Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Penguasaan perkataan berimbuhan meN- dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' Ibrahim Yaacob
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian bagi melihat tahap penguasaan (penulisan) perkataan berimbuhan meN-, dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' lbrahim Yaacob, Kuala Lumpur. Seramai lima puluh empat (54) orang pelajar peralihan telah dijadikan sampel kajian. Mereka semuanya berbangsa Cina dan India. Kebanyakan mereka menghadapi masalah dalam menguasai bahasa Melayu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan perkataan berimbuhan meN, menganalisis kefahaman sampel kajian terhadap rumus penulisan perkataan berimbuhan meN- dan menganalisis hubungan faktor-faktor ekstralinguistik dengan penguasaan perkataan berimbuhan meN-. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen bagi mencapai objektif kajian. Antara instrumen yang digunakan ialah soalan berbentuk objektif (aneka pilihan) dan soalan pembinaan ayat menggunakan perkataan berawalan meN-. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan pengkaji menggunakan kaedah analisis data melalui program SPSS. Kajian ini mengaplikasikan Teori Monitor yang berkait rapat dengan kajian bahasa kedua. Teori Monitor menyatakan bahawa individu yang ingin mempelajari atau menguasai bahasa, perlu terlebih dahulu memahami hukum atau rumus bahasa tersebut. Dapatan kajian ini menepati pernyataan dalam Teori Monitor. Kajian penguasaan imbuhan meN- ini meliputi variasi me-, mem-, men-, meng- dan menge-. Dapatan kajian mendapati sampel kajian menghadapi masalah dalam menguasai imbuhan me- dan menge-. Ini kerana kebanyakan sampel kajian tidak memahami dan tidak mengetahui rumus penulisan imbuhan meN-. Selain itu, kajian ini juga melihat peningkatan kefahaman sampel kajian terhadap penguasaan imbuhan meN- setelah proses input' dijalankan. Perkara ini dibuktikan melalui ujian korelasi (Pekali Pearson Product Moment) yang menunjukkan nilai korelasi yang sederhana dan signifikan. Huraian lanjut tentang perkara ini terdapat di dalam bab 4. Pengkaji juga menganalisis faktor-faktor ekstralinguistik, hubungannya dengan peningkatan penguasaan imbuhan meN-. bagi melihat Pengkaji menjelaskan analisis terhadap 10 faktor ekstralinguistik di dalam bab 5. Hasil ujian Anova Satu Hala (One-way Anova) menunjukkan 1 daripada 10 faktor tersebut mempengaruhi markah ujian penguasaan imbuhan meN-. Faktor tersebut ialah faktor jantina. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor jantina mempengaruhi tinggi atau rendah markah ujian penguasaan imbuhan meN-, Dalam bab 6, pengkaji membuat kesimpulan keseluruhan terhadap kajian ini, disamping menyatakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu bagi menambah baik tahap penguasaan proses pengimbuhan khasnya dan tahap penguasaan bahasa Melayu amnya, dalam kalangan pelajar peralihan.
Text
Rural-urban migration : a case study of some problems confronting women factory workers in the electronics industry in Selangor
Abstrak
This thesis is a case study of rural-urban migration for investigating the problems faced by women factory workers in the electronics industry in Selangor. It specifically examines the economic, social and psychological aspects of these workers' life style in the city be it at work or after Work. The collection of information for this study involves among other things the conduct of a survey, interviews with the women workers, meeting with personnel officers in the electronic companies and officers in government bodies. The inf ormation gather ed was analysed to identify the problem areas - Economic, Social and Psycholog ical - as faced by these workers. The recommendations as put forward, would require the involvement of relatives in the village, as well as thne government. It is also suggested that the Workers themselves set up an orgnisation to cultivate independence and cohesiveness. It is hoped that these recommendations will be considered and ultimately be implemented.
Text
Retorik pujukan : kajian kes ceramah Haji Hadi Awang
Abstrak
Kajian ini menumpukan teks ucapan politik oleh Abdul Hadi Awang dari segi retoriknya. Lima buah teks ucapan politik beliau telah dipilih sebagai bahan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan penggunaan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan oleh pemeran berdasarkan teori yang dikemukan oleh Gary T.Hunt (1987). Dalam Bab 2, dibincangkan konsep retorik, sejarah perkembangan retorik, retorik pemujukan, dan jenis-jenis retorik pujukan. Turut dibincangkan ialah elemen elemen pemujukan dan pemujukan dalam bidang politik, iaitu semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya. Perbincangan yang berkaitan dengan aspek kebahasan terdapat dalam Bab 3. Dua aspek bahasa yang paling menonjol dalam ucapan oleh Abdul Hadi ialah penggunaan unsur ragam bahasa dan bahasa kiasan dibincangkan dalam bab ini. Bab ini juga membincangkan aspek pemilihan diksi yang terdapat dalam teks kajian. Penggemblengan ketiga-tiga unsur bahasa ini bermatlamat untuk memberitahu, menjelaskan, mempertahankan, meluahkan hasrat, idea, darn perasaan penutur. Analisis Bab 4 pula tertumpu pada aspek kepelbagaian teknik pemujukan oleh Abdul Hadi. Antara teknik pemujukan yang digunakan seperti teknik pengukuhan, teknik mengumpan sokongan, teknik permintaan tindakan, teknik menakut-nakutkan. teknik membangkitkan semangat, teknik beranalogi sebagai sindiran, teknik humor, teknik penonjolan kesopanan, dan teknik penyisian. Bab 5 merumuskan semua dapatan kajian yang telah dibuat dalam Bab 3 dan Bab 4. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang telah mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kebahasaan dalam ucapan pemujukannya bagi menghasilkan sebuah ucapan politik yang berkesan dan menarik.
Text
Melayu Kopidaun : eksploitasi kolonial dalam sistem tanam paksa kopi di Minangkabau Sumatera Barat (1847-1903)
Abstrak
Bagi sebagian torbesar negara-nega ra di Dunia Ke Tiga, khususnya di Asia Tenggara, sektor pertanian masih merupakan landasan utama dari kegiatan ekonomi penduduknya, Di Indonesia khususnya karena do minasi politik dan ekonomi tetap dipe gang oleh negara, maka kebijaksanaan-kebijaksanaan ekonomi yang dijalan kannya turut berpengaruh terhadap kehidupan ekonomi pen duduknya, Letalk mereka dalam masyarakat, pergulatan me reka dengan serba kemungkinan ekonomis tidaklah terlepas dari landasan ini.
Text
Proses pembudayaan masyarakat Melayu Pulau Tuba, Langkawi
Abstrak
Tulisan ini membicarakan kajian mengenai perkembangan anak-anak dalam sistem sosial masyarakat Melayu Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Analisis dilakukan terhadap perkembangan sosial dan proses pembudayaan yang berkaitan dengan penurunan dan penerimaan peranan sos ial, iaitu meliputi fungsi keluarga an peranan ibu bapa kemahiran, pembentukan kepada menyalurkan pengetahuan dan moral, nilai dan kepercayaan anak-anak, di samping proses anak-anak mener ima dan menghayati unsur -unsur peringkat pertumbuhan keluarga orientasi. dan tersebut di sepanjang perkembangannya di dalan Tulisan ini mengandungi enam bab dan tiga bab daripadanya , iaitu bab tiga, empat dan lima merupakan bab yang membincangkan masalah pokok tentang proses pembudayaan dalam keluarga Melayu di Pulau Tuba. Bab-bab yang lain itu saling berkaitan dalam menjelas merumuskan keseluruhan bahan kajian.
Text
Konseptual-kata kunci : aplikasi terhadap cerpen-cerpen karya Keris Mas
Abstrak
Cerpen-cerpen Keris Mas adalah gambaran pengalaman dan kehidupan penulisnya. Justeru gambaran kehidupan masyarakat dapat dilukiskan dengan jelas, terang, penuh kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab. Sebagai seorang penulis, Keris Mas tergolong dalam kelompok penulis yang tulisannya lantang, tajam dan kritis. Meneliti setiap cerpen yang telah dihasilkan oleh Keris Mas jelas kepada kita beliau telah menerapkan pemikirannya, ideologi politiknya, protesnya terhadap nafsu serakah segelintir ahli masyarakatnya, adat yang mengongkong kemajuan, pembelaannya terhadap golongan masyarakat bawahan yang sering tertindas dan sebagainya. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji konsepsi pengarang terhadap konsep perjuangan, konsep kemiskinan dan konsep kepimpinan berdasarkan cerpen-cerpan yang dihasilkan oleh Keris Mas. Seterusnya melihat perubahan masa, persekitaran sosial dan kehidupan, suasana politik, peningkatan usia, dan beberapa faktor lain mampu mempengaruhi konsepsi Keris Mas terhadap sesuatu konsep. Bagi menjelaskan atau membuktikan kenyataan ini, jalinan kata-kata kunci yang digunakan oleh Keris Mas dalam karyanya akan dikaji dengan menggunakan teori Konseptual-Kata Kunci bagi menentukan konsepsi Keris Mas terhadap sesuatu konsep. Justeru kajian ini juga bertujuan melihat kesesuaian pengunaan teori Konseptual -Kata Kunci terhadap konsep perjuangan, konsep kemiskinan dan konsep kepimpinan dalam cerpen-cerpen Keris Mas.
Text
Mak Yong sebagai wahana komunikasi budaya
Abstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis mesej dalam teater mak yong dari perspektif komunikasi. Mak yong dipilih sebagai tumpuan kajian kerana keunikan bahasa dan persembahannya yang tidak berdasarkan kepada skrip bertulis. Tujuan kajian ialah untuk mengetahui fungsi lambang dan permaknaan dalam teater mak Yong khususnya dalam ua buah cerita mak Yong iaitu Anak Raja Gondang dan Indera Dewa. Kajian ini meneliti mesej lisan dan bukan lisan melalui lakonan, tarian dan nyanyian dalam persembahan mak yong Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti penggunaan lambang dalam persembahan mak yong yang telah dirakam dalam pita video. Maklumat juga diperolehi daripada dua Orang tokoh mak yong dari Kelantan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang hubungan antara komponen dalam struktur penyampaian mesej, bentuk lambang dan tujuan penggunaannya serta makna dalam ungkapan atau ayat. Aspek sintaktik, semantik dan pragmatik dianalisis berpandukan teori semiotik dan teori komunikasi bukan 1isan Hasil kajian menunjukkan setiap komponen dalam aspek sintaktik dalam persembahan mak yong saling membantu untuk menjelaskan mesej yang hendak disampaikarn melalui dialog, ucap,t nyanyian dan tarian. Dari segi semantiknya, penggunaan lambarng lisan dan bukan lisarn dalam mak yong Gaya memberikan gambaran tentang kebesaran dan keagungan raja. bahasanya yang berbentuk kiasan, perbandingan dan metafora disampaikan mesejnya sukar di fahami. dalam dialek Kelantan menyebabkan Mesej yang disampaikan melalui mak yong mencerminkan pandangan masyarakat Melayu lama terhadap kedaulatan raja dan kesetiaan kepada raja dan digunakan untuk menghibur, mengkritik dan memberi pengajaran.
Text
Kajian pencapaian bahasa Malaysia murid-murid kelas peralihan
Abstrak
Kaiian ini cuba mendapatkan data-data tentang pencapaian Bahasa Malaysia murid-murid Klas Peralihan.
Subjek kajian ini terdiri daripada 64 orang murid-murid, iaitu 32 orang murid-murid Klas Peralihan di sekolah-sekolah menengah di Kuala Lumpur đan 32 orang murid-murid Darjah Enam di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di Kuala Lumpur. Bahan-bahan data ialah jawapan pada ujian bertulis yang dijawab oleh murid dari ujian yang disediakan oleh penulis.
Text
Novel-novel Melayu 1945-1956 : potret kedaerahan Melayu
Abstrak
Dari jumlah lebih kurang l68 buah novel, yang dipercayai telah dihasikan dalam period 945-1956, sejunlah 78 buah telah dapat di teliti dan dijadikarn bahan kajian dalam disertasi ini. Hasil penelitian itu menunjukkan adanya berbagai-bagai persoalan yang telah dibangkit kan oleh para novelis dalam period ini. Antaranya temasuklah kisah kisah yang berlaku sewaktu pendaratan tentera-tentera Jepun dan zaman pemerintahannya di Tanah Melayu. Dari berbagai-bagai persoalan itu di tinbulkan pula pemasalahan-pemasalahan gejala sosial yang melanda Tanah Melayu, tentang perkembangan pendidikan, pergelutan dalam pembangunan ekonomi serta pelbagai kecenderungan ke arah peningkatan kesedaran nasionalisme. Dari sinilah tunpuan pembicaraan tentang persoalan dipusat kan kepada sesuatu daerah tertentu dalam Tanah Melayu. "Tanah Melayu" diertikan sebagai kesemua jajahan Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Meskipun persoalan-persoalan itu agak universal, namun ada kriteria-kriteria yang tertentu yang mem bezakan sebab dan akibat kepada sesuatu persoalan yang itimbulkan itu antara satu daerah dengan daerah yang lain.
Text
Pengurusan sebuah institusi kesenian : kes istana budaya
Abstrak
Kajian penyelidikan ini menumpukan perhatian terhadap pengurusan seni nersembahan di Institusi Istana Budaya. Penyelidikan ini juga berobjektif untuk melihat seiarah penubuhan, kegiatan kesenian yang telah dipentaskan dan peranan Istana Budaya sebagai institusi kesenian serta kriteria-kriteria yang dikenakan oleh Istana Budava kepada penggiat seni. Selain itu, dilihat juga sambutan dan reaksi orang ramai terhadap Istana Budaya. Pada waktu penyelidikan dijalankan pengurusan dan pentadbiran Istana Budaya dipertanggungjawabkan kepada Pemangku Pengarah, Norliza Rofli yang menjalankan kerja-kerja pengarah. Sepanjang penglibatan beliau selama hampir dua tahun ( Mei 1999 -April 2001) sebagai pemangku pengarah di Istana Budaya, pelbagai isu negatif telah timbul. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan yang terlibat walaupun Istana Budaya mempunyai sistem kerja yang tersusun. Sikap pihak di Istana Budaya yang memandang rendah kepada penggiat seni yang baru dan muda telah menjadi polemik kerana mereka telah diketepikan sebaliknya lebih memberi peluang kepada mereka yang ternama seperti Dr. Hatta Azad Khan, Zakaria Arifin, dan Othman Ghani yang turut terlhbat di dalam kementerian. Penglibatan mereka dalam kalendar 2000 pementasan di IStana Budaya secara tidak langsung telah menutup peluang kepada penggiat sen1 di luar untuk merealisasikan impian mereka bagi mementaskan karya.
Text
Pengurusan organisasi teater : kajian kes Majlis Teater Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kajian ini melihat kepada pengurusan organisasi teater yang mengambil kes Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) yang ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhan TEMA dikatakan sebagai penanda bermulanya era baru dalam pembangunan teater tanah air dekad tersebut. Justeru itu, kajian ini akan meninjau peranan TEMA serta struktur pengurusannya sebagai organisasi teater tidak komersil yang menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan teater, termasuk pementasan dan acara-acara yang bersifat akademik mahupun separa akademik. Pengurusan ialah kaedah, cara dan seni penyelesaian masalah secara sistematik dalam konteks kolektif, sementara organisasi bermaksud institusi atau kumpulan fungsian. Dengan kaedah dan skop yang dikemukakan, kajian ini melihat keberkesanan TEMA sebagai organisasi teater Melayu dalam konteks pengurusan dan pengorganisasiannya. Dalam masa yang sama, ia memperlihatkan tahap pengurusan dan pengorganisasian teater Melayu serta perkembangannya dewasa ini. Dalam melihat bentuk pengurusan teater yang sistematik, kajian turut melihat nilai-nilai profesionalisme berdasarkan empat (4) objektif pengurusan latu; pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan yang disesuaikan dengan kerangka teori SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis ini juga dikenali sebagai analisis situasi. Analisis SWOT atau analisis situasi ini merupakan salah satu cabang dalam teori perancangan strategik yang dikemukakan oleh Certo, Stoner, Wankel dan juga Kreitne. Tanpa mengenal pasti keempat-empat faktor ini secara jelas dan konkrit, pencapaian matlamat organisasi akan terhalang atau terganggu kerana keempat-empat faktor ini memberi definisi sebenar tentang realiti organisasi. Kesimpulannya, perancangan strategik adalah penting dalam menentukan masa hadapan sesebuah organisasi termasuk organisasi seni. Organisasi seni yang tidak berorientasikan keuntungan, walaupun berbeza dengan organisasi perniagaan, tetap perlu mengaplikasikan perancangan strategik dalam konteks menghasilkan kejayaan jangka panjang yang positif.
Text
Pelajaran dan mobiliti [intergenerasi dan intra-generasi] orang Asli : satu kajian kes orang asli di batu 11 1/2 Gombak, Selangor
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian kes yarg dibuat ke atas satu kumpulan orang Asli yang tinggal di Batu 11, Gombak, Selangor. Kajian ini cuba memperlihatkan dua aspek perubahan yang berlaku di kalangan mereka iaitu pelajaran dan mobiliti.
Text
Satu kajian mengenai kemahiran asas bacaan murid-murid Darjah II dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi-bunyi sukukata
Abstrak
Kajian ini menumpukan perhatian kepada lima aspek kemahiran asas bacaan dan kebolehan membaca.
Text
Loghat Melayu Johor : dan perhubongan-nya dengan bahasa umum, suatu cherakinan kajimofim
Abstrak
Tujuan pengkajian ini ia-lah terutama-nya untok mencherakin mofim2 loghat Johor, berdasarkan loghat yang di-tutorkan di-Johor Bahru. Hasil daripada cherakinan ini kemudian-nya di-bandingkan dengan mofim2 bahasa umum.
Text
Syair Agung : analisis perbandingan dan penurunan teks [Jilid 2]
Text
Syair Agung : analisis perbandingan dan penurunan teks [Jilid 1]
Abstrak
Kajian ini menitikberat pada kerja-kerja mentransliterasi (menurunkan), mengedit dan menentukan kedudukan sebuah syair Melayu, iaitu SA. Andaian-andaian awal meletalkkan bahawa SA merupakan se buah syair yang berpengaruh Hindu dan juga Jawa. Berdasarkan penelitian ke atas plot, tema watak dan perwatakan dalam syair ini, ternyata ianya menanpakkan persamaan dengan HSR dan CP berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut. Dengan menggunakan kaedah perbandingan teks, kajian ini dijalankan dengan membandingkan SA, HSR dan CP berdasarkan plot, tema dan watak. Hasilnya kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Jilid l merupakan analisis terhadap naskah SA dan penentuan kedudukannya dalam syair Melayu. Jilid II merupakan teks SA yang telah ditransliterasikan dan diletakkan sebagai lampiran,
Text
Hikayat Bahram Syah : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Disertasi ini berasaskan kajiaan terhadap teks Hikayat Bahram Syah (HBS). Kajian yang terbahagi kepada enam bab ini membicarakan aspek-aspek tertentu yang cuba menyerlahkan Hikayat Bahram Syah sebagai sebuah hasil sastera hikayat yang kava dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Bab I membicarakan tentang identifikasi masalah, rumusan masalah, tujuan kajian, batas kajian, kajian-kajian lalu, kedudukan HBS dalam kesusasteraan Melayu, kerangka teori, kaedah, konsep dan kesimpulan, sebagai daya gerak permulaan untuk melanjutkan pembicaraan teks terhadap aspek-aspek lain. Bab II menumpukan perbincangan tentang pengenalan, versi-versi lain, synopsis, kondisi naskhah dan gaya bahasa teks Hikayat Bahram Syah. Bab III merupakan Teks Hikayat Bahram Syah yang telah ditransliterasi menggunakan kaedah standard. Bab ini menjadi asas untuk melihat pelbagai aspek yang terkandung dalam teks tersebut. Bab IV ialah bab yang memperinci teks dari aspek tema dan persoalan-persoalan sampingan, bahasa dan pelbagai unsur seperti lipur lara, pengajaran, dan pengaruh Islam yang terkandung dalam Hikayat Bahram Syah.
Text
Kajian intertekstualiti novel Tengku Menteri
Abstrak
Disertasi ini berasaskan kajian terhadap novel Tengku Menteri karya Talib Samat yang berbentuk sejarah autobiografi Tengku Menteri, iaitu seorang ahli korporat negeri Perak. Perbincangan ini dikaitkan dengan hubungan 'teks dalam sebuah teks,' yang menekankan bahawa pengarang sangat dipengaruhi oleh 'tek individu' dan 'teks sosial' dalam menghasilkan sesebuah karya. Fahaman ini telah diperkenalkan oleh Julia Kristeva dalam teori intertekstualiti yang bertolak daripada fahaman dialogikal Mikhail Mikhalovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinan de Saussure serta telah diperincikan oleh beberapa orang sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Rifaterre dan Harold Bloom. Beberapa rumus intertekstualiti akan dilihat dalam hubungan antara teks awal (hipoteks) dengan teks baru (novel Tengku Menteri) yang dihasilkan. Teks-teks awal (hipoteks) itu dianalisis berdasarkan klasifikasi daripada teks tradisional, teks sejarah, teks agama dan teks lain oleh pengarang sendiri. Analisis terhadap hubungan intertekstualiti ini menemukan keakuran terhadap teks awal (hipoteks) ini berperanan dalam mempengaruhi penghasilan sebuah karya yang baru berbentuk sejarah yang memperlihatkan olahan pencerekaan yang bercirikan: pertama, keakuran pengarang melakukan penyalinan semula (transformasi) peristiswa peristiwa tertentu supaya sesuatu fakta itu dapat dilihat dengan jelas, kedua, kecenderungan pengarang melakukan mengubahsuaian, tokok tambah, dan pemilihan peristiwa (modifikasi) yang bersesuaian dalam menghasilkan sebuah novel sejarah yang kreatif (teks baru) dan ketiga, pemikiran pengarang dalam memindah, mengubah dan memanjangkan (ekspansi) teks awal bagi keperluan dalam sebuah cereka imaginatif yang masih terikat dengan fakta sejarah ini.
Text
Ayat majmuk berketerangan bahasa Melayu : satu huraian tatabahasa transformasi-generatif
Abstrak
Kajian ini berupa analisis ke atas ayat majmuk berketerangan Bahasa Melayu (BM). Satu daripada tiga subjenis ayat majmuk pancangan dalam keluarga ayat majmuk. Penganalisisan ayat majmuk berketerangan dalam kajian ini menggunakan rangka Tatabahasa Transformasi-Generatif (TTG) Model Teori Standart 1965.
Text
Penerapan teori Takmilah dalam sajak-sajak Melayu Patani
Abstrak
Kajian ini bertajuk "Penerapan Teori Takmilah dalam Sajak-sajak Melayu Patani", dengan memfokuskan sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gapura Takwa (1989) karya Azhar Karimi; seorang penulis sajak yang dianggap oleh kebanyakan pengkritik sebagai seorang penyajak yang amat prolifik dan mempunyai ketokohan yang tersendiri di Selatan Thailand. yang Kajian ini menggunakan empat prinsip teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan bersifat Kamal, prinsip hubungan takmilah dengan pengkarya yang mengistikmalkan diri, prinsip hubungan takmilah dengan khalayak yang memupuk arah insan Kamil dan prinsip hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik. Berdasarkan penelitian dengan menggunakan prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal didapati bahawa sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi sesungguhnya kaya pada Allah. dengan unsur ketuhanan dengan bertujuan menggambarkan sifat kesempurnaan yang ada Penyajak menonjolkan sajak-sajak yang memperlihatkan kesempurnaan, kebesaran dan kekuasaan Allah yang begitu kental dan mendalam. Maka ia menepati prinsip tersebut. Berdasarkan prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri, kajian mendapati sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi menggambarkan keperibadiannya sebagai penyajak Islam yang berusaha mengistikmalkan dirinya sebagai muslim yang sempurna. Sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gpura Takwa banyak menonjolkan amalan yang dapat memupuk diri penyajak sebagai seperti menunaikan sembahyang wajib, sembahyang sunat pada waktu malam. bermunajat, bertaubat, berdoa dan sebagainya. Sajak-sajak Di Gapura Takwa bukan sahaja mencerminkan keperibadian penyajak tetapi turut menyemaikan nilai-nilai murni yang dapat mentakmilahkan khalayak ke arah insan Kamil. Sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi ternyata mempunyai nilai-nilai keislaman seperti akidah, syariat, akhlak. muamalat. dakwah dan sebagainya ke arah pembentukan insan Kamil, iaitu mencontohi peribadi terpuji Rasulullah sWT. Berdasarkan prinsip yang melihat hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik, didapati bahawa sajak-sajaknya mencapai estetika vang disarankan oleh teori Takmilah iaitu mempunyai keindahan maknawi dan keindahan lahiriah. Berdasarkan keempat-empat prinsip yang digunakan dalam mencari keiakmilahan sajak-sajak Di Gapura Takwa, ternyata bahawa ia sesuai diaplikasikan dengan teori Takmilah kerana kumpulan sajak tersebut adalah karya yang herunsur Islam dengan membawa tema yang menyentuh soal ketuhanan. akidah dan ibadat Penyair berjay a mengungkapkannya dengan gaya bahasa yang indah dan menarik serta mengajak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil.
Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah : (satu kajian tentang sistem budaya)
Abstrak
This thesis is a case study on the cultural system of the Ba,jaus of Omadal Island, Semporna, Sabah. The study focuses on the kinship system, stages in the life -cycle of an individual : pregnancy-birth, marriage and death, and the belief system. A brief account of the ethnic background of Sabah, with special emphasis on the Bajaus, is given in Chapter I, and this is follow ed by an account of the social, dem ographic, econ omic and histori cal background of the place of study in Chapter II. This back ground information is felt necessary for a fuller unde rstanding of the Bajaus and their way of life.
Text
Strategi pembelajaran bahasa metakognitif bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh pelajar-pelajar asing
Abstrak
Terdapat empat objektif utama yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini. iaitu: (1) mengenal pasti dan mengupas sama ada pelajar-pelajar asing sedar,. mengetahui dan menggunakan strategi-strategi pembelajaran bahasa khususnya strategi pembelajaran metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing, (2) meneliti strategi-strategi pembelajaran bahasa metakognitif yang digunakan oleh pelajar-pelajar asing semasa mereka mempelajari BM sebagai bahasa asing, (3) memerhatikan dan meneliti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) yang dapat dilihat dan diperhatikan apabila pelajar-pelajar asing menggunakan strategi-strategi pembelajaran bahasa metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. dan (4) mencadangkan dan menyarankan satu Model Strategi Pembelajaran Bahasa Metakognitf BM sebagai Bahasa Asing untuk membolehkan pelajar-pelajar asing khususnya untuk merangka strategi pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. Penyelidikan ini melibatkan seramai 164 orang pelajar asing yang sedang mengikuti kursus mata pelajaran wajib MPW 1123 Bahasa Kebangsaan (B) di sebuah IPTS yang terletak di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Reka bentuk penyelidikan ini dirangka berdasarkan kepada tiga rangka utama, iaitu: (1) Skema Klasifikasi Asas Strategi Pembelajaran Bahasa Brown dan Palincsar (1982), (2) Taksonomi Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford (1990) dan (3) penggubalan dan penstrukturan soal-selidik pengilhaman, menggunakan pendekatan 5W + 1H, iaitu apa, siapa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana. Soal selidik digunakan sebagai metod penyelidikan utama celain daripada pemerhatian dalam bilik darjah dan temu bual. Data telah dikumpul dan dianalisa berlandaskan pendekatan analisa statistik deskriptif kekerapan dan analisa statistik deskriptif min dalam perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan-dapatan setelah diperolehi dan dianalisa ini dipaparkan melalui pendekatan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Empat dapatan tersebut ialah: (1) para responden sedar, mengetahui dan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. (2) para responden menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa metakognitif, strategi pemusatan pembelajaran, penyusunan dan perancangan pembelajaran serta pemonitoran dan penilaian pembelajaran BM sebagai bahasa asing, kecuali satu strategi pembelajaran bahasa metakognitif yang tidak digunakan oleh majoriti para responden, (3) pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman telah dikenal pasti apabila para responden menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa metakognitif BM sebagai bahasa asing. dan (4) suatu model (pindaan dan baru) pembelajaran BM sebagai bahasa asing telah dicadangkan sebagai satu langkah untuk memantapkan proses pembelajaran BM sebagai bahasa asing di kalangan pelajar-pelajar asing. Rumusan, kesimpulan, implikasi dan cadangan lanjutan penyelidikan telah dibincangkan pada bahagaian akhir penyelidikan ini.
Text
Hikayat Indera Bangsawan : sebuah transkripsi dan kajian
Abstrak
Skripsi ini mengandungi dua komponen pokok, Pertama transkripsi Hikayat Indera Bangsawan.
Text
Pembangunan komuniti di rancangan Felda : satu kajian kes di rancangan Felda Sungai Tiang, Kedah
Abstrak
Ini ialah satu kajian sosio-ekonomi di rancangan Felda Sungai Tiang, di negeri Kedah. Tumpuan kajian ialah ke atas setakat mana objektif-objektif pembangunan dicapai dan masalah masalah yang dihadapi oleh Felda dalam usaha-usahanya untuk mengujudkan satu golongan petani moden dan maju yang dapat menghadapi perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran moden.
Text
Bahasa Melayu di ruang siber : satu kajian kes
Abstrak
Kajian ini mengkaji kekreatifan penggunaan bahasa Melayu di ruang siber. ia bertujuan untuk mengenalpasti unsur linguistik dan nsur bukan lingustik yang ada pada bahasa ini dalam konteks ruang siber. Dengan itu, enam sampel teks perbualan telah dikutip daripada sebuah ruang sembang maya tempatan, iaitu bilik sembang maya #Malaysia: 1#. Kajian ini telah memanfaatkan pendekatan kualitatif dan teori akomodasi oleh Giles (1973) dalam bahagian metodologi dan analisis data. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan ciri-ciri unik bagi bahasa Melayu di ruang siber dan dapatan telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat sebelas cara bahasa Melayu telah dimanipulsikan, termasuk penggunaan singkatan, rebus writing, pengulangan huruf dan tanda baca dan sebagainya. Unsur-unsur linguistik yang unik ini telah digunakan secara ketara untuk tujuan tertentu atau untuk menyampaikan mesej tertentu. Pada masa yang sama, tiga unsur bukan linguistik juga boleh dijumpai dalam data, termasuk kata-kata aksi, emotikon, dan gambar yang berwarna-warni yang digunakan bersama ujaran yang tertulis. Akhir sekali, dapatan juga menunjukkan kewujudan fenomena penukaran kod dalam ruang sembang maya tempatan dan didapati ia boleh berlaku pada pelbagai peringkat bahasa, termasuk pada peringkat morfem, perkataan dan frasa.
Text
Analisis teks ucapan RMK-9 : pendekatan pragmatik
Abstrak
Kajian ini merupakan pentafsiran pragmatik terhadap teks ucapan RMK-9. Tujuan kaiian ini ialah untuk menganalisis lakuan tutur yang digunakan oleh Dato Seri Abdullah Badawi dan niat komunikatifnya menurut teori Searle (1969) dan Bach dan Harnish (1979). Turut menjadi tumpuan kajian ialah aspek strategi komunikasi dan kesopanan yang dimanfaatkan oleh penutur ucapan RMK-9 untuk menyampaikan ucapannya dengan berkesan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan ujaran dalam ucapan RMK-9 terdiri daripada lakuan komisif diikuti dengan asertif. Ini membuktikan fungsi ucapan tersebut sebagai pemberian janji terhadap langkah yang bakal diambil oleh kerajaan dan janji-janji ini disokong dengan pelbagai asertif dalam bentuk pernyataan maklumat. Di samping itu, didapati bahawa penutur banyak menggunakan kaedah langsung untuk membentangkan RMK-9 secara terus terang, walaupun kaedah tak langsung turut digunakan dalam situasi tertentu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesopanan adalah satu ciri yang penting dalam ucapan RMK-9 memandangkan kesopanan digunakan sebagai salah satu strategi untuk berkomunikasi dalam konteks mesyuarat Dewan Rakyat. Pada keseluruhannya, kajian ini dapat menyumbang kepada pemahaman pragmatik terhadap cara manusia berfikir dan melakukan kerja menerusi bahasa, di samping memberi pengertian makna dalam konteks sesuatu peristiwa komunikasi. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi.
Text
"Kritikansastera" dalam kesusasteraan Melayu moden (1935-1955)
Abstrak
Kajian ini merupakan perintis yang mempelupuri usaha-usaha akademik mengkaji kritikan sastera dalam kesusteraan Melayu moden.
Text
Kesinambungan topik dalam bahasa Melayu
Abstrak
Tujuan asas kajian ini ialah memperkenalkan konsep kesinambungan topik dalam Bahasa Melayu dengan berdasarkan karya sastera (prosa) moden. Aspek sintaksis khususnya bentuk-bentuk frasa gabungan sintakmatis - Paradigmatiks.
Text
Furniture of the Dutch colonial period in Melaka
Abstrak
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyelidik serta memgumpul ciri-ciri rekabentuk perabot-perabot zaman Belanda di Melaka sekitar tahun 1641 -1824. Kebanyakkan perabot boleh didapati di " Stadthuys" di bandar sejarah ini selain itu boleh juga didapati di Gereja Christ Church Melaka. Setiap rekabentuk dan ukiran dikaji dan juga dibezakan dengan perabot yang lain dimana tanya dihasilkan mengikut hasil seni Belanda. Kajjan ini juga meliputi juga budaya budaya lain yang terdapat di Melaka seperti seni ukir Cina, seni ukir Melayu dan juga seni ukir India dan juga budaya-budaya lain yang terdapat di Asia. la juga menunjukkan terdapat sedikit unsur-unsur senireka Belanda ketika itu. Ini menandakan dari segi politik dan sosial setiap etnik di Melaka dipengaruhi corak budaya orang-orang Belarnda. Kajjan juga dibuat bagaimara perabot itu dihasilkan seperti jenis kayn yang digunakan, teknik pembuatan serta ukiran yang dihasilkan. Pengaruh dan mekne perabot yang dibuet di rantau ini menggambarkan rumeh yang dibina olah Belanda di Melaka. Reakbentuk rumah dibana bersesuaian dengan iklim di Melaka tetapi ciri-cirinya yang dihasilkan mengikut kaedah dan ciri rekabentuk Belanda.
Text
Pemikiran dalam novel Mohd. Affandi Hassan : analisis dari sudut kajian budaya
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis aspek pemikiran budaya Mohd. Affandi Hassan lewat novel-novelnya dengan menggunakan pendekatan Kajian Budaya (Cultural Studies). Lima buah novel: Tampang Sasterawan, Citra Pujangga, Wajah Pendeta, Aligupit, dan Jejak Warisan dijadikan bahan kajian selain sumber-sumber lain yang menyokong hujah dan pemikiran dari sudut Kajian Budaya. Pemahaman konsep Kajian Budaya dalam kajian sastera diperkukuh dengan pendekatan oleh Chris Barker dan Nyoman Kutha selain Ben Agger untuk menggeledah sudut-sudut budaya dalam lingkungan hidup masyarakat Malaysia yang hidup dalam karya Mohd. Affandi Hassan. Kekuatan analisis menggunakan pendekatan Kajian Budaya telah menemukan sikap dan pemikiran pengarang terhadap persoalan budaya dan pembinaan kebudayaan dalam konteks ketamadunan. Pengetahuan adalah sumber penting dalam pembinaan budaya yang dapat membina narasi besar tentang diri dan masyarakat selain memperkukuh jati diri dalam menghadap gugatan nilai di pentas global. Idea-idea mengenai pembinaan diri dan masyarakat ini diungkap dengan baik oleh Mohd. Affandi Hassan sementara bedah siasat Kajian Budaya meletakkan peranan sastera dalam masyarakat sebagai agen pembina budaya. Jelas, kajian yang menggunakan Kajian Budaya untuk melihat pemikiran pengarang tentang budaya dalam karya sangat relevan, bahkan sosiobudaya dalam karya dapat dianalisis dengan rangka pemikiran yang bersifat kesemasaan dengan nilai intelektual yang dipaksakan dalam perbincangan. Kajian ini berjaya mengangkat sikap, tanggapan dan pemikiran Mohd. Affandi Hassan tentang watak dan perwatakan entiti manusia yang membangunkan identiti masyarakat berbudaya. Mohd. Affandi Hassan ternyata mengedepankan nilai teras - agama dan budaya - yang muni/sejati (esensial) bagi pencerahan subjek/entiti, gender dan etnik di samping daya tahan melawan nilai baharu seperti liberalisme dan sekularisme yang bertopeng modenisme. Mohd. Affandi Hassan melihat kuasa dan politik dalam penentuan agenda kebangsaan yang berteras jati diri bangsa, budaya dan agama sebagai unsur paling utama. Kajian ini juga menemukan keperluan pengarang merakam nilai budaya dalam karya serta usaha setiap pengarang untuk menghasilkan karya sastera yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan budaya kerana karya sastera seharusnya menjadi magum opus masyarakat bertamadun.
Text
Cerita-cerita rakyat Kelantan : analisis struktur cerita
Abstrak
Dalam pengkajian ini fokus kajian adalah kepada cerita-cerita Mak Yong Kelantan. Sebanyak tiga buah cerita Mak Yong telah dipilih untuk dianalisis. Dalam penulisan ini teori pendekatan struktural digunakan untuk menganalisis aspek dalaman bahan kajian. Sehubungan dengan itu, bagi membuat analisis dari aspek plot cerita, model morfologi V.Propp digunakan, kerana kaedah V.Propp dikatakan yang terbaik dalam melihat keseragaman plot cerita. Sehubungan dengan itu juga dalam menganalisis aspek tema, watak dan latar bagi cerita Mak Yong itu dibuat perbandingan dengan tiga buah cerita Awang Belanga yang menjadi bahan kajian oleh Mustafa Mohd Isa (1987) dan tiga buah cerita Tarik Selampit yang menjadi bahan kajian oleh Siti Aishah Mat Ali (1983). Oleh kerana cerita-cerita Mak Yong ini diperoleh secara lisan yakni secara kajian lapangan dari penutur cerita yang ditemui, maka perbincangan berkaitan tentang tukang cerita juga dilakukan meliputi aspek pemikiran dan kepercayaan tukang cerita. Hasil dari penelitian yang dilakukan didapati cerita-cerita rakyat ini sama ada cerita Mak Yong atau cerita Awang Belanga atau cerita Tarik Selampit, secara umumnya adalah berasaskan kepada satu bentuk struktur cerita yang hampir sama. Seakan terdapat satu acuan khas dalam mempersembahkan cerita tersebut.
Text
Pengetahuan dan teknologi Melayu berhubung penggunaan senjata api : analisis naskhah ilmu bedil
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan pemerhatian penting ke atas sekelompok naskhah yang merupakan korpus pengetahuan-teknologi orang Melayu berhubung teknik mengguna kan senapang istinggar dan terakul; di mana kedua-dua teknologi senjata api itu telah dikenali sejak kurun ke-16 atau ke-17. Kelompok naskhah yang dinamakan sebagai Kumpulan Naskhah Ilmu Bedil (KNIB) ini bukan sahaja tidak permah didalami sehing ga sekarang, malah sebahagian besar daripada isinya masih belum didedahkan kepada khalayak umum. Signifikan terbesar yang dibawa oleh KNIB ialah tentang kompleksiti teknologi orang Melayu yang mengetengahkan kecekapan pengendalian peralatan berdasarkan peramatan dan penilaian mengikut jangkaan kebudayaan mereka, di mana teknik pengendaliannya didapati wujud secara berintegrasi dengan komponen unsur bukan fizikal. Justeru, huraian mengenai bagaimana mereka menggunakan "perisian" berteraskan pengetahuan budaya untuk bertindak balas terhadap stimuli teknologi sen jata api yang asing menjadi poin penting dalam melihat pengoperasian teknikal yang difahami dengan cara tertentu sebagai pernyataan nilai khusus oleh mereka sebagai pengguna teknologi. Kekhususan tersebut memperlihatkan percanggahan nilai terhadap teknologi tidak sebagaimana yang lazim diterima. Teknologi senjata api digunakan me ngikut konteks kebudayaan dan KNIB menterjemahkannya berdasarkan makna keber kesanan aplikasi dalam mod teknik yang spesifik. Dengan demikian, disertasi ini mem berikan penegasan bahawa teknologi perlu difahami daripada konstruksi peramatan dan penilaian pihak yang mengadaptasi selaku penerima-pengguna teknologi itu sendiri.
Text
Keris Raman dalam masyarakat Melayu : kajian kes di Belukar Luas, Raman, Yala, Selatan Thailand
Abstrak
Ini adalah kajian mengenai peranan keris Raman dalam masyarakat Melayu: kajian kes di Belukar Luas, Raman, Yala, Selatan Thailand. Tujuan kajian ini untuk memperkukuhkan seni keris Raman sebagai seni yang dimiliki oleh orang Melayu di Raman atau meliputi orang Melayu di selatan Thailand dan juga merupakan pusaka seni sejak kerajaan Patani dahulu. Pada kajian ini juga untuk melestarikan seni keris Raman agar peranan yang masih tersirat dapat diketahui dan dijaga bersama oleh generasi akan datang, Pada tahap ini keris Raman telah membuktikan pelestariannya melalui beberapa peranan keris Raman yang ketara dan peranan yang tidak ketara, manakala peranan yang ketara adalah peranan yang diawasi oleh Kementerian-kementerian iaitu Kementerian Kebudayaan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan. Peranan seperti ini juga meliputi peranan keris Raman sebagai produk ekonomi, sebagai subjek pilihan dan sebagai warisan kebudayaan negara. Peranan yang tidak ketara pula adalah peranan yang tidak diawasi oleh Kementerian-kementerian mana pun dan meliputi peranan sebagai alat dalam adat istiadat, perhiasan dalam perkahwinan, alat dalam tarian silat dan pemberian dan pusaka.
Text
Theoretical framework of islamic global order : a classical account
Text
Kata adverba dalam karya Halis Azhan Mohd Hanafiah / Vijaya Letchumi Karuppiah
Abstrak
Kaiian ini bertujuan untuk meneliti kata adverba yang sudah lama menimbulkan orseslan dalam dunia bahasa Melayu. Ramai tokoh bahasa berbincang dan berdebat tentang gejala kata adverba. Namun, perbincangan tersebut tidak membawa kepada satu kata putus yang dapat menangani perSoalan tentang kata adverba. Maka, kajian ini menghalusi data kata adverba yang diperoleh daripada novel Azfa Hanani karangan Halis Azhan Mohd Hanafiah, terbitan edisi pelajar 2010. Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah kajian teks. Sebanyak 303 data kata adverba dikenal pasti daripada bahan kajian. Data kata adverba yang dikumpulkan dibahagikan kepada bentuk kata adverba menggunakan pendekatan sintagmatik dan paradigmatik. Empat bentuk kata adverba dapat diklasifikasikan berdasarkan data dalam kajian, iaitu kata adverba bentuk jati, kata adverba asalnya kata adjektif, kata adverba asalnya kata kerja dan kata adverba gandaan. Berasaskan pengertian dan huraian tokoh-tokoh bahasa Melayu, data kajian dikategorikan kepada tujuh jenis, iaitu kata adverba cara, kata adverba masa, kata adverba kekerapan, kata adverba kesungguhan, kata adverba sifat perasaan, kata adverba ketidakpastian dan kata adverba jarak. Bagi menganalisis kedudukan kata adverba dalam binaan ayat, teknik rajah pohon daripada teori Transformasi-Generatif yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan kata adverba adalah dalam frasa subjek, frasa predikat dan bahagian bahagian predikat. Dapat disimpulkan bahawa kata adverba berfungsi sebagai penerang kepada kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/frasa adjektif, frasa sendi nama, kata adverba lain dan kepada ayat.
Text
Perkembangan dan bentuk Syair ikan terubuk pada masyarakat Melayu Bengkalis
Abstrak
SIT terdapat mitos dan legenda yang mengambil peranan penting dalam sebuah karya sastera Melayu Bengkalis. Pada perkembangannya unsur-unsur mitos dan legenda mempunyai pengaruh yang sangat besar dan mendominasi pada masyarakat Melayu Bengkalis. Adapun mitos merupakan kepercayaan yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan satu keyakinan terhadap sesuatu hal yang tidak bisa diterima oleh akal sehat namun diyakini ada. Sedangkan legenda merupakan cerita-cerita rakyat masa lalu yang terkadang menjadi cermin kehidupan masyarakat Melayu Bengkalis dan diperlukan pengkajian yang dalam apakah sebuah cerita tersebut memang ada atau hanya sekadar fiksi sahaja. Seperti mnitos, keberadaan ikan terubuk dan Puteri Puyu Mas yang menguasai alam ghaib serta mitos-mitos sebuah daerah yang bersangkut paut dengan ikan terubuk.
Text
Tanda pemikiran dan tanda emosi dalam Sangeetha : kajian semiotik
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan yang dijalankan dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Bahan yang digunakan dalam kajian ialah novel Sangeetha yang dihasilkan oleh penulis prolifik, Azizi Haji Abdullah. Novel ini menggunakan banyak tanda yang memerlukan pemahaman dan pentafsiran makna agar khalayak memahami teks secara berkesan. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tanda-tanda yang dominan yang terdapat dalam novel ini. Tanda-tanda yang telah dikenal pasti diklasifikasikan kepada tanda pemikiran dan tanda emosi. Tujuan kajian seterusnya adalah nmenganalisis tanda pemikiran dan tanda emosi untuk mendapatkan tafsiran makna. Kajian ini mengaplikasikan teori semiotik kerana semiotik adalah ilmu tentang tanda. Melalui semiotik, tanda-tanda yang terdapat dalam novel ini dapat diperjelas dan difahami maknanya. Semiotik gagasan Charles Sanders Peirce dijadikan asas model kajian. Tanda pemikiran dan tanda emosi dianalisis berdasarkan tanda Ikon, tanda Indeks dan tanda Simbol yang telah dikenal pasti. Melalui analisis tanda pemikiran yang melibatkan tanda Ikon, Indeks dan Simbol, didapati bahawa novel ini memaparkan isu berkenaan kehidupan bermasyarakat bagi rakyat yang pelbagai kaum, khususnya Melayu dengan India. Hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka mewujudkan kehidupan yang harmoni. Oleh sebab terdapat jurang antara generasi, ditemui bahawa generasi muda mengabaikan sikap toleransi terhadap kaum lain. Novel ini juga mengetengahkan hal-hal berkenaan keikhlasan dalam persahabatan, kerenggangan hubungan kekeluargaan, kejayaan dan kekayaan menjadi milik orang yang rajin berusaha serta keindahan agama Islam yang menjadi tarikan orang dari agama lain untuk mendekatinya. Hasil daripada analisis tanda emosi menemukan berbagai-bagai emosi yang dialami dan dirasai oleh orang tua yang hidup sebatang kara. Wujud emosi positif dan negatif di dalam diri dua watak utama dalam Sangeetha. Kehadiran orang ketiga telah menjejaskan perhubungan baik antara mereka dan bermulalah emosi yang negatif yang meretakkan hubungan persahabatan dan mnencalarkan emosi antara kedua duanya. Akhirnya persahabatan mereka telah diakhiri dengan maut. Kajian ini penting untuk memahami mesej yang tersirat dalam novel Azizi Haji Abdullah. Aplikasi semiotik Peirce merupakan langkah yang tepat dalam usaha untuk memperjelaskan makna tanda-tanda yang kabur. Kajian ini juga penting kerana memaparkan cara bekerja yang sistematik untuk mengaplikasikan teori semiotik. Dengan cara bekerja yang tersusun, tanda dalam teks dikenal pasti dengan tepat dan seterusnya analisis terhadap tanda dilakukan secara berkesan. Hasilnya makna tanda ditanggapi dengan tepat dan mesej sebenar sampai kepada khalayak. Kajian semiotik berjaya mengangkat kedudukan karya Sangeetha sebagai sebuah karya yang kaya dengan pemikiran dan emosi.
Text
Feminisme Melayu dalam bangsawan Siti Zubaidah
Abstrak
Bukan ras atau gender, batas geografi atau lokasi yang menentukan maju mundur tetapi kesedaran dan keutuhan peribadi itulah jiwa sebenar sesuatu bangsa
Text
Kata kerja transitif dari aspek permakahan : satu analisis terhadap rencana pengarang akhbar Berita Harian
Abstrak
Kaiian ini adalah satu analisis ciri-ciri makna Kata Kerja Transitif yang terdapat dalam bahan kajian. Aspek atau ciri-ciri makna yang menjadi dasar kajian ini adalah merangkumi 13 ciri-ciri makna KKT jaitu 8 kumpulan ciri-ciri makna Kata Kerja Transitif Aktif dan 5 kumpulan ciri-ciri makna Kata Kerja Transitif Pasif. Huraian ciri-ciri makna KKT ini sebahagiannya didasarkan di atas huraian yang dibuat oleh Hashim Haji Musa (1993) tetapi dengan beberapa perubahan dan tambahan sesuai dengan tujuan kajian, data yang digunakan dan keselarasan dengan Tatabahasa Dewan (1996). Huraian dan analisis ciri-ciri makna setiap kumpulan disokong dengan contoh-contoh frasa, daripada data sebenar. klausa dan ayat Kajian ini menggunakan kaedah parafrasa bagi penandaan makna imbuhan dengan menggunakan Rumus Binaan Perkataan (RBP) ata Word Formation Rule (WFR) untuk menghurai dan menganalisi: makna KKT dalam bahan kajian. ri-ciri Kajian ini mengandungi 5 bab. Bab 1 (Pendahuluan) membincang dan menerangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan penulisan disertasi ini iaitu atar belakang kajjan, tujuan, bahan, kaedah dan konsep serta istilah yang ada kaitan dengan kajian ini. Bab 2 (Kerangka Teoritis) membincangkan unsur yang menjadi asas binaan perkataan iaitu morfem dan perkataan, Imbuhan dan Rumus Binaan Kata Kerja bahasa Melayu, ciri semantik perkataan dan Rumus Binaan Kata Kerja Transitif bahasa Melayu serta ciri-ciri maknanya. Dalam bab ini juga dihuraikan 13 ciri-ciri makna KKT yang menjadi asas analisis data. Bab 3 memperkatakan secara ringkas golongan kata bahasa Melayu secara umum dan penggolongan kata kerja secara khusus mengikut pandangan pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Za'ba, Arbak, Asmah, dan Abdulah Hassan. Perbincangan kajian ini adalah mendasari penggolongan kata Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1996). Di samping itu bab ini juga menghuraikan imbuhan kata kerja bahasa Melayu dari aspek permaknaannya berdasarkan Tatabahasa Dewan (1996). Analisis sebenar ke atas ciri-ciri makna Kata Kerja Transitif (KKT) dihuraikan dalam bab 4. Ciri-ciri makna dihuraikan dari segi imbuhan yang membentuk Kata Kerja Transitif Aktif (KKTAkt.) dan Kata Kerja Transitif Pasif (KKPasif). Analisis data menunjukkan bahawa daripada 1,000 KKI yang dipilih daripada bahan kajjan, sebanyak 596 atau 59.6 peratus adalah tergolong dalam KKTAKt. dan 404 atau 40.4 peratus tergolong dalam KKPasif. Daripada jumlah ini (1,000 KKT), KKTAkt. yang mempunyai ciri-ciri makna "melakukan" iaitu membuat atau melakukan sesuatu dengan imbuhan meng- dan meng - kan paling banyak dan kerap digunakan iaitu kira-kira 390 atau 39.0 peratus dan KKTAkt. yang mempunyai ciri-ciri makna "upaya" dengan imbuhan ter dan "melakukan dan penekanan" dengan imbuhan memper -kan kurang digunakan iaitu masing-masing 6 atau 0.6 peratus dan 11 atau 1.1 peratus sahaja. Bab 5 adalah bab penutup. Bab ini merumuskan perbincangan semua bab-bab sebelumnya. Pada bahagian penutup ini juga, diberi rumusan mengenai analisis data kajian dan cadangan-cadangan kajian selanjutnya.
Text
Morfologi dialek Kedah
Abstrak
Tesis ini merupakan satu huraian mengenai morfologi dialek Kedah, iaitu satu daripada dialek-dialek Melayu yang dituturkan di kawasan Utara Malaysia Barat, terutamanya di negeri Kedah.
Text
Asuhan anak melalui taska : satu kajian kes sosialisasi di Taska Jade Pond di Petaling Jaya Selangor
Abstrak
Kebergantungan anak-anak kepada ibu bapa dalam masyarakat moden dewasa ini semakin berkurang. Dalam usia dua tahun hingga enam tahun, kanak-kanak memerlukan sokongan keluarga untuk membina potensi diri dan emosi mereka. Namun, tuntutan hidup memaksa ibu dan bapa bekerja dalam tempoh yang panjang sehingga masa untuk anak-anak menjadi sangat terhad. Kajian ini merupakan analisis sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Fokus kajian ialah melihat keberkesanan aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh guru, pembantu taska dan ibu bapa dalam membina sikap dan pembangunan diri ke arah kehidupan sosial anak-anak. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ke atas kanak-kanak di dalam dan luar bilik darjah. Temu bual ibu bapa juga dilakukan untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak di rumah. Aktiviti di taska dijalankan dengan panduan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang diselaraskan oleh Akta Taman Asuhan kanak-Kanak 1984 dengan kurikulum khusus untuk kanak-kanak pra sekolah. Sebagai pusat asuhan, penyediaan gizi makanan sihat dan pendidikan yang menekankan elemen bahasa, perkembangan emosi, sosial, moral dan akhlak ditekankan. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh kanak-kanak pada usia muda sangat penting. Kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kerap berkomunikasi dengan ibu bapa akan lebih proaktif berbanding kanak-kanak yang jarang berkomunikasi dengan ibu-bapa mereka. Peranan taska sebagai tempat mendidik dan memberi kasih sayang diakui dapat menampung kekurangan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akibat kesibukan bekerja. Bagaimanapun, kajian ini membuktikan, peranan ibu bapa di rumah tetap penting dalam membina sikap anak-anak, khususnya dari segi pembinaan sahsiah diri dan emosi. Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk membina hubungan rapat dengan taska, khususnya mengetahui tahap perkembangan anak anak mereka di luar rumah.
Text
Sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa Bahasa Melayu
Abstrak
Kaijan ini merupakan kajian terhadap dua buah buku, iaitu Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858). Kedua-dua karya ini ialah karya tentang bahasa Melayu, yang ditulis oleh seorang pengarang pada abad ke-19, iaitu Raja Ali Haii. Kaiian ini menggumakan buku Bustan al-Katibin yang telah ditransliterasikan daripada tulisan Javi kepada tulisan Rumi oleh Hashim Musa (2005)., dan Kitab Pengetahuan Bahasa, juga ditransliterasikan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, oleh Raja Hamzah Yunus (1986). Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti isi kandungan yang terdapat dalam kedua-dua karya bahasa, di samping mentafsir sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilnmu tatabahasa bahasa Melayu. Bidang ilmu tatabahasa bahasa Melayu yang dibincangkan terbahagi kepada tiga, iaitu huraian tentang kelas kata, huraian tentang binaan ayat, dan bidang perkamusan yang juga mengandungi huraian tatabahasa bahasa Melayu. Setiap bidang dibincangkan oleh Raja Ali Haji dengan amat mendalam dan terperinci. Secara amnya, kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama merupakan pendahuluan yang menyatakan permasalahan kajian, pendekatan kajian, tujuan kajian, kajian-kajian lepas, struktur kajian, dan metodologi kajian. Bab kedua pula membicarakan latar belakang Raja Ali Haji. Latar belakang beliau boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu keturunan, pendidikan, dan karya-karya dihasilkannya. Bab ketiga dan bab keempat mengandungi perbincangan tentang isi kandungan Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Dalam kedua-dua karya ini, huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat berdasarkan model bahasa Arab. Banyak istilah Arab digunakan. Susunan atau penggunaan perkataan bahasa Melayu juga dipengaruhi oleh susunan bahasa Arab. Hal ini disebabkan oleh pengaruh persckitaran dan pendidikan Arab yang diterima oleh Raja Ali Haji sejak beliau masih muda lagi. Bab kelima membicarakan perbandingan antara Bustan al-Katibin dengan Kitab Pengetahuan Bahasa. Terdapat empat aspek yang dihuraikan untuk memperlihatkan unsur persamaan dan perbezaan, iaitu ilmu bahasa yang dibincangkan, terutama aspek tatabahasa, ilmu agama yang menyertai huraian bahasa, konsep adab dan budi, dan gaya kepengarangan Raja Ali Haji. Juga ditambahkan sedikit maklumat tentang perbandingan aspek tatabahasa Raja Ali Haji dengan karya semasa, iaitu Tatabahasa Dewan (2008). Bab keenam ialah bahagian kesimpulan yang menghuraikan sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa bahasa Melayu dan ketokohan beliau dalam bidang persuratan Melayu.
Text
Satu kajian sosiolinguistik tentang penerimaan dan penghayatan Bahasa Malaysia di kalangan Masyarakat Cina : satu kajian kes di 2 buah kawasan di Selangor
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian sosiolinguistik dari perspektif sosiologi tentang penerimaan dan penghayatan Bahasa Malaysia di kalangan masyarakat Cina di dua buah kawasan yang berbeza demografinya. Kedua-dua kawasan, iaitu Sg. Chua (monoetnik) dan Sg. Jelok (multietnik) adalah i Kajang, Selangor. Di sepanj ang kajian ini, keseluruhan. Kajian Bahasa Malaysia ilihat ini dilaksanakan melalui. soalselidik dan temubual intensif. sebagai kaedah Data yang iperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik. Tesis ini ibahagikan kepada 6 bab. Bab I merupakan pengenalan kepada tesis ini. Antara perkara-perkara yang terdapat dalam bab ini ialah tujuan, kepentingan, skop, subjek kajian serta konsep kajian sosiolinguistik. belakang Bab II menyoroti latar Bahasa Malaysia yang ditinjau dari beberapa perspektif. Antaranya ialah Bahasa Malaysia dalam pembangunan negara, isu-isu semasa tentang Bahasa Malaysia dan sejarah Bahasa Melayu / Malaysia. Bab III membicarakan rangka serta metodologi kajian. Penerangan yang tuntas diberi tentang cara pengunpulan dan pemprosesan ata serta aspek-aspek yang ingin ditinjau pada setiap soalan dalan soalselidik. terhadap data Bab 1V mengandungi analisis kuantitatif yang iperolehi panbolehubah yang itetapkan. mengikut pembolehubah Kesimpulan dan saranan khusus iberi semasa analisis dibuat ke atas setiap pembolehubah. Bab Vmengandungi analisis kualitatif terhadap data yang diperolehi, terutananya Semasa temubual Kesipulan dan saranan secara khusus juga ilakukan intensif. bersama dengan perbincarngan tentang sikap responden terhadap Bahasa Malaysia. Bab VI merupakan penutup tesis di mana persoalan pokok dalam tesis ini dirumuskan semula dan sehubungan dengan itu, beberapa kesimpulan dan saranan am di buat.
Text
Analisis kohesi dalam ruangan pojok
Abstract
Kajian berkaitan aspek kohesi terangkum dalam bidang analisis wacana. Aspek kohesi berfungsi untuk menghubungkan satu idea dengan idea yang lain dengan teratur, selanjutnya menjadikan teks bertaut dengan baik dan difahami dengan mudah oleh pembaca. Oleh itu, aspek kohesi sangat penting terutamanya dalam akhbar yang merupakan medium penyampai maklumat kepada masyarakat. Penyampaian idea yang jelas dan teratur dalam akhbar khususnya ruangan pojok sangat penting kerana idea yang teratur berupaya menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian kohesi ini memanfaatkan sepuluh artikel ruangan pojok Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bermula 18 September 2016 hingga 13 November 2016. Kajian aspek kohesi ini mengaplikasikan teori yang dimajukan oleh Halliday dan Hasan (1976), iaitu merangkumi komponen tekstual melalui 'alatan nahuan' (grammatical device) dan sebahagian lagi melalui 'alatan leksikal' (vocabulary device) dan kedua-duanya dari segi teori dinamakan kohesi nahuan dan kohesi leksikal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek kohesi dalam ruangan pojok, mengkategorikan jenis kohesi dalam ruangan pojok dan menganalisis fungsi kohesi dalam ruangan pojok. Hasil kajian mendapati wujud empat aspek kohesi nahuan dalam data, iaitu rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubung. Keempat-empat aspek kohesi nahuan tersebut berfungsi untuk mempertaut idea dalam teks supaya dapat difahami oleh pembaca. Sementara itu, dua aspek kohesi leksikal yang melibatkan pernyataan semula leksikal dan leksikal berkolokasi turut wujud dalam teks dan memainkan peranan penting dalam membentuk jalinan makna yang bersepadu dan berstruktur dalam data. Keupayaan pengarang ruangan pojok memanfaatkan kedua-dua aspek kohesi ini menjadikan artikel Awang Selamat mudah difahami dan sangat menarik untuk dibaca. Kajian aspek kohesi ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pengkaji bahasa yang lain untuk memahami aspek kohesi dengan lebih mendalam. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan kajian sedia ada berkaitan aspek kohesi dan seterusnya dapat menyumbang dalam perkembangan bidang wacana bahasa Melayu.
Text
Analisis kesilapan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar-pelajar Cina
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar Cina tingkatan dua di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kajian lapangan, kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini membincangkan latar belakang, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, sorotan kajian, definisi operasional dan signifikan kajian. Kajian ini juga membincangkan dapatan linguistik dan bukan linguistik. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori analisis kesilapan. Dapatan kajian memperlihatkan punca dan kelemahan pelajar pelajar Cina dalam mempelajari bahasa Melayu. Seterusnya dinyatakan langkah-langkah dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Text
Novel-novel Hamzah Hussain : kajian watak dari sudut psikologi
Abstrak
Kajian ini meneliti watak-watak dalam lima buah novel-novel Hamzah Hussain, iaitu Rumah Itu Dunia Aku (1951), Pemburu Pulang ke Rumah (1953), Rumah Kosong (1956), Samseng (1956) dan Hujan Air Mata (1958) dari sudut psikologi. Penumpuan dillakukan ke atas aspek-aspek kejiwaan watak-watak dalam novel-novel ini. Antara pendapat-pendapat yang diambil untuk menganalisa jiwa watak-watak terbabit ialah Sigmund Freud, Carl Jung, Alfred Adler dan Karen Horney. pembicaraan, kajian ini dibahagi kepada lima bab. Untuk memudahkan Bab pertama melihat secara ringkas definisi sastera mengikut fahaman 'Seni untuk Seni'. Mengapa Hamzah memilih konsep 'Seni untuk Seni dan menolak konsep Seni untuk Masyarakat'. Penelitian turut dibuat tentang gagasan dan ciri-ciri sastera yang berkonsepkan 'Seni untuk Seni' mengikut Hamzah dan penerapan ciri-ciri ini dalam novel-novel beliau. Kemudian membicarakan tentang perwátakan secara umum di dalam novel-novel Hamzah. Bab kedua meneliti novel-novel Hamzah secara umum tentang gambaran keperibadian watak. Beberapa watak yang penting diambil daripada setiap novel dan diberi perhatian tentang peribadi mereka. dikenalpasti. Peranan dan sifat peribadi para watak Begitu juga dengan masalah yang dihadapi oleh mereka dan sama ada mereka ini cuba menyelesaikan masalah mereka atau sebaliknya. Persekitaran atau situasi watak-watak turut dilihat kerana ia mempengaruhi peribadi mereka.
Text
Penerapan konsep Melayu Islam beraja dalam masyarakat Brunei melalui rancangan televisyen Brunei
Abstrak
Melayu Islam Beraja merupakan falsafah negara Brunei Darussalam sejak düsytiharkan secara rasmi sempena menyambut hari kemerdekaan pada tahun 1984. Falsafah negara Melayu Islam Beraja sudah pun dimaklumi dan diamalkan oleh semua masyarakat Brunei. Dari aspek sejarahnya Melayu lslan Beraja telah dipraktikkan di negara Brunei Darussalam semenjak raja Brunei pertama memluk agama Islam. Pengamalan Melayu Islam Beraja semakin berkembang dari pemerintahan seorang Sultan ke Sultan yang lain sehinggalah ke Sultan ke 29 pada hari ini. Perlembagaan Negeri Brunei 1959 secara rasmi meletakkan unsur Melayu sebagai bangsa, bahasa dan budaya yang berlandaskan Islam sebagai agama dan Beraja sebagai sistem pemerintahan Negara Brunei Darussalam. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan pada peranan televisyen Brunei (Radio Televisyen Brunei) sebagai media massa dan agen kerajaan dalam mendedahkan kegiatan sosio budaya masyarakat Brunei dan dalam usaha menerapkan konsep Melayu Islam Beraja kepada masyarakat Brunei melalui rancangan televisyen terutama dalam rancangan 'Khutbah Jumaat' dan Berita Nasional' yang disiarkan secara langsung di seluruh Negara Brunei Darussalam. Bagi menjelaskan peranan tersebut, pengkaji membincangkan tentang kewujudan konsep Melayu Islam Beraja. Dalam perbincangan ini pengkaji juga menerangkan konsep Melayu, konsep Islam dan konsep Beraja dalam kontek Negara Brunei Darussalam. Selain itu kajian ini juga menumpukan kepada usaha-usaha pihak kerajaan Brunei dalam menerapkan Melayu Islam Beraja melalui sistem pendidikan dan penerapan Melayu Islam Pengkaji juga menumpukan Beraja dalam jabatan-jabatan kerajaan Brunei. perbincangan mengenai konsep nilai, konsep Melayu, konsep Islam dan konsep Beraja yang diamalkan dan diterapkan di Negara Brunei Darussalam melalui rancangan yang disiarkan oleh televisyen Brunei.
Text
Teochew phonemics
Abstrak
This is a detailed phonemic description og the Teochew (or Ch'au Chou) dialect, based on the ideolects of four Techew speakers in Kedah.
Text
Ronggeng Melayu Sumatera Utara : sejarah, fungsi, dan strukturny
Abstrak
Studi ini bertu.i bertujuan untus menganalisis Satu raganì pertunjukan dalam kebudayaan etnik Melayu, Provinsi Sumatera Indonesia, yang secara mmm disebut rNgseN Melayu. mendeskripsikan tiga aspek seni ronggeNg. (1) historis, fungsional, dan (3) strktural. Seni Studi Utara. ini (2) Proses perkembangan budaya ronggeng Melayu menj adi bagian yang integral dari sej arah budaya di Sumatera Utara, Dnia Melayu, dan Nusantara. Istilah ronggeng dalam kebudayaan Melayu telah ada dalam Hikayat Hang Tuah yang dítulis pada abad ke-14. Unsur-nsur tari dan musik tradisi Melayu dalam ronggeng yang berasal dari masa 8ebelum penj aj ahan bangsa-bangsa Barat, dapat dilihat melalui tari dan musik senandng, pengAnaan alat-alat musik rebab (lute tiga senar berleher panj ang), gendang ronggeng (gendang satu sisi gesek berbentuk frane), tawak-tawak (gong). Pengaruh Islam pada ronggeng dapat dilihat dari penggnaan modus-nodus heptatonik DAgAm. Kebudayaan Barat datang ke dalam kehidupan orang-orang Melayu pada abad ke-16, ketika Portugis nenaklukkan Melaka tahun 1511. Orang orang Portugis membawa tari dan musik branyo, dan orang-orang Melayu mengadopsinya ke dalam roggeNg. Ünsur-unsr budaya Barat laínnya di dalam ronggeng dapat dilihat dari tari secara berpasangan, gaya tari, dan ritme musiknya triple (6/8). Pada masa penj aj ahan bangsa bangsa Barat, beberapa alat-alat musik Barat diadopsi ke dalam ronggeng Melayu, seperti: biola, akordion, klarinet, saksofon, perangkat drum trap, gitar listrik, dan keyboard. Sumatera Utara mempunyai komposisi multietnik. Fonggeng Melayu mengadopsi beberapa nsur dari dan musik etnik itu. Pada masa pendudukan Jepang, ronsgeng dipergnakan ntuk menghibur para tentara. Pada masa kemerdekaan Republik Indonesia, ronggeng dilanjutkan sebagai seni pertunjukan. Fungsi utama ronggeng Melayu di Sumatera Utara adalah memberi sunbangan kepada integrasi .masyarakat yang heterogen. Upacara perkawinan, Pada masa sekarang, ronggeng dipergnakan dalam berbegai kontekS seperti khitanan, pariwisata, smbangan kepada kesinambungan dan stabilitas kebudayaan, pendidikan, hiburan, dan lain-lain. Karakteristik mum tari ronggeng Melayu adalah mengadopsi gerak-gerak tari tradisional Melayu ditambah gerakan-gerakan tari etnik lainnya di Sumatera Utara. Ditarikan Secara berpasangan. Pola lantai membentuk dua garis penari yang saling berhadapan. Struktur musik ronggeng Melayu pada Lmumnya bertangga heptatonik, serta rítmenya ostinato. Struktur musik didkng vokal dan instrumentalia, yang menj adi bagian integral dalam nada oleh seni pertuíukan rnggeNg. Telksnya berdasar kepada pantn empat barís.
Text
Social stratification in Kampung Bagan : a study of class, status, conflict and mobility in a rural Malay community
Abstrak
This is case study in social stratification. It is not going to dwell at length on any theoretical aspects of social stratification in general.
Showing 1 to 50 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->