Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
seni
Seni dan Kebudayaan
...2 more
"Satu Huraian Seni Tenunan Songket di Beserah, Kuantan, Pahang."
Di dalam kajian ini, pengarang cuba membuat huraian mengenai seni tenunan songket. Masalah atau aspek utama yang dihuraikan adalah berkaitan dengan 'perubahan' serta 'fungsi'. Kedua-dua aspek ini cuba dilihat dalam proses pembuatan, teknologi, pasaran dan lain-lain yang melibatkan seni tenunan songket.
Text
bilateral defence relationship
BITACG
...2 more
A study on defence cooperation between Malaysia and United States
A Malaysian Perspective
The relationship between Malaysia and United States has been going on for quite a number of years. Militarily, the relationship or cooperation has developed since 1960s. The defence cooperation between Malaysia and United States has grown into a matured and solid partnership. At present, BITACG are the links between both armed forces. This arrangement and program have and will continue to see greater cooperation and relationship between both nations. The future of this cooperation is also highlighted.
Text
pendekatan moral
pendekatan sosiologi
A. Rahim Abdullah : Kritikan pendekatan moral dan pendekatan Sosiologi dalam Dewan Sastera tahun 2000
Kritikan kesusasteraan adalah satu bidang yang menjadi tumpuan untuk dikaji. Kritikan sastera [sesuai dengan namanya kritikan] adalah kajian tentang kelemahan pemakaian teori keindahan sastera yang tertentu. Menurut Rahman Shaari, terdapat lima pendekatan yang telah dikemukakan oleh Wilbur S.Scott iaitu: pendekatan moral, pendekatan psikologi, pendekatan sosiologi, pendekatan formalistik dan pendekatan tipainduk.
Perkembangan pendekatan kritikan sastera di Malaysia sebenarnya tidak jelas. Hal ini antara lain disebabkan oleh keinginan para pengkritik untuk memberi pandnagan mengenai keseluruhan karya. Ini menyebabkan mereka menggunakan pelbagai pendekatan sekali gus.
Kritikan kesusasteraan telah memberi peluang kepada pengkritik sastera untuk mengkritik hasil karya penulis lain. Hal ini akan mendatangkan kebaikan jika kritikan itu adalah kritikan membina. Oleh itu, seseorang yang hendak mengkritik perlulah tahu dan mengerti apa yang mahu dikritiknya dan bagaimana caranya untuk mengkritik.
Text
Ahmad bin Kotot penulis sebelum perang yang jarang diperkatakan
Dalam hubungan ini perlulah disebutkan bahawa seorang pengarang sebuah novel Melayu di zaman Sebelum Perang bernama Ahmad bin Kotot telah pertama kalinya diperkenalkan secara sepintas lalu oleh Zaaba di dalam sebuah rencananya 'Recent Malay Literature' yang muncul di dalam JMBRAS Jilid XIX, Bahagian I, 1941.
Text
Melayu
Wayang Kulit
Alat-alat muzik dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan
Dalam sinopsis ini, penulis cuba menganalisis persiapan, peranan, kedudukan dan alat-alat muzik di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan. Penulis telah membahagikan alat-alat muzik tradisional ini kepada beberapa kumpulan berdasarkan sistem klasifikasi Curt Hornbostel. Dalam kajian ini, ada lapan jenis alat muzik yang dibahagikan kepada empat kumpulan penting iaitu mambranophone, ideophone, chordophone dan aerophone. Penulis juga membincankan apakah peranan dan fungsi sebenar setiap alat muzik. Pembuatan, teknik permainan dan penjagaan alat muzik serta kedudukkan setiap alat muzik ketika persembahan turut dibincangkan. Pada bahagian penutup, penulis cuba membayangkan masa depan alat-alat muzik dan pemuziknya. Beberapa pandangan dan saranan telah dikemukakan bagi mempertahankan persembahan tradisional Melayu ini dari pupus ditelan arus pemodenan.
Text
amalan
berderau
...2 more
Amalan Berderau dalam Masyarakat Melayu Kedah
Berderau dapat didefinisikan sebagai bergotong-royong, bertolong bantu dan bekerjasama. Di negeri Kedah berderau dijalankan dalam kegiatan menanam padi, kenduri perkahwinan, memugar hutan pada masa dahulu dan sebagainya.
Orang Melayu, terutama dalam masyarakat zaman tradisi ketika pengaruh-pengaruh dari Barat belum meluas, mempunyai kerja secara bergotong-royong. Sikap ini jelas kelihatan dalam pekerjaan mereka yang ada hubungannya dengan orang ramai. Di Kedah perkataan bergotong-royong itu terkenal dengan kata 'berderau'. Dalam kerja persawahan, kerja-kerja yang berat seperti menenggala, menanam dan mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan secara berderau, tetapi oleh kerana masyarakat kita juga merupakan masyarakat yang bergerak maju, kebudayaan kita juga bersifat dinamis yang menempuh perubahan-perubahan yang tidak dapat dielakkan.
Text
strategi komunikasi
teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Analisis strategi komunikasi dan teori S.P.E.A.K.I.N.G. dalam drama radio "Dimamah Usia"
Kertas projek ini mengandungi empat bab secara keseluruhannya. Bab pertama merangkumi latar belakang kajian yang terdiri daripada tujuan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, masalah kajian, kajian berkaitan serta sedikit huraian ringkas tentang konsep-konsep yang terlibat dalam perbincangan seperti peristiwa bahasa, lakuan bahasa, strategi komunikasi dan teori S.P.E.A.K.I.N.G. serta disertakan juga sinopsis drama.
Bab kedua pula memuatkan bahagian analisis teori yang terlibat dalam perbincangan kertas projek ini iaitu tentang teori Asmah Hj. Omar mengenai strategi komunikasi serta teori Dell Hymes yang membincangkan teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Bab ketiga pula adalah perbincangan tentang analisis data. Teori-teori yang telah dibincangkan dalam bab kedua diaplikasikan terhadap data-data daripada teks drama yang dipilih sebagai bahan kajian. Bahagian ini dibahagikan kepada dua iaitu analisis data yang berkaitan dengan strategi komunikasi dan satu bahagian lagi berkaitan teori S.P.E.A.K.I.N.G.
Bab terakhir iaitu bab keempat pula merupakan bahagian penutup bagi kajian ini. Kesimpulan dibuat berdasarkan dapatan hasil perbincangan yang dilakukan dalam bab-bab sebelumnya.
Text
Ancaman
Operasi ketenteraan
...1 more
Ancaman perang nuklear, biologi dan kimia ke atas Malaysia : Peranan Angkatan Tentera
Perang kimia tidak berakhir dengan tamatnya Perang Dunia Pertama. Senjata kimia digunakan lagi oleh tentera Jepun semasa menawan China dan oleh tentera Itali di Habsyah sebelum Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, senjata nuklear digunakan bagi mengakhiri Perang Dunia Kedua. Senjata bilogi dilapor pernah digunakan semasa Perang Korea, di IndoChina dan oleh ejen-ejen rahsia negara-negara Eropah Timur untuk menghapuskan pembelot yang berpaling tadah semasa perang dingin. Beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua, senjata-senjata pemusnah besar (SPB) ini masih dimaju, disimpan dan digunakan di serata dunia walau pun banyak perjanjian dan usaha dilakukan bagi mengharamkannya.
Sejarah telah membuktikan bahawa manusia bersedia menggunakan apa sahaja jenis senjata bagi memenangi sesuatu peperangan. Senjata biologi umpamanya pernah digunakan di zaman Iskandar Zulkarnaen pada tahun 353 S.M. semasa pemimpin besar ini menyerang bandar Cafea. Tentera Sparta dan Greek pernah menggunakan asap untuk mengusir musuh mereka yang berlindung di gua-gua lebih 2,000 tahun yang lampau manakala senjata nuklear walau pun hanya sekali pernah digunakan telah menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang sangat besar.
Text
animisme
pahang
Animisme di Kalangan Masyarakat Petani Padi Melayu dengan Tumpuan Khusus kepada Aktiviti Penanaman Padi di Pahang Tua
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh manakah fenomena alam atau animisme mempengaruhi orang-orang Melayu khususnya petani-petani padi dalam aktiviti ekonomi mereka. Rujukan telah dibuat secara khusus kepada kawasan pertanian padi di Pahang Tua. Dalam proses menghasilkan padi ciri-ciri animisme ditemui dalam aktiviti penerokaan tanah, waktu turun ke sawah, menurun benih padi, merabun, menuai serta kepercayaan yang berkaitan dengan semangat padi.
Text
anyaman
Melaka
Anyaman Mengkuang dan Pandan di Kampung Sempang, Merlimau Melaka
Kertas projek ini mengandungi deskripsi tentang memproses bahan mengkuang dan pandan yang diusahakan oleh wanita-wanita di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Selain dari itu adalah berkaitan alat-alat yang digunakan didalam pemerosesan di samping juga mengkaji proses-proses yang terlibat dan juga berkaitan tentang pemasaran dan pemodenan yang dilakukan oleh badan-badan tertentu dalam bidang anyaman bagi meningkatkan lagi fungsinya di dalam masyarakat moden.
Text
anyaman
brunei
...3 more
Anyaman Tekiding dari Segi Pendekatan Teori Semiotik
Sebenarnya menganyam tekiding merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat kampung terutama masyarakat Kedayan. Ia merupakan seni warisan yang dimiliki daripada nenek moyang. Oleh kerana tekiding merupakan hasil kraftangan yang tertua pada hari ini ia masih dapat bertahan. Malah telah bertukar corak mengikut peredaran masa dan zaman. Untuk mempertahankan kebudayaan Brunei khususnya dalam seni kraftangan pihak-pihak tertentu telah mengambil alih tugas penting dalam memperkenalkan identiti kebruneian ke merata dunia. Dengan itu kerajaan telah membina sebuah bangunan yang dikenali sebagai pusat kesenian dan pertukangan tangan yang terletak di pinggir sungai Brunei.
Text
ASEAN
regional security
ASEAN : External security concerns in a post cold war era
From its modest beginnings in 1967, ASEAN has come to be regarded as one of the most successful experiments in regionalism in the developing world.
ASEAN region is generally rich in natural resources which includes petroleum and agriculture products as well as other important raw materials. It is also a diverse and vitally important region in the world. Geographically, it sits astride the world's major eastwest trade routes which connect the Pacific and the Indian Oceans. Regional stability and freedom of passage through the area is therefore critical to international trade.
ASEAN regional security is determined by both the external and internal threats as well as the interconnections between them. The realm of security in ASEAN involves a wide spectrum of affairs: geo=strategic; political; economic; social; cultural and ideological. It is not solely a military matter as it usually perceived in the conventional sense.
Text
ASEAN
Cabaran
...1 more
ASEAN : Kerjasama ekonomi dan cabaran di abad ke-21
ASEAN merupakan satu rantau yang telah dikenalpasti bakal menjadi satu kuasa yang mempunyai pengaruh di dalam bidang perdagangan. Ianya juga merupakan pertubuhan yang pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya berjalan dengan lancar. Kadar pertumbuhan ekonominya kini telah menjangkau kadar di antara enam ke sepuluh peratus. Negara-negara ASEAN hidup dalam keadaan yang baik dari segi ekonominya, kesihatan yang bertambah baik dan sistem pembelajaran yang agak baik juga jika dibang=dingkan dengan negara-negara yang lain.
ASEAN ditubuhkan pada tahun 1967 kini telah berusia hampir 29 tahun telah membuktikan dengan kerjasama ekonomi yang dipupuk oleh negara-negaranya. Kini ASEAN bolehlah dikatakan satu pertubuhan yang disegani oleh negara-negara lain. Walaupun pada peringkat permulaan ianya menghadapi banyak rintangan dari segi keselamatan, batasan sempadan, curiga-mencurigai namun perkara-perkara ini telah dapat dikikiskan dengan wujudnya kerjasama erat di antara sesama sendiri.
Text
ASEAN
Kerjasama politik
ASEAN : Kerjasama politik ke arah abad ke-21
Text
ASEAN
Indonesia
...1 more
ASEAN : Pertikaian tuntutan bertindih kepulauan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di antara Malaysia dan Indonesia. Satu pendekatan ke arah penyelesaiannya
Malaysia dan Indonesia telah menerima kemerdekaan masing-masing pada tahun 1948 dan 1963 (Sabah dan Sarawak memasuki Malaysia). Kedua-dua negara tersebut telah menjadi anggota pertubuhan ASEAN semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967 bagi tujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti ekonomi, sosial, budaya, teknik, sains dan pentadbiran.
Keredaan ketegangan bilateral setelah tamatnya konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia akhirnya menjalin semula hubungan baik negara-negara ASEAN. Latar belakang pengalaman kolonialisme yang sama menyebablan negara-negara ini bersatu di bawah ASEAN untuk mendapatkan sokongan dari dunia Barat bagi mengatasi masalah keselamatan serantau. Namun demikian pada hakikat sebenarnya kedua-dua negara ini masih mempunyai isu pertindihan tuntutan ke atas Pulau Sipadan dan Pulai Ligitan yang terletak di Selat Sulawasi dalam gugusan kepulauan Borneo berhampiran Sabah. Isu pertindihan tuntutan ini telah menjadi 'duri dalam daging' hubungan Malaysia-Indonesia dan sehingga kini ia telah melalui pelbagai peringkat perbincangan di antara kedua-dua negara.
Text
ASEAN
Cambodians
...2 more
ASEAN as a regional organisation Cambodia-Vietnam relations
Throughout its pre-colonial history, Southeast Asia was heavily influenced by outside power. The region is located midway between India and China. Yet even more than external influencers, Southeast Asia historically has been scene of intense internal competition, the result of the dynamic expansion and contraction of empires and kingdoms within the region. This competition has been significant for several reasons. First, it produced deep, lasting animosities among various ethnic groups that continue to cloud foreign relations to the present time. Example, the hatred between Vietnamese and Cambodians. Second, the historical ebb and flow of the major Southeast Asian kingdoms led in many cases to the mass migration of populations. So great was migration that today more ethnic Laotians can be found in Thailand than in Laos. Shifts in population such as these are significant because they are often provide seeds of conflicts when defining contemporary borders.
Text
asimilasi
budaya
...2 more
Asimilasi Masyarakat Pakistan dengan Budaya Melayu
Kajian Kes: Wilayah Persekutuan dan Selangor
Tujuan penulisan ini ialah untuk menerangkan corak kebudayaan komuniti Pakistan di Wilayah Persekutuan dan Selangor dan mengukur sejauhmanakah mereka sebagai kelompok minoriti telah mengalami asimilasi dengan kelompok dominan iaitu masyarakat Melayu dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka dapat menerima unsur-unsur kebudayaan Melayu dalam corak hidup mereka.
Text
dikir barat
Muzik
...4 more
Awang Ikan Duyung - Seorang Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu
Awang Ikan Duyung merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam permainan dikir barat yang terkenal di Kelantan. Namanya yang sebenar ialah Encik Mohammad bin Mat San. Pada masa hayatnya, bapa Awang Ikan Duyung adalah seorang pemain dalam dikir rebana ubi. Jadi dapatlah dikatakan, bakat yang ada pada bapanya diwarisi oleh Awang. Malah ayahnya sendiri tidak menghalangnya daripada mengikut jejaknya.
Text
bahasa
iklan
Bahasa dalam Iklan
Seperti yang diketahui, matlamat iklan adalah untuk menjual dan melariskan penjualannya dengan tujuan untuk membuat keuntungan. Kaedah yang digunakan dalam iklan adlah terdiri daripada penglihatan (visual), pendengaran (aural) dan bahasa. Kesemuanya ini digabungkan dalam filem atau video. Kaedah pendengaran menggunakan lagu, gerincingan, deklamasi dan sebagainya. Daripada semua itu, bahasa merupakan unsur yang paling penting atau asas.
Text
batik
kelantan
Batik Kelantan: Perusahaan dan Corak
Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan atau mengetengahkan salah satu kawasan perusahaan batik yang utama di Kelantan iaitu Kampung Penambang. Boleh dikatakan sebilangan besar penduduk di kampung ini melibatkan diri dalam perusahaan ini. Dikatakan demikian adalah kerana Kampung Penambanglah merupakan kampung terawal ataupun perintis industri batik yang pertama di Kelantan.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberi penjelasan setiap langkah dan cara yang dibuat untuk menghasilkan batik itu. Misalnya cara untuk menghasilkan batik (cop) tidak sama dengan cara untuk menghasilkan batik conteng (lukis). Begitu juga dengan alat-alat yang digunakan, juga ada perbezaannya walaupun ada sesetengahnya menggunakan alat atau bahan yang sama.
Text
dialek
fonologi
...2 more
Beberapa ciri menarik dialek Baling dari segi fonologi dan leksikal
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat analistik, yakni kajian yang membuat analisis tentang dialek Patani-Baling dari aspek fonologi dan leksikalnya. Kajian ini meliputi aspek-aspek sistem vokal, sistem konsonan dan aspek kosa kata.
Dalam Bab 1 dibincangkan tentang latar belakang dialek di Kedah termasuk dialek Patani-Baling sebagai sub-dialek kepada dialek Kedah. Bab ini juga memuatkan tentang tujuan kajian dibuat, penyataan masalah, batasan kajian, metodologi kajian dan beberapa definisi dialek yang diberikan oleh para sarjana tempatan mahupun sarjana barat.
Bab 2 pula mengupas tentang beberapa maklumat asas daerah Baling termasuk dari segi sejarah, penduduk, aspek pendidikan dan aspek ekonomi. Bab ini dapat memperjelaskan latar belakang daerah Baling kepada umum secara sepintas lalu.
Analisis dalam Bab 3 merupakan intipati kepada kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan aspek fonologi, merangkumi sistem vokal dan konsonan yang terdapat dalam dialek Baling. Distribusi konsonan meliputi distribusi konsonan plosif, nasal dan frikatif juga dibincangkan dalam bab ini.
Bab 4 pula membincangkan aspek leksikal dan kosa kata. Aspek ini merangkumi aspek pembinaan kata satu sukukata dan pembinaan kata dua sukukata dan lebih, kata monosilabik dan apek kosa kata. Dalam aspek kosa kata, kajian ini membincangkan kata dari segi Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Bab 5 merupakan bab penutup. Dalam bab ini pengkaji cuba merangkumkan perbincangan dalam bab-bab awal dalam satu kesimpulan dan saranan yang dikumpulkan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Text
istana
masjid
...4 more
Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu: Kajian Khas pada Masjid, Rumah Tradisi dan Istana Lama di Terengganu
Kajian ini adalah berkisar tentang kesenian khususnya seni ukiran kayu Melayu tradisi. Pengkaji membincangkan tentang bentuk dan corak ukiran dan dilihat dari sudut di mana ianya mengandungi unsur-unsur perlambangan budaya masyarakat.
Text
ensembel
kelantan
...3 more
Bentuk Persembahan Ensembel Nobat Di Raja Kelantan
Nobat adalah satu orkestra instrumental kepunyaan raja serta alat kebesaran di raja yang terdapat di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Orkestra nobat ini dimainkan oleh satu kumpulan pemuzik yang khas dan dimainkan pada waktu-waktu yang tertentu setelah mendapat titah perintah raja atau sultan. Sejak zaman berzaman lagi ianya digunakan di dalam upacara dan adat istiadat yang dijalankan di istana seperti istiadat pertabalan, kelahiran putera atau puteri raja, perkahwinan dan upacara kemangkatan di raja.
Text
asal usul orang Rawa
pantang larang
...2 more
Berjojak : Ritual terpenting dalam lingkaran hidup masyarakat Rawa
Berjojak merupakan tradisi warisan masyarakat Rawa golongan Pantang Tanah. Ia adalah perkataan Rawa yang berasal dari perkataan 'jejak' iaitu menjejakkan kaki ke tanah. Bagi golongan Pantang Tanah, ritual ini dijalankan pada kali pertama bayi menjejakkan kakinya ke tanah. Ritual ini adalah satu proses yang mengiiringi proses lingkaran hidup masyarakat Melayu khususnya Melayu Rawa.
Berjojak wijud dari kepercayaan golongan Pantang Tanah ini adalah dari keturunan raja. Justeri itu, mereka harus berpantang tanah dan ritual Berjojak perlu dijalankan untuk membatalkan pantang larang yang dikenakan kepada setiap individu. Ada pihak menganggap bahawa ia adalah ritual yang banyak dipengaruhi oleh unsur- unsur semangat dan kepercayaan animisme yang fanatik.
Kepercayaan masyarakat Melayu yang lain terhadap upacara ini adalah berbagai; sebahagian golongan yang menerima dan sebahagian lagi menolaknya. Walaupun ianya dianggap menjadi amalan golongan Pantang Tanah, namun sebenarnya ia turut diamalkan oleh masyarakat Melayu lain. Perbezaannya hanyalah dari segi pengamalan, penggunaan peralatan dan kepercayaan terhadap kepercayaan tersebut.
Secara ringkasnya kajian ini dijalankan bertujuan melihat amalan ritual golongan Pantang tanah yang dianggap sebagai upacara yang terpenting dalam kehidupan mereka. Kajian ini seterusnya juga akan membincangkan mengenai kitaran atau lingkaran hidup manusia. Huraian dibuat berkisar kepad upacara-upcara yang diamalkan dalam mengiiringi proses lingkaran hidup manusia. Kajian ini tidak memfokuskan kepada proses pembesaran hidup manusia. Sebahagian kajian ini meliputi lingkaran hidup masyarakat Rawa, perlaksanaan ritual, kepercayaan serta fungsi ritual tersebut.
Text
antropologi perubatan
feminisme
...1 more
Berkhatan di kalangan wanita dari sudut antropologi perubatan : Tumpuan kajian kepada masyarakat Jawa dan Melayu sebagai satu perbandingan di daerah Sabak Bernam, Selangor
Kajian ini sebenarnya meninjau serba ringkas tentang konsep berkhatan di kalangan wanita dan juga perkaitannya dengan bidang antopologi perubatan. Pemerhatian khusus yang telah diberikan ke atas perbezaan upacara tersebut yang dilakukan ke atas dua kaum iaitu Melayu dan Jawa. Selain dari itu, ia juga mengupas serba sedikit tentang kepercayaan konsep ini dari sudut pandangan masyarakat Barat dan juga Timur. Sejauh mana ia memberikan kesan positif dan negatif kedua-dua masyarakat ini serta perspektif Barat terhadap amalan tersebut. Selain daripada melihat aspek kebaikan dan keburukannya serta hukum hakam berkhatan, pengertian dari sudut agama, perubatan moden dan juga dari sudut antropologi perubatan itu sendiri.
Di dalam kajian ini juga dilihat perkaitan antara teori-teori Barat tentang kewanitaan. Antara teori yang digunakan adalah teori Kesamaan Hak dan Taraf, Teori Feminist dan juga Teori Antropologi Perubatan.
Text
Clausewitz's on war
Korean war
...1 more
Between Sun-Tzu and Clausewitz : Asia and American Wars
This paper examine the strategic ideas of Sun Tzu and Clausewitz and find out their works that have influenced the Asia-American wars that have occurred in Asia since the end of WWII.
Sun Tzu was a famous military scientist and the one of the ablest commanders in ancient China. He wrote a book "The Art of War" which is now among the most thoughtful and comprehensive book on the strategies of war.
Since 1945, there were three Asia-American wars namely the Korean War, the Vietnam War and Gulf War where the United Nations forces applied superior strength and advanced military technology. Korean War, in which the forces if the United Nations and of the Republic of Korean fought against that the Korean and Chinese communists who were aided by the Soviet Union, Vietnam War, The United States and some 40 other countries supporting Vietnam by supplying troops and munitors.
Text
alat muzik
Bhangra
...2 more
Bhangra : Tarian kaum Sikh di Malaysia
Bhangra telah menjadi sebuah tarian yang popular di Malaysia. Sebarang pesta kebudayaan atau majlis perayaan tidak lengkap tanpa iringan tarian kaum Sikh ini. Kini, Bhangra tidak menjadi asing lagi kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai tarian yang penuh dengan aksi dan pergerakan fizikal yang hebat Bhangra telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mengenali tarian tersebut.
Kertas projek ini akan mengkaji tarian tradisional kaum Sikh di Malaysia. Tujuan unggul kajian ini adalah untuk memberi satu pengenalan kepada masyarakat majmuk di Malaysia mengenai Bhangra. Tidak terdapat banyak bahan tulisan mengenainya di Malaysia mahupun di Punjab. Mungkin selama ini tarian Bhangra hanya menjadi milik sebuah 'masyarakat tertutup' sahaja. Dua puluh tahun yang lalu Bhangra hanya ditarikan semasa majlis perkahwinan kaum Sikh. Kini kaum Sikh ingin menengahkan kebudayaan mereka dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Bhangra sudah menjadi tarian kegemaran masyarakat dan diminati orang ramai. Permintaan untuk persembahan Bhangra kian meningkat. Ia menjadi kegemaran masyarakat Sikh dan bukan Sikh. Lagu-lagu Bhangra juga dimainkan di kelab-kelab disco.
Text
bibliografi
Melayu
...2 more
Bibliografi Etnomuzikologi Melayu
Muzik tradisi Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan budaya Melayu, yang juga berperanan mendorong perkembangan budaya. Ianya adalah sebahagian dari kehidupan manusia sejagat.
Kajian mengenai muzik khususnya muzik tradisional tergolong dalam satu disiplin yang masih baharu di Malaysia yang dinamakan etnomuzikologi. Pengumpulan bahan-bahan bertulis mengenai muzik tradisi ini adalah satu cabang dari usaha-usaha ke arah memenuhi kehendak disiplin ini. Pengumpulan yang sempat dijalankan ialah melibatkan beberapa perpustakaan utama yang ada di ibukota dan beberapa tempat yang berhampiran. Bahan-bahan yang dikumpul ini dikelaskan mengikut fungsi-fungsinya. Pembahagian ini berdasarkan kertas kerja seminar di Seminar Kebangsaan Pengajian Melayu pada 23-25hb. September 1985 oleh pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu iaitu Ku Zam Zam Ku Idris dan Dr. Patricia Ann Matusky. Ia diasaskan kepada lima kategori:
1. Muzik untuk teater wayang kulit
2. Muzik tarian dan drama-tari
3. Muzik vokal untuk penceritaan
4. Muzik untuk upacara dan ritual khas
5. Muzik untuk hiburan
Text
boria
Seni dan Kebudayaan
...2 more
Biografi Seorang Tokoh Boria
Shafie Jafar
Boria adalah sejenis teater tradisional Melayu yang amat popular di negeri-negeri utara Semenanjung, khususnya di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Ia adalah suatu bentuk kesenian tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini meskipun pada dasarnya terdapat beberapa perubahan dari segi cara persembahan dan juga fungsinya di dalam masyarakat.
Boria adalah sebuah teater tradisional yang menggabungkan empat cabang seni di dalam satu persembahan. Seni tersebut ialah seni lakon atau drama, seni sastera iaitu karang-mengarang, seni suara dan juga seni tari. Terdapat dua babak dalam persembahan Boria iaitu babak lakonan dan babak nyanyian (serta tarian). Dalam babak pertama hanya melibatkan lakonan atau lawak jenaka, sementara babak kedua melibatkan nyanyian, tarian dan muzik. Kedua-dua babak ini mempunyai pertautan yang rapat serta berperanan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat dan juga pemerintah.
Text
Muzik
muzik tradisional
...3 more
Bongai
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai berbagai bentuk kesenian terutamanya dalam bidang seni muzik tradisional. Terdapat beberapa bentuk muzik tradisional yang terkenal seperti Bongai atau Rentak Kuda, Caklimpung, Tumbuk Kalang, Zikir Rebana serta Randai.
Tiap-tiap bentuk muzik ini menggunakan berbagai jenis alat muzik yang tercipta dalam masyarakat yang kuat mengamalkan adat Perpatih ini. Dalam esei panjang ini, penulis akan mengemukakan muzik tradisional Bongai atau Rentak Kuda untuk dibuat kajian.
Text
boria
tari
...2 more
Boria Jalan Hatin
Terdapat banyak kumpulan Boria yang terdapat di Pulau Pinang dan penulis telah memilih Kumpulan Boria Jalan Hatin kerana ia berdekatan dengan rumah penulis. Ini adalah satu kajian kes di mana penulis telah melihat dengan khusus terhadap cara-cara mereka mengadakan latihan, gerak tarian, kostum, sumber kewangan serta alat-alat muzik yang digunakan. Cara penulis mendapatkan maklumat ialah dengan cara temu bual dengan mereka yang berkenaan.
Text
celempong
muzik tradisional
...1 more
Celempong Muzik Tradisional Negeri Sembilan
Jikalau dipandang dari segi kajian etnomuzikologi celempong adalah tergolong dalam kategori 'idiophone'. Di dalam kumpulan ini, alat muzik diketuk atau dipukul untuk menghasilkan bunyi.
Di masa kini di seluruh Negeri Sembilan tidak ada kumpulan celempong selain kumpulan Encik Udin (informan kajian). Ini mungkin kerana pemain alat celempong telah tua dan meninggal dunia atau telah bersara. Golongan muda juga tidak berminat untuk mempelajari cara bermain celempong. Di dalam satu persembahan kumpulan celempong diantara alat muzik yang digunakan ialah:
1. Satu set celempong
2. Satu atau dua rebana
3. Satu gong
4. Satu seruling (jarang digunakan)
Text
China's New Aspiration
foreign policy
...2 more
China South Asia relations : A strategic out look
Since time immemorial, there have been many factors that significantly influenced the people's Republic of China in establishing her dyadic links with the countries of South Asia. This paper attempts to discover and analyze some of the key variables that over the period of current century have been contributing China in framing her strategic tenets towards this part of the world. From the same analysis, the paper has also endeavored to track the changing trend of Beijing's strategic posture, especially about the pattern of its modern day's policy attitudes. Lastly, by accounting all the deliberations the paper has attempted to draw an outlook regarding the likely nature of China's future code of strategy towards the South Asian countries.
Text
Chorak historiografi Melayu
Tajok kajian ini ialah Chorak Historiografi Melayu. Tujuan kajian ialah menchari sifat2 umum penulisan sejarah Melayu lama dengan berdasarkan buku2 yang di-anggap mempunyai unsur2 sejarah: hasil2 seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja2 Pasai, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Silsilah Kutai. Pemilehan hasil2 ini berdasarkan apa2 hanya sekadar mereka terdapat di-perpustakaan di-sini. Karangan Raja Ali Haji tidak di-masokkan kerana hasil-nya akan di-selenggerakan oleh pehak lain. Buku2 tentang sejarah yang di-tulis oleh para sarjana Barat jua menjadi sumber bachaan.
Text
Chorak pemerintahan kesultanan Melayu seperti yang di-gambarkan oleh hasil-hasil penulisan sejarah Melayu
Ada tujuan latehan ini ia-lah untok mengkaji tentang chorak pemerintahan kesultanan Melayu sa-bagaimana yang telah di-gambarkan oleh hasil2 penulisan sejarah Melayu. Kajian ini di-lakukan dari segi kebudayaan bukan dari segi sejarah. Oleh itu segala selok-belok sejarah tidak-lah menjadi soal yang penting bagi kajian ini. Yang lebih penting pada sisi penulis ia-lah berkenaan dengan peristiwa2 dan gambaran2 yang terdapat dalam penulisan2 sejarah Melayu itu berhubong dengan pemerintahan dan pentadbiran negeri pada zaman dahulu.
Text
Chorak penulisan sejarah (Historiography) Melayu kelasik
Pengajian ini berdasarkan atas Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Marong Maha Wangan, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
alat muzik
dabus
...2 more
Dabus
Permainan Dabus adalah salah satu daripada kesenian rakyat yang tidak kurang terkenalnya di Malaysia khasnya dia Perak, Selangor dan Melaka. Dabus boleh digolongkan kepada jenis muzik untuk upacara khas dan ritual seperti mana juga dengan zikir, Rodat dan Hadrah. Ia dikatakan demikian kerana mempunyai suatu bentuk puji-pujian kepada nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabatnya yang diiringi dengan tarian dan alat-alat muzik tertentu. Perkataan Dabus diberikan kepada perkataan ini adalah berdasarkan kepada alat yang digunakan di dalam persembahan tersebut.
Text
faktor delinkuen
jenis perlumbaan
Daripada delinkuen kepada devian : Pelumba haram remaja Melayu di Kuala Lumpur
Bab pertama akan menyentuh pengenalan kepada kertas projek iaitu dari aspek skop kajian, kepentingan kajian dan tujuan kajian. Malah, kaedah penyelidikan dan masalah kajian turut dibincangkan.
Bab kedua akan membincangkan aspek-aspek teori yang meliputi teori delinkuen dan teori devian. Bab ini akan menyentuh aplikasi teori-teori ini serta penerangan mengenai teori tersebut. Perkembangan daripada delinkuen kepada devian juga akan dibincang.
Bab ketiga pula akan menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan lumba haram. Aspek-aspek tersebut adalah dari segi identiti pelumba, tujuan perlumbaan, proses perlumbaan dan banyak lagi.
Bab keempat adalah bab yang merangkumi aspek analisa data dan hipotesis. Analisa data dilakukan melalui hasil borang soal-selidik. Melalui data yang telah dianalisa hipotesis akan dilakukan.
Bab terakhir adalah bab kelima, iaitu bab ini akan menyentuh langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk membendung masalah ini. Malah bab ini juga meliputi kesimpulan yang dilakukan berdasarkan tajuk kajian.
Text
dondang sayang
Melayu
...2 more
Dondang Sayang
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Persembahan Dondang Sayang diiringi oleh satu kumpulan muzik yang khas. Satu perkara yang menarik dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang ialah nyanyian-nyanyian yang terdapat di dalamnya merupakan pentun-pantun empat kerat. Pantun adalah penting dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang. Kekuatan berpantun dan bakat menyanyi Dondang Sayang merupakan faktor yang menjadikan Dondang Sayang itu satu persembahan yang menarik.
Text
budaya
ekologi
...1 more
Ekologi Budaya di Kalangan Orang Semai: Satu Kajian di Pos Dipang
Kajian ini merupakan kajian kes yang dibuat mengenai komuniti orang Semai yang terdapat di Pos Dipang, Perak. Kajian ini cuba memperlihatkan hubungan ekologi dengan sumber ekonomi orang Semai di Pos Dipang. Di samping itu, juga diselitkan mengenai sosio-budaya orang Semai, Pos Dipang.
Text
jenis pekerjaan
Pendidikan
...1 more
Ekonomi dan pendidikan di Kampung Jalan Maqbul, Pulau Pinang
Pengkaji berminat untuk mengkaji jenis pekerjaan dan kedudukan ekonomi penduduk-penduduk sebuah kampung yang terletak di Pulau Pinang serta perkembangan pendidikan mereka dalam kawasan kajian tersebut. Didapati bahawa sesuatu sistem adalah berkait rapat dengan sistem yang lain dalam masyarakat. Misalnya, sistem ekonomi mempunyai kaitan dengan sistem pendidikan, sistem agama, sistem politik, sistem perundangan, adat tatatertib dan sebagainya.
Menurut A.R.Radcliffe Brown, dalam kehidupan sosial akan terdapat perhubungan yang saling berkait dan memerlukan antara bahagian-bahagian yang pelbagai itu \9dipetik oleh Norazit Selat, 1989). Namun, pengkaji hanya memfokus pada sistem ekonomi dan sistem pendidikan dalam kertas projek ini.
Tempat yang hendak dikaji ialah Kampung Jalan Maqbul di Pulau Pinang. Di kampung tersebut terdapat kira-kira tiga puluh buah rumah Melayu, lima buah rumah India dan beberapa buah rumah Cina.
Text
kepentingan perniagaan
sejarah bandar Kota Bharu
...2 more
Ekonomi Melayu: Satu tinjauan ke atas perniagaan kecil-kecilan wanita Melayu dari aspek sosio-ekonomi peniaga pasar besar Siti Khadijah Kota Bharu
Perniagaan kecil di kalangan orang Melayu telah bermula sejak sekian lama. Mutakhir ini perusahaan perniagaan kecil semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutaamanya di kalangan wanita Melayu. Ia diperkukuhkan lagi menerusi penubuhan Majlis atau badan-badan kerajaan yang menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalankan segala aktiviti berkaitan dengan perniagaan kecil. Kemerosotan ekonomi negara pada tahun 1997 yzng lalu kian menggalakkan pertambahan penyertaan wanita menceburi bidang ini. Perniagaan kecil yang mengkhususkan kepada penyediaan barangan keperluan pengguna amat penting dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat di samping menyumbang kepada ekonomi. Setuju atau tidak, pihak yang terlibat dalam pengurusan ini perlu mengkaji dan memberikan penekanan sewajarnya terhadap perkembangan dan kemajuannya.
Ekonomi Melayu: Satu tinjauan ke atas perniagaan wanita Melayu dari aspek sosio-ekonomi peniaga pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu merupakan satu kajian yang membincangkan mengenai aspek perniagaan kecil sebagai pembantu ekonomi keluarga di samping perbincangan terhadap keadaan sosio-ekonomi peniaga kecil wanita Melayu itu sendiri. Kajian ini telah mula dilakukan oleh pengkaji pada bulan Oktober 1999 sehinggalah Januari 2001 bertempat di Tingkat Bawah dan Dalam Bulatan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Text
eksploitasi
kilang
...2 more
Eksploitasi: Bagaimana Undang-undang dan Kesatuan Sekerja dapat Melindungi Pekerja-pekerja Wanita Melayu di Kilang
Kertas projek ini akan membuat suatu kajian sepintas lalu terhadap fungsi Undang-undang dan Kesatuan Sekerja serta kegagalannya dalam menjamin dan melindungi hak-hak wanita yang bekerja sehingga menyebabkan wujudnya eksploitasi. Tumpuan khas diberikan kepada wanita-wanita Melayu yang bekerja di kilang-kilang.
Text
kelantan
Main Puteri
...2 more
Elemen perubatan dalam tradisi Main Puteri
Main Puteri merupakan satu aspek kebudayaan yang cukup menarik. Ini kerana ia ada kaitan antara cara perawatan dengan pertolongan daripada kuasa-kuasa luar biasa. Keistimewaan yang lain ialah ia hanya meliputi dan diamalkan secara popular hanya di negeri Kelantan sahaja. Kajian mengenainya mmasih belum meluas dan belum mencakupi kesemua aspek. Kajian yang dilakukan oleh warga Melayu secara ilmiah mungkin oleh Profesor Mohd. Fauzi sebagai awal mulanya menerusi thesis B.A. beliau. Kajian yang dibuat hanyalah merangkumi asal usul dan acara main puteri di kawasan kajian dan beberapa aspek lain. Persoalan-persoalan muzik, persoalan secara khusus mengenai magis tidak diperincikan.
Sementara itu, Zaleha dan Profesor Hashim Awang mengkaji hanya salah satu sub dalam permainan ini iaitu aspek perjalanan acara ataupun plot Main Puteri. Adalah dijangkakan masih banyak benda yang belum diselongkar dan diketahui tentang keseluruhan Main Puteri terutama dari segi worldview Orang Melayu. Oleh itu, penulisan hanyalah merupakan salah satu usaha untuk mengali riang lingkup apa yang dikatakan Main Puteri itu sendiri.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-Alat Muzik Gamelan
Gamelan berasal dari bahasa Jawa. Akar umbi kata 'gamel' bererti membunyikan alat-alat, baik dengan cara 'pukul', 'tabuhan', 'gesekan', 'petikan' atau 'tiupan'. Gamelan adalah kata 'gamel' yang ditambah akhiran 'an' yang sudah menjadi ukuran kepada alat-alat muzik yang mengandungi berbagai jenis alat.
Ensembel alat-alat muzik gamelan ini dimainkan untuk sesuatu upacara tertentu dan ia diiringi oleh persembahan Joget Gamelan. Jenis-jenis tarian yang mengiringi persembahan itu mengandungi penari-penari tambahan dan peranan atau watak lelaki dalam dramatari itu dimainkan oleh penari-penari wanita.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-alat Muzik Gamelan Pahang/Trengganu
Perkataan "gamelan" berasal dari kata Jawa "gamil" yang bermaksud tabuh kerana sebahagian besar dari alat-alat yang terdapat pada gamelan cara membunyikannya adalah ditabuh atau dipukul.
Gamelan adalah satu karya seni yang sangat tinggi mutunya, indah, halus dan rumit. Kehalusan ini bukanlah kehalusan lahir yang bisa dilihat, tetapi kehalusan perasaan yang bererti keluhuran budi. Kesenian gamelan melatih diri supaya berdisiplin, menghormati ketua dan bergotong-royong sesama manusia. Tidak wujud penonjolan individu di dalam muzik gamelan. Semua penabuh gamelan perlu saling bekerjasama demi menghasilkan lagu yang baik. Muzik gamelan boleh menimbulkan rasa senang dan tenteram, membangkitkan semangat, mendidik budi-pekerti dan membantu menghening-cipta dan berirama indah misalnya gerak-tari.
Text
ensembel
kedah
...2 more
Ensembel Mek Mulong Sri Kedah
Mek Mulong merupakan satu bentuk drama-tari tradisional yang terdapat di Kedah Utara, yang wujud dalam bentuk tradisi teater rakyat ("folk theater"). Mek Mulong merupakan satu adunan kesenian yang telah digabung dan digubah dalam satu bentuk persembahan. Teater Mek Mulong menjalin cerita melalui dialog, nyanyian, tarian dan muzik instrumental. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya yang tidak terdapat di dalam teater moden hari ini. Lebih-lebih lagi keunikan dari aspek spiritualnya, Aspek spiritual atau mempercayai dengan begitu yakin kepada kuasa ghaib di dalam persembahan Mek Mulong inilah satu-satunya unsur yang sukar bagi semua orang untuk membuat dan mengadakan persembahan Mek Mulong.
Text
ensembel
rodat
...1 more
Ensembel Robat di Terengganu
Rodat adalah salah satu persembahan muzik tradisional Melayu yang terkenal di negeri Terengganu pada suatu ketika dulu. Penduduk tempatan menganggap Rodat sebagai hasil kesenian yang dicetuskan oleh penduduk tempatan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul Rodat yang terdapat di Terengganu.
Text
alat muzik
ensemble
...2 more
Ensemble-Ensemble Gulintangan Brunei:
Orkestra Gulintangan dan Orkestra Sedaman
Ensemble orkestra gulintangan dan Sedaman sebagai salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang masih kukuh dimiliki dan dimainkan di dalam masyarakat Brunei. Keterlibatan di dalam berbagai aktiviti dan upacara yang dijalankan oleh anggota masyarakat menunjukkan kewujudannya masih diperlukan. Selain daripada hiburan, muzik orkestra gulindangan atau Sedaman juga berfungsi dalam aspek ritual atau kepercayaan.
Text
Estetika Pending
Kajian ini berfokuskan kepada estetika yang terdapat pada pending yang dipamerkan di Muzium Tekstil Negara yang dihasilkan oleh tukang pandai Melayu dalam bidang seni Logam pada abad ke 18 dan pada tahun 1800. Penulisan kajian berkenaan estetika yang terdapat pending ini dilakukan berdasarkan kepada beberapa ciri-ciri estetika yang dikemukakan oleh Ku Zam Zam Ku Idris. Kajian yang dilakukan ini dilakukan untuk mendokumentasi reka bentuk yang terdapat pada pending dan mengenal pasti nilai estetika atau keindahan yang terdapat pada pending. Kajian yang dilakukan ini juga cuba untuk mendalami keunikan yang terdapat pada pending yang menjadi identiti masyarakat Melayu.
Showing 1 to 50 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->