Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Novel-novel Melayu berkecenderungan baru 1960-1980 : Satu kajian struktur
Abstrak
Kajian ini Guba memper1ihatkan ciri-cim khusus keaenderungan bam alam novel-novel Melayua tah n 1960 sahingga tahun 1980 e cara pende katan struktur,
Text
Nyanyi Sunyi Amir Hamzah : analisis runtutan
Abstrak
Disertasi ini cuba melihat aspek runtutan berdasarkan konsep primer dan sekunder dengan menggunakan kerangka kajian Beaugrande dan Dressler (1981) dengan pindaan. Selain itu, pentakrifan makna teks pula dilihat berpandukan kerangka fungsi bahasa Liya 'Budu yang dikemukakan oleh Sanat (1998). Bab 1 merupakan bab pendahuluan. Dalam bab ini terkandung latar belakang kajjan, tujuan, skop, kaedah dan bahan yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep penting dalam kajian juga diperkenalkan. Bab 2 berkisar kepada latar belakang Amir Hamzah, penulis teks Nyanyi Sunyi. Pengetahuan tentang latar belakang keluarga dan pendidikan yang diterimanya dianggap penting kerana telah membentuk keperibadian mulia yang tertanam di dalam jiwa beliau sehingga lahirnya puisi-puisi yang bernafaskan ketuhanan. Maklumat ini juga dapat membantu pembaca menyelami suara hati Amir Hamzah. Bab 3 mengupas kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dihuraikan konsep-konsep penting wacana dan runtutan secara mendalam. Empat model runtutan dibincangkan, iaitu Model Runtutan van Dijk (1977) dan V (1985), Model Runtutan Beaugrande dan Dressler (1981) dan Model Runtutan Glauner (1984). Turut dibincangkan ialah Fungsi Bahasa Liya' Budu yang dikemukakan Sanat (1998) dalam Teori Atgakum. Di hujung bab ini dinyatakan pendekatan yang dipilih untuk kajian, iaitu pendekatan Beaugrande dan Dressler (1981) dengan sedikit pindaan dalam kerangka fungsi bahasa Liya' Budu Sanat (1998). Bab 4 merupakan bab analisis, pemaparan dan perbandingan data. Dalam bab ini, analisis runtutan sajak dibuat berdasarkan 4 jenis konsep primer dan 34 jenis hubungan dalam konsep sekunder. Dipaparkan juga analisis perbandingan teks, jenis-jenis objek, objek sebagai lambang dan gabungan dua konsep yang membentuk metafora. Perbandingan makna teks juga dilihat dan dibuat enam rumusan gagasan idea yang ingin disampaikan penyair secara keseluruhannya. Bab 5 merupakan bab penutup. Rumusan keseluruhan kajian dimuatkan dalam bab ini. Dikemukakan juga cadangan kajian pada masa akan dating untuk memperkayakan lagi khazanah kajian bahasa Melayu di negara ini khususnya.
Text
Nyanyian Melayu asli : kajian seni kata pantun dan teknik nyanyian
Abstrak
Nyanyian Melayu asli merupakan khazanah warisan bangsa tidak ternilai harganya. Nyanyian Melayu asli menjadi kebanggaan sejak turun temurun serta menjadi identiti masyarakat Melayu. Irama dan rentak lagunya yang bercirikan lemah lembut, beralun serta melankolik mempunyai kaitan langsung dengan manifestasi atau ekspresi jiwa pendukungnya. Kajian ini memfokuskan kepada enam nyanyian Melayu asli, iaitu nyanyian Seri Banang", nyanyian Damak", nyanyian "Gunung Panti", nyanyian "Pancaran Senja", nyanyian "Seri Serawak" dan nyanyian "Seri Kedah". Perbincangan kajian ini meliputi bentuk bentuk nyanyian repetisi, iaitu nyanyian repetisi baris dan nyanyian repetisi frasa. Selain itu, penggunaan partikel lah' dan 'nya', penambahan perkataan dan', 'yang dan di' serta pemakai an kata sahutan turut dibincangkan. Kajian ini juga memperjelas berkaitan fungsi struktur larinks dan korda vokal sebagai struktur terpenting dalam penghasilan suara nyanyian Melayu asli. Tidak terkecuali kajian ini juga menyentuh berkaitan aplikasi teknik-teknik dalam nyanyian Melayu asli. Aplikasi teknik nyanyian Melayu asli melibatkan pemahaman seni kata pantun, artikulasi, vokal [a], [Y], [i], [o] dan [u] serta aplikasi modifikasi dan improvisasi dalam nyanyian.
Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah : (satu kajian tentang sistem budaya)
Abstrak
This thesis is a case study on the cultural system of the Ba,jaus of Omadal Island, Semporna, Sabah. The study focuses on the kinship system, stages in the life -cycle of an individual : pregnancy-birth, marriage and death, and the belief system. A brief account of the ethnic background of Sabah, with special emphasis on the Bajaus, is given in Chapter I, and this is follow ed by an account of the social, dem ographic, econ omic and histori cal background of the place of study in Chapter II. This back ground information is felt necessary for a fuller unde rstanding of the Bajaus and their way of life.
Text
Orang Silungkang di Jakarta : latar belakang dan fungsi konflik dalam sistim kekerabatan mereka
Abstrak
Silungkang adalah sebuah negeri Orang Minangkabau di Sumatera Barat.
Text
Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu : pendekatan firasat
Abstrak
Peribahasa merupakan khazanah sastera tradisional yang sangat berharga bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menggunakan kebijaksanaan pemikiran mereka dengan meneliti unsur alam dan melahirkannya dalam bentuk ungkapan yang indah sehingga melahirkan peribahasa. Disertasi ini melihat unsur alam, iaitu padi' dan 'air' yang menjadi tanda dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kedua-dua unsur ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sebuah teori sastera tempatan dengan berfokuskan kepada Pengkaedahan Alamiah dan Pendekatan Firasat digunakan sebagai kerangka teori. Perkaitan rapat antara hasil kesusasteraan dengan alam serta teori tempatan yang berteraskan pemikiran, budaya Melayu serta agama Islam membolehkan semua ini disatukan dalam disertasi ini. Proses ini akhirnya akan membawa matlamat kepada paksi Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Dalam disertasi ini, pengkaji mengenal pasti tanda yang terdapat dalam unsur alam, iaitu air dan padi melalui buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Makna yang terdapat dalam peribahasa tersebut dianalisis dan merumuskan peranan air dan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dalam kajian ini, dapat dirumuskan bahawa padi dan air dalam peribahasa Melayu memberikan tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat Melayu. Padi dalam peribahasa Melayu memberikan tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, tanda pembinaan akhlak yang baik dan tanda sumber rezeki. Manakala air sebagai tanda pula dilihat sebagai tanda penyucian yang dibahagikan kepada penyucian melalui tanda pendidikan dan tanda persaudaraan dan perdamaian. Berdasarkan tanda-tanda yang terdapat pada unsur padi dan air tersebut, dapat dibuktikan bahawa peribahasa merupakan suatu wadah dalam pembentukan masyarakat kerana tanda-tanda tersebut mengarah kepada pembinaan akhlak masyarakat. Peribahasa juga menjadi mekanisme yang mengawal masyarakat supaya mempunyai nilai dan norma.
Text
Pancasila sebagai ideologi bangsa dan negara Indonesia
Text
Pandangan dunia ekonomi Melayu : kajian kes perniagaan makanan di USJ (Utara Subang Jaya)
Abstrak
Aktiviti ekonomi orang Melayu kini telah menelusuri satu perubahan yang positif lagi membanggakan di mana orang-orang Melayu telah pun mula memenuhi sektor ekonomi moden seperti perniagaan. Justeru pandangan dunia Melayu juga turut berubah seimbang dengan pemodenan dan pembangunan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan perbandaran. Konsep rezeki, berkat dan riba yang bersifat Quranik merupakan titik-tolak utama yang menjadi paksi dalam perniagaan. Konsep malu dilihat sebagai satu tembok penghalang kepada peniaga-peniaga Melayu daripada terjebak dengan pertbuatan yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah diri seperti niaga dengan syarikat kewangan yang tidak diawasi oleh pihak kerajaan atau pihak yang bertanggung jawab. Sistem perbankan secara Islam, peranan rakan kongsi dan penaung adalah di antara penggerak kegiatan perniagaan orang Melayu di kawasan kajian. Peniaga-peniaga Melayu yang berpendidikan sekular dan agama telah menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai pedoman dalam menjalani aktiviti perniagaan. Perbincangan tetang ekonomi Melayu dan pandangan dunianya, tidak terlepas daripada tunjang agamanya iaitu Islam. Seiring dengan matlamat lslam yang sejahtera sebagai satu ad-Din Kajian yang dilakukan di kawasan perbandaran ini menjelaskan bahawa pandangan dunia Melayu juga mengalami satu gelombang baru yang mensasarkan perniagaan makanan sebagai aktiviti ekonomi yang terancang dalam pengurusannya. Hasil dapatan kajian menujukkan anjakan paradigma yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu menjadi satu petanda baik bahawa sektor perniagaan Melayu boleh berkembang tanpa kekangan lingkungarn adat dan budayanya.
Text
Pantun Melayu : analisis ayat majmuk bahasa Melayu
Abstrak
Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Pantun dicipta bertujuan untuk membicarakan budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan, dan sebagainya. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun dikatakan kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Perbincangan ini hanya menumpukan perhatian kepada aspek ayat majmuk bahasa Melayu yang terdapat dalam pantun. Proses-proses transformasi yang terlibat seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula dalam menerbitkan ayat majmuk bahasa Melayu. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Text
Pelajaran dan mobiliti [intergenerasi dan intra-generasi] orang Asli : satu kajian kes orang asli di batu 11 1/2 Gombak, Selangor
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian kes yarg dibuat ke atas satu kumpulan orang Asli yang tinggal di Batu 11, Gombak, Selangor. Kajian ini cuba memperlihatkan dua aspek perubahan yang berlaku di kalangan mereka iaitu pelajaran dan mobiliti.
Text
Pelestarian rumah Melayu : kajian kes rumah Melayu Melaka
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Pembangunan komuniti di rancangan Felda : satu kajian kes di rancangan Felda Sungai Tiang, Kedah
Abstrak
Ini ialah satu kajian sosio-ekonomi di rancangan Felda Sungai Tiang, di negeri Kedah. Tumpuan kajian ialah ke atas setakat mana objektif-objektif pembangunan dicapai dan masalah masalah yang dihadapi oleh Felda dalam usaha-usahanya untuk mengujudkan satu golongan petani moden dan maju yang dapat menghadapi perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran moden.
Text
Pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia : kajian kes pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini adalah untuk mengkaji pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia dalam kalangan pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan ldris. Perisian kursus imbuhan bahasa Melayu yang direka bentuk menggunakan Teori Pembelajaran Gagne. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen, iaitu kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan bahan multimedia manakala kumpulan kawalan menggunakan bahan manual dalam sesi pembelajaran. Seramai 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir. Dapatan kajian daripada perbezaan skor min ujian awal dan ujian akhir dalam kumpulan eksperimen ialah 22.33 peratus lebih tinggi daripada kumpulan kawalan ialah 22.10 peratus sahaja. Implikasi kajian menunjukkan pembelajaran berbantukan perisian kursus multimedia membantu meningkatkan pemahaman imbuhan bahasa Melayu dalam kalangan subjek kajian.
Text
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid disleksia : kajian kes di sebuah pusat disleksia
Abstrak
Murid-murid disleksia merupakan individu yang mengalami kesukaran dalam penguasaan membaca dan menulis. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid disleksia mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik di sekolah. Kajian kes ini bertujuan untuk membuat pengenalpastian jenis-jenis disleksia, menganalisis tahap penguasaan 2M murid-murid disleksia, dan menghuraikan strategi pengajaran kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang efektif yang digunakan oleh guru. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah memilih tiga orang subjek kajian yang berumur 10 dan 11 tahun untuk menjawab persoalan kajian. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data. Borang portfolio digunakan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang keluarga, aspek tingkah laku, dan ciri-ciri fizikal. Borang soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pembelajaran murid-murid disleksia ketika di dalam kelas. Teori Pembelajaran Instruksi Gagne (1985) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil ketiga-tiga ujian diagnostik mendapati bahawa M1 dan M2 tidak dapat menguasai ujian yang diberikan seperti tidak dapat membuat perbezaan huruf yang dilihat, tidak dapat membatangkan suku kata, tidak dapat menulis perkataan yang disebut, dan sebagainya, manakala M3 dapat menguasai kemahiran 2M hasil daripada strategi pengajaran yang efektif di pusat berkenaan. Secara am, murid-murid disleksia yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia memerlukan strategi pengajaran kemahiran membaca dan menulis yang efektif supaya dapat mengatasi masalah dalam aspek pembelajaran.
Text
Pemerolehan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua oleh kanak-kanak prasekolah : satu kajian bahasa antara
Abstrak
Tujuan kajian ini ialah memperlihatkan bahawa hipotesis bahasa antara Selinker boleh diluaskan kepada suasana pemerolehan bahasa kedua kanak-kanak prasekolah dengan ketiadaan teman sebaya yang merupakan penutur bahasa sasar. Berdasarkan kerangka tersebut, pengkaji menganalisis proses pemerolehan melalui bahasa antara yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah. Pengkaji juga telah menganalisis kesilapan berulang, peraturan bahasa yang dibentuk oleh kanak-kanak prasekolah, pengaruh bahasa ibunda dan juga persekitaran linguistik. Pengkaji mengumpul tiga bentuk data melalui soal-selidik, rakaman audio dan video, dan pemerhatian ke atas 47 orang kanak-kanak prasekolah dalam sebuah tadika. Data tersebut dianalisis menggunakan kerangka teoritikal Selinker. Pengkaji merumuskan bahawa hipotesis Selinker dapat diluaskan kepada pemerolehan bahasa kedua kanak-kanak prasekolah.Kesilapan yang paling biasa dilakukan ialah penandaan kala kini dan kala lampau, salah guna penanda jamak, kata ganti milik, kata ganti diri, dan penghilangan artikel. Pengkaji juga mendapati bahawa persekitaran linguistik mempengaruhi penghasilan bahasa antara. Pengetahuan tentang bahasa antara akan melengkapkan guru dengan wawasan penyediaan bahan pengajaran yang sesuai.
Text
Pemerolehan bahasa kanak-kanak : kajian kes kanak-kanak pribumi Sarawak
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian kes mengenai pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang berusia enam tahun. Pengkaji telah menggunakan sepuluh orang subjek yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lepong Ajai. Miri untuk dijadikan subjek kajian. Pengumpulan korpus adalah berdasarkan kepada temu bual yang telah dilakukan. Oleh itu. kajian ini adalah bersifat sinkronik. Pengkaji membuat kajian tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak ini dari aspek pembentukan kata dan pembinaan ayat. Pengkaji telah menggunakan teori Behaviorisme dan menggunakan kaedah pengiraan MLU (Mean Length of Uterance) atau Min Panjang Ujaran untuk mengira perkembangan bahasa kanak kanak secara umum. Pengkaji hanya menggunakan 50 ujaran yang telah diujarkan oleh setiap sampel untuk dianalsis. Pengkaji juga akan membincangkan faktor faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak banyak menguasai golongan kata nama daripada golongan kata yang lain. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak dilihat mudah merima bahasa yang digunakan oleh ibu bapa mereka dan kesan daripada persekitaran sosial mereka. Interaksi bahasa dengan anggota keluarga, masyarakat dan alam sekeliling membantu mereka dalam memperkembangkan pemerolehan bahasa mereka. Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan kepada pihak yang terlibat dengan pendidikan prasekolah untuk ntu meningkatkan lagi penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak. nua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak.
Text
Pemerolehan bahasa kanak-kanak : kajian kes kanak-kanak sindrom down
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai pemerolehan bahasa bagi kanak kanak Sindrom Down. Pengkaji menggunakan 5 orang subjek Sindrom Down yang merupakan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya. Pengumpulan korpus berdasarkan rakaman video yang dilakukan selama enam bulan. Oleh itu, kajian ini bersifat sinkronik. Pengkaji membuat kajian pemerolehan bahasa kanak-kanak Sindrom Down dari aspek pemerolehan bahasa verbal dan bukan verbal. Pengkaji menerapkan teori Behaviourisme dan Mentalisme dan kaedah pengiraan yang disarankan oleh Roger Brown, iaitu kaedah MLU. Korpus tersebut akan dianalisis dari aspek morfologi dan sintaksis. Seterusnya pengkaji membuat penilaian dan perbincangan hasil kajian yang telah dilakukan pada bab 4 dan bab 5. Pengkaji mendapati pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh persekitaran dan tahap kognitif. Bab terakhir merupakan kesimpulan dan penutup kepada keseluruhan kajian tesis ini.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan dalam terminologi Melayu : kajian kes seni pertukangan lepa di Semporna, Saba
Abstrak
Kaiian ini meneliti tatacara pembentukan istilah yang dapat membantu pembentukan istilah budaya dan seterusnya menghasilkan satu tatanama berkenaan seni pertukangan lepa. Fokus kajian ini ialah proses pembentukan istilah budaya berdasarkan sistem pemetaan konsep dan pentakrifan bagi mengumpulkan istilah-istilah dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Pengkaji menerapkan Teori Umum Termino logi (TUT) yang diperkenalkan oleh Wuster (1931) sebagai asas bagi model teori kajian ini. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, pengkaji berjaya mengumpulkan 21 0 istilah yang merangkumi kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Analisis pemetaan konsep bagi istilah-istilah seni pertukangan lepa tersebut dibahagikan kepada lima bahagian utama, iaitu alat, bahan, proses, teknik, dan hasil. Seterusnya, pengkaji menghuraikan hubungan antara konsep-konsep tersebut yang melibatkan hubungan logik, ontologi, dan asosiatif. Berdasarkan analisis hubungan istilah - konsep pula, didapati bentuk istilah yang mewakili konsep-konsep berkenaan terdiri daripada hubungan keunivokalan, kesinoniman, dan jargon. Analisis pentakrifan istilah merangkumi pembinaan dan pengklasifikasian takrif. Takrif bagi setiap konsep dibina berdasarkan prinsip pentakrifan yang dicadangkan dalam Panduan Penyusunan Kamus Istilah (1992) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Huraian takrif tersebut kemudiannya dapat diklasifikasikan kepada lapan jenis, sama ada takrif analisis, sinonim, parafrasa, sintesis, implikasi, denotasi, demonstrasi, atau bercampur. Kebanyakan takrif bagi konsep seni pertukangan lepa terdiri daripada campuran takrif. Pengklasifikasian takrif ini adalah menurut panduan yang dicadangkan oleh Sager (1995). Hasil penelitian pengkaji, kaedah pembentukan istilah berdasarkan pemetaan konsep dan pentakrifan seperti yang dicadangkan dalam Teori Umum Termino logi (TUT) sesuai diterapkan dalam proses pembentukan istilah di negara ini, khususnya dalam bidang seni dan budaya Melayu. Secara tidak langsung, kajian ini diharapkan dapat membantu pemahaman umum berkenaan bidang termino logi itu sendiri.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan peristilahan makanan dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di Selangor
Abstrak
Kajian ini meneliti bidang peristilahan dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Bahan kajian ialah istilah bahasa Melayu dan istilah bahasa Jawa dalam PKS. Masyarakat yang menetap di sekitar kampung Bukit Bangkong ini terdiri daripada mereka yang berketurunan Jawa dan bertutur dalam bahasa Jawa. Kajian ini juga akan meneliti hubungan sistem konsep dan hubungan istilah-konsep. Kedua-dua kajian konsep ini telah diperkenalkan oleh Wuster pada tahun 1931, berdasarkan Teori Umum Peristilahan (TUP). Pengkaji turut melakukan analisis pentakrifan berasaskan model kajian yang diperkenalkan oleh Juan C. Sager (1995). Pendekatan ini mentakrif istilah melalui pelbagai kaedah antaranya, seperti takrif analisis, takrif sinonim, takrif parafrasa, takrif sintesis, takrif implikasi, takrif denotasi, dan takrif demonstrasi. Dapatan daripada analisis takrifan ini menunjukkan hubungan sistem konsep yang dominan, iaitu konsep alat, manakala penelitian istilah-konsep tertinggi, iaitu keunivokalan. Bagi klasifikasi pentakrifan, dapatan tertinggi yang diperolehi ialah takrif analisis, parafrasa dan campuran. Kajian ini telah dapat mengetengahkan istilah dalam bidang perusahaan makanan. Malahan, istilah yang bersumberkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa ini merupakan khazanah penting dalam perkembangan istilah bahasa Melayu.
Text
Pemikiran dalam novel Mohd. Affandi Hassan : analisis dari sudut kajian budaya
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis aspek pemikiran budaya Mohd. Affandi Hassan lewat novel-novelnya dengan menggunakan pendekatan Kajian Budaya (Cultural Studies). Lima buah novel: Tampang Sasterawan, Citra Pujangga, Wajah Pendeta, Aligupit, dan Jejak Warisan dijadikan bahan kajian selain sumber-sumber lain yang menyokong hujah dan pemikiran dari sudut Kajian Budaya. Pemahaman konsep Kajian Budaya dalam kajian sastera diperkukuh dengan pendekatan oleh Chris Barker dan Nyoman Kutha selain Ben Agger untuk menggeledah sudut-sudut budaya dalam lingkungan hidup masyarakat Malaysia yang hidup dalam karya Mohd. Affandi Hassan. Kekuatan analisis menggunakan pendekatan Kajian Budaya telah menemukan sikap dan pemikiran pengarang terhadap persoalan budaya dan pembinaan kebudayaan dalam konteks ketamadunan. Pengetahuan adalah sumber penting dalam pembinaan budaya yang dapat membina narasi besar tentang diri dan masyarakat selain memperkukuh jati diri dalam menghadap gugatan nilai di pentas global. Idea-idea mengenai pembinaan diri dan masyarakat ini diungkap dengan baik oleh Mohd. Affandi Hassan sementara bedah siasat Kajian Budaya meletakkan peranan sastera dalam masyarakat sebagai agen pembina budaya. Jelas, kajian yang menggunakan Kajian Budaya untuk melihat pemikiran pengarang tentang budaya dalam karya sangat relevan, bahkan sosiobudaya dalam karya dapat dianalisis dengan rangka pemikiran yang bersifat kesemasaan dengan nilai intelektual yang dipaksakan dalam perbincangan. Kajian ini berjaya mengangkat sikap, tanggapan dan pemikiran Mohd. Affandi Hassan tentang watak dan perwatakan entiti manusia yang membangunkan identiti masyarakat berbudaya. Mohd. Affandi Hassan ternyata mengedepankan nilai teras - agama dan budaya - yang muni/sejati (esensial) bagi pencerahan subjek/entiti, gender dan etnik di samping daya tahan melawan nilai baharu seperti liberalisme dan sekularisme yang bertopeng modenisme. Mohd. Affandi Hassan melihat kuasa dan politik dalam penentuan agenda kebangsaan yang berteras jati diri bangsa, budaya dan agama sebagai unsur paling utama. Kajian ini juga menemukan keperluan pengarang merakam nilai budaya dalam karya serta usaha setiap pengarang untuk menghasilkan karya sastera yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan budaya kerana karya sastera seharusnya menjadi magum opus masyarakat bertamadun.
Text
Pemikiran Melayu dalam seni ukiran kayu : tumpuan kepada tiga generasi pengukir
Abstrak
Sesungguhnya kegemilangan dan keunggulan bangsa Melayu sedikit sebanyak dapat dilihat daripada warisan keseniannya. Kajian ini cuba membincangkan seni ukiran kayu sebagai salah satu warisan budaya yang boleh mencerminkan pemikiran dan seterusnya cara hidup bangsa Melayu itu sendiri. Bagi tujuan tersebut tiga orang pengukir terkenal tanahair telah dipilih sebagai asas untuk melihat dan mengkaji bentuk pemikiran yang ada pada diri mereka seterusnya apa juga yang terkandung di dalam hasil karya mereka. Selain daripada pemikiran mereka perkara-perkara seperti sejarah peribadi dan teknik teknik ukiran turut disentuh. Tumpuan utama kajian ini ingin melihat perbezaan pemikiran yang terdapat pada diri mereka kesan dari perubahan yang berlaku kepada masyarakat Melayu khasnya apabila menerima Islam sebagai pegangan hidup selepas pengaruh Hindu-Buddha dan animisme. Kajian ini cuba mendekati jiwa para seniman yang menghasilkan sesebuah karya. la juga cuba menjawab persoalan iaitu pertamanya, adakah falsafah dan pemikiran yang terkandung di dalam hasil kesenian Melayu sengaja diciptakan bagi tujuan keindahan iaitu selepas sesuatu karya itu terhasil. Keduanya pula, adakah pemikiran dan falsafah tersebut telah ada di dalam jiwa orang Melayu dan kemudiannya disampaikan melalui karya mereka. Setiap pandangan dan pemikiran tokoh yang dikaji mengandungi kelebihannya tersendiri untuk difikirkan bersama.
Text
Pemikiran politik Melayu tradisi : satu kajian berdasarkan cerita penglipur lara Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu usaha penelitian ke atas pemikiran politik masyarakat Melayu tradisi sebagaimana digambarkan dalam cerita rakyat penglipurlara Melayu. Sebagaimana telah dikemukan dalam Bab 1, penelitian ini merupakan satu penerokaan pemikiran primordial masyarakat Melayu tradisi yang telah terbina beratus-ratus tahun dalam tradisi lisannva vang terus berkesinambungan dengan pemikiran politik Melayu tradisi sebagaimana terpapar dalam teks kesusasteraan bertulis. Terdapat beberapa aspek penting pemikiran politik yang menjadi penelitian pengkaji. Diantaranya melihat bagaimana ligitimasi raja diserapkan ke dalam akal budi rakvat Melayu tradisi melalui pengaruh sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan ini kemudiannya menjadi teras pembinaan kerangka pemikiran politik mereka (Bab 2). Ligitimasi ini kemudiannya diperkukuhkan melalui paparan segala unsur simbol meliputi penggunaan tanda atau sign dan ikon yang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu dalam teks penglipur lara yang dikaji (Bab 3). Di samping itu ligitimasi ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa (perkataan, frasa dan lain-lain) yang digunakan oleh para raja, pembesar dan rakyat yang dapat menjadi alat kuasa yang memaparkan kekuasaan para raja dan pembesar (Bab 4). Penanaman konsepsi ligitimasi raja-raja Melayu ke atas rakyatnya terbukti melalui persetiaan raja-rakyat yang mengemukakan tanggungjawab raja dan rakyat. Tanggungjawab rakyat terjelma melalui konsep ketaatsetiaan mutlak rakyat. Bagaimana pun ketaatsetiaan ini bergantung kepada keadilan raja dan survival rakvat (Bab 5). Tanggungjawab raja kepada rakyat pula terpahat pada ikrar raja untuk menjadi scorang raja yang adil (Bab 6). Keadilan politik ini menjadi penentu kepada kemakmuran dan kejayaan negeri-negeri Melayu tradisi dalam memastikan kelangsungan hayat ke-raja-annya. Dari itu keseluruhan bab saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan kata lain setiap aspek yang dibincangkan itu merupakan unsur-unsur vang akan berpadu membentuk sebuah pemikiran politik Melayu tradisi secara menveluruh.
Text
Pemilihan bahasa di kalangan wanita Melayu Patani : satu kajian kes di Narathiwat, Thailand
Abstrak
Kaiian ini akan meneliti gejala pemilihan dan pengqunaan bahasa di kalangan pengguna bahasa wMP. Secara khuSus, kajian ini akan meneliti dan seterusnya menganalisis bahasa yang menjadi medium dalam penyampaian maklumat yang berkaitan dengan hal hal keagarmaan di kalangan wanita-wanita Melayu Patani, Thailand. Korpus kajian ini ialah dialek Melayu Patani yang digunakan di dalam masyarakat Melayu Patani di Selatan Thailand. Kajian ini meneliti dMP yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan agama Islam dalam masyarakat Melayu Patani. Kajian ini juga akan meneliti kelainan bahasa yang menjadi pilihan kaum wanita semasa berinteraksi dalam hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama. Aspek bahasa yang menjadi fokus kajian ini ialah fenomenon pemilihan bahasa. Bab Il membincangkan beberapa perkara penting berhubung dengan kerangka teori yang menjadi dasar kajian ini. Perkara perkara yang disentuh itu disenaraikan di bawah judul-judul kecil seperti konsep bahasa dan dialek, masyarakat bahasa, dan gejala dwibahasa. Kepentingan bahasa dalam masyarakat bahasa di kalangan pengguna khususnya wanita juga dibincangkan.
Text
Pemilihan pasangan dalam perkahwinan masyarakat Melayu luar bandar : kajian kes di Wang Kelian, Perlis
Abstrak
Pada umumnya, terdapat dua cara pemilihan pasangan dalam perkahwinan Melayu. Pertama, berasaskan kepada pilihan keluarga (arranged marriage) yang mengutamakan hubungan kekeluargaan, tempat kediaman, kedudukan sosio-ekonomi dan keturunan. Manakala cara kedua pula ialah berasaskan pilihan sendiri (love marriage) yang lebih memberi keutamaan terhadap persamaan minat, tahap pendidikan dan kesesuaian peribadi. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis faktor utama dalam pemilihan pasangan dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar, dan juga pengaruh serta peranan ibu bapa dalam perkahwinan anak-anak mereka. Kawasan ajian ialah Kampung Wang Kelian, Perlis. Seramai 40 pasangan yang berkahwin telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden merangkumi umur, umur ketika berkahwin, bilangan anak, pekerjaan, dan pendidikan. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa responden utama bagi mengetahui tentang cara dan pengalaman mereka dalam pemilihan pasangan dan juga tentang peranan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor domiman dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Namun demikian, faktor utama lain seperti taraf pendidikan, latar belakang keluarga, kediaman, agama, kaum, umur, rupa paras, kasih sayang, kesesuaian peribadi, sifat hormat menghormati dan bertanggungjawab turut mempengaruhi dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Berkenaan dengan peranan keluarga, keseluruhan responden menyatakan mereka akur dan menerima keputusan, nasihat, tindakan, dan urusan hal perkahwinan daripada ibu bapa mereka.
Text
Peminjaman kata bahasa Melayu dalam bahasa Bonggi : kajian kes
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan kajian berkenaan pertembungan bahasa di Pulau Banggi antara Bahasa Bonggi (BB) dengan Bahasa Melayu (BM). Pertembungan bahasa yang berlaku sejak sekian lama antara kedua-dua bahasa tersebut telah membawa kepada berlakunya peminjaman kata dalam BB. Kemahiran masyarakat Bonggi berkomunikasi dalam BM mewujudkan persoalan tentang bagaimana mereka (masyarakat Bonggi) mampu menggunakan bahasa tersebut dengan baik. Pergaulan antara masyarakat Bonggi dengan etnik lain di pulau tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi kemahiran berbahasa masyarakat Bonggi yang akhirnya menjadikan mereka sebagai golongan bilingual. Kesan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan bahasa dan peminjaman kata dalam BB. Persoalan mengenai daya tahan kata pinjaman dalam BB juga turut menjadi aspek kajian untuk mengetahui sejauh mana kata-kata daripada BM masih kekal bentuk dan makna. Justeru, analisis kata-kata dalam BB dibuat bagi mengenal pasti kata pinjaman yang telah meresap masuk sama ada dalam bidang pertanian mahupun dalam bidang-bidang lain. Kata pinjaman tersebut akhirnya dianalisis untuk mnengesan perubahan yang telah berlaku. Disertasi ini menjelaskan secara keseluruhan bahawa telah berlaku pertembungan bahasa antara BB dan BM yang akhirnya membawa kepada peminjaman bahasa dan kata-kata tersebut ada yang masih kekal dalam bentuk asal dan ada yang telah berubah sama ada dari segi bentuk mahupun makna.
Text
Peminjaman kata dalam peristilahan Undang-undang bahasa Melayu
Abstrak
Tesis ini ialah kajian tentang peminjaman kata dalam peristilahan bidang Undang-Undang bahasa Melayu. Dalam kajian ini penulis menumpukan perhatian kepada kata pinjaman tulen dan kata pinjaman campuran yang dihasilkan melalui proses pengimportan sahaja. Penulis tidak melihat perubahan yang berlaku melalui proses penukargantian dan ciptaan natif. Pembatasarn ini perlu dilakukan kerana jumlah data yang dikaji agak besar iaitu 3,404 istilah dan padanannya. Kajian ini melihat klasifikasi peminjaman kata yang terdapat dalam peristilahan undang-undang berdasarkan dua pendekatan iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis menggunakan pendekatan yang igunakan oleh Haugen dan Stene dalam menganalisis data yang diperolehi. Bab I memberi maklumat tentang perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pengaruh yang ditemui dalam bahasa Melayu hasil daripada proses ontak bahasa. Bab ini meninjau pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam bidang Undang-Undang dan sedikit tentang prinsip peristilahan serta perkembangan peristilahan bahasa Melayu khususnya dalam bidang Undang-Undang. Bab II memaparkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bahasa yang telah membuat banyak kajian tentang peminjaman kata. Peminjaman kata juga ditinjau dari aspek linguistik yang menjelaskan tentang definisi istilah tertentu, sebab-sebab berlakunya peminjaman kata, dan kajian peminjaman kata yang telah dilakukan yang dilihat dari aspek morfologi, fonologi dan semantik. Bab III dan Bab IV merupakan dapatan kajian yang dilakukan oleh penulis. Analisis yang diperolehi dibahagikan kepada dua iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis juga membuat perbandingan dapatan kedua-dua analisis tersebut.
Text
Penambah kata kerja bahasa Melayu hari ini dan bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah : satu kajian perbandingan makna
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai perbandingan makna penambah kata kerja antara bahasa Melayu hari ini (seterusnya MHI) dengan bahasa Melayu dalam Hikayat Abdullah (seterusnya PMHA), dengan tujuan ntuk melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan makna penambah kata kerja itu dalam kedua-dua BMIA darn BMHI. Persamaan dan perbezaan itu menunjukkan perubahan makna penambah kata kerja itu mengikut peredaran masa. Tesis ini nengandungi Pendahuluan dan tujuh bab, Pen dahuluan ini nenghuraikan kaedah pengupulan dan analisis data yang digunakan dalam kajian ini. Bab I enghuraikan konsep semantik dan pendekatannya dalam menghuraikan penambah dalam bahasa Melayu. Dalam bab ini juga dihuraikan pendekatan semantik yang dilakukan oleh tokoh-tokoh bahasa tanah air dalam menganalisis penambah bahasa Melayu.
Text
Pencerekaan sejarah : kajian terhadap empat buah novel sejarah
Abstrak
Kajian ini menumpukan perbincangan tentang novel sejarah Melayu, khususnya dalam aspek pencerekaan sejarah. Walaupun topik khususnya adalah pencerekaan sejarah, perhatian juga diberi terhadap perkembangan novel sejarah di Malaysia dan konsep novel sejarah. Kajian tentang pencerekaan sejarah merangkumi aspek watak dan peristiwa kerana kedua-dua aspek ini merupakan masyarakat bagi kewujudan novel dan sejarah.
Text
Penciptaan semula persembahan tarian zapin kanak-kanak di Festival Zapin Johor dari tahun 2010-2018
Abstrak
Kajian ini mengkaji penciptaan semula persembahan tarian Zapin yang ditarikan oleh kanak-kanak dalam pertandingan Festival Zapin Johor dari tahun 2010-2018. Berdasarkan teori Invention of Tradition, Tradition dan Appropriation, kajian ini dilakukan untuk membuktikan keperluan garapan senitari ciptaan baru dalam Zapin versi kanak-kanak telah wujud. Kajian ini akan tertumpu kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada kanak-kanak berusia di antara sepuluh hingga dua belas tahun di lima buah sekolah rendah yang terpilih di negeri Johor. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam pengkajian ini, dimana instrumen seperti temu bual, permerhatian dan bahan dokumen telah digunapakai untuk mendapatkan maklumat dan data. Melalui pendekatan diakronik kajian menghuraikan kepentingan perkembangan seni tari di Johor khususnya tari Zapin yang mempengaruhi kewujudan Festival Zapin Johor kategori kanak-kanak. Manakala dalam pendekatan sinkronik, kajian mengkaji corak pengadaptasian semula tarian Zapin di pentas persembahan Festival Zapin Johor bemula pada tahun 2010 sehingga tahun 2018 dari sudut pengubahsuaian motif gerak, penggayaan dan kualiti persembahan yang dihasilkan oleh para penata tari bagi memastikan ketulenan corak persembahan Zapin versi kanak-kanak dicipta. Hasil kajian ini berupaya nmemberikan perincian telah wujudnya satu bentuk penciptaan semula gerak tari Zapin yang dicipta khas untuk golongan kanak-kanak akibat daripada pengklasfikasian motif geralk, gaya, kreativiti persembahan, skema permarkahan dan pengsyaratan pertandingan yang ditekankan dalam aspek penjurian dan akhinya kualiti persembahan yang ditampilkan pada Zapin versi kanak-kanak ini telah menjadikan ia sebagai keperluan kepada sebuah tradisi ciptaan baru dan berterusan.
Text
Pendidikan moral untuk kanak-kanak : kes teater "Siti di Alam Fantasi"
Abstrak
Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap pendidikan moral untuk kanak kanak yang diteliti melalui satu persembahan teater muwzikal kanak-kanak jaitu persembahan teater Siti di Alam Fantasi (SDAF). Penelitian dibuat berdasarkan kepada dua sudut utama dalam menilai sesebuah teater iaitu daripada sudut skrip dan juga persembahan. Aspek skrip yang terdiri daripada tema, plot, watak dan dialog serta aspek persembahan yang terdiri daripada kepelbagaian elemen kekaguman, dilihat mampu untuk menyerlahkan nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarahnya. Di sebalik pementasan teater SDAF sebenarnya tersirat berbagai unsur pengajaran yang merangkumi nilai-nilai murni seperti nilai kekeluargaan, budaya dan agama serta etika dalam perhubungan, baik sesama manusia, hubungan manusia dengan alam mahupun hubungan manusia dengan perncipta. Pengkaji melihat usaha yang dilakukan oleh penulis skrip dalam merealisasikan sebuah karya dalam berntuk skrip kepada sebuah persembahan teater sebagai suatu usaha yang positif ke arah mengembangkan ilmu teater dari peringkat awal lagi. Kemunculan teater ini yang juga telah mencatat kutipan box office di Istana Budaya seakan memberi nafas baru kepada bidang teater kanak-kanak untuk diperkembangkan lagi setelah sekian lama diabaikan. Kekreatifan pengarah dalam memanfaatkan aspek audio visual yang canggih dalam mementaskan teater ini telah berjaya menarik minat audien, khususnya kanak-kanak. Justeru, pengkaji melihat kekuatan kedua-dua aspek ini iaitu aspek skrip dan dibantu oleh aspek persembahan dalam meneliti nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarah teater ini dengan lebih berkesan. Tanggapan bahawa teater SDAF sekadar sebuah teater muzikal kanak-kanak yang berbentuk hiburan semata-mata harus disangkal dan dibuktikan dengan menyelami dan meneliti secara terperinci mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah teater ini.
Text
Pendidikan nasional dalam cerpen-cerpen pilihan Singapura : analisis teori pengkaedahan Melayu
Abstrak
Pengajaran sastera telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah Singapura sejak tahun 2001. Walaupun pengajaran sastera dalam kalangan pelajar amat digalakkan agar mereka lebih cenderung pada Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, namun pada masa ini hanya segelintir sahaja sekolah-sekolah menengah yang mahu menjalankan program tersebut. Ini kerana banyak sekolah melihat pengajaran sastera sebagai satu program pengayaan yang lebih sesuai diajar kepada pelajar-pelajar yang mahir dan pintar dalam Bahasa Melayu. Justeru, hanya sekolah-sekolah menengah yang mempunyai program Bahasa Melayu Lanjutan (Higher Mother Tongue) dan Program Emas (Elective Programme in Malay La Language for Secondary Schools): chools): 1 yang menerapkan pembelajaran sastera dalam skema pengajaran mereka. Program Emas ini hanya terbuka kepada murid-murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan.' Program ini bertujuan untuk memupuk keupayaan murid-murid dalam Bahasa Melayu supaya mereka dapat meraih kemahiran dan pemahaman pada tahap yang lebih tinggi dan baik bukan sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi turut meliputi bidang kesusasteraan dan budaya. Namun begitu, mulai tahun 2008 lebih ramai murid yang berminat dapat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai kertas elektif atau kertas penuh di peringkat menengah tiga. Dengan ini, ia membuka peluang kepada se murid di peringkat sekolah menengah tiga dan tidak lagi terhad kepada kelompok murid yang pintar sahaja untuk mempelajari subjek Kesusasteraan Melayu.
Text
Pending dalam koleksi Muzium Negeri Terengganu : kajian tentang penghasilan dan estetika motif
Abstrak
Seni menghasilkan pending merupakan sebahagian daripada produk hasilan Senikraf Logam. Pembuatannya memerlukan penelitian dan kesungguhan agar setiap hasil pending mempunyai nilai-nilai falsafah dan estetika yang tinggi. Kini pending hanya menjadi sebahagian alat kebesaran DiRaja dan dipakai dalam majlis dan adat tertentu sahaja. Dahulu ketika kegemilangan kesultanan Melayu di nusantara, pemakaian pending merupakan antara satu kebanggaan dari aspek kemahiran, ketinggian darjat si pemakai, simbol kemewahan dan simbol keluarga DiRaja yang masyhur dan gagah. Kajian ini memfokuskan penghasilan pending dari Negeri Terengganu khususnya yang berada dalam simpanan Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai subjek pengkajian. Beberapa isu boleh dikaitkan dengan perkembangan seni pertukangan logam emas dan perak di Kuala Terengganu yang suatu ketika dahulu merupakan antara lokasi perusahaan yang terkenal bagi produk kraf seperti perhiasan diri dan produk kegunaan harian berasaskan logam emas dan perak. Bab 1, memberi pengenalan kepada kepentingan kajian ini terhadap aspek budaya, cabang kesenian dan kemahiran pertukangan kraf. Bab 2, menyatakan pengenalan kepada subjek kajian iaitu 10 jenis pending sebagai kajian disertasi ini. Bab 3, membincangkan metodologi serta kaedah pengkajian seni pending secara analisis formalistik. Manakala Bab 4 menyatakan kajian ke atas pending secara analisis estetik dan, Bab 5 menyatakan hasil kajian serta dapatan kajian.
Text
Penerapan konsep Melayu Islam beraja dalam masyarakat Brunei melalui rancangan televisyen Brunei
Abstrak
Melayu Islam Beraja merupakan falsafah negara Brunei Darussalam sejak düsytiharkan secara rasmi sempena menyambut hari kemerdekaan pada tahun 1984. Falsafah negara Melayu Islam Beraja sudah pun dimaklumi dan diamalkan oleh semua masyarakat Brunei. Dari aspek sejarahnya Melayu lslan Beraja telah dipraktikkan di negara Brunei Darussalam semenjak raja Brunei pertama memluk agama Islam. Pengamalan Melayu Islam Beraja semakin berkembang dari pemerintahan seorang Sultan ke Sultan yang lain sehinggalah ke Sultan ke 29 pada hari ini. Perlembagaan Negeri Brunei 1959 secara rasmi meletakkan unsur Melayu sebagai bangsa, bahasa dan budaya yang berlandaskan Islam sebagai agama dan Beraja sebagai sistem pemerintahan Negara Brunei Darussalam. Dalam kajian ini, pengkaji menumpukan pada peranan televisyen Brunei (Radio Televisyen Brunei) sebagai media massa dan agen kerajaan dalam mendedahkan kegiatan sosio budaya masyarakat Brunei dan dalam usaha menerapkan konsep Melayu Islam Beraja kepada masyarakat Brunei melalui rancangan televisyen terutama dalam rancangan 'Khutbah Jumaat' dan Berita Nasional' yang disiarkan secara langsung di seluruh Negara Brunei Darussalam. Bagi menjelaskan peranan tersebut, pengkaji membincangkan tentang kewujudan konsep Melayu Islam Beraja. Dalam perbincangan ini pengkaji juga menerangkan konsep Melayu, konsep Islam dan konsep Beraja dalam kontek Negara Brunei Darussalam. Selain itu kajian ini juga menumpukan kepada usaha-usaha pihak kerajaan Brunei dalam menerapkan Melayu Islam Beraja melalui sistem pendidikan dan penerapan Melayu Islam Pengkaji juga menumpukan Beraja dalam jabatan-jabatan kerajaan Brunei. perbincangan mengenai konsep nilai, konsep Melayu, konsep Islam dan konsep Beraja yang diamalkan dan diterapkan di Negara Brunei Darussalam melalui rancangan yang disiarkan oleh televisyen Brunei.
Text
Penerapan teori Takmilah dalam sajak-sajak Melayu Patani
Abstrak
Kajian ini bertajuk "Penerapan Teori Takmilah dalam Sajak-sajak Melayu Patani", dengan memfokuskan sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gapura Takwa (1989) karya Azhar Karimi; seorang penulis sajak yang dianggap oleh kebanyakan pengkritik sebagai seorang penyajak yang amat prolifik dan mempunyai ketokohan yang tersendiri di Selatan Thailand. yang Kajian ini menggunakan empat prinsip teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan bersifat Kamal, prinsip hubungan takmilah dengan pengkarya yang mengistikmalkan diri, prinsip hubungan takmilah dengan khalayak yang memupuk arah insan Kamil dan prinsip hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik. Berdasarkan penelitian dengan menggunakan prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal didapati bahawa sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi sesungguhnya kaya pada Allah. dengan unsur ketuhanan dengan bertujuan menggambarkan sifat kesempurnaan yang ada Penyajak menonjolkan sajak-sajak yang memperlihatkan kesempurnaan, kebesaran dan kekuasaan Allah yang begitu kental dan mendalam. Maka ia menepati prinsip tersebut. Berdasarkan prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri, kajian mendapati sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi menggambarkan keperibadiannya sebagai penyajak Islam yang berusaha mengistikmalkan dirinya sebagai muslim yang sempurna. Sajak-sajak dalam kumpulan sajak Di Gpura Takwa banyak menonjolkan amalan yang dapat memupuk diri penyajak sebagai seperti menunaikan sembahyang wajib, sembahyang sunat pada waktu malam. bermunajat, bertaubat, berdoa dan sebagainya. Sajak-sajak Di Gapura Takwa bukan sahaja mencerminkan keperibadian penyajak tetapi turut menyemaikan nilai-nilai murni yang dapat mentakmilahkan khalayak ke arah insan Kamil. Sajak-sajak yang dihasilkan oleh Azhar Karimi ternyata mempunyai nilai-nilai keislaman seperti akidah, syariat, akhlak. muamalat. dakwah dan sebagainya ke arah pembentukan insan Kamil, iaitu mencontohi peribadi terpuji Rasulullah sWT. Berdasarkan prinsip yang melihat hubungan takmilah dengan karya yang berciri estetik, didapati bahawa sajak-sajaknya mencapai estetika vang disarankan oleh teori Takmilah iaitu mempunyai keindahan maknawi dan keindahan lahiriah. Berdasarkan keempat-empat prinsip yang digunakan dalam mencari keiakmilahan sajak-sajak Di Gapura Takwa, ternyata bahawa ia sesuai diaplikasikan dengan teori Takmilah kerana kumpulan sajak tersebut adalah karya yang herunsur Islam dengan membawa tema yang menyentuh soal ketuhanan. akidah dan ibadat Penyair berjay a mengungkapkannya dengan gaya bahasa yang indah dan menarik serta mengajak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK). Ini dapat membantu murid yang lemah dalam aspek bacaan bahasa Melayu. Penyelidik memberi tumpuan kepada aspek bacaan sahaja kerana aspek bacaan merupakan aspek yang pling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah kaedah Gabung Bunyi Kata ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran membaca bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang muridnya terdiri daripada pelajar berbangsa India dan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi mereka. Selain daripada itu kajian ini dilakukan bagi menganalisis perkembangan dan prestasi murid setelah mengikuti Kaedah Gabung Bunyi Kata ini dan ternyata amat sesuai untuk meningkatkan prestasi murid. Kajian ini dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar di Klang Selangor. Sampel terdiri daripada 40 orang murid tahap 1 yang dipilih mengikut tahap kecerdasan. Dapatan kajian diperoleh melalui rekod perkembangan murid yang telah dilakukan selama 6 bulan iaitu dari bulan Mei hingga Oktober. Maklumat atau data yang diperoleh dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 15.0.
Text
Pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu menggunakan kaedah gabung bunyi kata dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Abstrak
Seni bina Melayu adalah hasil tukangan tangan masyarakat Melayu tradisi yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Seni bina yang telah berusia ratus ratus tahun ini perlu dipelihara akan kepentingannya demi menjamin identiti budaya setempat yang menjadi lambang warisan bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini akan membincangkan mengenai konsep pelestarian dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu Melaka. Bagi tujuan tersebut rumah-rumah Melayu Melaka yang telah diwartakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai rumah warisan dijadikan sebagai bahan kajian ini. Tumpuan utama diberikan dalam kerja-kerja mendokumentasi rumah rumah ini sebagai satu usaha pelestarian dengan mengumpulkan sebanyak mungkin bahan bahan rujukan untuk melengkapkan pendokumentasian ini. Perbicangan juga meliputi kaedah pelestarian yang telah digunakan oleh PERZIM sebagai langkah memugar kembali warisan seni bina terulung ini. Penjelasan mengenai kaedah ini dijelaskan dengan mengkategorikan rumah-rumah ini melalui kaedah yang dipraktikan sebagai usaha menjamin akan kepentingan budaya dan identiti masyarakat Melayu. Seterusnya kajian ini akan merumuskan mengenai konsep pelestarian rumah Melayu Melaka yang telah menjalani proses pemeliharaan yang begitu rapi dengan berpandukan piagam yang menjadi teras disiplin kerja-kerja konservasi, juga disarankan beberapa cadangan yang dirasakan perlu untuk dipraktikan bersama dalam kerja pelestarian ini.
Text
Pengajian seni persembahan di Aswara
Abstrak
Kajian ini menumpukan kepada sebuah institusi seni persembahan Melayu. Institusi ini dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) bermula awal tahun 1990-an yang menawarkan kursus dalam seni persembahan sepenuhnya diperingkat Sijil dan Diploma. Pada 21 April 2006 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) telah dinaiktaraf kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Langkah yang diambil oleh kerajaan menaiktaraf ASK menjadi ASWARA sebagai institusi pengajian tinggi awam. yang mengkhusus sepenuhnya dalam seni persembahan, menjadi penanda aras kepada perkembangan seni budaya dan warisan negara. Kini ASWARA menawarkan kursus sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pascasiswazah. Daripada senario yang dibincangkan ini, penyelidik melihat ASWARA sebagai salah sebuah institusi yang berjaya memelihara dan memulihara seni persembahan Melayu dalam era globalisasi. Pengkaji juga melihat usaha yang dilakukan ASWARA dalam menghasilkan graduan yang benar-benar berjaya menguasai setiap bidang ilmu kesenian, serta mampu melestari seni persembahan Melayu. Kejayaan yang dicapai oleh ASWARA didalam dan diluar negara telah memberi satu kesan yang ketara kepada pembangunan industri seni tanah air. Dalam pada itu juga, penyelidik melihat corak pendidikan yang disediakan di ASWARA bagi menjamin kualiti graduan yang kreatif dan inovatif bagi membekalkan sumber manusia dalam bidang seni kepada negara. Sebagai sebuah institusi pelestarian seni persembahan dinegara ini, ASWARA lebih memberi tumpuan dalam memperkembangkan kesenian tradisional diperingkat negeri dan antarabangsa.
Text
Pengalihan dan pengekalan Bahasa Melayu kreol Baba Melaka
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat fenomena pengalihan dan pengekalan bahasa Melayu kreol Baba. Bahasa Melayu kreol Baba merupakan bahasa ibunda bagi komuniti minoriti Peranakan Baba Melaka. Asal keturunan Peranakan Baba Melaka adalah hasil daripada perkahwinan antara pedagang Cina dengan orang tempatan. Perkahwinan campur yang berlaku telah melahirkan satu bahasa yang terbentuk dengan percampuran dua bahasa, iaitu bahasa Melayu (superstratum) dan bahasa Cina (substratum). Kajian terhadap penguasaan bahasa komuniti dilakukan untuk melihat sama ada bahasa yang dikuasai digunakan sepenuhnya atau tidak. Penggunaan bahasa komuniti Peranakan Baba pula dikaji berdasarkan corak pemilihan bahasa yang dibuat berdasarkan domain. Sebanyak lapan domain digunakan dan domain tersebut telah dibahagikan kepada domain rendah dan domain tinggi. Penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam domain yang dikaji menunjukkan bahawa responden K3 adalah lapisan kumpulan yang paling rendah menggunakannya. Lapisan K2 masih cuba untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu Kreol Baba dalam kebanyakan domain, manakala K1 kekal menggunakan bahasa Melayu kreol Baba dalam kebanyakan domain. Motivasi responden terhadap bahasa Melayu kreol Baba pula dianalisis bagi mengkaji sama ada motivasi dapat mempengaruhi usaha pengekalan BMKB. Kajian menunjukkan bahawa pengalihan bahasa yang berlaku dapat dipelihara kerana motivasi komuniti Peranakan Baba adalah positif. Namun begitu, jika tidak ada usaha pengekalan bahasa yang dilakukan. Bahasa Melayu Kreol Baba kemungkinan akan mengalami kepupusan bahasa pada suatu masa nanti.
Text
Pengarahan teater : suatu kajian tentang sumbangan Krishen Jit
Abstrak
Drama moden Malaysia, semenjak perkembangan yang pesat dalam tahun tujuh Duluhan hinggalah ke hari ini, walaupun hanya 30 tahun sejarahnya, ia telah menunjukkan hasil dan pencapaian yang agak membanggakan dalam bidang penulisan skrip drama dan pementasan. Tapi dari segi kajian berbentuk ilmiah, selain daripada penulisan oleh Mana Sikana, Solehah Ishak, Nur Nina Zuhra dan lain-lain, ja boleh dikatakan agak kekurangan, khususnya dalam bidang kajian pengarahan teater, tidak ada sebarang pengkajian dan penulisan secara komprehensif pernah dilakuka. Oleh yang demikian, tesis ini ingin mengkaji kebangkitan dan perkembangan pengarahan teater Inggeris dan Melayu tempatan, dengan tumpuan diberi kepada pengarah veteran Krishen Jit. Catatan dan kajian dibuat berkenaan dengan corak pengarahannya, kemudian fahaman teater dan pengarahan beliau dianalisis, justeru menerusi kajian ini cuba menentukan suatu status terkini pengarahan teater tempatan; dengan menggunakan kaedah analisis pengarahan Barat sebagai panduan, agar suatu bentuk teori pengarahan tempatan dapat dikesankan. Kajian dan analisis terperinci yang dilakukan tertumpu kepada proses rehersal karya pengarahan Krishen yang bertajuk 'Skin Trilogy' Tesis ini mendapati bahawa kaedah pengarahan Krishen Jit bukan sahaja sekadar mencari segala kemungkinan dalam pembikinan teater, bahkan menunjukkan bahawa fungsi teater yang paling berkesan ialah interaksi antara individu yang terlibat, termasuk pengarah, pelakon, pereka-pereka serta interaksi bersama penonton. Ruang yang diberikan oleh pengarah kepada kesemua peserta dalam kreativiti teater telah menunjukkan keseimbangan hak dalam teater. Teater yang sebegini akan lebih berkembang dari sebuah teater yang bergantung hanya kepada kreativiti pengarah sahaja. Dapat dipastikan bahawa tesis ini merupakan bahan kajian berkenaan pengarahan teater yang julung kali diusahakan. Di harap tesis ini dapat memberi sumbangan besar kepada sejarah pengarahan teater tempatan.
Text
Pengaruh bahasa Thai ke atas dialek Melayu Patani : kajian kes sosiolinguistik di Wilayah Pattani
Abstrak
Tesis Thai ke atas berdasarkan ini adal ah suatu kajian kes pengaruh Bahasà dialek Melayu Patani, disipl in disiplin Sosiolinguistik di dal am wilayah Pattani, Teori Pinj aman Bahasa (Linguistic Borrowing), yang dikemukakan oleh kerangka Bloomfield (1933). Matl amat kajian ini ialah untuk melihat ciri-ciri pengaruh Bahasa Thai ke atas dialek Melayu Patani serta melihat faktor-faktor yang faktor-faktor yang menjadi punca-punca yang menimbulkan pengaruh tersebut.
Text
Pengekalan tulisan jawi di kalangan masyarakat Melayu Pattani
Abstrak
Kaiian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat gejala pengekalan terhadap tulisan Jawi yang berlaku di dalam komuniti Melayu Pattani. Tujuan utama kajian adalah menilai tahap penggunaan tulisan Jawi serta mengenal pasti persepsi masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi. Di samping itu, kajian ini turut menyentuh faktor-faktor pengekalan tulisan Jawi oleh masyarakat Melayu Pattani. Data untuk kajian ini dikumpulkan Melalui dua kaedah, iaitu soal selidik dan pemerhatian ikut serta. Pengkaji sendiri telah tinggal di kawasan penempatan komuniti ini dan melakukan soal selidik ke atas responden yang telah dipilih di samping melakukan pemerhatian. Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan teori motivasi instrumental. Hasil kajjan menunjukkan bahawa bahagian besar anggota masyarakat bersikap positif terhadap tulisan Jawi dan masih mengguna tulisan Jawi terutama dalam domain agama. Malah daripada kesan penyisihan terhadap tulisan tersebut berpunca daripada pengaruh bahasa yang lebih dominan, faktor ekonomi, ugama dan sebagainya.
Text
Pengetahuan dan teknologi Melayu berhubung penggunaan senjata api : analisis naskhah ilmu bedil
Abstrak
Disertasi ini mengusulkan pemerhatian penting ke atas sekelompok naskhah yang merupakan korpus pengetahuan-teknologi orang Melayu berhubung teknik mengguna kan senapang istinggar dan terakul; di mana kedua-dua teknologi senjata api itu telah dikenali sejak kurun ke-16 atau ke-17. Kelompok naskhah yang dinamakan sebagai Kumpulan Naskhah Ilmu Bedil (KNIB) ini bukan sahaja tidak permah didalami sehing ga sekarang, malah sebahagian besar daripada isinya masih belum didedahkan kepada khalayak umum. Signifikan terbesar yang dibawa oleh KNIB ialah tentang kompleksiti teknologi orang Melayu yang mengetengahkan kecekapan pengendalian peralatan berdasarkan peramatan dan penilaian mengikut jangkaan kebudayaan mereka, di mana teknik pengendaliannya didapati wujud secara berintegrasi dengan komponen unsur bukan fizikal. Justeru, huraian mengenai bagaimana mereka menggunakan "perisian" berteraskan pengetahuan budaya untuk bertindak balas terhadap stimuli teknologi sen jata api yang asing menjadi poin penting dalam melihat pengoperasian teknikal yang difahami dengan cara tertentu sebagai pernyataan nilai khusus oleh mereka sebagai pengguna teknologi. Kekhususan tersebut memperlihatkan percanggahan nilai terhadap teknologi tidak sebagaimana yang lazim diterima. Teknologi senjata api digunakan me ngikut konteks kebudayaan dan KNIB menterjemahkannya berdasarkan makna keber kesanan aplikasi dalam mod teknik yang spesifik. Dengan demikian, disertasi ini mem berikan penegasan bahawa teknologi perlu difahami daripada konstruksi peramatan dan penilaian pihak yang mengadaptasi selaku penerima-pengguna teknologi itu sendiri.
Text
Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Abstrak
Kajian ini mengkaji penggunaan bahan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Seramai 150 orang guru yang mengajar bahasa Melayu daripada 14 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian. Untuk melengkapkan kajian, 100 orang murid sekolah dan tiga buah buku teks turut dipilih sebagai sampel kajian. Tesis ini terbahagi kepada 6 Bab. Bab Pertama ialah bab pendahuluan, iaitu pengenalan kepada kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, hipotesis hipotesis, rasional kajian, kaedah dan alat kajian, dan pemilihan sampel. Bab kedua pula menerangkan secara ringkas sejarah penggunaan bahan akhbar dan majalah sebagai alat bantu mengajar, kajian-kajian lepas yang berkaitan dan konsep-konsep penting. Bab ketiga merupakan bab analisis penggunaan bahan akhbar dan majalah di dalam buku teks, manakala bab keempat memaparkan data-data dan keputusan-keputusan kajian berkenaan pola penggunaan bahan akhbar dan majalah di kalangan guru-guru sekolah. Bab kelima pula memfokuskan perhatian kepada analisis sejauh manakah bahan-bahan berunsurkan sastera di dalam akhbar dan majalah boleh digunakan untuk mengajar bahasa Melayu. Bab keenam merupakan bab kesimpulan, rumusan dan cadangan.
Text
Penggunaan kamus dalam kelas bahasa Melayu dan Inggeris : satu penyelidikan perbandingan
Abstrak
Tesis ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan terhadap 80 orang pelajar dan 10 orang guru bahasa di sebuah sekolah menengah di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik untuk pelajar dan kaedah wawancara untuk guru. Data yang diperoleh dijadualkan dan dihuraikan dengan cara statistik deskriptif berasaskan kekerapan jawapan responden. Hasil kajian ini mendapati penggunaan kamus di kalangan pelajar-pelajar dalam kelas bahasa Melayu tidak memuaskan. Pelajar-pelajar bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus, jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan sikap guru-guru bahasa. Guru bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus jika dibandingkan dengan guru bahasa Melayu. Maklumat yang dicari oleh pelajar-pelajar dalam kamus ekabahasa berbahasa Melayu ialah makna, penggunaan kata dalam konteks, ejaan, simpulan bahasa, sinonim dan imbuhan. Maklumat yang sama dicari oleh mereka dalam kamus dwibahasa berbahasa Inggeris, kecuali maklumat sebutan berada di tempat ketiga terpenting, selepas makna dan ejaan. Mereka Juga menghadapi sedikit masalah dalam cara menggunakan kamus. Pelajar bahasa Melayu menghadapi masalah kata dasar yang terlalu banyak makna. sukar mencari kata dasar dan mereka juga sukar mencari maksud kata klasik. Pelajar bahasa Inggeris pula menghadapi masalah perkataan yang dicari tiada dalam kamus, sukar menentukan sebutan dan kata dasar yang terlalu banyak makna. Secara purata, hampir separuh daripada mereka menghadapi masalah dalam cara menggunakan kamus, walaupun majoriti daripada mereka telah diajar kemahiran tersebut.
Text
Penggunaan pola-pola ayat bahasa Malaysia oleh murid-murid darjah enam
Abstrak
Kajian ini cuba mendapatkan data-data berkenaan penggunaan pola-pola ayat dalam karangan bertulis Bahasa Malaysia murid-murid darjah enam sekolah rendah.
Text
Penguasaan asas membaca melalui program Linus (Literasi) : kajian di Pulau Pinang
Abstrak
Permasalahan utama yang mendorong kajian ini dilakukan kerana fenomena murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca masih menjadi isu dan perbualan masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan membaca muridmurid Tahun 1 di SK Pauh Jaya, Pulau Pinang melalui Program LINUS-Literasi. Seramai 103 subjek kajian yang telah menjadi sampel dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahap pencapaian membaca murid-murid dalam Saringan 1 dan Saringan 2 LINUS-Literasi. Selain itu, masalah penguasaan membaca dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan membaca murid turut dihuraikan. Kajian yang dilakukan berbentuk kajian eksperimen dan dihuraikan secara kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kajian kepustakaan dan kajian lapangan dilaksanakan untuk mendapatkan data-data kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah arimetik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel 2013. Tahap penguasaan membaca murid-murid linus menunjukkan peningkatan dalam Saringan 2 berbanding Saringan 1 dan tahap pemahaman bacaan murid-murid linus berada dalam kategori baik. Hal ini terbukti apabila berlakunya peningkatan bilangan murid yang berada dalam kategori Arus Perdana semasa Saringan 2. Berlakunya peningkatan seramai 30 orang subjek kajian atau mewakili kenaikan sebanyak S6.6 peratus menjadikan murid yang berada dalam kategori ini seramai 83 orang semasa Saringan 2 berbanding 53 orang semasa Saringan 1. Peningkatan ini menyebabkan jumlah murid yang berada dalam kategori Linus dan Linus Tegar menurun. Bilangan subjek kajian dalam kategori Linus menurun sebanyak -53.7 peratus, manakala bagi kategori Linus Tegar pula menurun sebanyak -88.9 peratus. Hanya tinggal seorang sahaja subjek kajian yang tidak dapat menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 semasa Saringan 2 berlangsung menyebabkan murid berada dalam kategori Linus Tegar. Dalam kajian ini, terdapat beberapa masalah yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai pembacaan dengan baik, iaitu kemahiran kognitif murid yang lemah, ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan huruf serta sikap murid yang mudah hilang tumpuan dalam pembelajaran dan mempunyai daya ingatan yang singkat. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji juga dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tahap penguasaan murid, iaitu guru, murid dan ibu bapa yang menjadi fokus dalam kajian ini. Oleh itu, berdasarkan rumusan ini pengkaji berharap agar masalah-masalah yang dihadapi oleh subjek kajian dapat diatasi. Beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu juga disarankan supaya masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 1 dalam membaca dan menulis kosa kata asas bahasa Melayu dapat diatasi. Penguasaan membaca dan menulis penting dalam memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran lain.
Text
Penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua di SK Tanah Merah 1
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan kata tugas murid murid tahap dua di SK Tanah Merah 1. Subjek kajian adalah seramai 100 orang murid yang berusia sebelas tahun. Kesemua subjek kajian merupakan kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang yang sama iaitu dibesarkan di Kelantan. Penguasaan kata tugas yang dikaji berdasarkan penggunaan kata tugas dalam kelompok kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata pascakata. Subjek kajian mestilah menjawab 50 soalan objektif berkenaan kata tugas dan menulis sebuah karangan bertajuk 'Hari Sukan di Sekolah Saya'. Hasil dapatan pada bahagian soalan objektif menunjukkan kesemua subjek kajian tidak dapat menjawab 50 soalan yang dikemukan dengan betul. Kekerapan paling tinggi diperoleh subjek kajian pada bahagian kata penyambung ayat ialah 81.25 peratus dan 68.75 peratus yang diwakili oleh 22 orang. Seramai 51 orang subjek kajian berjaya menjawab semua soalan pada kelompok kata praklausa dengan betul manakala pada kelompok kata prafrasa dan pascafirasa pula seramai 22 orang memperoleh markah 77.7 peratus yang merupakan kekerapan markah paling tinggi. Pada bahagian karangan pula sebanyak 954 ayat telah dihasilkan oleh subjek kajian menggunakan kata tugas. Walau bagaimanapun 246 ayat merupakan ayat yang mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata tugas iaitu 87 ayat mengandung1 kesalahan pada kata penyambung ayat, 11 ayat mengandungi kesalahan pada kata praklausa dan 148 ayat mengandungi kesalahan pada kata prafrasa dan pascafrasa. Secara keseluruhannya pengkaji rumuskan bahawa tahap penguasaan kata tugas subjek kajian berada pada tahap yang sederhana. Subjek kajian didapati berupaya menghasilkan pelbagai jenis ayat menggunakan kata tugas. Namun begitu faktor seperti keliru dengan penggunaan kata tugas, terikut dengan penggunaan bahasa basahan, tidak tahu menggunakan kata tugas pada tempatnya, kesalahan membina ayat majmuk dan minat merupakan agen yang mempengaruhi penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua.
Text
Penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu di dalam kalangan murid Tahun Satu di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, Narathiwat : kajian kes
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji penguasaan kosa kata asas bahasa Melayu khususnya asas bacaan dalam kalangan murid Tahun I di Sekolah Siam Ban Khorlogaway, daerah Sri Sakorn, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Antara objektif kajian ialah untuk menganalisis kosa kata asas bahasa Melayu murid Tahun 1 mengetahui level kemahiran membaca murid-murid Tahun 1, memahami ana vang dibaca oleh murid-murid tahun 1 dan mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah penguasaan kosa kata asas murid-murid pada peringkat Tahun 1. Kajian ini merupakan kajian awal di Sekolah Siam khususnya murid-murid Tahun 1 untuk melihat kebolehan dan tahap penguasaan bacaan asas bahasa Melayu dengan menggunakan Modl Asas Membaca Tahun I (Edisi l) sebagai pengukur. Subjek kajian sebanyak 30 orang murid Tahun l berumur dalam lingkungan 7 tahun, mereka berketurunan Melayu dan bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu dialek Pattani, namun mereka kurang berkomunikasi dalam bahasa Melayu mereka selalu berkomunikasi dalam bahasa Thai dalam kehidupan seharian mereka. Subjek kajian tidak pernah belajar bahasa Melayu sebelum ini yakni mereka tidak ada asas bahasa Melayu langsung. Kajian dijalankan secara berlatih tubi bacaan dengan secara individu, berkumpulan, dan beramai-ramai. Kajian ini diuji sebanyak dua kalai iaitu ujian pra dan ujian pasca. Sebelum diuji untuk kali yang kedua (uji semula atau ujian pasca selepas proses P&P) subjek kajian diajar sebanyak dua kali bagi setiap kemahiran, barulah subjek kajian diuji. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian terkawal, tinjauan, dan kaedah temubual subjek kajian, guru bahasa Melayu dan juga ibu bapa subjek kajian. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar subjek kajian dapat menguasai kosa kata asas bahasa Melayu dengan amat baik dan memuaskan pada peringkat huruf dengan memuaskan, tetapi apabila sampai ke tahap bahagian suku kata, bahagian kosa kata, bahagian frasa dan seterusnya ayat mudah didapati sebahagian besar subjek kajian yang masih tidak dapat menguasai dengan baik. Namun demikian kajian ini membuktikan bahawa kajian ini berjaya kerana didapati 3 orang (bersamaan 10 peratus) subjek kajian yang boleh menguasai Modul Asas Membaca Tahun 1 Edisi 1) dengan baik dan memuaskan mereka mendapat markah penuh iaitu 100 peratus pada peringkat ujian selepas proses P&P, yakni mereka dapat membaca dengan lancar dan dapat memahami apa yang dibaca dengan balk. Faktor-faktor yang menghalang penguasaan subjek kajian antaranya masa yang singkat, tahap persekitaran yang kurang menarik untuk mempelajari bahasa, pengaruh bahasa Thai dan bahasa ibunda. dan sikap motivasi yang rendah terhadap banasa melayu. Hal ini demikian merupakan masalah vang besar dan masalah ini Perid aitangan1 oleh semua pihak yang ada kaitan dengan subjek kajian. Diharapkan semua Pinak yang terlibat dalam permasalahan ini memainkan peranan bagi menyelesaIkan masalah tidak boleh membaca dalam kalangan murid.
Text
Penguasaan perkataan berimbuhan meN- dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' Ibrahim Yaacob
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian bagi melihat tahap penguasaan (penulisan) perkataan berimbuhan meN-, dalam kalangan pelajar peralihan di SMK Dato' lbrahim Yaacob, Kuala Lumpur. Seramai lima puluh empat (54) orang pelajar peralihan telah dijadikan sampel kajian. Mereka semuanya berbangsa Cina dan India. Kebanyakan mereka menghadapi masalah dalam menguasai bahasa Melayu. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan perkataan berimbuhan meN, menganalisis kefahaman sampel kajian terhadap rumus penulisan perkataan berimbuhan meN- dan menganalisis hubungan faktor-faktor ekstralinguistik dengan penguasaan perkataan berimbuhan meN-. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen bagi mencapai objektif kajian. Antara instrumen yang digunakan ialah soalan berbentuk objektif (aneka pilihan) dan soalan pembinaan ayat menggunakan perkataan berawalan meN-. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan pengkaji menggunakan kaedah analisis data melalui program SPSS. Kajian ini mengaplikasikan Teori Monitor yang berkait rapat dengan kajian bahasa kedua. Teori Monitor menyatakan bahawa individu yang ingin mempelajari atau menguasai bahasa, perlu terlebih dahulu memahami hukum atau rumus bahasa tersebut. Dapatan kajian ini menepati pernyataan dalam Teori Monitor. Kajian penguasaan imbuhan meN- ini meliputi variasi me-, mem-, men-, meng- dan menge-. Dapatan kajian mendapati sampel kajian menghadapi masalah dalam menguasai imbuhan me- dan menge-. Ini kerana kebanyakan sampel kajian tidak memahami dan tidak mengetahui rumus penulisan imbuhan meN-. Selain itu, kajian ini juga melihat peningkatan kefahaman sampel kajian terhadap penguasaan imbuhan meN- setelah proses input' dijalankan. Perkara ini dibuktikan melalui ujian korelasi (Pekali Pearson Product Moment) yang menunjukkan nilai korelasi yang sederhana dan signifikan. Huraian lanjut tentang perkara ini terdapat di dalam bab 4. Pengkaji juga menganalisis faktor-faktor ekstralinguistik, hubungannya dengan peningkatan penguasaan imbuhan meN-. bagi melihat Pengkaji menjelaskan analisis terhadap 10 faktor ekstralinguistik di dalam bab 5. Hasil ujian Anova Satu Hala (One-way Anova) menunjukkan 1 daripada 10 faktor tersebut mempengaruhi markah ujian penguasaan imbuhan meN-. Faktor tersebut ialah faktor jantina. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor jantina mempengaruhi tinggi atau rendah markah ujian penguasaan imbuhan meN-, Dalam bab 6, pengkaji membuat kesimpulan keseluruhan terhadap kajian ini, disamping menyatakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu bagi menambah baik tahap penguasaan proses pengimbuhan khasnya dan tahap penguasaan bahasa Melayu amnya, dalam kalangan pelajar peralihan.
Text
Pengurusan dan pentadbiran seni : kajian program citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003
Abstrak
Bidang kesenian dan kebudayaan mulai menjadi tumpuan di Malaysia. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh kerajaan untuk mengembangkan bidang tersebut Kekayaan seni dan budaya yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, telah mengukuhkan lagi hasrat kerajaan ini. Oleh itu, program Citrawarna Malaysia yang diadakan dari tahun 1999 hingga sekarang menjadi platform untuk merealisasikan hasrat tersebut. Di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, maka program tersebut dilaksanakan dengan lancar. Malah telah menggerakan pelbagai pihak untuk turut serta menjayakannya, seperti penglibatan agensi-agensi kerajaan, wakil swasta yang dilantik dan pihak-pihak tertentu. Kejayaan ini disebabkan pengurusan dan pentadbiran yang kemas dan teratur. Bagi memastikan kelancaran program Citrawarna Malaysia dilaksana dengan sebaiknya. maka pembahagian tugas dan tanggungjawab telah diagihkan kepada semua pihak yang terlibat. Disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu sama ada tersurat dan tersirat, maka pengkaji telah membuat satu kajian yang khusus secara mendalam berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran seni. Bagi mendapatkan pendedahan dan maklumat yang betul dan bermutu, maka pengkaji telah menyertai sendiri di dalam program Citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003 secara keseluruhannya. Harapan pengkaji, semoga aspek pengurusan dan pentadbiran dapat diselidiki dengan lebih dekat dan mendalam. Bidang kesenian dan kebudayaan ini melambangkan nilai persembahan yang berbeza, ianya akan dirasai dengan sendiri sama ada sebelum, semasa dan selepas program.
Showing 201 to 250 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->