Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Sumbangan Nik Safiah Karim dalam linguistik Melayu : aspek sebutan baku dan tatabahasa pegangan
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan tentang tokoh bahasa, iaitu sumbangan Nik Safiah Karim dalam linguistik Melayu yang memfokuskan aspek sebutan baku dan tatabahasa pegangan. Objektif kajian ini, adalah untuk meneliti latar belakang keluarga dan pendidikan Nik Safiah Karim, meneliti sumbangan beliau dalam konteks perkembangan bahasa Melayu dan meneliti pemikiran atau falsafah bahasa beliau. Dalam kajian ini satu penemuan baharu ditemui oleh pengkaji. Pengkaji mendapati bahawa pendekatan penulisan biografi merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengkaji tokoh bahasa. Analisis ini meninjau perjuangan Nik Safiah Karim dalam aspek sebutan baku. Usaha beliau dalam menyeragamkan sebutan baku agar bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan ilmu tinggi yang digunakan di sekolah, universiti, parlimen, seminar, berceramah, menyampaikan berita, mesyuarat dan sebagainya. Dalam aspek tatabahasa pula dapat dilihat pandangan beliau tentang tatabahasa pegangan yang merujuk kepada Tatabahasa Dewan. Di samping itu juga dibincangkan usaha-usaha beliau ke arah menyeragamkan penggunaan tatabahasa dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam memartabatkan tatabahasa pegangan. Di dalam disertasi ini juga dibincangkan perbandingan antara Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Za'ba dan Tatabahasa Asraf. Hasil kajian ini mendapati bahawa Nik Safiah Karim merupakan tokoh bahasa yang banyak berjasa terhadap perkembangan bahasa Melayu sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Sumbangan beliau dalam ilmu linguistik telah menambah khazanah ilmu pengetahuan Melayu.
Text
Amalan kesihatan di kalangan remaja
Abstrak
Kesihatan merupakan satu fenomena yang amat dititikberatkan oleh semua masyarakat seantero dunia. Justeru, tidak hairanlah jika semua perlakuan manusia bertitik tolak daripada kesihatan. Apabila mengutarakan kesihatan, persoalan sakit, demam atau sihat juga sering dikaitkan. Kajian yang melihat amalan kesihatan di kalangan remaja Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa setiap perlakuan remaja itu menjurus kepada faktor kesihatan. Walau bagaimanapun, remaja dewasa ini lebih terdedah kepada konsep kesihatan moden, iaitu segala rawatan atau pencegahan diserahkan tanggungjawabnya kepada doktor. Namun, kajian ini mendapati bahawa remaja Melayu semuda 11 tahun sudah mengamalkan tahap kesihatan yang baik. Amalan kesihatan dilihat sebagai langkah untuk merncegah kesakitan. Kesakitan bagi semua masyarakat melambangkan kesusahan dan mengganggu perjalanan hidup mereka. Walau bagaimanapun, bagi remaja Melayu kini segala kesakitan dan penyakit adalah rahmat daripada Tuhan untuk menguji hamba-Nya.
Text
Analisis tautan dan runtutan dalam teks klasik dan moden
Abstrak
Kajian ini menyentuh tentang melangkaui batasan tatabahasa, iaitu wacana bahasa Melayu dengan tumpuan terhadap wacana klasik dan moden. Dua aspek penting yang mendasari sesebuah teks, iaitu tautan dan runtutan menjadi fokus utama dalam penyelidikan ini. Menyelidiki aspek tautan menyinggung aspek runtutan tanpa sesebuah wacana adalah tidak lengkap kerana kedua -dua dalam aspek ini saling lengkap melengkapi. Kedua-dua aspek ini walaupun berlainan konsep tetapi saling empengaruhi di dalam tingkat struktur tekstual. Tautan yang merupakan unsur bentuk dan runtutan yang merupakan fungsi makna pada dasarnya tidaklah dapat diabaikan dalam lapangan kebahasaan. Wacana yang bertaut umumnya bergantung kepada subjenis penggunaan jenis dan tautan sesuai manakala penentuan tingkat yang betul dan keruntutan Wacana sesebuah ditentukan oleh tahap pemahamamarn pembaca yang dibantu oleh faktor bentuk kebahasaan dan latar belakang pembaca. Analisis tautan dijalankan dengan membahagikan unit data kajian kepada dan bilangan perenggan, diklasifikasikan jenis teks, serta bilangan ikatan subjenis tautan mengikut model oleh Halliday dan Hasan (1976) dengan sedikit penambahan tautan Beaugrande dan Dressler yang dikemukakan unsur parafrasa dan paralelisme yang dikemukakan oleh de (1981) . Hampir semua unit teks tautan. Jarak mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan tautan . Jarak antara unsur tautan dengan unsur yang ditaut juga diberi semua jenis perhatian untuk melihat jarak dekat dan jauh. Didapati tautan seperti leksikal, rujukan, penghubung pangkal ayat, paralelisme elipsis, penggantian (kecuali paralelisme, parafrasa dan tidak diperoleh dalam Teks Moden) hadir dalam kedua- dua teks kajian. Untuk mengesan tahap runtutan, model yang diperkenalkan Almeida dijadikan landasan. Maklumat yang oleh dikutip daripada informan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama menjelaskan bahawa Teks Moden (TK) Klasik daripada Teks (TK). lebih runtut Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa tautan bukanlah penyumbang mutlak dalam menentukan tahap keruntutan seseorang terhadap teks yang dihadapinya. Ada faktor-faktor lain yang seperti membantu untuk melahirkan teks yang runtut aspek kebahasaan dan latar belakang pembaca. Jenis dan subjenis peranan tautan walau Tanpa jalinan unsur-unsur memainkan dalam bagaimanapun menyediakan jalinan ke arah pencapaian tahap keruntutan. sudah pasti mengganggu dalam mencapai tahap tautan, kelancaran dan kecekapan pembaca runtut. Dengan adanya unsur-unsur tautan ini akan untuk memahami mengurangkan bebanan kognitif pembaca di dalam sesebuah teks. sesuatu maklumat yang tersirat Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan mantaat dari segi penggunaan dan pengajaran bahasa agar perkembangannya lebih tuntas.
Text
Hikayat Raja budak satu kajian dari sudut kemahiran berfiki
Abstrak
Hikayat Raja Budak, selepas ini ditulis sebagai HRB merupakan salah satu daripada sastera hikayat yang berunsur hiburan di samping mengandungi unsur-unsur pengajaran. Unsur-unsur ini amat ketara dalam HRB, apatah lagi jalan ceritanya banyak berkisar pada masalah-masalah yang bersangkutan dengan permilihan suami, pembesar dan raja. Segala persoal an ini ditangani dengan jalan penyelesaian yang menuntut kebijaksanaan. Kebijaksanaan menjadi titik tolak perbincangan seterusnya dalam memperlihatkan keistimewaan naskhah ini. Pendek kata, sebagai sastera hikay at HRB sudah sewajarnya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian masyarakat. Perkara-perkara tersebut boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Text
Pemerolehan bahasa kanak-kanak : kajian kes kanak-kanak pribumi Sarawak
Abstrak
Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian kes mengenai pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah yang berusia enam tahun. Pengkaji telah menggunakan sepuluh orang subjek yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lepong Ajai. Miri untuk dijadikan subjek kajian. Pengumpulan korpus adalah berdasarkan kepada temu bual yang telah dilakukan. Oleh itu. kajian ini adalah bersifat sinkronik. Pengkaji membuat kajian tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak ini dari aspek pembentukan kata dan pembinaan ayat. Pengkaji telah menggunakan teori Behaviorisme dan menggunakan kaedah pengiraan MLU (Mean Length of Uterance) atau Min Panjang Ujaran untuk mengira perkembangan bahasa kanak kanak secara umum. Pengkaji hanya menggunakan 50 ujaran yang telah diujarkan oleh setiap sampel untuk dianalsis. Pengkaji juga akan membincangkan faktor faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak banyak menguasai golongan kata nama daripada golongan kata yang lain. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak dilihat mudah merima bahasa yang digunakan oleh ibu bapa mereka dan kesan daripada persekitaran sosial mereka. Interaksi bahasa dengan anggota keluarga, masyarakat dan alam sekeliling membantu mereka dalam memperkembangkan pemerolehan bahasa mereka. Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan kepada pihak yang terlibat dengan pendidikan prasekolah untuk ntu meningkatkan lagi penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak. nua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak.
Text
Syair si burung nuri dan Syair ikan tambra : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajan ke atas manuskrip Syair Si Burung Nuri (SSBN) dan Syair Ikan Tambra (SIT) ini melibatkan tiga aspek penting, iaitu transliterasi teks, analisis struktur, dan juga analisis nilai budava. Transliterasi teks melibatkan kerja mengubah bentuk teks asal SSBN dan SIT, jaitu daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan Panduan Transliterasi Huruf Jawi Ke Huruf Rumi (1988). Sementara analisis struktur melibatkan komponen yang membina teks seperti plot, tema, watak, dan perwatakan, latar, dan gaya bahasa dengan menggunakan pendekatan struktural. Analisis nilai budaya dibuat berdasarkan hasil penelitian struktur teks untuk melihat tanggapan, pemikiran, perasaan, kepercayaan, serta adat kebiasaan masyarakat dalam SSBN dan SIT, khususnya terhadap cinta. Hasil daripada transliterasi menemukan beberapa perkataan lama yang jarang digunakan, malah hampir tidak kedengaran pada zaman ini seperti ningsun, "cerana', "mengerna", "rum-rum", dan "mejelis". Di samping itu, terdapat juga bait yang tertinggal dalam beberapa rangkap syair, khususnya dalam SIT disebabkan oleh kecuaian penyalin semasa menurunkan semula teks tersebut. Dari segi struktur pula didapati bahawa secara umumnya terdapat persamaan dari segi plot, tema, jenis watak, dan gaya bahasa dalam $SBN dan SIT. Hal ini demikian kerana kedua-dua buah syair tersebut tergolong dalam jenis yang sama, iaitu syair kiasan dan juga ditulis pada waktu yang sama - sekitar tahun 1800. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi perwatakan tokoh dan latar, khususnya latar tempat (latar masa dan latar masyarakat tidak berbeza). Perbezaan dari segi perwatakan tokoh adalah disebabkan oleh kreativiti pengarang dan plot cerita yang berbeza, manakala perbezaan dari segi latar tempat disebabkan oleh keperluan untuk menyesuaikan watak dengan tempat tinggalnya - burung dan bunga hidup dan tumbuh di darat bagi SSBN; manakala ikan hidup dalam sungai, laut, atau dalam air bagi SIT.
Text
Ingin jadi pujangga : penerapan analisis teori dialogisme
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian terhadap teks luaran dalam teori dialogisme yang telah dipelopori oleh Mikhail Bakhtin dari aspek pengalaman dan pensejarahan yang dapat ditemui dalam karya-karya cerpen yang telah dihasilkan oleh A. Samad Ismail. Dalam membicarakan aspek pengalaman dan pensejarahan dalam cerpen A. Samad Ismail, himpunan cerpen-cerpennya yang terkandung dalam cerpen antologi Ingin Jadi Pujangga telah digunakan. Teori dialogisme juga akan turut dibincangkan bagi memberikan pemahaman yang lebih dalam usaha untuk menganalisis cerpen-cerpen yang berkaitan. Penelitian juga turut membincangkan latar belakang A. Samad Ismail seperti pendidikan, pekerjaan dan penglibatannya dalam bidang bahasa dan sastera bagi memberikan pengamatan yang terperinci terhadap hubungan pengarang dan karya-karya yang dihasilkannya. Kajian ini seterusnya akan membincangkan tentang pengalaman-pengalaman yang pernah dialami oleh A. Samad Ismail dan bagaimana beliau menggunakan pengalaman tersebut dalam hasil-hasil cerpennya. Pengalaman tersebut akan encakupi pengalaman sejak beliau tinggal di Kampung Melayu, Singapura, pengalaman sebagai seorang wartawan dan Ketua Pengarang Akhbar, pengalaman semasa pendudukan Jepun dan pengalaman semasa dalam tahanan. Kajian akan dilanjutkan pula kepada perbincangan yang berkaitan dengan aspek pensejarahan dan dapat dikesan dalam karya-karya cerpen A. Samad Ismail. Perbincangan dari aspek pensejarahan ini akan meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun dan zaman selepas pendudukan Jepun. Kajian ini juga akan membincangkan tentang bagaimana aspek pengalaman dan pensejarahan yang ditemui dalam karya-karya cerpen A. Samad Ismail sesungguhnya menepati teks sosial dalam teori dialogisme. Perbincangan dilakukan bagi membuktikan bahawa teks luaran khususnya dari aspek pengalaman dan pensejarahan sangat penting dan tidak boleh diabaikan dalam pembinaan sesuatu karya. Kajian ini juga akan dapat melihat hubungan antara pengarang dengan karya yang dihasilkannya.
Text
Kajian simbolisme dalam perhiasan pending koleksi Jabatan Muzium Malaysia
Abstrak
Kajian ini merupakan perbincangan berkaitan simbolisme dalam perhiasan pending Melayu koleksi Jabatan Muzium Malaysia dalam aspek reka bentuk. Kekurangan penulisan, maklumat dan pendedahan tentang perhiasan pending Melayu menunjukkan kajian terhadap pending masih kurang dilakukan. Maklumat berkaitan pending yang sedia ada di muzium dan galeri adalah umum dan ringkas menyebabkan generasi kini tidak begitu mengenali perhiasan pending dari aspek fungsi, sejarah, seni rupa dan makna simbolik. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis aspek formalistik dan menginterpretasi simbolisme pada reka bentuk pending. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang manfaat kepada masyarakat untuk memahami kepentingan simbolisme dalam seni rupa Melayu. Selain itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah pada informasi artifak pending di galeri muzium. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kaedah pelbagai diaplikasi untuk menganalisis sepuluh sampel perhiasan pending Melayu. Data-data primer diperoleh daripada kajian di lapangan, pemerhatian, temu bul dan analisis dokumen. Manakala, tinjauan kepustakaan dibuat untuk mengumpul data sekunder. Analisis kajian ini mengaplikasikan model Edmund Feldman dan teori Susanne Langer. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa seni rupa pending mempunyai unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang membentuk imej visual pada pending Melayu. Hasil dapatan kajian daripada analisis interpretasi simbolisme menunjukkan bahawa terdapat simbol diskursif dan simbol presentasional pada reka bentuk pending Melayu. Sebagai kesimpulan, kajian ini memberi implikasi terhadap pengetahuan aspek formalistik dan simbolisme dalam seni rupa pending.
Text
Mantera dalam perubatan dan perbomohan Melayu Kerinci : analisis fungsi
Abstrak
Kajian ini adalah dalam bidang sosiologi sastera yang membicarakan fungsi "Mantera dalam Perubatan dan Perbomohan Melayu Kerinci", dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Kajian ini menggunakan teori fungsional yang diterapkan ke atas puisi Melayu tradisional, iaitu mantera yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Kerinci Jambi di Sumatera, Indonesia. Kajian ini berfokus pada mantera perubatan dan perbomohan yang berkait erat dengan sistem kepercayaan yang berasal daripada kepercayaan primitif, Hindu, Buddha, dan Islam yang berfungsi sebagai naratif. lirik, dan ritual magis. Mantera-mantera ini berbagai-bagai bentuknya, seperti pantun, syair, gurindam, seloka, tambo, talibun, prosa, teka-teki, bapenno, dan wafak. Keseluruhan bentuk puisi mantera tersebut dipenuhi unsur-unsur puitika atau estetika yang berfungsi sebagai alat komunikasi. Dalam hal ini, bomoh ialah orang yang memiliki peranan taraf dengan tokoh alim ulama dan tokoh adat-istiadat yang ikut terlibat langsung dalam penggunaan mantera perubatan dan perbomohan. Mantera sebagai karya sastera lisan dimanfaatkan oleh para bomoh bagi keperluan ritual magis dalam kehidupan bermasyarakat, di mana ia jadi turut berperanan sebagai alat perpaduan. Mantera juga didapati telah memiliki fungsinya melebihi keperluan perubatan dan perbomohan itu sendiri sebagai pembentuk kehidupan ritual masyarakat. Dalam konteks ini, ia dapat dijadikan sebagai dokumen sosio-budaya milik orang Melayu Kerinci khususnya dan bangsa Melayu di Asia Tenggara pada umumnya.
Text
Teater tradisional mamanda di Tembilahan Indragiri Hilir Riau Indonesia: Kajian tentang sejarah kewujudan, cabaran dan harapan
Abstrak
Kajian yang bertajuk Teater Tradisional Mamanda di Tembilahan, Inderagiri Hilir, Riau, Indonesia - Kajian Tentang Sejarah Kewyjudan, Cabaran dan Harapun ini membincangkan tentang sejarah seni persembahan Teater Tradisional Mamanda yang berasal dari Kalimantan Selatan. Dibawa oleh para perantau suku kaum Banjar yang berhijrah ke Kepulauan Melayu Riau. Kedatangan mereka ke daerah ini pada penghujung tahun 1885, atau dengan lebih tepat lagi pada masa pemerintahan Sultan Isa yang merajai Inderagiri pada masa itu. Kajian ini bertujuan untuk : (1) meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap karya seni, terutamanya di bidang seni persembahan Mamanda, (2) memudahkan masyarakat bagi mengesan ungkapan bentuk kesenian tradisi yang dikhuatirkan akan pupus dan sulit untuk dikesan, (3) mengetahui dengan jelas adakah seni teater Mamanda yang ada di Tembilahan Inderagiri Hilir, Riau mempunyai persamaan dengan yang ada di Kalimantan Selatan atau pun dengan Makyong di Malaysia atau dengan Teater Tradisional di kawasan-kawasan lain. Kaedah penyelidikan yang penulis gunakan untuk mendapatkan data-data yang diperlukan bagi menyelesaikan kajian ini ialah melalui kaedah pemerhatian yang berterusan dan temu bual secara mendalam dengan pelbagai responden dan informan yang mempunyai hubungkait dengan tajuk kajian ini. Melalui kajian ini, penulis mendapati bahawa: (1) masyarakat Tembilahan Inderagiri Hilir, Riau ternyata masih memiliki apresiasi yang tinggi terhadap seni persembahan Teater Mamanda, (2) Seni persembahan Teater Tradisional Mamanda itu masih lagi wujud di kalangan masyarakat Banjar Inderagiri Hilir, Riau dan masih digemari ramai, (3) Seni persembahan Teater Mamanda di Tembilahan Inderagiri Hilir, Rau pada asasnya sama sahaja dengan yang ada di Kalimantan Selatan, namun sejarah yang panjang dan perkembangan masa dan situasi tempatan telah mempengaruhi beberapa aspek tertentu teater ini, seperti : Ungkapan-ungkapan yang digunakan, pakaian para pemain (pelakon) serta jalan ceritanya. Dengan kata lain, seni Teater Mamanda di Tembilahan Inderagiri memiliki ciri-ciri tertentu yang tidak dimiliki seni Teater Mamanda di Kalimantan Selatan. Bahkan, masyarakat Riau ternyata sudah mengiktiraf kewujudan seni Teater Mamanda di Tembilahan sebagai bahagian yang tidak terpisah daripada keseluruhan kebudayaan yang dimiliki masyarakat Melayu Riau.
Text
A study of the use and control of the syntax in the written English of secondary school students
Abstrak
The principal purpose of this pilot study was to examine how secondary school students, when they wrote in English, exploited the syntatic resources of English which was to them a major languange of instruction in school.
Text
Semantik leksikal dalam peribahasa Melayu
Abstrak
Tesis ini merupakan satu kajian semantik eksikal dalam peribahasa Melayu. Peribahasa ialah satu bentulk rangkaikata yang indah dalam cabang khazanah kekayaan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kacdah analisis komponen dalam menggupas setequsaya menggarap kumpulan makna konotatif leksikal l:ata nama yang terpilih. Leksikal kata nama yang menjadi dasar kajian adalah terdiri daripada ua kumpulan, iaitu kata nama tumbuhan dan kata nama haiwan. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua subbahagian iaitu kata nama bahagian tumbuhan dan kata nama jenis tumbuhan dan bahagian-bahagiannya bagi kumpulan yang pertama. Kumpulan kata nama haiwan dan bahagian tubuh haiwan bagi kumpulan yang kedua. Kajian ini memuatkan lapan bab. Bab I membincang dan menghuraikan perkara-perkara dasar kajian yang mencakupi latar belakang permasalahan, tujuan kajian, hipotesis, bahan kajian, kutipan data dan istilah-istilah yang digunakan.
Text
Strategi orang Dayak dalam mempertahankan hak Ulayat tradisionalnya: Kajian Kasus Desa Sape dan Tunggul Boyok, Sanggau, Kalimatan Barat
Abstrak
Peneltian ini menjelaskan : (|) bentuk-bentuk hak ulavat alas tanah dan hutan tradie Orang Davak di krdua desa tersebut. (2) dampak masuknya sistem ekonomi baru terho tradisiona terhadap Sistem hak ulaval lanah dan hutan tradisional Orang Dayak. dan (3) strateg1 Orang Davak mempertahankai sistem hak ulayat tanah dan hutan trad1sionalnya. Untuk menjelaskan d. menjanab pertanyaan-pertanyaan tersebut. maka peneliuan ini menganmbil studi kasus na. komunitas Davak di Desa Sape. Kecamatan Jangkang, dan komunitas Davak di Dex Tunggul Bovok. Kecamatan Bonti. Keduanya secara administratif termasuk dalam wilah Kabupaten Sangglu, Propinsi Kalimantan Bara!. Penelitian ini menggunakan metode kualitatif dengan pendekatan kontekstual. dengar liga jenis leknik pengumpulan data, yakni review dokumen, pengamatan lapangan (observIsi) dan wawancara. Masing-masing pendekatan ini memberi kontribusi salng melengkapi. karena ilu sering digunakan secara bersamaan dalam suatu penelitian kualtar guna memperoleh data yang lengkap dan valid. Teknik pendekatan ini menangkap titl pandang masvarakat dan kemudian dilanjutkan dengan mempelajari perilaku aktual dalam hubungan dengan masalah teoritis vang lebih umum (Pelto dan Pelto. 1984: 63 ). Penelitian ini menunjukkan bahwa bentuk-bentuk hak ulayat tanah dan hutan Iradisional Orang Dayak di kedua desa lokasi penelitian ini adalah berupa lahan pekarangan. ladang, tanah bekas ladang (bawas), kebun karet, pohon ketapang (manggris), tengkawang. lanah kuburan, semak belukar, hutan (rimba/rimbo), wilayah untuk berburu dan meramu. dan kawasan untuk mencari atau menangkap ikan. Masuknva sistem ekonomi baru telah menyebabkan pengembangan pada bentuk hak ulayat baru seperti: sawah tadah hujan alau yang mereka sebut Loba/lompa/sawa/padong/lobak), HTI-Akasia, dan kebun sawit. Strategi untuk mempertahankan hak ulayat pada tanah dan hutan tradisionalnya akibat masuknva sistem ekonomi baru, Orang Dayak di kedua desa lokasi penelitian ini mengoperasikan aturan-aturan lokalnya, baik yang berlaku sejak nenek moyang maupun vang telah mengalami perubahan atau penyesuaian sebagai implikasi masuknya sistem ekoãomi baru tersebut. Dalam operasionalisasi aturan-aturan lokal tersebut, seringkali mengalami benturan dengan aluran-aturan hukum negara dan atau aturan baru sebagai dampak masuknya sistem ekoncmi baru. Oleh sebab itu mereka seringkali menggunakan strategi konflik, dengan rekonsiliasi konflik tetap mengacu pada aturan-aturan lokal tradisionalnya. Konflik dan rekonsiliasi konllik sebagai Suatu strategi bagi mereka adalah bukan merupakan hal baru, tetapi sudah merupakan budaya mereka yang lahir dari kebiasaan "mengayau'". Walaupun kebiasaan engayau" tersebut pada awalnya (sebelum tahun 1894) bertujuan untuk kegiatan upacara adat, namun dalan perjalanannya tujuannya telah diperluas yang salah satunva adalah perebutan vilayah (J.U. Lontaan dalanm Patebang, 1998:11-14).
Text
Sintaksis X ayat majmuk bahasa Melayu : kajian perbandingan antara struktur ayat dalam karya sastera Melayu klasik dengan karya sastera Melayu moden
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian mengenai analisis bagi teori struktur-struktur ayat: iaitu teori-X' (X atau pendekatan bergalang vang dimukakan oleh Chomsky (1970 a). Ayat majmuk BM akan digunakan untuk membuktikan kemungkinan penerapan kepada ayat BM.
Text
Pendidikan nasional dalam cerpen-cerpen pilihan Singapura : analisis teori pengkaedahan Melayu
Abstrak
Pengajaran sastera telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah Singapura sejak tahun 2001. Walaupun pengajaran sastera dalam kalangan pelajar amat digalakkan agar mereka lebih cenderung pada Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, namun pada masa ini hanya segelintir sahaja sekolah-sekolah menengah yang mahu menjalankan program tersebut. Ini kerana banyak sekolah melihat pengajaran sastera sebagai satu program pengayaan yang lebih sesuai diajar kepada pelajar-pelajar yang mahir dan pintar dalam Bahasa Melayu. Justeru, hanya sekolah-sekolah menengah yang mempunyai program Bahasa Melayu Lanjutan (Higher Mother Tongue) dan Program Emas (Elective Programme in Malay La Language for Secondary Schools): chools): 1 yang menerapkan pembelajaran sastera dalam skema pengajaran mereka. Program Emas ini hanya terbuka kepada murid-murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan.' Program ini bertujuan untuk memupuk keupayaan murid-murid dalam Bahasa Melayu supaya mereka dapat meraih kemahiran dan pemahaman pada tahap yang lebih tinggi dan baik bukan sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi turut meliputi bidang kesusasteraan dan budaya. Namun begitu, mulai tahun 2008 lebih ramai murid yang berminat dapat mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai kertas elektif atau kertas penuh di peringkat menengah tiga. Dengan ini, ia membuka peluang kepada se murid di peringkat sekolah menengah tiga dan tidak lagi terhad kepada kelompok murid yang pintar sahaja untuk mempelajari subjek Kesusasteraan Melayu.
Text
An investigation of selected English syntactic structures in popular English novels and their translations into Indonesian
Abstrak
In this study, six syntact ic categories in English were selected. This selection was based on contrast ive analysis and on the assumpt ion that there would be some difficulties in translating those selected synt actËc structures into Indonesian. The data analyzed showed that the translators often did translate according to nom expectations besides using other translation strategies in their work. Perhaps these are the strategies that could be termed preferred translations by individual translators ment ioned above. The find ings did confirm the investigator ls expectat ion that there would be difficulties in translating the selected syntactic structures in English. lHowever, the diffiicult ics werc not that the resulting translat ions were unacceptable, but rather that there was difficulty in making generalizat ions of the patterns of the preferred translations or translators' choices.
Text
Masaalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan Bahasa Malaysia di peringkat M.C.E. : satu analisa
Abstrak
Keputusan pepgriksaan M,C.E. pada tahun 1972 telah menimbulkan beberapa keributan dalam Parl imen dan di kalangan masyatakat di Semenanjung Malaysia. Lima puloh satu peratus daripada juml ah calun-calun bukan Melayu dan 1.8% calun-calun Melayu telah gagal peperiksaan sebab tidak lulus dalam Bahasa Malaysia.
Text
Kajian batu nisan Aceh dan tembikar di tapak arkeologi lembah Sungai Johor
Abstrak
Tesis ini cuba mengkaji warisan kerajaan Melayu Johor Riau yang terdapat di tapak-tapak arkeologi di lembah Sungai Johor seperti Johor Lama, Panchor, Seluyut, Kota Tinggi dan Sayong Pinang seperti batu nisan Aceh dan tembikar. Tujuannya adalah untuk merekonstruksikan sejarah perdagangan dan penempatan dan hubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kaedah kajian adalah dengan melakukan survei arkeologi, memetakan kedudukan peninggalan-peninggalan arkeologi di setiap tapak, galicari dan menganalisis setiap penemuan yang terdiri daripada batu nisan Aceh dan tembikar. Hasil daripada analisis disintesiskan dengan data bertulis yang terdiri daripada hasil kajian lepas seperti laporan-laporan dan sumber sejarah seperti Sejarah Melayu. Hasil daripada kajian batu nisan Aceh dan tembikar ini telah diperolehi pentarikhan tapak-tapak penempatan awal di lembah Sungai Johor, corak pemerintahan dan hubungan perdagangan. Berdasarkan kepada kajian itu didapati bahawa tapak penempatan yang paling tua adalah di Johor Lama dengan terjumpanya tembikar zaman Song abad 11. Selain itu temuan tembikar dari Thailand, Vietnam dan Burma abad ke 15. Batu nisan Aceh yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856 Hijrah (1453 Masehi). Juga dapat dirumuskan daripada data arkeologi bahawa lokasi pusat pemerintahan kerajaan tidak kekal di satu-satu lokasi semasa kewujudan Kerajaan Johor-Riau dari abad 15 ke 18 Masehi.
Text
Nasionalisme dalam puisi Melayu moden 1933-1957
Abstrak
This thesis consists of seven chapters. Chapter I deals with the background of the development of Malay nationalism up to 1957. There are two aspects to this background. The first is with regard to the stages of the development that is influenced by political, social and economic factors. The second is with regard to role of the religious group, Malay school teachers and the journalists that became the main activists. Chapter II discusses the emergence of the nationalistic theme that was based on the stages of the development of the nationalism. After that the discussion was directed to the modern Malay poetry within the period of 1933-1957 as the main area of study.
Text
Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu
Text
Wanita Melayu dalam konteks perubahan ekonomi dan politik (satu kes studi di Kota Bharu)
Abstrak
This thesis is a case study on the position of women in the context of Socio-economic and socio political changes, based on the study of Malay women. in Kota Bharu, Kelantan. This study is to look in to the nature of changes that took place arising out of the change in the political situation of the traditional period to colonialism to independence.
Text
Suatu penjelidikan tentang kesusasteraan kerintji dan manfaatnja bagi pembinaan kebudajaan Indonesia
Text
Seni ukiran Jepara Indonesia : kajian mengenai ciri dan motif
Abstrak
Kajian ini membincangkan seni ukiran kayu Jepara Indonesia dengan tumpuan khas kepada jenis-jenis motif ukiran, bahagian-bahagian motif ukiran, teknik teknik dan faktor-faktor yang mempengaruhi ukiran tersebut. Pada asasnya ukiran Jepara menggunakan pelbagai jenis motif seperti motif flora dan fauna, motif geometri, motif kaligrafi dan motif alam. Teknik ukiran Jepara secara amnva sama dengan tekrnik ukiran yang terdapat di seluruh Indonesia iaitu teknik ukiran cungkilan, cembung, cekung, tembus dan teknik susun/bertingkat. Ciri-ciri ukiran Jepara adalah daun tersusun berbentuk segitiga yang melingkar dan dari hujung lingkaran berpecah-pecah menjadi beberapa bahagian daun, menuju ke tengah lingkaran dan bercawenan seirama/seiring membentuk seperti kipas. Buah buahan berada pada sudut pertemuan lingkaran dalam bentuk bebola kecil bersusun seperti buah wuni atau buah anggur. Pecahan cawenan berbentuk seperti huruf "V" pada setiap daun. Motif ini merupakan gubahan dari daun kangkung atau daun yang menjalar. Motif ukiran Jepara mengalami perkembangan, iaitu pertama pada mulanya bahagian hujung daun berpecah pecah menjadi beberapa helai daun yang menyerupai kipas sekarang didapati daun bahagian hujung berbentuk ukel atau buled, kedua daun yang berbentuk segitiga kini bertukar menjadi ukiran Eropah, iaitu daunnya bercab:.ng lima. Perkembangan motif ukiran ini dipengaruhi oleh motif-motif ukran tradisi daerah-daerah Indonesia. Faktor agama, pendidikan dan juga ekonomi turut juga mempengaruhi perubahan itu dengan kemunculan motif-motif mengikut pesanan dari Eropah. Kajian ini juga menampilkan nilai falsafah ukiran kayu seperti mengagungkan kebesaran Allah, Maha Esa, melambangkan sikap saling sayang-menyayang1 sesama nmakhluk Allah serta saling hormat-menghormati di kalangan ahli keluarga dan masyarakat.
Text
Sha'ir musuh Kelantan : sebuah naskah asli
Text
Aspirasi pembangunan dalam cerpen Melayu
Abstrak
Salah satu ciri Kesusasteraan Melayu Moden sepanjang kurun ke-20 ialah kemunculan pelbagai angkatan dan golongan penulis dalam era-era yang berbeza bagi memperjuangkan sesuatu matlamat yang pasti. Para penulis Melayu, tidak kira apa sekalipun bidang penulisan yang mereka ceburi, akan mengenal pasti permasalahan utama masyarakat mereka pada ketika tersebut dan seterusnya menjuruskan penulisan mereka bagi menggerakkan rakyat agar menangani permasalahan terse but. Inilah sebabnya kita mengidentifikasikan golongan penulis dari awal kurun ke-20 hingga ke tahun-tahun 30-an dengan permasalahan agama, penulis selepas Perang Dunia II dengan seruan kemerdekaan dan penulis selepas kemerdekaan pula dengan slogan mengisi kemerdekaan.
Text
Wanita Melayu dan pekerjaan
Text
Novel A. Samad Said tahun 60-an : pembicaraan tentang penggunaan bahasa
Abstrak
Tesis ini merupakan percubaan untuk membicarakan penggunaan bahasa yang terdapat dalarm novel-novel dewasa A. Samad Said sepanjang dekad enamn puluhan. Novel-novel yang dikaji ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri. Novel-novel A. Samad Said dikaji dari sudut ciri-ciri bahasa tertentu, ayat, iaitu dari segi penggunaan penggunaan kata dan juga gaya bahasanya, yang berjaya mewujudkan yang menarik ini nilai-nilai estetika. terbit Ciri-ciri daripada sikap beliau yang cekap memanfaati daya imaginasi dan mengeksploitasi unsur-unsur inovasi. ketelitian. bahasa serta Ini membawa masuk unsur-unSur dilakukan dengan terperinci dan penuh Pada keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan pelbagai , iaitu gabungan antar a pendekatan linguist ik dan pendekatan sastera.
Text
Strategi campuran pemasaran PKS bumiputera terpilih
Abstrak
Pertumbuhan KDNK bagi subsektor makanan, minuman dan tembakau dalam sektor pembuatan sentiasa mencatatkan pertumbuhan yang positif berbanding dengan subsektor lain yang pernah mencatatkan pertumbuhan negatif. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ini dilihat tidak menggambarkan realiti sebenar yang dihadapi oleh PKS bumiputera. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan kerajaan untuk membantu PKS supaya terus membangun dan berkembang, produk-produk keluaran PKS terutamanya milik bumiputera dilihat tidak mampu menyaingi produk-produk pengusaha bukan sahaja dari luar negara malah, di dalam negara sendiri. Sehubungan itu, satu kajian kes telah dijalankan terhadap perusahaan D Sedili Best Foods Enterprise iaitu PKS bumiputera yang menghasilkan produk keropok segera di Kota Tinggi, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen strategi campuran pemasaran yang paling utama dan kurang digunakan pengusaha dalam mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk perniagaannya serta menganalisis aspek strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan pengusaha. Kajian ini juga telah menilai masalah dan sikap pengusaha dalam menjalankan perniagaannya. Metodologi penyelidikan kualitatif telah diaplikasi dengan menemubual pengusaha, lima orang informan daripada kalangan pekerja, dan sepuluh orang informan dari kalangan pelanggan. Hasil kajian mendapati, elemen paling dominan yang dilaksanakan pengusaha adalah elemen harga. Manakala, elemen campuran pemasaran yang paling kurang digunakan adalah promosi. Namun, pengusaha secara tidak langsung telah melaksanakan empat elemen campuran pemasaran (produk, harga, promosi dan saluran agihan) di dalam perusahaannya dan mengaplikasi ke semua 14 aspek yang dikaji (kepelbagaian produk, kualiti, reka bentuk, jenama, pembungkusan, saiz, senarai harga, diskaun, pengiklanan, perhubungan awam, promosi jualan, lokasi, pengangkutan dan inventori). Hasil kajian ini juga mendapati PKS bumiputera yang dikaji mempunyai masalah dan sikap berlengah-lengah dalam membuat perubahan, tidak merebut peluang, tidak berani mengambil risiko, kurang daya pemikiran kritis dan kurang kreatif & inovatif.
Text
Tarian Poja dalam masyarakat Bugis di Negeri Selangor: kajian rekonstruksi struktur tari
Abstrak
Kajian ini merupakan kajiselidik yang menumpukan kepada perkembangan dan penciptaan semula (reivention) sebuah tarian masyarakat Bugis di negeri Selangor khususnya yang dinamakan sebagai tarian Poja. Sebuah penyelidikan secara sinkronik tentang proses rekonstruksi dan penciptaan semula tari tradisi yang mempunyai hubungkait dengan sebuah tarian Pakurru Sumange di Sulawesi Selatan, Indonesia yang dicatatkan telah bermula semenjak tahun 1988 sehingga sekarang. Melalui kajian secara kualitatif, proses rekonstruksi dan penciptaan semula ini akan dapat memperlihatkan tujuan dan menjelaskan fungsi tari ini yang dihubungkaitkan sebagai perlambangan tradisi masyarakat Bugis di Negeri Selangor. Penggunaan teori penciptaan tradisi (invention of tradition) oleh Eric Hobsbawm digunakan bagi melihat proses penciptaan semula tari yang berlaku terhadap tarian Poja bagi masyarakat Bugis di negeri Selangor. Kajian ini memperlihatkan bagaimana proses ini berlaku bagi mengkategorikan bentuk penciptaan semula terhadap struktur tarian serta mengklasifikasikan corak gaya sebuah tarian Poja Bugis di negeri Selangor. Justeru itu, melalui kedua-dua proses ini akan dapat memperihalkan tentang latar belakang dan perkembangan tarian tersebut serta memberi perincian bagi menjustifikasikan hubungan tarian Poja sebagai identiti tarian masyarakat Bugis di Selangor.
Text
Analisis retorik risalah pilihan raya : kajian kes di Kelantan
Abstrak
Penyelidikan ini membincangkan mengenai kajian retorik dengan menumpukan pada aspek teknik-teknik retorik yang ada dimanfaatkan dalanm risalah pilihan raya umum ke-12 (PRU12). Teknik retorik dalam kajian ini merujuk kepada teknik ataupun kaedah yang digunakan untuk mempengaruhi pengundi supaya memberikan sokongan hanya kepada satu pihak. Risalah yang dipilih untuk kajian ini pula hanya tertumpu di negeri Kelantan dan dikutip semasa tempoh berkempen iaitu antara 24 Fcbruari 2008 hingga 8 Mac 2008. Berdasarkan gabungan dan serapan tiga model kajian retorik sedia ada, iaitu model Corbett (1971), model Asmah (1984) dan model Lee (200l), penyelidikan ini mengemukakan 13 teknik retorik berserta 39 subgolongan mewakili keseluruhan teknik retorik yang ada dimanfaatkan dalam risalah PRU12. Daripada 13 teknik retorik tersebut, didapati lapan daripadanya berperanan sebagai teknik retorik yang positif, manakala selebihnya pula merupakan teknik retorik yang negatif. Teknik retorik positif dalam penyelidikan ini bermaksud, teknik-teknik retonk yang secara umumnya digunakan bagi mengumpan sokongan pengundi tanpa memburukkan, merendahkan atau meremehkan pihak lawan. Manakala, teknik retorik negatif pula bermaksud, teknik-teknik retorik yang digunakan bagi mengumpan sokongan pengundi dengan cara menakut-nakutkan, memburukkan, merendahkan, atau meremnehkan pihak lawan. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan didapati bahawa di bawah kelompok teknik retorik positif, teknik pernyataan maklumat merupakan teknik retorik yang paling kerap dimanfaatkan, iaitu sebanyak 384 kali, manakala pada kelompok teknik pernyataan negatif pula, teknik kejian atau provokasi mendominasi dengan pemanfaatan sebanyak 320 kali daripada l1934 ayat. Selain daripada 13 teknik retorik tersebut dan kekerapan penggunaannya, penyelidikan ini juga memperoleh beberapa dapatan menarik, antaranya terdapat risalah pilihan raya yang lebih cenderung menampakkan kelemahan pihak lawan berbanding menonjolkan kelebihan yang dimiliki pihak sendiri.
Text
Pending dalam koleksi Muzium Negeri Terengganu : kajian tentang penghasilan dan estetika motif
Abstrak
Seni menghasilkan pending merupakan sebahagian daripada produk hasilan Senikraf Logam. Pembuatannya memerlukan penelitian dan kesungguhan agar setiap hasil pending mempunyai nilai-nilai falsafah dan estetika yang tinggi. Kini pending hanya menjadi sebahagian alat kebesaran DiRaja dan dipakai dalam majlis dan adat tertentu sahaja. Dahulu ketika kegemilangan kesultanan Melayu di nusantara, pemakaian pending merupakan antara satu kebanggaan dari aspek kemahiran, ketinggian darjat si pemakai, simbol kemewahan dan simbol keluarga DiRaja yang masyhur dan gagah. Kajian ini memfokuskan penghasilan pending dari Negeri Terengganu khususnya yang berada dalam simpanan Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai subjek pengkajian. Beberapa isu boleh dikaitkan dengan perkembangan seni pertukangan logam emas dan perak di Kuala Terengganu yang suatu ketika dahulu merupakan antara lokasi perusahaan yang terkenal bagi produk kraf seperti perhiasan diri dan produk kegunaan harian berasaskan logam emas dan perak. Bab 1, memberi pengenalan kepada kepentingan kajian ini terhadap aspek budaya, cabang kesenian dan kemahiran pertukangan kraf. Bab 2, menyatakan pengenalan kepada subjek kajian iaitu 10 jenis pending sebagai kajian disertasi ini. Bab 3, membincangkan metodologi serta kaedah pengkajian seni pending secara analisis formalistik. Manakala Bab 4 menyatakan kajian ke atas pending secara analisis estetik dan, Bab 5 menyatakan hasil kajian serta dapatan kajian.
Text
Hikayat Char Darwis : kajian berdasarkan teori puitika sastera Melayu
Abstrak
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre manuskrip Melayu lama sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana setempat, iaitu Professor Dr. Muhammad Haji Salleh. Teks Hikayat Char Darwis (HCD) ini telah ditransliterasikan oleh pengkaji berpandukan buku Transliterasi Kata Arab, Parsi dan Turki oleh Muhammad Bukhari Lubis dan Ali Haji Ahmad, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd tahun 2006. Segala keralatan ejaan disesuaikan dengan sistem ejaan yang terkini. Selepas itu baharulah penelitian dibuat mengikut halaman muka surat. Fokus kajian ini ialah melihat isi kandungan utama teks HCD dari aspek estetik. Teks HCD ini mengandungi 290 halaman dan terbahagi kepada empat bab yang berbeza. Pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetik pada teks HCD melalui Prinsip Perkataan Yang Indah-Indah dan Prinsip Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji telah membahagikan kajian ini kepada enam topik besar, iaitu Bab Pertama Pendahuluan yang merangkumi aspek Pengenalan, Latar Belakang Kajian, Permasalahan Kajian, Tujuan Kajian, Bahan Kajian, Batasan Kajian, Metodologi Kajian, Kajian Lalu, Kepentingan Kajian, Teori dan Unjuran Bab. Dalam Bab Kedua pula berkaitan dengan Filologi, konsep estetika Braginsky dan Muhammad Haji Salleh dan Teori Puitika Sastera Melayu. Prinsip-prinsip dalam Teori Puitika Sastera Melayu seperti Takrif dan Istilah, Fungsi Karya Sastera, Genre, Perkataan Yang Indah-Indah, Teks, Memperbaharui Pengarang, Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dan Khalayak Di Serambi Pentas dijelaskan dalam bab ini. Dalam Bab Ketiga pula pengkaji menulis berkaitan dengan Naskhah Hikayat Char Darwis Sebagai Sebuah Karya Sastera Melayu Klasik. Pengkaji memulai topik dengan Pengenalan, Keterangan Naskhah, Keadaan Naskhah, Ukuran Naskhah, Tulisan yang digunakan pada naskhah, Pengarang Naskhah, Judul/Tajuk Naskhah dalam bahasa Melayu dan Parsi, Kolofon, Ejaan, Gaya Bahasa, Struktur Ayat, Penggunaan Bahasa Klasik, Penggunaan Bahasa Simile, Bahasa Pinjaman, iaitu bahasa Arab, Parsi dan Jawa, Teknik Penyampaian, iaitu Teknik Naratif, Teknik Dramatik, Teknik Imbas Kembali, Teknik Monolog dan Kesimpulan. Dalam Bab yang Keempat pula, analisis dilakukan untuk melihat unsur Perkataan Yang Indah-Indah dalam Hikayat Char Darwis. Bab ini didahului dengan Pengenalan, Alatan Bahasa Sastera, Sopan Santun dan Strategi Pengarang Merendah Diri, Patut dan Kata, Bahasa yang Sempurna dan Tidak Janggal dan Kesimpulan. Bab Kelima pula merupakan analisis Unsur Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dan ianya didahului dengan Pengenalan, Hikayat yang Indah-Indah, Sastera Sebagai Pengajar, Dunia Nestapa, Yang Asli Itu Indah, Susunan Episodik, Seni yang Dramatik, Kesaktian/Keajaiban dan Kesimpulan. Topik yang terakhir merupakan Bab Keenam dan ia mengandungi Kesimpulan dan Saranan. Bab penutup ini merupakan kesimpulan hasil daripada perbincangan kajian. Pengkaji akan membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap kajian yang dilakukan ke atas teks HCD.
Text
Proses peminjaman Bahasa Thai dalam dialek Melayu Patani di Chana
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian yang meninjau proses peminjaman bahasa Thai (BTh) dalam Dialek Melayu Patani, khususnya Subdialek Chana (DMPC) dari perspektif Sosiolinguistik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat proses-proses peminjaman yang berlaku dari BTh dalam DMPC. Di samping itu. kajian ini turut menyentuh pengaruh bahasa lain dalam DMPC berdasarkan peminjaman bahasa. Data kajian bagi kata pinjaman BTh di dalam DMPc diperoleh melalui bahan tulisan dan lisan. Manakala data dari BTh pula diperoleh melalui bahan tulisan. Pemerhatian terhadap proses peminjaman BTh dalam DMPC melibatkan kajian persamaan antara BTh dan bahasa Melayu melalui dua proses penting, iaitu pengimportan dan penggantian. Seterusnya secara tidak langsung kajian ini turut menyentuh pengaruh BTh yang mempunyai peranan penting terhadap unsur-unsur leksikal DMPC. Selain daripada huraian terhadap proses peminjaman, analisis juga turut dilakukan terhadap proses perubahan kata pinjaman BTh dalam DMPC dari segi fonologi yang melibatkan perubahan vokal dan perubahan konsonan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil dapatan dar daripada kajian ini menunjukkan bahawa selain daripada berlakunya peminjaman secara langsung dari BTh, DMPC juga menyesuaikan kata pinjaman tersebut mengikut tatacara yang sedia ada dalam DMPC. Malah daripada kesan pinjaman, didapati adanya kata-kata yang boleh dianggap datang dari induk yang sama dan ada yang merupakan unsur pinjaman.
Text
Konsep jadi orang dalam masyarakat Melayu : satu kajian kes di negeri Terengganu
Abstrak
Kajian ini merupakan suatu percubaan untuk memahami konsep jadi Terengganu, orang' dan proses-proses yang dilalui olch orang Melayu, khususnya Melayu Kelulut. Konsep jadi orang' boleh digantikan dengan untuk 'menjadi orang'. konsep jenis personaliti unggul' (ideal personality type) yang memaparkan kriteria dan garis panduan terhadap ciri-ciri individu unggul. Penyelidikan telah dilakukan dengan dua kaedah, iaitu pertama, memahami makna ungkapan-ungkapan peribahasa dan pantun Melayu yang mengandungi nilai-nilai dan gambaran jadi orang' yang diwarisi turun-temurun di kalangan orang Melayu ; dan yang kedua, melakukan kajian lapangan di sebuah kampung Melayu (Kampung Kelulut) di Terengganu untuk mengenalpasti nilai-nilai dan konsep 'jadi orang' yang kini dipegang oleh orang Melayu. Mclalui peribahasa dan pantun Melayu, gambaran dan kriteria tentang ljadi orang' dan 'idak jadi orang' telah ditunjukkan. Perbincangan seterusnya mengenai nilai-nilai 'jadi orang' dijaiankan berdasarkan kepada enam kategori, iaitu nilai-nilai ekonomi, ilmu, kuasa, perpaduan, estetik dan agama. Tetapi, dalam komuniti Melayu Kelulut hanya tiga nilai sahaja yang diberi keutamaan, iaitu nilai agama, estetik dan perpaduan. Ini adalah kerana nilai ekonomi, kuasa dan ilmu sentiasa bertimbal-balik dan saling melengkapi dengan nilai agama, estetik dan perpaduan.
Text
Sintaksis ayat tanya bahasa Bidayuh Biatah : analisis pergerakan kata tanya -WH melalui penerapan teori standard tambahan
Abstrak
Kajian ini diusahakan untuk mengupas tentang sintaksis avat tanya -wh bahasa Bidayuh Biatah. Fokus kajian ditumpukan kepada pergerakan kata tanya -wh (KX (+ wh] ) dan frasa interogatif -wh (FX (+ wh) ) dalam ayat tanya -wh bahasa tersebut. Kajian ini dibuat berdasarkan dua bentuk avat, iaitu ayat selapis dan ayat kompleks. Analisis tentang pergerakan KX (+ wh) dan FX + wh] dibuat secara teoritis melalui penerapan Teori Standard Tambahan (EST) vang diperkenalkan oleh Chomskv (1970). Dapatan kajian menunjukkan berlakunya dua jenis pergerakan -wh dalam bahasa Bidayuh Biatah, iaitu pergerakan kepala dan pergerakan unjuran maksimal. Pergerakan kepala melibatkan pergerakan elemen yang bertaraf kata, iaitu Kata Nama (KN (+ wh] ) yang berperanan sebagai objek kepada frasa predikat utama, manakala pergerakan unjuran maksimal melibatkan pendepanan elemen yang bertaraf frasa, iaitu frasa interogatif (FX [+ wh] ) yang terdiri daripada FN (+ wh], FK (+ wh], FAdv. [+ wh), dan FSN [+ wh]. Pergerakan FX (+ wh) berlaku dalam dua cara, iaitu pergerakan keseluruhan FX [+ wh] yang mengisi unsur utama frasa predikat dan pergerakan predikat FX (+ wh] yang bertindak sebagai sebahagian daripada unsur frasa predikat. Kajian ini mengandaikan bahawa ayat tanya wh-in-situ dikategorikan sebagai salah satu jenis ayat tanya dalam bahasa Bidayuh Biatah. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan pergerakan -wh yang berlaku terdiri daripada pergerakan unjuran maksimal. Ini berlaku kerana hampir semua pergerakan FX + wh] bertaraf frasa.
Text
Effectiveness of compensatory self-instructional materials in Bahasa Malaysia for Standard Three pupils
Abstrak
The primary aim of this study is to investigate the effective ness of seif-instructional materials as complementar; aids for the teaching of Bahasa lalaysia at the Standard Three lovel of the Malaysian primary schoo ls. It also intends to investigate the DOSs ible effects of other variables, namely, ability, first language and second language learning experience and sex.
Text
A comparison of two methods of teaching Malay affixes to form five non-Malay pupils in a national-type secondary school in Kuala Lumpur
Abstrak
This study is designed to compare the effectivenese of two methods of teching Malay affixes, namely the grammer study and the oral drill methods, to Form V non-Malays pupils in a national tyoe secondary school in Kuala Lumpur
Text
Mitos kekalahan dan imej-imej pemberontakan dalam drama moden Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kons ep 'mi tos kekalahan dan imej-imej pemberontakan' yang didedahkan dalam beberapa drama moden Malaysia. Dramatis-dramatis yang dibahas dalam kajian ini adalah Syed Alwi, Noordin Hassan, Johan Jaaffar dan Dinsman. Empat orang dramatis yang tersebut memaparkan ciri-ciri 'mitos kekalahan dan imej-imej pemberontakan' secara langsung. Boleh dikatakan pula mereka memperlihatkan identiti yang jelas untuk mewakili dramatis-dramatis moden Malaysia. Untuk tujuan i tç, tesis ini dibahagikan ke dalam lima bab.
Text
Muzik tradisional Melayu di Kedah Utara : ensembel-ensembel wayang kulit, mek mulung dan gendang keling dengan tumpuan kepada alat-alat, pemuzik-pemuzik dan fungsi
Abstrak
Dalam tesis ini penulis cuba menganalisa tiga jenis ansembel muzik tradisional đi Utara Keđah iaitu Wayang Kulit. Sri Asun, Mek Mulong Sri Kedah dan Gendang Keling kampong Wang. Dalam ketiga-tiga jenis ensembel huraian đitunpukan pada tiga bidang penting iaitu alat-alat muzik yang membentuk ensembel itu, pemuzik-pemuziknya dan fungsi muzík dalam masyarakat Melayu.
Text
Perancangan bahasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman perang dunia kedua
Abstrak
Tesis ini mengkaji perancangan bahasa Pemerintahan Tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua. Tujuan utama adalah untuk menghuraikan perancangan bahasa dan pendidikan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Bab 1 membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, bidang kajian dan kaedah kajian. Dalam Bab 2 dibincangkan sejarah ringkas perkembangan bahasa Melayu. Sebagai latar belakang kepada huraian tentang bahasa Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua, amat wajar dilihat sejarah perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu. Tekanan utama ialah huraian daripada sumber Jepun. Dalam Bab 3 dibincangkan bahasa Melayu di Malaysia di bawah penjajahan Barat, dan dalam Bab 4 bahasa Melayu di Indonesia di bawah penjajahan Barat. Kedua-dua bab ini diperlukan untuk membandingkan perancangan bahasa dan pengaruh penjajah Barat, terutama Inggeris dan Belanda, dengan amat perancangan bahasa dan pengaruh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Dalam Bab 5 dan Bab 6 dibincangkan beberapa aspek dasar perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Alasan dan tujuan tentera Jepun untuk masuk ke Malaysia dan Indonesia diperturunkan sebagai latar belakang perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Perbezaan sikap Pemerintahan Tentera Jepun tentang pelaksanaan bahasa Melayu Tanah Melayu dan Indonesia, dan juga perbezaan sikap tentang perancangan bahasa di antara penjajah Barat dengan Jepun dijelaskan dalam bab ini. Dalam bab terakhir, iaitu Bab 7, disimpulkan keseluruhan hasil kajian ini, dengan sedikit huraian tentang hubungan pada masa sekarang di antara Malaysia dan Indonesia dengan Jepun di bidang ekonomi, budaya dan pendidikan.
Text
The development of a language syllabus and teaching material : a case study of the University of Malaya English for Special Purposes Project
Abstrak
The thesis is that a research and development project may be set up to develop a language syllabus and teaching materials which are specifically tailored to the needs of a particular group of students and which takes full account of the constraints of the general language situation and of appropriate methodologies. The argument is based on an indepth study of the Un iversity of Malaya English for Special Purpose Project where the materials developed went through several editions.
Text
Penggunaan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Abstrak
Kajian ini mengkaji penggunaan bahan akhbar dan majalah sebagai alat bantu dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Seramai 150 orang guru yang mengajar bahasa Melayu daripada 14 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah dipilih sebagai responden kajian. Untuk melengkapkan kajian, 100 orang murid sekolah dan tiga buah buku teks turut dipilih sebagai sampel kajian. Tesis ini terbahagi kepada 6 Bab. Bab Pertama ialah bab pendahuluan, iaitu pengenalan kepada kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, hipotesis hipotesis, rasional kajian, kaedah dan alat kajian, dan pemilihan sampel. Bab kedua pula menerangkan secara ringkas sejarah penggunaan bahan akhbar dan majalah sebagai alat bantu mengajar, kajian-kajian lepas yang berkaitan dan konsep-konsep penting. Bab ketiga merupakan bab analisis penggunaan bahan akhbar dan majalah di dalam buku teks, manakala bab keempat memaparkan data-data dan keputusan-keputusan kajian berkenaan pola penggunaan bahan akhbar dan majalah di kalangan guru-guru sekolah. Bab kelima pula memfokuskan perhatian kepada analisis sejauh manakah bahan-bahan berunsurkan sastera di dalam akhbar dan majalah boleh digunakan untuk mengajar bahasa Melayu. Bab keenam merupakan bab kesimpulan, rumusan dan cadangan.
Text
Listening comprehension and some related factors : a study of Form Four pupils in selected schools in Selangor
Abstrak
This paper sets out to study the listening ability and behaviour of 192 Form IV pupils in four schools randomly selected from the state of Selangor. In the absence of suitable listening tests with the right cultural setting and level of difficulty, a test bat tery was created and developed through three pilot tests for the purpose of testing three skills.
Text
Struktur sistem kebudayaan Naning dari aspek sejarah kebudayaan
Abstrak
Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan langsung dengan Pagar Ruyong di Sumatera Barat. Penghijrahan orang Minang ke kawasan hulu Melaka pada abad ke-14 mewujudkan beberapa penempatan baru yang dikenali sebagai Nagari Nan Sambilan dan Naning merupakan sebahagian dari persekutuan ini. Interaksi sosial perantau Minang dengan orang asal mewujudkan sebuah asimilasi kebudayaan baharu. Naning adalah negeri yang mengamalkan sistem adat Perpatih dan konsep matrilineal dalam kehidupan sosial mereka. Penyelidikan ini merupakan usaha untuk mendalami sistem ilmu pengetahuan orang Naning mengenai konsep pemikiran mereka terhadap dunia untuk membentuk sebuah kehidupan lengkap. Berdasarkan penyelidikan lepas, maklumat telah dikelaskan dalam konteks konvesional sehingga mewujudkan sentimen etnosentrik. Kerangka corak dalam sistem kebudayaan Naning harus dibentuk mengikut sistem kebudayaan tempatan untuk memahaminya secara jelas. Justeru, kajian lapangan adalah kaedah utama yang digunakan dalam mengeksplorasi kebudayaan setempat. Perkara penting dalam kebudayaan Naning diberi perhatian dan dianalisis mengikut kaedah antropologi kebudayaan untuk membuat kerangka mudah dalam konteks akademik. Penghasilan struktur kebudayaan mampu meningkatkan kefahaman umum terhadap institusi Naning. Justeru, penyelidikan ini akan menjadi sebuah panduan umum mengenai Naning dengan mengurangkan nilai etnosentrik. Penghasilan struktur dan pola kebudayaan yang tersusun menunjukkan masyarakat Naning telah membentuk sebuah konsep pemikiran teratur dalam menjalani kehidupan mereka.
Text
Cerita-cerita Awang Batil : kajian rasa fenomenologi
Abstrak
Cerita Awang Batil merupakan salah satu sastera tradisional yang harus diperlihara serta dipertahankan supaya tidak dilupakan begitu sahaja pada suatu masa nanti. Kajian cerita-cerita Awang Batil dari Perlis ini disesuaikan dengan teori Rasa Fenomenologi serta input-input Islam untuk melihat nilaj nilai estetik yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Cerita-cerita yang menjadi bahan kajan ini meliputi dua generasi, iaitu cerita yang disampaikan oleh arwah Encik Mahmud Wahid serta cerita yang dipertuturkan oleh naknya, Encik Ramli Mahmud. Cerita-cerita tersebut ialah "Cerita Awang Miskin', 'Cerita Sri Miskin', Cerita Mek Siti Galin', Cerita Awang Denoi atau Raja Kamaruzaman', Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi, 'Cerita Awang Betui' dan Cerita Awang Akar Larak. Cerita-cerita ini ditranskripsi dengan menggunakan dialek perlis untuk mengekalkan keaslian cerita tersebut. Daripada analisis tersebut, rasa yang paling banyak dan dominan timbul ialah rasa cinta, rasa wira, rasa malu, rasa syukur, rasa duka dan rasa marah. Rasa-rasa yang timbul daripada cerita cerita tersebut sekaligus dapat mengambarkan cara hidup dan budaya masyarakat yang diceritakan. Selain itu kajian ini juga dapat menyerlahkan ketokohan sesorang penglipur lara dalam menyampaikan sesebuah cerita.
Text
Pendidikan moral untuk kanak-kanak : kes teater "Siti di Alam Fantasi"
Abstrak
Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap pendidikan moral untuk kanak kanak yang diteliti melalui satu persembahan teater muwzikal kanak-kanak jaitu persembahan teater Siti di Alam Fantasi (SDAF). Penelitian dibuat berdasarkan kepada dua sudut utama dalam menilai sesebuah teater iaitu daripada sudut skrip dan juga persembahan. Aspek skrip yang terdiri daripada tema, plot, watak dan dialog serta aspek persembahan yang terdiri daripada kepelbagaian elemen kekaguman, dilihat mampu untuk menyerlahkan nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarahnya. Di sebalik pementasan teater SDAF sebenarnya tersirat berbagai unsur pengajaran yang merangkumi nilai-nilai murni seperti nilai kekeluargaan, budaya dan agama serta etika dalam perhubungan, baik sesama manusia, hubungan manusia dengan alam mahupun hubungan manusia dengan perncipta. Pengkaji melihat usaha yang dilakukan oleh penulis skrip dalam merealisasikan sebuah karya dalam berntuk skrip kepada sebuah persembahan teater sebagai suatu usaha yang positif ke arah mengembangkan ilmu teater dari peringkat awal lagi. Kemunculan teater ini yang juga telah mencatat kutipan box office di Istana Budaya seakan memberi nafas baru kepada bidang teater kanak-kanak untuk diperkembangkan lagi setelah sekian lama diabaikan. Kekreatifan pengarah dalam memanfaatkan aspek audio visual yang canggih dalam mementaskan teater ini telah berjaya menarik minat audien, khususnya kanak-kanak. Justeru, pengkaji melihat kekuatan kedua-dua aspek ini iaitu aspek skrip dan dibantu oleh aspek persembahan dalam meneliti nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarah teater ini dengan lebih berkesan. Tanggapan bahawa teater SDAF sekadar sebuah teater muzikal kanak-kanak yang berbentuk hiburan semata-mata harus disangkal dan dibuktikan dengan menyelami dan meneliti secara terperinci mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah teater ini.
Text
Ayat tunggal dialek Melayu Patani : satu analisis transformasi-generatif
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian struktur ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani berdasarkan secara umumnya kerangka Teori Standard, iaitu Tatabahasa Transformasi Generatif yang diperkenalkan Chomsky (1965). Matlamat ka iian ini adalah untuk : melihat sejauh mana kerangka teori itu dapat diterapkan ke dal am analisis ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani, menghasilkan kajian sintak sis dial ek Melayu Patani dengan menggunakan teori tataba hasa transfo rmasi-generatif dan juga melihat persamaan dan perbezaan struktur ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani dengan struktur yang sama di dalam bahasa Malay sia. Hasil analisis ini boleh disimpulkan seperti ber ikut.
Text
Campuran pemasaran dan profil audiens-penemuan empirikal seni persembahan di Malaysia
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat ciri-ciri audiens yang hadir menyaksikan seni persembahan di Malaysia. Selain itu, kajian ini cuba membentuk model asas campuran pemasaran bagi sektor seni persembahan serta meninjau sama ada terdapat perkaitan antara campuran pemasaran yang dijalankan oleh pihak penganjur seni persembahan dengan profil audiens yang menyaksikan persembahan tersebut. Kajian ini merangkumi 1,352 audiens seni persembahan di Malaysia yang menyaksikan 33 buah persembahan terdiri daripada teater, tarian dan muzik. Hasil yang diperolehi mendapati audiens daripada jenis seni persembahan yang berbeza mempunyai profil serta corak gaya hidup yang berbeza. Semua audiens seni persembahan di Malaysia didapati sensitif dengan isu-isu berkaitan dengan seks, keganasan, keagamaan dan budaya. Penemuan kajian ini berjaya menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara campuran pemasaran yang dijalankan oleh pihak penganjur dengan profil audiens yang menyaksikan persembahan tersebut.
Text
Karya Ahmad Khalid Yusof : kajian formalistik
Abstrak
Penyelidikan berfokus kepada penelitian dan penilaian terhadap karya seni tampak iaitu karya catan dan cetakan yang dihasilkan oleh Allahyarham Ahmad Khalid Yusof. Kepentingan dalam mengkritik dan mengapresiasi seni di Malaysia khususnya seni tampak masih dianggap baru untuk dipersoalkan. Melihat kepada kepentingan seni ini, tercetusnya ilham untuk melakukan penyelidikan ini kerana masih terdapat ketandusan bahan informasi, sumber dokumentasi serta pendedahan mengenai dunia seni tampak Malaysia. Dengan menggunakan metode penelitian deskriptif-kualitatif, pengumpulan data dilakukan melalui literatur dan pemerhatian. Sebanyak 152 karya telah didokumentasikan, hanya tiga puluh buah karya dipilih sebagai sampel kajian, berdasarkan enam buah siri pameran perseorangan Ahmad Khalid. Kesemua sampel akan dianalisis secara khusus, dengan menggunakan pendekatan formalistik serta ikonografi bagi menjawab persoalan bentuk dan makna (ikonografi) yang diperkenalkan oleh ahli sejarah seni Erwin Panofsky (1862-1968). Selain itu, bagi membantu mencapai objektif kajian disertakan dengan ilmu formalistik dari pandangan seni Islam yang diperkenalkan oleh Al-Faruqi. Ternyata Ahmad Khalid berjaya menterjemahkan makna alam semula jadi, jati diri dan budaya Melayu serta memanifestasikan makna kelslaman dalam karyanya. Kepelbagaian konsep dan teknik menjadikan variasi dalam dunia seni tampak khususnya dalam catan yang subject matter huruf Jawi atau diklasifikasikan sebagai seni Jawi semakin meriah walaupun Ahmad Khalid telah meninggalkan dunia alam seni lukis Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat pada karya Alif Ba Ta, dipilih mewakili stail atau gaya Ahmad Khalid di atas beberapa persamaan gaya pada karya seniman yang sealiran dengannya.
Text
The dilemma of development : a study of the relationship between the community of condet and supralocal Institutions in Jakarta
Abstrak
Thus continuous people now under groups . alone; What the explanation anthropologiical scrutiny gOes on interaction and Comnunication with other s0cial are in in Gopalpur, India and Alcala de la the outside Siera in Spain Cannot be explained in terms of that village forces reactions of must include impinging consideration both of on these villages and of the villagers to these forces (Wolf 1966:1).
Showing 101 to 150 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->