengahkan istilah dalam bidang perusahaan makanan. Malahan, istilah yang bersumberkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa ini merupakan khazanah penting dalam perkembangan istilah bahasa Melayu.
Showing 301 to 350 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->