Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Orang Silungkang di Jakarta : latar belakang dan fungsi konflik dalam sistim kekerabatan mereka
Abstrak
Silungkang adalah sebuah negeri Orang Minangkabau di Sumatera Barat.
Text
Bahasa Melayu pasar : satu kajian pertembungan di antara Bahasa Melayu umum dengan Bahasa Tamil di Kuala Lumpur
Abstrak
Tesis ini mengkaji fasilitasi dan interferensi pada perengkat fonologi dalam bahasa Melayu Pasar yang dituturkan oleh penutur bahasa Tamil di Kuala Lumpur
Text
Bungkau rimba hujan tropika karya Marzuki Ali : refleksi pengalaman alam sekitar
Abstrak
Kajian ini meneliti unsur alam sekitar yang terdapat dalam kumpulan Puisi Bungkau Rimba Hyjan Tropika (BRHT) karya Marzuki Ali. Kajian dilakukan terhadap puisi-puisi dalam BRHIT dan penyairnya iaitu Marzuki Ali dengan mengaplikasi teori dialogisme yang dipelopori oleh Bakhtin. Mikhail Mikhailovich Kajian terhadap kepenyairan Marzuki Ali turut dilakukan. Dapatan kajian yang diperoleh sama ada melalui temubual mahupun rujukan daripada pelbagai bahan bacaan akan dapat membantu untuk memperlihatkan wujudnya timbal balik antara latar belakang dengan puisi yang dihasilkan. Penelitian yang dilakukan juga membuktikan realiti pengalaman alam sekitar Marzuki Ali yang dapat dikesan dalam BRHT. Kajian ini juga berusaha membuktikan bahawa alam sekitar dan pengalaman yang merupakan unsur luaran berdasarkan teori dialogisme telah nemainkan peranan penting dalam penghasilan kumpulan puisi BRHT ole Marzuki Ali. Dengan berlandaskan konsep teori dialogisme iaitu dalam setiap karya berlakunya dialog antara unsur luaran dan unsur dalaman, kajian dilakukan dengan meneliti unsur luaran iaitu alam sekitar dan pengalaman alam sekitar Marzuki Ali serta unsur dalaman iaitu judul, diksi dan persoalan yang terdapat dalam BRHT. Judul, diksi dan persoalan yang menonjolkan aspek alam sekitar dikaji bagi memperlihatkan kecenderungan Marzuki Ali dalam mengolah puisinya. Penelitian turut dilakukan dengan membuat interpretasi terhadap asosiasi alam sekitar dengan imej Marzuki Ali yang tersembunyi di sebalik puisi-puisi yang terdapat dalam BRHT. Dalam menghuraikan aspek ini, kajian dilakukan bagi menjelaskan bagaimana unsur alam sekitar yang dijelmakan oleh Marzuki Ali dalam karyanya BRHT telah memberikan suatu gambaran imej terhadap dirinya. Kajian yang dilakukan juga meliputi proses dialogika Marzuki Ali dalam menghasilkan puisi-puisi ciptaannya. Hal ini secara tidak langsung dapat menjelaskan kesesuaian teori ini digunakan bagi mengkaji puisi dan pengalaman alam sekitar Marzuki Ali.
Text
Kajian penggunaan Bahasa Melayu dalam sembang siber
Abstrak
Kajian ini merupakan satu usaha untuk mengkaji aspek penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Peserta sembang siber secara umumnya telah membentuk amalan dan gaya bahasa yang tersendiri ketika berinteraksi. Oleh itu, kajian ini telah mengenal pasti kepelbagaian bentuk penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Sebanyak lima topik perbualan dianalisis untuk melihat pembentukan dan tujuan penciptaan serta implikasi penggunaan bahasa Melayu dalam sembang siber. Analisis dilakukan dari aspek linguistik merangkumi morfologi dan sintaksis. Kajian ini memfokuskan penggunaan bahasa yang merangkumi tatabahasa dari aspek sosiolinguistik dan nonlinguistik bahasa dalam kaitan dengan masyarakat penggunanya. Selain itu, penggunaan emotikon dan paralinguistik oleh peserta sembang siber dilihat sebagai salah satu kaedah menyampaikan maklumat secara berkesan. Kajjan ini menggunakan pendekatan etnografi komunikasi yang mempunyai perkaitan langsung dengan penggunaan bahasa perbualan sebagai salah satu tingkah laku komunikasi yang penting dalam kehidupan sosial. Etnografi komunikasi turut diaplikasikan dalam sembang siber untuk memahami sosio budaya yang terjadi dalam komuniti baru ini.
Text
Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes : pantai timur
Abstrak
Seiak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup; sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai Timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persalinan sepertimana dihuraikan di dalam bab 2 dan 3. Berdasarkan hasil kajian, tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melalui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempurnakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan dalam bab 4 dan terdapat berbagai faktor diperincikan lagi dalam bab 5 bagi membuktikan mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adalah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilai-nilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.
Text
Susunan ekonomi dan sosial Kampong Changkat Larang, kawasan simpanan Melayu, Perak : suatu kajian tentang perubahan ekonomi dan sosial dalam sebuah masharakat Kampong Melayu
Abstrak
This thesis is a case study on the changes taking place in a Malay society based on the changes of its economic structure and the effects of these changes on the social structure of the society.
Text
Kecerdasan emosi lelaki dalam novel-novel terpilih Anwar Ridhwan dan Haruki Murakami : kajian perbandingan
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aspek kecerdasan emosi lelaki Melayu dan Jepun secara perbandingan. Persamaan dan perbezaan kecerdasan emosi dianalisis berdasarkan bentuk-bentuk emosi dan aspek kecerdasan emosi yang itekankan oleh Daniel Goleman dalam Teori Kecerdasan Emosi Goleman. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk-bentuk emosi, menganalisis kecerdasan emosi, membandingkan persamaan dan perbezaan kecerdasan emosi yang terdapat pada watak-watak lelaki yang terdapat dalam novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (1979/2009) dan Penyeberang Sempadan (2012) karya Anwar Ridhwan, Kafka on the Shore (2005) dan Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage (2014) karya Haruki Murakami. Bentuk-bentuk emosi watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikesan kehadirannya diasingkan melalui jadual analisis. Bentuk emosi yang paling kuat dan dominan diperlihatkan melalui carta pai untuk membandingkan bentuk emosi yang paling banyak ditekankan oleh Anwar Ridhwan dan Haruki Murakami dalam keempat-empat novel kajian. Perbandingan elemen kecerdasan emosi watak-watak lelaki yang terdapat dalam novel dilihat melalui dua komponen utama iaitu kecekapan peribadi dan kecekapan sosial yang dipecahkan kepada lima aspek kecerdasan emosi iaitu Mengenal Emosi Kendiri (MEK), Mengurus Emosi (ME), Motivasi (M), Empati (E) dan Kemahiran Sosial (KS). Penemuan menunjukkan bahawa kesemua novel yang dikaji sesuai diterapkan dengan Teori Kecerdasan Emosi Goleman dan menepati objektif kajian. Watak-watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikaji mempamerkan keseimbangan bentuk-bentuk emosi dan kecerdasan emosi serta tidak wujud rampasan emosi negatif. Hasil analisis ini membuktikan bahawa watak lelaki Melayu dan Jepun yang dikaji menunjukkan persamaan emosi yang setara. Tidak wujud perbezaan yang besar antara emosi watak lelaki Melayu dan Jepun. Hasil kajian ini dengan jelas membuktikan bahawa bentuk emosi dan aspek kecerdasan emosi yang dipamerkan oleh watak lelaki Melayu dan Jepun kajian adalah setara.
Text
Ajaran tasawuf Abu Madyan Al-Ghawth dalam kitab kanz al-Minan
Abstrak
Islam yang sempurna telah digambarkan di dalam Hadis yang masyhur diriwayatkan oleh Sayyiduna Umar al-Khattab mengandungi tiga unsur iaitu: Islam, Iman dan Ihsan. Pada pandangan ahli sufi ia membawa makna Syariat, tarekat dan hakikat. Ini disebabkan kewujudan manusia pada tiga peringkat yang serentak iaitu: jasad, kalbu dan roh. Maka perintah Allah juga jatuh kepada ketiga-tiga tingkatan kewujudan kita. Hasil dari kesempurnaan konsep ini barulah buah makrifat dapat dikecapi. Syeikh Abk Madyan al-Ghawth telah membentangkan konsep yang sama dengan merujuk kepada "L ilha illa All ah, Muhammad Rasul Allah" sebagai kenyataan tauhid dan syariat. Kalimah "Lã hawla wala quwwata illa bi Allah" sebagai pengucapan pengalaman tarekat dan kalimah "Inna li Allah wa inna ilayhi raji'un" sebagai pengucapan pengalaman hakikat. Tasawuf ialah kefahaman kerohanian dan tarekat itu merupakan praktisnya. Kedua-duanya harus seganding untuk mencapai tingkatan pengalaman kerohanian yang sempurna.
Text
Usahawan dan keusahawanan Melayu : kajian kes pengusaha-pengusaha kedai emas di Kelantan
Abstrak
Orang Melayu sering dilabelkan oleh masyarakat umum sebagai masyarakat yang tidak tahu berniaga dan sering mendatangkan masalah, terlalu bergantung kepada bantuan jika dibanding dengan masyarakat masyarakat lain dalam dunia perniagaan. Walau bagaimanapun jika diteliti orang-orang Melayu yang telah mengusahakan kedai-kedai emas di bandar Kota Bharu, Kelantan nyata sekali tanggapan ini tidak benar. Kajjan ini merupakan kajian kes ke atas pengusaha-pengusaha kedai emas Melayu di bandar Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini cuba mengenal pasti penglibatan dan memahami permasalahan yang dihadapi dari aspek kewangan, sumber manusia, teknologi, sosio-ekonomi dan pasaran. Secara khususnya kajian ini adalah dari sudut proses membuat tindakan dan keputusan oleh pengusaha dalam organisasi yang diusahakan. Seramai 47 orang pengusaha kedai emas Melayu telah dipilih sebagai responden kajian. Kejayaan mereka mengusahakan perniagaan telah memberi gambaran satu keunikan yang terdapat di negeri Kelantan. Hasil kajian menunjukkan seramai 14 orang pengusaha wanita (29.8%) melibatkan diri dan berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.
Text
Sistem panggilan dalam keluarga Melayu Thai di Kampung Tha-it, Nonthaburi, Thailand : kajian sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini meneliti bahasa Melayu yang digunakan di kalangan penutur Melayu di Kampung Tha-it, Wilayah Nonthaburi, Thailand. Unsur yang menjadi tumpuan kajian ialah kata panggilan yang digunakan sesama mereka. Bab Imerupakan bab pendahuluan yang mengandungi tujuan kajian, permasalahan kajian yang menjadi perbincangan utama, kepentingan kajian, bidang kajjan, kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan aspek kajian ini. Bab Il membicarakan latar belakang kajian termasuklah Negara Thailand, Wilayah Nonthaburi dan Kampung Tha-it yang merupakan kawasan kajian. Bab Ill membicarakan metodologi kajiarn dan kerangka teoretis. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kepustakaan serta kaedah kerja lapangan. Dalam bab ini juga dibincangkan kerangka teoretis yang digunakan dalam penyelidikan dan dikuti dengan konsep-konsep penting kajian. Dalam Bab IV membincangkan data dapatan kajan. Dalam bab ini pengkaji mempersembahkan data yang didapati secara deskriptif untuk melihat pilihan perkataan yang sering digunakan oleh penduduk di kawasan kajian. Akhirnya dalam bab ini dikemukakan susunan sistem panggilan yang didapati. Bab V mengandungi perbincangan dapatan kajian dan perbincangan seterusnya merujuk kepada beberapa rumusan kajian dan saranan kajian masa depan.
Text
The Royal Nobat of Kedah, Malaysia
Abstract
The nobat is the ensemble of the Malaysian sultanate. This thesis focuses on the ensemble in the northern state of Kedah. Today , the Malay Peninsula is the only region in the Isl amic world where this ensemble may sti11 be found. The nobat and its performance mark all royal occasions in Malaysia. In particular, in a language area where "being crowned" is substituted by "being drummed into kingship," dinobatkan, the Malay monarch is understood to be installed "by way of the nobat." Malay historiography declares that a monarch is not legitimate until enthroned by the nobat, after which he then rules
Text
Bahasa arahan dalam pengurusan: suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Kajan ini membincangkan mengenai bahasa arahan yang wujud dalam pengurusan dengan memberikan tumpuan kepada surat rasmi. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dua bab terdahulu merupakan pengenalan kepada kajian termasuk tujuan kajian, skop kajian, bidang kajian, dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian. Pemasalahan kajian, kajian-kajian terdahulu, teknik mengumpul data, bahan kajian dan kaedah menganalisis data juga diterangkan. Bagi membincangkan mengenai bahasa arahan dalam pengurusan, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi memperoleh data berkenaan kategori bahasa arahan dan 100 pucuk surat rasmi yang didapati dari jabatan awam dan organisasi swasta. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan bahasa arahan telah dikaji, seperti bentuk kesopanan bahasa arahan dalam surat rasmi dan strategi komunikasi yang menandai kesopanan dalam surat rasmi. Selain itu, analisis kata dan ayat arahan dalam surat rasmi juga dilakukan bagi melihat keseringan penggunaan kata dan ayat arahan tersebut. Perbincangan kata arahan dalam surat rasmi dirujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1983), sementara dari segi ayat arahan pula mengikut Nik Safiah Karim dan rakan (1997). Pengkelasan kata dan ayat arahan ini dilakukan berdasarkan dua prinsip utama iaitu, arahan berbentuk halus dan arahan berbentuk kurang halus. Rumusan mengenai keseluruhan kajian juga dilakukan dalam bab yang terakhir.
Text
Dialek Melayu Brunei dalam novel : satu kajian stilistik
Abstrak
Kajian ini meneliti penggunaan bahasa yang dikaitkan dengan penyimpangan dengan menggunakan unsur dialek dalam novel Mahkota Berdarah, Hidup Ke-2 dan A|-Ajuz melalui dua bentuk analisis, iaitu stilistik dan wacana. Pembicaraan kajian ini akan dipecahkan kepada 5 bab. Bab pertama membicarakan latar belakang, tujuan kajian, bahan-bahan kajian yarng dipilih, kepentingan kajian ini dibuat dan definisi konsep. Bab kedua, membicarakan kerangka teori dan metodologi kajian. Bab menjelaskan mengenai teori-teori yang digunakan, iaitu teori stilistik Leech & Short, model keragaman Lufti Abas dan nodel struktur maklumat Sanat Nasir. Ketiga-tiga model ini akan digabungkan dengan penyesuaian. Bab ketiga, ialah menghuraikan penganalisisan bahan kajian, iaitu DMB daiam Mahkota Berdarah, Hidup Ke2 dan Al-Ajuz. Penganalisisan ini berdasarkan analisis stilistik dengan menumpukan kepada aspek-aspek linguistik seperti grafologi, morfologi, leksikal dan analisis wacana dengan menggunakan struktur tema dan struktur maklumat. Pendayaqunaan bahasa di dalam novel novel kajian melihat DMB di dalam gaya penulisan sebagai aspek penyimpangan menurut konsep licentia poetica atau 'kebebasan penyair'. Bab keempat pula, meninjau perbandingan yang jelas ditemui dalam novel Mahkota Berdarah, Hidup Ke-2 dan A-'Ajuz daripada aspek grafolog!, morfologi, leksikal dan wacana. Daripada perbandingan ini nanti akan jelas memperlihatkan ciri-ciri pembeza yang ada pada ketiga-tiga buah novel yang dikaji. Bab kelima merupakan kesimpulan dan seranan, iaitu hasil-hasil penemuan dan penelitian terhadap novel-novel kajian. Hasil-hasil penemuan dan penelitian inilah yang akan menjawab tujuan-tujuan kajian ini dilakukan. Bab ini nanti memuatkan saranan pengkaji terhadap kajian-kajian yang akan datang.
Text
Pengurusan dan pentadbiran seni : kajian program citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003
Abstrak
Bidang kesenian dan kebudayaan mulai menjadi tumpuan di Malaysia. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh kerajaan untuk mengembangkan bidang tersebut Kekayaan seni dan budaya yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, telah mengukuhkan lagi hasrat kerajaan ini. Oleh itu, program Citrawarna Malaysia yang diadakan dari tahun 1999 hingga sekarang menjadi platform untuk merealisasikan hasrat tersebut. Di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, maka program tersebut dilaksanakan dengan lancar. Malah telah menggerakan pelbagai pihak untuk turut serta menjayakannya, seperti penglibatan agensi-agensi kerajaan, wakil swasta yang dilantik dan pihak-pihak tertentu. Kejayaan ini disebabkan pengurusan dan pentadbiran yang kemas dan teratur. Bagi memastikan kelancaran program Citrawarna Malaysia dilaksana dengan sebaiknya. maka pembahagian tugas dan tanggungjawab telah diagihkan kepada semua pihak yang terlibat. Disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu sama ada tersurat dan tersirat, maka pengkaji telah membuat satu kajian yang khusus secara mendalam berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran seni. Bagi mendapatkan pendedahan dan maklumat yang betul dan bermutu, maka pengkaji telah menyertai sendiri di dalam program Citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003 secara keseluruhannya. Harapan pengkaji, semoga aspek pengurusan dan pentadbiran dapat diselidiki dengan lebih dekat dan mendalam. Bidang kesenian dan kebudayaan ini melambangkan nilai persembahan yang berbeza, ianya akan dirasai dengan sendiri sama ada sebelum, semasa dan selepas program.
Text
Dayang Kak Nun : analisis perbandingan teks dari aspek intrinsik dan kepengarangan Melayu
Abstrak
Sastera rakyat, atau sastera lisan merupakan bentuk kesusasteraan awal yang lahir dalam semua kebudayaan manusia. Biarpun tradisi tulisan Sudah diperkenalkan dalam masyarakat Melayu di nusantara, namun sastera lisan masih tetap berkembang juga dengan pesat dalam masyarakat Melayu tradisional. Kajian terhadap sastera lisan telah dimulakan oleh sarjana-sarjana Eropah sejak abad ke-17 dan ke-18 Masihi namun di nusantara perhatian terhadap sastera lisan bermula sejak zaman penjajahan di sekitar awal abad ke-19 dan 20. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan kepada dua buah teks cerita penglipur lara yang dtuturkan oleh tukang cerita yang sama iaitu Puan Fatimah bt.Musa. Manakala teks yang ikaji pula berdasarkan transkripsi yang dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamid ( 1966 ) dan Dr. Zahir b.Ahmad (2002 ). Objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan dan persamaan antara teks dalam penceritaan cerita penglipur lara Melayu dan konsep kepengarangan tukang cerita Melayu. Pengkaji menggunakan teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dari aspek pengarang untuk melihat keupayaan dan kewibawaan pengarang Melayu dalam kerja-kerja kepengarangan . Manakala dari segi pendekatan pula, pengkaji menggunakan pendekatan vang dibawa oleh Rene Welleck dan Austin Warren untuk melihat dari aspek intrinsik. Hasil penelitian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kedua-dua teks tersebut telah membuktikan bahawa cerita penglipur lara bukanlah suatu yang statik manakala pengarang Melayu pula adalah manusia yang luar biasa. Dengan ini teori kepengarangan Melayu yang dicetus oleh Muhammad Haji Salleh dalam teori Puitika Sastera Melayu amat relevan digunakan dalam penelitian terhadap sastera lisan.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan peristilahan makanan dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di Selangor
Abstrak
Kajian ini meneliti bidang peristilahan dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Bahan kajian ialah istilah bahasa Melayu dan istilah bahasa Jawa dalam PKS. Masyarakat yang menetap di sekitar kampung Bukit Bangkong ini terdiri daripada mereka yang berketurunan Jawa dan bertutur dalam bahasa Jawa. Kajian ini juga akan meneliti hubungan sistem konsep dan hubungan istilah-konsep. Kedua-dua kajian konsep ini telah diperkenalkan oleh Wuster pada tahun 1931, berdasarkan Teori Umum Peristilahan (TUP). Pengkaji turut melakukan analisis pentakrifan berasaskan model kajian yang diperkenalkan oleh Juan C. Sager (1995). Pendekatan ini mentakrif istilah melalui pelbagai kaedah antaranya, seperti takrif analisis, takrif sinonim, takrif parafrasa, takrif sintesis, takrif implikasi, takrif denotasi, dan takrif demonstrasi. Dapatan daripada analisis takrifan ini menunjukkan hubungan sistem konsep yang dominan, iaitu konsep alat, manakala penelitian istilah-konsep tertinggi, iaitu keunivokalan. Bagi klasifikasi pentakrifan, dapatan tertinggi yang diperolehi ialah takrif analisis, parafrasa dan campuran. Kajian ini telah dapat mengetengahkan istilah dalam bidang perusahaan makanan. Malahan, istilah yang bersumberkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa ini merupakan khazanah penting dalam perkembangan istilah bahasa Melayu.
Text
Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan
Abstrak
Kaum Melanau merupakan kaum pribumi yang kelima terbesar di Sarawak selepas Iban. Cina, Melayu dan Bidayuh. Mempunyai kebudayaan dan adat resam yang unik dan menarik. Pada asalnya, masyarakat Melanau mengamalkan amalan Pagan dan tidak menganuti sebarang doktrin agama. Kemasukan agama ke dalam komuniti Melanau bermula daripada penjajahan pada zaman dahulu. Kesannya, komuniti Melanau telah terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan. Masyarakat Melanau percaya kepada makhluk halus dan kuasa ghaib yang menguasai kehidupan. Kepercayaan ini menjadi panduan dan amalan kepada mereka dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Kuasa yang ada pada makhluk halus ini telah menimbulkan perasaan takut, hormat dan kagum kepada mereka. Bagi menghormati makhluk halus ini, mereka mematuhi pantang larang, melakukan upacara pemujaan, dan persembahan kepada kuasa ghaib ini. Analisis kajian mendapati faktor agama merupakan faktor dominan dalam berlakunya perubahan ke atas kepercayaan masyarakat Melanau berbanding faktor lain seperti penjajahan, perkembangan sains dan teknologi, perkahwinan campur, perubahan penempatan dan pendidikan. Sehingga sekarang kesan perubahan ini masih lagi dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melanau. Kaedah temu bual menjadi pendekatan utama dalam mendapatkan maklumat kajian. Seramai lima belas orang responden telah ditemu bual yang terdiri daripada orang tua yang berpengalaman dan mempunyai pengetahun tentang kepercayaan tradisional masyarakat Melanau. Selain temu bual, kaedah pemerhatian dan keperpustakaan juga telah banyak membantu dalam menghuraikan hasil kajian. Justeru, tidak hairanlah, masyarakat Melanau telah meletakkan kepercayaan dan adat resam ke tahap tertinggi dalam kehidupan berasaskan kepada penilaian mereka.
Text
Kritikan puisi Melayu moden 1950-1979
Abstrak
Tesis ini adalah Suatu kajian tentang tulisan-tulisan kritikan puisi Melayu moden dari tahun 1950 hingga tahun 1979. Ia dibahagikan kepada enam bab. pembicaraan tentang definisi dan fungsi kesusasteraan. Tujuannya Bab I kritikan un tuk mendapatkan kesimpulan yang dasar sebagai titik tolak kajian.
Text
Biografi Rosnani Jamil sebagai karyawan filem sepanjang dalam industri perfileman Malaysia
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan tentang karyawan filem iaitu, Rosnani Jamil dalam bidang perfileman Malaysia. Objektif kajian ini tertumpu pada latar belakang awal penglibatan seni Rosnani dalam Industri Perfileman Melayu, pengkaji juga turut meneliti sumbangan beliau sebagai anak seni yang serba boleh dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air. Hasil dari penelitian turut dianalisis sebagai proses pendokumentasian mengenai penglibatan Rosnani sebagai Karyawan Filem Sepanjang Zaman. Kaedah kajian yang dilakukan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah lapangan melalui sesi temuramah tokoh yang dikaji. Pengkaji juga turut melakukan pengukuhan kaedah kepustakaan bagi membantu mengukuhkan sumber sumber maklumat hasil dari temuramah., Hasil dari kajian yang telah dilakukan, pengkaji berpendapat, kesungguhan dan ketekunan beliau dalam menimba ilmu sebagai anak seni menjadikan beliau sebagai anak seni yang serba boleh. Bermula sebagai seorang pelakon filem, beliau mula mengorak langkah sebagai artis pengalih suara bagi filem-filem luar negara, berlakon dalam drama radio dan juga televisyen. Beliau seterusnya mengukuhkan kerjaya beliau sebagai penulis skrip di samping berpeluang menjadi seorang pengarah dan juga penerbit dalam Industri Perfileman Malaysia. Cabaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh Rosnani sebagai anak seni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan suasana yang berlaku dalam industri perfileman dari era Studio Jalan Ampas sehingga kini kepada generasi akan datang. Sumbangan beliau sebagai Karyawan Filem Malaysia Sepanjang Zaman dalam kajian ini mampu didokumentasikan sebagai satu lagi karya beliau yang mampu memberi manfaat kepada pembaca di samping menjadi karya warisan bangsa yang sangat tinggi nilainya untuk Industri Perfileman Malaysia.
Text
Pencerekaan sejarah : kajian terhadap empat buah novel sejarah
Abstrak
Kajian ini menumpukan perbincangan tentang novel sejarah Melayu, khususnya dalam aspek pencerekaan sejarah. Walaupun topik khususnya adalah pencerekaan sejarah, perhatian juga diberi terhadap perkembangan novel sejarah di Malaysia dan konsep novel sejarah. Kajian tentang pencerekaan sejarah merangkumi aspek watak dan peristiwa kerana kedua-dua aspek ini merupakan masyarakat bagi kewujudan novel dan sejarah.
Text
Satu kajian kebiasaan belajar dan sikap belajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan
Text
Rumah Kelantan : satu kajian aspek kemelayuannya
Abstrak
Tesis ini mengemukakan perbincangan tentang ciri-ciri rumah Kelantan yang jelas dipengaruhi oleh struktur sosialnya. Tumpuan diberikan terhadap bentuk bumbung, pembahagian ruang dan bahan-bahan pembinaan. Hal ini dibicarakan dalam tujuh bab, iaitu bab pertama menyentuh mengenai konsep perbincangan, kajlan-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lain dan kewajarannya kajian ini dilakukan. Bab-bab berikutnya menyentuh mengenal aspek-aspek kemelayuan pada rumah tiang dua belas, rumah bujang selasar, rumah perabung pecah lima, rumah bujang, rumah perabung lima dan rumah potong perak. Bab ketujuh merupakan bab penutup.
Text
Protes sosial dalam novel Indonesia
Abstrak
Tesis ini bertajuk Protes Sosial Dalam Novel Indonesia. Kajiannya bertumpu kenada permasalahan protes sosial dalam novel-novel Indoncsia yang iterbitkan pada sekitar taun-tahun 1970-an. la mengandungi lima bab. Bab pertama membincangkan konsep procs sosial yang merangkumi tentang maksud protes sOsial, kreativiti yang melahirkan protes sosial dan teknik menempatkan protes sosial ke dalam karya sastera samping menerangkan juga kehadiran dan peranan protes sosial dalam di perkembangan cereka Indonesia dari sejak zaman sastera tradisional sehingga ke zarman sastera moden. Di sini turut diterangkan tentang tujuan, skop dan kepentingan penelitian tesis ini. Berikutnya, bab kedua memberikan tumpuan khusus kepada persoalan protes moral yang merupakan protes sosial yang paling banyak terungkap dalam novel Indonesia. Protes moral ini terdiri daripada perkara-perkara berupa perlakuan tidak bermoral, kepura-puraan dan tabiat buruk yang wujud dalam masyarakat kota dan desa. Punca utama yang menyebabkan berlaku protes moral semua ini adalah akibat dari tekanan hidup. Bab ketiga pula membicarakan tentang protes tradisi, iaitu tindakan memprotes adat lama yang merugikan dan kebebasan sosial yang melampau. Ini dikaitkan juga dengan protes terhadap kemunculan nilai-nilai modenisasi di dalam kehidupan yang boleh merugikan bangsa. Protes tradisi ini itimbulkan kerana pengarang meihat sebab utamanya adalah tidak lain daripada kcinginan manusia untuk merasa kehidupan bebas dengan nilai-ilai moden tetapi merugikan mereka, Sementara bab keempat pula memperkatakan tentang protes kepimnpinan. Protes ini bertumpu kepada permasalahan pemimpin yang berperibadi buruk dan bersikap kepura-puraan. Perlakuan dan sikap buruk pemimpin itu dikaitkan dengan sifat mementingkan diri sendiri dalam usaha memperoleh pengaruh dan kekuasaan dalam masyarakat. Akhir sekali, bab kelima adalah merupakan kesimpulan dari bab-bab yang terdahulu. Antara kesimpulan yang utama ialah bahawa protes sosial paling menonjol terdapat dalam novel-novel dalam tahun 1970-an. Terdapat tiga aspek protes sosial, iaitu protes moral, protes tradisi dan protes kepimpinan. Semua bentuk protes sosial ini ditimbulkan dengan maksud untuk menjadi panduan kepada masyarakat Indonesia untuk melakukan perubahan dan kemajuan.
Text
Pemikiran Melayu dalam seni ukiran kayu : tumpuan kepada tiga generasi pengukir
Abstrak
Sesungguhnya kegemilangan dan keunggulan bangsa Melayu sedikit sebanyak dapat dilihat daripada warisan keseniannya. Kajian ini cuba membincangkan seni ukiran kayu sebagai salah satu warisan budaya yang boleh mencerminkan pemikiran dan seterusnya cara hidup bangsa Melayu itu sendiri. Bagi tujuan tersebut tiga orang pengukir terkenal tanahair telah dipilih sebagai asas untuk melihat dan mengkaji bentuk pemikiran yang ada pada diri mereka seterusnya apa juga yang terkandung di dalam hasil karya mereka. Selain daripada pemikiran mereka perkara-perkara seperti sejarah peribadi dan teknik teknik ukiran turut disentuh. Tumpuan utama kajian ini ingin melihat perbezaan pemikiran yang terdapat pada diri mereka kesan dari perubahan yang berlaku kepada masyarakat Melayu khasnya apabila menerima Islam sebagai pegangan hidup selepas pengaruh Hindu-Buddha dan animisme. Kajian ini cuba mendekati jiwa para seniman yang menghasilkan sesebuah karya. la juga cuba menjawab persoalan iaitu pertamanya, adakah falsafah dan pemikiran yang terkandung di dalam hasil kesenian Melayu sengaja diciptakan bagi tujuan keindahan iaitu selepas sesuatu karya itu terhasil. Keduanya pula, adakah pemikiran dan falsafah tersebut telah ada di dalam jiwa orang Melayu dan kemudiannya disampaikan melalui karya mereka. Setiap pandangan dan pemikiran tokoh yang dikaji mengandungi kelebihannya tersendiri untuk difikirkan bersama.
Text
Bahasa Melayu Patani Larut Matang dan Selama Perak
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah memaparkan dialek Geografi Bahasa Melayu Patani melalui penyajian peta-peta dialek. Seramai Patani 40 informan Secara sukarela bersedia untuk memberikan informasi mengenai Bahasa Melayu Dialek di dari Selama Perak. 40 kerja, peralatan buah desa Pengumpul an daerah Larut Matang data dilakukan dan melalui Soal selidik dengan menggunakan dua teknik iaitu perakaman dan pençatatan langsung manakala korpus kaji an meliputi kata rumah, kata bilangan, haiwan, ganti nama tubuh badan, nama dan persaudaraan, alat pertanian, serta Warna, kajian pakaian, disajikan keseluruhan, waktu dan dalam kajian ini Cuaca bentuk peta mendapati terdapat Hasil makanan. dialek. Secara perbedaan £onetis dal am tutur kata di antara beberapa desa. Kajian ini juga dapat memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Dialek tersendiri dan dapat Patani merupakan suatu dialek yang dialek-dialek bahasa Melayu membedakan dirinya dengan lainnya.
Text
Ugama Islam dan kepercayaan tradisional dalam sebuah kariah di Selangor
Abstrak
In this piece of work, the writer attemps to describe the religious behaviour of the Malays in a Muslim community or kariah in Selangor, West Malaysia.
Text
Perspektif baru dalam kemahiran mengarang : satu kajian kes
Abstrak
Linguistik Melayu telah berkembang maju sejajar dengan kemajuan ilmu linguistik moden. Oleh demikian, sewajarnya kaedah pengajaran dan pemelajaran serta Sukatan Pelajaran bahasa Melayu yang digunakan di sekolah-sekolah disemak semula agar ia selaras dengan kemajuan ilmu linguistik, khususnya ilmu linguistik Melayu tersebut. Sehubungan dengan hal yang dinyatakan di atas, kajian ini telah cuba melakukan penelitian ke atas kaedah pengajaran dan pemelajaran kemahiran penulisan karangan, Sukatan Pelajaran dan hasil penulisan karangan bahasa Melayu para pelajar. Berdasarkan penelitian ini, dapat dilihat beberapa kelemahan dalam penulisan karangan bahasa Melayu para pelajar. Hal ini adalah kerana beberapa kekurangan yang ada sama ada pada Sukatan Pelajaran dan pedagogi bahasa Melayu itu sendiri. Kajian ini mendapati kelemahan dan kekurangan tersebut dapat diatasi dengan menyuntik aspek aspek tautan, kepaduan makna, peulisan berdasarkan proposisi, idea terpenting, topik dan topik pembicaraan dalam Sukatan Pelajaran dan pedagogi bahasa Melayu tersebut. Kekuatan dan pengaruh aspek tautan, kepaduan makna, penulisan berdasarkan proposisi, idea terpenting, topik dan topik pembicaraan ini seperti mendedahkan aspek-aspek penting dalam kemahiran mengarang, membimbing para pelajar menghasilkan karangan yang bertautan dan mempunyai kepaduan makna. Seterusnya, aspek-aspek ini juga mampu membina gaya penulisan yang bermutu.
Text
Teori psikoanalisis-estetika : penerapan terhadap kumpulan sajak-sajak J.M Aziz
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu kajian yang dilakukan terhadap kumpulan sajak J.M Aziz dalam kumpulan sajak Pengantin Laut, Kembang Selaut, Derita Seorang Seniman dan Penyu Menangis. Untuk tujuan itu, seratus lima puluh buah sajak J.M Aziz dipilih dan dikaji untuk meneliti hubungan teori Psikoanalisis dan Estetika terhadap penyair tentang keinginan-keinginan cinta wanita, kehormatan dan kemasyhuran yang berkait rapat dengan sajak-sajak yang dihasilkan. Kajian ini juga digunakan untuk meneliti kesesuaian teori psikoanalisis dan estetika untuk diaplikasikan terhadap sajak-sajak oleh J.M Aziz. Hasil kajian ini, mendapati sajak-sajak yang dihasilkan oleh J.M Aziz ada kaitannya dengan keinginan pengarang, iaitu cinta wanita, kehormatan dan kemasyhuran. Kumpulan sajak sajak yang dicipta oleh J.M Aziz juga mengandungi nilai-nilai estetika yang amat berkesan untuk dihayati.
Text
Pelestarian rumah Melayu : kajian kes rumah Melayu Melaka
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Agama dan usaha dalam lapangan ekonomi dikalangan orang-orang Melayu : suatu huraian, melalui faktor-faktor bukan ekonomi, tentang kemunduran orang Melayu dalam lapangan ekonomi dan kurang berjayanya mereka dalam usaha-usaha yang bercorak kapitalistik
Abstrak
This is a macro study which attemps to explain the non economic factors that contibute to the retardation ofprogress in Malay economy
Text
Penciptaan semula persembahan tarian zapin kanak-kanak di Festival Zapin Johor dari tahun 2010-2018
Abstrak
Kajian ini mengkaji penciptaan semula persembahan tarian Zapin yang ditarikan oleh kanak-kanak dalam pertandingan Festival Zapin Johor dari tahun 2010-2018. Berdasarkan teori Invention of Tradition, Tradition dan Appropriation, kajian ini dilakukan untuk membuktikan keperluan garapan senitari ciptaan baru dalam Zapin versi kanak-kanak telah wujud. Kajian ini akan tertumpu kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada kanak-kanak berusia di antara sepuluh hingga dua belas tahun di lima buah sekolah rendah yang terpilih di negeri Johor. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam pengkajian ini, dimana instrumen seperti temu bual, permerhatian dan bahan dokumen telah digunapakai untuk mendapatkan maklumat dan data. Melalui pendekatan diakronik kajian menghuraikan kepentingan perkembangan seni tari di Johor khususnya tari Zapin yang mempengaruhi kewujudan Festival Zapin Johor kategori kanak-kanak. Manakala dalam pendekatan sinkronik, kajian mengkaji corak pengadaptasian semula tarian Zapin di pentas persembahan Festival Zapin Johor bemula pada tahun 2010 sehingga tahun 2018 dari sudut pengubahsuaian motif gerak, penggayaan dan kualiti persembahan yang dihasilkan oleh para penata tari bagi memastikan ketulenan corak persembahan Zapin versi kanak-kanak dicipta. Hasil kajian ini berupaya nmemberikan perincian telah wujudnya satu bentuk penciptaan semula gerak tari Zapin yang dicipta khas untuk golongan kanak-kanak akibat daripada pengklasfikasian motif geralk, gaya, kreativiti persembahan, skema permarkahan dan pengsyaratan pertandingan yang ditekankan dalam aspek penjurian dan akhinya kualiti persembahan yang ditampilkan pada Zapin versi kanak-kanak ini telah menjadikan ia sebagai keperluan kepada sebuah tradisi ciptaan baru dan berterusan.
Text
Pemikiran politik Melayu tradisi : satu kajian berdasarkan cerita penglipur lara Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu usaha penelitian ke atas pemikiran politik masyarakat Melayu tradisi sebagaimana digambarkan dalam cerita rakyat penglipurlara Melayu. Sebagaimana telah dikemukan dalam Bab 1, penelitian ini merupakan satu penerokaan pemikiran primordial masyarakat Melayu tradisi yang telah terbina beratus-ratus tahun dalam tradisi lisannva vang terus berkesinambungan dengan pemikiran politik Melayu tradisi sebagaimana terpapar dalam teks kesusasteraan bertulis. Terdapat beberapa aspek penting pemikiran politik yang menjadi penelitian pengkaji. Diantaranya melihat bagaimana ligitimasi raja diserapkan ke dalam akal budi rakvat Melayu tradisi melalui pengaruh sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan ini kemudiannya menjadi teras pembinaan kerangka pemikiran politik mereka (Bab 2). Ligitimasi ini kemudiannya diperkukuhkan melalui paparan segala unsur simbol meliputi penggunaan tanda atau sign dan ikon yang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu dalam teks penglipur lara yang dikaji (Bab 3). Di samping itu ligitimasi ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa (perkataan, frasa dan lain-lain) yang digunakan oleh para raja, pembesar dan rakyat yang dapat menjadi alat kuasa yang memaparkan kekuasaan para raja dan pembesar (Bab 4). Penanaman konsepsi ligitimasi raja-raja Melayu ke atas rakyatnya terbukti melalui persetiaan raja-rakyat yang mengemukakan tanggungjawab raja dan rakyat. Tanggungjawab rakyat terjelma melalui konsep ketaatsetiaan mutlak rakyat. Bagaimana pun ketaatsetiaan ini bergantung kepada keadilan raja dan survival rakvat (Bab 5). Tanggungjawab raja kepada rakyat pula terpahat pada ikrar raja untuk menjadi scorang raja yang adil (Bab 6). Keadilan politik ini menjadi penentu kepada kemakmuran dan kejayaan negeri-negeri Melayu tradisi dalam memastikan kelangsungan hayat ke-raja-annya. Dari itu keseluruhan bab saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan kata lain setiap aspek yang dibincangkan itu merupakan unsur-unsur vang akan berpadu membentuk sebuah pemikiran politik Melayu tradisi secara menveluruh.
Text
Ulu Ambek, silat dan tari dalam persembahan adat Minangkabau
Abstrak
Ulu Ambek adalah salah satu bentuk seni persembahan yang terdapat di dalam suku bangsa Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Persembahan ini meliputi tiga aspek persembahan utama iaitu Silat, Randai dan Tari Galombang. Dari lintasan sejarah kewujudan seni Ulu Ambek, didapati seni ini merupakan salah satu wadah penyebaran bagi pengajaran dan pendidikan keagamaan yang berteraskan Islam (sufi) yang mana disokong sepenuhnya oleh raja raja, ninik mamak dan penghulu adat tempatan. Ditinjau pula dari konteks seni persembahan, kini unsur-unsur keislaman itu telah mula berubah fungsinya. Apa yang wujud sekarang adalah seni persembahan tradisional rakyat yang memenuhi keperluan semasa. Perubahan-perubahan ini terjadi kerana bebera capa faktor; misalnya oleh pengaruh penguasa daerah (Kerajaan), pengaruh penghulu adat, masalah ekonomi, fahaman agama dan beberapa pandangan yang terjadi dalam masyarakat Padang Pariaman itu sendiri yang tampaknya cenderung kepada perubahan.
Text
Rekonstruksi lagu irama Malaysia: gubahan muzik oleh Suhaimi Mohd Zin@Pak ngah
Abstrak
Ekoran evolusi dan perkembangan dunia hiburan semasa, dunia hiburan muzik di Malaysia turut terkesan dan berkembang dengan begitu hebat. Antaranya ialah fenomena gabungan muzik pop barat dan tradisi tempatan telah direkontsruksi secara meluas turut menjadi peneraju gubahan muzik tanahair. Perubahan jelas berlaku kepada lanskap muzik Malaysia apabila ianya melibatkan sambutan yang menggalakkan dari pelbagai sektor di dalam industri hiburan tanahair seperti pihak media cetak, elektronik dan stesen penyiaran TV, pencipta lagu, penggubah muzik, penyanyi dan pengiktirafan oleh para masyarakat peminat sendiri. Manakala kewujudan lagu-lagu bercorakkan Lagu Irama Malaysia ini sangat berkait rapat akibat dorongan gaya rekonstruksi secara komersial yang pada awalnya usaha ini hanyalah untuk memenuhi kehendak dan aliran semasa muzik terkini. Kehendak dan aliran Lagu Irama Malaysia dahulunya hanyalah usaha mempertahankan warisan seni budaya tetapi telah berubah secara positif sebagai warisan yang digemari. Penyelidikan rekonstruksi lagu irama Melayu ini berdasarkan kaedah reka bentuk kajian kes yang diaplikasikan menerusi pendekatan kualitatif sebagai corak penghasilan data. Hasil data kualitatif yang dikumpul adalah berdasarkan daripada penentuan kriteria ilmu bidang yang telah dikenalpasti sebelumnya iaitu ciri-ciri intrinsik dalam muzik seperti rentak dan melodi; dan ciri-ciri ekstrinsik iaitu pencipta lagu. Tiga lagu pilihan kajian ini iaitu Cindai, Balqis dan Kurik Kundi hasil ciptaan Suhaimi Mohd Zain@PakNgah disaring berdasarkan kepada mutu dan penerimaan lagu tersebut oleh responden kajian yang terdiri dari kalangan professional dan orang yang terlibat secara langsung dalam kerja kreatif kajian kes penyelidikan ini. Transkripsi skor muzik lagu ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu a) melodi dan b) gubahan muzik. Kedua-dua bahagian muzik ini dilihat lebih dekat pada kerja komposisi yang telah dilakukan oleh komposer tersohor dan terkenal dengan ciptaan lagu-lagu yang berbentuk Irama Malaysia dan juga di gelar sebagai "Raja Irama Malaysia". Manakala kaji selidik melalui temubual dan pemerhatian memperlihatkan cara (budaya) kerja, teknik-teknik dalam penerapan kerja yang dilakukan oleh Suhami Mohd Zain@pak Ngah telah menjadikan perbincangan dalam rumusan analisis tentang penemuan baru dalam garapan lagu Irama Malaysia di Malaysia berdasarkan skop kajian yang diselidik.
Text
Absurdisme dalam drama Melayu : analisis karya-karya empat penulis kontemporari
Abstrak
This study is a survey and analysis of development and form of neW Malay Modern drama; Absurdism in Malay Modern Dramna: An Analysis of Four Contemporary Malay Playwrights, hereby called "absurd drama It is a Critical study and its purpose to provide a perspective on the protest between modern drama and new forn. The development is traced back to its beginnings in 1960 until the end of 1980 's. The study also surveys, analyses and summarizes the furnctions played by "absurd drama especially as a protest drama between drama and the people of Malaysia. Chapter I defines the concept, Scope and purpOse of the study. drama" is social arts. The main field of the study is "absurd a forn of function of National Culture and The emphasis is on the texts of drama and discussions are based orn the playWright.
Text
Analisis struktur pasif bahasa Melayu : penerapan teori kuasaan dan tambatan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis sintaksis struktur ayat pasif bahasa Melayu (BM) dengan menggunakan pendekatan kuasaan dan tambatan (K&T), Inti pati pendekatan ini ialah andaiannya bahawa perkataan dalam sesuatu ayat disusun mengikut hiraki, bukan sekadar susunan linear. Fokus kajian ini ialah menjelaskan proses-proses sintaksis dalam penjanaan struktur ayat pasif, termasuk proses Alih-a, iaitu pergerakan kepala (X) dan peluasan maksima (X'"), pada peringkat representasi yang berkenaan. Kajian ini mengandaikan bahawa X kata kerja (termasuk kata kerja pasif), iaitu SelS, Kala dan SelO, mengalami penurunan untuk membentuk X kompleks. Alasan andaian ini ialah penurunan X menghasilkan langkah yang sedikit berbanding penaikan X. Kedua-dua jenis X** argumen dan adjung) pula mengalami penaikan. X*" argumen menjadikan posisi Pen SelO" sebagai sasaran pendaratan. X*" adjung pula boleh bergerak ke posisi yang lebih atas, iaitu Pen Kala'" atau Pen SelS'', sebagai sasaran pendaratannya. Lima jenis transformasi pemindahan argumen (objet tepat (N'" an N1"), objek sipi (N2""), subklausa atau frasa komplemen, N'" keluar dari FKomp dan anjakan N'") telah dibincangkan. Transformasi anjakan N" berbeza daripada transfornasi pemindahan X* yang lain kerana ia menggerakkan X" tersebut ke bawah struktur. Lebih tepat lagi, N'" tersebut digerakkan dan disisipkan ke bahagian kanan paling hujung frasa kerja. Lebih daripada satu adjung boleh disisipkan pada sesuatu ayat pasif tetapi kajian ini mengehadkan pemerian pada satu penyisipan dan pemindahan adjung sahaja. Satu lagi proses sintaksis yang terlibat dalam penjanaan struktur ayat pasif, iaitu pengguguran unsur, juga telah dibincangkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenal pasti dan menyenaraikan struktur ayat pasif BM serta variasinya.
Text
Hikayat seri kelantan (sa-buah naskhah tulisan tangan dari kelantan)
Abstrak
Naskhah Hikayat Seri Kelantan yang di-jadikan bahan kajian di-sini ia-lah naskhah photostat yang ada tersimpan di-Perpustakaan Universiti Malaya di-Kuala Lumur.
Text
Tasawwuf Islam menurut pemaham ahli Sufi di alam Melayu : analisis pada "Sya'ir Ma'rifat"
Abstrak
Disertasi ini mengkaji ta_awwuf Islam yang diamalkan oleh para _üft Melayu berdasarkan tulisan yang ditinggalkan oleh ulama Melayu silam. Kajian tersebut ditumpukan dengan menganalisis pengajaran ta_awwuf yang di sorot di dalam dua buah syair Melayu iaitu "Syair Ma»rifat". Dari itu, disertasi ini telah dibahagikarn kepada enam bab utama, yang membincangkan aspek-aspek yang berbeza di antara satu bab dengan bab lain. Walau bagaimanapun setiap bab tersebut adalah amat berkait rapat dengan tajuk kajian disertasi ini. Bab 1 disertasi ini memaparkan pendahuluan kajian yang menjelaskan antaranya masalah, objektif dan kaedah penyelidikan. Manakala bab 2 pula, membincangkan secara umum konsep ta_awwuf Islam, juga sejarah perkembangannya dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga perkembangannya di alam Melayu. Bab 3, menjelaskan latar belakang penyair dan naskhah teks dua buah syair tersebut. Bab 4, menerangkan isi kandungan pengajaran ta_awwf yang disuguhkan oleh dua buah Syair Ma»rifat dengan terperinci. Bab 5, memaparkan pengajaran ta_awwf yang paling utama yang terdapat di dalam dua buah teks Syair Ma»rifat, dibandingkan dengan pandangan ulama _üft Melayu lain. Dan bab 6, adalah kesimpulan umum kajian, terutamanya penyimpulan fahaman ta_awwyf Islam orang Melayu (ulama) silam. Pada disertasi ini juga, di dalam lampiran ada dipaparkan keseluruhan dua buah Syair Ma'rifat yang telah ditransliterasi ke tulisan Rumi, dan telah dilakukan penyuntingan.
Text
Bangunan tradisional Melayu di Terengganu
Abstrak
Disertasi ini mengemukakan perbincangan tentang ciri-ciri bangunan jenis tradisional di Terengganu . Ruang lingkup kajian dihadkan kepada penelitian dan perbincangan terhadap tiga bangunan tradisional di Terengganu iaitu rumah, Inasjid, perkara Surau dan wakaf. Perbincangan menyentuh perkara berkaitan dengan konsep dan fungsi bangunan, teknologi, jenis-jenis bangunan, penggunaan pemikiran Orang Melayu berkaitan dengan bangunan. ini dibahagikan kepada tujuh bab. rasional kajian dilakukan. Bab kedua menyentuh tentang konsep dan fungsi masj id dan surau, rumah dan wakaf. Bab ini juga menyentuh mengenai adat istiadat yang berhubung kait dengan bangunan tradisional. Bab ketiga menerangkan jenis-jenis bangunan dan bentuk-bentuk bangunan tradisional di Terengganu. teknologi tradisional. fungsi masyarakat. dan bahan Bab yang ruang dan Kajian Bab pertama menyentuh Bab keempat menjelaskan tentang struktur, digunakan pada bangunan Dalam bab yang sama j uga diterangkan tentang struktur, peralatan dan sistem penyambungan pada bangunan tradisional. Bab kelima membicarakan mengenai konsep dan fungsi ruang masjid dan Surau, rumah dan wakaf. Bab keenam menerangkan hubungan bangunan dengan kehidupan ini membicarakan pandangan masyarakat tentang unsur-unsur simbolik dan ma kna yang terdapat pada struktur dan komponen bangunan tradisional. Bab ketujuh merupakan bab kesimpulan.
Text
Peranan maktab-maktab perguruan di Semenanjung Malaysia dalam pelaksanaan dasar bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidekan [1956-1975]
Abstrak
Setelah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 maka salah satu perubahan yang berlaku di dalam dasar pelajaran di negara ini yang paling menunjul sekali ialah perubahan dasar bahasa pengantar di dalam sistem persekolahan. Semua sekolah rendah yang dahulu nya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan beransur-ansur telah beralih menggunakan Bahasa Malaysia pula sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Begitu juga halnya di sekolah-sekolah menengah secara beransur-ansur juga telah nenggunakan satu bahasa pengantar yang tunggal iaitu Bahasa Malaysia.
Text
Absurdisme dalam drama Melayu : analisis karya-karya empat penulis kontemporari
Abstrak
Kajian ini adalah merupakan analisis dan tentang perkemtbangan bentuk baru drama Moden Drama Melayu: Absurdisme Dalam Karya-karya Empat Secara kritis Penu1is dilakukan Kontemporari. un tuk Analisis Pene 1itian melihat perspektif penentangan antara drama moden dengan drama ben tuk baru. Perkembangannya dilihat bermula pada tahun i90 sehinggalah pada akhir tahun-tahun 1980-an. juga meli batkan Kajian penelitian, analisis dan ringkasan fungsi-fungsi yang dimainkan oleh drama absurd terutamanya prtes-protes yang terdapat dalam drama dan masyarakat.
Text
Aliran romantisisme cerpen-cerpen wanita Brunei Darussalam 1984 - 1994
Abstrak
Tesis ini bertujuan untuk melihat, mengkaji dan menganalisis aliran romantisisme cerpenis-cerpenis wanita Brunei Darussalam melalui cerpen-cerpen yang dihasilkan dalam majalah Bahan akhbar Pelita Brunei dan Borneo Bulettin/Media Permata bermula tahun 1984 sehingga 1994. Kajian ini hanya meliputi cerpen cerpen yang ditulis oleh wanita Brunei Darussalam dan vang diterbitkan dalam negara ini sahaja. Pemusatan kajian cerpen cerpen terbitan tempatan dianggap boleh mewakili cerpen-cerpen wanita Brunei Darussalam yang terbit dalam media di luar negeri. Manakala jarak masa yang diambil iaitu sepuluh tahun merupakan jangka masa yang ideal untuk mengkaji cerpen-cerpen wanita Brunei Darussalam memandangkan penglibatan cerpenis-cerpenis wanita Brunei Darussalam sejak Brunei mencapai kemerdekaan penuhnya lebih ramai berbanding sebelumnya. Tujuan kajian, bidang kajian, metodologi kajian dan kajian lepas tentang aliran-aliran cerpen dinyatakan dalam Bab I. Fokus utama tesis ini adalah mengkaji dan menganalisis aliran romantisisme yang kerap dan banyak digunakan oleh cerpenis cerpenis wanita Brunei Darussalam. Dengan adanya kajian aliran romantisisme ini dapat membantu mereka supaya mengubah sikap untuk menghindarkan atau sekurang-kurangnya dapat memberi kefahaman kepada cerpenis-cerpenis wanita Brunei Darussalam tentang aliran antisisme yang sudah tidak digunakan lagi dalam karya sastera. Tesis ini cuba mengetengahkan menonjolkan tema, ajaran-ajaran, dan pandangan hidup serta motif yang ditulis oleh cerpenis-cerpenis wanita dibahagikan kepada sembilan bab. Bab XI pula merupakan Brunei yang penutup, saranan dan pandangan tentang cerpen-cerpen yang dikaji. Keseluruhan kajian mengandungi sebelas bab.
Text
The Sejarah Melayu tradition of power and political order : a study in political legitimation
Abstrak
This thesis is an examination of the concepts of power and political struc ture, and of the mode of their legitima tion, as described in +ho Raffles MS 18 vesion of the Sejarah Me layu. To quote the Introduction, "the thesis aims at distilling a theory of early Malay political beliefs... The Introduc tion outlines the research principles applied to the Raffles MS 18 (a combination of bo th historica.l method and ideas borrowed from political sociolo gy and anthr opo].ogy), and briefly reviews the Raffles MS 18 and other versions of the Sejarah Me layu, as well as other old Ma.lay texts of relevance to Malay political thinking of the 15th-16th centuries.
Text
Perbandingan fonologi Bahasa Jakun dan Bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini menjurus kepada bidang Linguistik Bandingan yang meninjau bahasa Jakun (BJkn) dan bahasa Melayu (BM). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara BJkn dan BM yang dilihat berdasarkan aspek fonologi melalui leksikal. Aspek fonologi yang diteliti merangkumi sistem vokal, konsonan, diftong dan rangkap fonem. Di samping itu, kajian ini juga turut meneliti dari segi struktur fonologi kata, struktur suku kata dan proses-proses perubahan bunyi. Seterusnya kajian ini juga meneliti dari aspek kekognatan di antara BJkn dan BM. Ciri-ciri kekognatan ini dilihat melalui kaedah leksikostatistik dan glotokronologi, iaitu dengan cara menghitung peratus kata kognat dan usia atau lama-waktu bagi menentukan tingkat kekerabatan di antara BJkn dan BM. Hasil perbandingan ini menunjukkan bahawa BJkn dan BM mempunyai kesejajaran dari asepk fonologi dan leksikal yang anmat tinggi. Dengan dapatan ini, BJkn boleh diandaikan sebagai dialek Melayu-Jakun.
Text
Ajaran sesat di Malaysia: kes ajaran Hj. Abd. Kahar
Abstrak
Gejala penyelewengan terhadap fakta ajaran Islam kelihatan semakin berleluasa sejak dahulu, sehingga fenomena tersebut mampu menjerumuskan individu berkenaan dalam kumpulan ajaran sesat. Fenomena ajaran sesat di Malaysia kelihatan agak unik berbanding dengan negara lain. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada fenomena tersebut dalam masyarakat Melayu di negara ini yang melihat an membincangkan apakah isu yang meletakkan sesuatu aliran atau fahaman yang diamalkan dalam konteks ajaran Islam di Malaysia sebagai ajaran yang "betul" atau tidak" Dalam kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, lapangan serta temubual/perbincangan dengan pegawai-pegawai agensi agama yang bertanggung jawab memantau gejala ajaran sesat di negeri Selangor. Selain itu, perjumpaan/ perbincangan dengan pengasas ajaran yang dijadikan model kumpulan ajaran sesat dalam kajian ini, serta pemerhatian aktiviti pengajaran ajaran tersebut bagi mendapatkan gambaran lebih dekat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fenomena ajaran sesat yang berlaku, khususnya dalam masyarakat Melayu berlaku sejak proses Islamisasi di rantau ini. Di Malaysia, asas yang menjadi "penunjuk" sesuatu fahaman atau ajaran yang dianggap sesat adalah berpandu dan berpaksikan kepada undang-undang Islam (negeri) dan pentadbiran hal ehwal Islam negeri.
Text
Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19
Abstrak
Kewujudan warkah sosial Melayu membuktikan wujudnya komunikasi yang merentas sempadan dalam kalangan masyarakat tempatan ataupun dengan pihak asing. Namun begitu, masyarakat kini masih memandang warkah Melayu sebagai sebuah teks biasa sahaja. Kewujudan warkah Melayu menggambarkan bahawa masyarakat Melayu mampu menghasilkan wacana tersendiri. Oleh itu, kajian ini untuk menganalisis sat daripada unsur wacana, iaitu dimensi tekstual dalam warkah sosial Melayu. Kajian dimensi tekstual yang merangkumi aspek struktur teks, kohesi, nahu, dan leksikalisasi memerihalkan teks dari segi bentuk dan makna. Kajian dimensi tekstual dapat membuktikan ketinggian nilai sesepucuk warkah sebagai dokumentasi peristiwa komunikatif masyarakat Melayu. Kajian ini melibatkan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sebanyak 21 pucuk warkah sosial Melayu yang diperturunkan daripada sumber sekunder dijadikan bahan kajian. Selaras dengan penggunaan pendekatan kualitatif, pengolahan data berdasarkan kerangka Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992&1995) dan hanya menfokuskan dimensi tekstual. Struktur teks warkah sosial Melayu memperlihatkan susunan yang berurutan, iaitu dimulai dengan kepala surat, cap, kata-kata pujian, kandungan, prapenutup, dan penutup. Proses tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai sebuah kesatuan. Meskipun begitu, kewujudan variasi struktur menggambarkan bahawa komponen tersebut bukanlah bersifat mutlak. Aspek kohesi pula yang digambarkan oleh unsur rujukan, penggantian, elipsis, penghubung, pernyataan semula, dan kolokasi melihat hubungan semantik suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk melahirkan sebuah teks yang utuh. Pengaplikasian aspek nahu modaliti dalam wacana warkah bertindak sebagai unsur perintah dan informasi daripada pengirim kepada sasarannya. Modaliti menyerlahkan hubungan interpersonal aripada sikap pengirim terhadap sebarang pernyataan yang dilakukan. Penumpuan leksikalisasi metafora pula memanipulasikan sejumlah kata yang terangkum daripada satu domain kepada domain yang lain. Metafora tersebut melibatkan metafora perkembangan motor, metafora cinta, metafora pertanian, dan metafora nasib. Kesimpulannya, wacana warkah dapat menggambarkan peristiwa komunikatif dalam konteks ketika itu yang menyerlahkan jalinan makna ideasional, interpersonal, dan teks.
Text
Proses morfologi dalam pembentukan kata bahasa Melayu dengan tumpuan kepada morfem dasar terikat
Abstrak
Salah satu tumpuan dalam bidang morfologi ialah pembentukan kata, iaitu langkah penciptaan perkataan baharu dalam bahasa, yang dapat dibahagikan kepada proses morfologi atau morfologikal dan submorfologi atau submorfologikal. Disertasi ini merupakan sebuah kajian morfologi yang bermatlamat untuk mencari satu huraian berkenaan proses morfologi bahasa Melayu yang tuntas dan menghasilkan satu model teori proses pembentukan kata morfologi bahasa Melayu tersendiri. Kajian ini menerapkan pendekatan cklektik yang mensintesiskan tiga teori proses morfologi sarjana bahasa Melayu terdahulu. Untuk menguji kemampuan serta keandalan model teori kajian, model teori proses morfologi tersebut telah diaplikasikan dalam penganalisisan data kajian yang terdiri daripada kata kompleks daripada morfem dasar terikat. Dalam waktu yang sama, kajian ini juga telah mengumpulkan morfem dasar terikat, iaitu morfem unik dalam bahasa Melayu, berserta kata kompleksnya, selengkap mungkin. Dapatan daripada analisis data menujukkan model teori kajian mampu menerangkan proses pembentukan kata yang telah dialami morfem dasar terikat schingga menerbitkan kata kompleks. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis proses morfologi dalam model teori kajian yang tidak dapat diuji kerana data kajian tidak terhasil daripada proses pembentukan kata tersebut. Selain itu, analisis data juga telah menemui beberapa proses pembentukan kata yang mencipta kata kompleks daripada morfem dasar terikat yang tidak terdapat dalam model teori kajian ini. Setelah modcl tcori dinilai semula dan diperbaiki berdasarkan analisis data dan penemuan penemuan baharu, maka dapat dirumuskan yang model teori proses morfologi pembentukan kata yang terdiri daripada pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengacukan ini mampu menjelaskan kejadian pembentukan kata dalam bahasa Melayu yang berlandaskan mekanisme penggabungan.
Text
Bahasa daerah dalam karya-karya Shahnon Ahmad
Abstrak
This study is an attempt to analyse the use of dialects in the works of Shahnon Ahmad.
Text
Perlindungan diri daripada penyakit bawaan alam ghaib : perspektif tradisi masyarakat Melayu Kedah
Abstrak
Kajian ini berhasrat memenuhi matlamat bidang Antropologi Kebudayaan yang menyarankan agar seberapa banyak kebudayaan sesebuah masyarakat didokumentasi untuk rujukan masa hadapan. Hal ini kerana sistem ilmunya semakin menyusut daripada masyarakat akibat dihakis oleh perkembangan Islam dan perubahan sosial. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkonstruksi kembali sistem perlindungan diri masyarakat Melayu Kedah daripada penyakit bawaan alam ghaib. Data dikumpul menggunakan penyelidikan lapangan dan kajian kepustakaan. Penyelidikan lapangan dijalankan di Kampung Keledang, Baling, Kedah menggunakan pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam melebihi tempoh satu tahun, iaitu dari Jun 2014 sehingga Ogos 2015. Temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 24 informan yang terdiri daripada 13 warga tua. Profil-profil yang lain pula terdiri daripada empat dewasa dan tujuh anak muda. Kajian mendapati entiti alam ghaib (hantu dan bomoh sihir) merupakan entiti yang paling berbahaya kepada masyarakat Kedah tradisional. Mereka didapati telah memanipulasi kuasa yang dimiliki, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menghubungkan penyakit kepada manusia. Manusia melindungi diri mereka daripada alam ghaib dengan cara mengformasikan petua, pantang-larang, dan upacara ritual kepada tiga benteng perlindungan diri. Pertama, benteng yang menggunakan hantu baik. Hantu baik telah digunakan sebagai pengawal yang mengawasi tanah kediaman daripada dimasuki oleh musuh dan ilmu sihir bawaanya. Kedua, ritual memagar rumah. Ritual ini telah digunakan sebagai kaedah khusus bagi menyekat kemasukan hantu jahat ke dalam rumah. Terakhir, amalan perlindungan khas diri sendiri. Amalan ini dijadikan benteng terakhir perlindungan dalaman dan luaran diri.
Text
Satu kajian mengenai masalah pencapaian pelajar-pelajar bukan bumiputera di Sekolah Menengah Kebangsaan
Abstrak
Kajian ini adalah merupakan satu penyelidikan yang diusahakan bagi mendedahkan dan menghuraikan masalah pencapaian pelajaran murid-murid Bukan Bumiputera di sekolah menengah kebangsaan. Dan di dalam kontek kajian ini bahawa istillah Bukan Bumiputera' ini bermaksud terbatas kepada 'pelajar pelajar India' sahaja, seperti yang akan dijelaskan di dalam Bab Pertama nanti. Lahirnya usaha ini adalah hasil dari penelitian rapi ke atas keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP) di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dijadikan contohan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batang Berjuntai , Kuala Selangor; dari penelitian menunjukkan yang pencapaian mereka di dalam peperiksaan berkenaan sangat mengecewakan, sedangkan kedua dua buah sekolah tersebut adalah merupakan diantara beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang mempunyai bilangan pelajar-pelajar Bukan Bumiputera yang kian meningkat besar jumlahnya .
Showing 151 to 200 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->