Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Kesinambungan bahasa dalam karya sastera Melayu [Malaysia] : satu kajian linguistik daripada sudut sintaksis
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat terapan, iaitu menghubungkan rumus-rumus tatabahasa dengan pe laksanaan rumus-rumus tersebut dalam penulisan karya sastera. Tujuan asasi kajian ini ialah meninjau hakikat kesinambungan (continuity) bahasa Melayu dengan berdasar pada karya sastera (prosa) yang dipilih berasaskan dua zaman secara kasar, iaitu zaman klasik dan z aman moden. Tumpuan yang diberikan untuk meninjau kesinambungan bahasa Melayu dalam kajian ini ialah aspek sintaksis atau pembinaan ayat. Kajian ini menggunakan rangka Tatabahasa Transfo rmasi- Generatif sebagai model analisis.
Text
Serunai Kelantan : teknologi dan aplikasi
Abstrak
Serunai Kelantan ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu yang digunakan di dalam persembahan muzik Wayang Kulit Kelantan dan muzik Gendang Silat. la merupakan satu Teknologi Melayu yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di negeri Kelantan, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini kini di ambang kepupusan. Kedatangan muzik dari barat telah menyebabkan masyarakat mula mengabaikan kesenian tempatan khususnya kesenian Melayu. Ini secara tidak langsung menyebabkan alat muzik tradisional Melayu seperti Serunai Kelantan ketinggalan dari segi perkembangan dan pembangunan. Aspek teknologi adalah salah satu kunci untuk memastikan warisan bangsa ini terus dipelihara. Menyedari hakikat ini kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi dijalankan untuk mengkaji aspek teknologi yang wujud pada Serunai di samping membincangkan aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat yang mendukungnya. Teknologi pembuatan Serunai Kelantan di bengkel-bengkel pembuatan alat muzik di sekitar negeri Kelantan di dokumentasi oleh penyelidik. IImu Sains Fizik yang menggunakan pendekatan kaji gelombang bunyi digunakan bagi melihat aspek teknologi yang ada pada Serunai Kelantan manakala pendekatan ilmu muzik digunakan bagi melihat aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat. Kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi ini mampu membuka mata ramai pihak bahawa alat muzik ini adalah warisan bangsa Melayu yang unik dan berpotensi untuk dimajukan.
Text
Kedudokan wanita di-dalam masharakat Melayu beradat perpateh di Negeri Sembilan
Abstrak
Tisisi ini ialah satu kajian tentang wanita didalam masharakat Melayu beradat Perpateh di Mukim Seri Menanti
Text
Laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial : analisis perbandingan
Abstrak
Laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial ialah dua laras yang mengungkapkan ilmu pengetahuan di samping buah fikiran dan perasaan. Kedua-dua laras ini digunakan dengan banyaknya dalam majalah, buku-buku dan dalam situasi pengajaran di sekolah dan di institusi-institusi pengajian yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial dalam teks yang dipilih. Seterusnya, kajian ini juga melihat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Sorotan kajian memperlihatkan banyak kajian tentang laras bahasa Melayu telah dilakukan. Namun, kajian yang dihasilkan tidak bersifat bandingan. Tambahan pula, sorotan kajian menunjukkan bahawa masih kurang pengkaji menggunakan majalah yang bersifat ilmiah seperti Dewan Budaya dan Dewan Kosmik sebagai bahan kajian untuk mengkaji laras apatah lagi laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Olelh itu, kajian ini diharap dapat memenuhi kekosongan ini. Kajian ini dilakukan untuk memahami konteks laras bahasa dengan lebih terperinci dan akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas tentang perbezaan yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengenal pasti ciri-ciri khusus yang terdapat dalam laras bahasa sains dan laras bahasa sains sosial. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian analisis teks dengan mengaplikasikan dan mengadaptasi pendekatan Leech dan Short (1981). Namun oleh sebab Leech dan Short menggunakan pendekatan ini untuk mengkaj1 teks sastera dalam bahasa Inggeris, beberapa penyesuaian telah dibuat agar lebih relevan dengan teks yang dikaji. Data korpus yang digunakan ialah rencana untuk bacaan umum dalam makalah Dewan Kosmik dan Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2011. Analisis ini telah meneliti empat aspek kajian, iaitu leksikal, tatabahasa, keindaharn bahasa, dan kohesi dan koheren. Aspek leksikal meneliti bentuk kata, aspek keformalan dan penggunaan kata khusus. Bahagian tatabahasa pula memberi tumpuan kepada morfologi dan sintaksis. Aspek keindahan bahasa berfokus kepada peraturan tatabahasa, peraturan fonologi dan kiasan manakala kohesi menganalisis aspek penggunaan lima penanda wacana dan aspek koheren meliputi lapan hubungan wacana dari aspek semantik. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua laras mempunyai ciri keempat empat aspek yang dikaji, iaitu aspek leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa dan kohesi serta koheren. Laras bahasa sains didominasi oleh kata tunggal khusus yang kompleks, kata majmuk istilah khusus dan kata kerja terbitan, manakala laras sains sosial didominasi oleh kata tunggal umum yang kompleks dan kata kerja terbitan. Namun dari segi penggunaan kata majmuk, laras bahasa sains sosial menguasai ketiga-tiga jenis kata majmuk dan kata kerja terbitan. Dari segi kefomalan, laras bahasa sains bersifat lebih formal berbanding dengan laras bahasa sains sosial. Penggunaan kata khusus juga amat jelas dalam laras sains. Aspek tatabahasa menunjukkan kedua-dua laras banyak menggunakan kata nama berbanding dengan jenis kata yang lain. Dari aspek keindahan bahasa, laras bahasa sains sosial kaya dengan pelbagai jenis keindahan bahasa berbanding dengan laras bahasa sains yang bersifat lebih formal. Aspek kohesi dan koheren jelas membuktikan kedua-dua laras mempunyai unsur wacana yang mantap serta kesinambungan yang berkesan dalam memberi pemahaman kepada pembaca.
Text
Identiti masyarakat Mandaling di Kampung Batu Empat, Slim River, Perak
Abstrak
Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat yang mempunyai kenelbagaian etnik atau multi - etnik yang hidup dalam satu rumpun negara iaitu negara Malaysia. Kepelbagaian adat, budaya dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang istimewa dan mempunyai keunikannya istimewa yang tersendiri. Kajian ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada salah satu kelompok etnik yang terangkum dalam rumpun Melayu, iaitu masyarakat Mandailing, khususnya yang terdapat di daerah Slim River, Perak. Elemnen utama yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah berfokus kepada aspek identiti masyarakat ini yang dilihat dari aspek kekeluargaan dan perkahwinan di kalangan masyarakat ini. Kajian ini cuba melihat tentang identiti utama yang masih terus dipertahankan sehingga kini dan membezakan masyarakat Mandailing ini dengan kelompok etnik yang lain. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa masyarakat Mandailing ini sudah tentu mempunyai identiti mereka yang unik dan tersendiri. Kajian ini diharapkan mampu memberikan kita gambaran tentang identiti mereka, khususnya kepada generasi muda kini supaya ianya tetap terpahat kukuh sebagai jati diri dan lambang kebanggaan mereka. la seterusnya akan menjadi warisan tradisi yang perlu aikekalkan zaman berzaman agar tidak luput ditelan arus peredaran masa, bak kata pepatah Melayu, *"tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".
Text
Hikayat Nabi Ayub sebagai sebuah karya sastera dan perbandingan dengan Al-Quran
Abstrak
Hikayat Nabi Ayub, selanjutnya disebut dengan singkatan HNA merupakan salah satu kisah yang terdapat dalam khazanah klasik kita. Ismail Hamid (1983) mengelompokkan cerita ini ke dalam kelompok Hikayat Islam Melayu. Sebagai sastera klasik, HNA berkemungkinan besar berisi hal-hal penting yang berguna dan boleh dijadikan iktibar bagi kehidupan manusia masa kini. Selepas dibuat penelitian terhadap HNA ini diketahui bahawa terdapat lima buah naskhah dan tersimpan di beberapa tempat. Hasil penelitian juga mendapati buku-buku tentang cerita-cerita biografi (kisah riwayat hidup) Nabi Ayub yang dikarang semula dan dijadikan cerita untuk bacaan umum begitu banyak diterbitkan. Ini menunjukkan kisahnya tersebar luas dan diketahui ramai.
Text
Teori strukturalisme genetik : penerapan terhadap novel-novel Pramoedya Ananta Teor
Abstrak
KEDUDUKAN Pramoedya Ananta Toer dalam konteks perkembangan sastera modcn Indonesia khususnya di era Angkatan 45 telah diteliti dari pelbagai perspektif oleh sarjana-sarjana Indonesia, Malaysia dan Barat. Sumbangan besar dalam mengubah hala tuju sastera kotemporari Indonesia selepas perang telah memberi kesan penting khususnya dari aspek gaya, pendekatan dan tema. Novel-novelnya sebagai contoh, merupakan pandangan kesedaran kelompok masyarakat bawahan Indonesia dalam memperjuangkan kepentingan mercka. Pembahasan dalam tulisan ini dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik oleh Lucien Goldmann akan melihat bagaimana aspek-aspek kesedaran kolektif diketengahkan. masyarakat bawahan dalam tiga era Menerusi disertasi ini, penerapan teori Strukturalisme Genetik ke dalam novel novel Pramoedya dibahagikan kepada enam bab. Bahagian pertama penulisan ini ialah n pendahuluan yang akan memaparkan tujuan kajian, kajian terdahulu terhadap novel-novel Pramoedya, kacdah kajian dan pendekatan yang digunakan. Bab pertama pula ialah pengenalan terhadap teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann yang merupakan teori sosiologi sastera yang paling `lengkap' berbanding dengan dengan teori-teori pasca Marxisme yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana sebelumnya. la juga memperlihatkan bagaimana penerapan teori ini ke dalam karya The Hidden God. Bab kedua merupakan latarbelakang sosial Pramoedya yang menjadi asas kepada gaya kepengarangannya. Antara lain latarbelakang kehidupan di kota miskin Blora dan hubungan eratnya dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) yang merupakan organisasi kebudayaan di bawah Parti Komunis Indonesia yang ditubuhkan pada 1952 di Solo, Jawa Tengah. Bab ketiga merupakan penerapan teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann ke dalam novel-novel Bumi Manusia, Jejak Langkah dan Anak Semua Bangsa yang terangkum di dalam tetralogi Bumi Manusia. Novel-novel ini merupakan pandangan pandangan kesedaran kelompok Pramoedya tentang masyarakat Indonesia pada era kolonial Belanda (Hindia Belanda). Bab keempat merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel zaman perang yang dipilih untuk dianalisis iaitu Keluarga Gerilya (1952) dan Perburuan (1950). Bab kelima merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel pasca perang Revolusi atau lebih dikenali sebagai era Orde Lama. Dalam analisis untuk bab ini, tiga novel dipilih iaitu Bukan Pasar Malam (1954), Korupsi (1956)dan Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1957). Bab keenam merupakan kesimpulan dari analisis ini dengan mengemukakan sejauhmana teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann dapat diterapkan ke dalam novel-novel Pramoedya sesuai dengan pandangan-pandangan pertentangan kelasnya.
Text
Perusahaan perahu di Trengganu
Abstrak
mesi8 ini adalah meIupakan satu ka jian kes mengenai Perusahaan Perahu Di Tren gganu, Kajian ini meliputi perusahaan-perusahaan dan tukang-tukang perahu diseluroh Negeri Trengganu. Perhat ian diberi kepada beberapa aspek mengenai perusahaan itu, iaitu latar perusahaannya, persejarahan, peranan perusahaan didalam masyarakat, modal, teknolo gi dan budaya,
Text
Permainan boneka di dalam pembelajaran kanak-kanak : satu kajian kognitif di Tabika KEMAS
Abstrak
Kajian ini merupakan penyelidikan yang dËjalankan ke atas teater boneka dalam menunjukkan perkembangan kognitif kanak-kanak di prasekolah khususnva Tabi KEMAS iaitu melalui tahap peningkatan dan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti boneka seperti bercerita, awal sains, pengelasan, seriasi dan konsep nombor. Aktiviti-aktiviti ini merupakan komponen kognitif yang di ambil di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual cikgu, kanak-kanak dan hasil lembaran kerja/portfolio kanak-kanak yang digunakan untuk mendapatkan data analisis. Responden kajian terdiri daripada seorang cikgu tabika dan dua belas orang kanak kanak prasekolah khususnya di Tabika KEMAS, Ampat Tin, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ialah bukan eksperimental. Data analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). la menggabungkan data kualitatif dan kuantitatif. Dalam penentuan kaji selidik terhadap kemahiran berfikir secara sistematik, hasil lembaran kerja kanak-kanak, interaksi antara kanak-kanak dan cikgu telah dilibatkan dalam permainan boneka menerusi kaedah penceritaan dan ujikaji sains. Pengukuran terhadap tahap kognitif kanak-kanak dibina melalui daya ingatan (memory recall) dalam teknik penceritaan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan subjek matematik dan sains.
Text
Nilai pendidikan dalam cerita Burung Gasing di daerah Kampar
Abstrak
Penelitian tentang "Nilai-Nilai Yang Terdapat Dalam Cerita Burung Gasing Daerah Kampar" Dapat ditarik suatu kesimpulan bahwä "Cerita Burung Gasing" ini mengandung nilai-nilai pendidikan yanq perlu dilestarikan dan diperkenalkan kembali kepada di Daerah Kampar khususnya, dan para pencipta sastra pada umumnya.
Text
Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan
Abstrak
Kajian ini mengenai migrasi buruh penduduk ke luar negeri Kelantan, satu kajian kes dibuat di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Tujuan utama kajian ini untuk melihat faktor-faktor penolak dan penarik menyebabkan penduduk Mukim Kubang Chenok berhijrah untuk bekerja di Singapura pada pertengahan tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-an, proses penghijrahan, kesan-kesan demografik dan sosio-ekonomi terhadap responden dan keluarga. Ketiadaan pekerjaan di kampung, upah rendah dan kesusahan kehidupan di kampung merupakan faktor penolak penting menyebabkan responden berhijrah untuk bekerja di Singapura. Faktor di atas disokong oleh ketiadaan komitmen di kampung untuk responden berhijrah. Faktor penarik penting adalah upah tinggi di Singapura, terjamin untuk mendapat pekerjaan, mempunyai saudara-mara, rakan-rakan atau, pencari pekerja yang sudah, biasa bekerja di Singapura. Faktor penarik yang menjadi sokongan adalah; terdapat banyak barangan berjenama dan bermutu, tidak susah untuk makan dan minum. Singapura, walaupun jauh jaraknya, responden dapat balik ke kampung dalam masa satu hari. Majoriti rsponden bekerja di Singapura melebihi 8 tahun. Jangka masa tersebut agak lama dan memberi kesan terhadap fertiliti dan sosio-ekonomi responden dan keluarga. Didapati purata jumlah anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri responden lebih rendah daripada purata penduduk Mukim Kubang Chenok secara keseluruhannya, dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dengan purata bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri penduduk Mukim yang suami mereka tidak pernah bekerja di Singapura. Dari segi sosio-ekonomi pula, secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa pemergian responden ke Singapura telah dapat membantu mereka membiayai persekolahan anak-anak dan pencapaian akademik anak-anak mereka telah meningkat. Hasil responden telah pendapatan bekerja di Singapura, kebanyakan dapat membina dan membaiki rumah mereka. Segala kelengkapan rumah seperti televisyen, peti sejuk, telefon, kerusi set dan dapur gas telah dimiliki oleh keluarga responden. Di samping itu, majoriti responden juga telah dapat membeli motosikal, dan ada yang membeli motokar sebagai alat pengangkutan diri dan keluarga. Kemahiran yang responden dapati sangat berguna. Walaupun pada pertengahan tahun 1990-an, mereka sudah tidak lagi boleh pergi bekerja di Singapura, kemahiran mereka peroleh menyebabkan mereka boleh bekerja di Kelantan atau di negeri-negeri lain di Malaysia dengan kadar upah lebih tinggi sebagai pekerja mhir. Berdasarkan keadaan fizikal rumah dan pemilikannya, pemilikan harta harta lain, pekerjaan dan pendapatan semasa, taraf hidup responden dan keluarga boleh dianggap agak tinggi.
Text
Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis
Abstrak
Pada asasnya penulisan ini adalah untuk membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan serta world-view masyarakat Iban melalui cerita-cerita rakyat yang telah dihasilkan oleh masyarakat ini sendiri. Ini kerana setiap cerita rakyat yang terhasil dalam masyarakat ini adalah banyak dipengaruhi peristiwa dan pengalaman hidup mereka. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban. Saya telah merakamkan cerita rakyat masyarakat Iban ini ke dalam pita rakaman. Sebanyak sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban telah berjaya dikumpul oleh penulis. Keseluruhannya kajian ini telah mengkaji peranan dan aspek kemasyarakatan cerita rakyat masayarakat Iban ini. Pendekatan kajian seperti yang dikemukakan oleh Plummer iaitu seorang pengkaji Barat yang banyak menulis tentang peranan cerita rakyat terhadap masyarakat yang menghasilkannya digunakan dalam kajian ini. Keseluruhan kajian tertumpu kepada aspek kehidupan masyarakat yang melahirkan teks cerita rakyat tersebut. Teori sosiologi sastera seperti yang dikemukakan oleh Plummer telah digunakan dalam kajian ini. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama. Anataranya ialah berhubung dengan bila cerita rakyat ini telah wujud dalam masyarakat penciptanya, siapakah khalayak karya atau siapakah golongan yang mendengar cerita rakyat itu, hubungan karya dengan dunia sosial, situasi sosio-budaya dan politik masyarakat cerita rakyat itu, tanggungjawab sosial pengarang dan akhir sekali mengapa tema-tema tertentu dipilih. Hasil atau dapatan daripada kajian ini, kita telah mengetahui bahawa teori sosiologi mengikut Plummer amat sesuai bagi mengkaji kehidupan dan budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Iban. Aspek yang telah dikemukakan oleh penulis dalam mengkaji cerita rakyat Iban ini begitu sesuai dalam mencari persoalan tentang hasil kesusasteraan masyarakat Iban yang semakin pupus ini. Melalui kajian terhadap cerita rakyat Iban ini, kita telah mengetahui tentang corak hidup orang Iban yang masih lagi teguh menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi huma, berburu dan masih lagi mengekalkan corak hidup yang mendiami rumah panjang. Secara tidak langsung, melalui cerita rakyat masyarakat Iban, kita mendapati bahawa orang Iban masih lagi kukuh memegang adat serta kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sampai ke hari ini. Lantas, atas dasar ingin membongkar rahsia ketinggian nilai cetusan pemikiran masyarakat tradisi, pada pendapat penulis amat perlu untuk cerita cerita rakyat khazanah bangsa ini diberi perhatian wajar dengan meneliti dan memberi interpretasi terhadap fungsi yang tersembunyi dibalik keseronokkan cerita. Apa yang paling penting ialah cerita atau bahan-bahan yang bakal dikaji memaparkan eleman tentang nilai kehidupan atau nilai kemasyarakatan masyarakat yang menghasilkannya.
Text
Dialek Melayu Patani dan bahasa Malaysia:Satu kajian perbandingan dari segi Fonologi, Morfologi dan Sintaksis
Abstrak
Disertasi ini bertujuan untuk membandingkan Dialek Melayu Patani dengan Bahasa Malaysia dalam bidang Fonologi, Morfologi, Sintaksis dan Leksikal secara struktur dan saintifik. Untuk mencapai tujuan tersebut, bahan bahan yang dikumpulkan pada sekitar tahun 1980-an telah digunakan untuk menganalisisnya. Dalam bidang Fonologi didapati Dialek Melayu Patani mempunyai 3? fonem sedangkan dal am Bahasa Malaysia mempunyai 32 fonem. Dari jumlah fonem kedua-dua bahasa, ada fonem yang dapat wujud dalam kedua-dua bahasa dan ada jugu fonem yang dapat wujud dalam satu bahasa sahaja. Fonem yang dapat wujud dalam kedua-dua bahasa ada yang sama dan ada yang berbeza dari segi penyebarannya. Bagi cara pengucapan satu-satu kata antara kedua-dua bahasa terdapat cara yang sama dan ada yang berbeza pengucapannya.
Text
Citra wanita dalam novel Khadijah Hashim dan Marga T. : satu perbandingan
Abstrak
Dalam kajian ini, penyelidik memilih dua penulis wanita, Khadij ah Hashim dan Marga T. Mereka terkenal dan menulis tentang masalah wanita dan kedudukan Wanita di negeri masing-masing melalui novel-novel mereka. Penyelidik akan membandingkan kedudukan, masalah dan cara berfikir wanita melalui watak-watak Wanita dalam novel novel dua penulis ini dan membandingkan juga situasi wanita di Malaysia dan Indonesia. Biasanya novel membayangkan situasi masyarakat dan pemikiran penulis. Watak-watak wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim adalah wanita yang berj aya dalam pekerjaan dan kegiatan umum. Mereka lebih berusaha mencapai tujuan dan berani mengatasi banyak halangan. hal Tetapi dalam perkahwinan mereka tidak begitu berhasil. Mereka berusaha menj aga perhubungan itu tetapi gagal untuk mempertahankannya. Tetapi mereka mengatasi semua halangan itu dan akhirnya mencapai tujuannya.
Text
Kajian sosiolinguistik bahasa iklan cetak dengan tumpuan kepada aspek retorik
Abstrak
Disertasi ini mengkaji 'bahasa istimewa' yang terdapat di dalam iklan cetak. Kajian ini bertujuan untuk meneliti kehadiran unsur retorik dan sosiolinguistik 'bahasa istimewa' tersebut. Bab 1 membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, bahan kajian dan metodologi yang digunakan. Dalam bab 2 dibincangkan kajian-kajian lampau bahasa iklan cetak di Barat dan di Malaysia. Dalam bab ini Di dalam bahagian akhir juga ditinjau kaitan di antara bahasa, iklan dan retorik. bab ini perbincangan ditumpu terhadap gejala retorik dan hubungannya dengan sosiolinguistik. Bab 3 adalah berkenaan analisis retorik dengan tumpuan kepada gejala dan fungsi ketiga-tiga gejala ini diteliti. linguistik dan fungsi-fungsinya dalam bahasa iklan cetak. Perbincangan bahagian ini ditumpukan kepada gejala perkataan, frasalayat dan bahasa kiasan. Kehadiran Dalam bab 4 analisis retorik bahasa iklan cetak dengan tumpuan kepada gejala etos dan patos dilakukan. Bahagian pertama bab ini membincangkan ciri ciri etos dan patos. Bahagian kedua pula meneliti kehadiran beberapa ciri menarik etos dan patos dalam bahasa iklan cetak.
Text
Praktik dan pranata tradisional pemanfaatan dan pengelolaan sumber daya hutan di Daerah Sungai Bahau Kalimantan Timur
Abstrak
PRAKTIK DAN PRANATA TRADISIONAL PEMANFAATAN DAN PENGELOLAAN SUMBER DAYA HUTAN DI DAERAH SUNGAI BAHAU KALIMANTAN TIMUR. Gaudentius Sinon Devung, 244 halanan. Peta, Bagan, Gambar/Foto, Tesis. Jakarta : Program Studi Antropologi, Universitas Indonesia. Program Pascasarjana Penelitian yang diadakan untuk penulisan tesis ini bertuiuan mengungkapkan : nengapa pranata tradisional bisa berlaku atau tidak berlaku dalam praktik peman f aatan dan pengelolaan sunber daya hutan tertentu, baik pada tingkat individu maupun pada tingkat komun itas, sebaga imana terlihat di daerah Sungai Bahau, pada komunitas di Long Tebulo dan Long Uli. Metode yang dipakai dalam penelitian ini adalah metode kualitatif dengan pendekatan kontekstual. Data diperoleh dengan teknik: dokumentasi, wawancara (peror angan naupun kelompok), dan observasi (tanpa partisipasi dan dengan partisipasi). Untuk analisis digunakan struktur penjelasan kausal (structure of gausal explanation) dari Sayer (1984). Hasil penelitian nenunjukkan bahwa fenomena kesesuaian antara praktik dan pranata lebih banyak terjadi dalan kegiatan pemanf aatan dan pengelolaan sumber daya hu tan untuk keperluan subsistensi. Sedangkan fenomena ketidaksesuaian lebih banyak terlihat dalam kegiatan pemanfaat an dan penge lolaan sumber daya hutan komersial. Kedua fenonena tersebut ternyata berkaitan erat dengan kondisi kesalingtergantungan antar Warga, pengaruh kelompok terhad ap ind ividu, transparansi kegiatan serta sifat kontrol dalam masing-nas ing kegiatan. Kond isi kesalingtergantungan antar Warga, pengaruh kelompok terhadap dalam individu, transparansi kegiatan serta sifat kontrol masing-masing kegiatan dipengaruhi oleh nekan isne kerja sana dan pengaturan bersama dalan konteks sosial produksi, serta saling bantu dan saling bagi hasil dalan konteks sosial konsunsi hasil hutan. Adanya nekanisne tersebut dipengaruhi oleh salah satu atau kombinasi dari beberapa faktor situasional : keadaan lingkungan, karakteristik sumber daya hutan, keadaan penduduk, keadaan ekonomi, organisasi sosial dan kepeminp in an lokal, sisten produksi (peman faa sunber daya hutan yarng bersangkutan ), keadaan teknologi dan hubungan dengan aktor lain di luar Warga komunitas, dengan porsi dan intensitas yang berbeda dalam masing nasing kegiatan.
Text
Ritual padi bukit komuniti Iban Sarawak
Abstrak
Komuniti ban di Sarawak amat terkenai dengan pengerjaan padi bukit, satu aktiviti ekonomi tradisionaB yang masih diteruskan sehingga hari ini. Pengerjaan padi bukit amal dipcatingkan oich komuttiti ban, {crutanatya pada masa dahuiu. Memandangkan pentingnya aktiviti tersebut, banyak rituai diamaikan untuk menjamin kejayaannya dan dengan itu perolehan asil padi yang umayan. Kajian ini mcnciti pclbagai rilual daa aktiviti biasa berkaitan dengan pengerjaan padi bukit i kalangaa komuniti lban di Sabetan, Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Perkaitan antara rituat-ritual itu dengan agama dan sistem kepercayaan orang lban juga diselidiki dan diruraikan. Antara rituaB-ritual utarma yang diruraikan ialah riluat Guwai Murnsggul', Guwai Budu' Ninggkilan Benih', Guwai Mulus', Guwui Ngemali Umai', 'Nyumba', Matah' Gawai Besimpan';, 'Niki Ke Padi', dan Begempuru Makai i Ruai'. Cara-cara ritua! itu dikendalikan, fungsi-fungsinya, kepentingannya terhadap pemerolehan hasit padi yang lumayan, an kesarnnya terhadap hubungan sosia! dibincangkan dengan lanjut. Turut diteliti ialah 'sanpi' dan 'pengap' yang merupakan dua eiemen yang amat penting dalam rituai, terutamanya ritua! iawai Ngemali imai': Seiain itu, dibincangkan juga amaian-aualan 'pemuli' dan 'heburung' mcmandangkari amalan amalan tradisionai tersebut turt diberi perhatian penting oleh orang ban dalam pengerjaan padi bukit dan kedua-duanya ada perkaitan yang rapat dengan pengamalan ritual. Di samping itu juga, dibincangkan bcberapa perubahan yang dialami olch para petani padi bukit daBan pengamalan rituai dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan-perubahan itu.
Text
Kepercayaan dan amalan tradisi yang terangkum dalam aktiviti perikanan nelayan Bajau di Daerah Kota Marudu, Sabah
Abstrak
Kajian secara etnografi yang berpandukan kepada pendekatan dalam bidang antropologi kebudayaan ini memberi tumpuan kepada kepercayaan dan amalan tradisi/warisan yang terangkum dalam aktiviti perikanan nelayan Bajau di daerah Kota Marudu, Sabah. Nelayan Bajau di daerah tersebut bergiat dalam aktiviti perikanan semenjak lama dahulu. Aktiviti perikanan yang mereka jalankan itu amat dipengaruhi kepercayaan tradisi/warisan mereka yang divwarisi secara turun temurun semenjak zaman nenek moyang mereka. Sehingga kini, kepercayaan tersebut masih kuat diamalkan oleh sekelompok nelayan Bajau di daerah Kota Marudu. Menurut kepercayaan tradisi/warisan nelayan Bajau, pelbagai kuasa luar biasa (urang alus) wujud di alam ghaib dan mereka tinggal di pelbagai tempat, sama ada di langit mahupun di bumi (kawasan darat dan laut). Nelayan Bajau turut mempercayai bahawa pelbagai jenis urang alus tersebut dapat mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan manusia. Pengaruh itu, sama ada baik atau buruk, bergantung kepada peribadi urang alus itu. Urang alus yang berperibadi baik mendatangkan pengaruh yang baik manakala urang alus yang berperibadi jahat mendatangkan pengaruh yang buruk terhadap pelbagai aspek kehidupan manusia. Lantaran terdapatnya kepercayaan berkenaan pengaruh baik dan buruk daripada pelbagai jenis urang alus tersebut, maka nelayan Bajau melaksanakan amalan-amalan tradisi/warisan yang tertentu dalam pelbagai aspek hidup atau aktiviti harian mereka, termasuklah aktiviti perikanan. Amalan-amalan tradisi/warisan tersebut meliputi ritual ritual, pantang larang, dan juga petua-petua. Mereka percaya bahawa dengan mematuhi dan menjalankan amalan tradisi/warisan tersebut, keseimbangan dan keharmonian antara alam nyata (dunia manusia) dan alam ghaib (dunia urang alus) dapat dicapai, dan ini seterusnya dapat mengelakkan pengaruh buruk urang alus terhadap manusia.
Text
Karya-karya B.M. Syamsuddin : satu analisis intrinsik dan ektrinsik
Abstrak
Karya - karya B. M. Syamsudd1n dalam bentuk roman, cerpen, dan cerita rakyat atau anak-anak adalah " Perbuatan Jahat mendapat Ganjaran perbuatan baik mendapat Balasan" Pengarang ditempa dalam kehidupan Melayu yang sebenar Melayu. Jadi dengan adanya Karya - karya B. M. yarakat Melayu akan berkembang kembali sesuai dengan semboya Syamsuddin ini Nilai adat-istiadat Hang Tuah Tumbuh Seribu"
Text
Proposal for an Arts and Cultural Academy University of Malaya Malaysia
Abstrak
This study l0okS at the case for arts centres in general that relates to of Malaya. the circumstances which apply in Malaysia, particularly in the University The role of arts centres is assessed with the reference to available literatures on arts centres in the United Kingdom and detailed case studies of three University Arts Centres: Warwick Arts Centre, University of Warwick, Phoenix Arts Centre, De Montfort University and the Gardner Arts Centre, University of Sussex, on interviews and visits to a number of different arts centres of higher institutions in the United Kingdom.
Text
Haji Ibrahim bin Syahbandar Abdullah (Datuk Kaya Muda Riau) : pengarang Riau pertengahan abad ke 19
Abstrak
Kajian ini merupakan analisis deskriptif terhadap karya-karya Haji Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau dengan menggunakan teori struktural dan menerapkan pendekatan kve entering dialogisme dan close rading ke atas karya-karyanya. Untuk memperoleh hasil yang independen dan intensif sebagai sebuah telaah teks, kajian ini melakukan tinjauan kodikologis ke atas karya-karya yang akan dianalisis. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat dan menjelaskan kreativiti Haji Ibrahim, tokoh yang hidup sezaman dengan sasterawan dan budayawan Raja Ali Haji, dan seorang penulis dan penyelidik dari orang kebanyakan yang sangat langka pada pertengahan abad ke-19 semasa Kerajaan Johor, Riau-Lingga berlangsung Kebangkitan tradisi menulis di kalangan bangsawan Melayu, terutama di Riau-Lingga, setelah terlakunya krisis politik di kebanyakan negeri Melayu, Sama ada di tanah Semenanjung dan Riau-Lingga yang menimbulkan banyak kegelisahan, merasa terpencil, melankolik, dan tidak percaya diri. Di Semenanjung keadaan kuasa politik terjejas oleh penjajahan Inggeris, sementara di bahagian Indonesia, Riau khasnya keadaan lebih parah lagi. Meskipun pada masa itu Singapura sudah memperlihatkan kemajuan aspek ekonomi yang melaju, tidak membuat Riau-Lingga apriori dan melayani dengan senjata" yang sama, namun ditanggapi dengan posiif dalam bidang kebudayaan, yang selalu dikatakan banyak orang bahawa "gempuran emas" Singapura berhadapan dengan kubu budi" di Riau. Kajjan ini akan cuba menerokai ketokohan Haji Ibrahim dan menelusuri karya-karyanya, menggali imej, fungsi karya-karya, dan kepengarangan Haji Ibrahim, Serta sumbangsihnya terhadap sasterawan. Secara makro kajian ini dapat pula mengorak corak aktiviti kehidupan masyarakat Melayu Johor, Riau-Lingga, Sama ada politik, sosial, budaya, dan agama pada zaman itu. Teks yang dipilih sebagai bahan kajian, iaitu Pantn pantun Melay; ikgyat Raja Damsyik; Syair Raja Damsyik; Cerita Pak Belalang dan Lebai Malang, Tjakap-2 Rampai-2 Babasa Malajoe Djabor jilid [1] dan (2], dan Surat-surat Melayu. Hasil Kajian ini berharap akan membuka khazanah pemikiran kesusasteraan khasnya dan sosial budaya amnya ke atas perkembangan pembangunan negeri serumpun. Karenanya, kajian ini dapat dibuat sandingan dan bandingan dari apa apa yang sudah dikerjakan terdahulu untuk mengukur kemajuan atau kemunduran yang terjadi sekarang ini.
Text
Etnografi kain songket Palembang
Abstrak
Ini adalah satu kajian etnograti mengenai kain songket Palembang. Kajian ini dilakukan untuk memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai pelbagai usaha masyarakat Palembang dalam mengembangkan dan melestarikan kain songket sebagai sebuah ciri khas dan identiti tempatan. Pendekatan yang digunakan di dalam kajian ini adalah pendekatan sejarah. Pendekatan sejarah adalah model pendekatan yang digunakan untuk menghasilkan bentuk dan proses pengisahan atas peristiwa-peristiwa dalam tamadun manusia yang terjadi secara kronologis. Dengan pendekatan sejarah ini, diharapkan dapat menghasilkan suatu penjelasan tentang pelbagai perkara yang berhubung kait dengan perkembangan seni kain songket di Palembang. Di samping itu, pendekatan sosial juga digunakan peneliti untuk memberikan penjelasan mengenai perubahan sikap dan mental masyarakat dalam melestarikan warisan budaya songket. Dari beberapa metode yang digunakan peneliti idapati bahawa songket di Palembang telah pun mula digunakan oleh para bangsawan pada masa Kerajaan Sriwijaya. Akan tetapi, mengenai awal munculnya songket ini tidak ada bukti sejarah yang menyebutkannya secara pasti. Selain itu, sebagaimana dijelaskan dalam Bab II, songket Palembang mempunyai pelbagai macam corak dan motif. Di mana dalam setiap corak dan motifnya memiliki nama berasingan. Dan pada setiap nama yang melekat pada sulaman benang emas dan perak tersebut menunjukkan ciri khas dan identiti tempatan. Keindahan songket Palembang tersebut dibuat dengan menggunakan pelbagai mnetode, di antaranya adalah pemasakan bahan-bahan dasar tenun, seperti pemasakan sutera dan benang emas; pencelupan kain dan pewarnaan; melerai benang; menganing benang: menggulung benang: menyampuk; mengarak; mencoket/menyolek; dan yang terakhir adalah melakukan proses menenun. Dan selama proses pembuatan songket Palembang tersebut, para pennun songket masih menggunakan peralatan yang sederhana sebagaimana peralatan yang digunakan para penenun songket Palembang pada masa awal munculnya songket. Di Palembang, para penenun songket dapat dikelompokkan menjadi 3 kelompok, iaitu kelompok penenun yang membuat songket di bawah naungan sebuah unit usaha, k¹lompok penenun yang bekerja membuat tenunan songket Palembang di sebuah unit usaha kecil yang dimilikinya, dan kelompok Penenun sekali gus pengusaha yang m¹miliki unit usaha yang besar dalam mengembangkan songket. Secara amnya, para penenun songket Palembang menghadapi pelbagai permasalahan yang hampir sama, di antaranya adalah lemahnya kemampuan para pengrajin songket dalam melakukan pengurusan modal usaha dan penjualan songket, serta semakin berkurangnya minat generas1 muda dalam mempelajari dan memahami metode menenun songket Palembang.
Text
Wanita profesional Melayu : satu kajian kes terhadap penduaan peranan
Abstrak
Kajian ini ingin melihat bagaimana wanita Me layu dalam dunia profesional dapat mengimbangi kedua--dua peranan iaitu sebagai pe kerja dan pengurus ruma htangga. Kaiian ini juga ingin membuktikan yang Wanita mampu berjaya dalam bidang profesional yang menjadi dominasi lelaki. yang Pendidikan tinggi diperolehi oleh responden tidak mengubah tanggungj awab diuta makan. rumahtangga yang masih lagi Kajian ini terbahagi kepada lima bab. Bab perta ma lebih merupakan pengenalan kepada kajian ini. Dalam Bab ini dihuraikan tentang tujuan kaj ian, bidang dan pernasalahan kajian, ne tod penyelidikan. hipotesis, ulasan kajian-kajian lepas dan Di dalam bahagian me tod kajian, dihuraikan tentang cara pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan.
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan dalam terminologi Melayu : kajian kes seni pertukangan lepa di Semporna, Saba
Abstrak
Kaiian ini meneliti tatacara pembentukan istilah yang dapat membantu pembentukan istilah budaya dan seterusnya menghasilkan satu tatanama berkenaan seni pertukangan lepa. Fokus kajian ini ialah proses pembentukan istilah budaya berdasarkan sistem pemetaan konsep dan pentakrifan bagi mengumpulkan istilah-istilah dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Pengkaji menerapkan Teori Umum Termino logi (TUT) yang diperkenalkan oleh Wuster (1931) sebagai asas bagi model teori kajian ini. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, pengkaji berjaya mengumpulkan 21 0 istilah yang merangkumi kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Bajau yang berkaitan dengan seni pertukangan lepa. Analisis pemetaan konsep bagi istilah-istilah seni pertukangan lepa tersebut dibahagikan kepada lima bahagian utama, iaitu alat, bahan, proses, teknik, dan hasil. Seterusnya, pengkaji menghuraikan hubungan antara konsep-konsep tersebut yang melibatkan hubungan logik, ontologi, dan asosiatif. Berdasarkan analisis hubungan istilah - konsep pula, didapati bentuk istilah yang mewakili konsep-konsep berkenaan terdiri daripada hubungan keunivokalan, kesinoniman, dan jargon. Analisis pentakrifan istilah merangkumi pembinaan dan pengklasifikasian takrif. Takrif bagi setiap konsep dibina berdasarkan prinsip pentakrifan yang dicadangkan dalam Panduan Penyusunan Kamus Istilah (1992) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Huraian takrif tersebut kemudiannya dapat diklasifikasikan kepada lapan jenis, sama ada takrif analisis, sinonim, parafrasa, sintesis, implikasi, denotasi, demonstrasi, atau bercampur. Kebanyakan takrif bagi konsep seni pertukangan lepa terdiri daripada campuran takrif. Pengklasifikasian takrif ini adalah menurut panduan yang dicadangkan oleh Sager (1995). Hasil penelitian pengkaji, kaedah pembentukan istilah berdasarkan pemetaan konsep dan pentakrifan seperti yang dicadangkan dalam Teori Umum Termino logi (TUT) sesuai diterapkan dalam proses pembentukan istilah di negara ini, khususnya dalam bidang seni dan budaya Melayu. Secara tidak langsung, kajian ini diharapkan dapat membantu pemahaman umum berkenaan bidang termino logi itu sendiri.
Text
Kitab Mun-yat al-musalli : analisis tema dalam konteks tautan, maklumat dan subjek
Abstrak
Bab pertama ialah pendahuluan yang membicarakan pengenalan kajian, latar belakang kajian, kepentingan kajian, tujuan kajian, bidang kajian, bahan kaiian. kaedah kajian, hipotesis kajian dan konsep-konsep penting dalam kajian ini. Bab kedua membincangkan sedikit pandangan ahli bahasa berkenaan dengan wacana. Beberapa pendekatan turut dibincangkan, antaranya aspek tautan berdasarkan Model Tautan Pindaan (MTP) Sanat Md. Nasir (2002). manakala Struktur Tema, Struktur Maklumat dan Subjek berdasarkan artikel Sanat Md. Nasir (2006). Manakala bab ketiga, membincangkan sedikit tentang sejarah Patani pada kurun ke-18 dan separuh awal abad ke-19. Bab ini memaparkan sejarah hidup Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, iaitu pengarang kitab Mun-yat al-Musalli. Bab ini meliputi latar belakang tokoh, kepentingan kitab ini dalam dunia persuratan Melayu serta hasil-hasil karya yang telah disumbangkan oleh beliau. Di akhir bab ini, diperturunkan latar sosiopolitik masyarakat Melayu Islam Patani pertengahan kurun ke-18 yang berkaitan dengan teks kajjan. Manakala kandungan teks Mun-yat al-Musali turut dibincangkan. ringkasan isi Bab yang keempat menganalisis tema dengan tautan berdasarkan model MTP Sanat Md. Nasir (2002). Ketiga-tiga jenis tautan utama hadir dalam kajan ini, iaitu Tautan Perulangan (PL), Tautan Kolokasi (KL) dan Tautan Penghubung Ayat (PH). Kajjan ini mendapati PH menduduki tempat tertinggi, dengan jumlah ikatan tautan sebanyak 922 atau (86.09%), dikuti PL, sebanyak 90 atau (8.40%) dan KL, terendah sebanyak 59 atau (5.51%). Jarak dekat lebih banyak daripada jarak jauh. Analisis struktur tema dalam kitab Mun-yat al-Musalli dilakukan dari segi pola dan unsur tema. Dalam kajian ini, terdapat tiga pola. Pola tertinggi ialah (TM + RM), + 1058 atau (98.70%), dikuti oleh pola (Ø + RM), 13 atau (1.21%) dan terendah, pola (3 ½ + RM), satu atau (0.09%). Dari sudut unsur tema, terdapat lima jenis, laitu Tema Penghubung Ayat, Tema Kumpulan Namaan, Tema Kumpulan Keterangan, Tema Bertanda dan Tema Kumpulan Sendi Nama. Daripada keseluruhan kajian, didapati Tema Penghubung Ayat yang paling tinggi, iaitu sebanyak 922 atau (86.00%), manakala yang terendah ialah Tema Kumpulan Sendi Nama, iaitu sebanyak lima atau (0.47%). Analisis tema dengan Struktur Maklumat mendapati Maklumat Lama lebih banyak hadir daripada Maklumat Baru. Manakala analisis tema dengan subjek mendapati Subjek Tatabahasa dan Subjek Psikologis hadir bersama dan paling tinggi jumlahnya, iaitu 26 atau (42.62%). anakala Subjek Logis paling rendah, iaitu sebanyak sembilan atau (14.75%). dikaji. Akhir sekali, bab ini menuniukkan hubungan tenma tersebut dengan genre yang Bab kelima merupakan bab penutup yang memuatkan ringkasan dan kesimpulan daripada keseluruhan kajian. Di samping itu, bab ini juga mengemukakan cadangan kajian selanjutnya.
Text
Giliran bertutur dalam teks kaunseling : analisis retorik
Abstrak
Tesis ini mengkaji empat teks kaunseling yang terdiri daripada 19 unit. Tesis ini dibahagikan kepada enam bab. Bab 1 memaparkan pendahuluan kajian yang meliputi latar belakang kajian, tujuan, bidang, bahan, kaedah dan konsep kajian. Bab 2 mengenai kaunseling yang terdiri daripada konsep, sejarah, matlamat, proses kaunseling dan ciri kaunselor. Bab 3 merupakan kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dibincangkan model dalam kaunseling, model dalam interaksi lisan dan input retorik. Untuk menganalisis dan mentafsir data, Model Retorik Gabungan dikemukakan. Model ini menggatbungkan ketiga-tiga bidang yang mempunyai model dan input masing-masing di samping perincian jenis tindakan dan seterusnya pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Bab 4 merupakan analisis dan tafsiran komponen giliran bertutur yang terdiri daripada struktur, peserta, bilangan ujaran, bilangan giliran bertutur, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Analisis kajian menunjukkan bilangan ujaran dalam struktur pertengahan yang tertinggi, iaitu (75%). Hal yang sama juga berlaku dalam komponen peserta, bilangan giliran bertutur, jenis tindakan, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi, iaitu struktur pertengahan yang tertinggi. Selain itu, dapatan kajjan menunjukkan terdapat pengagihan yang seimbang antara bilangan ujaran KS dengan KL. Ini bertepatan dengan ciri kaunseling yang mementingkan hubungan terhadap KL sepertimana dinyatakan dalanm model kaunseling. Begitu juga bagi bilangan giliran bertutur yang menunjukkan terdapat keseimbangan jumlah bilangan giliran bertutur antara peserta. Ini selaras dengan definisi giliran bertutur yang memerlukan interaksi berkesan sesuai dengan ciri kaunseling. Bagi jenis tindakan pula, dapatan kajian menunjukkan jenis tindakan (2) yang tertinggi, masing-masing baik KS mahupun KL, iaitu (55%) dan (86%). Ini disebabkan ciri jenis tindakan (2) merupakan fenomena interaksi lisan. Selain itu, dapatan tan kajijan menunjukkan bagi jenis tindakan (1) terdapat peralihan giliran bertutur antara KS dengan KL berdasarkan struktur akhir. Dapatan ini bertepatan dengan proses kaunseling yang mementingkan hubungan mesra antara peserta. Dapatan ini juga selaras dengan input retorik etos dan patos. Manakala bagi pasangan adjensi, jenis (3+2/2+3) yang tertinggi, iaitu (43%).
Text
Songket Melayu Batubara : kajian dalam konteks sosio-budaya
Abstrak
Kajian ini meneliti pemaknaan sinonim dalam kamus bahasa Melayu dan masalah yang dihadapi berhubung dengan makna perkataan sinonim yang hanya dirujuk kepada padanan lain tanpa huraian makna yang jelas. Untuk menangani masalah ini, kajian ini mencadangkan cara yang lebih deskriptif untuk mendefinisikan sinonim dalam kamus Melayu yang bukan sekadar melibatkan rujukan sinonim. Ini adalah untuk membantu pengguna kamus memahami dan membezakan makna perkataan bersinonim dengan lebih baik. Dalam kajian ini, maklumat makna serta ciri-ciri perbezaan bagi lima perkataan yang dipilih, iaitu campak, lempar, lontar, baling, dan buang telah dikumpulkan. Data utama diambil daripada korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan disokong oleh data daripada forum dalam talian dan soal selidik. Kerangka yang digunakan bagi analisis adalah berdasarkan pendekatan Semantik Ranahan. Pendekatan ini memperlihatkan keberkesanannya dalam mengeluarkan maklumat makna daripada data yang digunakan. Dapatan kajian ini membolehkan dua usul dicadangkan untuk mendefinisikan sinonim dalam kamus, yakni (1) pendefinisian bagi kamus umum dan (2) pendefinisian bagi kamus khusus (kamus sinonim). Definisi-definisi yang dihasilkan dalam kajian ini diuji menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pengguna bahasa Melayu. Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa definisi yang mengandungi maklumat untuk membezakan perkataan bersinonim lebih bermanfaat dalam membantu pengguna, baik pengguna asli mahupun pengguna bahasa kedua. Definisi sebegini membolehkan pengguna mempunyai pemahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkataan serta perkataan perkataan yang seperangkat dengannya. Hasilnya, pengguna mempunyai penggunaan kata yang lebih tepat. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada bidang perkamusan Melavu ke arah menghasilkan kamus yang lebih berkesan serta memanfaatkan bidang bidang lain yang berkaitan.
Text
Jampi dan mantera : suatu analisis genre
Abstrak
Kajian ini mengandungi lapan bab berdasarkan analisis bahan jampi dan mantera sebagai sebuah genre. Bab Satu membincangkan latar belakang kajian yang terdiri daripada kajian terdahulu, konsep jampi dan mantera, konsep pawang-bomoh-dukun, konsep genre, metodologi kajian, bahan kajian, objektif kajian dan masalah kajian. Dalam Bab Dua, dibincangkan kerangka teoritis, iaitu teori-teori yang digunakan dalam kajian ini, seperti yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (1996) dan Dell Hymes (1974). Hipotesis kajian juga dimuatkan dalam bahagian ini. Dalam Bab Tiga, dibincangkan struktur jampi mantera, iaitu pendahuluan, isi dan penutup secara umum. Variasi atau penyimpangan yang terdapat dalam bahan ini juga dinyatakan secara umum. Analisis struktur dan variasi jampi mantera secara khusus terdapat dalam Bab Empat, Lima dan Enam kajian ini. Dalam Bab Empat struktur pendahuluan dibahagikan kepada tiga, iaitu pernyataan berbentuk seruar pernyataan berunsurkan alam dan pernyataan penghormatan. Bab ini juga membincangkan variasi struktur pendahuluan, iaitu gabungan unsur dalam pendahuluan dan jampi mantera tanpa penutup. Dalam Bab Lima struktur isi dibahagikan kepada enam, iaitu fungsi permintaan, rayuan, perintalh, amaran, keyakinan dan peraturan. Bab ini juga membincangkan variasi struktur isi, iaitu jampi mantera tanpa pendahuluan dan penutup. Dalam Bab Enam pula struktur penutup dibahagikan kepada empat, iaitu rujukan kepada Allah, kepada Allah dan Rasul, kepada Tuan Guru dan kepada Allah, Rasul dan Tuan Guru. Bab ini juga memuatkan variasi struktur penutup yang terdapat dalam jampi dan mantera. Sebagai sebuah genre, sudah tentu jampi mantera berbeza daripada puisi Melayu tradisional yang lain. Justeru, Bab Tujuh memfokuskan strategi komunikasi dan kesopanan dalam jampi dan mantera berdasarkan penyesuaian teori yang dikemukakan oleh Dell Hymes (1974), iaitu who speak, what, to whom, why, where and how dan Asmah Hj.Omar (1996) berdasarkan pendekatan bahasa borang. Bab Lapan merupakan bab terakhir yang merumuskan jampi dan mantera sebagai sebuah genre, iaitu bersifat teks, sebagai suatu proses dan peristiwa komunikatif dalam masyarakat.
Text
Seni kaligrafi Islam di Malaysia sebagai pencetus tamadun Melayu Islam
Abstrak
Islam dalam peradaban Melayu telah merubah paksi kehidupan Melayu dengan ciri-ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Alam Melayu pernah menjadi rantau perkembangan ilmiah yang menghasilkan koleksi tulisan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang mengagumkan, khususnya dalam kesenian Islam. Perkembangan ilmiah di rantau ini bukanlah berlaku secara terasing dan terpencil daripada tamadun sebelumnya, bahkan tamadun Melayu adalah warisan kesinambungan tamadun Islam yang muncul sejak kelahiran Islam pada abad ke-7 M lagi. Perkembangan ilmiah di Malaysia berhubung rapat dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu dan galakan Islam terhadap ilmu pengetahuan secara umumnya. Bahasa Melayu dengan tulisan jawinya telah berjaya merakamkan khazanah ilmu yang lengkap mengenai pelbagai bidang hidup. Khazanah ini sebahagiannya dimanifestasikan dalam kesenian kaligrafi Islam dan terus membuktikan keupayaannya dalam suatu kesinambungan yang kukuh sebagai media ibadat seseorang Muslim. Dalam kajian ini, penulis cuba memberi gambaran umum tentang mercu tanda perkembangan kesenian kaligrafi Islam yang telah mencetuskan sebuah tamadun Melayu Islam di Malaysia. Tinggalan sejarah telah membuktikan bagaimana kesenian kaligrafi dalam warisan peribumi itu disesuai dan diberikan jiwa Islam melalui penggunaan motif-motif flora dan geometri bagi melambangkan perjalanan menuju kepada Tuhan, dan mengajak kepatuhan dan kebaktian kepada Allah s.w.t. Penulis cuba menyenaraikan karya-karya hasil daripada manifestasi seni kaligrafi Islam, yang menjadi batu tanda perkembangan ilmu tulisan di kalangan masyarakat Melayu, dalam usaha seni mendokumentasi warisan bangsa agar menjadi lanjutan kepada generasi yang akan datang. Daripada gambaran yang ringkas itu, dapatlah disimpulkan bahawa Islam telah membina tamadun Melayu yang kini mewadahkan kesenian kaligrafi Islam sebagai salah satu ciri kebudayaan Malaysia yang bercorak ilmiah dan akliah. Kepada Allah s.w.t jualah penulis berserah dan daripada-Nya dipohon semoga usaha kecil ini tetap diberkati-Nya.
Text
Hikayat Raja Handak
Abstrak
Kajian ini pada dasarnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu mengandungi tiga bab. Bab I, di samping mengemukakan tentang tujuan dan bidang kajian, dibicarakan juga mengenai naskhah-naskhah yang telah di gunakan dalam usaha mengedit teks HRH, Selain daripada itu diberikan sedikit pandangan tentang latarbelakang cerita cerita mengenai Nabi Muhammad s. a. w. yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu.
Text
Kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita : analisis semantik leksikal
Abstrak
Kajian semantik leksikal ini menganalisis kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita di dalam Majalah Mingguan Wanita 2006". Bab satu membincangkan tentang bahasa, semantik leksikal, sorotan kajian, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian dan tatacara kajian, kepentingan kajian, konsep-konsep yang akan digunakan dalam kajian ini dan akhir sekali adalah unjuran bab. Bab dua pula, merupakan kerangka teoritis yang membincangkan tentang model analisis komponen makna yang diperkenalkan oleh penulis A. Nida di dalam bukunya Componential Analysis of Meaning (1975). Analisis komponen makna ini akan memperlihatkan fitur-fitur semantik yang membentuk komponen-komponen makna kata kerja yang dianalisis dalam konteksnya. Analisis komponen ini adalah proses pemberian fitur makna dengan menggunakan lambang binari (+) dan (-), iaitu masing masingnya merujuk pada memiliki dan tidak memiliki ciri makna yang dirujuk. Bab ini juga memaparkan prosedur analisis yang dilakukan. Bab tiga merupakan bab analisis yang menghuraikan kata kerja kecantikan muka (KKM) dengan menggunakan analisis komponen makna. Dapatan analisis memperlihatkan pemilihan penggunaan kata kerja yang dilabelkan sebagai Kata Kerja Bersifat Spesifik (KKBS) dan Kata Kerja Bersifat Umum (KKBU) yang digunakan di dalam slogan ini. Analisis kajian mendapati terdapat 44 produk kecantikan muka yang dianalisis dan terdapat 45 slogan yang digunakan dengan 66 kata kerja di dalannya Seterusnya terdapat 6 KKBS yang mewakili (9.09%) manakala terdapat 60 KKBU yang mewakili (90.9%). Bab empat juga merupakan bab analisis bagi kata kerja pelangsingan badan (KKPB). Dapatan analisis menunjukkan terdapat 27 produk pelangsingan badan yang menggunakan 27 slogan dan mengandungi 43 kata kerja yang digunakan. Seterusnya, terdapat 1 KKBS yang mewakili (2.32%) manakala terdapat 43 KKBU yang mewakili (97.6%). Seterusnya bab lima, merupakan bab perbandingan, iaitu penggunaan kata kerja dalam slogan KKM dan KKPB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan penggunaan kata kerja bagi kedua-duanya. Didapati KKBU lebih dominan digunakan berbanding KKBS. Di dalam bab ini juga, dipaparkan kata kerja sama yang digunakan di dalam kedua-dua slogan bagi produk kecantikan wanita Bab enam merupakan bab penutup di dalam kajian ini. Bab ini menyimpulkan dan memperlihatkan bahawa KKBU lebih dominan digunakan berbanding dengan KKBS di dalam kedua-dua slogan produk kecantikan wanita.
Text
Kognitivisme dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan untuk melihat tahap pembentukan dan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah yang berusia 6 tahun berdasarkan analisis bentuk kata dan binaan ayat dalam bahasa Melayu. Kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Melayu yang mempunyai latar belakang bahasa yang sama, iaitu dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Felda Trolak Selatan. Oleh itu, kesemua kanak-kanak ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka. Oleh sebab kelima-lima subjek yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak Melayu yang dibesarkan dalam masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka dalam sebarang bentuk perhubungan maka analisis kajian ini akan melihat tahap pemerolehan pembentukan bahasa mereka terutama dari sudut pemerolehan pembentukan kata dan pemerolehan pembentukan ayat dalam bahasa Melayu. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk melakukan analisis terhadap 50 ujaran yang dibuat oleh lima orang kanak kanak berdasarkan tahap perkembangan dan penguasaan mereka berdasarkan aspek pembentukan kata dan pembinaan ayat. Pengkaji memilih aspek ini kerana ia saling berkait rapat dan saling berhubungan antara satu sama lain. Selain itu pengkaji juga menyarankan beberapa langkah yang dapat di ambil untuk membantu kanak-kanak serta penjaga mereka untuk menyelesaikan masalah pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Pengkaji juga menyentuh sedikit mengenai aspek penggunaan bahasa bukan linguistik dalam kajian ini. Ini disebabkan semasa temu bual dijalankan, pengkaji mendapati ada antara kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan menggunakan bahasa tubuh. Kajian ini dibuat secara langsung antara pengkaji dengan kanak-kanak tersebut. Rakaman dilakukan secara langsung dengan menggunakan kamera digital dan perbualan diujarkan secara spontan oleh kanak-kanak semasa ditemu bual oleh pengkaji. Hanya 50 ujaran terbaik yang dipilih sebagai data. Analisis diakukan terhadap data yang telah ditranskripsikan dengan menggunakan ukuran ukuran tertentu beradasarkan analisis pembentukan kata dan pembinaan ayat bahasa Melayu, mengikut kesesuaian dan skop kajian.
Text
Tinjauan naskah syair raksi macam baru karya Raja Haji Ahmad dalam pengembangan pendidikan
Abstrak
Seni adalah salah satu cara manusia menjalin hu bungan dengan dunia sekitarnya. Seni merupakan suatu sistem tanda-tanda yang menerima informasi, menyimpan nya lalu mengalihkannya. Sebuah karya seni merupakan "teks". Ini berlaku bagi setiap bentuk kesenian. Setiap cabang kesenian dapat kita pand ang sebagai suatu bahasa. Karya sastra merupakan " teks-teks" dalam bahasa alami. (Lofman dalam Laxemburg, 1986:47). Ketidakberhasilan pengajaran sastra di SLTA di se babkan oleh tidak ikut sertanya aspek seni dalam pengajaran tersebut. Artinya, sastra lebih diaj arkan se bagai ilmu pengetahuan daripada seni
Text
Sinonim Bahasa Melayu dari aspek leksikografi
Abstrak
Kajian ini meneliti pemaknaan sinonim dalam kamus bahasa Melayu dan masalah yang dihadapi berhubung dengan makna perkataan sinonim yang hanya dirujuk kepada padanan lain tanpa huraian makna yang jelas. Untuk menangani masalah ini, kajian ini mencadangkan cara yang lebih deskriptif untuk mendefinisikan sinonim dalam kamus Melayu yang bukan sekadar melibatkan rujukan sinonim. Ini adalah untuk membantu pengguna kamus memahami dan membezakan makna perkataan bersinonim dengan lebih baik. Dalam kajian ini, maklumat makna serta ciri-ciri perbezaan bagi lima perkataan yang dipilih, iaitu campak, lempar, lontar, baling, dan buang telah dikumpulkan. Data utama diambil daripada korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan disokong oleh data daripada forum dalam talian dan soal selidik. Kerangka yang digunakan bagi analisis adalah berdasarkan pendekatan Semantik Ranahan. Pendekatan ini memperlihatkan keberkesanannya dalam mengeluarkan maklumat makna daripada data yang digunakan. Dapatan kajian ini membolehkan dua usul dicadangkan untuk mendefinisikan sinonim dalam kamus, yakni (1) pendefinisian bagi kamus umum dan (2) pendefinisian bagi kamus khusus (kamus sinonim). Definisi-definisi yang dihasilkan dalam kajian ini diuji menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pengguna bahasa Melayu. Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa definisi yang mengandungi maklumat untuk membezakan perkataan bersinonim lebih bermanfaat dalam membantu pengguna, baik pengguna asli mahupun pengguna bahasa kedua. Definisi sebegini membolehkan pengguna mempunyai pemahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkataan serta perkataan perkataan yang seperangkat dengannya. Hasilnya, pengguna mempunyai penggunaan kata yang lebih tepat. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada bidang perkamusan Melavu ke arah menghasilkan kamus yang lebih berkesan serta memanfaatkan bidang bidang lain yang berkaitan.
Text
Satu analisis kesalahan nahu dan ejaan dalam penulisan bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini cuba mendapatkan data nengenai kesalahan nahu d an ejaan dalan penulisan bahasa Melayu yang dilaku kan oleh pe laj ar -pelajar Tingkatan Enpat di Tujuan utama kajian ini dua buah sekolah menengah.
Text
Bentuk dan fungsi pengalihan kod di kalangan para pelajar Melayu Menengah Empat di Singapura
Abstrak
Bentuk dan Fungsi Pengalihan Kod di Kalangan Para Pelajar Melayu Peringkat Menengah 4 di Singapura. Kajian ini menganalisis bentuk dan fungsi pengalihan kod dalam perbualan para pelajar Melayu menengah empat dari tiga aliran: Ekspres, Normal Akademik, dan Normal Teknikal yang merupakan kelompok minoriti yang terbesar di Sekolah Menengah Broadrick. Kajjan ini menggunakan dua instrumen, soal selidik serta transkripsi perbualan secara tidak formal di antara pengkaji dan para pelajar dari ketiga-tiga aliran. Dapatan dari soal selidik menunjukkan bahawa ketiga-tiga kumpulan pelajar mengalihkan kod dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris sewaktu berbual bersama teman-teman, para guru dan juga ahli keluarga mereka. Namun, kumpulan pelajar aliran Ekspres lebih cenderung mengalihkan kod jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpul pelajar yang lain. Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka untuk mengalihkan kod. Di antaranya adalah tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar, pengaruh ibu bapa dan ahli keluarga terhadap penggunaan percampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, situasi yang pelbagai dan jenis interlokutor. Bagi kajian fungsi pengalihan kod, pengkaji telah berjaya menyenaraikan sebanyak dua belas fungsi pengalihan kod. Namun, tidak semua fungsi tersebut digunakan oleh setiap kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar dari aliran Ekspres telah memperlihatkan sebanyak sebelas fungsi pengalihan kod. Manakala, kumpulan pelajar dari aliran Normal Akademik menggunakan sebanyak sembilan fungsi pengalihan kod dan kumpulan pelajar dari aliran Normal Teknikal hanya menggunakan enam fungsi pengalihan kod dalam perbualan mereka bersama pengkaji. Terdapat jurang yang besar bagi bilangan fungsi pengalihan kod yang digunakan oleh setiap kumpulan pelajar adalah kerana setiap kumpulan pelajar didedahkan kepada tahap pembelajaran bahasa Inggeris yang berbeza beza. Bentuk dan fungsi pengalihan kod yang digunakan para pelajar dari ketiga-tiga aliran menunjukkan sikap pragmatik para pelajar terhadap penggunaan sesuatu bahasa yang dianggap lebih berpengaruh dan berprestij.
Text
Perkembangan perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam konteks perkembangan kebudayaan pengguna-pengguna bahasa Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah suatu pengkajian tentang perkembangan perbendaharaan kata Melayu dilihat dalam konteks perkembagan budaya masyarakat Melayu
Text
Strategi komunikasi pelajar Dusun dalam pembelajaran bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini memberikan tumpuan kepada penggunaan Strategi Komunikasi (SK) oleh pelajar-pelajar Dusun Tindal dalam pertuturan bahasa Mela;u. Kajian ini bertujuan untuk (a) menganalisis jenis-jenis SK yang digunakan oleh pelajar-pelajar Dusun semasa berkomunikasi dalam BM, (b) mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Dusun semasa mereka berkomunikasi dalam BM dan (c) mengkaji hubungan persekitaran linguistik dengan tahap penguasaan dan perlakuan lisan pelajar pelajar Dusun. Data-data yang telah dianalisis menggunakan taksonomi SK yang diperkenalkan oleh Tarone (1983) dengan penyesuaian mengikut maklumat yang diperolehi. Kajian dilaksanakan secara keratan rentas (cross-section). Subjek kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tingkatan empat SMK Tuan Fuad Sthephen Kiulu, Sabah yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian ini adalah soalan soal selidik dan juga aktiviti komunikasi lisan yang berpandukan kepada Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Analisis kajian dibahagikan kepada analisis data linguistik dan persekitaran linguistik. Bagi tujuan menganalisis data linguistik yang dibuat secara kualitatif, ujaran Iisan (speech production) yang terhasil melalui aktiviti komunikasi lisan telah dirakam dan ditransliterasikan. Hal ini bagi mengenal pasti SK yang telah digunakan pelajar bagi mengatasi masalah komunikasi. Data persekitaran linguistik akan dibuat secara kuantitatif bagi mengenal pasti sejauhmana signifikan atau tidak signifikan faktor tersebut mampu mempengaruhi penggunaan strategi komunikasi pelajar dalam proses pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (B2). Dapatan kajian ini menunjukkan jenis SK yang paling banyak digunakan ialah strategi penukaran kod yang digunakan apabila pelajar menghadapi rhasalah untuk menyampaikan mesej. Strategi yang menunjukkan penggunaan paling sedikit ialah strategi deskriptif, iaitu huraian atau definisi tentang satu kata atau frasa yang mendokong sesuatu konsep dalam B2 dengan panjang lebar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penemuan 3 SK baru yang tidak terkandung dalam model taksonomi Tarone (1983) iaitu strategi pengulangan kata, strategi agakan dan strategi sokongan. Pengkaji telah mengaplikasikan strategi-strategi tambahan tersebut, kepada strategi yang telah disarankan oleh Tarone (1983). Ketiga-tiga strategi tambahan ini adalah aplikasi daripada dapatan baru yang telah digunakan oleh ahli-ahli linguis seperti Dornyei & Scott (1997), Khanji (1996) dan Celce-Murcia, at. al. (1995). Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan SK baru yang paling banyak ialah strategi pengulangan kata, manakala penggunaan paling sedikit ialah strategi agakan. Sehubungan itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memberi impak pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk tujuan pemerolehan bahasa dan juga memberikan faedah sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji dan penyelidik bahasa.
Text
Mak yong Kelantan : satu kajian estetika seni
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis estetika seni yang terdapat dalam persembahan Mak Yong Kelantan. Analisis ini dibuat berdasarkan kepada teori estetika seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat). Penelitian adalah tertumpu kepada aspek persembahan, bentuk (rupa Mak Yong) dan isi (jiwa Mak Yong). Melalui ketiga-tiga aspek ini dapat ditonjolkan keindahan dan makna yang merupakan manifestasi kehidupan masyarakat yang nmelahirkan dan mengamalkan kesenian ini. Pendedahan estetika yang terdapat di dalam persembahan Mak Yong ini akan memberi lebih kefahaman, pendedahan dan menjadi panduan kepada generasi masa kini untuk memahami, menghayati dan menikmati kepuasan dari persembahan tersebut. Kesemua ini akan menanam minat dan memupuk rasa kecintaan mereka terhadap budaya bangsa. Perubahan teknologi dan kesedaran masyarakat terhadap kebesaranNya tidak merubah nilai estetika kesenian ini malahan hasil dari penyesuaian dengan persekitaran dan masyarakat masa kini menambahkan lagi nilai estetika kesenian ini.
Text
Hukum Islam dalam perundangan Melayu Kesultanan Siak Sri Indrapura
Abstrak
Disertasi ini bertajuk tentang: Hukum Islam Dalam Perundangan Melayu Kesultanan Siak Sri Indrapura. Masalah Agama dan politik merupakan dua perkataan yang selalu menjadi perbincangan bagi para pemikir baik Islam mahupun bukan Islam.Perbincangan antara agama dan politik dalam Islam terjadi disebabkan oleh kerana hubungan antara agama dan kerajaan dalam sejarah Islam adalah hubungan yang sangat mengesankan. Kerajaan Siak Sri Indrapura merupakan salah satu daripada kerajaan Melayu yang memiliki peranan yang teramat penting dalam sejarah perkembangan kebudayaan Melayu di kepulauan Nusantara. Pada masa pemerintahan raja ke XI Sultan Syarif Hasyim wujudlah sesebuah perundangan tertulis yang ikenali dengan sebutan " Bab Al-Qawa'id yang bererti pintu dari segala pegangan. Dalam perundangan ini hukum Islam dan hukum adat merupakan garis panduan utama yang dijadikan sultan untuk menghadapi berbagai kes-kes hukum dan persoalan yang terjadi di tengah-tengah masyarakat.Lantaran itu, kajian ini cuba mengenal pasti keberadaan hukum Islam dalam perundangan tersebut serta mengungkapkan tentang biografi kesultanan Siak Sri Indrapura. Untuk mencapai objektif tersebut, rujukan dibuat terhadap berbagai tulisan-tulisan yang sudah diterbitkan mahupun berupa arkib-arkib yang ada hubungannya dengan objektif kajian. Baik yang ada di Indonesia mahupun di Malaysia. Di samping itu kajian ini juga dilakukan untuk mengangkat kepermukaan tentang sumbangan kesultanan Siak Sri Indrapura terhadap sejarah Alam Melayu.
Text
Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penulisan novel dengan menerapkan teori teksdealisme yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana). Novel yang digunakan untuk tujuan kajian ini ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, dan Di Negeri Belalang. Teori teksdealisme mempunyai empat prinsip iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan, dan individualisme. Penerapan keempat-empat prinsip ini terhadap teks dapat memperlihatkan sama ada teks itu, sekaligus pengarangnya, mencapai keunggulan ataupun sebaliknya. Kehadiran pengalaman pada seseorang pengarang amat penting untuk menghasilkan teks yang unggul. la merupakan suatu proses yang berterusan, dan pengarang pula akan menghadirkan pengalaman itu sebaiknya dalam karya-karyanya. Pengarang yang mempunyai ciri-ciri keunggulan tidak akan membenarkan dirinya berada di bawah teks ataupun di bawah bayang-bayang pengarang lain. Dalam dirinya sentiasa wujud keinginan untuk menghasilkan teks yang lebih baik daripada teks yang telah dihasilkannya sendiri, ataupun yang telah dihasilkan oleh pengarang lain. Untuk mencapai keunggulan, seseorang pengarang itu harus mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk keluar daripada konvensi dengan melakukan perlanggaran yang merupakan prinsip kedua teori teksdealisme. Perlanggaran mungkin saja dari segi teknik penulisan, pemikiran yang terkandung di dalamnya, watak-wataknya, dan yang seumpamanya. Penerapan prinsip ketiga, iaitu pengukuhan akan memperlihatkan proses pemantapan, pengejapan, dan penyempurnaan teks seseorang pengarang. Lazimnya, pengarang yang unggul tidak akan terus berpuas hati dengan karya yang dihasilkannya. Pengarang akan memperbaiki karya yang diusahakannya itu berulang-ulang kali sebelum diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tujuan penerbitan. Ketiga-tiga prinsip yang disebutkan di atas ini seterusnya akan mengunggulkan keperibadian pengarang, dan teks yang dihasilkannya. Keperibadian pengarang ataupun disebut juga sebagai individualisme ini merupakan prinsip keempat d an terakhir. la juga merupakan analisis terakhir teori teksdealisme dan kemuncak perbincangan terhadap seseorang pengarang mahupun teksnya. Menurut Mana Sikana, hanya pengarang yang unggul akan menghasilkan teks yang unggul. Teks yang unggul pula seterusnya dapat melahirkan khalayak yang unggul. Dalam konteks Anwar Ridhwan, hasil kajian ini telah dapat membuktikan bahawa beliau telah mencapai keunggulannya sebagai penulis novel dan teori teksdealisme juga sesuai teks yang diterapkan untuk mengukur keunggulan seseorang pengarang dan dihasilkannya.
Text
Imbuhan dalam bahasa Melayu
Abstrak
Tesis ini adalah satu percubaan untuk menerangkan imbuhan-imbuhan dalam Bahasa Melayu berdasarkan struktur bahasa ini. Penggunaan imbuhan-imbuhan ini dilihat dari dua segi iaitu bidang morfologi dan bidang sintaksis
Text
Komuniti Cina Kampung di Tebing Sungai Kelantan : satu kajian cara hidup kelompok yang berassimilasi dengan masyarakat Melayu
Abstrak
This thesis is a case study of the rural Chinese Community along the Kelantan River based on a fieldork of actual residence in kapung Mata Ayer. The purpose of this study is to examine to what extent the Chinese community has been assimilated into Malay clture mileu.
Text
Perbandaran kekeluargaan Melayu : kes keluarga dan remaja di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur
Abstrak
Fokus utama penyelidikan ini ialah perubahan-perubahan yang dialami keluarga Melayu di bandar berikutan proses perbandaran dan pemodenan serta bagaimana perubahan tersebut memberi kesan terhadap perlakuan golongan remaja. Sebahagian besar data untuk penyelidikan ini diperolehi daripada kajian kepustakaan serta soal selidik dan temu bual yang dilakukan dengan 47 buah keluarga Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa 17 tingkat, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati proses perbandaran dan pemodenan telah membawa perubahan yang ketara kepada keluarga Melayu berpendapatan rendah dari segi struktur, peranan dan fungsi keluarga, perhubungan sesama anggota-anggota keluarga dan juga sistem nilai mereka. Banyak perubahan tersebut, seperti kelemahan keluarga dalam proses sosialisasi, peningkatan dalam kecenderungan kaum wanita (isteri/ibu) berkerjaya dan kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak, ternyata membawa kesan yang sangat kritikal kepada golongan remaja di bandar. Perubahan-perubahan tersebut didapati telah menyumbang kepada peningkatan salah laku golongan remaja, antaranya merokok, melibatkan diri dalam aktiviti mat rempit, mak nyah & pengkit dan pergaulan bebas.
Text
Cherita-cherita Panji Melayu
Abstrak
Sebuah kajian pengenalan terhadap cherita-cherita Panji Melayu. Persoalan-persoalan yang dikemukakan termasuklah tentang pengertiannya secara umum, sejarah perkembangannya, kandungan dan perbedaan isinya , babak-babak, watak-watak dan chiri-chirinya yang umum.
Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya konflik tanah di Minangkabau: Studi kasus di Nagari Sumawang, Kecamatan Rambatan, Kabupaten Tanah Datar
Abstrak
Masyarakat Minangkabau terkenal dengan masyarakat penganut sistem matrilineal yang terbesar di dunia dengan sistem pemilikan tanah bersifat komunal, dimana sistem pemilikan tanah seperti itu sangat penting artinya dalam pemeliharaan kelompok bersama. Sehingga dengan hal tersebut masyarakat Minangkabau sulit melepaskan hubungannya dengan tanah walaupun areal tanah yang dimiliki sedikit. Menurut pola tradisional, ada 4 (empat) tipe status tanah di Minangkabau, yaitu tanah ulayat kaum, tanah ulayat suku, tanah ulayat nagari dan tanah laleh (hutan lepas). Tanah ulayat kaum ialah tanah yang disediakan untuk digarap warga kaum. Tanah ulayat suku adalah tanah yang disediakan untuk suku. Tanah ulayat nagari adalah tanah yang berfungsi sebagai hutan konversi. Sedangkan tanah ulayat laleh adalah tanah yang tidak bertuan yang dijadikan wilayah pemukiman atau transmigrasi.
Text
Komuniti Melanau [Islam] di Bintulu, Sarawak : satu kajian sosio-budaya
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif mengenai sebuah komuniti Melanau Islam Bintulu berdasarkan kajiluar yang melibatkan pengkaji tinggal bersama-sama anggota komuniti Melanau di Kampung Mesjid. Tujuan utama kajian ini ialah untuk nemberikan gambaran dan memperlihatkan masalah sosio-budaya komuniti serta meneliti hubungan antara satu institusi sosial dengan satu institusi sosial yang lain.
Text
Cherpen2 Melayu sebelum Perang Dunia Kedua : satu analisa tentang tema dan struktur
Text
Hikayat Ahmad Muhammad : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajian ini pada dasarnya bertumpu kepada kerja-kerja transliterasi, pengeditan dan penganalisisan teks HAM dari sudut formalistik. Bertitik-tolak penelitian terhadap tema, plot, daripada watak dan perwatakan, ditonjolkan kepentingan teks HAM dari sudut moral dan pendidikan moral. HAM dihubungkan Penemuan tentang kepentingan dengan peranan dan teks popularitinya sebagai teks yang digolongkan ke dalam sastera Zaman peralihan.
Text
Morfemik dialek Melayu Kelantan
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu pengkajian mengenai dialek Melayu Kelantan, iaitu dari aspek morfemik. Morfemik adalah pengkajian terhadap morfem-morfem dalam sesuatu bahasa atau dialek, dan pengkajian meliputi juga tentang cara-cara penyusunan morfem-morfem dalam pembentukan kata.
Showing 51 to 100 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->