Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Tan Sri Aziz Tapa : Alam Budaya dan Politik Melayu
Pemimpin adalah lambang kepada kesatuan, keutuhan dan disiplin organisasinya. Manakala perpaduan, keserasian, kerjasama pula adalah lambing kekuatan...
Text
Hubungan aspirasi belia Melayu terhadap Penglibatan belia dalam politik di kawasan pinggir bandar
Golongan belia merupakan aset penting kepada tanah air kerana mereka yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Dalam hal memilih sesebuah parti dan pemimpin, setiap individu mempunyai kehendak...
Text
Adat dan kesenian melayu : satu tafsiran dari perspektif islam
Pada dasarnya kertas kerja ini akan menumpukan perhatian terhadap kerangka pentafsiran Islam yang sepatutnya dibuat terhadap adat dan kesenian Melayu. Ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama...
Text
Penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua di SK Tanah Merah 1
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan kata tugas murid murid tahap dua di SK Tanah Merah 1. Subjek kajian adalah seramai 100 orang murid yang berusia sebelas tahun. Kesemua subjek kajian merupakan kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang yang sama iaitu dibesarkan di Kelantan. Penguasaan kata tugas yang dikaji berdasarkan penggunaan kata tugas dalam kelompok kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata pascakata. Subjek kajian mestilah menjawab 50 soalan objektif berkenaan kata tugas dan menulis sebuah karangan bertajuk 'Hari Sukan di Sekolah Saya'. Hasil dapatan pada bahagian soalan objektif menunjukkan kesemua subjek kajian tidak dapat menjawab 50 soalan yang dikemukan dengan betul. Kekerapan paling tinggi diperoleh subjek kajian pada bahagian kata penyambung ayat ialah 81.25 peratus dan 68.75 peratus yang diwakili oleh 22 orang. Seramai 51 orang subjek kajian berjaya menjawab semua soalan pada kelompok kata praklausa dengan betul manakala pada kelompok kata prafrasa dan pascafirasa pula seramai 22 orang memperoleh markah 77.7 peratus yang merupakan kekerapan markah paling tinggi. Pada bahagian karangan pula sebanyak 954 ayat telah dihasilkan oleh subjek kajian menggunakan kata tugas. Walau bagaimanapun 246 ayat merupakan ayat yang mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata tugas iaitu 87 ayat mengandung1 kesalahan pada kata penyambung ayat, 11 ayat mengandungi kesalahan pada kata praklausa dan 148 ayat mengandungi kesalahan pada kata prafrasa dan pascafrasa. Secara keseluruhannya pengkaji rumuskan bahawa tahap penguasaan kata tugas subjek kajian berada pada tahap yang sederhana. Subjek kajian didapati berupaya menghasilkan pelbagai jenis ayat menggunakan kata tugas. Namun begitu faktor seperti keliru dengan penggunaan kata tugas, terikut dengan penggunaan bahasa basahan, tidak tahu menggunakan kata tugas pada tempatnya, kesalahan membina ayat majmuk dan minat merupakan agen yang mempengaruhi penguasaan kata tugas murid-murid tahap dua.
Text
Pemilihan pasangan dalam perkahwinan masyarakat Melayu luar bandar : kajian kes di Wang Kelian, Perlis
Abstrak
Pada umumnya, terdapat dua cara pemilihan pasangan dalam perkahwinan Melayu. Pertama, berasaskan kepada pilihan keluarga (arranged marriage) yang mengutamakan hubungan kekeluargaan, tempat kediaman, kedudukan sosio-ekonomi dan keturunan. Manakala cara kedua pula ialah berasaskan pilihan sendiri (love marriage) yang lebih memberi keutamaan terhadap persamaan minat, tahap pendidikan dan kesesuaian peribadi. Kajian ini mengenalpasti dan menganalisis faktor utama dalam pemilihan pasangan dalam kalangan masyarakat Melayu luar bandar, dan juga pengaruh serta peranan ibu bapa dalam perkahwinan anak-anak mereka. Kawasan ajian ialah Kampung Wang Kelian, Perlis. Seramai 40 pasangan yang berkahwin telah dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman yang bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden merangkumi umur, umur ketika berkahwin, bilangan anak, pekerjaan, dan pendidikan. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa responden utama bagi mengetahui tentang cara dan pengalaman mereka dalam pemilihan pasangan dan juga tentang peranan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan faktor domiman dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Namun demikian, faktor utama lain seperti taraf pendidikan, latar belakang keluarga, kediaman, agama, kaum, umur, rupa paras, kasih sayang, kesesuaian peribadi, sifat hormat menghormati dan bertanggungjawab turut mempengaruhi dalam pemilihan pasangan dalam kalangan responden. Berkenaan dengan peranan keluarga, keseluruhan responden menyatakan mereka akur dan menerima keputusan, nasihat, tindakan, dan urusan hal perkahwinan daripada ibu bapa mereka.
Text
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid disleksia : kajian kes di sebuah pusat disleksia
Abstrak
Murid-murid disleksia merupakan individu yang mengalami kesukaran dalam penguasaan membaca dan menulis. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid disleksia mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik di sekolah. Kajian kes ini bertujuan untuk membuat pengenalpastian jenis-jenis disleksia, menganalisis tahap penguasaan 2M murid-murid disleksia, dan menghuraikan strategi pengajaran kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang efektif yang digunakan oleh guru. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah memilih tiga orang subjek kajian yang berumur 10 dan 11 tahun untuk menjawab persoalan kajian. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan data. Borang portfolio digunakan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang keluarga, aspek tingkah laku, dan ciri-ciri fizikal. Borang soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pembelajaran murid-murid disleksia ketika di dalam kelas. Teori Pembelajaran Instruksi Gagne (1985) telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil ketiga-tiga ujian diagnostik mendapati bahawa M1 dan M2 tidak dapat menguasai ujian yang diberikan seperti tidak dapat membuat perbezaan huruf yang dilihat, tidak dapat membatangkan suku kata, tidak dapat menulis perkataan yang disebut, dan sebagainya, manakala M3 dapat menguasai kemahiran 2M hasil daripada strategi pengajaran yang efektif di pusat berkenaan. Secara am, murid-murid disleksia yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia memerlukan strategi pengajaran kemahiran membaca dan menulis yang efektif supaya dapat mengatasi masalah dalam aspek pembelajaran.
Text
Kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak austisme
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. Seramai lapan orang subjek kajian, iaitu lima orang lelaki dan tiga orang perempuan yang bersekolah di daerah Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Subjek-subjek kajian tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (7 hingga 12 tahun) dan Kategori B (13 hingga 17 tahun). Pengkaji membuat kajian tentang kecelaruan bahasa ini dari aspek bahasa ekspresif dan bahasa reseptif. Bahasa ckspresif adalah output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan atau khendak. Bahasa reseptif pula adalah input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Dalam kajian tentang bahasa ekspresif, pengkaji telah menghuraikan bahasa ekspresif kanak-kanak autisme dari aspek pembentukan dan penggolongan kata dan pembinaan ayat. Dalam analisis tentang bahasa reseptif pula, pengkaji telah menganalisis bahasa reseptif kanak-kanak autisme daripada aspek mendengar, kefahaman, dan tulisan. Kemudian, pengkaji juga telah menggunakan teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) sebagai teori utama dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme bermasalah dalam bahasa ckspresif dan reseptif. Dapatan kajian tentang bahasa ekspresif menunjukkan kanak kanak autisme bermasalah dalam membentuk perkataan, tidak menguasai tatabahasa, kurang kosa kata, dan lemah membina ayat. Dapatan kajian tentang bahasa reseptif pula. subjek kajian didapati sukar memahami arahan secara langsung, kurang fokus kepada perkara yang didengari, gagal mempamerkan bahasa bukan verbal yang betul, dan bermasalah dalam menulis huruf. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak autisme. Semua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan sokongan kepada kanak-kanak autisme agar mereka mendapat tempat dalam masyarakat.
Text
Analisis komponen makna kata-kata dan ungkapan penilaian juri dalam rancangan realiti televisyen (RRT)
Abstrak
Kajian ini menghuraikan penggunaan perkataan dan ungkapan penilaian yang digunakan oleh juri dalam beberapa rancangan realiti televisyen dengan pendekatan pragmalinguistik. Pragmalinguistik ialah cabang pragmatik yang mengkaji aspek leksikal dan nahu bahasa untuk melihat keberkesanan penggunaannya dalam pelbagai konteks. Kajian ini memanfaatkan pendekatan Teori Medan Makna (TMM) dan Analisis Komponen Makna (AKM). Berdasarkan pendekatan TMM, penilaian juri dilihat dai aspek kata-kata dan ungkapan untuk persembahan yang memuaskan, kata-kata dan ungkapan untuk persembahan yang lemah dan kata-kata dan ungkapan saranan. AKM pula diterapkan untuk mengenal pasti ciri-ciri bagi kata-kata dan ungkapan yang termasuk dalam domain penilaian yang sama. Secara umum, perkataan dan ungkapan penilaian banyak menggunakan kata sifat, diikuti kata kerja dan kata nama. Kajian juga mengenal pasti pelbagai kata-kata dan ungkapan telah digunakan oleh para juri mengikut konteks untuk menyatakan mesej penilaian yang efisien. Hasil kajian turut membuktikan kemampuan dan kedinamikan bahasa Melayu khususnya sebagai bahasa penilaian juri dalam program RRT.
Text
Novel urih pesisir : kajian pascakolonial
Abstrak
Seiring dengan perkembangannya, teori pascakolonial mempunyai ruang lingkup yang luas dan banyak diaplikasikan ke dalam pelbagai bentuk genre termasuk teks kesusasteraan. Dalam konteks ini, aplikasi konsep pascakolonial bukan sahaja berpusat pada isu kuasa dan kekuasaan tetapi juga dilihat secara holistik menerusi perspektif sejarah dan pemikiran penulis. Dengan meneliti beberapa konsep utama seperti wacana kolonial, hegemoni, eurosentrik, ambivalens, mimikri, mockery dan lainnya. Kajian ini meneliti aplikasi teori pascakolonial dalam novel terkemuka di Asia Tenggara iaitu novel Urih Pesisir (1999) karya Muslim Burmat dan bagaimana ia memanifestasikan pergolakan serta kelangsungan hidup berbangsa dalam pertembungan kuasa pusat (Barat) dan kuasa pusat peribumi (Timur). Antara dapatan penting kajian ini ia berupaya melihat sifat, ideologi dan agenda kolonial terhadap masyarakat peribumi. Kajian ini juga turut memperlihatkan kesan daripada proses hegemoni, ambivalens, mimikri dan mockery di antara dua kuasa yang terlibat.
Text
Pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia : kajian kes pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Kajian ini adalah untuk mengkaji pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian kursus multimedia dalam kalangan pelajar tahun 1 Universiti Pendidikan Sultan ldris. Perisian kursus imbuhan bahasa Melayu yang direka bentuk menggunakan Teori Pembelajaran Gagne. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen, iaitu kumpulan eksperimen yang mengaplikasikan bahan multimedia manakala kumpulan kawalan menggunakan bahan manual dalam sesi pembelajaran. Seramai 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir. Dapatan kajian daripada perbezaan skor min ujian awal dan ujian akhir dalam kumpulan eksperimen ialah 22.33 peratus lebih tinggi daripada kumpulan kawalan ialah 22.10 peratus sahaja. Implikasi kajian menunjukkan pembelajaran berbantukan perisian kursus multimedia membantu meningkatkan pemahaman imbuhan bahasa Melayu dalam kalangan subjek kajian.
Text
Analisis campur kod dalam program radio di Singapura
Abstrak
Sosiolinguistik merujuk kepada kajian terhadap bahasa, atau variasi-variasi bahasa dalam hubungan dengan masyarakat. Individu-individu yang hidup dalam masyarakat dwibahasa lazimnya fasih menggunakan lebih daripada satu bahasa dalam kehidupan seharian mereka. Kajian yang bersifat sosiolinguistik ini berkaitan dengan penggunaan campur kod bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam program radio Singapura. Pengkaji menggunakan teori Interactional Sociolinguistics, atau Sosiolinguistik Interaksional yang dipelopori Gumperz (1982). Kajian ini dijalankan ke atas dua orang pengacara radio. Korpus kajian merupakan transkrip perbualan para pengacara radio dalam rancangan masing-m¡sing. Dalam kajian ini, pengkaji mengenal pasti bentuk bentuk campur kod yang wujud dalam data kajian. Selain itu, pengkaji juga menganalisis fungsi-fungsi campur kod yang wujud serta faktor-faktor yang menyebabkan campur kod tersebut wujud dalam transkrip pertuturan.
Text
Dunia Melayu And The Sri Lankan Malays
The concept of a larger Malay World, is not something of a recent origin. On the contrary new geographical names given to countries in the Malay Archipelago subsequent to the success of national freedom movements have...
Text
Perbandingan komposisi motif antara songket Terengganu dengan tenunan Pithambaram di Kanchipuram
Abstrak
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai industri kraftangan, antaranya jalah industri tenunan. Walau pun terdapat pelbagai tenunan, industri kain songket dianggap istimewa kerana penggunaan kain songket sebagai persalinan diraja sejak turun-temurun dan busana rasmi untuk majlis-majlis berprestij tinggi oleh masyarakat Melayu. Kain songket keluaran negeri Terengganu amat diminati ramai kerana kehalusan seni tenunannya. Masyarakat India Selatan juga mempunyai tradisi pemakaian kain tenunan yang menyerupai kain songket Terengganu yang dikenali sebagai pithambaram, yang membawa maksud kain emas' , kerana kain tenunan ini mengunakan benang emas asli untuk menyungkit motif tenunannya. Kanchipuram merupakan sebuah bandar tenunan yang sangat mahsyur di India Selatan yang menghasilkan kain pithambaram berupa sari dan kain ela yang digunakan sebagai busana tradisional India Selatan. Motif merupakan asas kepada tenunan yang menggunakan benang emas seperti tenunan kain songket dan pithambaram. Motif-motif di kedua-dua lokasi kajian didokumentasikan agar pembaca dapat melihat persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua motif tenunan. Penyelidik mengkaji persamaan yang terdapat dalam kedua-dua motif tenunan dan penggunaan motif dalam reka letak pada struktur kain tenunan. Kerangka teoritis yang digunakan ialah teori "Rupa dan Jiwa" yang dikemukakan oleh Syed Ahmad Jamal. Dapatan kajian dianalisis untuk menunjukkan perbandingan antara tenunan Terengganu dan Kanchipuram. Hasil kajian ini dipercayai dapat membantu penkaji seni tenunan Melayu dan India untuk meluaskan pengetahuan mengenai motif dan penggunaannya dalam penghasilan tenunan songket dan pithambaram.
Text
Dunia berjodoh dalam pantun Peranakan Baba Melaka
Abstrak
Dunia Berjodoh dikaji dalam pantun Peranakan Baba Melaka dalam aspek dalaman dan luaran dengan memperlihatkan aspek estetika dan nilai keindahan dalam pantunnya.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre pantun sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana tempatan iaitu Profesor Muhammad Haji Salleh.Pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetika dan nilai keindahan melalui prinsip yang dikemukakan iaitu Dunia Berjodoh dalam Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dalam pantun Peranakan Baba Melaka.Kajian perpustakaan meneliti maklumat berbentuk tulisan ilmiah kajian, majalah, jurnal dan buku buku rujukan cuba dilakukan dengan berkunjung ke Perpustakaan Negara, Perpustakaan Utama Universiti Malaya,Perpustakaan Peingatan Za'ba Universiti Malaya, Sanggar Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, di Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang di Universiti Kebangasaan Malaysia, Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negeri daerah Gombak untuk mendapatkan sumber-sumber maklumat majalah dan akhbar yang memuatkan bahan tulisan dan pantun-pantun Peranakan Baba Melaka dan juga tentang latar belakang masyarakat Peranakan Baba Melaka. Kajian berkaitan nilai, pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Peranakan Baba Melaka menjadi perhatian pengkaji juga.Gaya hidup harian yang diamalkan oleh masyarakat Peranakan Baba Melaka dalam kehidupan seharian, dalam berhibur, majlis perkahwinan dan dalam pemikiran mereka yang dicatat melalui kepengarangan pantun-pantun mereka yang seakan sama dengan pantun masyarakat Melayu dalam mendodoi anak sewaktu hendak tidur, berbalas pantun semasa majlis perkahwinan, pesta, majlis hari jadi dan majlis perpisahan. Dalam pantun-pantun yang disampaikan mengganmbarkan mereka menerapkan nilai budaya masyarkat Melayu.Masyarakat Melayu pada zaman tersebut yang belum beragama Islam.Agama dan kepercayaan orang Melayu dijadikan panduan kepada mereka walaupun pada hakikat sebenarnya mereka tidak mengamalkan dan menganut agama tersebut.Pengkaji mendapati bahawa Dunia Berjodoh bersesuaian kias ibarat hidup dunia alam dan dunia manusia silang rujukan di antaranya. Permikiran masyarakat Peranakan Baba Melaka amat sesuai berhubung dengan pemikiran masyarakat Melayu yang mereka saling berhubungan.
Text
Institusi Kekeluargaan di Malaysia : Arah Mana Hala Tujuannya?
Perbahasan tentang bentuk keluarga tradisi yang mempunyai kelebihan dari segi hubungan yang lebih erat dan kawalan sosial yang lebih ketat berbanding keluarga moden yang memperlihatkan hubungan lebih intim sesama anggota...
Text
Persetiaan Melayu-Bugis dalam sejarah kerajaan Johor-Pahang, Riau dan Lingga
Kerajaan Johor diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Melaka dengan Tun Fatimah binti Bendahara Tun Mutahir pada 1528. Ketika menduduki takhta kerajaan Johor baginda memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah...
Text
Perbilangan adat : satu penilaian hasil penyelidikan
Penyelidikan amat penting peranannya dalam proses pembangunan manusia dan memperkaya sumber kebenaran serta keilmuan. Ia menjadi input utama kepada sebarang cadangan praktis ke atas penyambung, penyesuaian, perubahan struktur...
Text
Membina bangsa Malaysia dari perspektif Sarawak
Kertas ini adaian bertujuan untuk membincang dan berkongsi pandangan dan idea dalam usaha kita membina Bangsa Malaysia di negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama...
Text
Nilai dan amalan keibubapaan dalam masyarakat : dulu dan kini
Bidang keibubapaan dan asuhan anak telah menimbulkan minat yang tinggi dalam hampir semua disiplin sains tingkahlaku...
Text
Tajau dan peranannya dalam budaya masyarakat Murut di Tenom, Sabah
Masyarakat Murt adalah salah satu daripada kelompok masyarakat traditional Sabah. Juga dikenali sebagai ''The head hunter of Borneo''. Masyarakat ini merupakan golongan yang paling akhir meninggalkan adat memburu kepala...
Text
Nilai-nilai melayu dalam pendidikan
Kertas ini hasil sedikit usaha melayari dokumentasi lama dalam pustaka Melayu berhubung dengan sikap, pandangan dan falsafah hidup orang Melayu berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengajian...
Text
Ekonomi masyarakat melayu 1951-1955 : rida satu analisis pembentukan dasar ekonomi melayu sebelum merdeka
Perbincangan mengenai ekonomi masyarakat melayu sebelum mederka tidak banyak diketahui umum. Ini kerana penumpuan lebih banyak dibuat mengenai kegiatanpolitik dan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri...
Text
Dari waad kepada raja berpelembangaan sendi pemerintahan negara Malaysia
Gagasan susudan pemerintah Melayu dapat diamati telah berkembang melalui suatu kontinum dalam tiga tahap; (i) penempatan lokal dalam perkampungan lembah sungai diketuai oleh Demang atau Penghulu,...
Text
Hikayat Ahmad Muhammad: Naskhah popular pada zamannya
Hikayat yang memandu masyarakat dari kanta agama, moral dan pendidikan serta menyuburkan warisan sejarah dan budaya Melayu yang harus dikekalkan.
Text
Tokoh-tokoh penyalin manuskrip kitab dari Semenanjung Tanah Melayu
Manuskrip kitab dari Semenanjung Tanah Melayu banyak dilahirkan oleh pengarang yang diteruskan karangan mereka oleh penyalin bagi tujuan memperkaya dan mempersebarluaskan versi salinan kitab agar mudah ditelaah oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Text
Penyelidikan mengenai Islam dalam kebudayaan Melayu/Indonesia
Penyelidikan ini mencakupi konteks kesusasteraan, konteks zaman penjajahan dan pasca-kolonial yang berasaskan kajian oleh golongan orientalis.
Text
Nagarakertagama
Sebuah teks yang menghujahkan sejarah kerajaan Majapahit yang menggulungi ruang lingkup perundangan, agama dan pemerintah dalam kerajaan tersebut.
Text
Filologi Melayu: Latarbelakang dan sejarah perkembangan awalnya
Penghayatan ilmu filologi sebagai asas rujukan sesebuah kisah silam dalam memahami ruang lingkup adat, perundangan mahupun budaya masyarakat Melayu. Ilmu filologi juga mempunyai fungsi sandaran dalam meneliti ruang ilmu yang lain.
Text
Prof. A. Teeuw
Perjalanan Prof. A. Teeuw dalam penyelidikan dunia literasi di Indonesia dan Dunia Melayu serta sumbangannya dalam menggagaskan Indonesia moden dalam konteks akademik.
Text
Penghijrahan Po Ci Bri mengikut manuskrip Cam
Catatan perjalanan Po Ci Bri yang mempunyai kesahihannya melalui kandungan manuskrip Cam yang menceritakan pelbagai peristiwa sepanjang perjalanan dari satu tempat ke tempat baharu.
Text
Masalah menentukan syair-syair dari Penyengat
Mengenal pasti syair dari Penyengat melalui identifikasi pengkarya, pengumpul naskhah, penyusun katalog dan keterangan penyelidik.
Text
Analisis wacana ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda negara
Abstrak
Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks capan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada khalayak. Berdasarkan unsur struktur teks, pewacana lebih tertumpu pada struktur generik makluman dan tindakan. Penekanan pada struktur generik ini, khususnya struktur generik tindakan, menunjukkan bahawa tertanam ideologi kepimpinan partisipasi dalam pentadbiran yang diterajuinya. Hal ini secara tidak langsung menjadi medium 'promosi diri' pewacana. Bagi aspek tautan pula, pewacana lebih banyak memanfaatkan tautan penghubung tambahan kerana pewacana yang masih baharu memegang jawata Perdana Menteri Malaysia Keenam. Oleh itu beliau perlu memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Penggunaan tautan rujukan saya atau kita dalam ucapan pula menunjukkan bahawa pewacana mahu mempamerkan keakrabannya dengan khalayak. Malahan, kata ganti saya dan kita juga digunakan secara berulang bagi menonjolkan diri pewacana. Promosi diri' juga dapat dilihat daripada unsur nahu, iaitu melalui transitiviti, rema dan modaliti. Frasa nama saya, kerajaan atau pihak kerajaan, dan kita yang kerap digunakan sebagai subjek dilihat menonjolkan diri pewacana. Corak kepimpinan yang ingin dibawa oleh pewacana kemudiannya dizahirkan pada struktur rema, yakni bagi menyampaikan maklumat baharu. Selain itu, dominasi modaliti aspek dalam ucapan dilihat mempunyai hubung kait dengan komitmen pewacana. Aspek leksikalisasi pula dilihat daripada unsur kata alternatif dan metafora. Kata alternatif telalh dimanfaatkan bagi mempamerkan ciri-ciri pemimpin yang bertanggungjawab, berjiwa rakyat, dan adil, manakala leksikal alternatif berkaitan 'usang' dan 'baik pulih memperhebatkan lagi 'promosi diri' terhadap permulaan pentadbirannya. Metafora perbuatan dan metafora air yang ditemui juga menyerlahkan lagi keprihatinan pewacana. Kombinasi daripada unsur struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi membuktikan bahawa pewacana mahu mempamerkan dirinya sebagai 'pemimpin berjiwa rakyat' dengan mengamalkan kepimpinan partisipasi.
Text
Semiosis tanpa had : analisis flora dalam pantun
Abstrak
Penggunaan ikon flora merupakan perkara yang lumrah dalam pembentukan pantun. Masyarkat melayu tradisional memang hidup dalam keadaan harmonis dengan alam, hingga mereka mengganggap alam sebagai "guru' dalam mengharungi kehidupan seharian. Walaupun sudah banyak kajian yang menyentuh tentang bentuk dan fungsi pantun, fungsi penggunaan ikon dalamn pantun sebagai pencetus interpretasi-interpretasi yang khusus dalam minda khalayak atau pendengar pantun masih belum diterokai. Hal ini mungkin berlaku kerana para sarjana tidak memahami sepenuhnya fungsi setiap ikon yang digunakan bagi mewujudkan makna khusus dalam sescbuah pantun. Oleh itu, pencinta pantun zaman ini terlalu mementingkan rima dan ritma dalam pembentukan pantun dan bukan pemilihan ikon; walhal interpretasi-interpretasi daripada ikon-ikon tersebutlah yang memberi maksud sebenar pantun bagi setiap penutur dan pendengarnya. Disertasi ini merupakan usaha untuk mengenal pasti ikon-ikon flora yang digunakan dalam pantun serta fungsinya melalui analisis data primer dan sekunder. Setiap ikon yang digunakan dalam pantun merupakan representamen bagi sesuatu makna yang dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat, sesuai dengan pemahaman kosmologi mereka. Proses mencerakin makna dalam pantun dapat dilihat dengan jelas melalui penggunaan Semiosis Tanpa Had (STH), yang merupakan lanjutan teori semiotik aliran C.S.Peirce (1839-1914) berdasarkan Model Triadik Tanda (MTT). Dalam kajian ini, didapati ikon flora memainkan peranan yang amat dinamis dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ciri dinamis ini membolehkan pemantun menghasilkan ungkapan-ungkapan yang dapat diinterpretasi sepenuhnya berdasarkan pengalaman peribadi khalayak; walaupun pantun itu sebenarnya bersifat umum. Rentetan proses interpretasi yang berlaku dalam sfera kognitif khalayak dapat dirungkai dan sekaligus memberi persepsi yang baharu dan jelas tentang intelck dalam kesempurnaan mereka berbahasa.
Text
Peralihan ekonomi sara diri ke ekonomi pasaran dalam masyarakat Bonggi, Sabah
Abstrak
Disertasi ini memfokus kepada orang Bonggi di Pulau Banggi, Sabah dan membincangkan peralihan dari ekonomi sara diri kepada ekonomi pasaran dalam kalangan mereka. Perkara yang dibincangkan dalam disertasi ini meliputi aspek kegiatan ekonomi tradisional orang Bonggi yang bersifat sara diri dan bagaimana peralihan kepada ekonomi pasaran berlaku. Antara aspek utama yang dibincangkan ialah jenis-jenis kegiatan ekonomi tradisional dan ciri-ciri ekonomi sara diri mereka, kegiatan-kegiatan ekonomi baharu yang berorientasikan pendapatan berbentuk wang dalam kalangan mereka, hasil pengeluaran mereka, teknologi dan kaedah yang digunakan, sumber tenaga kerja, dan aspek penyebaran hasil pengeluaran mereka. Turut dibincangkan dalam disertasi ini ialah kesan pembangunan sosioekonomi di Pulau Banggi terhadap kegiatan ekonomi orang Bonggi, penyesuaian yang berlaku dalam kegiatan ekonomi tradisional mereka, dan keadaan peralihan dari ekonomi sara diri kepada ekonomi pasaran dalam kalangan mereka.
Text
Melayu baru mengisi impian melayu baru dengan kesedaran baru dan hati nurani baru
Perubahan sains, teknologi dan ekonomi menghadapi kita dengan kenyataan (realiti) baru. Untuk menangani perubahan dan cabaran masa depan, masyarakat Melayu harus berubahan dengan fikiran dan kesedaran baru...
Text
Biografi Rosnani Jamil sebagai karyawan filem sepanjang dalam industri perfileman Malaysia
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan tentang karyawan filem iaitu, Rosnani Jamil dalam bidang perfileman Malaysia. Objektif kajian ini tertumpu pada latar belakang awal penglibatan seni Rosnani dalam Industri Perfileman Melayu, pengkaji juga turut meneliti sumbangan beliau sebagai anak seni yang serba boleh dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air. Hasil dari penelitian turut dianalisis sebagai proses pendokumentasian mengenai penglibatan Rosnani sebagai Karyawan Filem Sepanjang Zaman. Kaedah kajian yang dilakukan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah lapangan melalui sesi temuramah tokoh yang dikaji. Pengkaji juga turut melakukan pengukuhan kaedah kepustakaan bagi membantu mengukuhkan sumber sumber maklumat hasil dari temuramah., Hasil dari kajian yang telah dilakukan, pengkaji berpendapat, kesungguhan dan ketekunan beliau dalam menimba ilmu sebagai anak seni menjadikan beliau sebagai anak seni yang serba boleh. Bermula sebagai seorang pelakon filem, beliau mula mengorak langkah sebagai artis pengalih suara bagi filem-filem luar negara, berlakon dalam drama radio dan juga televisyen. Beliau seterusnya mengukuhkan kerjaya beliau sebagai penulis skrip di samping berpeluang menjadi seorang pengarah dan juga penerbit dalam Industri Perfileman Malaysia. Cabaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh Rosnani sebagai anak seni sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan suasana yang berlaku dalam industri perfileman dari era Studio Jalan Ampas sehingga kini kepada generasi akan datang. Sumbangan beliau sebagai Karyawan Filem Malaysia Sepanjang Zaman dalam kajian ini mampu didokumentasikan sebagai satu lagi karya beliau yang mampu memberi manfaat kepada pembaca di samping menjadi karya warisan bangsa yang sangat tinggi nilainya untuk Industri Perfileman Malaysia.
Text
Novel panggil aku Melaju : analisis psikologi watak dan pengarang
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian psikologi yang menggunakan novel Panggil Aku Melaju (PAM) Oleh Rahmat Haroun Hashim (2008) sebagai teks utama. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih novel ini untuk menganalisis mengenai kejiwaan watak-watak dan psikologi pengarang dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. Novel ini memperlihatkan elemen-elemen psikologi di dalamnya dan menjadikan novel ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian. Masalah kejiwaan ini dilihat menerusi tindakan atau aksi watak, punca yang menyebabkan kejiwaan kepada watak dan penyelesaiannya. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti psikologi pengarang menerusi dialog oleh watak-watak, tindakan watak-watak dan deskripsinya (mekanisme helah bela diri). Novel ini merupakan novel psikologi kerana berkisarkan mengenai pesakit-pesakit jiwa di Institut Mental Negara (IMN) dan ketidakpuasan hati pengarang terhadap tindakan kerajaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Novel ini merupakan sebuah novel hasil ciptaan kreatif yang penuh dengan keintelektualan pengarang. Pengarang berjaya mengetengahkan pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai konflik kejiwaan menerusi watak-wataknya sehingga menghasilkan sebuah novel yang cukup menarik untuk dikaji. Kajian kepustakaan, wawancara dan sumber internet menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat penting yang berkaitan. Kajian ini sangat penting sebagai rujukan mengenai teori psikoanalisis dan merupakan tambahan idea-idea baru yang ingin disampaikan.
Text
Budaya dan bahasa kiasan
Dalam kertas kerja ini saya akan membincangkan perkaitan antara budaya dengan bahasa kiasan, khususnya dengan melihat faktor-faktor yang mengaitkan budaya dengan bahasa kiasan (yang menjhadi inti perbincangan seminar ini)...
Text
Dari 'Pengajian Melayu' ke 'Pengajian Tamadun Bangsa Melayu' : Pemerkasaan dan Pengantarabangsaannya
Saya sebenarnya tidak berapa sedap untuk menggunakan perkataan seperti 'perkasa' dan 'martabat' untuk benda-benda yang tidak bernyawa seperti, misalnya bahasa Melayu atau bidang ilmu yang disebut 'Pengajian Melayu'...
Text
Manuskrip Melayu dari Kelantan: Satu tinjauan awal
Catatan manuskrip dan hikayat Melayu yang berada di Kelantan sejak berdekad-dekad. Manuskrip dan hikayat ini terkandung intipati pengajaran mahupun pandu urus dan teladan buat tatapan masyarakat.
Text
Filologi
Koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu di Library of Congress, Amerika Syarikat
Penemuan koleksi manuskrip dan buku nadir Melayu. Koleksi-koleksi yang menyingkap sejarah Melayu lampau melalui simpanan percetakan terdahulu.
Text
Filologi
Aksara dan batu bersurat Melayu kuno
Penulisan evolusi penggunaan aksara Melayu kuno. Perkembangan aksara Melayu kuno meliputi sejarah sesuatu zaman yang terkandung di dalam penemuan-penemuan artifak seperti batu bersurat.
Text
Kajian formalistik, tema dan estetika arca kaca Raja Azhar Idris
Abstrak
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap arca kaca yang dihasilkan oleh Raja Azhar ldris. Beberapa arca yang telah dipilih akan dianalisis dari segi formalistik menggunakan pendekatan ikonografi seperti yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky. Pendekatan ini mempunyai tiga tahap makna; walau bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan pendekatan pada tahap pertama (analisis pra-ikonografi) dan kedua (analisis ikonografi) sahaja, tidak termasuk pada tahap ketiga (interpretasi ikonografi). Sebagai tambahan, arca-arca ini juga akan dilihat dan dianalisis dari aspek ciri-ciri estetikanya mengikut konsep seni Melayu seperti yang digariskan oleh Zakaria Ali (1989). Raja Azhar Idris dan hasil karya seni beliau telah dipilih sebagai korpus kajian kerana melihat penggunaan kaca merupakan antara bahan yang unik dalam seni pembuatan arca. Raja Azhar ldris juga merupakan antara seniman yang memartabatkan identiti seni batik sebagai warisan kebudayaan Malaysia melalui penggabungan seni kontemporari dengan seni Melayu. Hasil kajian ini tertumpu kepada beberapa aspek luaran karya seperti elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni bagi kelima-lima sampel analisis. Bahan dokumentasi dalam bentuk buku bertajuk "Fragility..Versatility" (2006) juga telah dianalisis secara keseluruhan kandungan dan digunakan sebagai rujukan dalam proses analisis formalistik. Melalui dekorasi sampel, pengkaji telah mengenal pasti beberapa jenis tema yang diterapkan dalam sampel-sampel tersebut, iaitu batik dan kosmologi. Uniknya, corak batik ini mampu diadaptasikan ke atas media lain seperti kaca. Pengkaji meletakkan motif abstrak di bavwah tema kosmologi kerana menganggap corak atau motif abstrak itu berkait dengan alam semula jadi dan lebih mementingkan aspek simbol, bentuk dan warna. Selain itu, beberapa sampel karya seni Raja Azhar Idris juga dikenal pasti menepati sebahagian besar daripada nilai-nilai estetika (keindahan) yang telah disenaraikan. Secara keseluruhannya, kajian ini saling berkait antara nilai-nilai keindahan dan budaya dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu.
Text
Pantun Melayu : analisis ayat majmuk bahasa Melayu
Abstrak
Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Pantun dicipta bertujuan untuk membicarakan budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan, dan sebagainya. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun dikatakan kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Perbincangan ini hanya menumpukan perhatian kepada aspek ayat majmuk bahasa Melayu yang terdapat dalam pantun. Proses-proses transformasi yang terlibat seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula dalam menerbitkan ayat majmuk bahasa Melayu. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Text
Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah
Abtrak
Disertasi ini merupakan kajian yang meninjau Subdialek Baling yang dituturkan di Daerah Baling, Kedah, Malaysia. Subdialek Baling merupakan salah satu subdialek atau pecahan dari Dialek Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti fonem vang hadir dalam Subdialek Baling dan penyebarannya. Berdasarkan metodologi kajian, kajian ke atas Subdialek Baling menggunakan kaedah penyelidikan lapangan dengan pendekatan huluan. Data kajian Subdialek Baling diperoleh melalui bahan lisan di kampung-kampung yang terpilih. Pemerhatian terhadap aspek fonologi dalam Subdialek Baling melibatkan kajian secara deskriptif, dilakukan terhadap sistem vokal dan sistem konsonan. Kajian juga turut memberi perhatian terhadap rangkap konsonan yang hadir dalam Subdialek Baling. Setiap fonem vokal dan konsonan akan ditentukan berdasarkan penyebaran dan kelainan yang hadir dalam subdialek ini. Kajian ini menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Kenneth Lee Pike dan antara prosedur yang dikemukakan adalah berdasarkan daerah sebutan, cara sebutan dan kelainan atau variasi. Seterusnya secara tidak langsung kajian ini memperlihatkan adanya pengaruh dari dialek Patani dan dialek Perak yang bersempadanan dengan daerah Baling. Keadaan ini juga turut memberikan kepelbagaian dan ciri-ciri fonologi Subdialek Baling. Walau bagaimanapun, hasil dapatan daripada kajian fonologi ini menunjukkan bahav Subdialek Baling masih mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran dengan dialek Kedah, termasuklah dialek-dialek utara yang lain.
Text
Struktur frasa bahasa orang asli Duano
Abstrak
Kaijan ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan pendekatan struktural. Frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Orang Asli Duano adalah Frasa Namaan, Kerja, Adjektif dan Adverba. Frasa didefinisikan sebagai satu struktur yang terdiri sekurang-kurangnya dua kata. Seterusnya, tiap-tiap golongan yang telah dikenal pasti itu dianalisis berdasarkan penjenisan kepada frasa selapis dan kompleks. Berdasarkan distribusi dalam frasa, maka frasa selapis dibahagikan kepada frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa kompleks pula dibahagikan kepada frasa kompleks setara dan frasa kompleks tak setara. Sama seperti frasa selapis, penggolongan bagi frasa kompleks setara dan tak setara ini bergantung kepada pengisiannya. Frasa komnpleks setara juga dibentuk dengan menggunakan kaedah parataksis tanpa kata hubung atau dengan kata hubung setara. Seterusnya, frasa kompleks tak setara pula terdiri daripada dua atau lebih frasa yang dilapiskan dan salah satu frasa akan berfungsi dalam frasa yang lebih besar darinya. Pada amnya, susunan unsur adalah Inti + Keterangan, tetapi bagi Frasa Adjektif, terdapat juga Keterangan t Inti. Selain itu, jumlah frasa eksosentrik jauh lebih kecil daripada frasa endosentrik. Namun, bagi Frasa Adverba didapati sebahagian besar binaannya adalah frasa eksosentrik yang terdiri daripada Preposisi + Kata Penuh (dalam hal ini, Kata Penuh merupakan Kata Namaan).
Text
Gaya dan tema dalam dua komik Malaysia
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya dan tema dalam komik kategori novel grafik, iaitu Mat Som (1989) karya Dato' Lat dan Misi 8A (2010) oleh Afiq dan Nazry, di samping mengkaji faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi pembentukannya. Komik Mat Som mewakili novel grafik Melayu di Malaysia yang muncul pada era 1980-an, sementara novel grafik bagi era 2000 diwakili oleh komik Misi 84. Kedua-dua judul komik tersebut dikaji menggunakan metodologi kualitatif dan merupakan kajian perbandingan. Analisis dilakukan menggunakan pendekatan ikonografi yang diperkenalkan oleh Erwin Pano fsky bagi meneliti dan menilai bentuk dan makna dalam karya komik terpilih. Walau bagaimanapun, pendekatan Pano fsky yang digunakan dalam analisis hanya terhad kepada elemen-elemen seni, bahan, teknik dan tema. Bagi menganalisis bentuk dan makna dalam seni bersekuen seperti panel, belon dialog, onomatopia, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan simbol, pendekatan memahami tatabahasa visual komik yang dikemukakan oleh Scott McCloud dan Will Eisner turut digunakan. Sebagai pelukis komik yang prolifik, Lat menjelmakan nilai nilai kemelayuan dalam komik Mat Som bukan sahaja dari aspek pemaparan visual, tetapi juga penyampaian tema isu kemasyarakatan yang secara sindiran halus dan berlapis, namun bermakna. Sinergi gaya iaitu penggabungan gaya komik Jepun (manga) bagi pengolahan komposisi dengan subjek tempatan dilakukan oleh pelukis komik Misi 8A. Secara tidak langsung ia memperlihatkan gaya pluralisme dalam komik Melayu di Malaysia pada era 2000. Pengalaman peribadi merupakan faktor utama yang mempengaruhi permbentukan gaya dan tema dalam komik Mat Som dan Misi 84. Pengalaman pengkarya dirakam dalam plot penceritaan, pengolahan watak dan perwatakan serta latar tempat dan masa, sekaligus mencerminkan identiti dan era pelukis kedua-dua komik tersebut bertapak. Dasar penerbitan, pegangan agama 1siam dan budaya Melayu turut menjadi panduan bagi Lat serta Afiq dan Nazry dalam berkarya.
Text
Filologi
Filologi Melayu : Suatu pengenalan
Penulisan pengenalan bidang filologi Melayu. Perbincangan merangkumi peristilahan filologi dan sejarah kelahiran ilmu ini.
Text
Kenali Kami : Kajian terhadap gaya hidup masyarakat Orang Asli di laluan rentasan antara Tanah Rata, Cameron Highlands ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, di Banjaran Titiwangsa, Pahang
Kajian ini cuba mendedahkan secara realiti cara hidup, prestasi dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli (bumiputera) yang berada di sepanjang laluan Tanah Rata, Cameron Highlands...
Text
Konsep masa dalam bahasa dan pemikiran Melayu
Dalam bahasa Melayu asli, tidak ada perkataan yang menunjukkan masa sebagai satu konsep yang am atau menyeluruh. Perkataan masa itu sendiri berasal dari bahsa Sanskrit...
Showing 1901 to 1950 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2