Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pelestarian rumah Melayu : kajian kes rumah Melayu Melaka
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Kesan industri dalam negara islam
''Sesungguhnya telah Kami berikan kurnia kepada Daud (firma Kami) : Hai gunung-gunung, ulang-ulanglah tasbih bersam Daud, dan (hai) burung-burung...
Text
Strategi komunikasi pelajar Dusun dalam pembelajaran bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini memberikan tumpuan kepada penggunaan Strategi Komunikasi (SK) oleh pelajar-pelajar Dusun Tindal dalam pertuturan bahasa Mela;u. Kajian ini bertujuan untuk (a) menganalisis jenis-jenis SK yang digunakan oleh pelajar-pelajar Dusun semasa berkomunikasi dalam BM, (b) mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Dusun semasa mereka berkomunikasi dalam BM dan (c) mengkaji hubungan persekitaran linguistik dengan tahap penguasaan dan perlakuan lisan pelajar pelajar Dusun. Data-data yang telah dianalisis menggunakan taksonomi SK yang diperkenalkan oleh Tarone (1983) dengan penyesuaian mengikut maklumat yang diperolehi. Kajian dilaksanakan secara keratan rentas (cross-section). Subjek kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tingkatan empat SMK Tuan Fuad Sthephen Kiulu, Sabah yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian ini adalah soalan soal selidik dan juga aktiviti komunikasi lisan yang berpandukan kepada Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Analisis kajian dibahagikan kepada analisis data linguistik dan persekitaran linguistik. Bagi tujuan menganalisis data linguistik yang dibuat secara kualitatif, ujaran Iisan (speech production) yang terhasil melalui aktiviti komunikasi lisan telah dirakam dan ditransliterasikan. Hal ini bagi mengenal pasti SK yang telah digunakan pelajar bagi mengatasi masalah komunikasi. Data persekitaran linguistik akan dibuat secara kuantitatif bagi mengenal pasti sejauhmana signifikan atau tidak signifikan faktor tersebut mampu mempengaruhi penggunaan strategi komunikasi pelajar dalam proses pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (B2). Dapatan kajian ini menunjukkan jenis SK yang paling banyak digunakan ialah strategi penukaran kod yang digunakan apabila pelajar menghadapi rhasalah untuk menyampaikan mesej. Strategi yang menunjukkan penggunaan paling sedikit ialah strategi deskriptif, iaitu huraian atau definisi tentang satu kata atau frasa yang mendokong sesuatu konsep dalam B2 dengan panjang lebar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penemuan 3 SK baru yang tidak terkandung dalam model taksonomi Tarone (1983) iaitu strategi pengulangan kata, strategi agakan dan strategi sokongan. Pengkaji telah mengaplikasikan strategi-strategi tambahan tersebut, kepada strategi yang telah disarankan oleh Tarone (1983). Ketiga-tiga strategi tambahan ini adalah aplikasi daripada dapatan baru yang telah digunakan oleh ahli-ahli linguis seperti Dornyei & Scott (1997), Khanji (1996) dan Celce-Murcia, at. al. (1995). Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan SK baru yang paling banyak ialah strategi pengulangan kata, manakala penggunaan paling sedikit ialah strategi agakan. Sehubungan itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memberi impak pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk tujuan pemerolehan bahasa dan juga memberikan faedah sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji dan penyelidik bahasa.
Text
Kognitivisme dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan untuk melihat tahap pembentukan dan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah yang berusia 6 tahun berdasarkan analisis bentuk kata dan binaan ayat dalam bahasa Melayu. Kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang bahasa yang sama, iaitu dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Felda Trolak Selatan. Oleh itu, kesemua kanak-kanak ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka. Oleh sebab kelima-lima subjek yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak Melayu yang dibesarkan dalam masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka dalam sebarang bentuk perhubungan maka analisis kajian ini akan melihat tahap pemerolehan pembentukan bahasa mereka terutama dari sudut pemerolehan pembentukan kata dan pemerolehan pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk melakukan analisis terhadap 50 ujaran yang dibuat oleh lima orang kanak kanak berdasarkan tahap perkembangan dan penguasaan mereka berdasarkan aspek pembentukan kata dan pembinaan ayat. Pengkaji memilih aspek ini kerana ia saling berkait rapat dan saling berhubungan antara satu sama lain. Selain itu pengkaji juga menyarankan beberapa langkah yang dapat di ambil untuk membantu kanak-kanak serta penjaga mereka untuk menyelesaikan masalah pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Pengkaji juga menyentuh sedikit mengenai aspek penggunaan bahasa bukan linguistik dalam kajian ini. Ini disebabkan semasa temu bual dijalankan, pengkaji mendapati ada antara kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menggunakan bahasa tubuh. Kajian ini dibuat secara langsung antara pengkaji dengan kanak-kanak tersebut. Rakaman dilakukan secara langsung dengan menggunakan kamera digital dan perbualan diujarkan secara spontan oleh kanak-kanak semasa ditemu bual oleh pengkaji. Hanya 50 ujaran terbaik yang dipilih sebagai data. Analisis diakukan terhadap data yang telah ditranskripsikan dengan menggunakan ukuran ukuran tertentu beradasarkan analisis pembentukan kata dan pembinaan ayat bahasa Melayu, mengikut kesesuaian dan skop kajian.
Text
Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural
Abstrak
Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kajian ini merupakan satu penyelidikan terhadap cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan yang tinggal di kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan. Sejumlah dua belas cerita rakyat Temuan telah berjaya dikumpulkan. Kajian ini terbahagi kepada enam bab. Bab pertama, dinyatakan pendahuluan bahan dan pembatasan kajian, permasalahan kajian, tujuan, metodologi serta kajian-kajian berkaitan. Bab kedua pula, membicarakan tentang latar belakang cerita rakyat, perkembangannya, konsep dan ciri ciri, serta penggolongan cerita rakyat. Selain daripada itu turut diterangkan tentang pendekatan struktural yang dijadikan panduan untuk menganalisis bahan kajian. Bab ke tiga, perbincangan mengenai latar belakang masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya dan masyarakat suku Temuan di Negeri Sembilan khasnya termasuk lokasi, jumlah penduduk, taraf hidup, dan sosio-budaya mereka. Bab keempat mengandungi analisa cerita rakyat Temuan secara pendekatan struktural iaitu menyentuh aspek tema, plot, pervwatakan, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Manakala bab kelima pula meneruskan kerja menganalisa dari segi penggolongan cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan. Dalam bab keenam, pengkaji membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian serta mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dijadikan landasan buat pengkaji-pengkaji lain. Dapatlah dinyatakan bahawa cerita-cerita rakyat Temuan merupakan hasil kesusasteraan lisan masyarakat Malaysia yang tinggi nilainya, baik dari aspek sastera, bahasa, estetika mahupun akal budi.
Text
Teori psikoanalisis-estetika : penerapan terhadap kumpulan sajak-sajak J.M Aziz
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu kajian yang dilakukan terhadap kumpulan sajak J.M Aziz dalam kumpulan sajak Pengantin Laut, Kembang Selaut, Derita Seorang Seniman dan Penyu Menangis. Untuk tujuan itu, seratus lima puluh buah sajak J.M Aziz dipilih dan dikaji untuk meneliti hubungan teori Psikoanalisis dan Estetika terhadap penyair tentang keinginan-keinginan cinta wanita, kehormatan dan kemasyhuran yang berkait rapat dengan sajak-sajak yang dihasilkan. Kajian ini juga digunakan untuk meneliti kesesuaian teori psikoanalisis dan estetika untuk diaplikasikan terhadap sajak-sajak oleh J.M Aziz. Hasil kajian ini, mendapati sajak-sajak yang dihasilkan oleh J.M Aziz ada kaitannya dengan keinginan pengarang, iaitu cinta wanita, kehormatan dan kemasyhuran. Kumpulan sajak sajak yang dicipta oleh J.M Aziz juga mengandungi nilai-nilai estetika yang amat berkesan untuk dihayati.
Text
Sistem panggilan dalam keluarga Melayu Thai di Kampung Tha-it, Nonthaburi, Thailand : kajian sosiolinguistik
Abstrak
Disertasi ini meneliti bahasa Melayu yang digunakan di kalangan penutur Melayu di Kampung Tha-it, Wilayah Nonthaburi, Thailand. Unsur yang menjadi tumpuan kajian ialah kata panggilan yang digunakan sesama mereka. Bab Imerupakan bab pendahuluan yang mengandungi tujuan kajian, permasalahan kajian yang menjadi perbincangan utama, kepentingan kajian, bidang kajjan, kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan aspek kajian ini. Bab Il membicarakan latar belakang kajian termasuklah Negara Thailand, Wilayah Nonthaburi dan Kampung Tha-it yang merupakan kawasan kajian. Bab Ill membicarakan metodologi kajiarn dan kerangka teoretis. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kepustakaan serta kaedah kerja lapangan. Dalam bab ini juga dibincangkan kerangka teoretis yang digunakan dalam penyelidikan dan dikuti dengan konsep-konsep penting kajian. Dalam Bab IV membincangkan data dapatan kajan. Dalam bab ini pengkaji mempersembahkan data yang didapati secara deskriptif untuk melihat pilihan perkataan yang sering digunakan oleh penduduk di kawasan kajian. Akhirnya dalam bab ini dikemukakan susunan sistem panggilan yang didapati. Bab V mengandungi perbincangan dapatan kajian dan perbincangan seterusnya merujuk kepada beberapa rumusan kajian dan saranan kajian masa depan.
Text
Nilai-nilai akhlak dalam kurikulum baru sekolah rendah (3M)
Masalah sosial khususnya masalah moral generasi kini, sebenarnya amat rapat hubungannya dengan sistem pendidikan dan kurikulum pendidikan formal yang ada...
Text
Belia Malaysia: masalah, cabaran dan masa depan
Peranan yang dimainkan oleh golongan belia secara kolektif atau melalui organisasi di salam mencetus atau membawa perubahan di dalam masyarakat atau pada negara adalah suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan...
Text
Wanita Islam : masalah, cabaran dan masa depan
Kertaskerja ini akan cuba memperlihatkan masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi oleh wanita Malaysia hari ini dan akan cuba menghuraikan sebab-sebab yang membawa kepada wujudnya masalah tersebut...
Text
Aliran-aliran sastera melayu moden di Malaysia dan implikasinya kepada masyarakat. (ditinjau dari prespektifislam)
Sastera merupakan bidang yang dinamik dan mengalami perkembangan baik dari segi bentuk, teknik dan cara menyampaikan perutusan...
Text
Ulama Malaysia : masalah, cabaran dan masa depan
Perkataan ''ulama'', dari segi bahawa adalah kata-kata majmuk (jam'u) alim yang diambil daripada kata kerja (fi'l) bahasa Arab ALIMA YA'LAMU ertinya tahu atau mengetahui...
Text
The qur'an and modern science
One the 9th of November, 1976, an unusual lecture was given at the French Academy of Medicine. Its title was "Physiological and Embryological data in the Qur'an"...
Text
Islamic Education
The term ''education'' has two meaning, formal and non-formal. The non-formal category of education, tarbiyah, in Arabic, may be defined as : The way in which a person, especially a youngster, is made, through teaching and training, to comply with cetain patterns of behaviour...
Text
Bank Islam : prospek dan perkembangannya pada masa hadapan
Takrif
Walau pun pada kebiasannya takrif ''Bank Islam'' seperti pada tajuk kertas ini adalah jelas, namun ada baiknya ditekankan bahawa yang dimaksudkan dengan Bank Islam di sini ialah '' Bank Perdagangan Islam'' (Islamic Commercial Bank)...
Text
Kursus Bahasa Arab dan Sastera di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Pengajian bahasa Arab di Jabatan Pengajian Islam terbahagi kepada dua peringkat
1. Peringkat permulaan : untuk mekera yang tidak mempunyai asas dan latarbelakang bahasa arab. Kursus ini diberi nama : Bahasa arab permulaan kod nombor AG 101 dua unit...
Text
Hubungan antara kefahaman terhadap takdir dengan pembangunan modal insan
Pembangunan modal insan ataupun sebelumnya dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan antara yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysiakesembilan (RMK9)...
Text
Masalah semasa keluarga dan wanita melayu : analisis faktor menanganinya dari sudut pembangunan kemanusiaan
Masalah bermaksud sesuatu perkara atau keadaan yang memerlukan penyelesaian. Dalam hidup ini tiada insan yang tidak bermasalah. Masalah mendorongnya untuk berfikir bagi mencari jalan penyelesaian...
Text
Pembangunan modal insan mengikut perspektif manusia Melayu-Islam
Dewasa ini, kedatangan era globalisasi yang membawa kedua-dua bentuk pengaruh positif dan negatif telah menyebabkan umat Islam memberikan respon yang bersifat proaktif terhadap fenomena ini...
Text
Penghayatan sikap membaca antara pencetus modal insan yang dapat membangun tamadun umat
Bersikap membaca merupakan faktor terpenting dalam menggerak umat untuk mara ke hadapan dan mencapai kemajuan sesebuah bangsa...
Text
Sumbangan Sayyed Qutub dalam perkembangan tamadun sastera Islam moden
Gema ke arah bersastera mengikut perspektif Islam mula bergema di awal kurun ke 20. Ia muncul kesan dari arus pergerakan kebangkitan Islam yang dibawa oleh tokoh-tokoh refoemasi Islam...
p. 50-56
BP15 STITPMIPK
Text
Amerika Syarikat, Islam dan pengganas : analisis peranan Amerika Syarikat terhadap kewibawaan umat Islam dan keamanan dunia
Kertas Kerja ini akan membincangkan perana Amerika Syarikat dalam menangani isu keganasan. Juga akan disingkap latar belakang sejarah pengganas Amerika Syarikat dalam sejarah mutakhir...
Text
Aplikasi sunnah Al Ilahiyyah Al Insaniyyah dalam pembangunan modal insan
Pembangunan modal insan merupakan antara perkara yang diutamakan oleh pihak kerajaan pada hari ini. Ia dapat dilihat melalui pelaburan dalam modal insan yang diberi penekanan lebih besar sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)...
Text
Faktor kemanusiaan dalam kejatuhan ketamadunan, suatu pengalaman sejarah pada zaman mamluk
Konsep ulung mengenai kitaran jatuh bangun sesebuah ketamadunan dan peranan manusia di dalamnya yang pernah dikemukakanoleh Ibn Khaldun pada abad ke 14 dahulu...
Text
Ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam : suatu huraian berasaskan manuskrip Melayu-Islam
Pembicaraan mengenai tamadun Islam tidak hanya terhad kepada tempoh masa kegemilangan tamadun tersebut sehingga abad ke 13M sahaja...
Text
Ritual menghanyutkan lancang sebagai refleksi sosio-budaya di Kubapaten Kuantan Singingi
Abstrak
Ini adalah adalah satu kajian mengenai ritual menghanyutkan lancang, salah satu tradisi menghanyutkan lancang, guna untuk menghalau makhluk halus mengakibatkan pelbagai krisis penyakit, yang erkena kepada manusia dan tanman lainnya, yang terdapat di masyarakat Kabupaten Kuantan Singingi Riau. Ritual ini di ketuai olch sseeorang dukun yang akan membaca manteranya untuk menghalau makhluk halus jahat. Namun demikian dukun akan menggabungkannya dengan ayat al-Qur' an dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ritual Mmenghanyutkan lancang bcrsama-sama mengambil tindakan ke atas masyarakat, di samping mengendalikan dukun, juga melakukan sembahyang sekurang-kurangnya dua rakaat, berzikir, bertasbih, dan berdoa mengharap keridhaan Allah S.W.T. Di samping melakukan sembahyang berzikir dan berdo'a dan ada lagi usaha lain yang lazimnya disebut ikhtiar berupa sokongan daripada lembaga adat, badan pemerintahan dan lain sebagainya secara beramai-ramai.
Text
Ritual menghanyutkan lancang di Kuantan Singingi Provinsi Riau
Abstrak
Ini adalah satu kajian mengenai ritual menghanyutkan lancang, salah satu tradisi menghanyutkan lancang, guna untuk menghalau makhluk halus mengakibatkan pelbagai krisis penyakit, yang terkena kepada manusia dan tanaman lainnya, yang terdapat di nasyarakat Kabupaten Kuantan Singingi Riau. Ritual ini diketuai oleh seseorang dukun yang akan membaca manteranya untuk menghalau makhluk halus jahat. Namun demikian dukun akan menggabungkannya dengan ayat al-Qur' an dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ritual Menghanyutkan lancang bersama-sama mengambil tindakan ke atas masyarakat, disamping mengendalikan dukun, juga melakukan sembahyang sekurang-kurangnya dua raka' at, berzikir, bertasbih, dan berdoa mengharap keridhaan Allah S.W.T. Disamping melakukan sembahyang berzikir dan berdo'a dan ada lagi usaha lain yang lazimnya disebut ikhtiar berupa sokongan daripada lembaga adat, badan pemerintahan dan lain sebagainya secara beramai-ramai.
Text
Kajian kes gaya hidup polis wanita di Putrajaya
Abstrak
Text
Kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi
Abstrak
Kajian ini menganalisis kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi yang disampaikan oleh Mohd. Fadzilah Kamsah. Bab satu membincangkan sorotan kajian, tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kacdah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini. Bab dua pula membincangkan konsep kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu. Bab ini juga menghuraikan hubungan antara kesantunan bahasa dengan ceramah motivasi sebagai satu bentuk komunikasi awam. Bab ini turut memetik petikan Al-Quran yang berhubung dengan kesantunan bahasa semasa berkomunikasi. Bab tiga menghuraikan pembentukan model Kesantunan Pindaan dan Tambahan (KPT) untuk menganalisis data kajian. Model ini dibentuk melalui enggabungan tiga mnodel kesantunan terdahulu, iaitu Prinsip Kerjasama Grice (1975), Kesantunan Paling Luas oleh Sanat (2000) dan model Kesantunan Noriati (2005). Penggabungan ini dilakukan kerana sesuai dengan korpus kajian. Melalui enggabungan ini, terdapat tujuh kategori kesantunan dan 20 strategi kesantunan telah dibina. Kajian ini mendapati 83 unit ceramah atau inti pati yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Bab empat pula ialah bab analisis dan dapatan kajian. Melalui analisis kajian, iaitu dari segi kategori kesantunan, kajian mendapati Kategori Relevan dan Kategori Cara mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu 83 unit (100%), diikuti oleh Kategori Kuantiti 80 unit (96.38%). Kategori Rujukan Sumber 40 unit, Kategori Berhemah 36 unit (43.3.7%), Kategori Ungkapan Rabbani 12 unit. Selain itu, subtajuk yang disampaikan semasa memulakan ceramah mematuhi tiga strategi kesantunan, manakala Kategori Penghargaan 3 unit sahaja. Analisis selanjutnya ialah strategi kesantunan. Strategi Berkaitan 83 unit, Strategi Mencukupi dipatuhi oleh 80 unit (96.38 %), Strategi Penjelasan 78 unit (93.97%), Strategi Pengulangan 72 unit (86.74%), Strategi Tertib 68 (81.92%), Strategi Penegasan 45 unit (54.21%), Strategi Rujukan Islam dan Rasul 34 unit (40.96%), Strategi Memberikan Contoh 30 unit (36.14%), Strategi Cadangan 18 unit (21.68%). Strategi Sapaan 17 unit (20.48%), Strategi Insya-Allah dan Strategi Harapan masing-masing 12 unit (14.45%), Strategi Rujukan Penceramah 10 unit (12.04%), Strategi Kecindan 8 unit (9.63%), Strategi Rujukan Kajian 4 unit (4.81%), Strategi Pujian 2 unit, Strategi Bismillah dan Doa pula diungkapkan sebanyak 3 kali dalam subtajuk. Strategi Terima Kasih l unit (1.20%). Strategi Syukur dipatuhi dalam subtajuk pertama sebanyak dua kali, manakala Strategi Salam diungkapkan sekali sahaja. Bab lima ialah bab penutup. Bab ini menyimpulkan bahawa kajian ini mencapai objektifnya. Ceramah motivasi yang disampaikan adalah santun kerana telah menggunakan pelbagai strategi kesantunan. Bab ini juga mencadangkan agar esantunan Islam iaitu KPL perlu dijadikan landasan kajian tanpa menolak model kesantunan Barat. Ringkasnya, KPL dapat 'mengislamkan' model kesantunan Barat yang tidak menitikberatkan hubungan manusia dengan Pencipta.
Text
Penerapan teori Takmilah dalam sajak-sajak Melayu Patani
Abstrak
Kajian ini bertajuk "Penerapan Teori Takmilah dalam Sajak-sajak Melayu Patani", dengan memfokuskan sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gapura Takwa (1989) karya Azhar Karimi; seorang penulis sajak yang dianggap oleh kebanyakan pengkritik sebagai seorang penyajak yang amat prolifik dan mempunyai ketokohan yang tersendiri di Selatan Thailand. yang Kajian ini menggunakan empat prinsip teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan bersifat Kamal, prinsip hubungan takmilah dengan pengkarya yang mengistikmalkan diri, prinsip hubungan takmilah dengan khalayak yang memupuk arah insan Kamil dan prinsip hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik. Berdasarkan penelitian dengan menggunakan prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal didapati bahawa sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi sesungguhnya kaya pada Allah. dengan unsur ketuhanan dengan bertujuan menggambarkan sifat kesempurnaan yang ada Penyajak menonjolkan sajak-sajak yang memperlihatkan kesempurnaan, kebesaran dan kekuasaan Allah yang begitu kental dan mendalam. Maka ia menepati prinsip tersebut. Berdasarkan prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri, kajian mendapati sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi menggambarkan keperibadiannya sebagai penyajak Islam yang berusaha mengistikmalkan dirinya sebagai muslim yang sempurna. Sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gpura Takwa banyak menonjolkan amalan yang dapat memupuk diri penyajak sebagai seperti menunaikan sembahyang wajib, sembahyang sunat pada waktu malam. bermunajat, bertaubat, berdoa dan sebagainya. Sajak-sajak Di Gapura Takwa bukan sahaja mencerminkan keperibadian penyajak tetapi turut menyemaikan nilai-nilai murni yang dapat mentakmilahkan khalayak ke arah insan Kamil. Sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi ternyata mempunyai nilai-nilai keislaman seperti akidah, syariat, akhlak. muamalat. dakwah dan sebagainya ke arah pembentukan insan Kamil, iaitu mencontohi peribadi terpuji Rasulullah sWT. Berdasarkan prinsip yang melihat hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik, didapati bahawa sajak-sajaknya mencapai estetika vang disarankan oleh teori Takmilah iaitu mempunyai keindahan maknawi dan keindahan lahiriah. Berdasarkan keempat-empat prinsip yang digunakan dalam mencari keiakmilahan sajak-sajak Di Gapura Takwa, ternyata bahawa ia sesuai diaplikasikan dengan teori Takmilah kerana kumpulan sajak tersebut adalah karya yang herunsur Islam dengan membawa tema yang menyentuh soal ketuhanan. akidah dan ibadat Penyair berjay a mengungkapkannya dengan gaya bahasa yang indah dan menarik serta mengajak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil.
Text
Institusi wakaf : realisasikan matlamat melahirkan masyarakat berkualiti ke arah mencapai wawasan Islam hadhari di Malaysia
Masyarakat Islam hari di label sebagai masyarakat yang serba ketinggalan miskin, mundur , tidak berbudaya positif, mengamalkan rasuah, penyelewengan dan tidak berilmu pengetahuan...
Text
Keagungan tamadun Islam, satu model terbaik dalam konteks pembinaan tamadun dunia kini
Islam adalah satu agama kesejahteraan, keselamatan dan kerahmatan , istilah ''Islam'' itu sendiri berasal daripada perkataan arab ''salama'' yang bermaksud selamat, damai dan sejahtera...
Text
Konsep autoriti ilmu dalam Islam : pengaruh dan cabaran
Kertas kerja ini membincangkan konsep autoriti ilmu pengetahuan dalam Islam yang berkisar kepada bagaimana autoriti ilmu tersebut boleh mempengaruhi bidang ilmu-ilmu lain yang bersifat nisbi...
Text
Melestari pembangunan manusia ke arah penjanaan modal insan : satu tinjauan umum menurut perspektif Al-Quran
Dalam merangka sebuah negara yang maju dan seimbang sudah semestinya faktor penjanaan modal insan merupakan sebahagian daripan instrumen penting yang perlu diberi perhatian untuk mencapai pembangunan yang bersifat sustainable development...
Text
Bahasa Melayu di ruang siber : satu kajian kes
Abstrak
Kajian ini mengkaji kekreatifan penggunaan bahasa Melayu di ruang siber. ia bertujuan untuk mengenalpasti unsur linguistik dan nsur bukan lingustik yang ada pada bahasa ini dalam konteks ruang siber. Dengan itu, enam sampel teks perbualan telah dikutip daripada sebuah ruang sembang maya tempatan, iaitu bilik sembang maya #Malaysia: 1#. Kajian ini telah memanfaatkan pendekatan kualitatif dan teori akomodasi oleh Giles (1973) dalam bahagian metodologi dan analisis data. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan ciri-ciri unik bagi bahasa Melayu di ruang siber dan dapatan telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat sebelas cara bahasa Melayu telah dimanipulsikan, termasuk penggunaan singkatan, rebus writing, pengulangan huruf dan tanda baca dan sebagainya. Unsur-unsur linguistik yang unik ini telah digunakan secara ketara untuk tujuan tertentu atau untuk menyampaikan mesej tertentu. Pada masa yang sama, tiga unsur bukan linguistik juga boleh dijumpai dalam data, termasuk kata-kata aksi, emotikon, dan gambar yang berwarna-warni yang digunakan bersama ujaran yang tertulis. Akhir sekali, dapatan juga menunjukkan kewujudan fenomena penukaran kod dalam ruang sembang maya tempatan dan didapati ia boleh berlaku pada pelbagai peringkat bahasa, termasuk pada peringkat morfem, perkataan dan frasa.
Text
Pemikiran dalam novel Mohd. Affandi Hassan : analisis dari sudut kajian budaya
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis aspek pemikiran budaya Mohd. Affandi Hassan lewat novel-novelnya dengan menggunakan pendekatan Kajian Budaya (Cultural Studies). Lima buah novel: Tampang Sasterawan, Citra Pujangga, Wajah Pendeta, Aligupit, dan Jejak Warisan dijadikan bahan kajian selain sumber-sumber lain yang menyokong hujah dan pemikiran dari sudut Kajian Budaya. Pemahaman konsep Kajian Budaya dalam kajian sastera diperkukuh dengan pendekatan oleh Chris Barker dan Nyoman Kutha selain Ben Agger untuk menggeledah sudut-sudut budaya dalam lingkungan hidup masyarakat Malaysia yang hidup dalam karya Mohd. Affandi Hassan. Kekuatan analisis menggunakan pendekatan Kajian Budaya telah menemukan sikap dan pemikiran pengarang terhadap persoalan budaya dan pembinaan kebudayaan dalam konteks ketamadunan. Pengetahuan adalah sumber penting dalam pembinaan budaya yang dapat membina narasi besar tentang diri dan masyarakat selain memperkukuh jati diri dalam menghadap gugatan nilai di pentas global. Idea-idea mengenai pembinaan diri dan masyarakat ini diungkap dengan baik oleh Mohd. Affandi Hassan sementara bedah siasat Kajian Budaya meletakkan peranan sastera dalam masyarakat sebagai agen pembina budaya. Jelas, kajian yang menggunakan Kajian Budaya untuk melihat pemikiran pengarang tentang budaya dalam karya sangat relevan, bahkan sosiobudaya dalam karya dapat dianalisis dengan rangka pemikiran yang bersifat kesemasaan dengan nilai intelektual yang dipaksakan dalam perbincangan. Kajian ini berjaya mengangkat sikap, tanggapan dan pemikiran Mohd. Affandi Hassan tentang watak dan perwatakan entiti manusia yang membangunkan identiti masyarakat berbudaya. Mohd. Affandi Hassan ternyata mengedepankan nilai teras - agama dan budaya - yang muni/sejati (esensial) bagi pencerahan subjek/entiti, gender dan etnik di samping daya tahan melawan nilai baharu seperti liberalisme dan sekularisme yang bertopeng modenisme. Mohd. Affandi Hassan melihat kuasa dan politik dalam penentuan agenda kebangsaan yang berteras jati diri bangsa, budaya dan agama sebagai unsur paling utama. Kajian ini juga menemukan keperluan pengarang merakam nilai budaya dalam karya serta usaha setiap pengarang untuk menghasilkan karya sastera yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan budaya kerana karya sastera seharusnya menjadi magum opus masyarakat bertamadun.
Text
Asuhan anak melalui taska : satu kajian kes sosialisasi di Taska Jade Pond di Petaling Jaya Selangor
Abstrak
Kebergantungan anak-anak kepada ibu bapa dalam masyarakat moden dewasa ini semakin berkurang. Dalam usia dua tahun hingga enam tahun, kanak-kanak memerlukan sokongan keluarga untuk membina potensi diri dan emosi mereka. Namun, tuntutan hidup memaksa ibu dan bapa bekerja dalam tempoh yang panjang sehingga masa untuk anak-anak menjadi sangat terhad. Kajian ini merupakan analisis sosialisasi dalam kalangan kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Fokus kajian ialah melihat keberkesanan aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh guru, pembantu taska dan ibu bapa dalam membina sikap dan pembangunan diri ke arah kehidupan sosial anak-anak. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian ke atas kanak-kanak di dalam dan luar bilik darjah. Temu bual ibu bapa juga dilakukan untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak di rumah. Aktiviti di taska dijalankan dengan panduan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan yang diselaraskan oleh Akta Taman Asuhan kanak-Kanak 1984 dengan kurikulum khusus untuk kanak-kanak pra sekolah. Sebagai pusat asuhan, penyediaan gizi makanan sihat dan pendidikan yang menekankan elemen bahasa, perkembangan emosi, sosial, moral dan akhlak ditekankan. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh kanak-kanak pada usia muda sangat penting. Kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kerap berkomunikasi dengan ibu bapa akan lebih proaktif berbanding kanak-kanak yang jarang berkomunikasi dengan ibu-bapa mereka. Peranan taska sebagai tempat mendidik dan memberi kasih sayang diakui dapat menampung kekurangan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akibat kesibukan bekerja. Bagaimanapun, kajian ini membuktikan, peranan ibu bapa di rumah tetap penting dalam membina sikap anak-anak, khususnya dari segi pembinaan sahsiah diri dan emosi. Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk membina hubungan rapat dengan taska, khususnya mengetahui tahap perkembangan anak anak mereka di luar rumah.
Text
Sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa Bahasa Melayu
Abstrak
Kaijan ini merupakan kajian terhadap dua buah buku, iaitu Bustan al-Katibin (1850) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1858). Kedua-dua karya ini ialah karya tentang bahasa Melayu, yang ditulis oleh seorang pengarang pada abad ke-19, iaitu Raja Ali Haii. Kaiian ini menggumakan buku Bustan al-Katibin yang telah ditransliterasikan daripada tulisan Javi kepada tulisan Rumi oleh Hashim Musa (2005)., dan Kitab Pengetahuan Bahasa, juga ditransliterasikan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, oleh Raja Hamzah Yunus (1986). Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti isi kandungan yang terdapat dalam kedua-dua karya bahasa, di samping mentafsir sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilnmu tatabahasa bahasa Melayu. Bidang ilmu tatabahasa bahasa Melayu yang dibincangkan terbahagi kepada tiga, iaitu huraian tentang kelas kata, huraian tentang binaan ayat, dan bidang perkamusan yang juga mengandungi huraian tatabahasa bahasa Melayu. Setiap bidang dibincangkan oleh Raja Ali Haji dengan amat mendalam dan terperinci. Secara amnya, kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama merupakan pendahuluan yang menyatakan permasalahan kajian, pendekatan kajian, tujuan kajian, kajian-kajian lepas, struktur kajian, dan metodologi kajian. Bab kedua pula membicarakan latar belakang Raja Ali Haji. Latar belakang beliau boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu keturunan, pendidikan, dan karya-karya dihasilkannya. Bab ketiga dan bab keempat mengandungi perbincangan tentang isi kandungan Bustan al-Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa. Dalam kedua-dua karya ini, huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat berdasarkan model bahasa Arab. Banyak istilah Arab digunakan. Susunan atau penggunaan perkataan bahasa Melayu juga dipengaruhi oleh susunan bahasa Arab. Hal ini disebabkan oleh pengaruh persckitaran dan pendidikan Arab yang diterima oleh Raja Ali Haji sejak beliau masih muda lagi. Bab kelima membicarakan perbandingan antara Bustan al-Katibin dengan Kitab Pengetahuan Bahasa. Terdapat empat aspek yang dihuraikan untuk memperlihatkan unsur persamaan dan perbezaan, iaitu ilmu bahasa yang dibincangkan, terutama aspek tatabahasa, ilmu agama yang menyertai huraian bahasa, konsep adab dan budi, dan gaya kepengarangan Raja Ali Haji. Juga ditambahkan sedikit maklumat tentang perbandingan aspek tatabahasa Raja Ali Haji dengan karya semasa, iaitu Tatabahasa Dewan (2008). Bab keenam ialah bahagian kesimpulan yang menghuraikan sumbangan Raja Ali Haji terhadap ilmu tatabahasa bahasa Melayu dan ketokohan beliau dalam bidang persuratan Melayu.
Text
Analisis konteks dan wacana dalam novel Kawin-kawin
Abstrak Kajjan tentang konteks dan wacana ini adalah untuk melihat bagaimana komponen-komponen yang wujud dalam konteks, iaitu latar, peristiwa bahasa. dan hubungan memainkan peranan bagi mewujudkan peristiwa komunikasi. Kajian aspek konteks dan wacana ini penting kepada anggota masyarakat kerana kajian konteks dan wacana akan dapat mengungkapkan bahasa yang bersesuaian dengan konteks agar sesuatu komunikasi itu berjalan dengan lancar. Tujuan kajian adalah aspek yang mempengaruhi kewujudan sesuatu konteks, iaitu latar, peristiwa bahasa dan hubungan. Melalui kajian yang dilakukan ini menunjukkan wujud gabungan ketiga-tiga komponen konteks, iaitu latar, peristiwa bahasa serta hubungan dapat mewujudkan peristiwa komunikasi yang bersifat interaktif. Kajian konteks dan wacana ini berdasarkan sebuah novel yang ditulis oleh Azizi Haji Abdullah yang bertajuk "Kawin-Kawin". Novel ini telah memenangi anugerah pertama dalam pertandingan Hadiah Sako Novel Nasional tahun 2002. Sebanyak dua puluh dua bab terdapat dalam novel tersebut. Cerita yang dipaparkan tidak ari daripada realiti kehidupan masyarakat yang mengamalkan perkahwinan mut'ah dan perkahwinan secara ta'lik. Berdasarkan kesimpulan dan rumusan yang dibuat menunjukkan bahawa komponen-komponen konteks, iaitu latar, peristiwa bahasa dan hubungan penting dalam menjayakan sistem komunikasi antara seorang individu dengan individu yang lain.
Text
Pembangunan dan kemajuan modal insan dalam rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) : satu penelitian
Dalam pembentangan RMK-9 oleh YAB Perdana Menteri, tidak kurang 18 kali beliau menggunakan kalimah keramat ''insan'' yang diasosiasikan dengan istilah modal, pembangunan dan kemajuan...
Text
Pembinaan insan menerusi pendekatan kerohanian Islam : satu tinjauan terhadap pendekatan inabah dalam memulihkan penagih dadah dan menyelesaikan masalah kenakalan remaja di Malaysia
Penagihan dadah dan kenakalan remaja merupakan penyakit sosial di alaf baru yang semakin membimbangkan...
Text
Haruman Kencana dan Hujan Sudah Teduh karya Zaharah Nawawi : penerapan teori feminisme
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis terhadap dua karya feminis Zaharah Nawawi iaitu novel Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana yang telah diterbitkan pada tahun 2004 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian dijalankan bagi meneliti perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kedudukan dan martabat wanita serta membandingkan perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kaum wanita melalui paparan cerita yang ditonjolkan dalam dua buah novel tersebut. Kajian ini meneliti penerapan feminisme yang terdapat dalam kedua-dua buah novel kajian. Penerapan teori feminisme yang digunakan adalah berdasarkan ciri-ciri yang disarankan oleh Cheri Register dalam menganalisis teks feminis. Ciri-ciri tersebut adalah yang paling sesuai kerana sifatnya lebih liberal dan dapat diterima pakai dalam mengukur watak wanita dalam konteks budaya Melayu dan Islam. Ciri-ciri penting yang harus ada dalam sesebuah novel bagi menepati ciri novel feminis ialah karya menjadi forum bagi wanita dalam mendedahkan pengalaman dan nilai hidup secara jujur, membantu mewujudkan persefahaman tentang pengalaman lelaki dan perempuan, memaparkan role model wanita yang mempunyai self-actualizing' untuk diteladani, memaparkan Semangat persaudaraan sesama wanita dan menimbulkan kesedaran melalui paparan perkembangan kendiri dan persepsi wanita terhadap cabaran yang akan datang. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua buah novel ini sarat dengan penerapan teori feminisme, berusaha mencari jati diri dan identiti kewanitaan serta menepati ciri-ciri karya berunsur feminis seperti yang disarankan oleh Cheri Register. Semoga kajian dapat membuka membuka minda pembaca untuk berfikir, memahami serta menyedari hakikat yang berlaku dalam dunia wanita.
Text
Pemerolehan bahasa kanak-kanak : kajian kes kanak-kanak sindrom down
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai pemerolehan bahasa bagi kanak kanak Sindrom Down. Pengkaji menggunakan 5 orang subjek Sindrom Down yang merupakan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. Pengumpulan korpus berdasarkan rakaman video yang dilakukan selama enam bulan. Oleh itu, kajian ini bersifat sinkronik. Pengkaji membuat kajian pemerolehan bahasa kanak-kanak Sindrom Down dari aspek pemerolehan bahasa verbal dan bukan verbal. Pengkaji menerapkan teori Behaviourisme dan Mentalisme dan kaedah pengiraan yang disarankan oleh Roger Brown, iaitu kaedah MLU. Korpus tersebut akan dianalisis dari aspek morfologi dan sintaksis. Seterusnya pengkaji membuat penilaian dan perbincangan hasil kajian yang telah dilakukan pada bab 4 dan bab 5. Pengkaji mendapati pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh persekitaran dan tahap kognitif. Bab terakhir merupakan kesimpulan dan penutup kepada keseluruhan kajian tesis ini.
Text
Perbandingan fonologi Bahasa Jakun dan Bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini menjurus kepada bidang Linguistik Bandingan yang meninjau bahasa Jakun (BJkn) dan bahasa Melayu (BM). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara BJkn dan BM yang dilihat berdasarkan aspek fonologi melalui leksikal. Aspek fonologi yang diteliti merangkumi sistem vokal, konsonan, diftong dan rangkap fonem. Di samping itu, kajian ini juga turut meneliti dari segi struktur fonologi kata, struktur suku kata dan proses-proses perubahan bunyi. Seterusnya kajian ini juga meneliti dari aspek kekognatan di antara BJkn dan BM. Ciri-ciri kekognatan ini dilihat melalui kaedah leksikostatistik dan glotokronologi, iaitu dengan cara menghitung peratus kata kognat dan usia atau lama-waktu bagi menentukan tingkat kekerabatan di antara BJkn dan BM. Hasil perbandingan ini menunjukkan bahawa BJkn dan BM mempunyai kesejajaran dari asepk fonologi dan leksikal yang anmat tinggi. Dengan dapatan ini, BJkn boleh diandaikan sebagai dialek Melayu-Jakun.
Text
Analisis struktur pasif bahasa Melayu : penerapan teori kuasaan dan tambatan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis sintaksis struktur ayat pasif bahasa Melayu (BM) dengan menggunakan pendekatan kuasaan dan tambatan (K&T), Inti pati pendekatan ini ialah andaiannya bahawa perkataan dalam sesuatu ayat disusun mengikut hiraki, bukan sekadar susunan linear. Fokus kajian ini ialah menjelaskan proses-proses sintaksis dalam penjanaan struktur ayat pasif, termasuk proses Alih-a, iaitu pergerakan kepala (X) dan peluasan maksima (X'"), pada peringkat representasi yang berkenaan. Kajian ini mengandaikan bahawa X kata kerja (termasuk kata kerja pasif), iaitu SelS, Kala dan SelO, mengalami penurunan untuk membentuk X kompleks. Alasan andaian ini ialah penurunan X menghasilkan langkah yang sedikit berbanding penaikan X. Kedua-dua jenis X** argumen dan adjung) pula mengalami penaikan. X*" argumen menjadikan posisi Pen SelO" sebagai sasaran pendaratan. X*" adjung pula boleh bergerak ke posisi yang lebih atas, iaitu Pen Kala'" atau Pen SelS'', sebagai sasaran pendaratannya. Lima jenis transformasi pemindahan argumen (objet tepat (N'" an N1"), objek sipi (N2""), subklausa atau frasa komplemen, N'" keluar dari FKomp dan anjakan N'") telah dibincangkan. Transformasi anjakan N" berbeza daripada transfornasi pemindahan X* yang lain kerana ia menggerakkan X" tersebut ke bawah struktur. Lebih tepat lagi, N'" tersebut digerakkan dan disisipkan ke bahagian kanan paling hujung frasa kerja. Lebih daripada satu adjung boleh disisipkan pada sesuatu ayat pasif tetapi kajian ini mengehadkan pemerian pada satu penyisipan dan pemindahan adjung sahaja. Satu lagi proses sintaksis yang terlibat dalam penjanaan struktur ayat pasif, iaitu pengguguran unsur, juga telah dibincangkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenal pasti dan menyenaraikan struktur ayat pasif BM serta variasinya.
Text
Identiti Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Thailand
Abstrak
Ini adalah satu kajian etnografi mengenai identiti orang Melayu Ayutthaya di Mukim Klong Takian, Wilayah Ayutthaya, Thailand. Dari segi sejarah, mereka memasuki Ayutthaya untuk berniaga dengan kerajaan Ayutthaya, tetapi ada dari kalangan mereka yang dibawa dari negeri Melayu Patani serta ditempatkan di kawasan tersebut pada zaman Rattanakosin. Kajian ini membincangkan mengenai pengaruh masyarakat dan budaya Thai yang memberi kesan kepada identiti masyarakat Melayu di Ayutthaya dan sejauh manakah kelangsungan identiti Melayu dapat dikekalkan dalam kalangan mereka. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kehidupan seharian orang Melayu Ayutthaya telah lama dipengaruhi oleh masyarakat dan budaya Thai melalui beberapa faktor, yang menyebabkan mereka tidak berbeza dengan orang Thai-Buddha. Manakala sebahagian daripada adat istiadat dan budaya Melayu masih diamalkan yang merupakan kelangsungan identiti Melayu dan dapat dikenali sebagai cara hidup orang Melayu. Agama Islam merupakan faktor yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti Melayu yang tidak berubah sejak masa dahulu sehingga sekarang. Bab I adalah bab pendahuluan yang merupakan pengenalan secara umum mengenai latar belakang masyarakat Melayu Ayutthaya. Bab ini mengemukakan tujuan kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, kajian terdahulu, kerangka konsep dan pembahagian bab. Bab II membincangkan latar belakang kawasan kajian yang berkaitan dengan hegara Thai dari segi sejarah negara, geografi dan organisasi pentadbiran. Selain daripada itu, latar belakang Mukim Klong Takian yang terletak di Wilayah Ayutthaya dikemukakan. Mukim tersebut merupakan mukim yang menempatkan kelompok etnik Melayu. Bab ini juga membicarakan sejarah orang Melayu pada empat zaman dan perbincangan mengenai orang Thai Muslim atau orang Islam di Thailand. Bab Il membincangkan tentang pengekalkan ciri-ciri Melayu di Ayutthaya. Ciri-ciri Melayu merupakan identiti yang diwarisi daripada nenek moyang kepada generasi baru. Ciri-ciri tersebut dapat dilihat dari empat aspek penting, iaitu pendidikan, bahasa, pakaian dan makanan. Bab IV membincangkan faktor-faktor pengaruh budaya Thai terhadap perubahan identiti Melayu di Ayutthaya serta sebahagian cara hidup masyarakat Melayu Ayutthaya berasimilasi dan berintegrasi dengan orang Thai. Perubahan identiti masyarakat Melayu Ayutthaya dikaji dari aspek pengaruh Thai dari segi sejarah, pengaruh dasar kerajaan Thai dan pengaruh kemasyarakatan dan kebudayaan Thai. Bab V menganalisis peranan Islam dalam mengekalkan identiti Melayu. Bab ini membincangkan pelbagai kegiatan dan cara hidup yang berlandaskan Islam yang merupakan identiti Melayu yang seterusnya dapat membezakan masyarakat Melayu Ayutthaya daripada masyarakat Thai Buddha. Bab VI ialah bab penutup. Bab ini mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan disertasi.
Text
Peranan wanita dalam pembangunan modal insan
Sesungguhnya penciptaan manusia adalah lengkap dan sempurna sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud ''sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya''...
Text
Profile dan faktor penyebab tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah Kota Kinabalu, Sabah
Tingkah laku buli menjadi isu besar dalam dunia pendidikan masa kini apabila ia dilakukan oleh pelajar sekolah, mangsanya juga adalah pelajar sekolah dan ia berlaku di dalam kawasan sekolah...
Text
Modal insan : aset utama pembentukan tamadun bangsa
Dalam pembentukan sebuah tamadun, perkara pokok yang mendasari pembinaannya ialah manusia. Manusia inilah yang menjadikan segala ciri, sistem dan organisasi berfungsi atau berjalan sebagaimana yang dikehendaki...
Showing 17051 to 17100 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2