Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Hikayat Raja Angling Darma Wiraja : transliterasi dan analisis teks - Jilid 1
Abstrak
Kajian ini pada dasarnya bertumpu kepada kerja-kerja transliterasi, pengeditan dan penganalisisan teks HRADW secara formalistik. Berdasarkan penelitian terhadap plot, tema, watak dan perwatakan ternyata lanva menampakkan persamaan dengan cerita Panji (CP) berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut. Dengan menggunakan kaedah perbandingan teks, kajian ini dijalankan dengan membandingkan HRADW dan CP berdasarkan plot, tema dan watak. Hasilnya, kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Jilid I merupakan analisis terhadap teks HRADW dan penggolongan jenisnya dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Jilid II merupakan teks HRADW vang telah ditransliterasikan dan diletakkan sebagai lampiran. Keseluruhannya kajian ini (Gilid I) terbahagi kepada VI bab. Bab I merupakan bab pengenalan kepada kajian. Di dalamnya terkandung huraian tentang latar belakang kajian, bahan kajian, bidang kajian, tujuan kaian dan metodologi penyelidikan yang digunakan. Bab II membincangkan tentang CP meliputi aspek pengertian, kelahiran dan perkembangan CP. Bab III pula merupakan analisis teks HRADW sebagai CP meliputi struktur cerita, plot, tema, watak dan perwatakan serta tentang bahasanva. Bab IV adalah perbandingan di antara HRADW dengan CP. Perbandingan ini meliputi ciri-ciri umum vang sering terdapat dalam CP iaitu struktur, tema, watak dan perwatakan. Bab V pula memaparkan kepentingan teks HRADW dari aspek moral dan pendidikan moral. Di sini terkandung tentang pengertian moral dan unsur-unsur pendidikan moral di dalam teks tersebut berdasarkan unsur-unsur tema, plot, watak dan perwatakan yang ditemui dalam Bab III. Bab VI merupakan bab yang terakhir. Hasil dan penemuan kaj1an dirumuskan sebagai bab kesimpulan. Di dalamnya ditentukan penggolongan jenisnya dan unsur-unsur interpolasi dalam penyalinan teks ini. Selain itu juga merumuskan teks HRADW sebagai hasil karya kesusasteraan Melavu yang selain daripada memberi hiburan, juga memberikan pendidikan kepada masyarakat.
Text
Hikayat Raja Angling Darma Wiraja : transliterasi dan analisis teks - Jilid 2
Abstrak
.Iilid kedua ini merupakan hasil transliterasi naskhah Hikayat Raja Angling Darma Wiraja, iaitu manuskrip milik Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Jumlah halaman asalnya ialah 777. Dalam melakukan kerja -kerja mentransliterasi, pengkaji cuba mengekalkan keaslian naskhah ini. Tanda ( ) digunakan untuk menunjukkan perkataan dalam teks asal yang dianggap tidak sesuai dan perlu digugurkan apabila membacanya. Tanda (Bongsu) dan yang seumpamanya merupakan perkataan tambahan yang tidak ter dapat di dalam teks asal untuk disesuaikan dengan ayat naskhah. Begitu juga sekiranya terdapat bahagian yang tidak dapat dibaca akan ditulis mengikut ejaan asal naskhah dan ditanda [ ]. Untuk kemudahan rujukan, pengkaji telah meletakk£n di sebelah kiri halaman nombor sebagai pemisahan surat lain. Tanda transliterasi transliterasi yang digunakan.
Text
Satu kajian ke atas pengaruh 'cross-cultural' di dalam tarian kontemporari di Malaysia
Abstrak
Tarian kontemporari merupakan sejenis bentuk atau gaya tari yang baru atau "terkini". Tarian kontemporari mencerminkan atau menggambarkan perasaan dan emosi sesuatu masyarakat pada zaman terserbut. Genre ini mengalakkan penerokaan pergerakan secara individu atau berkumpulan dan tidak mempunyai had limitasi. Tarian kontemporari telah bermula di Amerika Syarikat di sekitaran tahun 1920-andan tersebar ke seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Tarian kontemporari juga dikenali sebagai tarian moden di Amerika Syarikatdan sesetengah negara-negara lain. la merupakan genre yang berkembang dengan paling cepat dan dinamik. Genre kontemporari berbeza di setiap negara. Sungguhpun demikian, genre ini tetap menunjukkan apa yang diingini oleh masyarakat kontemporari pada masa tersebut. Gaya tari baru ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1960 an dan telah berkembang dengan pesatnya sehinggalah kini. Tarian kontemporari di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kontemporari tradisional dan kontemporari moden. Tarian kontemporari tradisional menggunakan unsur-unsur daripada tarian Melayu dan mengubahsuaikannya serta menyusun semula corak tarian tersebut berasaskan kepada daya kreativiti koreografer. Tarian kontemporari moden pula, menonjolkan kemunculan beberapa koreografer yang berpendidikan barat, berpengetahuan luas dan dinamik.
Text
Kitab Jala' Al-Qulub Bi Dhikri 'L-Lah : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kitab Jalã al -Qu1 kb bi Dhikri'l-Lh sebuah kitab tasawwuf garapan (JQD ) adalah Haji Abdul Samad bin Haji Muhammad Salleh al-Kelantani (Tuan Tabal) yang mempunyai nilai-nilai didaktis murni yang telah berjaya membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia suatu ketika dahulu. Disertasi bertajuk Dhikri'l-Lãh: Translite Kitab Jal al-Qulib Trans literasi dan Analisis Teks bi adalah kajian kepada penampilan semula tokoh-tokoh ulama dan karya-karya Kesusasteraan Melayu Tradisional (Sastera Islam) silam yang semakin dilupakan. Disertasi iní tertumpu kepada transliterasi dan analisis teks kitab JÌD bagi membantu dan menggalakkan generasi baru membaca dan menghayati karya Kesusasteraan Melayu Tradisional. Justeru pembaca akan dapat menyelami pemikiran, falsafah dan hikmah yang terkandung di dalam karya-karya agung ini. Disertasi ini turut mencakupi kajian struktur, keindahan dan penggunaan bahasa dalam manuskrip lama tulisan Jawi. Pembaca pasti menghargai perkembangan bahasa dan terpesona dengan kepelbagaian variasi ejaan Jawi yang terdapat dalam teks ini. Kajian ini adalah satu lagi usaha untuk menarik minat màsyarakat pembaca mendekati khazanah berharga dalam karya Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Text
Penggunaan kamus dalam kelas bahasa Melayu dan Inggeris : satu penyelidikan perbandingan
Abstrak
Tesis ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan terhadap 80 orang pelajar dan 10 orang guru bahasa di sebuah sekolah menengah di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik untuk pelajar dan kaedah wawancara untuk guru. Data yang diperoleh dijadualkan dan dihuraikan dengan cara statistik deskriptif berasaskan kekerapan jawapan responden. Hasil kajian ini mendapati penggunaan kamus di kalangan pelajar-pelajar dalam kelas bahasa Melayu tidak memuaskan. Pelajar-pelajar bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus, jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan sikap guru-guru bahasa. Guru bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus jika dibandingkan dengan guru bahasa Melayu. Maklumat yang dicari oleh pelajar-pelajar dalam kamus ekabahasa berbahasa Melayu ialah makna, penggunaan kata dalam konteks, ejaan, simpulan bahasa, sinonim dan imbuhan. Maklumat yang sama dicari oleh mereka dalam kamus dwibahasa berbahasa Inggeris, kecuali maklumat sebutan berada di tempat ketiga terpenting, selepas makna dan ejaan. Mereka Juga menghadapi sedikit masalah dalam cara menggunakan kamus. Pelajar bahasa Melayu menghadapi masalah kata dasar yang terlalu banyak makna. sukar mencari kata dasar dan mereka juga sukar mencari maksud kata klasik. Pelajar bahasa Inggeris pula menghadapi masalah perkataan yang dicari tiada dalam kamus, sukar menentukan sebutan dan kata dasar yang terlalu banyak makna. Secara purata, hampir separuh daripada mereka menghadapi masalah dalam cara menggunakan kamus, walaupun majoriti daripada mereka telah diajar kemahiran tersebut.
Text
Laras bahasa : satu analisis terhadap buku teks sekolah menengah rendah
Abstrak
Kajian ini meneliti penggunaan laras dalam buku buku teks yang digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2 di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di negara kita. Kajian ini didasarkan kepada enam buah buku teks teras yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia . Kajian yang mengandungi lima bab ini merupakan satu percubaan untuk mengenal pasti ciri-ciri laras buku teks yang terpilih untuk kajian. Dalam Bab 1, tujuan kajian, kepentingan kajian dan keadah kajian dihuraikan. Sementara itu, Bab 2 menggalurkan kemunculan dan perkembangan konsep laras dalam bahasa termasuklah dalam bahasa Melayu (BM). Dalam Bab 3, enam buku teks dipilih dan dianalisis untuk mengenal pasti ciri-ciri laras dari aspek leksis, tatabahasa dan kohesi, Ciri-ciri laras yang dikenal pasti itu kemudian dibandingkan dalam Bab 4. Bab terakhir sebagai penutup diakhiri dengan menyatakan bahawa lebih banyak lagi kajian seumpama ini harus dilakukan untuk mengkaji fenomena bahasa yang menarik ini.
Text
Di bawah lindungan Kaabah : kajian hermeneutik kerohanian
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian untuk menggali mesej-mesej keagamaan vang terdapat di dalam novel Di bawah Lindungan Kaabah oleh Hamka. Novel Hamka dilihat mengandungi mesej-mesej agama yang tersirat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Mesej-mesej itu didatangkan dengan begitu indah dan bersahaja di dalam karya-karya sastera beliau sehingga mampu menyentuh emosi pembaca vang benar-benar menghayatinya. Kajian ini dijalankan berdasarkan hipotesis bahawa Hamka selalu menyampaikan mesej-mesej agama di dalam karya-karya sasteranya secara tersirat mahupun tersurat. Oleh itu objektif utama kajian ini ialah untuk menggali mesej mesej keagamaan yang disampaikan oleh beliau secara tersirat di dalam karya-karya sastera beliau. Untuk itu novel beliau Di Bawah Lindungan Kaabah dipilih sebagai data primer kajian ini. Bagi mencapai objektif tersebut kaedah takwil iaitu Hermeneutik Kerohanian digunakan. Hermeneutik Kerohanian ini merupakan satu kaedah untuk menggali mesej-mesej agama yang disampaikan di dalam karya Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah ini. Kajian ini diharapkan akan menghasilkan penemuan berikutan penggalian tentang apa dia mesej-mesej agama yang tersirat di dalam karya Hamka tersebut. Mesej-mesej ini diharapkan dijadikan panduan kepada khalayak sastera untuk mengambilnya sebagai panduan dan ikutan apabila berkarya dan juga menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Text
Proses pembentukan kata adjektif majmuk warna dalam majalah bidang dekorasi
Abstrak
Kajian mengenai kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, agak kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat, dengan lebih mendalam lagi, proses pembentukan kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna. Kajian ini dilakukan ke atas bahan yang diambil daripada majalah Impiana, sebuah majalah dekorasi. Pengupasan mengenai proses pembentukan kata adjektif ini dilakukan mengikut pendekatan teori Transformasi-Generatif, iaitu melalui teknik rajah pohon. Dalam menghuraikan proses pembentukan kata, pendekatan struktural turut digunakan, iaitu bagi melihat binaan perkataan dari segi hubungan sintagmatik dan paradigmatik. Hasil kajian mendapati bahawa bagi bentuk kata adjektif, hanya kata adjektif ganda yang tidak ditemui dalam bahan kajian selain bentuk kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, dan kata adjektif majmuk. Sebanyak sembilan jenis kata adjektif yang ditemui, yang selaras dengan piawaian penjenisan yang dibuat oleh Tatabahasa Dewan. Bagi kata adjektif majmuk warna pula, hanya dua bentuk yang ditemui, iaitu kata adjektif majmuk warna dengan binaan dua perkataan dan kata adjektif majmuk warna dengan binaan tiga perkataan. Dari segi jenisnya pula, terdapat lima jenis kata adjektif majmuk warna yang boleh dikategorikan berdasarkan fungsi unsur yang nmenerangkan. Hasil dapatan yang terhad terhadap bentuk kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, menjadi asas bagi cadangan agar kajian yang lebih mendalam dilahirkan terhadap bentuk kata ini pada masa hadapan.
Text
Novel Sungai mengalir lesu : satu kajian strukturalisme genetik
Abstrak
Kajian ini memperlihatkan teori Strukturalisme Genetik yang telah diperkenalkan oleh Lucien Goldmann dalam novel A.Samad Said, iaitu novel Sungai Mengalir Lesu. Kajian ini membuktikan kepentingan unsur-unsur luaran sesebuah novel seperti latar belakang pengarang, pemikiran pengarang, iaitu pandangan dunia pengarang mengikut zaman dan pengalamannya bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu. Kajian ini membuktikan bahawa latar belakang A.Samad Said memainkan peranan penting dalam menghasilkan sebuah karya historis yang menggambarkan realiti kehidupan rakyat Singapura yang terseksa semasa pendudukan Jepun. Walau bagaimanapun, ia lebih berfokus kepada penduduk yang mendiami di sebuah kampung yang terletak di tepi sebatang sungai. Pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui oleh pengarang telah dipindahkan dalam bentuk karya dan menjadikannya sebagai karya yang mengandungi cerita-cerita yang sebenar. Pemikiran dunia A.Samad Said turut dikaji bagi melihat pendapat dan pandangan beliau terhadap dunia sastera dan dunia realiti. Segala konflik yang berlaku dalam novel Sungai Mengalir Lesu telah dikupas bagi memahami bagaimanakah pengarang melihat konflik yang berlaku dalam masyarakat dan mengaitkannya dalam jalan cerita karya yang dihaslkannya. Antara konflik yang telah diberi perhatian dalam novel kajian ialah konflik pertentangan golongan muda terhadap kuasa penjajah, konflik antara pihak penjajah dan konflik yang berlaku dalam kalangan penduduk setempat. Secara keseluruhannya, penerapan teori Strukturalisme Genetik membuktikan bahawa bukan hanya unsur-unsur dalaman sahaja penting bagi penghasilan sesebuah novel malah unsur-unsur luaran turut perlu diberi keutamaan.
Text
Siamisasi masyarakat Melayu di selatan Thailand : satu kajian di Kampung Duku, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas
Abstrak
Selatan Thailand merangkumi 14 wilayah setiap wilayah terdapat penduduk Melayu. Walaupun begitu majoriti penduduk Melayu mendiami S wilayah yang bersempadan dengan Malaysia. Kerana penduduk Melayu dengan penduduk majoriti negara tersebut .empunyai latarbelakang sejarah, bahasa dan kebudayaan yang berlainan, dengan itu pihak kerajaan Thailand telah menjalankan dasar Siamisasi ke atas masyarakat Melayu untuk mengurangkan jarak perbezaan di antara kedua-dua masyarakat tersebut. Dalam penyelidikan tentang keberkesanan dasar Siamisasi tersebut, Kampung Duku sebuah perkampungan masyarakat Melayu yang terletak dalam Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas menjadi kampung pilihan. Keberkesanan dasar Siamisasi ke atas Kampung Duku dapatlah menggambarkan keberkesanan dasar tersebut ke atas masyarakat Melayu secara umumn di Selatan Thailand, baik dari segi perubahan pendidikan tradisional kepada pendidikan kurikulum kerajaan, penerimaan perkataan bahasa Thai ke dalam pertuturan harian, penerimaan pemikiran kesiaman ke dalam jiwaraga, perubahan pemerintahan, perubahan sosial, penerimaan kesenian budaya Thai dan sebagainya. Di samping itu kita dapat melihat keruntuhan institusi raja Melayu dan institusi agama di kampung tersebut. Penyelidikan ini memaparkan penerimaan masyarakat Melayu di Kampung Duku terhadap dasar Siamisasi, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Penyelidikan ini ditumpukan semenjak wilayah-wilayah Melayu di Selatan Thailand diserapkan ke dalam negara tersebut sehingga sekarang.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK). Ini dapat membantu murid yang lemah dalam aspek bacaan bahasa Melayu. Penyelidik memberi tumpuan kepada aspek bacaan sahaja kerana aspek bacaan merupakan aspek yang pling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah kaedah Gabung Bunyi Kata ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran membaca bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang muridnya terdiri daripada pelajar berbangsa India dan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi mereka. Selain daripada itu kajian ini dilakukan bagi menganalisis perkembangan dan prestasi murid setelah mengikuti Kaedah Gabung Bunyi Kata ini dan ternyata amat sesuai untuk meningkatkan prestasi murid. Kajian ini dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar di Klang Selangor. Sampel terdiri daripada 40 orang murid tahap 1 yang dipilih mengikut tahap kecerdasan. Dapatan kajian diperoleh melalui rekod perkembangan murid yang telah dilakukan selama 6 bulan iaitu dari bulan Mei hingga Oktober. Maklumat atau data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 15.0.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Loghat Melayu Kelantan : suatu cherakinan kajibunyi bahasa
Abstrak
Text
Novel panggil aku Melaju : analisis psikologi watak dan pengarang
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian psikologi yang menggunakan novel Panggil Aku Melaju (PAM) Oleh Rahmat Haroun Hashim (2008) sebagai teks utama. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih novel ini untuk menganalisis mengenai kejiwaan watak-watak dan psikologi pengarang dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. Novel ini memperlihatkan elemen-elemen psikologi di dalamnya dan menjadikan novel ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian. Masalah kejiwaan ini dilihat menerusi tindakan atau aksi watak, punca yang menyebabkan kejiwaan kepada watak dan penyelesaiannya. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti psikologi pengarang menerusi dialog oleh watak-watak, tindakan watak-watak dan deskripsinya (mekanisme helah bela diri). Novel ini merupakan novel psikologi kerana berkisarkan mengenai pesakit-pesakit jiwa di Institut Mental Negara (IMN) dan ketidakpuasan hati pengarang terhadap tindakan kerajaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Novel ini merupakan sebuah novel hasil ciptaan kreatif yang penuh dengan keintelektualan pengarang. Pengarang berjaya mengetengahkan pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai konflik kejiwaan menerusi watak-wataknya sehingga menghasilkan sebuah novel yang cukup menarik untuk dikaji. Kajian kepustakaan, wawancara dan sumber internet menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat penting yang berkaitan. Kajian ini sangat penting sebagai rujukan mengenai teori psikoanalisis dan merupakan tambahan idea-idea baru yang ingin disampaikan.
Text
Morfologi dialek Pulau Pinang seperti yang dituturkan di daerah Genting, Balik Pulau
Abstrak
Kajian morfologi tentang dialek-dialek lain yang dibuat oleh beberapa orang penyelidik dalam bidang linguistik.
Text
Nafsu dalam novel-novel terpilih Fatimah Syarha
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sifat-sifat nafsu mengikut peringkat dalam tiga novel kajian karya Fatimah Syarha, iaitu Seindah Mawar Berduri (2009), Tautan Hati (2012) dan juga Sebarkan-CintaMu (2014). Ketiga-tiga novel tersebut sarat dengan kejiwaan watak yang memperlihatkan sifat dalam diri masing-masing. Sifat-sifat tersebut telah dikelaskan mengikut peringkat nafsu tertentu. Tiga objektif yang berjaya dicapai dalam kajian ini adalah mengenal pasti peringkat nafsu berdasarkan sifat-sifat nafsu watak dalam novel-novel kajian, menghurai sifat-sifat setiap peringkat nafsu watak dalam novel novel kajian dan menilai sifat-sifat setiap peringkat nafsu watak dalam novel-novel kajian. Kajian ini telah menggunakan pandangan beberapa tokoh dan ulama seperti al-Ghazali, Robert Frager, M. Ali Imran al-Aziz, Mustapha Mohamed al-Jiasi al-Ahmadi dan juga Syekh Qasim al-Halabi. Kajian ini dilakukan sebagai nilai tambah bagi kajian sebelumnya yang mempamerkan perbezaan novel serta sifat watak yang secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pembaca tentang sifat-sifat nafsu serta peringkat-peringkatnya. Hal ini dapat membantu pembaca mengenali sifat-sifat nafsu pada watak dan juga mengaplikasinya pada diri sendiri. Oleh yang demikian, pembaca dapat menilai tahap nafsu yang ada dalam diri masing-masing seterusnya dapat membezakan baik mahupun buruk setiap sifat dalam usaha membaiki akhlak pembaca. Kajian ini juga dilakukan secara kualitatif dengan menganalisis kandungan teks untuk mengenalpasti sifat-sifat nafsu mengikut peringkat masing-masing. Kaedah kepustakaan turut digunakan bagi memahami lebih mendalam perihal nafsu serta mengumpulkan bahan yang bersesuaian dengan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat-sifat dalam nafsu ammarah lebih dominan berbanding peringkat nafsu yang lain. Hal tersebut berlaku kerana kebanyakan sifat ahli dalam masyarakat didominasi oleh citra negatif dalam kehidupan masing-masing berbanding sifat-sifat pada peringkat nafsu muthmainnah. Hanya dua watak sahaja yang dikenalpasti memiliki sifat sifat pada peringkat nafsu muthmainnah kerana peringkat ini adalah yang tertinggi bagi manusia biasa iaitu Ibu Dhiya' dan juga Pak Yodong.Kesimpulannya, kebanyakan watak masih terperangkap dalam sifat-sifat yang negatif kerana dilihat menonjolkan sifat yang terdapat dalam nafsu anmmarah dalam diri masing-masing. Hal tersebut secara tidak langsung mencerminkan peribadi masyarakat kerana karya sastera adalah cerminan realiti masyarakat yang sedikit sebanyak memantulkan kisah sebenar masyarakat dalam karya. Oleh yang demikian, penting kajian ini dilakukan bagi membantu penulis membentuk watak berdasarkan sifat-sifat nafsu yang sesuai dalam karya bagi menghasilkan karya berkualiti serta dapat melahirkan masyarakat yang seimbang di dunia serta akhirat.
Text
Percikan panji di dalam beberapa teks sastera Melayu klasik
Abstrak
Kaian ini dilakukan untuk melihat kesan kehadiran unsur-unsur cerita PaniilJawa di dalam karya-karya kesusasteraan Melayu klasik. Umumnya kehadiran unsur tersebut agak ketara pada karya-karya naratif sastera Melayu klasik seperti penggunaan gaya bahasa, tema, watak dan perwatakan serta struktur penceritaan Kehadiran langsung unsur-unsur tersebut menyebabkan sarjana-sarjana terdahulu menganggap pengarang-pengarang Melayu sebagai 'pencedok' atau 'penciplak'. Pengaruh yang diterima telah dipilih, disaring dan diberikan tafsiran serta nilai yang baru. Pengarang-pengarang Melayu tradisi berjaya membuktikan kekreatifan mereka dengan melakukan pengasimisalisian sebaik mungkin unsur-unsur tersebut ke dalam karya mereka. Secara umumnya kajian ini meliputi lima bab. Bab I menerangkan tentang bidang kajian; meto dologi kajian, pemilihan teks-te ks kajian dan kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh para sarjana terdahulu. Bab Il memperkatakan tentang pengertian cerita Panji; ciri-ciri umum cerita tersebut; perbezaan antara cerita Panji Jawa dan Panji lainnya serta teori-teori penciptaan dan penyebaran cerita-cerita tersebut. Bab ll membicarakan persoalan kepengarangan Melayu dalam hubungannya dengan pengaruh asing khasnya Panji. Penulis turut menyentuh persamaan dan perbezaan di antara pengarang-pengarang Melayu dan pengarang Jawa. Bab ini ditulis supaya menjadi cerminan terhadap penganalisisan pada bab seterusnya. Bab IV, mengandungi perbandingan dan penganalisisan ke atas teks-teks pilihan. Persamaan dan perbezaan antara cerita Panji dan teks-teks sastera Melayu klasik dikaji. Analisis perbandingan tersebut menggambarkan wujudnya proses transmisi dan pengolahan semula unsur-unsur Panji yang mengakibatkan berlakunya pengubahsuaian dan perubahan fungsi serta nilai unsur tersebut daripada asalnya. Bab V sebagai bab penutup mengandungi rumusan-rumusan secara keseluruhan. Di dalam bab ini juga ditentukan kedudukan unsur asing (cerita Panji) tersebut dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.
Text
Perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi : satu kajian kes
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi pada subjek individu normal. Konsep, struktur dan fungsi setiap unsur menjadi asas untuk melihat perkaitan ini. Pengkaji menghurai dua teori pemerolehan bahasa, iaitu behaviouris dan mentalis, serta mengkaji pemerolehan bahasa subjek mengikut peringkat fonologi, morfologi., sintaksis dan semantik. Aspek kognisi, bahasa dan komunikasi seterusnya dihubungkan dengan menggunakan dua kaedah seperti yang digunakan oleh Foss dan Hakes (1978), iaitu dalaman (internal) dan luaran (eksternal). Pengkaji melihat representasi dalaman berdasarkan perkaitan antara kognisi dengan aspek semantik, manakala representasi luaran pula berdasarkan hubungan bahasa dengan komunikasi. Data kajian diperolehi daripada seorang kanak-kanak, iaitu Nur Shaheera bt. Mohd Shahizal, melalui kaedah pemerhatian, rakaman, dan uji kaji. Pengumpulan data kajian ini mengambil masa dua (2) tahun satu (1) bulan, iaitu bermula dari hari kelahiran hingga subjek dapat mengucapkan ayat penuh yang mempunyai makna. Pengkaji membuat rumusan dengan membina satu model carta aliran perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi berasaskan penggabungan model komunikasi dua hala Schramm (1954) dan Osgood (1954), proses Kognisi oleh Mahmood Nazar (1992) dan teori linguistik oleh Ferdinand de Saussure (1858-1913). Pengkaji turut membuat rumusan bahawa kognisi, bahasa dan komunikasi mempunyai pertalian yang erat dan saling melengkapi. Bahasa merupakan unsur penengah dalam proses kognitif dan komunikasi. Seterusnya pengkaji mencadangkan kaedah yang sesuai untuk menggalakkan pemerolehan dan pembelajaran bahasa berasaskan kajian kes yang dijalankan.
Text
Pemerolehan bahasa kanak-kanak : kajian kes kanak-kanak sindrom down
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai pemerolehan bahasa bagi kanak kanak Sindrom Down. Pengkaji menggunakan 5 orang subjek Sindrom Down yang merupakan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. Pengumpulan korpus berdasarkan rakaman video yang dilakukan selama enam bulan. Oleh itu, kajian ini bersifat sinkronik. Pengkaji membuat kajian pemerolehan bahasa kanak-kanak Sindrom Down dari aspek pemerolehan bahasa verbal dan bukan verbal. Pengkaji menerapkan teori Behaviourisme dan Mentalisme dan kaedah pengiraan yang disarankan oleh Roger Brown, iaitu kaedah MLU. Korpus tersebut akan dianalisis dari aspek morfologi dan sintaksis. Seterusnya pengkaji membuat penilaian dan perbincangan hasil kajian yang telah dilakukan pada bab 4 dan bab 5. Pengkaji mendapati pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh persekitaran dan tahap kognitif. Bab terakhir merupakan kesimpulan dan penutup kepada keseluruhan kajian tesis ini.
Text
Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajian yang dilakukan ke atas manuskrip Hikayat Nurul Lisan Meniawab Masalah (HNLMM) ini melibatkan beberapa aspek yang penting. Sebagai permulaannya pihak pengkaji mentransliterasikan teks dengan berpandukan Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi., kemudian segala keralatan ejaan cuba disesuaikan dengan ejaan yang terkini. Selepas itu baharulah penelitian dibuat mengikut halaman muka surat. Fokus kajian ialah melihat isi kandungan utama HNLMM dan disesuaikan dengan perkara yang hendak dianalisis iaitu pengajaran yang diperolehi dari aspek keagamaan dan kesusasteraan dan sejauhmana dapat dikatakan HNLMM ini adalah merupakan sebuah teks perubatan tradisional. HNLMM terbahagi kepada tujuh puluh sembilan muka surat dan dikuti dengan tujuh muka surat bertajuk Fahrasat'". Pembahagian bab dapat dilakukan selepas transliterasi dilakukan. Selepas diperincikan HNLMM ini dibahagikan kepada tujuh belas topik untuk memudahkan, pemahaman dan pengkajian dilakukan. Antara isi kandungannya ialah berkaitan dengan akidah, (rukun iman, zakat dan sembahyang). Terdapat juga bab berkaitan dengan sejarah Islam, ilmu tauhid, al-Quran, kejadian alam, perniagaan, mengenai kejadian manusia dan fungsi tiap-tiap jenis tumbuhan. Bahagian ini adalah meliputi halaman 41 hingga halaman 79 serta melibatkan bahagian fahrasat iaitu tujuh muka surat lagi dihuraikan dengan jelas Dalam aspek kedua pula kajian dilakukan dengan melihat aspek sejauhmanakah ianya dapat memberikan pengajaran dari segi keagamaan dan juga kesusasteraan. Kedua-dua eleman ini sebenarnya adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dilihat dari segi keagamaan contohnya banyak perkara yang positif yang dapat diambil iktibar oleh para pembaca, antaranya ialah sikap menghormati, menghargai, amanah, ikhlas, tanggungjawab dan perana setiap manusia terhadap khalik-Nya. Pengarang menggunakan gurindam sebagai meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati Al-Hassan, tindakkannya itu pula sebenarnya melahirkan satu bentuk sastera lisan idak dijangkakannnya telah dilakukan tanpa disedarinya. Perincian juga cuba dilakukan oleh pihak pengkaji dengan meneliti, sejauhmanakah dapat dikatakan bahawa HNLMM ini mempunyai fungsinya sebagai sebuah teks perubatan. Analisis dan perincian dibuat dari aspek yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri dari segi pemakanan yang elok, jenis-jenis-jenis penyakit, perincian kepada beberapa jenis penyakit, punca-punca datangnya penyakit melarat, cara mengetahui penyakit seseorang, mengenali darah dan muntah, penggunaan tumbuhan dalam perubatan tradisional, sukatan yang digunakan, perincian kepada anggota manusia, pantang larang dan kesan-kesan menahan diri dalam melakukan perkara-perkara yang berkenaan. Bahagian Fahrasat" sebagai memudahkan rujukan kepada penjenisan penggunaan tumbuhan terhadap sesuatu jenis penyakit. HNLMM ini bukan hanya sebuah manuskrip yang menyentuh perkara yang khusus, tetapi di dalamnya terkandung ilmu berkaitan agama Islam juga perubatan yang memaparkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional khususnya.
Text
Sosialisasi individu dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Tadika Vista Murni, Kerinchi, Kuala Lumpur
Abstrak
Setiap individu yang hidup bermasyarakat tidak akan terlepas daripada tuntutan norma dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat tersebut. Pendidikan merupakan suatu proses budaya agar matlamat sosial masyarakat dapat dipenuhi. Pendidikan prasckolah merupakan peringkat pendidikan formal yang paling awal bagi kanak-kanak selepas pendidikan yang diperoleh melalui keluarga. Ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika atas dua alasan utama iaitu untuk mempelajari asas kemahiran 3M dan sebagai tempat penjagaan anak-anak. Namun, ramai dalam kalangan ibu bapa tidak menyedari bahawa peranan tadika bukan hanya setakat itu sahaja, malah ia juga menjadi tempat kanak-kanak mendapatkan pengalaman sosial. Kajian ini merupakan analisis sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Fokus kajian ialah mengkaji bentuk-bentuk latihan yang diterima oleh kanak-kanak di tadika berdasarkan kepada aktiviti yang telah dijalankan dan peranan yang dimainkan oleh guru dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan guru dan pengasas tadika serta pemerhatian ke atas kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan dalanm setiap alktiviti yang dilaksanakan di tadika, kanak-kanak membentuk tingkah laku berdasarkan kepada jangkaan masyarakat lingkungan sosialnya. Guru memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam memberikan pengasuhan kepada anak-anak mampu mempengaruhi dan membentuk tingkah laku anak-anak.
Text
Imej diri wanita Melayu kini : satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur
Abstrak
Imej pemikiran diri merupakan satu konsep yang menerangkan proses ( dalaman ) dan proses sosial tentang diri. Melalui proses pemikiran dapat dikenal pasti persepsi, tanggapan serta penilaian individu terhadap imej yang dikehendaki mereka. Manakala melalui proses sosial, individu mengambil tindakan bagi menzahirkan kemahuan tersebut. Kajian ini menumpukan kepada imej diri wanita Melayu. Imej diri bersifat dinamik, berbeza dalam setiap kelompok budaya serta mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Bagi masyarakat Melayu, imej diri wanitanya dipengaruhi oleh nilai, norma, serta world-view masyarakat yang berteraskan lslam. Bertepatan dengan ciri kedinamikan ini, lantaran imej diri wanita merupakan satu konstruksi budaya. Oleh yang demikian, kajian ini cuba mengenal pasti apakah imej unggul wanita dalam masyarakat dengan menumpukan kepada ciri, proses dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan imej diri ini. Selain itu, imej diri yang dipancarkan ini melambangkan jati diri Melayu yang mempunyai keunikan serta berbeza dengan masyarakat dan budaya yang lain.
Text
Haruman Kencana dan Hujan Sudah Teduh karya Zaharah Nawawi : penerapan teori feminisme
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis terhadap dua karya feminis Zaharah Nawawi iaitu novel Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana yang telah diterbitkan pada tahun 2004 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian dijalankan bagi meneliti perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kedudukan dan martabat wanita serta membandingkan perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kaum wanita melalui paparan cerita yang ditonjolkan dalam dua buah novel tersebut. Kajian ini meneliti penerapan feminisme yang terdapat dalam kedua-dua buah novel kajian. Penerapan teori feminisme yang digunakan adalah berdasarkan ciri-ciri yang disarankan oleh Cheri Register dalam menganalisis teks feminis. Ciri-ciri tersebut adalah yang paling sesuai kerana sifatnya lebih liberal dan dapat diterima pakai dalam mengukur watak wanita dalam konteks budaya Melayu dan Islam. Ciri-ciri penting yang harus ada dalam sesebuah novel bagi menepati ciri novel feminis ialah karya menjadi forum bagi wanita dalam mendedahkan pengalaman dan nilai hidup secara jujur, membantu mewujudkan persefahaman tentang pengalaman lelaki dan perempuan, memaparkan role model wanita yang mempunyai self-actualizing' untuk diteladani, memaparkan Semangat persaudaraan sesama wanita dan menimbulkan kesedaran melalui paparan perkembangan kendiri dan persepsi wanita terhadap cabaran yang akan datang. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua buah novel ini sarat dengan penerapan teori feminisme, berusaha mencari jati diri dan identiti kewanitaan serta menepati ciri-ciri karya berunsur feminis seperti yang disarankan oleh Cheri Register. Semoga kajian dapat membuka membuka minda pembaca untuk berfikir, memahami serta menyedari hakikat yang berlaku dalam dunia wanita.
Text
Museologi baharu: kajian kes Muzium Seni 3D Langkawi
Abstrak
Dewasa ini, kemunculan muzium 3D sebagai muzium baharu semakin berkembang dengan pesat. Muzium ini dibangunkan sebagai sebuah organisasi korporat dan telah melahirkan identiti muzium yang tersendiri. Hal ini juga telah mengubah konsep muzium yang dibincangkan oleh ICOM (2017). Perubahan ini berlaku daripada konsep muzium tradisional kepada muzium baharu. Walau bagaimanapun, secara tidak langsung, muzium ini turut menyumbang kepada perkembangan museologi baharu di Malaysia. Malahan ia turut merancakkan lagi sektor permuziuman negara dan perkembangan produk pelancongan berasaskan seni dan budaya. Secara harfiahnya, museologi merupakan kajian saintifik tentang sesebuah muzium merangkumi pengurusan organisasi dan pentadbiran. Kajian Museologi Baharu: Kajian Kes Muzium Seni 3D Langkawi ini merupakan satu kajian berbentuk kualitatif yang membincangkan sepuluh aspek museologi baharu yang telah digunapakai dalam institusi tersebut. Kajian ini menggunapakai pendekatan museologi baharu oleh Janet Martstine (2008) bagi menganalisis sepuluh aspek museologi yang terdapat di dalam muzium tersebut. Hasil kajian mendapati gabungan koleksi lukisan seni budaya dan teknologi media, di muzium ini menghasilkan aktiviti interaktif yang menyumbang kepada bentuk muzium baharu atau pascamoden.
Text
Kajian pemilihan bahasa : kajian kes di kawasan perumahan Ulu Dedap, Seberang Perak
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pemilihan kalangan penduduk kawasan perumahan Ulu Dedap, bahasa di Seberang Perak, yang bertujuan untuk melihat pemilihan yang dilakukan oleh bahasa penduduk kawasan ini terhadap bahasa atau kelalnan di alam perhubungan seharian. Kajian ini kepada tujuh bab.
Text
Hikayat Emak Telur Tebakung : kajian perbandingan
Abstrak
Kaiian ini dibuat berdasarkan naskhah HETT iaitu sebuah manuskrip yang telah ditransliterasi oleh pengkaji. Hasil dapatan transliterasi dijadikan asas dalam kajian ini. Dapatan transliterasi tersebut akan dimasukkan sebagai lampiran. Bertitik tolak daripada penelitian terhadap beberapa aspek seperti tema, plot, watak perwatakan, gaya bahasa dan latar, dikemukakan struktur yang membina kesatuan hikayat. Hasil penemuan dan analisis struktur tersebut akan dihubungkan pula dengan cerita BBBB, MK dan ST dalam melihat kesinambungan dari beberapa aspek pilihan. Disertasi ini dibahagikan kepada lima bab dan disusun mengikut urutan yang memperlihatkan kesinambungan antara setiap bab. Bab 1 memaparkan tentang pengenalan kepada kajian yang dijalankan. Antaranya menjelaskan tentang objektif, permasalahan kepentingan kajian dan lain-lain. Bab 2 pula memgemukakan kerangka teori yang digunakan dalam kajian dan juga menghuraikan sifat-sifat dalaman dan luaran manuskrip HETT. Menerusi bab 3 pula, dinyatakan hasil analisis struktur dalaman HETT yang merangkumi tema, plot, watak perwatakan, gaya bahasa dan latar. Bab 4 mnerupakan hasil perbandingan antara bahan utama kajian dengan bahan-bahan bandingan terpilih. Bab 5 adalah bab terakhir dalam penulisan ini yang memaparkan kesimpulan secara keseluruhan hasil kajian yang diperolehi. Dilampirkan juga beberapa lampiran berkaitan dengan bidang kajian yang dilakukan.
Text
Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu : pendekatan firasat
Abstrak
Peribahasa merupakan khazanah sastera tradisional yang sangat berharga bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menggunakan kebijaksanaan pemikiran mereka dengan meneliti unsur alam dan melahirkannya dalam bentuk ungkapan yang indah sehingga melahirkan peribahasa. Disertasi ini melihat unsur alam, iaitu padi' dan 'air' yang menjadi tanda dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kedua-dua unsur ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sebuah teori sastera tempatan dengan berfokuskan kepada Pengkaedahan Alamiah dan Pendekatan Firasat digunakan sebagai kerangka teori. Perkaitan rapat antara hasil kesusasteraan dengan alam serta teori tempatan yang berteraskan pemikiran, budaya Melayu serta agama Islam membolehkan semua ini disatukan dalam disertasi ini. Proses ini akhirnya akan membawa matlamat kepada paksi Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Dalam disertasi ini, pengkaji mengenal pasti tanda yang terdapat dalam unsur alam, iaitu air dan padi melalui buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Makna yang terdapat dalam peribahasa tersebut dianalisis dan merumuskan peranan air dan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dalam kajian ini, dapat dirumuskan bahawa padi dan air dalam peribahasa Melayu memberikan tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat Melayu. Padi dalam peribahasa Melayu memberikan tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, tanda pembinaan akhlak yang baik dan tanda sumber rezeki. Manakala air sebagai tanda pula dilihat sebagai tanda penyucian yang dibahagikan kepada penyucian melalui tanda pendidikan dan tanda persaudaraan dan perdamaian. Berdasarkan tanda-tanda yang terdapat pada unsur padi dan air tersebut, dapat dibuktikan bahawa peribahasa merupakan suatu wadah dalam pembentukan masyarakat kerana tanda-tanda tersebut mengarah kepada pembinaan akhlak masyarakat. Peribahasa juga menjadi mekanisme yang mengawal masyarakat supaya mempunyai nilai dan norma.
Text
Masyarakat Temiar dan perubahan : kajian kes di rancangan pengumpulan semula orang asli, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku di kalangan Orang Temiar yang mendiami RPS Kuala Betis. Bermula dari tanggapan bahawa Orang Asli adalah masyarakat terpinggir, tetapi menjadi penting apabila negara menghadapi ancaman komunis dan pengaruh komunis telah menular di kalangan Orang Asli. Program pertama yang melibatkan Orang Asli ialah dasar Penempatan Semula Orang Asli yang telah menemui kegagalan dan berakhir dengan tragik sekali. Apabila darurat berakhir dan PKM mula meletakkan senjata, maka kerajaan mula memberi perhatian terhadap kebajikan Orang Asli. ni selari dengan pengwujudan PANDUAN TUGAS PEMBANGUNAN ORANG ASILI DI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA MODEN. Matlamat dasar ini untuk integrasi Orang Asli dengan masyarakat kebangsaan melalui program-program pembangunan sosio-ekonomi supaya Orang Asli menikmati taraf hidup yang lebih tinggi sebagai asas untuk mereka berkecimpung di dalam segenap lapangan kehidupan di dalam masyarakat umum. Untuk tujuan pengkajian, kerja lapangan telah dijalankan di kalangan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Senoi iaitu Orang Temiar yang menduduki kawasan RPS Kuala Betis. Orang Temiar banyak terlibat dalam program-program pembangunan yang dirancang oleh JHEOA tetapi banyak yang menemui kegagalan. Perbincangan mengenai program program pembangunan yang dirancang dan pelaksanaannya amat penting untuk melihat perubahan sikap Orang Temiar yang telah memberi kesan kepada corak hubungan mereka dengan agensi-agensi tertentu yang terlibat dengan program-progam pembangunan itu.
Text
Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural
Abstrak
Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kajian ini merupakan satu penyelidikan terhadap cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan yang tinggal di kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan. Sejumlah dua belas cerita rakyat Temuan telah berjaya dikumpulkan. Kajian ini terbahagi kepada enam bab. Bab pertama, dinyatakan pendahuluan bahan dan pembatasan kajian, permasalahan kajian, tujuan, metodologi serta kajian-kajian berkaitan. Bab kedua pula, membicarakan tentang latar belakang cerita rakyat, perkembangannya, konsep dan ciri ciri, serta penggolongan cerita rakyat. Selain daripada itu turut diterangkan tentang pendekatan struktural yang dijadikan panduan untuk menganalisis bahan kajian. Bab ke tiga, perbincangan mengenai latar belakang masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya dan masyarakat suku Temuan di Negeri Sembilan khasnya termasuk lokasi, jumlah penduduk, taraf hidup, dan sosio-budaya mereka. Bab keempat mengandungi analisa cerita rakyat Temuan secara pendekatan struktural iaitu menyentuh aspek tema, plot, pervwatakan, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Manakala bab kelima pula meneruskan kerja menganalisa dari segi penggolongan cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan. Dalam bab keenam, pengkaji membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian serta mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dijadikan landasan buat pengkaji-pengkaji lain. Dapatlah dinyatakan bahawa cerita-cerita rakyat Temuan merupakan hasil kesusasteraan lisan masyarakat Malaysia yang tinggi nilainya, baik dari aspek sastera, bahasa, estetika mahupun akal budi.
Text
Dialek Kuala Pilah : satu tinjauan fonologi dan leksikal
Abstrak
Latihan ini membuat satu tinjauan terhadap subdialek NS iaitu dialek KP. Penelitian terhadap dialek KP dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu sistem bunyi dan leksikal. Bab 1 dimuatkan dengan huraian berkenaan dengan latar belakang daerah KP. Bab ke-2 menin jau sistem bunyi vokal, bab ke-3 menumpukan perhatian kepada sistem bunyi konsonan dan bab ke-4 meninjau bentuk diftong dalam dialek KP . Bahagian ke-2 merupakan pengumpulan senarai perkataan dalam dialek KP yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ini dimuatkan dalam Bab ke-5. Bab ke-6 merupakan kesimpulan dari keseluruhan bidang kajian iaitu sistem bunyi dan leksikal dialek KP.
Text
Hubungan etnik di Kampung Kinabutan, Tawau, Sabah
Abstrak
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multi-etnik. Kelompok Melayu. contohnya, terdiri daripada pelbagai kelompok sub-etnik yang tentunya mempunyai sejarah dan budaya yang tersendiri. Penduduk negeri Sabah juga terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Daerah Tawau, contohnya, terdiri daripada pelbagai kelompok etnik, seperti Suluk, Bajau, Bugis, Tidung, dan Jawa. Kepelbagaian kelompok etnik ini secara tidak langsung akan membawa kepada hubungan etnik sesama mereka. Hubungan ini terjalin dalam pelbagai aspek, antaranya aspek pentadbiran, ekonomi, agama dan perkahwinan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pola dan sifat hubungan etik di Kampung Kinabutan, Tawau, Sabah. Ingin dikaji pola dan sifat hubungan etnik di antara kelompok Suluk dengan kelompok Bajau dan Bugis. Akan diteliti faktor yang paling dominan dalam menyatupadukan penduduk kampung tersebut, terutamanya ketiga-tiga kelompok etnik dikaji.
Text
Beberapa faktor sosial dan keadaan sekitar dalam orientasi nilai penuntut-penuntut Melayu di Universiti Malaya berdasarkan kepada 200 orang penuntut-penuntut tahun satu
Abstrak
Dalam tisis ini satu kajian telah dibuat tentang beberapa faktor sosial dan keadaan sekitar dalam orientasi nilai penuntut2 melayu tahun di Universiti Malaya terhadap pelajaran tinggi.
Text
Kajian formalistik, tema dan estetika arca kaca Raja Azhar Idris
Abstrak
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap arca kaca yang dihasilkan oleh Raja Azhar ldris. Beberapa arca yang telah dipilih akan dianalisis dari segi formalistik menggunakan pendekatan ikonografi seperti yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky. Pendekatan ini mempunyai tiga tahap makna; walau bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan pendekatan pada tahap pertama (analisis pra-ikonografi) dan kedua (analisis ikonografi) sahaja, tidak termasuk pada tahap ketiga (interpretasi ikonografi). Sebagai tambahan, arca-arca ini juga akan dilihat dan dianalisis dari aspek ciri-ciri estetikanya mengikut konsep seni Melayu seperti yang digariskan oleh Zakaria Ali (1989). Raja Azhar Idris dan hasil karya seni beliau telah dipilih sebagai korpus kajian kerana melihat penggunaan kaca merupakan antara bahan yang unik dalam seni pembuatan arca. Raja Azhar ldris juga merupakan antara seniman yang memartabatkan identiti seni batik sebagai warisan kebudayaan Malaysia melalui penggabungan seni kontemporari dengan seni Melayu. Hasil kajian ini tertumpu kepada beberapa aspek luaran karya seperti elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni bagi kelima-lima sampel analisis. Bahan dokumentasi dalam bentuk buku bertajuk "Fragility..Versatility" (2006) juga telah dianalisis secara keseluruhan kandungan dan digunakan sebagai rujukan dalam proses analisis formalistik. Melalui dekorasi sampel, pengkaji telah mengenal pasti beberapa jenis tema yang diterapkan dalam sampel-sampel tersebut, iaitu batik dan kosmologi. Uniknya, corak batik ini mampu diadaptasikan ke atas media lain seperti kaca. Pengkaji meletakkan motif abstrak di bavwah tema kosmologi kerana menganggap corak atau motif abstrak itu berkait dengan alam semula jadi dan lebih mementingkan aspek simbol, bentuk dan warna. Selain itu, beberapa sampel karya seni Raja Azhar Idris juga dikenal pasti menepati sebahagian besar daripada nilai-nilai estetika (keindahan) yang telah disenaraikan. Secara keseluruhannya, kajian ini saling berkait antara nilai-nilai keindahan dan budaya dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu.
Text
al-Muswaddah : di antara karya sastera dengan kitab agama
Abstrak
Pada umumnya kerja-kerja kajian mengumpul, ini menumpukan mentransliterasi pada dan menganalisis sekupulan naskhah Melayu lama dengan pengkhususan terhadap sebuah teks bercorak keagamaan iaitu al-Muswaddah (AM). Tanggapan awal Yang dibuat bahaWa teks ini sebenarnya kitab agama, bukanlah seratus peratus walaupun pengarangnya adalah seorang penulis kitab-kitab agama. Sebaliknya berada di antara kitab agama dan karya sastera. Ini dibuktikan dari analisis yang dibuat terhadap nilai-nilai nilai-nilai sastera yang dikandunginya. agama dan Selain dari itu, analisis perbandingan juga dibuat terhadap teks AM dengan membandingkannya dengan cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad (SAW) yang lain, dalam usaha untuk melihat sejauh mana ia juga boleh disifatkan sebagai sebuah karya sastera.
Text
Tembikar dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Sesungguhnya keunggulan dan kegemilangan tamadun bangsa Iban sedikit sebanyak dapat dilihat melalui warisan budayanya yang unik dan tersendiri. Kajian ini cuba membincangkan tembikar, khasnya tembikar perdagangan dalam budaya orang Iban dan menganalisis tembikar yang pada mulanya hanya merupakan benda biasa digunakan dalam kehidupan seharian, kemudian ia telah diiktirafkan dengarn satu martabat yang amat tinggi dalam masyarakat itu. Bagi tujuan itu, pengkaji akan cuba menghuraikan tembikar sebagai peralatan seharian dan juga dari sudut ritual. Oleh itu, fokus utama kajian ini ingin melihat tembikar dari sudut ritual dan dari perspektif hukum adat. Tembikar merupakan satu benda sakral telah digunakan dalam pelbagai upacara berkaitan dengan ritual 'Petara' seperti di dalam ritual 'Gawai'. Tembikar telah diperturunkan oleh kuasa luar biasa melalui mimpi dan ia telah banyak membantu kehidupan orang Iban, khasnya dalam kegiatan pertanian. Orang Tban menggunakan tembikar dalam perspektif hukum adat dan ia merupakan satu objek yang mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mengekalkan keharmonian hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan tuhan mereka. Bagi menghasilkan Disertasi yang sempurna, kajian ini cuba bergerak di dalam rangkuman tiga teori. Pertamanya, tembikar telah wujud di Sarawak sejak abad ke-9 Masehi dan orang Tban telah dikatakan menggunakan tembikar sebagai alatan kegunaan seharian. Keduanya, pengkaji ingin melihat makna dan hubungan tembikar dengan kuasa luar biasa yang dijelmakan melalui mimpi serta kesannya kepada pemilik tembikar itu dan yang ketiga kehadiran tembikar telah memantapkan budaya Orang lban menerusi peranannya dalam hukum adat. Setiap huraian yang diutarakan diharap dapat memberi manfaat untuk difikirkan bersama.
Text
Pemilihan pasangan dalam perkahwinan masyarakat Melayu luar bandar : kajian kes di Wang Kelian, Perlis
Abstrak
Pada umumnya, terdapat dua cara pemilihan pasangan dalam perkahwinan Melayu. Pertama, berasaskan kepada pilihan keluarga (arranged marriage) yang mengutamakan hubungan kekeluargaan, tempat kediaman, kedudukan sosio-ekonomi dan keturunan. Manakala cara kedua pula ialah berasaskan pilihan sendiri (love marriage) yang lebih memberi keutamaan terhadap persamaan minat, tahap pendidikan dan kesesuaian peribadi. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis faktor utama dalam pemilihan pasangan dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar, dan juga pengaruh serta peranan ibu bapa dalam perkahwinan anak-anak mereka. Kawasan ajian ialah Kampung Wang Kelian, Perlis. Seramai 40 pasangan yang berkahwin telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden merangkumi umur, umur ketika berkahwin, bilangan anak, pekerjaan, dan pendidikan. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa responden utama bagi mengetahui tentang cara dan pengalaman mereka dalam pemilihan pasangan dan juga tentang peranan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor domiman dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Namun demikian, faktor utama lain seperti taraf pendidikan, latar belakang keluarga, kediaman, agama, kaum, umur, rupa paras, kasih sayang, kesesuaian peribadi, sifat hormat menghormati dan bertanggungjawab turut mempengaruhi dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Berkenaan dengan peranan keluarga, keseluruhan responden menyatakan mereka akur dan menerima keputusan, nasihat, tindakan, dan urusan hal perkahwinan daripada ibu bapa mereka.
Text
Analisis wacana dari sudut kata adjektif berdasarkan teori tatabahasa fungsional
Abstrak
Disertasi ini dihasilkan untuk menganalisis golongan kata, iaitu kata adjektif yang hadir dalam antologi sastera. Karya sastera yang dipilih adalah daripada sasterawan negara Singapura, Suratman Markasan yang berjudul "Gerak dan Dialog". Antologi ini memuatkan sebanyak 12 buah cerpen dan hanya 6 cerpen yang dipilih secara rawak untuk dikaji. Teori Tatabahasa Fungsional Halliday yang memperkenalkan konsep Tema-Rema menjadi sandaran pengkaji untuk menganalisis ayat yang mengandungi kata adjektif. Jenis, bentuk dan darjah kata adjektif yang dirujuk merupakan konsep kata adjektif daripada Nik Safiah Karim et al. dalam buku "Tatabahasa Dewan". Menerusi kajian, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis kata adjektif yang diketengahkan berserta dengan bentuk dan darjah penggunaannya di dalam cerpen. Kekerapan penggunaan kata adjektif oleh penulis mendedahkan gaya penulisannya yang menarik untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Malah menerusi analisis struktur Tema-Rema, empat jenis struktur ayat dikenal pasti. Hubungan teks dengan situasi konteks dikupas secara ringkas untuk mengaitkan metafungsi Halliday dengan ayat-ayat yang mengandungi kata adjektif sehingga mempamerkan kebolehan penulis menarik pembaca untuk terus terus berinteraksi dengannya menerusi watak-watak dalam cerpennya.
Text
Semiotik daripada perspektif Islam : konsepsi lambang pantun warisan rakyat
Abstrak
Kaijan ini meneliti aspek sains tanda, iaitu daripada kategori lambang kata nama (KN) dalam pantun yang dipetik daripada koleksi Kumpulan Pantun Melayu selenggaraan Zainal Abidin Bakar (1984). Kajian lambang ditumpukan kepada penggunaan bahasa literal dan bahasa kiasan dengan pengaplikasian Model Semiotik Paling Luas (MSPL). Bab pertama memaparkan aspek latar belakang kajjan, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajan, permasalahan kajjan, metodologi kajian dan seterusnya melihat konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian. Bab kedua pula memfokuskan perbincangan kepada asas kemunculan semiotik, definisi konsep dan kerangka teoretis yang melatari bidang kajan secara terperinci. Beberapa model teori turut diketengahkan dan perbincangan ditumpukan diaplikasikan ke dalam kajian ini. kepada kerangka teoretis yang Seterusnya dalam bab ketiga, iaitu bahagian analisis menjurus kepada aspek penggunaan lambang-lambang yang bersifat literal. Lambang-lambang yang dipilih daripada koleksi pantun agama dan kepercayaan (PA&K) diteliti bagi melihat makna tersurat. Bab keempat pula memfokuskan kajian terhadap penggunaan unsur bahasa kiasan yang mengandungi makna tersirat di samping bahasa yang bersifat literal. Lambang-lambang dikutip daripada pantun peribahasa dan perbilangan (PP&P). Analisis kajjan menumpukan kepada tiga komponen, iaitu dari segi kategori lambang (KL), makna lambang (ML) dan kategori makna lambang (KML). Dalam konteks kajan ini, lambang-lambang diteliti daripada perspektif lslam. Bab kelima merupakan analisis perbandingan bagi dua kategori tema yang dipilih, iaitu tema PA&K serta PP&P. Perbandingan ini mengambil kira tiga komponen tersebut. Bab yang terakhir, iaitu bab penutup menyimpulkan secara ringkas berhubung dengan bab-bab yang terdahulu di samping mengemukakan cadangarn kajian lanjutan.
Text
Konsep keindahan dalam pemikiran orang Melayu : satu tinjauan dari sudut pengungkapan
Abstrak
Penulisan ini mengandungi khazanah Sastera bahasa berirama Melayu Lisan, dan gurindam. hasil seperti konsep keindahan yang penelitian ke atas pantun, peribahasa, Penelitian ini dilakukan bagi terkandung di dalamnya. mengungkap Melalui penelitian pemikiran orang Melayu. utama falsafah dan inilah kajian dapat disingkap ini adalah untuk melihat dan Objektif meneliti, seterusnya mengungkap pemikiran orang Melayu dal am Kajian menilai dan menghargai keindahan. ini juga cuba nembu ktikan keupayaan Bahasa Melayu mengungkap buah dalan dengan indah, penyampaian. tepat dan berkesan pelbagai fikiran bentuk Kaedah utama yang digunakan dalam penulisan ini adalah secara kepustakaan dengan penelitian khusus dilakukan ke atas bahan-bahan yang dikutip daripada buku-buku himpunan puisi Melayu, himpunan peribahasa Melayu dan kamus bahasa Melayu. keseluruhannya, melalui penelitian Secara dikenali corak hidup dan pemikiran orang Melayu, ini tentang konsep keindahan. Semua ini dapat khususnya dalam disorot dapat terangkum segala sifat, khazanah sastera Melayu lisan yang keperibadian, pemikiran dan peradaban Melayu.
Text
Perbezaan tahap penggunaan produk ICT di kalangan wanita Malaysia
Abstrak
Perkembangan dunia 1CT meninggalkan impak yang tidak dapat dijangkakan oleh pemikiran manusia satu masa dahulu. Keupayaannya mengubah senario dunia tidak dapat disangkal lagi Golongan wanita yang satu masa duhulu merupakan satu golongan yang jauh ketinggalan berbanding lelaki telah berupaya untuk meningkatkan keupayaannya melalui ICT. Walau bagaimamapun kita dapáti bahawa impak penggunaan 1CT akan berbeza menurut profil pengguna itu sendiri. Untuk membuktikan kenyataan tersebut, kajian ini cuba mencungkil profil penggunaan ICT dikalangan wanita Malaysia dengan membuat perbandingan antara profil penggunaan wanita yang bekerja kilang dengan profil penggunaan golongan pelajar wanita. Beberapa produk ICT yang lazim digunakan oleh wanita Malaysia telah dipilih untuk dilihat tahap penggunaannya. Dari sini kita akan dapat memutuskan beberapa perkara penting yang mempengaruhi perbezaan penerimaan teknologi berkenaan.
Text
Perkamusan Melayu : sumbangan data korpus berkomputer
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai aspek pemaknaan dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap Kamus Melayu Inggeris Dewan. Aspek makna yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi mengikut amalan pendefinisian COBUILD. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya berdasarkan nalisis terhadap data korpus berkomput Tesis ini mengandungi ena bab. Bab I membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, skop kajian dan metodologi kajian. membincangkan konvensi leksikografi Bab II pula dan amalan pendefinisian oleh projek COBUILD dan Kamus Dewan. Bab berkomputer, untuk mentakrif III menerangkan data korpus iaitu peranti utama yang digunakan sesuatu kata entri. Bab ini turut membincangkan baris-baris konkordans, iaitu data yang dikeluarkan daripada data korpus berkomputer. Daripada baris-baris konkordans ditentukan berdasarkan kolokasi kata. ini, makna Bab IV pula menghuraikan makna perkataan memotong berdasarkan baris-baris konkordans yang dijana setiap daripada data korpus. Bagi menghuraikan kata, diterapkan. Bab perkataan memotong. yang amalan pula pendefinisian membincangkan seperangkat dengan Daripada analisis terhadap konkordans, didapati bahawa setiap COBUILD perkataan perkataan baris-baris perkataan mempunyai persekitaran linguistik yang berbeza. Bab VI merupakan bab penutup. Dalam bab ini dalam disimpulkan bahawa data korpus penghasilan sesebuah kamus amat dan penting amalan pende finisian COBUILD amat nembantu pengguna kamus untuk memahami sesuatu kata dalam bahasa Melayu.
Text
Cerita lipur lara rakyat Terengganu dari sudut estetika
Abstrak
Kajian ini terbahagi kepada enam bab atau enam bahagian. Dalam bab l termuat bahagian pengenalan yang mencakupi latar belakang kajian yang melihat sepintas lalu kajian-kajian yang terdahulu dalam bidang sastera rakyat. Juga tujuan kajian ini yang menjadi fokus kajian dan baharn kajian iaitu cerita lipur lara. Dalam bab ini juga terakam kaedah pengkajian yang digunakan dalam mengkaji enam buah Cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu. Malah disisipkan juga batasan-batasan dalam kajian ini. Selain itu biodata penglipur lara yang menjadi orang sumber bagi cerita-cerita rakyat yang menjadi bahan kajian dan kedudukan cerita lipur lara rakyat Terengganu dahulu dan sekarang turut termuat dalam bab ini. Bab ini agak penting kerana menjadi asas atau menentukan hala tuju kajian pengkaji. Bab 2 yang dikenali sebagai kerangka teoritis, mengandungi konsep-konsep seperti sastera rakyat, penglipur lara dan lain-lain yang menjelaskan maksud istilah 1stilah penting yang mempunyai hubung kait dengan bahan kajian. Malah dalam bab ini Juga turut memperincikan konsep estetika mengikut pandangan tokoh-tokoh falsafah dan rumusan konsep mengikut pandangan pengkaji yang dikukuhkan dengan pandangan pandangan sasterawan dan contoh -contoh daripada cerita-cerita rakyat. Bab ini juga akan memperkatakan model-model kajian terdahulu seperti model Strukturalisme, Formalisme, Fenomenologi, Rasa-Fenomenologi, Persepsi estetika dan multiple intelligence Bahagian 1ni menjelaskan huraian setiap model dan kekuatan serta kelemahan model-model tersebut dan mengaitkan kepentingan model-model ini dengan kajian pengkaji. Apa yang lebih utama dalam bab ini ialah perincian mengenai model yang digunakan dalam kajian ini iaitu model Persepsi Estetika Zakaria Osman dan model Multiple Intelligence Howard Gardner. Dalam bab tiga pula, memuatkan persoalan-persoalan penghayatan kita terhadap estetika isi yang merupakan peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam enam buah cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu yang menjadi fokus kajian. Dalam bab ini juga kita berpeluang melihat bagaimana isi cerita Lipur Lara ini berkeupayaan merangsang minat dan memberikan pengalaman estetika kepada pendengar yang menghayatinya. Segala keindahan ini terakam menerusi pendekatan model Persepsi Estetika yang merupakan salah satu kaedah kajian pengkaji. Manakala dalan bab empat kajian ini, merakamkan estetika pengucapan berdasarkan kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh penglipur lara. Melalui kecerdasan ini, kita dapat melihat keestetikaan pengucapan seseorang penglipur lara menerus1 penggunaan kata yang diselitkan dengan bahasa berirama, pantun, mantera, metafora dan lain-lain gaya bahasa. Keestetikaan juga terserlah melalui kepelbagaian cara atau teknik persembahan cerita lipur lara ini diperdengarkan. Gabungan kecerdasan linguistik, muzik, bodily kinestetik, interpersonal dan intrapersonal yang dimiliki penglipur lara mampu mempengaruhi jiwa dan minat pendengar untuk terus menghayati cerita-cerita yang disampaikan.
Text
Permasalahan industri kecil dan sederhana : kajian kes industri batik di Mukim Chendering, Terengganu
Abstrak
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah memberi impak yang besar kepada aktiviti ekonomi orang Melayu, kerana melalui dasar ini orang Melayu telah digalakkan untuk menceburkan diri dalam bËdang perindustrian dan perdagangan. Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan memberi perhatian kepada pembabitan usahawan Bumiputera dalam kegiatan Industri kecil dan sederhana (IKS). batik. Antara penglibatan orang Melayu dalam kegiatan IKS adalah dalam industri Industri batik di Malaysia merupakan industri yang dimonopoli oleh orang Melayu. Lantaran itu, pencapaian industri batik secara tidak langsung dapat menggambarkan pencapaian ekonomi orang Melayu. Walau bagaimanapun industri batik di Malaysia majoritinya masih bersaiz kecil dan sederhana walaupun ianya telah lama diusahakan. Oleh itu, terdapat pelbagai pandangan yang mengaitkan keadaan ini dengan nilai dan sikap orang Melayu yang dikatakan antara punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustri: Walau bagaimanapun, hasil kajian ini telah mendapati bahawa nilai dan sikap orang Melayu bukanlah faktor utamanya yang mempengaruhi pencapaian sesebuah perusahaan batik, tetapi gabungan daripada masalah ekonomi seperti masalah modal, sumber tenaga mahir, perkembangan teknologi, pemasaran dan pengurusan serta beberapa sikap tipikal orang Melayu seperti kurang berusaha, kurang berdikari dan bersikap tidak apa serta cepat berpuas hati menjadi faktor utama kegagalan mereka dalam membangunkan dan memperkembangkan industri batik. Justeru pandangan yang menyatakan nilai ekonomi yang terdapat dalam kalangan orang Melayu seperti nilai nasib dan rezeki, nilai kekayaan, nilai berkat dan nilai kolektif sebagai faktor utama kegagalan mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka adalah tidak benar. Malahan, nilai-nilai ini telah ditafsirkan oleh para pengusaha merngikut ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya. Selain itu, beberapa sikap orang Melayu yang dikaitkan sebagai punca kegagalan mereka dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan juga perindustrian juga turut mengalami perubahan ke arah yang lebih positif. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa penglibatan orang Melayu dalam Islam. ekonomi yang berasaskan perdagangan dan perindustrian telah menunjukkan anjakan paradigma yang lebih positif dari segi perubahan beberapa sikap tipikal mereka dan juga pegangan nilai ekonomi mereka yang benar-benar mengikut tatsiran ajaran agama
Text
Analisis bentuk tari joget gamelan
Abstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis proses penciptaan semula (reinvention) berdasarkan kepada perubahan dan perbezaan dalam persembahan Joget Gamelan di istana dan di luar istana. Joget Gamelan merupakan sebuah Tarian Klasik Istana yang dahulunya dipersembahkan sempena majlis rasmi di raja seperti perkahwinan, pertabalan, berkhatan dan bertindik. Untuk tujuan kajian, penciptaan (invention) dan penciptaan semula bentuk Joget Gamelan akan dijelaskan hanya melalui analisis terhadap tiga bentuk Joget Gamelan iaitu Joget Gamelan Perang Manggung. Kundang-kundang Mabuk dan Topeng. Pengkaji menggunakan manuskrip yang di tulis oleh Tengku Ampuan Mariam sebagai teks tarian, dan turut meneliti penciptaan semula struktur pergerakan Joget Gamelan sebagai gerak tari yang dipelajari oleh Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Penggunaan teori penciptaan oleh Eric Hobsbawm digunakan bagi melihat proses penciptaan dan penciptaan semula yang berlaku dalam ketiga-tiga bentuk Joget Gamelan tersebut. Secara emik dan diakroniknya, tesis ini akan meninjau sejarah dan latarbelakang Joget Gamelan Terengganu bagi melihat bagaimana proses penciptaan dan penciptaan semula berlaku seterusnya mengkategorikan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Justeru itu, tesis ini menyenaraikan proses perubahan Joget Gamelan Perang Manggung, Kundang-kundang Mabuk dan Topeng versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman telah melalui proses penciptaan semula dan kini berfungsi sebagai satu tuntutan pembelajaran.
Text
Penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua di SK Tanah Merah 1
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan kata tugas murid murid tahap dua di SK Tanah Merah 1. Subjek kajian adalah seramai 100 orang murid yang berusia sebelas tahun. Kesemua subjek kajian merupakan kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang yang sama iaitu dibesarkan di Kelantan. Penguasaan kata tugas yang dikaji berdasarkan penggunaan kata tugas dalam kelompok kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata pascakata. Subjek kajian mestilah menjawab 50 soalan objektif berkenaan kata tugas dan menulis sebuah karangan bertajuk 'Hari Sukan di Sekolah Saya'. Hasil dapatan pada bahagian soalan objektif menunjukkan kesemua subjek kajian tidak dapat menjawab 50 soalan yang dikemukan dengan betul. Kekerapan paling tinggi diperoleh subjek kajian pada bahagian kata penyambung ayat ialah 81.25 peratus dan 68.75 peratus yang diwakili oleh 22 orang. Seramai 51 orang subjek kajian berjaya menjawab semua soalan pada kelompok kata praklausa dengan betul manakala pada kelompok kata prafrasa dan pascafirasa pula seramai 22 orang memperoleh markah 77.7 peratus yang merupakan kekerapan markah paling tinggi. Pada bahagian karangan pula sebanyak 954 ayat telah dihasilkan oleh subjek kajian menggunakan kata tugas. Walau bagaimanapun 246 ayat merupakan ayat yang mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata tugas iaitu 87 ayat mengandung1 kesalahan pada kata penyambung ayat, 11 ayat mengandungi kesalahan pada kata praklausa dan 148 ayat mengandungi kesalahan pada kata prafrasa dan pascafrasa. Secara keseluruhannya pengkaji rumuskan bahawa tahap penguasaan kata tugas subjek kajian berada pada tahap yang sederhana. Subjek kajian didapati berupaya menghasilkan pelbagai jenis ayat menggunakan kata tugas. Namun begitu faktor seperti keliru dengan penggunaan kata tugas, terikut dengan penggunaan bahasa basahan, tidak tahu menggunakan kata tugas pada tempatnya, kesalahan membina ayat majmuk dan minat merupakan agen yang mempengaruhi penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua.
Text
The expression of the interior decoration in the traditional mosques in Malacca : a critical review in relation to islamic arts
Abstrak
This study is to assess whether the application of decoration in the traditional mosques are truly successful in emanati1ng ther true roles as perceived in Islam and whether the hidden function and their true roles are truly achieved. The overall view of ISLAM, Islamic Arts in relation to decoration, the importance of mosque as a place of worship to Allah, and as an important building in the Muslim world are discussed. The concept of Tawhid' as the doctrine in Islam; and the way Islam perceives Beauty in its decorative arts as a mean of contemplation and Remembering Allah are elaborated. In order to understand these hidden functions and messages, the overall approach, roles, functions and typologies of decoration are explained. The uniqueness of Islamic Arts characteristics, roles, meanings and principles are governed universally by the Islamic doctrine - Tawhid which expressed Oneness and Unity towards Contemplation to the One God Allah. By looking at these aspects, one can truly assess whether the current usage of decorative motifs in mosque is in full success or not. A cross-reference of these usages is established with the true roles and functions of these decoration motifs as decoration in relation to Islamic Art as a whole. Successful applications of the interior decorative motifs can then be established and recommended for future applications. IL is the intention of the study to be as an impetus for other broader and more critical analyses which can be made by others to fully comprehend the underlying concepts of the decorative motifs in the mosque interiors. This study is not an archetypal presentation of facts. A base reference study was made onto the oldest traditional mosque in the South East Asia region- Masjid Agng Demak in Central Java, Indonesia. Field studies were made to cover three selected traditional mosques in Malacca: Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera and Masjid Al Azim. These mosques were chosen based on their built age on two separate eras - the old traditional mosques: Masjid Kampung Hulu and Masjid Tengkera, have been built since the 18" Century and been treated as community mosques. These mosques are still in use, well maintained and conserved. The new traditional mosque, Masjid A1 Azim is of the 20" Century, is a new and larger scale mosque, treated as the State Mosque in Malacca Surveys were done to record and identify the decorative motifs in these mosques and to evaluate the users' awareness and the effectiveness of these decoration. The aesthetic criteria of the decoration elements which have profound impacts onto the users are also identified. Further more, a close examination and analysis regarding certain aspects of the physical characteristics of the decorative motifs are presented. Through the survey and observation study of these decoration, various physical and aesthetic factors were identified. These factors were then referred to formulate the general design criterion in relation to the application of decoration in mosque. By fully understanding the role of decoration, further improvements can be recommended to ensure better and effective usage of decoration particularty n mosques
Text
Gaya pembelajaran kanak-kanak lembam dalam pembelajaran bahasa Melayu : kajian kes di Kelantan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembclajaran, tahap kefahaman pembelajaran dan kesediaan belajar kanak-kanak lembam. Lima orang subjek kajian dipilih berdasarkan laporan pakar perubatan yang mengesahkan subjek kajian mengalami masalah lembam dan ditempatkan di bawah seliaan PPKI. Kajjan ini menerapkan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1896-1934) dan gabungan kaedah penyelidikan kajian kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian diperoleh berdasarkan pemerhatian berstruktur serta ujian dan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan. Hasil kajian berdasarkan pemerhatian mendapati gaya pembelajaran visual sebanyak 30%, auditori 17% dan kinestetik 17%. Berdasarkan kefahaman pembelajaran bahasa Melayu, dari segi huruf sebanyak 75.3% (pemerhatian) dan 94% (ujian), suku kata menunjukkan sebanyak 66% (pemerhatian) dan 90.5% (ujian) serta dari segi perkataan menunjukkan sebanyak 12% (pemerhatian) yang dapat membaca dan menulis dengan baik dan 78.5% (ujian). Hasil dapatan berdasarkan pemerhatian terhadap kesediaan belajar menunjukkan kesediaan kognitif sebanyak 22.9%, kesediaan afektif 24.8% dan kesediaan psikomotor 29.7%. Kesimpulannya, gaya pembelajaran yang paling dominan dalan kalangan kanak-kanak lembam ialah gaya pembelajaran visual. Dalam aspek kefahaman, pemerhatian menunjukkan kanak-kanak berada pada tahap sederhana. Namun begitu, berdasarkan ujian aspek huruf dan suku kata boleh dikuasai oleh kanak-kanak lembam tetapi dalam aspek perkataan mereka berada pada tahap sederhana khususnya, dalam proses membaca dan menulis. Dari segi kesediaan belajar, kanak-kanak lembam mempunyai kesediaan belajar tetapi berada pada tahap sederhana sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu, penekanan terhadap gaya pembelajaran visual boleh membantu meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran kanak-kanak lembam dalam aspek huruf, suku kata dan perkataan.
Text
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid disleksia : kajian kes di sebuah pusat disleksia
Abstrak
Murid-murid disleksia merupakan individu yang mengalami kesukaran dalam penguasaan membaca dan menulis. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid disleksia mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik di sekolah. Kajian kes ini bertujuan untuk membuat pengenalpastian jenis-jenis disleksia, menganalisis tahap penguasaan 2M murid-murid disleksia, dan menghuraikan strategi pengajaran kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang efektif yang digunakan oleh guru. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah memilih tiga orang subjek kajian yang berumur 10 dan 11 tahun untuk menjawab persoalan kajian. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data. Borang portfolio digunakan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang keluarga, aspek tingkah laku, dan ciri-ciri fizikal. Borang soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pembelajaran murid-murid disleksia ketika di dalam kelas. Teori Pembelajaran Instruksi Gagne (1985) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil ketiga-tiga ujian diagnostik mendapati bahawa M1 dan M2 tidak dapat menguasai ujian yang diberikan seperti tidak dapat membuat perbezaan huruf yang dilihat, tidak dapat membatangkan suku kata, tidak dapat menulis perkataan yang disebut, dan sebagainya, manakala M3 dapat menguasai kemahiran 2M hasil daripada strategi pengajaran yang efektif di pusat berkenaan. Secara am, murid-murid disleksia yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia memerlukan strategi pengajaran kemahiran membaca dan menulis yang efektif supaya dapat mengatasi masalah dalam aspek pembelajaran.
Text
Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah
Abtrak
Disertasi ini merupakan kajian yang meninjau Subdialek Baling yang dituturkan di Daerah Baling, Kedah, Malaysia. Subdialek Baling merupakan salah satu subdialek atau pecahan dari Dialek Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti fonem vang hadir dalam Subdialek Baling dan penyebarannya. Berdasarkan metodologi kajian, kajian ke atas Subdialek Baling menggunakan kaedah penyelidikan lapangan dengan pendekatan huluan. Data kajian Subdialek Baling diperoleh melalui bahan lisan di kampung-kampung yang terpilih. Pemerhatian terhadap aspek fonologi dalam Subdialek Baling melibatkan kajian secara deskriptif, dilakukan terhadap sistem vokal dan sistem konsonan. Kajian juga turut memberi perhatian terhadap rangkap konsonan yang hadir dalam Subdialek Baling. Setiap fonem vokal dan konsonan akan ditentukan berdasarkan penyebaran dan kelainan yang hadir dalam subdialek ini. Kajian ini menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Kenneth Lee Pike dan antara prosedur yang dikemukakan adalah berdasarkan daerah sebutan, cara sebutan dan kelainan atau variasi. Seterusnya secara tidak langsung kajian ini memperlihatkan adanya pengaruh dari dialek Patani dan dialek Perak yang bersempadanan dengan daerah Baling. Keadaan ini juga turut memberikan kepelbagaian dan ciri-ciri fonologi Subdialek Baling. Walau bagaimanapun, hasil dapatan daripada kajian fonologi ini menunjukkan bahav Subdialek Baling masih mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran dengan dialek Kedah, termasuklah dialek-dialek utara yang lain.
Text
Struktur frasa bahasa orang asli Duano
Abstrak
Kaijan ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan pendekatan struktural. Frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Orang Asli Duano adalah Frasa Namaan, Kerja, Adjektif dan Adverba. Frasa didefinisikan sebagai satu struktur yang terdiri sekurang-kurangnya dua kata. Seterusnya, tiap-tiap golongan yang telah dikenal pasti itu dianalisis berdasarkan penjenisan kepada frasa selapis dan kompleks. Berdasarkan distribusi dalam frasa, maka frasa selapis dibahagikan kepada frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa kompleks pula dibahagikan kepada frasa kompleks setara dan frasa kompleks tak setara. Sama seperti frasa selapis, penggolongan bagi frasa kompleks setara dan tak setara ini bergantung kepada pengisiannya. Frasa komnpleks setara juga dibentuk dengan menggunakan kaedah parataksis tanpa kata hubung atau dengan kata hubung setara. Seterusnya, frasa kompleks tak setara pula terdiri daripada dua atau lebih frasa yang dilapiskan dan salah satu frasa akan berfungsi dalam frasa yang lebih besar darinya. Pada amnya, susunan unsur adalah Inti + Keterangan, tetapi bagi Frasa Adjektif, terdapat juga Keterangan t Inti. Selain itu, jumlah frasa eksosentrik jauh lebih kecil daripada frasa endosentrik. Namun, bagi Frasa Adverba didapati sebahagian besar binaannya adalah frasa eksosentrik yang terdiri daripada Preposisi + Kata Penuh (dalam hal ini, Kata Penuh merupakan Kata Namaan).
Showing 201 to 250 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->