Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
defence cooperation
hubungan pertahanan dua hala
...2 more
Kerjasama pertahanan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat
Semenjak era perjuangan menentang insurjensi ditamatkan pada penghujung tahun 1989, ATM telah mengorak langkah baru dan lebih pro-aktif terhadap perkembangan serantau dan antarabangsa dengan mengubah pendekatan yang memfokuskan latihan serta persiapan ke arah Peperangan Konvensional dengan merombak struktur organisasinya supaya lebih kredibel.
Setelah sejak 15 tahun, persetujuan telah ditandatangani dan perkembangan perhubunhan pertahanan dua hala di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat telah menjadi semakin kukuh. Walaupun tiada ancaman luar yang nyata kepada kedua-dua negara ketika ini, namun perhubungan pertahanan dua hala adalah menjadi satu keperluan bagi persiapan sekiranya berlaku ancaman luar.
Dalam melaksanakan perhubungan pertahanan dua hala ini, 'Bilateral Training and Consultative Group' (BITACG) telah ditubuhkan dan menjadi forum di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk melaksanakan segala aktiviti-aktiviti dua hala. Pada mulanya segala aktiviti-aktiviti di bawah BITACG adalah dikoordinasikan oleh IMET.
Text
7 peringkat persembahan
alat muzik
...3 more
Hamdolok : Warisan kesenian masyarakat Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor
Bab 1 merupakan pendahuluan yang membincangkan aspek-aspek pengenalan yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Melayu terutamanya tentang kesenian tradisi Melayu yang terangkum dalam konsep kebudayaan.
Bab 2 dalam kertas projek ini menumpukan lokasi kajian yang dibuat iaitu menceritakan tentang asal usul tempat kajian dan bagaimana persembahan kesenian dikesan dan diperkembangkan melalui kemudan-kemudahan prasarana yang terdapat di Kampung Rahmat.
Dalam bab 3, pengkaji mengupas tentang sejarah dan latar belakang hamdolok iaitu tentang pengasas persembahan ini dan bagaimana hamdolok ini boleh terserap masuk ke dalam masyarakat Melayu Batu Pahat khususnya di Kampung Rahmat.
Bab 4 merupakan intipati kepada persembahan hamdolok ini sendiri. Dalam bab ini, pengkaji menceritakan tentang watak-watak yang terlibat, tempat persembahan hamdolok ini dipersembahkan yang merupakan kawasan lapang atau pentas khas dan masa membuat persembahan termasuk juga masa dan tempat membuat latihan.
Peralatan yang digunakan dalam persembahan hamdolok dibincangkan dalam bab 5.
Bab 6 mengupas tentang persembahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi sosial, fungsi ekonomi, fungsi komunikasi, fungsi hiburan dan sebagainya.
Text
jenis perniagaan
pendapatan
...3 more
Perniagaan pasar malam : Satu perbandingan antara perniagaan Melayu dan Cina
Kajian ini dijalankan di sebuah pasar malam di negeri Selangor, iaitu pasar malam Taman Medan Pejasa Bt. 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tumpuan kajian meliputi aspek-aspek seperti jenis barangan yang dijual, jumlah modal yang dillaburkan, sumber modal, jumlah pendapatan dan juga maklumat tentang sumber bekalan. Pengkaji juga telah mengkaji cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga Melayu dan Cina untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.
Text
penderaan fizikal
penderaan mental
...2 more
Keganasan rumah tangga di Malaysia
Keluarga merupakan satu unit sosial yang fungsional, yakni menjalankan pelbagai fungsi yang dijangkakan oleh masyarakat. Hakikatnya, fungsi-fungsi tersebut adalah berasaskan satu sistem jangkaan yang berperanan untuk mengatur pola perlakuan serta bentuk perhubungan yang wujud sesama anggota-anggota keluarga. Dengan itu, setiap anggota keluarga dijangka untuk memenuhi tuntutan sistem jangkaan ini dengan memainkan peranan seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, dalam zaman moden ini, tidak semua fungsi yang dijangkakan itu dilaksanakan dengan sepenuhnya. Ini bererti anggota-anggota keluarga tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya dan keadaan ini menyebabkan keluarga tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Dalam hal ini, masalah keganasan rumah tangga merupakan antara contoh utama perlakuan yang menyimpang darpada fungsi-fungsi jangkaan yang sepatutnya dimainkan oleh anggota-anggota keluarga. Kini, masalah ini telah menjadi satu punca utama yang mengakibatkan kelemahan institusi kekeluargaan di Malaysia.
Umumnya, masalah keganasan rumah tangga semakin berleluasa di Malaysia dan ia membabitkan semua kelompok etnik, khususnya komuniti Melayu, Cina dan India. Justeru itu, langkah pertama yang harus diambil adalah untuk meneliti dan memahami secara mendalam latar belakang masalah, terutamanya dari segi persoalan punca dan kesan-kesannya sebelum tindakan susulan dapat dirumuskan. Tindakan susulan yang diambil pula harus mengambil kira konteks budaya masyarakat tempatan bagi menjamin keberkesanannya.
Text
konsep asas keluarga
penilaian remaja
...2 more
Masalah sosial remaja di gugusan FELDA Kerteh (Ketengah Jaya), Terengganu Darul Iman : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dalam bab atu, dibincangkan tentang tujuan kajian, bidang kajian yang dilakukan, kepentingan kajian, membincangkan metodologi dan masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian.
Bab dua, membincangkan tentang beberapa konsesp asas, iaitu konsep masalah sosial, remaja, keluarga dan masyarakat. Penerangan ini dibuat untuk memperjelaskan apa yang hendak diterangkan nanti supaya tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.
Dalam bab ini juga diterangkan tentang teori asas iaitu teori perubahan sosial dan teori struktur dan fungsi.
Bab tiga, membuat analisis kajian iaitu menerangkan tentang latar belakang tempat kajian dan latar belakang responden. Latar belakang tempat kajian meliputi sejarah pembukaan, pola penempatan dan kemudahan awam yang disediakan. Latar belakang responden pula menerangkan beberapa aspek seperti jantina, umur, masa bekerja, tanggungan, taraf pendidikan dan pendapatan responden.
Bab empat, penemuan analisis kajian. Membincangkan pandangan masyarakat terhadap masalah sosial, unsur-unsur yang mempengaruhi salah laku remaja dan peranan masyarakat khususnya keluarga dalam membendung masalah sosial.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis keseluruhan mengenai masalah sosial remaja dan beberapa cadangan untuk mengatasinya.
Text
bahagian perahu
dekorasi perahu
...3 more
Perusahaan perahu tradisi : Kajian kes di Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Perusahaan membuat perahu merupakan perusahaan tradisional yang terdapat di Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu selain menjadi nelayan, aktiviti tempatan mencari rezeki dan membuat perahu. Membuat perahu bukanlah satu pekerjaan mudah, ia memerlukan beberapa ciri tertentu untuk menghasilkan perahu, yang penting ialah kemahiran membuat bot adalah satu anugerah yang tidak terdapat pada semua orang. Hanya mereka yang benar-benar berminat, tekun dan sabar serta mempunyai sedikit modal boleh menceburkan diri dalam bidang ini. Ini kerana sebuah perahu yang dibina memerlukan masa lebih kurang setahun hingga dua tahun.
Bab satu merupakan bab pengenalan di mana penulis memaparkan objektif kajian dan permasalahan yang dihadapinya dalam menyiapkan kertas projek ini.
Bab dua pula menyentuh tentang sejarah kedatangan awal perahu ke Terengganu khususnya tetapi malangnya sehingga kini tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemunculannya di negeri Terengganu ini. Penulis juga menyentuh jenis-jenis perahu besar dan perahu kecil yang pupus, pernah digunakan dan yang masih lagi digunakan oleh penduduk di Terengganu amnya dan khususnya di Pulau Duyong.
Bab tiga lebih menekankan kepada keistimewaan yang dimiliki oleh pertukangan dalam menghasilkan perahu, teknik yang digunakan seratus peratus masih lagi menggunakan teknik tradisional walaupun terdapat penggunssn peralatan yang menggunakan kuasa elektrik. Hasil kerja mereka menarik, halus dan teliti yang telah menarik ramai di kalangan rakyat asing datang ke Terengganu.
Bab keempat pula melihat kepada dekorasi yang terdapat pada perahu. Bangau dan sangga merupakan dekorasi yang penting terdapat pada perahu seperti perahu Sekoci dan perahu Kolek. Bangau yang pada asasnya berperanan sebagai tempat letak pendayung telah berubah fungsi sebagai sesuatu yang mempunyai estetika keindahan.
Bab lima, meninjau kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha di Pulau ini dan cadangan daripada penulis untuk memantapkan lagi perusahaan ini pada masa hadapan.
Text
cara penangkapan gamat
jenis gamat
...3 more
Khasiat gamat dari perspektif perubatan Melayu
Bab pertama ialah bahagian pengenalan. Pada bahagian ini, pengkaji menyentuh mengenai latar belakang kajian ini termasuk objektif, bidang kajian, metodologi kajian dan masalah yang timbul sepanjang kajian dilakukan. Selain itu, sedikit sebanyak pengenalan gamat dibincangkan secara ringkas.
Pada bahagian bab kedua pula, tumpuan pengkaji adalah kepada latar belakang spesies gamat secara terperinci. Bahagian ini memuatkan pengenalan kepada spesies gamat, perjenisan gamat yang ada di perairan Malaysia, habitat semula jadi gamat sama ada di daratan dan lautan serta teknik penangkapan yang digunakan untuk memperolehi gamat untuk tujuan perubatan.
Bab ketiga lebih memfokuskan kepada intipati kajian ini iaitu khasiat gamat yang dipercayai mampu menyembuhkan beberapa penyakit di kalangan orang Melayu. Pengkaji juga membincangkan konsep perubatan Melayu secara ringkas dengan menggunakan salah satu prinsip perubatan Melayu iaitu "setiap keuzuran ada penawarnya". Prinsip ini telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam bab tiga dengan tujuan membuktikan gamat sebagai bahan perubatan.
Bab keempat adalah berkisar kepada pengkomersialan gamat. Tumpuan pengkaji bermula dari pemprosesan gamat secara mentah melalui pelbagai teknik yang digunakan oleh pengusaha sehinggalah ia dipasarkan kepada pengguna. Aspek pemasaran dan sambutan turut diberi penekanan untuk melihat sambutan pengguna.
Bab kelima merupakan bahagian kesimpulan iaitu rumusan yang diperolehi hasil kajian ini secara keseluruhannya.
Text
akomodasi
asimilasi
...6 more
Hubungan etnik Melayu dan India dari sudut sosio-politik di Sitiawan, Perak : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Dalam bab satu, dibincangkan tentang tujuan dan bidang kajian yang dilakukan; membincangkan metodologi dan masalah-masalah menjalankan kajian; membincangkan tempat dan komuniti yang dikaji.
Bab dua membincangkan pegertian beberapa konsep yang mempunyai perkaitan dengan kajian hubungan etnik. Tanpa penerangan yang jelas mungkin boleh menimbulkan masalah kepada pembaca atau penyelidik-penyelidik yang cuba membuat kajian lanjutan tentang hubungan etnik.
Bab tiga, membuat analisis tentang bentuk perhubungan etnik yang ditinjau dari sudut sosial. Seterusnya bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perhubungan etnik yang terdapat di kalangan kelompok-kelompok etnik di kawasan kajian. Di samping itu, bab ini juga membincangkan kes-kes yang menjadi duri dalam daging di kawasan kajian.
Bab empat, membincangkan interaksi politik di peringkat mikro ataupun di kawasan kajian. Pengkaji akan menumpukan perhatian pada interaksi dan juga pemahaman responden terhadap politik di kawasan kajian dan juga akan menyentuh sedikit tentang politik di peringkat negara.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis tentang perhubugan etnik pada keseluruhannya. Kesimpulannya adalah berdasarkan pada kajian yang telah dlakukan.
Text
antropologi perubatan
feminisme
...1 more
Berkhatan di kalangan wanita dari sudut antropologi perubatan : Tumpuan kajian kepada masyarakat Jawa dan Melayu sebagai satu perbandingan di daerah Sabak Bernam, Selangor
Kajian ini sebenarnya meninjau serba ringkas tentang konsep berkhatan di kalangan wanita dan juga perkaitannya dengan bidang antopologi perubatan. Pemerhatian khusus yang telah diberikan ke atas perbezaan upacara tersebut yang dilakukan ke atas dua kaum iaitu Melayu dan Jawa. Selain dari itu, ia juga mengupas serba sedikit tentang kepercayaan konsep ini dari sudut pandangan masyarakat Barat dan juga Timur. Sejauh mana ia memberikan kesan positif dan negatif kedua-dua masyarakat ini serta perspektif Barat terhadap amalan tersebut. Selain daripada melihat aspek kebaikan dan keburukannya serta hukum hakam berkhatan, pengertian dari sudut agama, perubatan moden dan juga dari sudut antropologi perubatan itu sendiri.
Di dalam kajian ini juga dilihat perkaitan antara teori-teori Barat tentang kewanitaan. Antara teori yang digunakan adalah teori Kesamaan Hak dan Taraf, Teori Feminist dan juga Teori Antropologi Perubatan.
Text
faktor kemiskinan
kadar kemiskinan
...5 more
Masalah dan kecenderungan ekonomi Melayu : Satu kajian terhadap 161 orang pelajar Universiti Malaya
Kemiskinan masyarakat Melayu telah lama dibincangkan walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 43 tahun. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, banyak dasar pembangunan dilaksanakan tetapi kedudukan ekonomi masyarakat masih rendah jika dibandingkan dengan etnik yang lain. Kajian ini mengenai masalah ekonomi dan kecenderungan ekonomi Melayu dengan berdasarkan kepada 161 orang pelajar di Universiti Malaya. Kajian ini penting kerana para pelajar di universiti ini akan menentukan masa depan negara dan juga kedudukan ekonomi orang Melayu.
Konsep kemiskinan akan diterangkan dalam kajian ini di samping kemiskinan yang wujud di Malaysia. Faktor kemiskinan turut dibincangkan dengan teliti dalam bab kelima. Faktor kemiskian amat penting kerana dapat menyedarkan para pembaca kajian ini terhadap punca masalah kemiskinan.
Kecenderungan para pelajar di Universiti Malaya didapati mempunyai tanda-tanda positif dalam memperbaiki kemiskinan orang Melayu. Keinginan dan keyakinan mereka kelihatan meningkat demi mencapai kedudukan ekonomi yang lebih tinggi. Fenomena ini mungkin disebabkan pendidikan tinggi mereka di Universiti Malaya. Perkara ini adalah membanggakan kerana keseimbangan masyarakat Malaysia mempunyai harapan untuk dicapai dengan kecenderungan para pelajar di samping toleransi yang ikhlas daripada rakyat bukan Melayu, usaha yang gigih daripada kerajaan juga penentu kestabilan sosial Malaysia.
Text
brunei
tenunan
Perusahaan Seni Tenunan Brunei
Perusahaan 'Bertenun' ini memanglah tidak dapat dipisahkan di kalangan masyarakat Melayu Brunei kerana satu tradisi turun-temurun ataupun perusahaan warisan daripada nenek moyang mereka. Jadinya 'Bertenun' ini adalah kegiatan yang tertua, namun begitu, ianya dapat bertahan sehingga ke hari ini. Malahan Kerajaan Brunei telah menyedari betapa pentingnya memelihara nilai-nilai kebudayaan yang mencerminkan identiti bangsanya ke mata dunia. Oleh itu kerajaan telah membuka dengan rasminya satu bangunan pada 1hb, Januari, 1984, yang bertindak sebagai institusi formal terhadap kegiatan seni dan pertukangan tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya masyarakat Melayu.
Bangunan ini dikenali sebagai 'Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Negara Brunei Darussalam' yang dibina di pinggir Sungai Brunei dan berhadapan dengan Kampung Saba (salah sebuah kampung air). Pusat ini berfungsi untuk memelihara dan mempertingkatkan hasil kerja tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus seni di pusat tersebut. Pusat ini juga berfungsi sebagai media bagi memasarkan barang-barang seni yang dihasilkan oleh anggota-anggota masyarakat Brunei. Ini termasuklah hasil-hasil tenunan seperti kain samping, kain jongsarat, selendang yang bertenun, alat-alat perhiasan yang bertenun dan lain-lain.
Text
brunei
muzik tradisional
...1 more
Persembahan Muzik Tradisional Mukun di Brunei
"Bermukun" ini merupakan satu cabang seni dalam bangsa masyarakat Melayu dimana terdapat unsur-unsur berbalas pantun dan mengandungi tarian daripada penonton lelaki yang berminat mengambil bahagian. Jadinya "Bermukun" ini mempunyai dua unsur penting dalam persembahan iaitu berpantun disertakan dengan pukulan tambur atau dumbak dan tarian. Ia juga dikenali sebagai "Bergendang" kerana alat muziknya terdiri dari alat yang digendang, terutama bagi penduduk kampung air.
Bermukun ini dapat disifatkan sebagai persembahan terbuka kerana setiap anggota masyarakat sama ada masyarakat setempat atau masyarakat luar diberi kesempatan menghadiri majlis bermukun ini. Ini termasuklah golongan tua, muda, kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang hadir hanya semata-mata untuk bersuka-suka, menghibur hati dan mengisi masa lapang serta memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan.
Text
brunei
Persembahan
...1 more
Persembahan Tarian Anding di Brunei Darussalam
Tarian Anding yang ada di Brunei sekarang adalah diwarisi dari suku Kedayan di Brunei iaitu salah satu dari suku asli Brunei. Dipercayai datang dari negeri jiran seperti Sipitang (Sabah), Lawas, Awat-Awat (Sarawak), amnya dari Malaysia Timur. Tarian ini amat mementingkan gerak tari pada badan, bahu, tangan dan kaki.
Tarian Anding menghubungkan tubuh badan manusia dengan kuasa ghaib dalam bentuk pemujaan kuasa yang menjelma ke dalam tubuh Ahli Anding atau Pak Bomoh. Hubungan antara manusia dan kuasa ghaib ini menyebabkan terjadinya keadaan tidak sedarkan diri pada Ahli Anding. Tarian Anding ini juga diiringi dengan lagu-lagu tertentu dan sesuai untuk memanggil gimbaran atau semangat.
Text
Kuda Kepang
Kuda Kepang
Menurut informan, Wak Kasman, tarian kuda kepang merupakan satu bentuk permainan tradisional yang amat digemari oleh penduduk yang berketurunan Jawa. Oleh kerana di negeri Johor khususnya terdapat ramai anggota masyarakat yang berketurunan Jawa, maka tarian ini amat popular di negeri tersebut. Menurut Wak Kasman lagi di kawasan Ulu Selangor juga terdapat permainan kuda kepang ini.
Terdapat dua jenis kuda kepang. Pertamanya adalah Kuda Kepang Jaranan. Jenis kuda kepang ini amat popular di daerah Muar. Ianya tidak menggunakan ilmu sihir dalam persembahan dan mereka yang memainkannya tidak mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya ialah kuda kepang biasa sahaja. Ia berbeza dengan Kuda Kepang Jaranan dimana pemainnya akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Malah mereka yang melihatnya, terutama mereka yang lemah semangat juga akan mengalami keadaan tidak sedarkan diri. Kuda kepang ini tidak begitu popular lagi kerana persembahannya yang agak berbahaya.
Text
celempong
muzik tradisional
...1 more
Celempong Muzik Tradisional Negeri Sembilan
Jikalau dipandang dari segi kajian etnomuzikologi celempong adalah tergolong dalam kategori 'idiophone'. Di dalam kumpulan ini, alat muzik diketuk atau dipukul untuk menghasilkan bunyi.
Di masa kini di seluruh Negeri Sembilan tidak ada kumpulan celempong selain kumpulan Encik Udin (informan kajian). Ini mungkin kerana pemain alat celempong telah tua dan meninggal dunia atau telah bersara. Golongan muda juga tidak berminat untuk mempelajari cara bermain celempong. Di dalam satu persembahan kumpulan celempong diantara alat muzik yang digunakan ialah:
1. Satu set celempong
2. Satu atau dua rebana
3. Satu gong
4. Satu seruling (jarang digunakan)
Text
Melayu
muzik tradisional
...1 more
Tarian Balai sebagai Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Tarian Balai merupakan salah satu bentuk tarian yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Terengganu. Ianya adalah merupakan tarian yang dimiliki oleh kaum petani amnya dan penanam padi khasnya. Tarian Balai juga dikenali sebagai Tarian Pulai yang masih hidup segar di kampung Bukit Gemuruh, Kuala Berang, Ulu Terengganu. Tarian ini lebih merupakan sejenis tarian yang menggambarkan cara-cara mengusahakan huma. Dalam tarian ini terdapat banyak pergerakan-pergerakan anggota badan dan pergerakan anggota badan tersebut kadangkala melambangkan sesuatu fenomena budaya. Perlambangan tersebut ada yang dapat dilihat pada mata kasar dan ada yang hanya dapat dirasa dan difikirkan oleh pengkaji dan individu-individu yang terlibat didalam seni ini.
Text
bibliografi
Melayu
...2 more
Bibliografi Etnomuzikologi Melayu
Muzik tradisi Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan budaya Melayu, yang juga berperanan mendorong perkembangan budaya. Ianya adalah sebahagian dari kehidupan manusia sejagat.
Kajian mengenai muzik khususnya muzik tradisional tergolong dalam satu disiplin yang masih baharu di Malaysia yang dinamakan etnomuzikologi. Pengumpulan bahan-bahan bertulis mengenai muzik tradisi ini adalah satu cabang dari usaha-usaha ke arah memenuhi kehendak disiplin ini. Pengumpulan yang sempat dijalankan ialah melibatkan beberapa perpustakaan utama yang ada di ibukota dan beberapa tempat yang berhampiran. Bahan-bahan yang dikumpul ini dikelaskan mengikut fungsi-fungsinya. Pembahagian ini berdasarkan kertas kerja seminar di Seminar Kebangsaan Pengajian Melayu pada 23-25hb. September 1985 oleh pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu iaitu Ku Zam Zam Ku Idris dan Dr. Patricia Ann Matusky. Ia diasaskan kepada lima kategori:
1. Muzik untuk teater wayang kulit
2. Muzik tarian dan drama-tari
3. Muzik vokal untuk penceritaan
4. Muzik untuk upacara dan ritual khas
5. Muzik untuk hiburan
Text
imam
Selangor
Peranan dan Status Imam dalam Masyarakat Melayu di Mukim Kerling, Selangor
Imam seperti orang kebanyakan memahaminya ialah ketua atau pemimpin dalam bidang agama bagi sesuatu kampung, mukim atau kawasan-kawasan yang lebih besar dan ianya hanya tertumpu di masjid sahaja. Ia dikenali kerana mengetuai upacara agama seperti sembahyang jemaah, kenduri tahlil ataupun menguruskan jenazah. Di kalangan orang Melayu yang beragama Islam imam merupakan satu institusi yang penting kerana segala aktiviti agama biasanya diketuai oleh imam.
Fenomena ini berbeza di kalangan masyarakat yang tidak kuat berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Contohnya masyarakat kota yang kebanyakannya menjalani kehidupan mengikut budaya kota. Sebahagian besar dari mereka tidak terlalu bergantung kepada imam dalam urusan agama mereka. Perbezaan cara hidup masyarakat kampung dan bandar sebenarnya melahirkan situasi yang berbeza dalam menanggapi peranan dan kedudukan imam. Bagaimanapun dalam kajian ini, penulis lebih tertumpu kepada masyarakat desa yang mana Mukim Kerling menjadi tempat kajian.
Text
belia
Muzik
Kesan-Kesan Muzik Terhadap Golongan Belia
Memandangkan dewasa ini muzik yang terlalu mendatangkan ke atas masyarakat khasnya kaum belia, merupakan muzik-muzik berentak "rock" dan berbentuk moden, maka penumpuan kajian penulis adalah kepada muzik-muzik yang berentak atau berirama demikian. Apa yang dikatakan muzik moden ini selalunya merupakan muzik-muzik yang didatangkan dari luar dan menggunakan peralatan-peralatan moden. Begitu juga masyarakat dan peringkat umur yang meminatinya. Di sini tumpuan penulis adalah kepada masyarakat bandar yang berada dalam arus kemajuan, terutama kepada golongan belia yang mementingkan muzik dalam hidup mereka. Kegilaan para belia belasan tahun khasnya, terhadap aliran muzik berbentuk "heavy rock", corak pakaian serta perhiasan diri ala-punk atau "new wave" semakin menjadi-jadi pada masa kini.
Text
dikir barat
kelantan
Persembahan Dikir Barat di Kelantan
Dikir Barat merupakan satu persembahan yang menjadi sumber hiburan yang popular di Pantai Timur khasnya negeri Kelantan. Dalam persembahan Dikir Barat perlawanan mulut antara dua kumpulan yang masing-masing berusaha menjatuhkan kumpulan lawan dan menonjolkan kumpulan sendiri.
Dalam usaha menyiapkan kertas kerja ini, penulis telah menemui Ketua Kumpulan Dikir Barat Daud Bukit Abal iaitu Encik Mat Dud bin Che Mat. Beliau merupakan salah seorang juara yang terkenal di Kelantan. Selain dari itu penulis juga telah menemui beberapa orang peminat Dikir Barat untuk menanyakan bagaimanakah persembahan dikir barat dibuat.
Text
kedah
lagu
...2 more
Nobat Di Raja Kedah Tumpuan kepada Lagu-lagu dan Pemuzik-pemuzik
Walaupun Nobat begitu penting dalam pentadbiran kerajaan Melayu hanya negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu saja yang mempunyai pancaragam Nobat Diraja ini. Di antara Nobat-nobat tersebut, Nobat Diraja Kedahlah yang dianggap paling tua usianya dan paling bersejarah yang masih aktif hingga kini.
Kajian mengenai Nobat Diraja Kedah ini dijalankan bagi mendalami lagi kesenian mengenainya dan mendedahkan kepada pengetahuan umum. Sebenarnya kajian ini merupakan langkah awal dan pertama sekali dilakukan dan diharapkan membuahkan ahsil yang baik. Dalam kajian ini akan ditinjau secara mendalam mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah terutamanya mengenai lagu-lagu nobat dan ahli-ahli mzuim yang terlibat.
Text
ensembel
rodat
...1 more
Ensembel Robat di Terengganu
Rodat adalah salah satu persembahan muzik tradisional Melayu yang terkenal di negeri Terengganu pada suatu ketika dulu. Penduduk tempatan menganggap Rodat sebagai hasil kesenian yang dicetuskan oleh penduduk tempatan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul Rodat yang terdapat di Terengganu.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-alat Muzik Gamelan Pahang/Trengganu
Perkataan "gamelan" berasal dari kata Jawa "gamil" yang bermaksud tabuh kerana sebahagian besar dari alat-alat yang terdapat pada gamelan cara membunyikannya adalah ditabuh atau dipukul.
Gamelan adalah satu karya seni yang sangat tinggi mutunya, indah, halus dan rumit. Kehalusan ini bukanlah kehalusan lahir yang bisa dilihat, tetapi kehalusan perasaan yang bererti keluhuran budi. Kesenian gamelan melatih diri supaya berdisiplin, menghormati ketua dan bergotong-royong sesama manusia. Tidak wujud penonjolan individu di dalam muzik gamelan. Semua penabuh gamelan perlu saling bekerjasama demi menghasilkan lagu yang baik. Muzik gamelan boleh menimbulkan rasa senang dan tenteram, membangkitkan semangat, mendidik budi-pekerti dan membantu menghening-cipta dan berirama indah misalnya gerak-tari.
Text
ensembel
gamelan
...3 more
Persembahan Joget Gamelan dalam Ensembel Muzik Gamelan Melayu
Istilah 'Gamelan' berasal dari perkataan 'Gamel' yang membawa erti sejenis pemukul yang menyerupai tukul, dan 'Gamelan' beerti satu cara pukulan yang berdasarkan kepada kaedah pukulan yang tertentu di dalam memainkan alat-alat gamelan tadi. Di semenanjung Tanah Melayu, tarian dan muzik gamelan mula-mula muncul di istana Pekan, Pahang dan kemudiannya ia telah diperkembangkan ke Istana Trengganu. Kedua-dua kesenian ini iaitu muzik dan tarian tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai pertalian yang amat erat dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia merupakan satu bentuk tarian istana yang mempunyai sifat-sifat tertentu dan dengan sifat-sifat ini ia digelar sebagai Tarian Klasik. Meskipun Gamelan berasal sangat hampir dengan Jawa tetapi kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan benar-benar berlainan, menyebabkan ia layak digelar Gamelan Melayu.
Text
penyakit
perubatan Melayu
...1 more
Konsep Penyakit dalam Sistem Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi kaya dengan warisan kepercayaan terhadap sesuatu fenomena budaya. Anggapan ke atas sesuatu fenomena akhirnya menjadi doktrin untuk diamalkan oleh mereka. Konsep penyakit tidak terkecuali dalam fenomena kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri di dalam mengongsepsikan penyakit.
Text
Okestera Nobat Di Raja Negeri Perak
Nobat adalah okestera di raja dan merupakan sebahagian daripada alat-alat kebesaran di raja. Nobat juga merupakan lambang kemegahan kesenian raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu mempunyai pertalian rapat dengan nobat, ini dapat dilihat dengan adanya penghargaan dan penghormatan istimewa yang diberikan kepada alat-alat nobat dan okestera nobat ini memainkan peranan dalam upacara penting di istana.
Di Malaysia negeri yang mempunyai sultan sahaja yang mempunyai okestera nobat. Negeri itu ialah seperti Kedah, Perak, Trengganu, Kelantan dan Selangor. Nobat negeri Perak adalah nobat yang tertua di negara ini yang diwarisi dari Kesultanan Melaka dan nobat negeri Selangor pula berasal dari nobat negeri Perak. Okestera nobat ini tersebar di merata-rata tempat bukan terbatas di Malaysia sahaja. Nobat juga terdapat di negera Islam seperti Iran, Iraq, Turkey, Egypt dan Spain, Afrika, India dan Thailand.
Text
silat
Seni Silat Melayu Melaka: Satu bentuk persembahan Seni gerak-tari dan Muzik Melayu tradisional
Seni Silat Melayu adalah merupakan salah satu daripada kebudayaan Melayu yang unggul, terutamanya di negeri Melaka. Seni Silat menunjukkan satu kesenian warisan bangsa Melayu yang bermaruah dan beridentiti sendiri. Sebagai Seni Mempertahankan Diri, ia mempunyai nila-nilai seni yang tinggi, halus dan seni gerak tari atau gerak langkah yang teratur. Ia bukan seni yang sewenang-wenangnya dicipta, tetapi perlu dipelajari dan dihayati. Sebagai salah satu cabang seni yang halus dan indah, ia memerlukan kemahiran, keahlian, pengalaman serta pengetahuan yang berhubung rapat dengan alam dan kehidupannya.
Text
kepentingan perniagaan
sejarah bandar Kota Bharu
...2 more
Ekonomi Melayu: Satu tinjauan ke atas perniagaan kecil-kecilan wanita Melayu dari aspek sosio-ekonomi peniaga pasar besar Siti Khadijah Kota Bharu
Perniagaan kecil di kalangan orang Melayu telah bermula sejak sekian lama. Mutakhir ini perusahaan perniagaan kecil semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutaamanya di kalangan wanita Melayu. Ia diperkukuhkan lagi menerusi penubuhan Majlis atau badan-badan kerajaan yang menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalankan segala aktiviti berkaitan dengan perniagaan kecil. Kemerosotan ekonomi negara pada tahun 1997 yzng lalu kian menggalakkan pertambahan penyertaan wanita menceburi bidang ini. Perniagaan kecil yang mengkhususkan kepada penyediaan barangan keperluan pengguna amat penting dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat di samping menyumbang kepada ekonomi. Setuju atau tidak, pihak yang terlibat dalam pengurusan ini perlu mengkaji dan memberikan penekanan sewajarnya terhadap perkembangan dan kemajuannya.
Ekonomi Melayu: Satu tinjauan ke atas perniagaan wanita Melayu dari aspek sosio-ekonomi peniaga pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu merupakan satu kajian yang membincangkan mengenai aspek perniagaan kecil sebagai pembantu ekonomi keluarga di samping perbincangan terhadap keadaan sosio-ekonomi peniaga kecil wanita Melayu itu sendiri. Kajian ini telah mula dilakukan oleh pengkaji pada bulan Oktober 1999 sehinggalah Januari 2001 bertempat di Tingkat Bawah dan Dalam Bulatan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Text
Petua
Petua
Masyarakat Melayu tradisi dikatakan kaya dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan yang tidak ternilainya. Salah satunya warisan keilmuan yang bernilai dalam masyarakat Melayu terjelma dalam bentuk naskhah-naskhah manuskrip. Petua yang merupakan sebahagian dari khazanah serta warisan keilmuan yang bernilai daripada masyarakat Melayu boleh dikesan melalui naskhah-naskhah manuskrip Melayu yang dikatakan suatu bentuk warisan keilmuan tersebut.
Petua dengan lain perkataan adalah pantang larang atau tegahan bila sesuatu pekerjaan itu hendak dilakukan oleh seseorang dengan memberikan kesan baik serta buruknya. Pantang larang atau tegahan ini tertakluk kepada beberapa kriteria yang menjadi suatu ukuran kepada baik buruknya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan melihat kepada hari, bulan, waktu, keadaan-keadaan tertentu dan sebagainya lagi.
Text
bentuk pertuturan
genre
...2 more
Teori speaking dan aplikasinya dalam skrip drama Cikgu Hulu Garam Putih
Bab pertama hanya akan mengemukakan tentang pengenalan kepada dasar kertas projek ini. Beberapa aspek seperti tujuan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan konsep yang berkaitan, bahan kajian, metodologi kajian, kajian lepas yang berkaitan, masalah kajian serta kesimpulan terhadap bab ini.
Seterusnya bab dua membincangkan mengenai bidang perbincangan sosiolinguistik dan sejarah wujudnya sosiolinguistik hingga munculnya teori Speaking. Bab ini turut menjelaskan mengenai beberapa orang tokoh terkenal yang membincangkan sosiolinguistik dan speaking.
Bab tiga menyentuh tentang analisis kewujudan Speaking dalam drama Cikgu Hulu Garam Putih. Bab ini akan menghuraikan aspek latar, pameran, bentuk pertuturan, nada, tujuan, alat, norma dan genre yang wujud dalam skrip drama tersebut.
Bab empat dan terakhir kajian ini membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai setiap isi kandungan kertas projek di samping memberi ulasan umum mengenai speaking dalaam skrip drama.
Text
tema
unsur plot
...3 more
Kajian diksi dalam novel Imam
Bahasa merupakan alat perantaraan untuk menyampaikan sesuatu gagasan atau mesej dalam sesebuah karya sastera. Dalam penyampaian ini, bahasa yang digunakan oleh pengarang mempunyai gaya yang tersendiri. Selain daripada tema dan persoalan, aspek diksi atau pemilihan kata juga merupakan satu faktor yang menentukan kualiti atau mutu sesebuah karya. Sesebuah karya yang mempunyai pemilihan kata yang tersusun dan menarik paling digemari oleh pecinta-pecinta sastera.
Dalam kajian ini, novel Imam karya Abdullah Hussain dipilih kerana di dalamnya terdapat pemilihan kata yang agak menarik. Penggunaan kata-katanya yang bersahaja dan bersesuaian dengan tema dari persoalan yang dipaparkan. Jadi kajian mengenai diksi dilakukan untuk melihat bagaimana pengarang mengeksploitasikan bahasa untuk menghasilkan sesebuah novel yang menarik.
Text
Felda
kedah
...1 more
Rancangan Felda Batu Lapan Kedah: Satu Analisis Sejarah Pembangunan
Ini adalah satu kajian analisis sejarah pembangunan di rancangan Felda Batu Lapan di Negeri Kedah. Tumpuan kajian ialah ke atas setakat mana pembangunan dicapai dan masalah yang dihadapi oleh pihak Felda dalam usaha-usaha untuk mengwujudkan satu golongan petani moden yang dapat menghadapi perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran moden serta berdikari. Oleh kerana kajian ini ialah satu analisis sejarah maka perbincangan diadakan mengikut tahap-tahap iaitu tahap permulaan pembukaan rancangan dan penanaman, peringkat penghasilan dan kini peringkat penanaman semula getah.
Text
demografi
kemudahan sosial
...3 more
Pendidikan di Kampung Syed, Pulau Pinang
Dwasa ini pertumbuhan sekolah-sekolah, kolej-kolej swasta dan universiti bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, pada abad ke-21 ini, pendidikan menjadi salah satu faktor penting untuk menjamin kehidupan seseorang. Dengan demikian, ini pendidikan menjadi satu keperluan asas manusia dan bukan hanya setakat keperluan sampingan.
Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan manusia berusaha untuk mendapatkan pendidikan setinggi mana yang mereka mampu. Oleh itu, tidak hairanlah manusia sanggup bertungkus-lumus bekerja kuat untuk mendapatkan wang semata-mata untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan yang baik dan berkualiti. Persaingan yang kuat berlaku dalam masyarakat yang moden ini.
Di samping itu, pendidikan dapat menjamin mobiliti sosial berlaku. Ini bermakna seseorang yang berasal dari keluarga yang miskin boleh mengubah nasibnya sekiranya dia mendapat pendidikan yang tinggi. Misalnya, anak orang yang kerjanya membaiki basikal boleh mengubah kedudukannya menjadi seorang peguam atau doktor sekiranya beliau memperoleh pendidikan yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan bahawa pendidikan sebagai salah satu angka ubah yang boleh mengubah kedudukan sosial seseorang.
Text
Melayu
rumah
...1 more
Rumah Melayu di Daerah Jempul, Bahau dengan Penumpuan Khusus ke atas Rumah Tradisional Melayu
Masyarakat Melayu menganggap rumah sebagai sebidang tempat yang jadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuninya, jadi kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga tiada berbuah, tanpa memberi apa-apa sumbangan.
Rumah juga adalah satu peralatan budaya yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan rumah Melayu adalah salah satu artifak budaya yang begitu unik dan ideal sifatnya. Dengan yang demikian bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu yang dibina sebegitu rupa bukan setakat memenuhi nilai guna masyarakat Melayu. Ia merupakan satu perlambangan yang dapat memberikan suatu gambaran tentang sikap, nilai-nilai pemikiran serta corak kehidupan masyarakat dan budaya Melayu.
Text
kata kerja ganda
kata kerja majmuk
...1 more
Penggunaan kata kerja dalam novel
Kertas projek yang dihasilkan ini adalah berkisar tentang aspek kata kerja. Penelitian tentang kata kerja dilakukan dengan terperinci bagi mencapai tujuan sebenar pengkajian ini. Penulisan dan penyusunan kertas projek ini sepenuhnya berdasarkan kepada Bahasa Melayu yang secara tidak langsung dapat memantapkan lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Di samping itu, ia juga dapat memberi penjelasan dan pemahaman yang lebih mendalam serta peranan sebenar kata kerja yang terangkum dalam setiap ayat di dalam novel tersebut.
Selain mengenal pasti kewujudan kata kerja dan fungsinya dalam ayat, secara tidak langsung setiap bentuk kata kerja itu mampu diaplikasikan oleh pnulis atau penutur bagi menghasilkan binaan atau konstruksi ayat yang gramatis. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kata kerja merupajan perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Kata yang dikenali sebagai kata kerja ini akan membentuk frasa kerja yang boleh terdiri dan disertai dengan beberapa unsur lain seperti objek, kata bantu, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu, kebanyakan frasa kerja atau kata kerja diletakkan di bahagian predikat bukannya diangkat sebagai subjek.
Text
labu
perak
...2 more
Perusahaan Tembikar Labu di Sayong, Perak
Penulis membuat kajian ini kerana ingin memberi sedikit gambaran mengenai pertukangan tembikar di negeri Perak. Selain daripada itu, penulis mendapati pertukangan tembikar merupakan salah satu pertukangan yang penting di negara ini. Kampung Kepala Bendang dijadikan tumpuan kajian penulis kerana ia merupakan kawasan perusahaan tembikar yang paling terkenal di Malaysia. Penulis berharap kajian ini akan menjadi panduan kepada kajian-kajian yang akan datang.
Text
perahu
pertukangan
...1 more
Perahu: Seni Pertukangan Tangan Masyarakat Melayu Tradisional
Semenanjung Malaysia adalah sebuah negara yang di kelilingi oleh laut dengan cabang-cabang sungai yang banyak. Sejak zaman berzaman, orang Melayu telah dikenali sebagai pelaut yang mahir.
Perahu yang juga dikenali sebagai sampan adalah alat perhubungan dan pengangkutan yang terpenting dizaman dahulu. Perahu adalah "small open vessel for travelling in on water especially the kind moved with oars". Perahu bergerak di permukaan air dengan cara didayung dengan sejenis alat yang dinamakan pengayuh yang dibuat daripada kayu dan diberi ulu supaya mudah dipegaang ketika berkayuh. Oleh kerana perahu menggunakan tenaga manusia untuk mengayuh maka penggunaannya adalah terhad di kawasan persisi pantai, sungai dan tasik.
Text
strategi komunikasi
teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Analisis strategi komunikasi dan teori S.P.E.A.K.I.N.G. dalam drama radio "Dimamah Usia"
Kertas projek ini mengandungi empat bab secara keseluruhannya. Bab pertama merangkumi latar belakang kajian yang terdiri daripada tujuan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, masalah kajian, kajian berkaitan serta sedikit huraian ringkas tentang konsep-konsep yang terlibat dalam perbincangan seperti peristiwa bahasa, lakuan bahasa, strategi komunikasi dan teori S.P.E.A.K.I.N.G. serta disertakan juga sinopsis drama.
Bab kedua pula memuatkan bahagian analisis teori yang terlibat dalam perbincangan kertas projek ini iaitu tentang teori Asmah Hj. Omar mengenai strategi komunikasi serta teori Dell Hymes yang membincangkan teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Bab ketiga pula adalah perbincangan tentang analisis data. Teori-teori yang telah dibincangkan dalam bab kedua diaplikasikan terhadap data-data daripada teks drama yang dipilih sebagai bahan kajian. Bahagian ini dibahagikan kepada dua iaitu analisis data yang berkaitan dengan strategi komunikasi dan satu bahagian lagi berkaitan teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Bab terakhir iaitu bab keempat pula merupakan bahagian penutup bagi kajian ini. Kesimpulan dibuat berdasarkan dapatan hasil perbincangan yang dilakukan dalam bab-bab sebelumnya.
Text
bahasa
iklan
Bahasa dalam Iklan
Seperti yang diketahui, matlamat iklan adalah untuk menjual dan melariskan penjualannya dengan tujuan untuk membuat keuntungan. Kaedah yang digunakan dalam iklan adlah terdiri daripada penglihatan (visual), pendengaran (aural) dan bahasa. Kesemuanya ini digabungkan dalam filem atau video. Kaedah pendengaran menggunakan lagu, gerincingan, deklamasi dan sebagainya. Daripada semua itu, bahasa merupakan unsur yang paling penting atau asas.
Text
jenis pekerjaan
Pendidikan
...1 more
Ekonomi dan pendidikan di Kampung Jalan Maqbul, Pulau Pinang
Pengkaji berminat untuk mengkaji jenis pekerjaan dan kedudukan ekonomi penduduk-penduduk sebuah kampung yang terletak di Pulau Pinang serta perkembangan pendidikan mereka dalam kawasan kajian tersebut. Didapati bahawa sesuatu sistem adalah berkait rapat dengan sistem yang lain dalam masyarakat. Misalnya, sistem ekonomi mempunyai kaitan dengan sistem pendidikan, sistem agama, sistem politik, sistem perundangan, adat tatatertib dan sebagainya.
Menurut A.R.Radcliffe Brown, dalam kehidupan sosial akan terdapat perhubungan yang saling berkait dan memerlukan antara bahagian-bahagian yang pelbagai itu \9dipetik oleh Norazit Selat, 1989). Namun, pengkaji hanya memfokus pada sistem ekonomi dan sistem pendidikan dalam kertas projek ini.
Tempat yang hendak dikaji ialah Kampung Jalan Maqbul di Pulau Pinang. Di kampung tersebut terdapat kira-kira tiga puluh buah rumah Melayu, lima buah rumah India dan beberapa buah rumah Cina.
Text
bajau darat
perkahwinan
...1 more
Ragamhias Peralatan Perkahwinan Suku Kaum Bajau Darat di Sabah
Jika dilihat dari latarbelakang sejarah, dapat dikatakan bahawa ragamhias peralatan perkahwinan masyarakat Bajau banyak memperlihatkan gabungan daripada unsur tempatan dan luar. Gabungan daripada kedua-dua unsur ini menjadikan masyarakat Bajau mencipta identiti budaya yang tersendiri.
Terdapat beberapa contoh yang dapat dilihat dengan jelas. Misalnya pakaian untuk pengantin lelaki dan perempuan kesan daripada pengaruh budaya Sulu dan Brunei. Begitu juga dengan pemakaian dastar oleh pengantin lelaki adalah kesan daripada pengaruh zaman Kesultanan Melayu pada zaman dahulu. Pemakaian hiasan kepala, iaitu Sarimpak bagi pengantin perempuan juga dipakai dalam upacara adat tradisi masyarakat Brunei dan beberapa daerah di kepulauan Sulu.
Text
pakar perubatan
penjagaan
...1 more
Rawatan dan penjagaan kesihatan selepas bersalin di kalangan wanita Melayu
Kajian ini adalah mengenai aspek rawatan dan penjagaan kesihatan di kalangan wanita Melayu dan penjelasannya lebih tertumpu kepada kaedah secara tradisional. Rawatan dan penjagaan selepas bersalin amat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu memandangkan ibu-ibu yang baru melahirkan telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak dan berlaku gangguan terhadap keseimbangan di dalam tubuh badannya. Kajian ini meliputi empat bab iaitu Bab 1 meliputi bahagian tujuan kajian dan masalah kajian. Bab 2 pula menerangkan tentang perubatan Melayu tradisional. Bab 3 merupakan penjelasan tentang rawatan dan penjagaan selepas bersalin di kalangan wanita Melayu. Bab 4 merupakan bahagian penutup kajian ini.
Text
asal usul silat
elemen silat
Seni silat Randai Minang
Sejak dari dahulu lagi, silat merupakan satu bentuk seni mempertahankan diri yang telah lama bertapak di Malaysia. Pada zaman kini, fungsi silat bukan sahaja dilihat sebagai alat seni bela diri orang Melayu tetapi juga sebagai salah satu bentuk seni persembahan yang masih kekal dengan identitinya sebagai seni bela diri kebudayaan masyarakat Melayu. Kita tidak dapat nafikan bahawa sehingga kini terdapat banyak pertubuhan silat yang wujud di Malaysia dengan cara atau gerak seni silat berbeza-beza namun, dari segi fungsi menampakkan persamaan yang jelas. Namun demikian, peranan silat dalam masyarkat kini lebih kepada aktiviti riadah dan sumber hiburan. Ini adalah kerana wujudnya beberapa kekeliruan identiti dan pencemaran budaya dalam ilmu persilatan Melayu.
Dalam kajian ini, pengkajimemberi penekanan kepada salah satu seni silat Melayu yang agak asing didengari dalam masyarakat Melayu iaitu Seni Silat Randai Minang. Seni silat ini sebenarnya adalah warisan daripada tanah seberang kemudiannya disesuaikan dengan keadaan masyarakat di Malaysia.
Text
CERPEN
modul pengajaran
...3 more
KOMSAS: Suatu pedoman guru Tingkatan 4
Kajian ini telah melihat secara keseluruhan aspek-aspek penting yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah. Huraian yang telah dihasilkan ini meliputi teksw Antologi Anak Laut yang digunakan di negeri-negeri utara Semenanjung, iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan yang akhirnya akan menumpulkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami komponen kesusasteraan ini. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh digunakan oleh guru-guru tetapi akibat kekangan ruang dan waktu, kajian ini hanya menyentuh secara sepintas lalu pendekatan-pendekatan asas dalam ppedagogi kesusasteraan.
Text
sayong
tembikar
Tembikar Tradisi Melayu: Dengan Rujukan Khas kepada Tembikar Sayung
Kertas projek ini adalah membicarakan tentang Tembikar Tradisional Melayu, sejak dari ia digunakan pada zaman permulaan tamaddun manusia sehingga sekarang. Ia dilihat daripada beberapa aspek iaitu aspek sejarah tembikar, aspek teknologikal, sosiologikal dan juga cabaran yang akan ditempuhi oleh tembikar pada masa akan datang.
Text
anyaman
kelantan
Perusahaan Anyaman Buluh di Kampung Jal Kechil, Tumpat, Kelantan
Perkataan anyaman tidak asing di kalangan orang Melayu. Walaupun begitu tidak ramai yang mengetahui pengertiannya yang sebenar. Anyaman bermaksud satu proses menyaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan-bahan dari jenis tumbuh-tumbuhan (bahan asas) ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan.
Di kalangan orang Melayu perusahaan anyaman merupakan salah satu aktiviti kerjatangan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi. Dari zaman berzaman sampailah ke hari ini, perusahaan anyaman ini telah mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan terbesar ialah dari segi teknik pembuatan.
Text
pendekatan moral
pendekatan sosiologi
A. Rahim Abdullah : Kritikan pendekatan moral dan pendekatan Sosiologi dalam Dewan Sastera tahun 2000
Kritikan kesusasteraan adalah satu bidang yang menjadi tumpuan untuk dikaji. Kritikan sastera [sesuai dengan namanya kritikan] adalah kajian tentang kelemahan pemakaian teori keindahan sastera yang tertentu. Menurut Rahman Shaari, terdapat lima pendekatan yang telah dikemukakan oleh Wilbur S.Scott iaitu: pendekatan moral, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi, pendekatan formalistik dan pendekatan tipainduk.
Perkembangan pendekatan kritikan sastera di Malaysia sebenarnya tidak jelas. Hal ini antara lain disebabkan oleh keinginan para pengkritik untuk memberi pandnagan mengenai keseluruhan karya. Ini menyebabkan mereka menggunakan pelbagai pendekatan sekali gus.
Kritikan kesusasteraan telah memberi peluang kepada pengkritik sastera untuk mengkritik hasil karya penulis lain. Hal ini akan mendatangkan kebaikan jika kritikan itu adalah kritikan membina. Oleh itu, seseorang yang hendak mengkritik perlulah tahu dan mengerti apa yang mahu dikritiknya dan bagaimana caranya untuk mengkritik.
Text
budaya
ekologi
...1 more
Ekologi Budaya di Kalangan Orang Semai: Satu Kajian di Pos Dipang
Kajian ini merupakan kajian kes yang dibuat mengenai komuniti orang Semai yang terdapat di Pos Dipang, Perak. Kajian ini cuba memperlihatkan hubungan ekologi dengan sumber ekonomi orang Semai di Pos Dipang. Di samping itu, juga diselitkan mengenai sosio-budaya orang Semai, Pos Dipang.
Text
sikap kurator
tugas kurator
Tugas dan tanggungjawab pengurusan kurator di Muzium Negara
Sebagai sebuah institusi muzium di Malaysia, Muzium Negara adalah sebuah badan yang memelihara khazanah seni tanah air agar ia tidak ditelan zaman. Walaupun Malaysia mengalami era pemodenan yang pesat, namun usaha dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak pengurusan Muzium Negara jelas terbukti dengan aktiviti-aktiviti yang mereka kendalikan. Pemeliharaan khazanah seni tanah air adalah penting dalam sesebuah negara kerana adanya khazanah seni tersebut masyarakat akan lebih mengetahui tentang nilai dan jati diri budaya mereka.
Di dalam kajian ini saya cuba mengenal pasti dengan lebih dekat lagi tentang tugas dan tanggungjawab para kurator yang bertugas di Muzium Negara. Penelitian yang dibuat berdasarkan beberapa teknik penyelidikan seperti rujukan di perpustakaan (library research), pergi kelapangan (field work) dan menggunakan kaedah menemubual (interview) telah mendatangkan beberapa hasil dapatan kajian yang memuaskan. Ketiga-tiga kaedah ini merupakan kaedah asas dalam kajian saya.
Tugas dan tanggungjawab kurator telah diperincikan lagi dalam bab-bab seterusnya di samping memberikan contoh-contoh projek hasil penyelidikan dan pameran kurator Muzium Negara. Melalui kajian ini dapatlah kita mengetahui tugas sebenar yang dimainkan oleh kurator Muzium Negara.
Text
Melaka
Melayu
...3 more
Perhiasan dan Pakaian Pengantin Melayu Melaka
Sebagai sebuah negeri yang tertua di Malaysia, Melaka mempunyai identiti budaya yang tersendiri yang dapat dilihat dan diteliti dari banyak aspek, antaranya ialah dari pakaiannya. Sejarah perkembangan pakaian pengantin masyarakat Melayu Melaka menunjukkan bahawa pengantin Melayu Melaka tidak mempunyai identiti pakaian dan perhiasan yang tepat. Ia bercampurbaur dengan pengaruh budaya luar yang satu masa dahulu datang ke Melaka untuk motif perdagangan dan agama. Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam perkembangan pakaian ini ialah ia senantiasa diubahsuaikan mengikut tampuk pemerintahan, agama dan budaya yang datang bertandang ke Melaka.
Showing 201 to 250 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->