Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (389 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Disertasi Sarjana Perpustakaan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
The expression of the interior decoration in the traditional mosques in Malacca : a critical review in relation to islamic arts
Abstrak
This study is to assess whether the application of decoration in the traditional mosques are truly successful in emanati1ng ther true roles as perceived in Islam and whether the hidden function and their true roles are truly achieved. The overall view of ISLAM, Islamic Arts in relation to decoration, the importance of mosque as a place of worship to Allah, and as an important building in the Muslim world are discussed. The concept of Tawhid' as the doctrine in Islam; and the way Islam perceives Beauty in its decorative arts as a mean of contemplation and Remembering Allah are elaborated. In order to understand these hidden functions and messages, the overall approach, roles, functions and typologies of decoration are explained. The uniqueness of Islamic Arts characteristics, roles, meanings and principles are governed universally by the Islamic doctrine - Tawhid which expressed Oneness and Unity towards Contemplation to the One God Allah. By looking at these aspects, one can truly assess whether the current usage of decorative motifs in mosque is in full success or not. A cross-reference of these usages is established with the true roles and functions of these decoration motifs as decoration in relation to Islamic Art as a whole. Successful applications of the interior decorative motifs can then be established and recommended for future applications. IL is the intention of the study to be as an impetus for other broader and more critical analyses which can be made by others to fully comprehend the underlying concepts of the decorative motifs in the mosque interiors. This study is not an archetypal presentation of facts. A base reference study was made onto the oldest traditional mosque in the South East Asia region- Masjid Agng Demak in Central Java, Indonesia. Field studies were made to cover three selected traditional mosques in Malacca: Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera and Masjid Al Azim. These mosques were chosen based on their built age on two separate eras - the old traditional mosques: Masjid Kampung Hulu and Masjid Tengkera, have been built since the 18" Century and been treated as community mosques. These mosques are still in use, well maintained and conserved. The new traditional mosque, Masjid A1 Azim is of the 20" Century, is a new and larger scale mosque, treated as the State Mosque in Malacca Surveys were done to record and identify the decorative motifs in these mosques and to evaluate the users' awareness and the effectiveness of these decoration. The aesthetic criteria of the decoration elements which have profound impacts onto the users are also identified. Further more, a close examination and analysis regarding certain aspects of the physical characteristics of the decorative motifs are presented. Through the survey and observation study of these decoration, various physical and aesthetic factors were identified. These factors were then referred to formulate the general design criterion in relation to the application of decoration in mosque. By fully understanding the role of decoration, further improvements can be recommended to ensure better and effective usage of decoration particularty n mosques
Text
Teori rasa-fenomenologi : penerapan terhadap novel-novel terpilih Zaharah Nawawi
Abstrak
Secara umumnya penulisan ini ditbahagikan kepada 6 bab. Bab pertama merupakan bahagian pendahuluan. Dalam bahagian ini, pengkaji menyentuh tentang latar belakang kajjan yang merangkumi permasalahan, tujuan, bahan, batasan kajian, kajian terdahulu dan metodologi kajian. Bab 2 pla menyentuh tentang konsep dan kerangka teori. Di antara konsep yang ditekankan ialah konsep keindahan atau estetika, rasa, dan fenomenologi. Turut ditekan pegangan kajian ini, iaitu berdasarkan Teori Rasa-Fenomenologi yang dikemukakan oleh Sohaimi Abdul Azizi. Bab 3 menyentuh tentang latar belakang Zaharah Nawawi, iaitu pengarang novel Sebelum Berhujungnya Musim Bunga, Selamat Datang Adzie Farahah dan Panglina Salleh Selempang Merah, gaya penulisan dan pemikiran Zaharah Nawawi dan kedudukan dan sumbangan dalam dunia kesusasteraan Melayu. Bab 4 pula memfokuskan analisis dengan menerapkan Teori Fenomenologi dengan penumpuan kepada rasa kagum dan rasa berahi. Rasa Bab 5 pula analisis novel-novel Zaharah Nawawi iaitu dengan mengaplikasikan Teori Rasa-Fenomenologi dengan penumpuan kepada rasa duka, rasa berang dan rasa benci. Bab 6 merupakan bab akhir yang memuatkan dapatan analisis-analisis yang telah dilakukan.
Text
Analisis imej Melayu dalam cerpen Malaysia dan Thailand (1970-1985)
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk analisis perbandingan imej. Tumpuan analisis perbandingan adalah kepada imej-imej watak Melayu dalam cerpen Malaysia dan Thailand (1970-1985). Cerpen dipilih sebagai bahan kajian, bertolak daripada tanggapan bahawa cerpen merupakan dokumen sosio-budaya sesebuah masyarakat. Kajian tertumpu kepada penganalisisan imej Melayu, iaitu imej pemimpin, imej wanita, imej kaum marhaen dan imej manusia kerdil. Didapati bahawa imej-imej watak Melayu dalam kedua-dua aliran cerpen Malaysia dan Thailand membawa ciri-ciri sosiologikal dan politikal yang ketara. Watak dan perwatakan mereka dibentuk oleh keadaan dan pergolakan setempat. Justeru, maka dapat ditemui ciri-ciri kelainan di samping juga ciri-ciri persamaan. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas tentang imej masyarakat Melayu di kedua-dua buah negara, kajian ini ipecahkan kepada enam bab. Bab 1 merupakan huraian tentang latar belakang perkembangan cerpen Malaysia dan Thailand. Huraian ini sekadar untuk melihat perkembangan genre cerpen di Malaysia dan Thailand supaya lebih jelas tentang kedudukan genre cerpen sebagai salah satu cabang dalam kesusasteraan moden di kedua-dua buah negara. Sekali gus untuk lebih memahami tentang susur galur perkembangan cerpen Malaysia dan Thailand sejak dari awal sampai penghujung abad ke-20. Bab 2 menganalisis imej pemimpin untuk melihat persamaan atau kelainan di kalangan golongan ini. Pemimpin dalam kajian ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu pemimpin tradisi dan pemimpin moden. Bab 3 memusatkan pembicaraan pada imej wanita. Imej wanita begitu penting untuk diperkatakan. Ini memandangkan kehadiran kaum wanita dalam proses pembangunan negara baik di Malaysia mahupun di Thailand cukup penting Bab 4 memperkatakan tentang imej kaum marhaen di kedua-dua buah negara. Kaum marhaen merupakan jumlah penduduk terbesar di Malaysia dan Thailand. Imej mereka boleh mewakili keseluruhan imej penduduk di negara masing-masing. Penganalisisan dibuat untuk melihat jenis-jenis permasalahan hidup yang dialami oleh bangsa ini. Bab S5 memusatkan pembicaraan pada imej manusia kerdil. Manusia kerdil di sini bermaksud golongan manusia yang kurang berkeupayaan baik dari segi fizikal, mental dan material. Oleh itu, gambaran yang dilihat pada imej-imej manusia kerdil adalah golongan manusia yang tertindas, miskin dan menjadi mangsa kepada keadaan serta waktu. Manakala bab terakhir, iaitu bab 6 merupakan kesimpulan keseluruhan kajian. Dalam bab ini dibincangkan hasil yang didapati daripada analisis-analisis yang telah dilakukan. Hasil kajian ini dapat ditemui bahawa meskipun mereka asalnya daripada satu rumpun namun disebabkan mereka dipisahkan oleh sempadan geopolitik dua buah negara yang mempunyai sistem pemerintahan dan persekitaran yang berbeza mka secara langsung pembentukan peribadi dan perwatakan juga turut berbeza. Paling ketara 1alah tentang ketidaksamaan dari segi mentaliti, gerak-laku dan tindakan mereka dalam usaha memastikan kelangsungan hidup. Ini adalah disebabkan corak pemerintahan di kedua-dua buah negara berbeza. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, dua rumpun masyarakat Melayu ini masih juga menampakkan ciri-ciri kesamaan terutamanya dari segi pengekalan jati diri Melayu dan amalan-amalan tradisi yang dikenal pasti sebagai budaya Melayu.
Text
1001 pantun baru : kajian nilai estetika
Abstrak
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre pantun sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana tempatan iaitu Profesor Muhammad Haji Salleh. pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetika pada pantun semata-mata melalui prinsip yang dikemukakan iaitu Yang Indah Indah: Estetika Sastera Melayu. Dalam bab pertama, pengkaji mengemukakan identifikasi masalah, rumusan masalah, tujuan kajian, batasan kajian, kajian-kajian lampau dan kaedah penyelidikan. Dengan berbuat demikikan, pengkaji memahami hala tuju kajian yang ingin dilakukan agar ianya tidak lari dari matlamat sebenarnya kajian. Bab dua pula pengkaji akan menghuraikan teori Puitika Sastera Melayu dan sembilan prinsip yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh. Melalui prinsip-prinsip yang dikemukakan itu, pengkaji hanya memilih satu prinsip utama iaitu yang berkaitan dengan estetika. Pengkaji memperincikan prinsip yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu, Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu. Melalui prinsip ini, keindahan genre pantun lebih terserlah dengan melihatnya dari semua perspektif sama ada dalaman atau luaran. Bab tiga pula pengkaji memberi huraian lebih lanjut tentang diri pengarang yang hasil karyanya menjadi bahan kajian. Beliau adalah Khadijah Hashim yang terkenal dengan novel Badai Semalam. Di samping itu pengkaji akan memasukkan juga dalam bab ini teks yang dikaji iaitu 1001 Pantun Baru denganmengemukakan resensinya. Bab empat merupakan analisis teks 1001 Pantun Baru dengan menggunakan prinsip yang telah dipilih. Pantun bukan saja dinikmati secara lisan semata-mata tetapi dari keseluruhan; tema, isi, pola rima, bentuk, diksi-diksi terpilih, mesej yang ingin disampaikan, malahan apa sahaja yang membangunkan binaan sebuah pantun termasuk dalam ruang lingkup kajian khususnya dari aspek estetikanya. Bab lima merupakan kesimpulan. Dalam bab ini pengkaji mengemukakan dapatan kajian berdasarkan analisis sampel-sampel pantun yang telah dipilih dari teks yang telah dijadikan bahan kajian. pengkaji berharap agar kajian ini dapat menyumbang ke arah pengayaan bahan mengenai genre pantun serta membuka peluang buat pengkaji lain yang berminat dengan teori ini.
Text
Ritual masyarakat Iban dalam novel-novel terpilih penulis Sarawak
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan fungsi dan kepentingan ritual dalam upacara atau adat resam kaum Iban di negeri Sarawak berdasarkan tiga buah novel hasil karva penulis kelahiran Sarawak. Novel-novel tersebut ialah Pindah dan Gugumya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai serta Kelingkang hasil tulisan Douglas Jaga. Analisis kajian menggunakan pendekatan teori struktural fungsionalisme (teori fungsionalisme) yang dikemukakan oleh Emile Durkheim, iaitu setiap elemen budaya dan masyarakat bertindak sebagai fakta-fakta sosial (social fucts) yang berfungsi untuk menghamonikan institusi kemasyarakatan itu sendiri. Penerapan teori tersebut daripada perspektif kajian budaya ke atas novel-novel kajian memperlihatkan bahawa ritual memainkan peranan penting dalam fungsinya sebagai fakta sosial yang menjadi sistem peraturan atau undang-undang tidak formal dalam masyarakat Iban. Apabila sistem atau peraturan ini dipakai dan ahli masyarakat akur akan justifikasi perlakuan ritual terhadap fungsinya untuk menghamonikan masyarakat, ia akan cuba dipertahankan dan menjadi satu ciri khusus masyarakat yang mengamalkannya. Dengan itu, ritual dapat diangkat sebagai salah satu ciri identiti bagi masyarakat Iban di Sarawak. Analisis yang dijalankan bukan sahaja melihat ciri-ciri identiti tersebut seperti yang tergambar dalam teks kajian tetapi turut menjelaskan definisi, sifat dan amalan serta bentuk-bentuk ritual yang berlangsung dalam kalangan nmasyarakat Iban di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di rumah panjang serta memegang kukuh nilai tradisi dan adat resam. Ritual menempatkan dirinya dalam hampir seluruh perjalanan hidup manusia Iban, sejak ia berada di dalam rahim ibu sehinggalah pada hari kematiannya seperti mana yang dipaparkan dalam ketiga-tiga buah novel kajian. Kelangsungan ritual yang digambarkan dalam teks-teks pilihan tidak hanya berlegar pada individu tertentu, malah dalam sebuah masyarakat bersifat kolektif, ritual memberi kesan tertentu kepada ahli masyarakat secara keseluruhan, sama ada yang menyokong atau menentang. Hubungan ritual bukan sekadar antara manusia dengan manusia malah terdapat juga ritual yang dijalankan bagi menenteramkan hubungan manusia dengan unsur alam. Alam pula terbahagi kepada dua, iaitu yang bersifat fizikal dan spiritual. Alam yang dirujuk sebagai fizikal itu bersifat literal, yakni urusan manusia dengan alam persekitaran, sama ada tempat kediaman atau tempat sumber rezeki seperti hutan dan sungai. Manakala alam spiritual pula merujuk kepada entiti-entiti ghaib, seperti tuhan (dewa) atau semangat (roh baik atau jahat). Konflik yang muncul antara manusia dengan dua alam ini akan melahirkan ritual-ritual yang bercirikan penghormatan dan sifat timbal balas supaya suasana harmoni mampu wujud antara kedua-dua pihak. Dalam bidang kesusasteraan, unsur ritual menjadi sebahagian daripada gagasan penting yang menyumbang kepada isi cerita dalam sesebuah karya. Hasil dapatan daripada analisis kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai tradisi yang dipertahankan dalam ritual khusus menurut upacara-upacara tertentu akan menjadi ciri penentu dalam mewujudkan keharmonian kepada seluruh masyarakat. Dapatan kajian juga menjadi bukti bahawa selain mengangkat identiti masyarakat Iban, ritual juga berfungsi sebagai salah sebuah dokumen budaya dalam memaparkan gagasan pemikiran, pandangan dunia serta kepercayaan masyarakat Iban.
Text
Kesan globalisasi ke atas pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu
Abstrak
Nusantara merupakan negara wilayah umat Melayu yang mempunyai tamadunnya tersendiri selaras dengan iklim dan sejarah budayanya. Globalisasi sebagai fenomena sejagat telah menyemrak pertumbuhan, pembentukan dan perkembangan peradaban tersebut dalam meneliti liku-liku zaman. Sejarah dan kronologi globalisasi yang dimulai lslam dengan semangat ilmu memberi jasa besar dalam merubah watak dan budaya masyarakat yang berpegang kepada peradaban warisan tradisi hingga membentuk masyarakat dinamik berteraskan kosmologi Islam bersandarkan Iman dan amal; intelektualisme dan rasionalisme disertai pandangan hidup sejagat bercirikan progresif, inovatif dan kondusif. Arus globalisasi Barat kemudiannya telah mewarnakan dunia Melayu dengan menduduki gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sumbangan globalisasi itu turut menyumbang memperlihatkan ketinggian peradaban Melayu melalui hubungan dan kesamaan mereka dari segi bahasa, sastera, budaya, ekonomi, politik, sosial, tekonologi, seni dan lain-lain. Di sebalik slogan mentamadunkan dunia Melayu yang sarat dengan agenda kolonialisasi, hegemoni dan kristianisasi, globalisasi Barat telah menjambatankan kepesatan pertembungan lain-lain peradaban seperti India dan China yang menimbulkan pulau-pulau peradaban baru di Nusantara. Kesannya telah terbentuk khususnya di Tanah Melayu yang kini meninggalkan impak lanjutan kepada perkembangan peradaban Melayu. Sumbangan globalisasi Islam telah mencantumkan rumpun Melayu kepada suatu umat terbesar selepas bangsa Arab di Asia Barat. Namun globalisasi Barat memainkan peranan membahagikan mereka kepada beragama Islam dan bukan lslam. Ledakan globalisasi kontemporari Barat yang dipacu Amerika Syarikat khususnya semakin penting memainkan peranan dalam merubah pola-pola peradaban dan cara hidup rumpun Melayu. Arus ini sedang memperlihatkan perkembangan peradaban Melayu yang telah ditandai dengan konflik peradaban hingga telah menjadi trauma kepada keutuhan peradaban Melayu. Peristiwa ngeri 13 Mei 1969 di Malaysia dan siri-siri konfik peradaban di Nusantara mencerminkan kesan kerencaman globalisasi dalam membentuk perkembangan peradaban Melayu di masa akan datang. Ledakan teknologi maklumat dan pembangunan pesat dunia disulami gejala dunia siber turut memesatkan perkembangan peradaban Melayu dalam menghadapi cabaran kuasa penyamarataan budaya memungkinkan kemunculan suatu budaya unik Malaysia. Menjelang alaf baru, peranan globalisasi semakin mengecilkan saiz dunia dan beransur-ansur memupuskan organisas1 dan memperkembangkan konsep dunia sejagat. Tentulah saingan memberi kelebihan kepada Barat untuk memindahkan nilai dan cara berfikir mereka ke suatu daerah dunia yang lain. Mampukah peradaban Melayu yang suatu masa dahulu terbukti sebagai kuasa globalisasi dunia kembali menghadapi cabaran mempertahankan peradaban Melays Nusantara khususnya di Malaysia sesuai dengan Islam sebagai ad-Din yang syumul untuk melampaui kuasa globalisasi kini.
Text
Tradisi buluh dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Fokus kajian ini ialah mengenai buluh iaitu sejenis rumput-rumpai yang boleh didapati tumbuh di merata dunia kecuali di tempat yang terlalu sejuk seperti Artik dan Antartik. Di benua seperti Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Australia buluh didapati ada yang tumbuh liar dan ada juga yang ditanam. Buluh juga ada didapati di benua Eropah tetapi ia dipercayai bukan tumbuhan asli di situ. Adalah dipercayai ia dibawa dari negara-negara Asia seperti China, Jepun dan sebagainya. Buluh mempunyai pelbagai spesies. Antara spesies buluh yang besar ia mempunyai ketinggian kira-kira 25 meter dan ada juga yang kecil iaitu mempunyai ketinggian kira-kira 1.5 meter sahaja. Buluh-buluh yang tumbuh di kawasan yang beriklim sederhana tumbuh secara monopodial dan di kawasan panas seperti kawasan tropika ia tumbuh secara simpodial. Tunbuhan buluh sangat berguna kepada manusia termasuk masyarakat Iban di Sarawak. Orang Iban menggunakan buluh dalam berbagai-bagai cara hidup mereka misalnya dalam bidang pertanian, seni tampak dan sebagainya. Di sebalik penggunaan buluh orang Iban mempunyai falsafah-falsafah tertentu yang berkaitan dengan tumbuhan tersebut. Falsafah-falsafah itu ada yang berkaitan dengan kepercayaan tradisi atau animisme, hukum adat, nilai sosial dan lain-lain. Hal ini banyak yang menggambarkan betapa pentingnya buluh dalam kehidupan masyarakat Tban terutamanya pada zaman dahuiu. Meskipun sekarang buluh masih memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat ban sama ada yang tinggal di pedalaman ataupun yang di Bandar tetap1 terdapat tanda-tanda yang ia kini kian terpinggir dan jika sesuatu tidak dilakukan kemungkinan dalam masa yang terdekat ini ia akan pupus daripada segi kegunaannnya dan juga kehadirannya di alam persekitaran kita.
Text
Tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian ini membincangkan kesinambungan tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu, khususnya dari segi penggunaan kitab-kitab jawi selain dari sistem pengajian itu sendiri. Tujuan kajian ialah bagi melihat aspek sejarah pengajian tasawuf di Terengganu; melihat kitab-kitab yang digunakan sebagai teks pengajian; menilai sistem pengajian; pertembungan mazhab; dan seterusnya kesan pengamalan tasawuf terhadap pembentukan sahsiah masyarakat Islam. Kajian melibatkan dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder dan kaedah kerja lapangan bagi memperoleh data-data premier. Data-data premier seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dibandingkan dengan data-data berbentuk historikal yang didapati daripada kaedah perpustakaan. Daripada analisis yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa sistem pengajian tradisional tascwuf di Terengganu masih mengekalkan corak tradisi. Tasawuf yang diajarkan adalah seragam iaitu tasawuf sunni dan, walaupun wujud tasawuf tarikat namun ia adalah selari dengan ajaran-ajaran ahl al-sunnah wa 1jama 'ah. Penggunaan kitab jawi masih berterusan malah diambil perhatian yang berat oleh semua pihak termasuk generasi muda. Menyedari kepentingan kitab jawi sebagai wahana intelektual Melayu abad silam, satu usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh perlu dilakukian oleh semua pihak terutama pihak berkuasa agama, penerbit, dan golongan sarjana dalam bidang-bidang agama dan sastera bukan sahaja untuk mengekalkan bentuk dan keaslian kitab-kitab jawi, malah menyebarluaskannya ke dalam masyarakat awam. Semoga dengan itu kitab jawi tidak hanya menjadi "barang antik' atau digunakan oleh golongan tradisional sahaja bahkan terus mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Malaysia.
Text
Spatial organizations of the National and State Mosques of peninsular Malaysia : case studies
Abstrak
Design problems exist in large-scale jami mosques of Malaysia as experienced on various occasions by the writer and her acquaintances when attending the state mosques of West Malaysia, The most serious problem exists in the spatial organizations as reflected in the difficulties of circulations when using the spaces in the mosques. The circulations problem in causes inconvenience to the users either in the form of inappropriate sequence of spaces or the excess of traveling distances from one space to another. These problems exist apparently due to the technical decisions and aesthetics made by designers rather than functional decisions. Since a mosque is a special building designed for liturgical activities, therefore, it is very important that the liturgical requirements are carefully observed when designing a mosque especially in the configuration of spatial organizations. Therefore, it is the aim of this study to explore and analyse the spatial organizations of the large-scale mosques against the liturgical requirements laid down by the Al Quran and Sunnah (tradition from the Prophet S.a.w.). Three case studies were selected from the largest state and national mosques of West Malaysia, namely, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam of Selangor State; Masjid Negara in Kuala Lumpur of Federal Government of Malaysia; and Masjid AI Azim in Melaka City of Melaka State. The focus of the study is to research on their spatial organizations as the main focus, and other aspects of design as the seconday aspect. The study explored into the perception of a total of 300 respondents about the spatial organizations of the three case studies as secondary evidence. The findings revealed that the mosques were designed without proper guidelines from the Jabatan Agama lslam' which is the authority of mosque buildings in the country. Neither the designers properly referred to the liturgical requiremernts laid down by the Al Quran and Sunnah. At the same time, the spatial organizations were configured by the technical and aesthetics decisions made by the designers and the clients i.e. the Prime Minister or the Sultans or the Chief Minister and the relevant committees. Besides the mosques under study suffer from inappropriate spatial organizations and proportions, they also suffer from other design problems such as inappropriate zoning of supporting facilities, echo problem, inappropriate shoe rack system, lack of canopies to protect from the weather conditions, and the lack of design identification of the main entrance. The findings also revealed from the convenience survey that the respondents were ignorant of the knowledge of the liturgical requirements and spatial interpretations.
Text
Giliran bertutur dalam teks kaunseling : analisis retorik
Abstrak
Tesis ini mengkaji empat teks kaunseling yang terdiri daripada 19 unit. Tesis ini dibahagikan kepada enam bab. Bab 1 memaparkan pendahuluan kajian yang meliputi latar belakang kajian, tujuan, bidang, bahan, kaedah dan konsep kajian. Bab 2 mengenai kaunseling yang terdiri daripada konsep, sejarah, matlamat, proses kaunseling dan ciri kaunselor. Bab 3 merupakan kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dibincangkan model dalam kaunseling, model dalam interaksi lisan dan input retorik. Untuk menganalisis dan mentafsir data, Model Retorik Gabungan dikemukakan. Model ini menggatbungkan ketiga-tiga bidang yang mempunyai model dan input masing-masing di samping perincian jenis tindakan dan seterusnya pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Bab 4 merupakan analisis dan tafsiran komponen giliran bertutur yang terdiri daripada struktur, peserta, bilangan ujaran, bilangan giliran bertutur, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Analisis kajian menunjukkan bilangan ujaran dalam struktur pertengahan yang tertinggi, iaitu (75%). Hal yang sama juga berlaku dalam komponen peserta, bilangan giliran bertutur, jenis tindakan, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi, iaitu struktur pertengahan yang tertinggi. Selain itu, dapatan kajjan menunjukkan terdapat pengagihan yang seimbang antara bilangan ujaran KS dengan KL. Ini bertepatan dengan ciri kaunseling yang mementingkan hubungan terhadap KL sepertimana dinyatakan dalanm model kaunseling. Begitu juga bagi bilangan giliran bertutur yang menunjukkan terdapat keseimbangan jumlah bilangan giliran bertutur antara peserta. Ini selaras dengan definisi giliran bertutur yang memerlukan interaksi berkesan sesuai dengan ciri kaunseling. Bagi jenis tindakan pula, dapatan kajian menunjukkan jenis tindakan (2) yang tertinggi, masing-masing baik KS mahupun KL, iaitu (55%) dan (86%). Ini disebabkan ciri jenis tindakan (2) merupakan fenomena interaksi lisan. Selain itu, dapatan tan kajijan menunjukkan bagi jenis tindakan (1) terdapat peralihan giliran bertutur antara KS dengan KL berdasarkan struktur akhir. Dapatan ini bertepatan dengan proses kaunseling yang mementingkan hubungan mesra antara peserta. Dapatan ini juga selaras dengan input retorik etos dan patos. Manakala bagi pasangan adjensi, jenis (3+2/2+3) yang tertinggi, iaitu (43%).
Text
Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penulisan novel dengan menerapkan teori teksdealisme yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana). Novel yang digunakan untuk tujuan kajian ini ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, dan Di Negeri Belalang. Teori teksdealisme mempunyai empat prinsip iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan, dan individualisme. Penerapan keempat-empat prinsip ini terhadap teks dapat memperlihatkan sama ada teks itu, sekaligus pengarangnya, mencapai keunggulan ataupun sebaliknya. Kehadiran pengalaman pada seseorang pengarang amat penting untuk menghasilkan teks yang unggul. la merupakan suatu proses yang berterusan, dan pengarang pula akan menghadirkan pengalaman itu sebaiknya dalam karya-karyanya. Pengarang yang mempunyai ciri-ciri keunggulan tidak akan membenarkan dirinya berada di bawah teks ataupun di bawah bayang-bayang pengarang lain. Dalam dirinya sentiasa wujud keinginan untuk menghasilkan teks yang lebih baik daripada teks yang telah dihasilkannya sendiri, ataupun yang telah dihasilkan oleh pengarang lain. Untuk mencapai keunggulan, seseorang pengarang itu harus mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk keluar daripada konvensi dengan melakukan perlanggaran yang merupakan prinsip kedua teori teksdealisme. Perlanggaran mungkin saja dari segi teknik penulisan, pemikiran yang terkandung di dalamnya, watak-wataknya, dan yang seumpamanya. Penerapan prinsip ketiga, iaitu pengukuhan akan memperlihatkan proses pemantapan, pengejapan, dan penyempurnaan teks seseorang pengarang. Lazimnya, pengarang yang unggul tidak akan terus berpuas hati dengan karya yang dihasilkannya. Pengarang akan memperbaiki karya yang diusahakannya itu berulang-ulang kali sebelum diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tujuan penerbitan. Ketiga-tiga prinsip yang disebutkan di atas ini seterusnya akan mengunggulkan keperibadian pengarang, dan teks yang dihasilkannya. Keperibadian pengarang ataupun disebut juga sebagai individualisme ini merupakan prinsip keempat d an terakhir. la juga merupakan analisis terakhir teori teksdealisme dan kemuncak perbincangan terhadap seseorang pengarang mahupun teksnya. Menurut Mana Sikana, hanya pengarang yang unggul akan menghasilkan teks yang unggul. Teks yang unggul pula seterusnya dapat melahirkan khalayak yang unggul. Dalam konteks Anwar Ridhwan, hasil kajian ini telah dapat membuktikan bahawa beliau telah mencapai keunggulannya sebagai penulis novel dan teori teksdealisme juga sesuai teks yang diterapkan untuk mengukur keunggulan seseorang pengarang dan dihasilkannya.
Text
Amalan kesihatan di kalangan remaja
Abstrak
Kesihatan merupakan satu fenomena yang amat dititikberatkan oleh semua masyarakat seantero dunia. Justeru, tidak hairanlah jika semua perlakuan manusia bertitik tolak daripada kesihatan. Apabila mengutarakan kesihatan, persoalan sakit, demam atau sihat juga sering dikaitkan. Kajian yang melihat amalan kesihatan di kalangan remaja Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa setiap perlakuan remaja itu menjurus kepada faktor kesihatan. Walau bagaimanapun, remaja dewasa ini lebih terdedah kepada konsep kesihatan moden, iaitu segala rawatan atau pencegahan diserahkan tanggungjawabnya kepada doktor. Namun, kajian ini mendapati bahawa remaja Melayu semuda 11 tahun sudah mengamalkan tahap kesihatan yang baik. Amalan kesihatan dilihat sebagai langkah untuk merncegah kesakitan. Kesakitan bagi semua masyarakat melambangkan kesusahan dan mengganggu perjalanan hidup mereka. Walau bagaimanapun, bagi remaja Melayu kini segala kesakitan dan penyakit adalah rahmat daripada Tuhan untuk menguji hamba-Nya.
Text
Kajian batu nisan Aceh dan tembikar di tapak arkeologi lembah Sungai Johor
Abstrak
Tesis ini cuba mengkaji warisan kerajaan Melayu Johor Riau yang terdapat di tapak-tapak arkeologi di lembah Sungai Johor seperti Johor Lama, Panchor, Seluyut, Kota Tinggi dan Sayong Pinang seperti batu nisan Aceh dan tembikar. Tujuannya adalah untuk merekonstruksikan sejarah perdagangan dan penempatan dan hubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kaedah kajian adalah dengan melakukan survei arkeologi, memetakan kedudukan peninggalan-peninggalan arkeologi di setiap tapak, galicari dan menganalisis setiap penemuan yang terdiri daripada batu nisan Aceh dan tembikar. Hasil daripada analisis disintesiskan dengan data bertulis yang terdiri daripada hasil kajian lepas seperti laporan-laporan dan sumber sejarah seperti Sejarah Melayu. Hasil daripada kajian batu nisan Aceh dan tembikar ini telah diperolehi pentarikhan tapak-tapak penempatan awal di lembah Sungai Johor, corak pemerintahan dan hubungan perdagangan. Berdasarkan kepada kajian itu didapati bahawa tapak penempatan yang paling tua adalah di Johor Lama dengan terjumpanya tembikar zaman Song abad 11. Selain itu temuan tembikar dari Thailand, Vietnam dan Burma abad ke 15. Batu nisan Aceh yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856 Hijrah (1453 Masehi). Juga dapat dirumuskan daripada data arkeologi bahawa lokasi pusat pemerintahan kerajaan tidak kekal di satu-satu lokasi semasa kewujudan Kerajaan Johor-Riau dari abad 15 ke 18 Masehi.
Text
Cerita-cerita Awang Batil : kajian rasa fenomenologi
Abstrak
Cerita Awang Batil merupakan salah satu sastera tradisional yang harus diperlihara serta dipertahankan supaya tidak dilupakan begitu sahaja pada suatu masa nanti. Kajian cerita-cerita Awang Batil dari Perlis ini disesuaikan dengan teori Rasa Fenomenologi serta input-input Islam untuk melihat nilaj nilai estetik yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Cerita-cerita yang menjadi bahan kajan ini meliputi dua generasi, iaitu cerita yang disampaikan oleh arwah Encik Mahmud Wahid serta cerita yang dipertuturkan oleh naknya, Encik Ramli Mahmud. Cerita-cerita tersebut ialah "Cerita Awang Miskin', 'Cerita Sri Miskin', Cerita Mek Siti Galin', Cerita Awang Denoi atau Raja Kamaruzaman', Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi, 'Cerita Awang Betui' dan Cerita Awang Akar Larak. Cerita-cerita ini ditranskripsi dengan menggunakan dialek perlis untuk mengekalkan keaslian cerita tersebut. Daripada analisis tersebut, rasa yang paling banyak dan dominan timbul ialah rasa cinta, rasa wira, rasa malu, rasa syukur, rasa duka dan rasa marah. Rasa-rasa yang timbul daripada cerita cerita tersebut sekaligus dapat mengambarkan cara hidup dan budaya masyarakat yang diceritakan. Selain itu kajian ini juga dapat menyerlahkan ketokohan sesorang penglipur lara dalam menyampaikan sesebuah cerita.
Text
Pendidikan moral untuk kanak-kanak : kes teater "Siti di Alam Fantasi"
Abstrak
Kajian ini menumpukan perbincangan terhadap pendidikan moral untuk kanak kanak yang diteliti melalui satu persembahan teater muwzikal kanak-kanak jaitu persembahan teater Siti di Alam Fantasi (SDAF). Penelitian dibuat berdasarkan kepada dua sudut utama dalam menilai sesebuah teater iaitu daripada sudut skrip dan juga persembahan. Aspek skrip yang terdiri daripada tema, plot, watak dan dialog serta aspek persembahan yang terdiri daripada kepelbagaian elemen kekaguman, dilihat mampu untuk menyerlahkan nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarahnya. Di sebalik pementasan teater SDAF sebenarnya tersirat berbagai unsur pengajaran yang merangkumi nilai-nilai murni seperti nilai kekeluargaan, budaya dan agama serta etika dalam perhubungan, baik sesama manusia, hubungan manusia dengan alam mahupun hubungan manusia dengan perncipta. Pengkaji melihat usaha yang dilakukan oleh penulis skrip dalam merealisasikan sebuah karya dalam berntuk skrip kepada sebuah persembahan teater sebagai suatu usaha yang positif ke arah mengembangkan ilmu teater dari peringkat awal lagi. Kemunculan teater ini yang juga telah mencatat kutipan box office di Istana Budaya seakan memberi nafas baru kepada bidang teater kanak-kanak untuk diperkembangkan lagi setelah sekian lama diabaikan. Kekreatifan pengarah dalam memanfaatkan aspek audio visual yang canggih dalam mementaskan teater ini telah berjaya menarik minat audien, khususnya kanak-kanak. Justeru, pengkaji melihat kekuatan kedua-dua aspek ini iaitu aspek skrip dan dibantu oleh aspek persembahan dalam meneliti nilai-nilai moral yang ingin diketengahkan oleh pengarah teater ini dengan lebih berkesan. Tanggapan bahawa teater SDAF sekadar sebuah teater muzikal kanak-kanak yang berbentuk hiburan semata-mata harus disangkal dan dibuktikan dengan menyelami dan meneliti secara terperinci mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah teater ini.
Text
Dayang Kak Nun : analisis perbandingan teks dari aspek intrinsik dan kepengarangan Melayu
Abstrak
Sastera rakyat, atau sastera lisan merupakan bentuk kesusasteraan awal yang lahir dalam semua kebudayaan manusia. Biarpun tradisi tulisan Sudah diperkenalkan dalam masyarakat Melayu di nusantara, namun sastera lisan masih tetap berkembang juga dengan pesat dalam masyarakat Melayu tradisional. Kajian terhadap sastera lisan telah dimulakan oleh sarjana-sarjana Eropah sejak abad ke-17 dan ke-18 Masihi namun di nusantara perhatian terhadap sastera lisan bermula sejak zaman penjajahan di sekitar awal abad ke-19 dan 20. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan kepada dua buah teks cerita penglipur lara yang dtuturkan oleh tukang cerita yang sama iaitu Puan Fatimah bt.Musa. Manakala teks yang ikaji pula berdasarkan transkripsi yang dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamid ( 1966 ) dan Dr. Zahir b.Ahmad (2002 ). Objektif kajian adalah untuk melihat perbezaan dan persamaan antara teks dalam penceritaan cerita penglipur lara Melayu dan konsep kepengarangan tukang cerita Melayu. Pengkaji menggunakan teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dari aspek pengarang untuk melihat keupayaan dan kewibawaan pengarang Melayu dalam kerja-kerja kepengarangan . Manakala dari segi pendekatan pula, pengkaji menggunakan pendekatan vang dibawa oleh Rene Welleck dan Austin Warren untuk melihat dari aspek intrinsik. Hasil penelitian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kedua-dua teks tersebut telah membuktikan bahawa cerita penglipur lara bukanlah suatu yang statik manakala pengarang Melayu pula adalah manusia yang luar biasa. Dengan ini teori kepengarangan Melayu yang dicetus oleh Muhammad Haji Salleh dalam teori Puitika Sastera Melayu amat relevan digunakan dalam penelitian terhadap sastera lisan.
Text
Tembikar dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Sesungguhnya keunggulan dan kegemilangan tamadun bangsa Iban sedikit sebanyak dapat dilihat melalui warisan budayanya yang unik dan tersendiri. Kajian ini cuba membincangkan tembikar, khasnya tembikar perdagangan dalam budaya orang Iban dan menganalisis tembikar yang pada mulanya hanya merupakan benda biasa digunakan dalam kehidupan seharian, kemudian ia telah diiktirafkan dengarn satu martabat yang amat tinggi dalam masyarakat itu. Bagi tujuan itu, pengkaji akan cuba menghuraikan tembikar sebagai peralatan seharian dan juga dari sudut ritual. Oleh itu, fokus utama kajian ini ingin melihat tembikar dari sudut ritual dan dari perspektif hukum adat. Tembikar merupakan satu benda sakral telah digunakan dalam pelbagai upacara berkaitan dengan ritual 'Petara' seperti di dalam ritual 'Gawai'. Tembikar telah diperturunkan oleh kuasa luar biasa melalui mimpi dan ia telah banyak membantu kehidupan orang Iban, khasnya dalam kegiatan pertanian. Orang Tban menggunakan tembikar dalam perspektif hukum adat dan ia merupakan satu objek yang mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mengekalkan keharmonian hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan tuhan mereka. Bagi menghasilkan Disertasi yang sempurna, kajian ini cuba bergerak di dalam rangkuman tiga teori. Pertamanya, tembikar telah wujud di Sarawak sejak abad ke-9 Masehi dan orang Tban telah dikatakan menggunakan tembikar sebagai alatan kegunaan seharian. Keduanya, pengkaji ingin melihat makna dan hubungan tembikar dengan kuasa luar biasa yang dijelmakan melalui mimpi serta kesannya kepada pemilik tembikar itu dan yang ketiga kehadiran tembikar telah memantapkan budaya Orang lban menerusi peranannya dalam hukum adat. Setiap huraian yang diutarakan diharap dapat memberi manfaat untuk difikirkan bersama.
Text
Semiotik daripada perspektif Islam : konsepsi lambang pantun warisan rakyat
Abstrak
Kaijan ini meneliti aspek sains tanda, iaitu daripada kategori lambang kata nama (KN) dalam pantun yang dipetik daripada koleksi Kumpulan Pantun Melayu selenggaraan Zainal Abidin Bakar (1984). Kajian lambang ditumpukan kepada penggunaan bahasa literal dan bahasa kiasan dengan pengaplikasian Model Semiotik Paling Luas (MSPL). Bab pertama memaparkan aspek latar belakang kajjan, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajan, permasalahan kajjan, metodologi kajian dan seterusnya melihat konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian. Bab kedua pula memfokuskan perbincangan kepada asas kemunculan semiotik, definisi konsep dan kerangka teoretis yang melatari bidang kajan secara terperinci. Beberapa model teori turut diketengahkan dan perbincangan ditumpukan diaplikasikan ke dalam kajian ini. kepada kerangka teoretis yang Seterusnya dalam bab ketiga, iaitu bahagian analisis menjurus kepada aspek penggunaan lambang-lambang yang bersifat literal. Lambang-lambang yang dipilih daripada koleksi pantun agama dan kepercayaan (PA&K) diteliti bagi melihat makna tersurat. Bab keempat pula memfokuskan kajian terhadap penggunaan unsur bahasa kiasan yang mengandungi makna tersirat di samping bahasa yang bersifat literal. Lambang-lambang dikutip daripada pantun peribahasa dan perbilangan (PP&P). Analisis kajjan menumpukan kepada tiga komponen, iaitu dari segi kategori lambang (KL), makna lambang (ML) dan kategori makna lambang (KML). Dalam konteks kajan ini, lambang-lambang diteliti daripada perspektif lslam. Bab kelima merupakan analisis perbandingan bagi dua kategori tema yang dipilih, iaitu tema PA&K serta PP&P. Perbandingan ini mengambil kira tiga komponen tersebut. Bab yang terakhir, iaitu bab penutup menyimpulkan secara ringkas berhubung dengan bab-bab yang terdahulu di samping mengemukakan cadangarn kajian lanjutan.
Text
Modenisasi dan pembinaan bangsa: pemikiran Mahathir Mohamad
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis modenisasi dalam zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan pengaruh pemikiran beliau terhadap pembinaan bangsa. Pemikiran, pancaran pengalaman zaman kanak-kanak beliau, banyak mempengaruhi tindakan beliau apabila menerajui kepimpinan negara. Dalam hubungan tersebut, kajian ini meneliti gagasan dan pemikiran beliau yang diterjemahkan dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran dan nilai budaya anggota masyarakat. Dengan demikian konsep modenisasi, pembinaan bangsa dan kepimpinan dikaitkan bagi memperlihatkan peranan Mahathir membangunkan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera lain, khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Kesimpulan yang dibuat daripada analisis ini, yang berasaskan tulisan Mahathir The Malay Dilemma, Jalan ke Puncak dan kertas kerja yang berjudul "Malaysia: The WNay Forward", didukung oleh karyanya yang lain dan juga tulisan tentang beliau, menonjolkan kewibawaannya terhadap usaha modenisasi Malaysia. Di bawah pentadbirannya, masyarakat Malaysia telah mengalami transformasi budaya yang mengarah kepada usaha memenuhi Wawasan 2020 yang menitikberatkan pembangunan negara mengikut acuan kita sendiri. Dalam konteks ini, pembentukan dan pelaksanaan dasar sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri dengan matlamat akhir melahirkan bangsa yang maju dan moden dari segi kebendaan dan juga nilai sosial dan kerohanian dibincangkan.
Text
Muhimmah : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajian manuskrip-manuskrip kesusasteraan Melayu ini harus ditingkatkan kerana manuskrip-manuskrip ini mempunyai nilai khazanah yang tinggi yang harus dipertahankan dan dikekalkan. Justeru itu ke atas Kitab Muhimmah ini dilakukan untuk meliha keistimewaan-keistimewaan yang terkandung di dalamnya. Oleh itu penulis seharusnya sedaya upaya berusaha untuk menghasilkan kajian yang sebaik mungkin sewaktu mentransliterasi dan menganalisis aspek moral yang terdapat di dalam Kitab Muhimmah ini. Kitab Muhinmah merupakan naskhah di bawah kategori karya sastera kitab. Kitab ini mampu menjadi sumber rujukan utama bagi masyarakat hari ini kerana di dalamnya terkandung unsur-unsur moral. Bab pertama merupakan bab pendahuluan yang menerangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, pendekatan kajian, tujuan kajian, ruang lingkup kajjan, bahan kajan, kepentingan kajian, kajian terdahulu dan konsep-konsep asas. Seterusnya, dalam bab dua merupakan keterangan naskhah Kitab Muhimmah secara lebih terperinci lagi dengan melakukan telaah filologi atau disebut transliterasi naskhah Kitab Muhimmah yang bertulisan Jawi kepada Rumi dan seterusnya meletakkan tanda bacaan pada teks tersebut. Ini kerana dalam teks tersebut langsung tidak mempunyai sebarang tanda bacaan seperti tanda koma, tanda noktah, tanda pembuka kata, penutup kata, dan sebagainya. Dalam bab ini pengkaji juga membuat sinopsis Kitab Muhimmah dan menyentuh secara sepintas lalu tentang teknik gaya bahasa yang digunakan di dalam teks Kitab Muhimmah. Manakala dalam bab tiga pula akan melihat unsur pengajaran atau unsur-unsur moral yang terkandung di dalam Kitab Muhimmah. Unsur-unsur Moral dalam Kitab Muhimmah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, unsur moral berkaitan dengan isteri nusyuz, unsur moral berkaitan dengan pemilihan calon isteri, unsur moral berkaitan dengan pemilihan calon suami, unsur moral berkaitan dengan poligami, unsur moral yang berkaitan dengan hukum memutuskan hubungan persaudaraan dan unsur moral berkaitan dengan faedah berkahwin. Seterusnya, dalam bab terakhir iaitu bab empat, pengkaji telah membuat kesimpulan daripada keseluruhan bab yang dikaji.
Text
Mantera dan pantun Mah Meri Pulau Carey : analisis pemikiran
Abstrak
Kajian ini menganalisis bahan kajian yang terdiri daripada mantera yang dikumpul oleh Roland Werner dan pantun yang dikumpul oleh pengkaji di Pulau Carey, Selangor. Mantera dan pantun dipilih sebagai bahan kajian, bertitik tolak daripada tanggapan bahawa mantera dan pantun merupakan dokumen sosio-budaya masyarakat Asli Mah Meri. Kajian tertumpu kepada corak pemikiran masyarakat Mah Meri. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pemikiran masyarakat Mah Meri dan kedudukan mantera serta pantun dalam masyarakat, tesis ini dipecahkan kepada enam bab. Bab 1 merupakan pengenalan kepada keseluruhan tesis, antara lain menyentuh tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, tujuan kajian, ruang lingkup kajian, kepentingan kajian kajian-kajian terdahulu dan kaedah kajian. Bab ll menekankan tentang kerangka teori. Perbincangan tertumpu kepada perspektif sosiologi, sejarah dan perkembangan sosiologi interaksionalisme. dan teori Bab ll memperlihatkan tentang latar belakang suku bangsa Mah Meri yang membincangkan lokasi kajian dan aspek sosio-budaya. Bab IV merupakan inti perbincangan kerana berkaitan dengan kedudukan mantera dalam masyarakat yang memfokuskan aspek kepercayaan dan agama, sosio-budaya dan aspek sosio-ekonomi. Bab V khusus membincangkan pemikiran masyarakat dalam pantun Mah Meri berhubung dengan aspek sosio-budaya dan sosio-ekonomi. Bab VI pula memfokuskan segala persoalan pokok dalam tesis ini dan juga beberapa kesimpulan yang telah dapat dirumuskan.
Text
Ciri-ciri sintaksis dan semantik kata sendi nama Bahasa Melayu : analisis berdasarkan teori kuasaan dan tambatan
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan ciri-ciri sintaksis dan semantik kata sendi nama bahasa Melayu, peranan teta kata sendi nama bahasa Melayu dan menerapkan teori kuasaan dan tambatan ke atas penghuraian kata sendi nama bahasa Melayu. Bab 2 meninjau tentang binaan frasa sendi nama bahasa Melayu. Kata sendi nama menjadi unsur inti bagi frasa sendi nama. Binaan frasa sendi nama boleh dibentuk daripada beberapa unsur iaitu kata bantu, kata sendi nama, kata nama arah, frasa nama, ayat komplemen dan keterangan. sendi nama tidak boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu. Bab 3 cuba meninjau kembali kedudukan frasa sendi nama sebagai predikat. Frasa Kajian ini membuktikan bahawa hanya frasa kerja yang boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat dasar bahasa Melayu. Frasa nama, frasa adjektif mahupun frasa sendi nama hanya bertindak sebagai keterangan dan komplemen kepada frasa kerja. Bab 4 meninjau tentang kehadiran frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja, frasa adjektif, frasa nama dan frasa sendi nama. Ciri-ciri sintaksis dan semantik kata sendi nama dihuraikan dalam bab ini melalui penerapan teori kuasaan dan tambatan iaitu teori sintaksis yang berisi modul-modul dan prinsip-prinsip yang saling berkait seperti teori X berpalang, teori kuasaan, teori kasus, teori teta, teori tambatan, teori kawalan dan scbagainya. Bab 5 menjelaskan tentang peranan teta kata sendi nama bahasa Melayu. Peranan teta memberikan fungsi tematik yang tertentu seperti teta pengalami/penderita, benefaktif, alat, lokatif, matlamat, sumber dan sebagainya. Berdasarkan kajian ini, selain kata keria kata sendi nama dan INF juga dapat mnemberikan peranan teta kepada setiap argumennya. Bab 6 ialah bab penutup yang merupakan ringkasan bagi perbincangan yang telah dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Kajian ini mendapati bahawa kata sendi nama merupakan unsur penting dalam binaan ayat bahasa Melayu kerana kata sendi nama juga dapat memberikan peranan teta kepada argumennya.
Text
Perbicaraan di mahkamah syariah : suatu analisis
Abstrak
Bab 1 merupakan pengenalan awal yang meliputi konsep dan sejarah perkembangan wacana. Bahagian ini juga menyentuh tentang latar belakang beberapa Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan, tujuan dan masalah kajian. Teori yang dipraktikkan dalam analisis kajian ialah teori Dell Hymes (1974), iaitu "Penutur dan Pendengar, Tajuk, Lokasi, Tujuan dan Saluran/Cara Penyampaian)". Selain itu, pendekatan sosiolinguistik dan komunikasi digunakan kerana wacana perbicaraan bersifat wacana lisan. Kepelbagaian corak komunikasi dan perbezaan latar belakang pemeran menyebabkan pendekatan ini relevan dan praktikal. Bab 2 analisis berkisar tentang teknik-teknik yang digunakan oleh pemeran dalam usaha mencapai matlamat masing-masing dalam perbicaraan. Terdapat tujuh kepelbagaian teknik yang digunakan. Berdasarkan analisis, semua teknik dianggap penting walaupun mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Di dalam Mahkamah Syariah yang dikaji, aspek utama yang dilihat ialah keberkesanan teknik-teknik tersebut untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada individu yang terlibat. Bab 3 tertumpu kepada aspek kebahasaan yang wujud dalam komunikasi. Ragam bahasa yang digunakan oleh pemeran dikaitkan dengan falktor kekuasaan yang ada pada seseorang. Selain itu, corak komunikasi yang pelbagai telah mewujudkan beberapa gejala bahasa yang menarik, seperti bahasa pasar dan campur kod. Walaupun perbicaraan di mahkamah bersifat formal, namun adakalanya komunikasi yang berlangsung tidak menggambarkan situasi sebenar. Aspek kesopanan dalam komunikasi dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4. Kesopanan bukan sahaja dilihat dari sudut kebahasaan tetapi juga sudut intonasi dan gerak-geri. Enam strategi komunikasi yang menandakan kesopanan telah diterapkan dalam data perbicaraan. Secara langsung, teori Dell Hymes (1974) dipraktikkan secara menyeluruh dalam bahagian ini. Berdasarkan kajian, kesopanan dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah sentiasa terkawal oleh pemeran yang mempunyai kuasa. Bab 5 merumuskan semua dapatan kajian yang telah dibuat dalam keseluruhan bab. Setiap analisis memberikan hasil yang berbeza-beza kerana peristiwa bahasa di dalam mahkamah tidak sama dengan peristiwa bahasa yang lain. Teori dan pendekatan yang digunakan mampu mengupas setiap persoalan dan relevan untuk disesuaikan dengan data perbicaraan di dalam Mahkamah Syariah.
Text
A study of islamic influence on traditional Malay Batik sarong Kelantan and Terengganu
Abstrak
This research is to determine the presence of Islamic influence on traditional batik sarong Kelantan and Terengganu. The research is intended to find out if there is any significant Islamic influence portrayed on the use of certain design structure, dimensions, design motifs, design principle, choice of colors and the application of batik sarong. Chapter one begins with the introduction, which provides the significance of the study, statement of the problem, delimitation, limitations and research methodology, interview and observation studies of the traditional batik sarong Kelantan and Terengganu found in Museum and also from personel collection of batik-maker. Chapter two concentrates on related research and literature pertaining to the definition of sarong batik. It also provides a brief history on a general overview of batik from Kelantan and Terengganu, applications of sarong, its designs and Islamic influences. Chapter three describes the theoretical background that relate to the formal analysis of batik sarong Kelantan and Terengganu. The Islamic influence is shown in this analysis with the detail drawings and illustrations. This chapter also showed the process and appreciation of batik sarong based on the method designed by Ismail al Faruqi that is imitation, denaturalization, stylization and abstration. Chapter four deals with the analysis on the shape and general structure of batik sarong. The study was based on the research done by Harmen C. Veldhuisen, Abdul Aziz Abdul Rashid, Azah Aziz and the Malaysian Handicraft Development Corporation. The structures and measurements of the batik sarongs from Kelantan and Terengganu are shown in this chapter. Chapter five explain the term of motif and the identification of the type of motifs used in the batik sarong from Kelantan and Terengganu. Also provides analysis of Islamic influences are shown in the analysis of motif on every structure for determine Islamic influence from samples collected. Brief history on the colours of sarong batik and their significance is discussed in chapter six. The concept of colour and beauty in Islam plays a significance role in the development of batik sarong Kelantan and Terengganu, thus confirming to the question of identity in the development of Islamic esthetic, as whole. The following chapter seven further describes the general influence of Islam on the development of the art of:batik sarong. The influences of Islam can be see in the motifs and design of batik sarongs from Kelantan and Terengganu. In conclusion, the study on batik sarong Kelantan and Terengganu shows that there is concrete applications of the ideas and interpretation of Islamic influence on batik sarong Kelantan and Terengganu.
Text
Nyanyi Sunyi Amir Hamzah : analisis runtutan
Abstrak
Disertasi ini cuba melihat aspek runtutan berdasarkan konsep primer dan sekunder dengan menggunakan kerangka kajian Beaugrande dan Dressler (1981) dengan pindaan. Selain itu, pentakrifan makna teks pula dilihat berpandukan kerangka fungsi bahasa Liya 'Budu yang dikemukakan oleh Sanat (1998). Bab 1 merupakan bab pendahuluan. Dalam bab ini terkandung latar belakang kajjan, tujuan, skop, kaedah dan bahan yang digunakan dalam kajian. Konsep-konsep penting dalam kajian juga diperkenalkan. Bab 2 berkisar kepada latar belakang Amir Hamzah, penulis teks Nyanyi Sunyi. Pengetahuan tentang latar belakang keluarga dan pendidikan yang diterimanya dianggap penting kerana telah membentuk keperibadian mulia yang tertanam di dalam jiwa beliau sehingga lahirnya puisi-puisi yang bernafaskan ketuhanan. Maklumat ini juga dapat membantu pembaca menyelami suara hati Amir Hamzah. Bab 3 mengupas kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dihuraikan konsep-konsep penting wacana dan runtutan secara mendalam. Empat model runtutan dibincangkan, iaitu Model Runtutan van Dijk (1977) dan V (1985), Model Runtutan Beaugrande dan Dressler (1981) dan Model Runtutan Glauner (1984). Turut dibincangkan ialah Fungsi Bahasa Liya' Budu yang dikemukakan Sanat (1998) dalam Teori Atgakum. Di hujung bab ini dinyatakan pendekatan yang dipilih untuk kajian, iaitu pendekatan Beaugrande dan Dressler (1981) dengan sedikit pindaan dalam kerangka fungsi bahasa Liya' Budu Sanat (1998). Bab 4 merupakan bab analisis, pemaparan dan perbandingan data. Dalam bab ini, analisis runtutan sajak dibuat berdasarkan 4 jenis konsep primer dan 34 jenis hubungan dalam konsep sekunder. Dipaparkan juga analisis perbandingan teks, jenis-jenis objek, objek sebagai lambang dan gabungan dua konsep yang membentuk metafora. Perbandingan makna teks juga dilihat dan dibuat enam rumusan gagasan idea yang ingin disampaikan penyair secara keseluruhannya. Bab 5 merupakan bab penutup. Rumusan keseluruhan kajian dimuatkan dalam bab ini. Dikemukakan juga cadangan kajian pada masa akan dating untuk memperkayakan lagi khazanah kajian bahasa Melayu di negara ini khususnya.
Text
Hubungan kemampuan menguasai gaya bahasa dengan kemampuan menulis cerpen: satu kajian kes
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana hubungan kemampuan menguasai gaya bahasa dengan kemainpuan menulis cerpen, dan sejauh mana pengaruh luaran dan dalaman dalam penyusunan cerpen. Sehubungan dengan itu, diajukan hipotesis, ada hubungan antara kemampuan menguasai gaya bahasa dengan kemampuan menulis cerpen dan ada pengaruh unsur luaran dan dalaman dalam penyusunan cerpen. Sampel penyelidikan ini ditetapkan sebanyak 33 pelajar iaitu jumlah keseluruhan dari populasi kelas IlI Program Bahasa SMU Negeri 4 Sukabumi Jawa Barat Tahun Pelajaran 2002/2003. Metode yang dipergunakan dalam penyelidikan ini iaitu metode deskriptif kuantitatif. Rumus yang dipergunakan untuk menguji hipotesis penyelidikan ini adalah korelasi product moment. Alat yang digunakan untuk mengumpulkan data iaitu 1) uji kemampuan menguasai gaya bahasa, 2) tugas pembuatan cerita pendek dan 3) soal selidik skala bertingkat. Berdasarkan atas hasil analisis data, penyelidikan ini memperoleh Nilair besar 0.77 Korelasi (r) sebesar itu menyatakan bahawa antara kemampuan menguasai gaya bahasa dengan kemampuan menulis cerpen memiliki hubungan/korelasi yang termasuk ke dalam kategori tinggi. Hasil Uji regresi linier sederhana menunjukan Y-38.33 + 0.55 (X). Dengan kata lain, jika X mendapat nilai 50, maka untuk Y = 66.38. Hal ini menyatakan bahawa apabila markah kemampuan menguasai gaya bahasa bertambah satu, maka markah kemampuan membuat cerita pendek bertambah 0.55. Hasil uji signifikansi regresi iaitu F hit > F daf dalam taraf nyata 0.005 dan 0.001 iaitu 45.29 >4.15 dan 45.29> 7.50. Hal ini membuktikan bahawa koefisien arah regresi data kemampuan menguasai gaya bahasa dengan kemampuan menulis cerpen berpengaruh secara nyata (bererti) Berdasarkan analisis terhadap cerpen dan hasil soal selidik terhadap responden membuktikan bahawa ada pengaruh luaran dan dalaman dalam penyusunan cerpen yang mencakup penggunaan ungkapan, idiom, gaya bahasa, tema, alur (plot), pelukisan latar (setting) dan perwatakan yang cukup tinggi iaitu mencapai 70,37%, dengan demikian teori dialogis Bakhtin terbukti. Kesimpulan penyelidikan ini adalah (1) tingkat kemampuan menguasai gaya bahasa siswa kelas III Program Bahasa SMU Negeri 4 Sukabumi Jawa Barat Tahun Pelajaran 2002/2003 termasuk ke dalam kategori kepujian iaitu mencapai 68.33 dan tingkat kemampuan membuat cerita pendek termasuk ke dalam kategori cemerlang 1aitu mencapai 76.09; (2) ada hubungan antara kemampuan mnenguasai gaya bahasa dengan kemampuan membuat cerita pendek. Arah hubungan positif, tingkat keeratan hubungan tergolong tinggi, hubungan tersebut linier, dan hubungan itu signifikan pada taraf signifikansi a = 0.05. (3) ada pengaruh unsur luaran dan dalaman dalam penyusunan cerpen yang dibuat oleh siswa dan keterpengaruhan itu cukup tinggi 1aitu mencapai rata-rata 70.37%, dengan keterpengaruhan yang bervariasi.
Text
Kesan globalisasi ke atas pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu
Abstrak
Kajian ini ingin menonjolkan unsur dan kesan globalisasi terhadap sesuatu peradaban. Peradaban Melayu dipilih kerana keunikannya dalam menerima unsur unsur peradaban asing. Sikap serta sifat masyarakat Melayu yang sangat peka terhadap perubahan membantu mereka mengadaptasi peradaban luar wilayah Alam Melayu untuk manfaat dan survival mereka. Kajian ini juga dikaitkan dengan sejarah dan perspektif globalisasi dari pelbagai dimensi yang memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu khususnya di Tanah Melayu seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, seni dan lain-lain. la dikaitkan bagi melihat sejauh mana kesan tersebut keatas peradaban Melayu yang secara khususnya di Tanah Melayu yang kini Malaysia sebagai mewakili suatu politi Melayu di Alam Melayu.
Text
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di sekolah-sekolah rendah : kajian kes di daerah Kudat, Sabah
Abstrak
Kajian ini lebih menumpukan kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni di sekolah-sekolah rendah di Daerah Kudat Sabah. Walau Dun pada dasarnya mata pelajaran Pendidikan Seni merupakan mata pelajaran wajib diajar di sekolah rendah namun terdapat berbagai-bagai halangan yang menjadikan mata pelajaran ini tidak setanding dengan mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni di sekolah-sekolah rendah di daerah Kudat, Sabah. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajaran tersebut. Pendidikan Seni tersebut tidak mencapai objektif yang diharapkan. Ini kerana terdapat masalah-masalah yang menjadi penghalang kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut. Bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni lebih berkesan, pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang cukup terancang bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran mata Sebagai langkah mengesan masalah-masalah yang dihadapi, kajian yang lebih teliti dan mendalam telah dilakukan. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah ntuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Kaedah yang digunakan antaranya ialah kaedah penyelidikan yang mnelibatkan kerja lapangan seperti temubual, pemerhatian, soal selidik dan rakaman. Kaedah ini mengikut pengkaji adalah amat sesuai dengan tempat kajian. Cara penulisan kajian tersebut didahului dengan mengemukakan persoalan kajian iaitu halangan-halangan yang ditempuhi oleh penulis semasa membuat kajian. Kemudian diikuti dengan perbincangan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah pembelajaran Pendidikan Seni. Selain itu, kajian-kajian yang dilakukan oleh para pengkaji yang terdahulu turut dijelaskan. Kajian ini juga nenyatakan kepentingan tertentu baik untuk masa kini atau untuk masa akan datang. Seterusnya dibincangkan latar belakang kajian dengan lebih meluas. Sejarah dan Geografi daerah Kudat membantu menjelaskan kedudukan dan sejarah daerah ini. Aktiviti ekonomi daerah, bilangan dan taburan penduduk dan kemudahan asas daerah Kudat juga dibincangkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan sosial masyarakat, politik, dan pendidikan juga akan dibincangkan. Selain itu, perbincangan juga melihat kepentingan dan sumbangan perkara-perkara tersebut kepada pendidikan khususnya mata pelajaran Pendidikan Seni, Dalam kajian ini dibincangkan juga teori dan konsep Pendidikan Seni secara menyeluruh. Seterusnya pengkaji mengupas perkara utama yang menjadi penghalang keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni yang menjadi punca permasalahan (kajian kes). Pengkaji memberikan tumpuan kepada masalah yang menjadi fokus kajian ini. Diakhirmya langkah-langkah mengatasi masalah dicadangkan untuk membolehkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni dilaksanakan dengan efektif dan lebih berkesan. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyedarkan semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan. Kesedaran ini juga membolehkan mata pelajaran Pendidikan Seni diberikan keutamaan dalam sistem pendidikan di sekolah sekolah rendah di negara kita pada masa ini dan juga pada masa akan datang.
Text
Ritual padi bukit komuniti Iban Sarawak
Abstrak
Komuniti ban di Sarawak amat terkenai dengan pengerjaan padi bukit, satu aktiviti ekonomi tradisionaB yang masih diteruskan sehingga hari ini. Pengerjaan padi bukit amal dipcatingkan oich komuttiti ban, {crutanatya pada masa dahuiu. Memandangkan pentingnya aktiviti tersebut, banyak rituai diamaikan untuk menjamin kejayaannya dan dengan itu perolehan asil padi yang umayan. Kajian ini mcnciti pclbagai rilual daa aktiviti biasa berkaitan dengan pengerjaan padi bukit i kalangaa komuniti lban di Sabetan, Saratok, Bahagian Betong, Sarawak. Perkaitan antara rituat-ritual itu dengan agama dan sistem kepercayaan orang lban juga diselidiki dan diruraikan. Antara rituaB-ritual utarma yang diruraikan ialah riluat Guwai Murnsggul', Guwai Budu' Ninggkilan Benih', Guwai Mulus', Guwui Ngemali Umai', 'Nyumba', Matah' Gawai Besimpan';, 'Niki Ke Padi', dan Begempuru Makai i Ruai'. Cara-cara ritua! itu dikendalikan, fungsi-fungsinya, kepentingannya terhadap pemerolehan hasit padi yang lumayan, an kesarnnya terhadap hubungan sosia! dibincangkan dengan lanjut. Turut diteliti ialah 'sanpi' dan 'pengap' yang merupakan dua eiemen yang amat penting dalam rituai, terutamanya ritua! iawai Ngemali imai': Seiain itu, dibincangkan juga amaian-aualan 'pemuli' dan 'heburung' mcmandangkari amalan amalan tradisionai tersebut turt diberi perhatian penting oleh orang ban dalam pengerjaan padi bukit dan kedua-duanya ada perkaitan yang rapat dengan pengamalan ritual. Di samping itu juga, dibincangkan bcberapa perubahan yang dialami olch para petani padi bukit daBan pengamalan rituai dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan-perubahan itu.
Text
Syair si burung nuri dan Syair ikan tambra : transliterasi dan analisis teks
Abstrak
Kajan ke atas manuskrip Syair Si Burung Nuri (SSBN) dan Syair Ikan Tambra (SIT) ini melibatkan tiga aspek penting, iaitu transliterasi teks, analisis struktur, dan juga analisis nilai budava. Transliterasi teks melibatkan kerja mengubah bentuk teks asal SSBN dan SIT, jaitu daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi dengan menggunakan Panduan Transliterasi Huruf Jawi Ke Huruf Rumi (1988). Sementara analisis struktur melibatkan komponen yang membina teks seperti plot, tema, watak, dan perwatakan, latar, dan gaya bahasa dengan menggunakan pendekatan struktural. Analisis nilai budaya dibuat berdasarkan hasil penelitian struktur teks untuk melihat tanggapan, pemikiran, perasaan, kepercayaan, serta adat kebiasaan masyarakat dalam SSBN dan SIT, khususnya terhadap cinta. Hasil daripada transliterasi menemukan beberapa perkataan lama yang jarang digunakan, malah hampir tidak kedengaran pada zaman ini seperti ningsun, "cerana', "mengerna", "rum-rum", dan "mejelis". Di samping itu, terdapat juga bait yang tertinggal dalam beberapa rangkap syair, khususnya dalam SIT disebabkan oleh kecuaian penyalin semasa menurunkan semula teks tersebut. Dari segi struktur pula didapati bahawa secara umumnya terdapat persamaan dari segi plot, tema, jenis watak, dan gaya bahasa dalam $SBN dan SIT. Hal ini demikian kerana kedua-dua buah syair tersebut tergolong dalam jenis yang sama, iaitu syair kiasan dan juga ditulis pada waktu yang sama - sekitar tahun 1800. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi perwatakan tokoh dan latar, khususnya latar tempat (latar masa dan latar masyarakat tidak berbeza). Perbezaan dari segi perwatakan tokoh adalah disebabkan oleh kreativiti pengarang dan plot cerita yang berbeza, manakala perbezaan dari segi latar tempat disebabkan oleh keperluan untuk menyesuaikan watak dengan tempat tinggalnya - burung dan bunga hidup dan tumbuh di darat bagi SSBN; manakala ikan hidup dalam sungai, laut, atau dalam air bagi SIT.
Text
Kaedah tradisional pembuatan tekstil dan pakaian Melayu kajian kes : pantai timur
Abstrak
Seiak beratus-ratus tahun, tekstil dan pakaian mempunyai tempat dan peranan istimewa dalam budaya Melayu. Berdasarkan dari catatan persuratan Melayu lama dan hasil kajian yang telah dibuat ke atas bahan-bahan etnografi, membuktikan berbagai variasi rupa bentuk tekstil dan pakaian telah digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi. Di Tanah Melayu tekstil merupakan objek yang menjadi sebahagian dari peradaban hidup; sebagai kain, ia dipakai untuk menutup badan, untuk menghias, kegunaan rumah tangga dan peralatan adat. Pantai Timur merupakan pusat tumpuan utama penghasilan tekstil tenunan Melayu disebabkan oleh faktor-faktor tertentu dan kehebatan tukang-tukang tenun di Pantai Timur pada masa itu yang tiada tandingnya yang mampu mencipta berbagai rupa bentuk tekstil dan persalinan sepertimana dihuraikan di dalam bab 2 dan 3. Berdasarkan hasil kajian, tekstil dan pakaian Melayu telah dihasilkan melalui berbagai kaedah tradisi dan diperlengkapkan lagi dengan kemahiran dan daya kreativiti tukang menyempurnakannya. Kaedah pembuatannya dihuraikan dalam bab 4 dan terdapat berbagai faktor diperincikan lagi dalam bab 5 bagi membuktikan mempengaruhi rupa bentuk persalinan. Kesimpulan hasil penyelidikan mendapati bahawa kaedah tradisi adalah berinspirasikan alam semulajadi dengan menggunakan sepenuhnya sumber-sumber asli yang disesuaikan dengan kaedah-kaedah yang diwarisi turun temurun. Sememangnya kaedah tradisi ini juga tidak mengetepikan konsep rekaan yang menghubungkan elemen-elemen rekaan, budaya dan peradaban Melayu dengan nilai-nilai falsafah yang tinggi yang berjaya menampilkan satu hasil seni yang berkualiti, berfungsi, anggun dan unik.
Text
Bahasa arahan dalam pengurusan: suatu analisis sosiolinguistik
Abstrak
Kajan ini membincangkan mengenai bahasa arahan yang wujud dalam pengurusan dengan memberikan tumpuan kepada surat rasmi. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dua bab terdahulu merupakan pengenalan kepada kajian termasuk tujuan kajian, skop kajian, bidang kajian, dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian. Pemasalahan kajian, kajian-kajian terdahulu, teknik mengumpul data, bahan kajian dan kaedah menganalisis data juga diterangkan. Bagi membincangkan mengenai bahasa arahan dalam pengurusan, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi memperoleh data berkenaan kategori bahasa arahan dan 100 pucuk surat rasmi yang didapati dari jabatan awam dan organisasi swasta. Beberapa persoalan yang berkaitan dengan bahasa arahan telah dikaji, seperti bentuk kesopanan bahasa arahan dalam surat rasmi dan strategi komunikasi yang menandai kesopanan dalam surat rasmi. Selain itu, analisis kata dan ayat arahan dalam surat rasmi juga dilakukan bagi melihat keseringan penggunaan kata dan ayat arahan tersebut. Perbincangan kata arahan dalam surat rasmi dirujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1983), sementara dari segi ayat arahan pula mengikut Nik Safiah Karim dan rakan (1997). Pengkelasan kata dan ayat arahan ini dilakukan berdasarkan dua prinsip utama iaitu, arahan berbentuk halus dan arahan berbentuk kurang halus. Rumusan mengenai keseluruhan kajian juga dilakukan dalam bab yang terakhir.
Text
Ajaran sesat di Malaysia: kes ajaran Hj. Abd. Kahar
Abstrak
Gejala penyelewengan terhadap fakta ajaran Islam kelihatan semakin berleluasa sejak dahulu, sehingga fenomena tersebut mampu menjerumuskan individu berkenaan dalam kumpulan ajaran sesat. Fenomena ajaran sesat di Malaysia kelihatan agak unik berbanding dengan negara lain. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada fenomena tersebut dalam masyarakat Melayu di negara ini yang melihat an membincangkan apakah isu yang meletakkan sesuatu aliran atau fahaman yang diamalkan dalam konteks ajaran Islam di Malaysia sebagai ajaran yang "betul" atau tidak" Dalam kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, lapangan serta temubual/perbincangan dengan pegawai-pegawai agensi agama yang bertanggung jawab memantau gejala ajaran sesat di negeri Selangor. Selain itu, perjumpaan/ perbincangan dengan pengasas ajaran yang dijadikan model kumpulan ajaran sesat dalam kajian ini, serta pemerhatian aktiviti pengajaran ajaran tersebut bagi mendapatkan gambaran lebih dekat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fenomena ajaran sesat yang berlaku, khususnya dalam masyarakat Melayu berlaku sejak proses Islamisasi di rantau ini. Di Malaysia, asas yang menjadi "penunjuk" sesuatu fahaman atau ajaran yang dianggap sesat adalah berpandu dan berpaksikan kepada undang-undang Islam (negeri) dan pentadbiran hal ehwal Islam negeri.
Text
Di bawah lindungan Kaabah : kajian hermeneutik kerohanian
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian untuk menggali mesej-mesej keagamaan vang terdapat di dalam novel Di bawah Lindungan Kaabah oleh Hamka. Novel Hamka dilihat mengandungi mesej-mesej agama yang tersirat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Mesej-mesej itu didatangkan dengan begitu indah dan bersahaja di dalam karya-karya sastera beliau sehingga mampu menyentuh emosi pembaca vang benar-benar menghayatinya. Kajian ini dijalankan berdasarkan hipotesis bahawa Hamka selalu menyampaikan mesej-mesej agama di dalam karya-karya sasteranya secara tersirat mahupun tersurat. Oleh itu objektif utama kajian ini ialah untuk menggali mesej mesej keagamaan yang disampaikan oleh beliau secara tersirat di dalam karya-karya sastera beliau. Untuk itu novel beliau Di Bawah Lindungan Kaabah dipilih sebagai data primer kajian ini. Bagi mencapai objektif tersebut kaedah takwil iaitu Hermeneutik Kerohanian digunakan. Hermeneutik Kerohanian ini merupakan satu kaedah untuk menggali mesej-mesej agama yang disampaikan di dalam karya Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah ini. Kajian ini diharapkan akan menghasilkan penemuan berikutan penggalian tentang apa dia mesej-mesej agama yang tersirat di dalam karya Hamka tersebut. Mesej-mesej ini diharapkan dijadikan panduan kepada khalayak sastera untuk mengambilnya sebagai panduan dan ikutan apabila berkarya dan juga menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Text
Identiti Melayu Patani: kajian tentang peranan institusi pondok di wilayah Pattani
Abstrak
Ini adalah kajian mengenai peranan institusi pondok di wilayah Pattani dalam mempertahankan identiti Melayu Patani. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan dan temuramah. Kajian dapat mengenalpastikan bahawa identiti Melayu Patani terbahagi kepada identiti agama, kebudayaan, bahasa, sejarah dan pondok. Setiap identiti mempunyai hubungan antara satu sama lain, dan identiti agama berfungsi sebagai teras kepada identiti-identiti lain. Penduduk Melayu di Thailand adalah di antara etnik minoriti yang menerima tindakan dasar asimilasi dan integrasi daripada kerajaan yang seterusnya telah menggugatkan kelangsungan identiti Melayu Patani. Dalam situasi tersebut, pondok merupakan institusi utama yang amat berperanan dalam mempertahankan kemandirian identiti Melayu Patani. la adalah institusi yang menyebarkan teras identiti Melayu Patani. Paranan pondok di wilayah Pattani juga dapat dilihat melalui peranan ulama, kitab Jawi, percetakan, toko kitab, masjid, khutbah Jumaat, sekolah tadika, ceramah agama, adat, pakaian dan penubuhan pondok baru. Melalui peranan institusi pondok dan kesedaran penduduk Melayu terhadap identitinya yang sangat jauh berbeza dengan identiti kebangsaan telah mendatangkan kesukaran untuk menjayakan dasar-dasar integrasi dan asimilasi yang bermotif mewujudkan kestabilan dalam negara.
Text
Peran Mak Yong : pelakon dan watak
Abstrak
Di dalam teater tradisional melayu, elemen humor' terdapat pada watak pembantu (Pengasuh) yang menunaikan tugas kerajaan, urusan peribadi. dan mempastikan kejayaan tokoh utama (raja) diakhir cerita. Di dalam struktur persembahan Mak Yong kategori ini dinamakan 'Peran'. Pelakun Peran Mak Yong di luar persembahan memiliki kemahiran tertentu. kemahiran ini diaplikasikan ke dalam persembahan dengan kreativiti yang tersendiri. Walau bagaimanapun keperluan pelakun di antara persembahan Mak Yong biasa dan persembahan Main Puteri Mak Yong adalah berbeza, kerana faktor fungsi ritual dan hiburan. Peran Mak Yong, adalah Ahli Lawak yang penting di dalam persembahan. Sifat humornya meliputi elemen persembahan seperti lakonan, busana, solekan, prop memiiki gaya yang dikenali sebagai 'Bahasa Peran'. Bermula dari peringkat pengenalan persembahan sehingga peringkat persembahan cerita, pelakun menggunakan beberapa teknik humor spontan mengikut kreativiti masing-masing. Watak Peran dalam cerita Mak Yong adalah watak Pengasuh. la penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi watak Pengasuh dalam Mak Yong biasa hanyalah selapis, iaitu membantu permasalahan peribadi raja seperti soal kasih sayang sehinggalah kepada masalah dalam pentadbiran. Manakala fungsinya dalam persembahan Main Puteri Mak Yong, adalah berlapis. Lapisan sebaliknya adalah perjalanan watak Pengasuh dalam alam ghaib' sebagai bomoh pembimbing angin'. Dalam contoh cerita Dewa Muda ia diwakili oleh watak khas iaitu Awang Sejambul Lebat. Walaupun berbeza fungsi, namun umumnya, watak adalah penggerak plot dalam setiap cerita Mak Yong. Watak menjadi penting bukan sahaja terhadap cerita utama Mak Yong, malah telah menjadi tunggak utama dalam cerita-cerita sampingan, yang dicipta sendiri untuk tujuan hiburan semata mata. Peran boleh dijadikan bahan untuk dibandingkan dengan watak humor dalam genre teater tradisional yang lain seperti watak patung Semar dalam Wayang Kulit di Jawa, dan Vidusaka sebagai watak orang dalam drama Sanskrit India. Walaupun perbandin gan adalah secara umum, namun ianya penting bagi menunjukkan keaslian identiti Peran Mak Yong.
Text
Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti
Abstrak
Kajian disertasi ini telah mengambil sebanyak seratus lima puluh rangkap pantun Melayu yang bertemakan agama sebagai bahan kajian daripada buku Kumpulan Pantun Melayu, oleh Zainal Abidin Bakar (perny), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984. Pantun yang mempunyai keistimewaan tersendiri itu merupakan cerminan pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Keupayaan pantun berperanan sebagai alat pengucapan agama dan akhlak merupakan sesuatu yang istimewa, kerana berperanan sebagai alat komunikasi masyarakat nusantara dalam pelbagai acara atau kegiatan mereka. Ajaran Islam dapat disampaikan secara halus melalui maksud pantun yang dicipta. Kajian jenis pantun yang bertemakan agama yang dikaji ini mempunyai hubungan dengan al Quran. Di sini ingin dijelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama kepada pengarang dalam menghasilkan pantun yang bertemakan agama dan akhlak itu. Dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, pengkaji cuba memperlihatkan pengaruh al-Quran dalam pantun Melayu. Penjelasan ini akan memperlihatkan wujudnya proses-proses transformasi, modifikasi, haplologi dan parallel, iaitu antara prinsip-prinsip intertekstualiti yang sesuai digunakan dalam pengaplikasiannya ke atas pantun yang dikaji. Akhirnya nanti, dengan menggunakan teori intertekstualiti, penemuannya ialah, " dalam sebuah teks terdapat beberapa buah teks".
Text
Pandangan dunia ekonomi Melayu : kajian kes perniagaan makanan di USJ (Utara Subang Jaya)
Abstrak
Aktiviti ekonomi orang Melayu kini telah menelusuri satu perubahan yang positif lagi membanggakan di mana orang-orang Melayu telah pun mula memenuhi sektor ekonomi moden seperti perniagaan. Justeru pandangan dunia Melayu juga turut berubah seimbang dengan pemodenan dan pembangunan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan perbandaran. Konsep rezeki, berkat dan riba yang bersifat Quranik merupakan titik-tolak utama yang menjadi paksi dalam perniagaan. Konsep malu dilihat sebagai satu tembok penghalang kepada peniaga-peniaga Melayu daripada terjebak dengan pertbuatan yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah diri seperti niaga dengan syarikat kewangan yang tidak diawasi oleh pihak kerajaan atau pihak yang bertanggung jawab. Sistem perbankan secara Islam, peranan rakan kongsi dan penaung adalah di antara penggerak kegiatan perniagaan orang Melayu di kawasan kajian. Peniaga-peniaga Melayu yang berpendidikan sekular dan agama telah menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai pedoman dalam menjalani aktiviti perniagaan. Perbincangan tetang ekonomi Melayu dan pandangan dunianya, tidak terlepas daripada tunjang agamanya iaitu Islam. Seiring dengan matlamat lslam yang sejahtera sebagai satu ad-Din Kajian yang dilakukan di kawasan perbandaran ini menjelaskan bahawa pandangan dunia Melayu juga mengalami satu gelombang baru yang mensasarkan perniagaan makanan sebagai aktiviti ekonomi yang terancang dalam pengurusannya. Hasil dapatan kajian menujukkan anjakan paradigma yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu menjadi satu petanda baik bahawa sektor perniagaan Melayu boleh berkembang tanpa kekangan lingkungarn adat dan budayanya.
Text
Perkembangan dan bentuk Syair ikan terubuk pada masyarakat Melayu Bengkalis
Abstrak
SIT terdapat mitos dan legenda yang mengambil peranan penting dalam sebuah karya sastera Melayu Bengkalis. Pada perkembangannya unsur-unsur mitos dan legenda mempunyai pengaruh yang sangat besar dan mendominasi pada masyarakat Melayu Bengkalis. Adapun mitos merupakan kepercayaan yang tidak bisa dipisahkan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan satu keyakinan terhadap sesuatu hal yang tidak bisa diterima oleh akal sehat namun diyakini ada. Sedangkan legenda merupakan cerita-cerita rakyat masa lalu yang terkadang menjadi cermin kehidupan masyarakat Melayu Bengkalis dan diperlukan pengkajian yang dalam apakah sebuah cerita tersebut memang ada atau hanya sekadar fiksi sahaja. Seperti mnitos, keberadaan ikan terubuk dan Puteri Puyu Mas yang menguasai alam ghaib serta mitos-mitos sebuah daerah yang bersangkut paut dengan ikan terubuk.
Text
Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan
Abstrak
Kaum Melanau merupakan kaum pribumi yang kelima terbesar di Sarawak selepas Iban. Cina, Melayu dan Bidayuh. Mempunyai kebudayaan dan adat resam yang unik dan menarik. Pada asalnya, masyarakat Melanau mengamalkan amalan Pagan dan tidak menganuti sebarang doktrin agama. Kemasukan agama ke dalam komuniti Melanau bermula daripada penjajahan pada zaman dahulu. Kesannya, komuniti Melanau telah terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan. Masyarakat Melanau percaya kepada makhluk halus dan kuasa ghaib yang menguasai kehidupan. Kepercayaan ini menjadi panduan dan amalan kepada mereka dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Kuasa yang ada pada makhluk halus ini telah menimbulkan perasaan takut, hormat dan kagum kepada mereka. Bagi menghormati makhluk halus ini, mereka mematuhi pantang larang, melakukan upacara pemujaan, dan persembahan kepada kuasa ghaib ini. Analisis kajian mendapati faktor agama merupakan faktor dominan dalam berlakunya perubahan ke atas kepercayaan masyarakat Melanau berbanding faktor lain seperti penjajahan, perkembangan sains dan teknologi, perkahwinan campur, perubahan penempatan dan pendidikan. Sehingga sekarang kesan perubahan ini masih lagi dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melanau. Kaedah temu bual menjadi pendekatan utama dalam mendapatkan maklumat kajian. Seramai lima belas orang responden telah ditemu bual yang terdiri daripada orang tua yang berpengalaman dan mempunyai pengetahun tentang kepercayaan tradisional masyarakat Melanau. Selain temu bual, kaedah pemerhatian dan keperpustakaan juga telah banyak membantu dalam menghuraikan hasil kajian. Justeru, tidak hairanlah, masyarakat Melanau telah meletakkan kepercayaan dan adat resam ke tahap tertinggi dalam kehidupan berasaskan kepada penilaian mereka.
Text
Pengurusan dan pentadbiran seni : kajian program citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003
Abstrak
Bidang kesenian dan kebudayaan mulai menjadi tumpuan di Malaysia. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh kerajaan untuk mengembangkan bidang tersebut Kekayaan seni dan budaya yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, telah mengukuhkan lagi hasrat kerajaan ini. Oleh itu, program Citrawarna Malaysia yang diadakan dari tahun 1999 hingga sekarang menjadi platform untuk merealisasikan hasrat tersebut. Di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, maka program tersebut dilaksanakan dengan lancar. Malah telah menggerakan pelbagai pihak untuk turut serta menjayakannya, seperti penglibatan agensi-agensi kerajaan, wakil swasta yang dilantik dan pihak-pihak tertentu. Kejayaan ini disebabkan pengurusan dan pentadbiran yang kemas dan teratur. Bagi memastikan kelancaran program Citrawarna Malaysia dilaksana dengan sebaiknya. maka pembahagian tugas dan tanggungjawab telah diagihkan kepada semua pihak yang terlibat. Disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu sama ada tersurat dan tersirat, maka pengkaji telah membuat satu kajian yang khusus secara mendalam berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran seni. Bagi mendapatkan pendedahan dan maklumat yang betul dan bermutu, maka pengkaji telah menyertai sendiri di dalam program Citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003 secara keseluruhannya. Harapan pengkaji, semoga aspek pengurusan dan pentadbiran dapat diselidiki dengan lebih dekat dan mendalam. Bidang kesenian dan kebudayaan ini melambangkan nilai persembahan yang berbeza, ianya akan dirasai dengan sendiri sama ada sebelum, semasa dan selepas program.
Text
Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan
Abstrak
Kajian ini mengenai migrasi buruh penduduk ke luar negeri Kelantan, satu kajian kes dibuat di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Tujuan utama kajian ini untuk melihat faktor-faktor penolak dan penarik menyebabkan penduduk Mukim Kubang Chenok berhijrah untuk bekerja di Singapura pada pertengahan tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-an, proses penghijrahan, kesan-kesan demografik dan sosio-ekonomi terhadap responden dan keluarga. Ketiadaan pekerjaan di kampung, upah rendah dan kesusahan kehidupan di kampung merupakan faktor penolak penting menyebabkan responden berhijrah untuk bekerja di Singapura. Faktor di atas disokong oleh ketiadaan komitmen di kampung untuk responden berhijrah. Faktor penarik penting adalah upah tinggi di Singapura, terjamin untuk mendapat pekerjaan, mempunyai saudara-mara, rakan-rakan atau, pencari pekerja yang sudah, biasa bekerja di Singapura. Faktor penarik yang menjadi sokongan adalah; terdapat banyak barangan berjenama dan bermutu, tidak susah untuk makan dan minum. Singapura, walaupun jauh jaraknya, responden dapat balik ke kampung dalam masa satu hari. Majoriti rsponden bekerja di Singapura melebihi 8 tahun. Jangka masa tersebut agak lama dan memberi kesan terhadap fertiliti dan sosio-ekonomi responden dan keluarga. Didapati purata jumlah anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri responden lebih rendah daripada purata penduduk Mukim Kubang Chenok secara keseluruhannya, dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dengan purata bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri penduduk Mukim yang suami mereka tidak pernah bekerja di Singapura. Dari segi sosio-ekonomi pula, secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa pemergian responden ke Singapura telah dapat membantu mereka membiayai persekolahan anak-anak dan pencapaian akademik anak-anak mereka telah meningkat. Hasil responden telah pendapatan bekerja di Singapura, kebanyakan dapat membina dan membaiki rumah mereka. Segala kelengkapan rumah seperti televisyen, peti sejuk, telefon, kerusi set dan dapur gas telah dimiliki oleh keluarga responden. Di samping itu, majoriti responden juga telah dapat membeli motosikal, dan ada yang membeli motokar sebagai alat pengangkutan diri dan keluarga. Kemahiran yang responden dapati sangat berguna. Walaupun pada pertengahan tahun 1990-an, mereka sudah tidak lagi boleh pergi bekerja di Singapura, kemahiran mereka peroleh menyebabkan mereka boleh bekerja di Kelantan atau di negeri-negeri lain di Malaysia dengan kadar upah lebih tinggi sebagai pekerja mhir. Berdasarkan keadaan fizikal rumah dan pemilikannya, pemilikan harta harta lain, pekerjaan dan pendapatan semasa, taraf hidup responden dan keluarga boleh dianggap agak tinggi.
Text
Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis
Abstrak
Pada asasnya penulisan ini adalah untuk membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan serta world-view masyarakat Iban melalui cerita-cerita rakyat yang telah dihasilkan oleh masyarakat ini sendiri. Ini kerana setiap cerita rakyat yang terhasil dalam masyarakat ini adalah banyak dipengaruhi peristiwa dan pengalaman hidup mereka. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban. Saya telah merakamkan cerita rakyat masyarakat Iban ini ke dalam pita rakaman. Sebanyak sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban telah berjaya dikumpul oleh penulis. Keseluruhannya kajian ini telah mengkaji peranan dan aspek kemasyarakatan cerita rakyat masayarakat Iban ini. Pendekatan kajian seperti yang dikemukakan oleh Plummer iaitu seorang pengkaji Barat yang banyak menulis tentang peranan cerita rakyat terhadap masyarakat yang menghasilkannya digunakan dalam kajian ini. Keseluruhan kajian tertumpu kepada aspek kehidupan masyarakat yang melahirkan teks cerita rakyat tersebut. Teori sosiologi sastera seperti yang dikemukakan oleh Plummer telah digunakan dalam kajian ini. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama. Anataranya ialah berhubung dengan bila cerita rakyat ini telah wujud dalam masyarakat penciptanya, siapakah khalayak karya atau siapakah golongan yang mendengar cerita rakyat itu, hubungan karya dengan dunia sosial, situasi sosio-budaya dan politik masyarakat cerita rakyat itu, tanggungjawab sosial pengarang dan akhir sekali mengapa tema-tema tertentu dipilih. Hasil atau dapatan daripada kajian ini, kita telah mengetahui bahawa teori sosiologi mengikut Plummer amat sesuai bagi mengkaji kehidupan dan budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Iban. Aspek yang telah dikemukakan oleh penulis dalam mengkaji cerita rakyat Iban ini begitu sesuai dalam mencari persoalan tentang hasil kesusasteraan masyarakat Iban yang semakin pupus ini. Melalui kajian terhadap cerita rakyat Iban ini, kita telah mengetahui tentang corak hidup orang Iban yang masih lagi teguh menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi huma, berburu dan masih lagi mengekalkan corak hidup yang mendiami rumah panjang. Secara tidak langsung, melalui cerita rakyat masyarakat Iban, kita mendapati bahawa orang Iban masih lagi kukuh memegang adat serta kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sampai ke hari ini. Lantas, atas dasar ingin membongkar rahsia ketinggian nilai cetusan pemikiran masyarakat tradisi, pada pendapat penulis amat perlu untuk cerita cerita rakyat khazanah bangsa ini diberi perhatian wajar dengan meneliti dan memberi interpretasi terhadap fungsi yang tersembunyi dibalik keseronokkan cerita. Apa yang paling penting ialah cerita atau bahan-bahan yang bakal dikaji memaparkan eleman tentang nilai kehidupan atau nilai kemasyarakatan masyarakat yang menghasilkannya.
Text
Retorik pujukan : kajian kes ceramah Haji Hadi Awang
Abstrak
Kajian ini menumpukan teks ucapan politik oleh Abdul Hadi Awang dari segi retoriknya. Lima buah teks ucapan politik beliau telah dipilih sebagai bahan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan penggunaan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan oleh pemeran berdasarkan teori yang dikemukan oleh Gary T.Hunt (1987). Dalam Bab 2, dibincangkan konsep retorik, sejarah perkembangan retorik, retorik pemujukan, dan jenis-jenis retorik pujukan. Turut dibincangkan ialah elemen elemen pemujukan dan pemujukan dalam bidang politik, iaitu semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya. Perbincangan yang berkaitan dengan aspek kebahasan terdapat dalam Bab 3. Dua aspek bahasa yang paling menonjol dalam ucapan oleh Abdul Hadi ialah penggunaan unsur ragam bahasa dan bahasa kiasan dibincangkan dalam bab ini. Bab ini juga membincangkan aspek pemilihan diksi yang terdapat dalam teks kajian. Penggemblengan ketiga-tiga unsur bahasa ini bermatlamat untuk memberitahu, menjelaskan, mempertahankan, meluahkan hasrat, idea, darn perasaan penutur. Analisis Bab 4 pula tertumpu pada aspek kepelbagaian teknik pemujukan oleh Abdul Hadi. Antara teknik pemujukan yang digunakan seperti teknik pengukuhan, teknik mengumpan sokongan, teknik permintaan tindakan, teknik menakut-nakutkan. teknik membangkitkan semangat, teknik beranalogi sebagai sindiran, teknik humor, teknik penonjolan kesopanan, dan teknik penyisian. Bab 5 merumuskan semua dapatan kajian yang telah dibuat dalam Bab 3 dan Bab 4. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang telah mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kebahasaan dalam ucapan pemujukannya bagi menghasilkan sebuah ucapan politik yang berkesan dan menarik.
Text
Perubahan sosial dan budaya suku kaum Batak Toba di Bandaraya Medan : kajian kes di Kecamatan Simpang Limun, Medan Sumatera Utara
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah membincangkan mengenai perubahan sosial dan budaya dikalangan kelompok pendatang Batak Toba yang berada di Simpang Limun, Sumatra Utara. Penyelidikan telah dilakukan dalam tahun 2001 kepada sembilan puluh isi rumah. Sebahagian besar masyarakat Batak Toba yang menetap di kawasan ini telah berhijrah daripada kampung halaman mereka di Kawasan Tapanuli Utara ke Bandaraya Medan sejak lima dekad yang lalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan diantara ahli keluarga khususnya hubungan generasi tua dan muda tidaklah begitu rapat. Kesannya, hubungan kekeluargaan mereka berpotesi akan menimbulkan tekanan, konflik dan terpisah dua. Namun demikian, komuniti Batak Toba masih tetap menggunakan bahasa Batak Toba, mengamalkan sistem kemargaan, adap resam dan kegiatan perayaan tradisi dalam kehidupan mereka sehari-hari moyang mereka. yang telah diwarisi darip
Text
Malaysia's policy towards territorial disputes : the case study of SIPADAN-Ligitan and Batu Puteh Islands
Abstrak Malaysia has several maritime and teritorial disputes such as Sabah, Sipadan-Ligitan, Batu Putch, Lawas, Limbang and the Spratlys. However, Malaysia decided the disputes over the Sipadan-Ligitan and Baru Puteh Islands through the International Court of Justice (ICJ) instead of the ASEAN High Council. Therefore. this research identified the factors that influenced Malaysia's decision to settle its disputes through the ICJ. This research adopts the frameworks of foreign policy bureaucracy and intemational system in analyzing the key factors that influenced Malaysia's decision as such. It uses both primary and secondary sources of data collection. Analysis of the factors suggests that Malaysia's decision was influenced by the Prime Minister's Department. Other foreign policy bureaucracies, such as the Defence Ministry and the Foreign Ministry, had influenced the Prime Minister's decision through the institution of the National Security Council chaired by him. The National Security Council's coordinating role indicates that, despite the pivotal role of the Prime Minister as the ultimate decision maker, other foreign policy bureaucracies have been directly involved in deciding to refer the disputes to the ICJ. But, the bureaucrats' perceptions have been significantly influenced by the stalemate bilateral negotiations with disputants and the disputes' potential security challenge to stability and great power politics in the region. Finally, based on the discussion in Chapter Four, this research makes several important recommendations.
Text
Furniture of the Dutch colonial period in Melaka
Abstrak
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menyelidik serta memgumpul ciri-ciri rekabentuk perabot-perabot zaman Belanda di Melaka sekitar tahun 1641 -1824. Kebanyakkan perabot boleh didapati di " Stadthuys" di bandar sejarah ini selain itu boleh juga didapati di Gereja Christ Church Melaka. Setiap rekabentuk dan ukiran dikaji dan juga dibezakan dengan perabot yang lain dimana tanya dihasilkan mengikut hasil seni Belanda. Kajjan ini juga meliputi juga budaya budaya lain yang terdapat di Melaka seperti seni ukir Cina, seni ukir Melayu dan juga seni ukir India dan juga budaya-budaya lain yang terdapat di Asia. la juga menunjukkan terdapat sedikit unsur-unsur senireka Belanda ketika itu. Ini menandakan dari segi politik dan sosial setiap etnik di Melaka dipengaruhi corak budaya orang-orang Belarnda. Kajjan juga dibuat bagaimara perabot itu dihasilkan seperti jenis kayn yang digunakan, teknik pembuatan serta ukiran yang dihasilkan. Pengaruh dan mekne perabot yang dibuet di rantau ini menggambarkan rumeh yang dibina olah Belanda di Melaka. Reakbentuk rumah dibana bersesuaian dengan iklim di Melaka tetapi ciri-cirinya yang dihasilkan mengikut kaedah dan ciri rekabentuk Belanda.
Text
Analisis kesilapan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar-pelajar Cina
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar Cina tingkatan dua di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kajian lapangan, kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini membincangkan latar belakang, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, sorotan kajian, definisi operasional dan signifikan kajian. Kajian ini juga membincangkan dapatan linguistik dan bukan linguistik. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori analisis kesilapan. Dapatan kajian memperlihatkan punca dan kelemahan pelajar pelajar Cina dalam mempelajari bahasa Melayu. Seterusnya dinyatakan langkah-langkah dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Text
Klausa pasif dalam wacana tulisan : analisis tatabahasa fungsional
Abstrak
Tesis ini mengkaji klausa pasif dalam wacana tulisan. Tesis ini dibahagikan kepada lima bab. Pendahuluan kajian ini menyentuh latar belakang kajian, tujuan kajian, bidang kajijan, bahan kajian, kaedah kajian, hipotesis kajian dan beberapa konsep penting seperti pasif, tatabahasa fungsional, metafungsi ideasional, metafungsi interpersonal, metafungsi tekstual, jenis subjek, transitiviti, ergativiti, klausa, jenis klausa, partisipan, proses dan jenis proses. Tujuan kajian yang pertama adalah untuk menganalisis cii-ciri klausa pasif sebagaimana yang dicirikan oleh metafungsi eksperiensial, metafungsi logikal, metafungsi interpersonal dan metafungsi tekstual. Yang kedua adalah untuk membuat pebandingan antara metafungsi tersebut. Yang ketiga adalah untuk menunjukkan bagaimana klausa pasif mencirikan naratif. Dan yang keempat pula adalah untuk menguji Model Pasif Fungsional (MPF) Bahasa Melayu yang dibina dalam kajan ini. Kajan ini adalah dalam bidang tatabahasa fungsional dan tumpuannya adalah pada klausa pasif. Kajan mengenai klausa pasif ini, terutama sekali tentang cara mengenal pasti klausa pasif dalam teks, dilakukan dengan mengambil kira komponen tatabahasa fungsional, iaitu metafungsi ideasional, interpersonal dan tekstual. Menerusi tatabahasa fungsional ini juga, konsep transitif dan ergatif diambil kira bagi menentukan fungsi serta pelabelan unsur partisipan dalam klausa Bahan kajian yang dipilih ialah wacana tulisan jenis cerpen. Cerpen yang bertajuk "Kecundang Seorang Petani" ini merupakan hasil karya Azizi Haji Abdullah dalam Sayembara l: Cerpen Hadiah Esso-Gapena yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1987. Cerpen ini telah memenangi hadiah cerpen Esso-GAPENA 1980. Bagi tujuan kajian, teori Tatabahasa Fungsional oleh Halliday telah diguna pakai. Menerusinya, Model Pasif Fungsional (MPF) Bahasa Melayu telah dibina. Model tersebut dibina setelah terlebih dahulu membincangkan konsep pasif bahasa Melayu oleh ahli bahasa Melayu serta model-model pasif lampau yang ada. Dengan mengguna pakai MPF bahasa Melayu tersebut, ciri-ciri klausa pasif bahasa Melayu serta ciri-ciri klausa pasif dalam teks naratif dapat dikenal pasti.
Text
Serunai Kelantan : teknologi dan aplikasi
Abstrak
Serunai Kelantan ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu yang digunakan di dalam persembahan muzik Wayang Kulit Kelantan dan muzik Gendang Silat. la merupakan satu Teknologi Melayu yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di negeri Kelantan, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini kini di ambang kepupusan. Kedatangan muzik dari barat telah menyebabkan masyarakat mula mengabaikan kesenian tempatan khususnya kesenian Melayu. Ini secara tidak langsung menyebabkan alat muzik tradisional Melayu seperti Serunai Kelantan ketinggalan dari segi perkembangan dan pembangunan. Aspek teknologi adalah salah satu kunci untuk memastikan warisan bangsa ini terus dipelihara. Menyedari hakikat ini kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi dijalankan untuk mengkaji aspek teknologi yang wujud pada Serunai di samping membincangkan aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat yang mendukungnya. Teknologi pembuatan Serunai Kelantan di bengkel-bengkel pembuatan alat muzik di sekitar negeri Kelantan di dokumentasi oleh penyelidik. IImu Sains Fizik yang menggunakan pendekatan kaji gelombang bunyi digunakan bagi melihat aspek teknologi yang ada pada Serunai Kelantan manakala pendekatan ilmu muzik digunakan bagi melihat aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat. Kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi ini mampu membuka mata ramai pihak bahawa alat muzik ini adalah warisan bangsa Melayu yang unik dan berpotensi untuk dimajukan.
Showing 201 to 250 of 389 results
Page
of 8
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->